Sunday, August 14, 2011

Susah Susah galak Sangat Suruh Menikah jee senang cerita..!!!

Nikah atasi masalah sosial remaja



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx4HKQNv29BOeI7IzzNrYmAVxRQH0rfIIA1BiHXHSehNr40gmHj1t04nEypMe9Aj4P73lnWTxv4pbLh2Mmr1A_AyITWUrjam2fGFCK0RRnx2duEDpSezPZyV9NbXuenNUOPm-jn4_HmjM/s1600/Hassan+Razak.jpg
KULIM - Pegawai Agama Islam Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib menyatakan untuk mengatasi masalah sosial pelajar dan remaja masa kini, mereka yang terlibat khususnya yang ditangkap berkhalwat dinasihatkan untuk bernikah.



Menurutnya, pernikahan satu perbuatan yang suci di sisi ALLAH. Bagi mereka yang terlalu taksub dengan cintanya diwajibkan menikah.



“Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) terus membanteras perlakuan maksiat dari terus berleluasa,” katanya.



Menurutnya, PADK pernah menikahkan sepasang kekasih berusia 17 tahun. Mereka pernah ditangkap khalwat beberapa kali.



Dari tinjauan mendapati, kehidupan mereka lebih teratur setelah berkahwin.



Yang Dipertua (YDP) Kawasan Pas Kulim Bandar Baharu, Hassan Razak berkata, pelajar sekolah yang sudah akil baligh boleh dinikahkan sekiranya mereka terlibat dalam hubungan cinta yang terlalu serius.



“Saya memang setuju sekiranya mana-mana pasangan tidak kira pelajar sekolah atau remaja yang terlalu serius dengan cinta dinikahkan. Walaupun undang-undang menetapkan hukuman saman dan penjara dikenakan terhadap mereka yang terlibat, tetapi ia tidak dapat mengembalikan maruah anak gadis yang sudah tercemar.



“Pada pendapat saya pasangan yang ditangkap khalwat atau melakukan maksiat harus dinikahkan,” katanya.



Sementara itu Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berpendapat PADK seharusnya meletakkan pernikahan sebagai pilihan kepada mana-mana pasangan yang ditangkap kerana melakukan maksiat.



Menurutnya, setelah pasangan itu dinikahkan, agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PADK dan semua golongan masyarakat seharusnya memainkan peranan dengan memberikan sokongan dan menunjuk ajar cara kehidupan yang lebih diredhai ALLAH.



http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9428429.asp

No comments:

Post a Comment