Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR, 3 Mei – Projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta di sini merupakan projek swasta.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah berkata, syarikat pemaju iaitu Kumpulan Belleview (Belleview) yang datang menemui Kerajaan Negeri untuk projek itu.
“Pemaju berkenaan telah diberikan tender itu kerana mereka mempunyai pengalaman dalam menyelamatkan projek-projek terbengkalai,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Negeri, Tan Keng Liang berhubung dakwaan Kerajaan Negeri yang menyatakan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta di sini adalah projek swasta ternyata tidak benar apabila bukti menunjukkan pembangunannya turut melibatkan Kerajaan Negeri.ALOR SETAR, 3 Mei – Projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta di sini merupakan projek swasta.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah berkata, syarikat pemaju iaitu Kumpulan Belleview (Belleview) yang datang menemui Kerajaan Negeri untuk projek itu.
“Pemaju berkenaan telah diberikan tender itu kerana mereka mempunyai pengalaman dalam menyelamatkan projek-projek terbengkalai,” ujarnya.
Amiruddin memberitahu, projek itu adalah projek swasta dan pihak pemaju turut meminta agar Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk turut bersama dalam projek berkenaan. PKNK hanya diberi ekuiti sebanyak 20 peratus.
“Perkara itu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia merupakan projek swasta dan saya minta Tan Keng Liang membuktikan bahawa projek itu adalah projek Kerajaan Negeri,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment