Memang padan dah Fathul Bari ni dok sebilik dengan Najib... hang tak boleh kata kat aku, aku pun tak boleh nak peleceh hang. Sebabnya, dua-dua serupa... anunya ciput... Kah..3x
Ulama muda Umno yang terkenal sebagai pakar mengKHAWARIJkan tokoh-tokoh ilmuan Islam lain telah menafikan menarik diri dari dialog anjuran Umno tuh...
NAFI TARIK DIRI... bukan takut cuma ketar kepala lutut saja, kan... kan... kan...
Fathul Bari nafi tarik diri berdialog dengan Dr Asri
2 Feb — Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahya hari ini menafikan telah menarik diri daripada menghadiri dialog bertajuk "Pelaksanaan Islam di Malaysia" bersama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dijadualkan berlangsung malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
2 Feb — Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahya hari ini menafikan telah menarik diri daripada menghadiri dialog bertajuk "Pelaksanaan Islam di Malaysia" bersama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dijadualkan berlangsung malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dalam kiriman sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Fathul Bari menjelaskan berlaku salah komunikasi antara penganjur dengan pihak menguruskan jadualnya menyebabkan tidak dapat hadir pada dialog malam ini.
"Saya tidak menarik diri."Sebaliknya berlaku salah komunikasi antara pihak penganjur dengan sahabat yang menguruskn jadual saya," kata Fathul Bari (gambar).
Menurut Fathul Bari lagi, ekoran berlaku salah komunikasi tersebut menyebabkan beliau telah menerima jemputan program untuk bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiaannya terpaksa bergegas menghadiri satu lagi program di Universiti Utara Malaysia pada sebelah malamnya.
"Akibat salah komunikasi itu menyebabkan saya menerima jemputan program dengan Dr Mahathir di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdudl Halim dan pada sebelah malamnya pula menghadiri satu lagi program di UUM," terang beliau lagi tanpa memberikan penjelasan mengenai program yang dihadirinya.
Awal pagi ini, Mohd Asri menulis di laman mikronya Twitter mengatakan Fathul Bari telah menarik diri tetapi tidak menyatakan alasan dan tempatnya akan digantikan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada malam ini.
Kedua-dua tokoh agamawan yang dikenali umum tersebut seringkali terlibat dalam perang mulut dan berbeza pendapat antara satu sama lain, Fathul Bari mencuri tumpuan ekoran keputusannya menyertai parti politik Umno. Berbeza dengan Mohd Asri yang memilih untuk tidak memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik.
Mohd Asri juga lantang dan sering membidas ulama yang berada dalam Umno kerana tidak memainkan peranan penting untuk menasihati pemimpin utama dalam parti tersebut. Bekas mufti tersebut juga pernah mengeluarkan kenyataan membidas tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno dengan melabel mereka sebagai "hanyut", kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu. - TMI
http://shalehudin.blogspot.com/2013/02/memang-padan-dah-dua-orang-ni-duduk.html
http://shalehudin.blogspot.com/2013/02/memang-padan-dah-dua-orang-ni-duduk.html
No comments:
Post a Comment