Sunday, July 15, 2012

Nah ambik!! orang baru dok buat servey nak buat ka dak...depa riuh sekampung macam dah laksanakan dah tuu....

Dasar perumahan baru di Kedah masih di peringkat draf

ALOR SETAR - Dasar perumahan baru di Kedah masih di peringkat draf dan dalam proses perbincangan antara kerajaan negeri dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum ia dibawa ke peringkat exco negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak terlebih dahulu sebelum sesuatu draf dibentang dan diluluskan.

"Tidak timbul bahawa (draf) itu akan dibentang dan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok. Sebelum sesuatu dasar diluluskan kerajaan negeri ambil perhatian daripada semua pihak.



"Yang musykil bagaimana ada pihak dapat dokumen ini dan kemudian saya istilahkan sebagai (membuat) hasutan. Ia sesuatu yang masih dalam peringkat draf, belum jadi dasar rasmi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, beberapa pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) dan Persatuan Pengguna Kedah (Cake) telah dipanggil menghadiri sesi tertutup pada 30 Jun lepas bagi membincangkan draf berkenaan dan setakat ini maklum balas yang diterima adalah positif.

Baru-baru ini Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendakwa pemaju terpaksa membangunkan rumah mampu milik termasuk kos rendah sehingga 60 peratus apabila dasar baru itu dilaksanakan selain dasar itu menyekat pemilikan rumah oleh 'orang luar' di daerah Kuala Muda dan Kulim.

Tan mendakwa dasar perumahan baru itu bertujuan untuk memindahkan tanggungjawab kerajaan negeri yang gagal melaksanakan projek rumah kos rendah di negeri ini sejak empat tahun lalu kepada pemaju swasta.

Amiruddin berkata draf yang bukan untuk pengetahuan umum itu telah disebarkan dan pihak berkenaan mendakwa pelaksanaannya akan memberi tekanan kepada pemaju, manakala kerajaan negeri lepas tangan untuk membina rumah kos rendah.

"Kita akan siasat daripada mana sumber ini bocor dan saya akan berbincang dengan Menteri Besar selepas ini serta mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang negeri jika ada tindakan yang boleh diambil mengikut mana-mana peruntukan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment