
“Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti,” katanya ketika menyampaikan amanat di majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya, 10 Nov lalu.
Najib berkata beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.
Katanya, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.
“Dulu mereka takda (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.
“Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment