Wednesday, July 11, 2012

Bazar Ramadhan Langkawi disediakan khemah oleh Majlis Bandaran

Majlis Perbandaran Langkawi sedia khemah khas untuk bazar Ramadan

LANGKAWI - Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) Bandaraya Pelancongan menyediakan 176 khemah khas untuk menempatkan peniaga dan penjaja di bazar Ramadan Pekan Kuah sepanjang bulan puasa ini.

Yang Dipertua MPL Zabudin Hat berkata penyediaan khemah khas itu bagi menyeragamkan Bazar Ramadan tidak seperti tahun-tahun yang lalu disediakan oleh peniaga dan penjaja sendiri.

"Kami mahu melihat sekitar Bazar Ramadan dalam keadaan bersih, indah dan menarik kerana ia bukan saja dikunjungi umat Islam malah rakyat pelbagai kaum termasuk pelancong asing," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata 397 tapak perniagaan disediakan termasuk di Kuah manakala tempat-tempat lain ialah di Padang Mat Sirat sebanyak 123 tapak, Ayer Hangat 88 tapak dan Ulu Melaka 10 tapak.

Zabudin berkata peniaga dan penjaja akan diberi kursus pengendalian makanan pada 16 Julai ini bagi memastikan mereka menjual makanan bersih dan berkualiti.

Beliau menasihatkan peniaga dan penjaja supaya tidak menjual barang-barang tidak berkualiti termasuk makanan basi. - Bernama

No comments:

Post a Comment