oleh Drs Harun
Najib seperti sudah kehilangan arah sekarang ini. Dia tengah dilambung oleh badai janji ditepati. Oleh sebab itu, ke mana saja dia pergi berkumandanglah retorik tentang kebolehannya sebagai pemimpin merasai denyut nadi rakyat. Maka berkeliaranlah dia menjaja sesuatu yang sifatnya masuk bakul angkat sendiri. Dia ingat rakyat tidak tahu tembelangnya. Dia ingat rakyat percaya kepada autanya.
Rakyat tahu apa-apa yang dikatakan Najib itu sebenarnya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah yang dilantik oleh rakyat. Mana-mana kerajaan pun dalam dunia ini berbuat sesuatu untuk mensejahterakan rakyatnya. Tidak kira kerajaan itu berbentuk monarki mutlak. Tidak kira kerajaan itu berbentuk monarki berperlembagaan. Tidak kira kerajaan itu berbentuk republik. Tidak kira kerajaan itu mengamalkan sosialisme. Tidak kira kerajaan itu mengamalkan komunisme. Semuanya berkhidmat kepada rakyat.
Walau bagaimanapun, ada kelainan dalam Kerajaan UMNO Baru/BN pimpinan Najib. Serak tekak mereka bertempik tentang janji ditepati. Rupa-rupanya tempikan itu hanyalah kokok derderai-derai, ekor bergelumang taik. Mengapa ekor mereka penuh taik?
Mereka kayakan diri sendiri. Mereka bina istana. Mereka bina rumah agam. Mereka ambil wang pembayar cukai. Rakyatlah yang membayar cukai. Siapakah pemimpin UMNO Baru yang miskin?
Mereka kayakan kroni. Tajudin Ramli ambil RM598 juta, tak payah bayar balik. NFC yang dimiliki Suami Shahrizat diberi pinjaman mudah RM250 juta, Malaysia terus import daging. Raja Farhana anak Raja Nong Chik dianugerah projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor sebanyak RM30.8 juta, Ikhwan anak Jamaludin Jarjis mendapat projek Pusat Kawalan Trafik Udara Subang bernilai RM128.4 juta. Pernahkah Najib berjanji kepada rakyat Malaysia untuk menghentikan kronisme? Tidak pernah barang sekali pun. Pernahkah Najib berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin UMNO Baru akan berhenti memperkaya diri sendiri? Tidak pernah barang sekali pun. Pernahkah Najib berjanji kepada rakyat Malaysia untuk membanteras ketirisan yang setiap tahun jumlahnya RM28 bilion itu? Tidak pernah barang sekali pun!!!
Najib tidak akan berhenti berkokok. Setiap kali dia berkokok, rakyat akan nampak taik yang bergelumang di punggungnya. Biarlah dia. Rakyat tidak sabar-sabar lagi hendak melenyapkan kokokan yang sumbang itu.
No comments:
Post a Comment