Wednesday, May 2, 2012

Aduhai Siap Flying Kick lagi... Polis ka Bruce Lee..??

VIDEO - CHEGU BARD TIDAK SERIK WALAU DILANYAK SEPARUH MATI

Oleh:  WFAUZDIN NS


BENARKAH peserta-peserta BERSIH 3.0 sememangnya merancang untuk merempuh pasukan keselamatan di Dataran Merdeka pada 28 April baru-baru ini?  Jika ianya benar, aku merasakan perancangan oleh Penganjur BERSIH 3.0 pada hari tersebut ternyata amat lemah malahan perancangan paling bodoh walaupun pimpinan BERSIH serta para penyokong BERSIH mempunyai ratusan pakar-pakar strategi termasuk dari kalangan bekas-bekas pegawai tentera.
Inilah wajah Chegu Bard dan Sani (Ketua AMK Rembau) setelah dibelasah teruk
Lojikkah pada akal perancangan menggempur pihak keselamatan tidak dilaksanakan serentak, sedangkan pada waktu itu sekeliling Dataran Merdeka telah dikepung oleh peserta-peserta BERSIH?  Bayangkan jika gempuran dilakukan serentak di kiri kanan, depan dan belakang sekumpulan pasukan keselamatan dan trak-trak FRU.  Sudah tentu tragedi pada 28 April yang lalu menjadi satu sejarah paling pahit untuk dikenang oleh pihak keselamatan.

Tetapi apa yang berlaku pada 28 April itu tidak berlaku sedemikian.  Ini cukup jelas membuktikan tiada perancangan untuk menggempur pihak keselamatan.  Apa yang berlaku hanyalah peserta BERSIH meluru masuk ke tempat yang mereka mahu tuju iaitu Dataran Merdeka.  Mengapa mereka meluru masuk?  Sebabnya mereka telah melihat kawat duri dan halangan telah `dibuka'.  Siapa yang membukanya?  Soal ini kita serahkan kepada pihak yang akan menyiasatnya.  Cuma, apa yang jelas peserta-peserta BERSIH sejak awal mahu berada di Dataran Merdeka untuk mereka DUDUK DAN BANTAH.
Mengapa susah sangat pihak berkuasa untuk memberikan kebenaran untuk mengunakan Dataran Merdeka?  Mengapa ditawarkan Stadium Merdeka sedangkan sewaktu BERSIH 2.0 dahulu kita pohon stadium tersebut mereka tetap tidak mengizinkan?  Contoh terbaik perhimpunan aman adalah seperti di Kuantan, Pahang sewaktu Himpunan Hijau bertempat di Padang MPK 4, Kemunting.  Ketika itu, puluhan ribu berhimpun dengan aman bukan hanya duduk tetapi berdiri, melompat dan berarak tanpa melanggar adab dan tatasusila.  Di Kuantan ketika itu, pihak keselamatan duduk berkawal dengan santai tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.  Oleh kerana pihak keselamatan bertugas dengan penuh profesional dan para peserta perhimpunan juga penuh dengan tanggungjawab, maka Himpunan Hijau berjalan dengan aman dan tertib.
Mengapa ini tidak berlaku di Dataran Merdeka?  Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ketakutan rejim untuk menghadapi kebangkitan rakyat.  Rejim sedar tipu daya mereka kini mulai terbongkar sehinggakan pembongkaran paling serius adalah bagaimana Pengerusi SPR dan Timbalannya dikenalpasti sebagai ahli-ahli UMNO.
Syabas kepada Chegu Bard, Penyelaras Solidiriti  Anak Muda Malaysia (SAMM) di antara beberapa pimpinan yang teruk dibelasah pada hari tersebut.  Beliau terus ditahan, dan sebaik sahaja dibebaskan beliau berehat seketika di rumah dan kemudiannya kembali semula ke pentas ceramah di dua tempat sekitar KL iaitu di Selayang dan Rawang.  Malam tadi (01 Mei) pula beliau hadir di hadapan lebih 10 ribu orang di Ampangan, Seremban.  Kekentalan dan semangat Chegu Bard pasti akan menyuntik semangat anak-anak muda untuk bersedia bangkit menghadapi BERSIH 4.0.  Kita sama-sama nantikannya

Link = ./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment