PUTRAJAYA, 4 Nov — Pelajar yang sudah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan meneruskan persekolahan mereka sehingga tahap Tingkatan Lima.
Oleh itu, PPSMI di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2017 manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu pada 2021.
Selain itu, Kabinet juga memutuskan pemansuhan PPSMI kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula dasar seperti dituntut sesetengah pihak.
Bernama Online melaporkan, pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada 2016, dan untuk sekolah menengah pada 2021.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata mesyuarat Kabinet turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti PPSMI sepenuhnya, Bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima.
Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.
Kabinet pada 2009 sudah membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan.
No comments:
Post a Comment