ALOR SETAR - Tidak timbul isu perebutan kerusi yang bakal ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat (PKR) iaitu Pas, PKR mahupun DAP dalam pilihan raya umum (pru) ke-13, memandangkan semua tuntutan masih di peringkat perbincangan.
Naib Presiden Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, S Manikumar berkata, dalam satu mesyuarat yang diadakan kira-kira tiga hari lalu, tiga wakil dihantar dari setiap parti komponen PR.
Menurutnya, kesemua wakil mengutarakan cadangan mengenai kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kita melihat perkara ini secara positif, apa yang diminta oleh parti komponen adalah cadangan dan bukannya permintaan yang mesti ditunaikan.
“Bagaimanapun setiap cadangan perlu dikemukakan bersama dengan hujah yang relevan, barulah masing-masing dapat menyuarakan pendapat berhubung tuntutan yang dibuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Manikumar berkata, tidak ada sebab untuk menolak tuntutan yang dikemukakan jika mempunyai alasan yang kukuh.
“Sebagai contoh, jika ada parti komponen lain yang ingin bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, mereka perlu kemukakan hujah dan jika relevan, mungkin laluan boleh diberikan kepada calon parti yang menuntut.
“Setiap parti boleh mengutarakan cadangan dan perkara ini masih di peringkat cadangan, selepas ini akan dianalisis secara terperinci sebelum dimaklumkan kepada peringkat atasan. Keputusan akan dibuat selepas mencapai kata sepakat,” katanya.
Menurutnya, semua wakil rakyat PR di negeri ini berpegang teguh kepada prinsip perjuangan yang jujur, tidak hanya di Kedah tetapi di semua negeri lain.
“PR sudah matang dan berjaya menawan beberapa negeri malah semakin bersedia untuk suatu tahap yang lebih matang.
“Jika rakyat memberi peluang kepada PR untuk ke Putrajaya, kita akan menubuhkan kerajaan baru yang mengutamakan negara kebajikan,” katanya yang tidak mahu pertandingan tiga penjuru di DUN Derga pada 2008 berulang demi kepentingan PR.
Pada pilihan raya umum ke-12, tiga parti yang bertanding untuk kerusi Derga ialah PKR, DAP and Barisan Nasional (BN) dan dimenangi Dr Cheah Soon Hai (BN) dengan 6,516 undi, manakala Teoh Teik Guan (DAP) dan Cheung Khai Yan (PKR) masing-masing memperoleh 2,095 dan 6,353 undi.
Terdahulu, perbincangan mengenai agihan kerusi PR Kedah dilaporkan menemui kegagalan apabila terdapat pertindihan tuntutan kerusi melibatkan PKR dan DAP, kedua-dua parti terlibat akhirnya menyerahkan kepada pimpinan PR untuk membuat keputusan.
Difahamkan, pertindihan tuntutan itu berlaku apabila DAP meminta untuk bertanding kerusi yang ditandingi PKR (pada 2008), dalam pilihan raya umum akan datang.
DAP yang bertanding dua kerusi iaitu DUN Kota Darul Aman dan Derga pada pilihan raya umum 2008, menuntut tambahan empat kerusi DUN iaitu Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Bakar Bata serta dua kerusi Parlimen iaitu Alor Setar dan Padang Serai.

No comments:
Post a Comment