Abdul Malik berasa terharu dengan kunjungan Exco berkenaan dan menganggap ianya merupakan tuah beliau dan keluarganya.
Sempena Program Mesra Rakyat di Kampung Nawa, sebanyak enam rumah di sekitar Kampung Budi sempat dilawati oleh Dato’ Ir Amiruddin selain turut memberi sumbangan berupa keperluan dapur dan wang tunai.
Antara yang sempat dikunjungi termasuklah Shaari Isa yang mengalami sakit lumpuh dan bergantung hidup dengan hanya meminum susu melalui tiub. Beliau yang dijaga oleh isterinya yang hanya berpendapatan sebagai penoreh getah sahaja.
Sementara itu Amiruddin juga meluangkan masa melawat Ramah Rejab, seorang ibu tunggal dan kebetulan tinggal bersama anaknya juga seorang ibu tunggal. Kehidupan mereka anak beranak juga hanya bergantung kepada hasil menoreh getah.
Masing-masing yang dilawati melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana dikunjungi oleh Exco kerajaan negeri dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.
Terakhir Dikemaskini (Isnin, 23 Julai 2012 12:47)
No comments:
Post a Comment