ALOR SETAR - Laporan Sinar Harian semalam menyingkap jatuh bangun dan mengapa pusat pengajian pondok atau maahad masih menjadi tumpuan masyarakat Islam, namun dalam siri dua ini, Sinar Harian akan berkongsi apakah harapan waris serta penuntut di pusat pengajian berkenaan.
Rata-rata waris atau penuntut yang ditemui, mengharapkan agar maahad mahupun pondok ini kekal sebagai medium menuntut ilmu terutama berkaitan dengan pengajian Islam dan bacaan al-Quran.
Ibu kepada seorang penuntut Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah, Siti Rozila Katiman berkata, pusat pengajian maahad sememangnya mampu melahirkan golongan tahfiz yang terbaik dan berkualiti.
Dia berkata, yuran yang dibayar sebanyak RM200 sebulan sememangnya berbaloi apabila anaknya dapat mempelajari pelbagai ilmu terutama dari aspek hafazan.
Menurutnya, walaupun sistem pengajian yang dijalankan berkesan, namun kemudahan prasarana dan fasiliti perlulah diseimbangkan serta diberi penekanan.
“Pelbagai pihak perlu beri perhatian terhadap aspek pembangunan di maahad kerana ia juga penting untuk pembelajaran penuntut.
“Selain kemudahan fasiliti, aspek keselamatan penuntut juga perlu diberi penekanan agar mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selamat,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagi penuntut, Ameerul Muqri Mohd Azman, 17, berkata, sebelum ini dia mendalami pengajian tahfiz di Indonesia dan apabila pulang ke Malaysia memilih untuk menyambung pengajiannya di Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah.
Dia berkata, harapannya juga sama seperti waris mahupun penuntut di sini yang mengharapkan agar bantuan untuk pembangunan maahad.
“Pengajian di sini amat bagus dan penuntut juga mudah memahami apa yang diajar namun kami mengharapkan pembangunan kawasan maahad.
“Saya yakin dengan adanya pembangunan, ia akan memberikan keselesaan kepada penuntut untuk belajar,” katanya.
Seorang lagi penuntut Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah, Abdul Rahman Wahab, 13, berkata, dia sememangnya meminati cara pengajian yang disediakan di pusat pengajian maahad.
Dia berkata, sistem pengajian yang memfokuskan kepada bacaan al-Quran itu menjadikan daya tarikan kepada Abdul Rahman yang bercita-cita menjadi ustaz.

No comments:
Post a Comment