Siapa izin Soi Lek terus bebas kritik hudud, soal PKPIM
21 Oktober 2012
SHAH ALAM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPIM) hari ini mempersoalkan “kebebasan” diberikan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sehingga beliau dengan sewenang-wenangnya bebas mengkritik berhubung isu hudud.
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menerusi satu kenyataan media berkata, "adakah beliau diberi keistimewaan dan hak oleh kerajaan untuk bercakap secara bebas mengenai hudud seolah-olah beliau mewakili umat Islam terbanyak?”
“Atau adakah disebabkan prinsip kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi atau kerana MCA sebagai parti dalam gabungan Barisan Nasional,” katanya lagi.
PKPIM katanya, hairan walaupun persatuan itu dan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan sudah beberapa kali membuat siri bantahan, menghantar memorandum dan artikel kepada Soi Lek berhubung hukum hudud, namun ia gagal difahami oleh pemimpin tersebut yang terus mempersendakannya.

“Malangnya kami merasakan beliau tiada masa untuk membaca dan memahami mesej yang disampaikan oleh gerakan Islam dan majoriti umat Islam di Malaysia.
“Justeru, teguran keras dan kelas pemulihan perlu diberikan kepada beliau oleh rakan-rakan Melayu-Islam yang berada dalam BN atau setidak-tidaknya kelompok atau individu yang 'mesra' BN," tambahnya lagi.
Soi Lek sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.
Beliau selepas itu meminta semua anggota parti MCA supaya meningkatkan lagi publisiti dalam usaha menepis dakyah pembangkang.
Memandang berat hal itu, Fahmi berkata, jika Umno-BN tidak mampu berbuat demikian, banyak pihak boleh mengambil tanggungjawab itu untuk menyedarkan Soi Lek.
“Jika tidak mampu, PKPIM merasakan lebih ramai individu, NGO Islam atau mana-mana pihak yang sanggup berdialog dan bersemuka dengan beliau bagi menjelaskan berkenaan perlaksanaan undang-undang Islam ini di Malaysia.
“PKPIM khuathir sekiranya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan berterusan menjadikan hudud sebagai agenda murahan beliau dalam memenangi kelompok pengundi Cina dalam PRU ke-13 akan datang," katanya.
Beliau kemudiannya menggesa Soi Lek dan MCA membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan melibatkan hukum hudud.
Dalam minggu ini sahaja, ini merupakan gesaan kedua yang diterima Soi Lek supaya beliau memohon maaf bersabit isu hudud.
Sebelum ini Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan juga mendesak Presiden MCA itu berbuat demikian kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.
No comments:
Post a Comment