ALOR SETAR – “Saya buat bajet atas apa (keperluan) yang ada dalam negeri ini. Itulah harapan saya kepada rakyat. Terpulanglah kepada dia (Mahdzir Khalid) untuk menyatakan perkara itu”.
Itulah luahan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak apabila menjawab pertanyaan pemberita mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, YB. Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid berhubung Ucapan Bajet yang dibentangkan itu tidak mempunyai fokus.
Menteri Besar menjelaskan, beliau ingin memastikan setiap agenda bajet sebelum ini diberikan perhatian dalam usaha memajukan negeri Kedah.
“Dalam Bajet 2012, kita menyediakan peruntukan berjumlah RM1.06 bilion bagi melaksanakan semua program dan projek yang disusun rapi bagi memajukan Negeri Kedah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau memberitahu, dalam Bajet 2013 pula, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan berjumlah RM1.1 bilion bagi tujuan melaksanakan semua program dan projek di negeri ini.
“Jumlah peruntukan yang dirancangkan ini adalah berasaskan kepada tahap kemampuan kewangan Kerajaan Negeri,” ujarnya.
Ketika menjawab kenyataan Mahdzir Khalid berhubung dengan peruntukan Bajet 2013 yang berjumlah RM0.8 juta (0.22 peratus) untuk pembangunan sukan yang dilihat agak kecil berbanding yang lain, beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Pusat turut sama membantu menyediakan peruntukan dalam pembangunan sukan di negeri ini.
“Walaupun peruntukan itu agak kecil, kita tetap memberikan tumpuan dalam usaha memajukan bidang sukan di negeri ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment