Thursday, March 8, 2012

Umno 50 tahun ke belakang

http://gelagatanwar.files.wordpress.com/2012/02/salahuddin-ayub1.jpg

Akibat para penyokong Umno diajar dengan politik one track minded atau politik sehala maka cara tindakan mereka juga undur 50 tahun ke belakang. Ini ditunjukkan oleh watak-watak media mereka seperti Utusan Malaysia, RTM, TV3 dan lain-lain yang langsung tidak memberikan ruang demokrasi yang ada dalam negara kita. Ikuti temubual wartawan Harakah, INTAN ABDULLAH bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengenai isu politik samseng yang kian menular akhir-akhir ini.

Apa reaksi YB berhubung insiden keganasan yang berlaku sejak mutakhir ini terhadap program Pakatan Rakyat?

SALAHUDDIN AYUB: Sebenarnya saya rasa begini, sekiranya pemimpin-pemimpin politik pada hari ini tidak kira daripada parti mana pun, jika kita boleh memberikan pendidikan politik yang sihat dan bijak kepada ahli-ahlinya, saya rasa insiden dan budaya politik samseng ini tidak akan wujud.

Ini kerana, saya rasa apa yang perlu diberikan ialah k-politik iaitu politik yang berasaskan kepada knowledge (ilmu pengetahuan), maklumat, asas kebenaran yang mesti ditegakkan.

Jadi, saya rasa pentas-pentas terbuka kepada mana-mana pihak untuk menyuarakan pandangan mereka yang sangat terhad walaupun ada inisiatif yang dibuat oleh beberapa akhbar popular pada hari ini, stesen-stesen televisyen yang tidak terikat dengan kerajaan.

Tetapi masih lagi ruang itu sempit. Jadi, saya rasa ramai orang Umno sendiri yang berpendidikan dan orang-orang muda mereka yang melalui proses pendidikan dan proses kematangan politik, mereka juga mahu menyumbang untuk menuju ke arah politik yang sihat ini.

Tetapi ini tidak berlaku...

Iya. Mereka diajar oleh pemimpin-pemimpin mereka dengan politik one track minded atau politik sehala. Ini ditunjukkan oleh watak-watak media mereka seperti Utusan Malaysia, TV1, dan lain-lain yang langsung tidak memberikan ruang demokrasi yang ada dalam negara kita.

Jadi, untuk menjawab persoalan itu saya rasa hari ini kita harus terus mencuba dan jangan kita terus berputus asa untuk PAS mengambil peranan memimpin minda masyarakat Malaysia ke arah satu budaya politik yang sihat.

Adakah persoalan ini akan dibangkitkan sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat tidak lama lagi?

Sudah pasti. Ini topik favourite saya dan saya akan mengemukakan hujah-hujah dengan alasan kukuh dan saya akan membuat rujukan rapi berdasarkan pengalaman politik negara-negara maju yang telah berjaya untuk menyuburkan demokrasi dalam era yang mencabar pada hari ini.

Yang terbaru, adakah pihak Umno memberikan sebarang respon terhadap isu ini?

Tidak ada banyak perkembangan yang positif kerana kita melihat ruang-ruang media mereka masih dikongkong, diugut dan diberikan arahan supaya tidak berikan ruang kepada mana-mana pihak parti-parti pembangkang untuk menyuarakan pandangan mereka.

Apabila mereka tidak boleh menjawab isu yang dikemukakan, maka timbullah budaya samseng ini. Mereka boleh diupah untuk membuat kekacauan. Ini menunjukkan pemikiran politik mereka 50 tahun ke belakang.

Berdasarkan pengalaman lalu, apa tindakan PAS yang akan diambil selain daripada mengeluarkan kenyataan?

Kita akan menyuburkan demokrasi dalam parti. Itu satu benda yang mesti ditunjukkan supaya kita boleh nampak dan terbuka dalam memberi serta perbezaan pandangan. Yang kedua, PAS juga harus ke hadapan dari segi memperlihatkan kerajaan-kerajaan negeri yang kita perintah. Pada hari ini juga PAS memberi ruang ini supaya percambahan idea, diskusi intelektual dan juga dialogdialog terbuka seperti ini serta konsep town-hall meeting harus diperkenalkan di negeri-negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Ini adalah langkah-langkah proaktif yang saya rasa kita harus tunjukkan dan PAS harus menjadi pemimpin dalam kita menerajui pemikiran masa depan yang lebih progresif.

Saranan kepada para penyokong apabila berdepan dengan insiden seperti ini?

Kita harus menunjukkan politik yang matang. Ada satu program di Muar, Johor yang dihadiri oleh Mohamad Sabu. Pada ketika itu tengah waktu kemuncak isu Mat Indera, datang Pemuda Umno dan mereka cuba mengganggu ceramah itu.

Ini contoh yang praktikal. Jadi penyokong-penyokong PAS tidak emosi, tidak mengambil tindakan untuk melakukan kekerasan malahan penganjur menjemput wakil-wakil yang datang itu naik ke pentas ceramah PAS ketika itu.

Mereka diberikan peluang untuk menyatakan hasrat mereka datang. Jadi, selepas mereka berucap itu, mereka boleh pulang.

Akhirnya majlis itu berjalan dengan baik, mereka pulang dengan baik, majlis kita dapat diteruskan.

Ini contoh politik matang yang PAS telah tunjukkan dan buktikan supaya kita dapat mengelakkan daripada politik yang berasaskan sentimen, perkauman, persepsi yang tidak banyak memberikan manafaat dalam negara kita.

Apa akan terjadi, jika pihak berkuasa tidak mengambil langkah-langkah bagi membendung budaya ini pada masa depan?

Saya bimbang ada provokasi, sabotaj yang memang sengaja dirancang kerana mereka tidak dapat menerima kekalahan mereka. Ini harus kita perhatikan bersama masyarakat harus prihatin, peranan civil society menjadi semakin penting untuk melaporkan setiap perkara yang mungkin berlaku, NGO harus berperanan dengan lebih serius.

Yang paling penting ialah pihak keselamatan iaitu pihak polis yang harus bersifat profesional dalam mengambil tindakan secara profesional terhadap insideninsiden provokatif seperti ini.

Kalau tidak, negara kita akan berdepan – dengan sama-sama kita harapkan tidak berlaku iaitu politik yang penuh dengan kekacauan, sabotaj dan politik yang memakan korban dalam dasawarsa yang kritikal ini.

No comments:

Post a Comment