ALOR SETAR - Muzium Negeri Kedah sedang mengadakan 'Pameran Ular: Bisa Berbisa' mempamerkan sebanyak lebih 100 spesis ular dengan kerjasama sebuah syarikat pemilik dan penjinak ular selama sebulan bermula Ahad lepas hingga 6 Jun ini.
Ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendidikan kepada orang ramai antara lain mengenai jenis dan keluarga ular, anatomi ular, ular untuk perubatan, cara merawat bisa ular dan pertolongan cemas, gejala dan tanda patukan ular dan cara menghalang ular memasuki rumah.
"Pameran ini menarik lebih ramai pengunjung mengunjungi muzium ini dan selepas empat hari pameran bermula, kita telah menerima kira-kira 5,000 pengunjung," kata Pengarah Muzium, Suhaidi Shukri kepada pemberita di sini hari
ini.
Dijangkakan, kira-kira 100,000 pengunjung akan datang ke muzium bagi menyaksikan pertunjukkan dan pameran ular sepanjang pameran itu berlangsung.

"Selain pameran dan pertunjukkan, kita juga turut mengadakan aktiviti sampingan seperti kuiz berkaitan ular kepada pengunjung yang datang. Terdapat pelbagai hadiah menarik kepada pemenang kuiz dan pengunjung bertuah seperti pemberian peti televisyen LCD, basikal fixie dan barangan elektronik," katanya.
Suhaidi berkata pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2 bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun dan RM4 bagi dewasa.
Pameran diadakan setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam manakala pada Khamis, ia dibuka sehingga pukul 7 malam.
Beliau berkata pertunjukkan ular diadakan pada tengah hari dan 9 malam pada setiap Ahad hingga Rabu dan pada hari Khamis pertunjukkan hanya diadakan pada pukul 12 tengah hari manakala hari Jumaat dan Sabtu, ia dibuat tiga kali sehari iaitu pada pukul 11 pagi, 5 petang dan 9 malam.
Sementara itu Ratu Ular, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazad berkata dia telah membuat persediaan rapi sebulan sebelum mengadakan pertunjukkan.
"Saya mudah rasa pening jika berada di bilik kaca, jadi saya akan memastikan mengambil makanan tambahan bagi menguatkan fizikal dan mental saya. Untuk pertunjukkan kali ini, saya perlu berada di bilik kaca bersama 100 ekor ular
tedung selar berbisa.
"Semua ular ini adalah ular baru dan kami belum berkenalan lagi sebelum ini, jadi saya tidak tahu perangai ular-ular ini macam mana dan saya perlu bersedia," katanya yang pernah dimasukkan ke hospital akibat terkena patukan
ular.
Beliau berkata di rumahnya terdapat lebih 50 spesis ular yang dibela bersama suaminya dan semua haiwan itu telah menjadi kawan kepada keluarganya.
"Saya pernah membuat lebih 10 pertunjukkan ular di Malaysia dan pernah juga mengadakan pertunjukkan ular di luar negara seperti Korea dan Singapura," katanya yang bercita-cita untuk membuat rekod bersama ular berbisa. - Bernama
No comments:
Post a Comment