Monday, July 4, 2011

UMNO ada amalan yang bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri rupa-rupanya..

Jauhi politik fraksi: Najib

PEKAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota parti supaya menjauhi politik fraksi atau berpecah-pecah kerana ia boleh menjejaskan prestasi parti terutamanya ketika menjelang pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, amalan bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri itu perlu dielakkan, sebaliknya meletakkan kepentingan parti terlebih dahulu, mengatasi kepentingan peribadi dan kepentingan tertentu.

“Politik fraksi semestinya menjejaskan prestasi sesebuah parti itu menjelang pilihan raya, bila sampai masa pilihan raya kita mesti meletakkan kepentingan

parti mengatasi kepentingan yang lain,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini semalam.

Najib berkata, amalan negatif itu bukan saja berlaku dalam UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, tetapi juga dalam parti pembangkang di mana setiap kali adanya pemilihan parti, perkara itu sering kali akan timbul.

Presiden UMNO itu berkata setiap ahli parti perlu memberikan sokongan mereka kepada calon dipilih parti dengan mengetepikan sikap negatif mereka terhadap calon berkenaan, dan tidak mengambil kesempatan untuk menjatuhkannya.

“Kalau parti sudah pilih sesiapa jadi calon, semua orang mesti sokonglah walaupun kita mungkin tidak minat dia secara peribadi sebab dia adalah calon dipilih oleh parti, jadi kalau ada sikap sedemikian dan kita dapat mengelakkan daripada perkara jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain, maka kita akan berjaya dalam pilihan raya,” katanya. -Bernama

p/s - baju lawa bosss.....

No comments:

Post a Comment