Monday, December 3, 2012
Najib Razak di desak Jawab 10 Soalan Sebelum PRU13
Monday, May 30, 2011
Najib tak faham fungsi Putrajaya, dakwa AMK
May 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Mei — Sayap pemuda PKR mengecam tindakan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan platform Himpunan Sejuta Belia 2011 sambil menyifatkannya sebagai langkah terdesak Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan sokongan golongan muda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon, ucapan Najib yang meminta golongan muda untuk mempertahankan Putrajaya daripada Pakatan Rakyat disifatkan sebagai agenda politik sempit yang masih diamalkan BN.
Dalam ucapan Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib yang juga presidennya berkata Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.
“AMK mengecam tindakan BN yang mengeksploitasikan aktiviti Himpunan Sejuta Belia sebagai platform untuk mempertahankan kuasa pemerintah yang penuh dengan agenda politik sempit selain itu perhimpunan itu juga membazirkan wang rakyat.
“Tahun lepas, Datuk Seri Najib Razak pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi semasa pada Mesyuarat Agung Umno. Kini, beliau telah menggunakan Himpunan Belia sebagai alat untuk menyerang parti pembangkang,” kata Lee dalam satu kenyataan.
Tegas beliau, apa yang diucapkan Najib itu membuktikan perdana menteri keenam itu tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara.
“Keadaan ini telah menunjukkan perdana menteri tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.
“Di bawah konteks sebuah negara yang demokrasi, Putrajaya adalah milik rakyat Malaysia dan ia merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa pilihan raya, jadi Putrajaya bukan dimiliki mutlak oleh mana-mana parti politik,” katanya. Bagaimanapun Lee percaya golongan muda tidak akan mudah terpedaya dengan agenda politik yang digunakan BN.
“AMK amat kesal dengan Himpunan Belia yang telah dijadikan sebagai majlis menyokong BN dan kebanyakan anak muda dipercayai tidak mengetahui bahawa perhimpunan tersebut merupakan rapat umum BN untuk mempertahankan Putrajaya.
“Akan tetapi, terdapat juga pemimpin-pemimpin anak muda dalam NGO menyatakan bahawa NGO tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik selepas mengambil bahagian dalam program tersebut,” katanya.
Tambah beliau, Najib sepatutnya menjadi teladan kepada golongan muda dan bukan meminta agar mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.
“Sebagai seorang perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya menjadi satu teladan yang baik kepada anak muda dan bukan semata-matanya melaungkan bahawa hendak mempertahankan Putrajaya bersama-sama dengan golongan muda.
“Selain itu, perdana menteri juga perlu membersihkan sistem pilihanraya yang tidak adil, kotor dan ketidaktelusan terlebih dahulu sekiranya ingin disokong oleh rakyat,” kata Lee.
Najib dalam perhimpunan yang diadakan di Putrajaya mahu mahu golongan muda mempertahankan Putrajaya daripada Pakatan Rakyat jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.
Beliau berkata kerajaan tidak akan berjaya dalam usaha transformasi tanpa sokongan daripada belia negara ini.
“Ada yang panggil saya Bapa Transformasi, saya tidak tahu, tetapi anda semua adalah pemangkin perubahan,” katanya.
“Jika belia bersama dengan kerajaan, negara kita akan aman dan kita boleh menjadikan negara kita makmur,” katanya.
Saturday, April 30, 2011
Laksana Qazaf, tolak 'Sumpah Fitnah'!
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang diambil oleh semua pihak yang bersekongkol dalam ‘menjayakan’ upacara Majlis Sumpah Laknat semalam.
Tindakan ini telah dengan terang-terang mencemari kesucian rumah Allah dan mencabar kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Ingin ditegaskan di sini, tiada istilah Sumpah Laknat di dalam Islam melainkan Sumpah Li’an dalam pembuktian tuduhan zina yang melibatkan suami-isteri.
Dalam kes ini, kegagalan pihak Datuk T mendatangkan 4 saksi yang layak, telah dengan jelas mensabitkan mereka dengan hukuman Qazaf (80 kali sebatan). (Rujuk Surah An-Nur: Ayat 4)
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar seluruh rakyat khususnya Umat Islam agar tidak mudah terpengaruh kepada propaganda terbaru tajaan UMNO ini yang dipentaskan demi memastikan mereka terus bernyawa. Jelas dalam kata lain, majlis yang diadakan semalam itu bolehlah dikelaskan sebagai perkara Bid’ah Dalalah (Pembaharuan dalam Islam yang menyesatkan) dan lebih tepat lagi, ia adalah hanya Sumpah Fitnah semata-mata.
Justeru, kami Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar Datuk T yang diketuai oleh Datuk Rahim Tambi Chik agar segera BERTAUBAT atas kesalahannya mencemarkan kesucian Islam & rumah Allah dalam majlis tersebut. Keengganan mereka untuk bertaubat adalah cerminan mereka sengaja mencabar kemurkaan & laknat Allah ke atas mereka bertiga dan semua pihak yang bersekongkol dalam rekayasa Sumpah Fitnah itu.
Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan selaku Presiden UMNO, ada ingatan untuk beliau. Kami ingin mengingatkan beliau agar tidak ambil sikap selesa & ‘cuci tangan’ di belakang peristiwa Sumpah Fitnah tersebut. Keterlibatan pihak berkuasa untuk ‘menjayakan’ pementasan fitnah tersebut tidak boleh hanya dilihat sebelah mata. Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas aib yang ditanggung oleh Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya atas siri-siri ‘Kebodohan & Perlecehan agama’ yang terjadi dan ini amat mencalar maruah Islam & Negara!
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) suka ingatkan Datuk Seri Najib, bahawa kes ini bukan kes peribadi. Ia tidak lebih hanyalah kes Fitnah yang mencabar kemarahan rakyat. Ia juga adalah secara terang-terangan, satu rekayasa fitnah ‘Politically Motivated’ untuk menjatuhkan musuh utama politik UMNO-Barisan Nasional, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, demi membuktikan beliau adalah seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, AMKPP di sini dengan tegas MENCABAR Perdana Menteri untuk;
1) Kes ini segera DIADILI di Mahkamah Syariah di bawah Undang-undang Qazaf.
2) Menggesa pihak Polis tanpa lengah, SEGERA menangkap Datuk T atas kesalahan melanggar Seksyen 292 (A) atas kesalahan memiliki & menayang video lucah.
3) Menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dengan segera menggunakan kuasa MENGHALANG penyiaran klip video fitnah dari terus tersebar di blog dan televisyen arus perdana.
Sekian, terima kasih.
SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
Monday, March 28, 2011
AMK Kedah lapor polis agar tindakan segera diambil trio video lucah
Naib Ketuanya, Angah Habib Habib Danial berkata, walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegasnya menafikan beliau adalah individu dalam video seks namun terus menerima desakan berundur daripada kancah politik.
Menurutnya, desakan Rahim supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu itu jelas menunjukkan bahawa mereka dengan sengaja ingin melibatkan Yang di-Pertuan Agong dalam politik kotor dan ia adalah satu penghinaan kepada institusi Diraja.
“Kedua-dua individu terbabit perlu dihadapkan ke muka pengadilan kerana merancang dan melancarkan kempen pemerasan ini dengan niat memalukan dan menghancurkan reputasi seorang ahli politik ternama tanah air.
“AMK Kedah dengan tegasnya membantah politik kotor itu dan menuntut polis dapat mengambil tindakan menangkap individu terbabit dengan segera di atas kesalahan yang mereka lakukan itu,” katanya yang turut menggesa tindakan sama turut dikenakan terhadap Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Perkasa, Datuk Shuib Lazim.
Beliau turut mendakwa pihak berkuasa mengabaikan tugas mereka tanpa mengambil sebarang tindakan dalam beberapa hari ini dengan terus membiarkan ketiga-tiga trio Datuk itu bebas bertindak sesuka hati.
“Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, untuk jangan membunuh pembawa mesej (:not to kill the messenger:) seperti dilaporkan dalam satu portal akhbar, serta kenyataan bahawa tindakan menyiarkan video seks kepada media tidak melanggar undang-undang, adalah sesuatu yang mengejutkan.
“Malah kenyataan itu turut diragui kerana ia datang dari seorang menteri,” katanya.
Menurutnya, kesemua individu terbabit dalam penayangan video seks itu perlu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, kerana menyiarkan bahan lucah kepada awam; serta Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana melakukan intimidasi jenayah dengan mengugut Anwar dan isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk mengedarkan video itu kepada umum.
Seramai 40 ahli PKR negeri sebelum ini turut dilaporkan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Balai Polis Daerah Kota Setar yang diketuai Ketua Biro Disiplin Parti dan Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung, bagi mendesak polis menahan ketiga-tiga Datuk terbabit.
