ALOR SETAR - Pejabat Daerah Kota Setar akan memulakan operasi membanteras pusat hiburan haram yang semakin banyak di sini selepas Hari Raya Aidilfitri, sekali gus memastikan kegiatan tidak bermoral dapat dibanteras.
Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, sepanjang pemantauan di sekitar daerah Kota Setar, pihaknya mengenal pasti lebih 100 pusat hiburan haram beroperasi tanpa lesen dan kebanyakan premis itu dikunjungi orang Islam.
Katanya, satu operasi bersepadu akan diadakan bersama-sama polis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (Jaik) bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.
“Kita sasarkan operasi membanteras kewujudan pusat hiburan haram selepas Hari Raya Aidilfitri disebabkan Pejabat Daerah Kota Setar sedang merancang pelan sesuai menggempur pusat-pusat itu.
“Kita akan banteras premis sebegini di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 dan saya harap tindakan tegas ini dapat mengurangkan kadar maksiat dalam kalangan orang Islam daerah ini,” katanya kepada Sinar Harian: di Majlis Penyampaian Elaun Ketua Kampung/Komuniti Daerah Kota Setar di Dewan Seri Mentaloon semalam.
Berhubung perkembangan pelaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang bulan Ramadan, Abdul Rahman berkata, pihaknya masih menunggu kata putus Kerajaan Negeri berhubung hala tuju pelaksanaan enakmen itu.
Menurutnya, Pejabat Daerah Kota Setar masih tidak mengadakan perjumpaan dengan semua pengusaha pusat hiburan berlesen di daerah itu disebabkan pendirian Kerajaan Negeri masih tidak jelas.
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9423057.asp

No comments:
Post a Comment