Oleh SELENA TAY
Kenyataan sebegini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak bijak berpolitik dan minda mereka masih berada di tahap yang terkebelakang.
Ini adalah kerana pihak pembangkang memang tiada wang semasa jadi pembangkang tetapi setelah mereka membentuk Kerajaan Persekutuan maka mereka tetap akan ada wang sebab wang rakyat yang dibayar dalam bentuk cukai itulah yang telah menjadi wang negara dan wang kerajaan.
Justeru itu, sebenarnya wang rakyat ialah wang negara. Kerajaan Persekutuan hanyalah diamanahkan untuk menggunakan wang tersebut untuk memanfaatkan rakyat sebab Kerajaan Persekutuan sebenarnya bekerja untuk rakyat.
Jika minda rakyat Malaysia masih berfikiran mundur, maka negara pun akan ketinggalan dari segi persaingan untuk menjadi sebuah negara yang maju dari segi pembangunan fizikal dan rohani dengan berteraskan nilai-nilai murni dan keagamaan.
Kini pun sudah nampak bahawa gejala sosial semakin meningkat.
Pengambilan buruh kasar dari negara-negara jiran juga satu daripada faktornya kerana apabila pekerja asing menganggur, mereka pun melibatkan diri dalam kegiatan jenayah. Pengambilan pekerja asing juga menyebabkan rakyat Malaysia yang berpelajaran rendah susah dapat kerja kerana majikan lebih rela mengambil pekerja asing yang gajinya lebih rendah dari gaji yang perlu dibayar kepada rakyat Malaysia.
Ini akan menyebabkan rakyat Malaysia yang berpelajaran rendah kurang dapat pekerjaan walhal mereka pun boleh bekerja di kilang-kilang.
Oleh itu, sistem pentadbiran di negara kita perlu diperbetulkan supaya rakyat Malaysia yang berpelajaran rendah boleh dibantu. Untuk mengubah sistem pentadbiran, rakyat perlulah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya supaya akan wujud satu era pentadbiran baru yang boleh memanfaatkan semua lapsian masyarakat.
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuat perubahan dengan mengubah cara pemikiran atau 'mindset' selaras dengan perkembangan dunia ke arah tamadun yang mulia. Usah kata 'pembangkang tidak boleh tadbir kerana tiada wang' sebab kenyataan itu adalah bodoh, dangkal dan palsu sama sekali.
No comments:
Post a Comment