Saturday, July 14, 2012

Kedah tersungkur di kaki Felda....

 
Walaupun tewas pada malam ini 1-2, Kedah masih layak ke saingan Piala Malaysia 2012 secara auomatik selepas menamatkan saingan Liga di tempat ke 12.
UNDIAN PIALA MALAYSIA 2012 : 29 /7/2012
SEPAK MULA PIALA MALAYSIA : 22/8/2012

1. Kelantan FA
2. Lions XII
3. Selangor FA
4. Perak FA
5. Terengganu FA
6. Negeri Sembilan FA
7. PKNS FC
8. T-Team FC
9. Johor FC
10. Felda United FC
11. Sarawak FA

12. Kedah FA
13. ATM FA
14. Pahang FA
15. Sime Darby FC
16. Johor FA
Perjuangan Kedah di dalam Liga masih belum berakhir. Kedah bakal menentang Sabah di dalam perlawanan Playoff pertama pada 17 Julai 2012 ini di Std. Hang Tuah, Melaka.
Jadual Perlawanan PLAYOFF Liga Super 2013, 17 Julai 2012 :

i - Sarawak vs Pahang, Stadium Hang Jebat, Melaka, 8.45 malam;
ii - KEDAH vs Sabah, STADIUM HANG TUAH, Melaka, 8.45 malam.

Perlawanan PLAYOFF untuk Liga Perdana 2013 juga akan dijalankan di venue2 yg sama tetapi bermain di sebelah petang hari yg sama.
MASIH ADA PELUANG UNTUK KEDAH KEKAL DALAM SAINGAN LIGA SUPER 2013. Jangan pernah putus asa!

Kenari Fans Squad akan mengadakan rombongan ke Melaka untuk perlawanan Play Off yang melibatkan pasukan Kedah pada 17 Julai 2012 ini. Marilah bersama sama memberi sokongan kepada pasukan negeri Kedah yang tercinta ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saudara Syahrul Irwan Jamil 012 5825259. Tempat adalah terhad.

Perjuangan masih belum selesai | Teruskan sokongan dan gerakan kalian | Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk maruah negeri Kedah | Pengurusan, pemain, coach boleh silih berganti tetapi yang tidak berubah hanyalah penyokong | Siapa yang mahu menyokong kalau bukan anak negeri sendiri |

No comments:

Post a Comment