Monday, August 8, 2011

Hari nie baru pimpinan UMNO nak sedaq sedangkan PAS dah lama dah dok suruh buat undang-undang murtad nie..!!

Wujud Akta Jenayah Akidah



BATU PAHAT – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentangkan di Parlimen bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.



Beliau berkata, akta itu diperlukan untuk membendung gejala murtad, malah usaha memesongkan akidah orang Islam itu seolah-olah bukan rahsia lagi.



“Sebab itu, saya dari dulu lagi mencadangkan supaya diwujudkan atau kalau boleh Akta Jenayah Akidah ini dibawa ke Parlimen untuk memastikan tidak ada usaha memurtadkan orang Islam di negara kita.



“Ini bagi menjamin gejala ini tidak berleluasa sebab sekarang ini sudah menjadi ‘open secret’ (rahsia terbuka),” katanya.



Menerusi majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan membaiki rumah penduduk yang rosak, sumba-ngan kepada anak yatim, golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan kurang berkemampuan.



Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan membuat pendedahan mengejutkan tentang kenyataan Persatuan Paderi Malaysia yang mendakwa lebih 230,000 umat Islam masuk Kristian pada 2008.



Bagaimanapun, Mohd Puad berkata, isu murtad ini tidak hanya terletak di bahu kerajaan untuk mewujudkan akta baru atau memperkemas akta sedia, tetapi permasala-han itu turut melibatkan banyak pihak termasuk badan dakwah.



Menurutnya, semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Negara yang dengan jelas menyatakan orang bukan Islam tidak boleh mendakwahkan ajaran mereka kepada orang Islam.



“Dalam kata lain, orang bukan Islam mesti mematuhi Perlembagaan ini, mereka tidak boleh melakukan apa sahaja untuk memesongkan akidah orang Islam,” katanya.



Mohd Puad turut menyatakan, mana-mana pihak tidak boleh berselindung dengan menggunakan kebajikan atau sebarang bentuk bantuan untuk memancing orang Islam menukar agama.

No comments:

Post a Comment