Tuesday, January 15, 2013

Royalty 20% - Juak Umno mula merapu..Petronas Lumpuh dan Bangrap tapi yang pasti kantung mereka yang akan kering...


Rafizi yakin royalti 20% tidak lumpuh Petronas


NIZAM ZAIN 15 Januari 2013 SHAH ALAM –Dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussain bahawa operasi Petronas akan lumpuh jika membayar royalti minyak 20 peratus tidak berasas sama sekali kerana kenyataan itu tidak berpandukan kepada prestasi semasa syarikat tersebut, kata Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pembayaran royalti 20 peratus sebenarnya satu kadar munasabah berbanding hasil diterima Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM30 bilion.

“Sejak 2008, Petronas menyumbangkan hampir RM70 billion setiap tahun iaitu RM30 bilion dalam bentuk dividen tetap dan selebihnya dalam bentuk cukai pendapatan, cukai petroluem, duti dan lain-lain kepada Kerajaan Persekutuan.

“Jumlah dividen tahunan yang diambil Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu RM30 bilion setahun adalah jauh lebih tinggi berbanding di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu iaitu hanya RM3 bilion setahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Baru-baru ini, Awang Adek mengatakan tuntutan PR untuk menaikkan bayaran royalti dari lima peratus kepada 20 peratus akan menjejaskan operasi Petronas di luar negara dalam usaha mencari sumber baharu bahan bakar itu.

Beliau berkata, Petronas perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baru dan ia memerlukan jumlah modal yang sangat besar.

Awang Adek berkata, jika usaha itu dihalang ia tidak mungkin dapat menyumbang dividen yang tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun tidak termasuk pelbagai cukai.

Mengulas lanjut tuduhan itu, Rafizi mendakwa hasil bumi pengeluar minyak di beberapa negeri terbabit dinafikan haknya untuk memacu pembangunan infrastruktur yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain walhal pada masa yang sama dakwanya, rekod Barisan Nasional membuktikan wang Petronas digunakan sewenang-wenangnya.

“Pemberian royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak bukanlah menghabiskan wang Petronas begitu sahaja seperti yang cuba digambarkan pemimpin BN itu.

“Beliau (Awang Adek) perlu cermin diri sendiri sebelum buat tuduhan mengatakan PR cuba bankrapkan Petronas, walhal BN sendiri yang berbuat demikian dengan mengambil sehingga RM70 bilion setahun sedangkan untuk mengembalikan royalti kepada rakyat di Sabah, Sarawak, Kelantan & Terenganu hanyalah RM12 bilion setahun,” katanya.

No comments:

Post a Comment