Penuntut tidak perlu bimbang
ALOR SETAR - Tiada perubahan drastik melibatkan penuntut program Diploma Tahfiz Wal Qiraat, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) serta 18 staf Kuliyyah Al-Quran yang dipinjamkan untuk tempoh dua tahun kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).
Pengurus Besar YINK, Abdul Rahman Ismail berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan Diploma Tahfiz Wal Qiraat untuk dikendalikan YINK bermula 1 Julai lalu.
Menurutnya, ibu bapa mahupun seramai 189 penuntut yang terlibat, tidak seharusnya berasa bimbang kerana pada dasarnya penuntut terbabit masih berada di bawah pengurusan Kuin.
“Ini kerana walaupun program Diploma Tahfiz Wal Qiraat dikendalikan YINK namun kuliah masih diadakan di Kuin seperti biasa, begitu juga dengan urusan pensijilan dan graduasi yang mana terletak di bawah bidang kuasa institusi terbabit.
“YINK hanya memikul tugas menguruskan keperluan penuntut termasuklah urusan penginapan serta beberapa urusan lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Mengulas mengenai 18 staf Kuliyyah Al-Quran yang didakwa ‘dipinjamkan’ kepada YINK untuk tempoh dua tahun pula, Abdul Rahman berkata, tidak timbul sebarang isu berhubung perkara itu kerana ia adalah keputusan yang dipersetujui kedua-dua pihak, Kuin dan YINK.
“Mengikut perjanjian, kesemua 18 staf itu akan dipinjamkan kepada YINK selama dua tahun bermula 1 Julai lalu, dan surat tawaran dijangka akan dikeluarkan oleh YINK kepada mereka dalam minggu ini.
“Urusan pembayaran gaji akan dikendalikan YINK manakala urusan mengenai perjawatan dan kenaikan pangkat staf terlibat pula, ia sebenarnya masih terletak di bawah bidang kuasa Kuin,” katanya.
Menurutnya, YINK bersedia memikul tugas yang dipertanggungjawabkan itu dengan hati terbuka malah akan melaksanakannya sebaik mungkin bagi memastikan memastikan kuliah itu dapat berjalan lancar.
“Justeru, saya berharap semua yang terlibat, sama ada penuntut mahupun staf, dapat memberikan kerjasama kepada YINK.
“Ketepikan kesemua masalah yang boleh mengganggu proses pembelajaran.
"Malah saya sendiri bersedia berbincang jika mereka menghadapi masalah, agar dapat bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9430881.asp

No comments:
Post a Comment