ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa menghina Islam, selain membuat kenyataan berbaur prejudis terhadap Islam selaku agama rasmi Persekutuan.
Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, berikutan itu, pihaknya mahu satu siasatan polis dibuat terhadap Soi Lek kerana bimbang kenyataannya kelak boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
“Kita dapati bukan sahaja kebelakangan ini Soi Lek membuat kenyataan yang seakan menghina Islam, tetapi sejak 2010 lagi, beliau sering membuat kenyataan provokatif mengenai Islam. Kami harap ini sebagai peringatan kepadanya supaya tidak lagi membuat kenyataan seperti itu di media mahupun blog,” katanya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar petang, semalam.
Hadir sama, Naib Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki; Setiausaha, Mohd Rosli Azmi dan Ketua Penerangan, Mohd Nasir Zakaria serta 20 ahli Pemuda Pas kawasan Alor Setar.
Ahmad berkata, antara kenyataan Soi Lek yang dianggap tidak wajar ialah mengaitkan negara Islam sebagai teokratik (2 Mei 2011), mencerca dan menghina Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim bersentuhan.
“Beliau mengkritik calon Pas pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Normala Sudirman tidak bersalaman dengan lelaki dan termasuk tindakan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memakai sarung tangan ketika bersalam dengan lelaki (20 Jan 2011),” katanya.
Soi Lek turut didakwa memprovokasi dan menyindir sambutan Hari Raya Aidiladha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan memaksa kedai ditutup pada hari cuti umum terbabit (17 November 2010).
Kenyataan lain yang dianggap tidak harmonis ialah Soi Lek mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, rasuah dan sebagainya (6 Ogos 2010).
“Kami percaya sekiranya Soi Lek dibiarkan berterusan mengeluarkan kenyataan provokatif yang menyentuh sensitiviti Islam tanpa mempedulikan kesannya kepada umat Islam di negara ini, kelak boleh menimbulkan suasana tegang dan tidak harmoni antara kaum,” katanya.
Ahmad percaya apa yang disuarakan Soi Lek bukannya mewakili suara dan kehendak masyarakat bukan Islam di Malaysia.
“Kami yakin seluruh rakyat Malaysia juga menolak sebarang cubaan untuk memainkan sentimen agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik. Berikutan itu, Soi Lek harus disiasat bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang relevan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Nasir berkata, tindakan susulan akan dibuat selepas laporan ini dan tidak menolak kemungkinan menyerahkan memorandum bantahan kepada MCA Kedah.
“Jika boleh kami mahu Soi Lek menarik balik kenyataannya itu atau memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran kenyataannya. Pemuda Pas akan bincang bentuk tindakan lain yang relevan selepas ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment