Wednesday, January 16, 2013

Pelajar terima sumbangan pakaian sekolah

TELOK BAGAN – Seramai 214 orang pelajar-pelajar sekolah pelbagai kaum dari seluruh DUN Pengkalan Kundor menerima sumbangan pakaian dan beg sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’Phahrolrazi Zawawi hadir bersama dalam majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan para pelajar belajar bersungguh-sungguh dan menanamkan azam baru untuk lebih berjaya sempena menyambut tahun baru 2013. Kepada ibu bapa juga beliau berharap agar aktiviti anak-anak dipantau terutama selepas waktu sekolah untuk mengelakkan mereka dari terlibat dengan gejala sosial.

“Setiap tahun kerajaan negeri menyumbang melalui Pusat Khidmat masing-masing pakaian dan beg sekolah kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang bernasib baik.


“Sumbangan ini sekadar membantu meringankan ibu-bapa lebih-lebih lagi ketika memulakan sesi persekolahan,”katanya lagi.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh beliau yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundur. Setiap pelajar mendapat sumbangan pakaian dan beg sekolah yang dianggarkan berjumlah RM90 seorang.

Majlis yang diadakan di Dewan Al-Amin, Telok Bagan, dihadiri oleh Pengerusi dan jawatankuasa PKWR berkenaan.

No comments:

Post a Comment