Penduduk naik angin
PENDANG – Beberapa penduduk di Kampung Lubuk Getah naik angin terhadap pihak yang berkenaan apabila masalah bekalan air yang dihadapi lebih lapan tahun masih lagi tiada jalan penyelesaian walaupun setiap tahun banyak aduan sudah dimaklumkan.
Tinjauan Sinar Harian ke perkampungan itu mendapati, hampir 50 keluarga di kampung itu berdepan gangguan bekalan air yang tidak pernah diperoleh pada waktu siang.
Penduduk, Mohd Aziz Ahmad, 52, atau lebih dikenali sebagai Che Lah berkata, bekalan air terputus berminggu-minggu.
“Menjadi pertanyaan apabila masalah air tidak pernah diselesaikan pihak berkenaan walaupun sudah banyak aduan dimaklumkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kawasan itu akan terputus bekalan air berminggu-minggu terutamanya musim perayaan sehinggakan ada penduduk yang terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana tidak sanggup beraya tanpa kemudahan air.
“Kami terpaksa berjaga pada waktu malam untuk menadah air dan membasuh pakaian.
“Penduduk yang mampu akan menghantar pakaian ke kedai dobi, tetapi penduduk yang tidak berkemampuan akan membawa pakaian mereka ke pusat rekreasi Bukit Perak untuk membasuh di situ yang jaraknya lebih lapan kilometer dari kampung ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Rahman Ahmad, 66, berkata, beberapa penduduk terpaksa bergantung kepada air perigi, namun masalah itu tidak menyelesaikan masalah itu memandangkan air kurang terutamanya pada musim kemarau.

No comments:
Post a Comment