Monday, January 14, 2013

Tahniah MB KEDAH..tambah satu lagi dalam enakmen tu.."JANGAN BAWA KANAK-KANAK"

1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan jika patuh syarat

15 Januari 2013
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang dicadang berlangsung di Star Walk Alor Setar di sini pada 15 Februari boleh diadakan jika semua syarat dipatuhi.
  
Antara syarat yang ditetapkan ialah setiap peserta yang terlibat dengan persembahan pentas pada program itu sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak dan dewasa) mesti berpakaian sopan dan tidak menjolok mata, katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.
  
Sebelum ini pada 9 Januari, satu garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian.
  
Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.
   

Jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan negeri berhak menghentikan program yang dijalankan dengan serta merta.
  
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan Pas Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina itu, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di Kedah. - Bernama

Susah sungguh otak manusia nie.. NAK SURUH PAKAI PAKAIAN SOPAN PON ADA ORANG BANTAHNYA..!!!

No comments:

Post a Comment