Tuesday, November 20, 2012

Antara ISLAM, MURTAD, ARTIS & TANYALAH MUFTI..!!


Tahniah atas pertanyaan Sdr Artis...setidak2nya sdr ingin tahu...
Setakat yang saya tahu...

1. Jadi Ahli umno tidak murtad, tetapi boleh membawa kepada murtad sekiranya berpegang dengan prinsip "politik suku agama suku".
2. Isi borang Ahli Umno tidak jadi murtad TETAPI membawa kepada murtad sekiranya menyakini perlembagaan malaysia adalah undang2 tertinggi bg seseorang muslim melebihi undang2 al-Quran.
3. Letak nama anak "Muhd Umno" tak membawa kpd murtad TETAPI murtad seseorang yang menghina sunnah seumpama kata " Orang yang simpan janggut sama dengan kambing"...murtad orang yang berkata dan murtad juga orang yang menyokong.
4. Pegang Bendera Umno tidak jd murtad TETAPI membawa kepada murtad seseorang yang mengoyak poster hudud kerana bencinya pada hukum hudud, & tidak dihukumkan murtad sekiranya dikoyak tanpa perasaan apa2 seumpama orang gila.

Berdosakah undi umno..
1. Seseorang yang menolong membina masjid maka dapat pahala, seseorang yg menolong meruntuhkan masjid maka dapat dosa...ANDA SETUJU!
2. Di kg anda ada satu wakaf/pondok/dewan orang ramai, stgh penduduk cadang adakan kelas agama & sbhgian penduduk lg cadang adakan laga ayam kat situ. Anda undi yang laga ayam, maka anda berdosa w.pun anda tak pegi saksikan pertandingan laga ayam tu...YA SETUJU!

Jd anda blh bandingkan apa yg telah dilakukan umno....& apa yg telah dilakukan pas....Tanyalah ulama2, TANYALAH MUFTI...wallahua'lam.

Abu Uwais ·@ fb
 

No comments:

Post a Comment