Pengemis kecoh
SUNGAI PETANI – Suasana di Stesen Bas Tempatan Sungai Petani Ahad lalu kecoh dengan gelagat pengemis dan orang ramai yang menyaksikan Operasi Membanteras Pengemis dijalankan 19 anggota dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda dan ibu pejabat.
Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor berkata, operasi yang dijalankan di sekitar Pasar Tani, stesen bas dan kawasan Pasar Pagi Taman Ria Jaya itu berjaya menahan sembilan pengemis berusia antara 55 hingga 75 tahun.
Menurutnya, kesemua mereka sudah dibawa ke Rumah Seri Kenangan, Bedong sementara proses siasatan dijalankan dan sekiranya mereka didapati tiada tempat tinggal, proses permohonan menetap di rumah kebajikan akan dilakukan.
Katanya, operasi yang dilaksanakan itu adalah tugas rutin yang dilakukan menerusi Akta Orang-Orang Papa 1977 iaitu suatu akta yang melindungi dan memulihkan orang papa serta mengawal kutu rayau.
“Dalam operasi ini, kita dapat menahan tujuh lelaki dan dua wanita termasuk mereka yang cacat anggota,” katanya.
Menurutnya, mengemis bermaksud kelakuan yang mendorong pemberian sedekah dan menawarkan sesuatu untuk jualan.
“Mengikut akta berkenaan, orang papa juga boleh diertikan sebagai individu peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak dia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan tentang keadaan dirinya dengan memuaskan boleh dikenakan tindakan menerusi akta berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, JKM negeri, Hassan Ahmad berkata, tindakan yang dijalankan adalah menerusi akta dan diharapkan masyarakat tidak begitu simpati dengan menghulurkan bantuan kepada golongan sedemikian.
“Ini kerana, jabatan sudah menyediakan tempat perlindungan iaitu rumah kebajikan untuk pengemis ini sekiranya didapati tidak dapat bekerja, kita boleh tempatkan mereka di sana,” katanya.
Hassan berkata, orang ramai boleh turut membantu menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlakunya kegiatan mengemis kerana pihaknya akan mengambil tindakan dari semasa ke semasa merangkumi seluruh daerah.
“Pada tahun ini, kita sasarkan bandar besar seperti Kota Setar, Sungai Petani, Kulim dan Kubang Pasu di samping turut akan menjalankan operasi ke daerah kecil lain seperti Sik, Baling dan Pendang kerana tindakan mengemis ini wujud di mana-mana,” katanya. [Sinar Harian]

No comments:
Post a Comment