Shahrizat ‘tak segan’ dengan audit projek fidlot
Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak berasa malu apabila Laporan Audit Negara mengetengahkan isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional.Ketika disoal balas peguam Ranjit Singh dalam saman fitnah RM100 juta terhadap dua pemimpin PKR, Shahrizat berkata, projek di Gemas itu dan National Feedlot Corporation (NFC) yang diuruskan suaminya itu Mohd Salleh Ismail dua entiti berasingan.“Laporan itu terhadap pusat dan tidak syarikat. Ketua Audit Negara tidak audit syarikat swasta,” kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu.Shahrizat mempertahankan bahawa beliau tidak tahu terperinci berhubung proses bidaan yang dimasuki suaminya untuk menguruskan projek fidlot itu.Sehingga sekarang beliau mendakwa tidak tahu butiran penuh projek itu.
Friday, October 12, 2012
Sharizat perempuan yang tak reti malu!
Thursday, October 11, 2012
Kisah Ketua Wanita UMNO dengan Lembunya...!!!
EDISI LAWAK KETUA WANITA UMNO... LU ORANG JANGAN KETAWA LEBIH-LEBIH BEB, KAH KAH KAH !
Menurut laporan dari Malaysiakini Ketua Wanita Umno yang juga Bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mana Menteri bagi Kementerian tersebut sekarang disandang oleh Datuk Seri Haji Najib... yang sepatutnya jawatan Menteri tersebut beliau serahkan kepada Sepupu beliau Datuk Seri Hisyamuddin Hussein... yang sekarang mengetuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Menteri yang selalu menggunakan KEPALA LUTUT bila setiap kali mengeluarkan kenyataan berkenaan KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA... yang terbaru beliau kata INDEK JENAYAH bukan tumpuan dalam fasa kedua NKRA... tapi menumpukan pada PERSEPSI RAKYAT terhadap Jenayah... kah kah kah !.![]() |
| HA HA HA... GARANG BEB GARANG |
![]() |
| TEMPAT DIMANA LEMBU DUDUK |
hemmmmm..... kalau diawal pendedahan nfc oleh rafizi ramli ianya dikatakan fitnah oleh pemimpin serta penyokong umno... tapi bila terbukti apa yang dikatakan oleh rafizi adalah benar... namun mereka tetap menampakan seolah-olah mereka masih lagi benar... kalau dah dasar muka tak malu tahap gila babi inilah jadinya beb... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Monday, September 10, 2012
Shahrizat dah tak meniaga di Singapura dah..!!!
Wednesday, August 15, 2012
Oi Noh.....Suruh NFC bayaq balik la RM250juta tu dulu baru kamu kalut tender baru..!!!
Friday, August 10, 2012
Aduhai kak Jat.. Baguih sungguh jadi mak & isteri..sampai tak tau pa apa anak dan laki buat..???

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersambung hari ini dengan sesi pertanyaan dari peguam defenden berhubung keterangan beliau sebelum ini.
Shahrizat telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 18 September ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan Sharizat ketika menjawab pertanyaan dari peguam plantif, Ranjit Singh.
Namun sebelum itu, Mahkamah yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah telah dipertontonkan rakaman video sidang media yang dibuat Rafizi dan Zuraida pada persidangan parlimen yang lepas.
Rakaman video tersebut dipertontonkan bagi menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PKR yang dikatakan telah memfitnah Shahrizat.
Sementara itu, Shahrizat ketika menjawab pertanyaan Ranjit Singh berhubung penglibatan keluarganya dalam projek tersebut berkata, beliau tidak mengetahuinya sehinggalah diberitahu oleh suaminya pada tahun 2007 yang meminta kedua-dua anaknya yang berada di luar negara balik ke Malaysia bagi membantu menguruskan projek tersebut.
Rafizi dan Zuraida ketika ditanya selepas perbicaraan tersebut memberitahu apa yang berlaku hari ini adalah satu permulaan yang baik.
"Ia satu permulaan yang baik, kita dapat melihat peguam menjalankan tugas dengan baik," kata Zuraida
Rafizi yang turut menjelaskan beliau tidak mahu komen lebih banyak dengan apa yang berlaku hari ini kerana khuatir ia akan mempengaruhi perbicaraan yang sedang berlangsung.
"Tapi apa yang berlaku amat menyeronokkan dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan peguam hari ini dan anda semua boleh menilai sendiri apa yang berlaku," jelasnya.
Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh, Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri manakala Sharizat pula diwakili peguam Shafie Abdullah.
Saturday, August 4, 2012
Wednesday, August 1, 2012
Nyawa Barisan Nasional sebagai rejim tunggal di Asean ini bakal berakhir tidak lama lagi.
Tuesday, July 31, 2012
Rafizi di bebaskan dengan ikat jamin RM15K
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.
Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.
Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.
Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.
Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.
Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu sebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.
Dalam realsi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.
Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.
Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.
Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.
Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.
Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.
Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.
Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.
Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.
Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.
Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya. -jalanpulang
Tuesday, June 19, 2012
Aset NFC - Takan sita RM49.7juta jaa.... Lagi RM200juta pie mana..??

Sunday, June 17, 2012
Sunday, April 15, 2012
Yang duk jaga WANITA pun jantan... Habis terpalit bangkai sekawan lembu...!!
Tindakan Najib menyelamatkan Shahrizat, menyebabkan ada kalangan pemimpin Umno di peringkat Majlis Tertinggi, negeri, bahagian, malah dari kalangan Pergerakan Wanita Umno terutamanya, terpingga-pingga dibuatnya.
Mungkin mereka tidak tahu sebab apa Najib selamatkan Shahrizat walaupun dari segi faktanya, jelas Shahrizat merugikan masa depan Umno.
Pada pandangan rakyat yang boleh membuat agakkan dan penilaian, ada kemungkinan ianya berkaitan dengan pembelian kondo mewah yang dikatakan bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan.
Orang-orang Umno tidak boleh menerima dakwaan mengatakan kondo tersebut dibeli Shahrizat, kerana hubungan akrab beliau dengan PM dan isteri yang bakal menerima menantu dari negara tersebut. Tetapi mereka boleh menerima hujah bahawa memang NFC tiada keperluan berniaga lembu dengan Kazakhstan.
NFC jelas tidak mempunyai urusan perniagaan lembu di Kazakhstan, orang Kazakhstan pun tidak berminat membeli lembu Asia, tetapi mungkin juga NFC boleh memberi alasan, bahawa mereka bakal mempunyai kepentingan jangka panjang di negara bekas jajahan takluk Rusia tersebut.
Bukan saja di Kazakhstan, NFC juga tidak harus ada hubungan dengan perniagaan hartanah, sama ada membeli kondo mewah One Menerung di Kuala Lumpur atau di Singapura.
Memang sudah ada pendakwaan terhadap pemilik NFC iaitu suami Shahrizat, yang didakwa menyalahgunakan dana NFC untuk tujuan selain peniagaan lembu. Tetapi Shahrizat selaku menteri dan Ketua Wanita Umno sewaktu dana RM250 juta kepada syarikat milik keluarganya, tetap bersalah dan harus dipertanggungjawabkan.
Pada 8 April lepas, Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan menteri kerana pelantikan senatornya sudah tamat tempoh. Tetapi masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno di atas kehendak Presidennya.
Walaupun terselamat, tetapi Shahrizat 'berada dalam nyawa-nyawa ikan'. Tiada siapa dalam wanita Umno yang mempedulikan arahan Presiden Umno. Mereka, khususnya Naib Ketua kepada Shahrizat, Dato' Kamilia Ibrahim, terus menyerang dan tetap beranggapan bahawa ketuanya adalah liabiliti kepada Umno.
Kamilia akur dengan kehendak Najib mengekalkan Shahrizat, tetapi masih terus mengulangi pendiriannya menolak Shahrizat, dan pada pandangannya Shahrizatlah yang menyebabkan Wanita Umno menerima gelaran lembu.
Mengapa Wanita Umno tidak suka menerima gelaran lembu? Mungkin barangkali kerana mengikut tafsiran orang-orang Melayu zaman dulu, jika mereka melabel seseorang yang dungu, mereka akan mengatakan kepada orang yang dungu itu 'bodoh macam lembu'.
Mungkin Wanita Umno lebih bijak daripada lembu. Maka dengan sebab itu mereka tidak mahu digelar lembu dan tidak mahu diperbodohkan oleh taukeh lembu yang menjadi ketua mereka.
Tetapi suatu hakikat yang diterima Wanita Umno ialah, mempertahankan Shahrizat merupakan suatu 'disaster' atau mala petaka buat mereka. Ini yang ditakuti bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin.
Secara terbuka Daim mengatakan bahawa Umno-BN akan musnah akibat skandal lembu (cowgate scandal).
Justeru Kamilia tidak mempunyai pilihan lain, selain menentang Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan yang akan diadakan tahun ini, jika Shahrizat terus menyinsing lengannya untuk berlawan.
Jika Shahrizat hendak melawan pun tiada gunanya. Sudah tidak ada sebab hendak merebut jawatan dalam parti yang hampir karam. Umno akan karam kerana sudah tiada orang yang cerdik hendak mengemudinya.
Hal ini pun secara tidak langsung diakui bekas PM dan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan, golongan cerdik pandai sekarang ini sudah tidak mahu menyertai Umno. Banyak profesional yang masuk PAS dan parti pembangkang yang lain.
Dalam erti kata lain, yang tinggal dalam Umno atau yang masih sudi masuk Umno, hanyalah orang-orang yang seperti, diumpamakan oleh orang Melayu macam lembu tadi.
Menyedari ketelanjuran ini, Umno tidak mahu mengaku salah, Umno tidak mahu surrender. Malah mereka cuba membersihkan nama yang sudah busuk dengan cuba mencari pembida baru mengambil alih operasi NFC.
Tindakan ini dilihat, jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal lembu tanpa merungkai soal pertanggungjawaban terhadap BN. Apakah selama ini Malaysia ditadbir secara 'Pak Pandir' yang buta-buta memberi wang rakyat sebanyak RM250 juta kepada kroni?
Jika pun Shahrizat sudah tidak menjadi menteri dan kalah dalam pertandingan Ketua Wanita Umno, masalah dan kepincangan dalam urusan NFC tidak boleh ditutup atau dilupuskan.Ianya adalah kecuaian kerajaan, kecuaian Umno.
Kita ingatkan kepada mereka bahawa, mungkin bangkai seekor lembu boleh ditutup, tetapi bagaimana hendak menutup bangkai sekawan lembu yang jumlahnya hampir sama dengan jumlah perwakilan Wanita Umno?
Monday, March 26, 2012
Kak Jat Kena Selak Kain Lagi.....
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut meminta Ahmad memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada RM4.5 bilion pada 2001 kepada RM1.2 bilion pada 2005.Pas membuat pendedahan kerugian FGVH hasil laporan audit oleh Pricewaterhousecoopers mengenai laporan penyata kewangan Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) sehingga 31 Disember 2010.
Penasihat Ekonomi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan FGVNA mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.Katanya, kerugian itu dikena pasti akibat anak-anak syarikat di Amerika Utara belum membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488 yang tertunggak lebih setahun.“Felda melabur melebihi RM1 bilion dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.“Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah,” katanya.
Menurutnya, susulan krisis yang dihadapi FGVNA tidak mengisytiharkan dividen dalam tahun 2009 dan 2010.Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH sebanyak 80,000 unit saham biasa kelas B pada harga yang mahal iaitu RM1,567.50 sesaham.“Pembelian saham itu melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM125,400,000. Persoalannya kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya ‘market leader’ dalam bidang ini?” soalnya.Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada juga amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.
"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.Katanya, Pas mempunyai beberapa lagi bukti kerugian FGVH di luar negara termasuk di India dan Kalimantan, Indonesia.
Saturday, March 24, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Speaker arah PAC henti siasat NFC
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menghentikan inkuiri terhadap penyalahgunaan RM250 juta dana awam oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).
The Malaysian Insider difahamkan panel sedang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menolak arahan Speaker Dewan Rakyat sehari selepas keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pemilik syarikat tersebut, enggan berhadapan dengan jawatankuasa berkenaan.
“Speaker mengarahkan untuk ‘menghentikan’ inkuiri terhadap NFC dan keputusan itu adalah sub judis,” menurut sumber melalui pesanan ringkas.
Pandikar Amin (gambar) minggu lalu tidak membenarkan usul tergempar untuk membincangkan kontroversi RM250 juta walaupun pada mulanya membenarkannya dengan alasan perkara itu sudah dibicarakan di mahkmah.
Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dituduh di mahkamah pada 21 Mac dengan dua tuduhan pecah amanah dan dua kesalahan pelanggaran Akta Syarikat. Saintis makanan itu merupakan suami kepada Ketua Wanita Umno.
“Pada mulanya saya membenarkan ia dibacakan tapi sekarang perkara itu sudah pun di bawa ke mahkamah. Jadi saya tidak boleh memberikan kebenaran,” kata Speaker Dewan Rakyat itu.
“Ia tidak boleh dibincangkan kerana ia sudahpun di bawa ke muka pengadilan.”
Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi dilihat oleh The Malaysian Insider menunjukkan yang keputusan Pandikar Amin itu mempunyai kecacatan.
Mahkamah Tinggi dalam pertuduhan difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terhadap peguam kerajaan Selangor dan akhbar PAS, Harakah tahun lalu, menunjukkan mahkamah harus berhati-hati memohon subjudis dan perlu mengambil kira peruntukan Perlembagaan terhadap kebebasan bersuara.
Hakim Ariff Jusoh, apabila menolak permohonan tersebut menegaskan undang-undang “common law” terhadap subjudis harus berdasarkan “peruntukan kebebasan bersuara”.
“Mahkamah tidak percaya terhadap sensitiviti kebanyakan rakyat Malaysia boleh berbeza dan mahkamah cenderung untuk mengambilkira peruntukan kehakiman yang berbeza berkaitan dengan kebebasan bersuara di bawah undang-undang subjudis,” katanya.
NFCorp turut berkata semalam pengarahnya tidak akan menghadap PAC memandangkan kes mahkamah yang tertangguh.
Mohamad Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan pecah amanah dan pelanggaran Akta Syarikat berhubung RM49 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat tersebut.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat dalam skandal yang mendedahkan Datuk Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) menerima tekanan memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.
NFCorp menjadi tajuk bualan hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana gagal mencapai sasaran.
Polis telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah NFCorp, tapi Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lengkap terhadap Mohamad Salleh.
Friday, March 9, 2012
Rafizi, Zuraida fail saman balas terhadap Shahrizat
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan saman balas terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan menteri tersebut.Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi berkata langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat National Feedlot Corporation yang diusahakan keluarga menteri itu "terus dibawa ke mahkamah."
"Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan," katanya.
Kedua-dua Rafizi dan Zuraida memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, berhubung ucapan Shahrizat itu.
"Kata-kata berbau fitnah" itu didakwa diujarkan Shahrizat semasa menyampaikan ucapan ketika pembukaan Perhimpunan Wanita Umno pada 30 November 2011.
Turut difailkan hari ini ialah pembelaan ke atas saman yang difailkan oleh Shahrizat terhadap mereka pada 19 Januari lalu, yang juga dihantar kepada peguam Shahrizat di Muhammad Shafee and Co.
"Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keseluruhan pimpinan BN tidak lagi boleh berdolak-dalik dari berdepan dengan rakyat dalam hal ini.
"Walaupun perdana menteri dan pimpinan kanan BN tidak serius dalam memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, saya yakin jalan mahkamah memberi lebih ruang agar penyelewengan lain yang belum didedahkan dibawa ke pengetahuan umum," kata Rafizi lagi.
Wednesday, March 7, 2012
Isu Lembu - Pelaburan Peribadi laa pulak..!!!
Hartanah KL Eco City adalah ‘pelaburan peribadi’, kata NFCorp
ringgit daripada sebuah bank apabila simpanannya hanya sebanyak RM427. — Gambar fail
Sebaliknya, mereka menjelaskan pembelian berkenaan adalah “pelaburan peribadi” pengarahnya, yang kini berhadapan dengan pelbagai tuduhan membeli hartanah mewah berbanding memberikan keutamaan kepada projek penternakan lembu bagi mengurangkan kadar pergantungan import daging negara.
“NFCorp menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan hartanah berkenaan bukan dibeli oleh syarikat,” jelas NFCorp dalam kenyataannya lewat malam tadi.
Suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Mohamad Salleh dan tiga anaknya merupakan pengarah kepada NFCorp, yang telah dianugerahkan prijek Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada 2006 untuk penternakan lembu.
Ketika sidang media semalam, PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat telah menggunakan dana NFC untuk pembelian hartanah mewah termasuk lapan unit komersial di KL Eco City, pembangunan urban di Bangsar.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pengarah NFCorp telah menyerahkan sejumlah jutaan ringgit daripada NFC ke dalam dua bank sebagai deposit tetap.
Ini jelasnya, adalah demi untuk mendapatkan “kemudahan kredit” daripada bank berkenaan bagi membeli hartanah mewah.
Selain itu, Rafizi turut mengesahkan pembelian unit kondominium berharga RM10 juta di Orchard Scotts Residence di Singapura, dan pendedahan terbaru hari ini lapan unit ofis mewah di KL Eco City di Bangsar.
Lapan unit berkenaan jelasnya dianggarkan berharga sekitar RM12 juta.
Rafizi turut mendakwa bahawa pada 2009, Shahrizat dan keluarganya telah membuat pembelian yang sama untuk pembelian peribadi menggunakan dana NFC.
“Mereka mendapatkan khidmat perunding dan dinasihatkan untuk menggunakan wang berkenaan untuk pembelian-pembelian ini,” katanya.
Menurut dokumen daripada salah satu bank, yang menurutnya diperolehi daripada pemberi maklumat, pengarah NFCorp telah membuat deposit bernilai RM71,486,589 (RM71,395,617 dan RM90,972) di bawah nama syarikat dan satu lagi deposit bernilai RM1,872,254 di bawah National Meat and
Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), syarikat yang turut dimiliki keluarga Shahrizat.
Dua dokumen lain menunjukkan keluarganya turut memperoleh kemudahan kredit bernilai 197,338 di bawah satu lagi syarikat mereka, Agroscience Industries Sdn Bhd, RM4,391,240 pinjaman bagi pembelian aset hartanah, dan Mohamad merupakan penjamin bagi pinjaman lain bernilai RM663,743.
Ini, jelas Rafizi memetik dokumen berkenaan, adalah fakta yang Mohamad hanya mempunyai simpanan sebanyak RM421 di dalam akaun manakala Agroscience mempunyai sekitar RM927.
Tambahnya lagi, semakan lebih mendalam dengan bank yang tidak didedahkan kepada media menunjukkan dana berkenaan dipindahkan untuk pembelian lapan unit di KL Eco City, dengan nilai jualan RM9,688,866.
“Tetapi nilai pembelian itu merujuk kepada hartanah semasa bidaan dan ianya lebih rendah daripada harga pasaran. Berdasarkan harga pasaran untuk unit KL Eco City, biasanya berharga antara RM1,000 kepada RM1,100 kaki persegi. PKR menganggarkan jumlah pasaran untuk lapan unit adalah RM12 million,” kata Rafizi.
NFC menjadi topik hangat setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan projek berkenaan menghadapi masalah dan tidak mencapai sasaran.
Bukit Aman sebelum ini telah mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara agar mendakwa kesemua pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, malah turut dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Namun Peguam Negara menyerahkan kembali dokumen berkenaan dan mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan dengan lebih terperinci.
Tuesday, February 28, 2012
kak Jat baru nak selak kain.. Tapi hari nie orang londeh lagi...ada pasaraya laaa pulak..!!!
PETALING JAYA, 28 Feb : KEADILAN sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru yang mengaitkan pengurusan National Feedlot Coorporation (NFC) selain dari tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam pembelian tiga kondominium mewah.
Jelas Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini, melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang mana sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Tambahnya lagi, pemilik-pemilik saham terdiri dari suami kepada Shahrizat iaitu Datuk Seri Salleh Ismail sebanyak S$666,667 dan dua anaknya iaitu Wan Shahinur Izran Salleh dan juga Wan Izzana Fatimah Zabedah yang masing-masing memiliki sahan sebanyak S$666,667.
“KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan anak kepada Shahrizat iaitu Wan Izzana fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau.
“Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan united Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama digunapakai untuk pembiayai pembelian dua kondominium di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan sebelum ini,” jelasnya.
Kata beliau lagi, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat dan ia dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibukan dalam tahun 2012 kelak.
Siasatan PKR juga mendapati Farmhouse Supermarkets itu telah pun menjadi ‘anchor tenant’ kepada sebuah pasaraya mewah yang bernama ‘Star Vista’ terletak di kawsan elit berdekatan dengan Nanyang Technology Universiti.
Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini.
“Kita juga mendapati syarikat tersebut juga telah menandatangani perjanjian dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat dua kompleks tersebut iaitu dari unit #02-08 hingga ke unit #02-35.
“Semakan harga pasaran bagi ruang kedai komersial di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah antara S$350 hingga S$500 sebulan bergantung kepada lokasi dan ia berdasarkan kepada kajian ‘Competition Commision of Singapore’,” sambungnya.
Atas andaian tersebut, Rafizi berpendapat jika keluasan 28 unit itu dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi tanggunggan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.
Malah, kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu memgikut citarasa mereka memperkuatkan lagi hujan bahawa sebahagian wang tersebut bakal dibelanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini.
“sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini.
“KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai,” tegasnya.
Beliau berharap tindakan tegas perlu dilakukan segara untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah seperti mana yang dicadangkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberitahu isu NFC ini akan dibawa ke persidangan parlimen kali ini dan usul mengenainya akan dihantar ke parlimen sebelum bermulanya sesi persidangan kali ini dan beliau berharap usul tersebut akan menjadi satu topik perbahasan.
“Kita mahu parlimen membenarkan isu NFC ini dibahaskan pada sesi kali ini, kita juga berharap melalui perbahasan tersebut satu jalan penyelesaian dapat kita perolehi selain segala maklumat dapat diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelas Ketua Wanita KEADILAN itu.
Saturday, February 25, 2012
Polis syor pengarah NFCorp didakwa atas tuduhan Pecah Amanah
SHAH ALAM – Polis akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorporation atas tuduhan pecah amanah (CBT) - hasil siasatan yang dijalankan sejak lebih dua bulan lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini.
Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail merupakan Pengerusi Eksekutifnya.
Syed Ismail berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara Selasa lepas bagi
menyiasat beberapa perkara lain.
"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama.
Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Kelmarin, Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar siasatan terhadap kes NFC diselesaikan segera bagi berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal itu.
Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan itu perlu diselesaikan segera untuk mengelak pelbagai spekulasi berhubung kes itu.
"SPRM telah melengkapkan kertas siasatan itu tetapi ia telah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kerana ada beberapa perkara yang perlu disiasat lagi," katanya.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga baru-baru ini dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM di Putrajaya. Keterangan diambil setelah beliau pulang bercuti daripada tugas sebagai anggota Kabinet.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp.
Katanya, NFCorp melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan.
Tuesday, February 14, 2012
Shahrizat wanita Bani Makhzum versi Umno
Bahawa orang-orang Quraisy digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah?"
Kemudian baginda berdiri dan berpidato:
"Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu adalah apabila seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya." (hadis riwayat Muslim)
Ketika berkunjung ke pejabatnya pada suatu hari di tahun 1995, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Megat Junid Megat Ayub (Allahyarham) pernah menceritakan kisah seorang polis trafik berpangkat sarjan yang dibuang kerja tiga bulan sebelum bersara.
Kesalahannya kerana menerima wang rasuah bernilai RM50 daripada seorang pemandu lori.
Kita juga pernah mendengar kes pecah amanah membabitkan bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya melibatkan wang berjumlah RM95,500. Tindakannya itu didorong oleh desakan kewangan bagi membiayai belanja perubatan beliau yang menghidap penyakit barah rahim.
Banyak lagi cerita-cerita rakyat marhain yang dihukum mahkamah kerana kesalahan rasuah dan pecah amanah. Bila rasuah makin membarah, tentunya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara.
Buku Jingga yang menggariskan dasar dan program Pakatan Rakyat turut memaparkan krisis yang dihadapi negara ekoran budaya rasuah dan penyelewengan ini. Walaupun dibakulsampahkan seorang Timbalan Menteri Kerajaan BN dalam program penerangan membabitkan wakil-wakil rancangan Felda seluruh negara baru-baru ini, fakta-fakta berhubung gejala rasuah yang dimuatkan dalam buku itu gagal dinafikan kerajaan BN yang menguasai Putrajaya.
Sebagai contoh, Malaysia jatub 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh Forum Ekonomi Dunia dari tahun 2007 ke 2009.
Sejumlah RM28 bilion kerugian ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa; tiga kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.
Persepsi rakyat tentang rasuah negara juga teruk. Sejumlah 46% rakyat yang ditinjau Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding 2009.
Paling akhir adalah skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) membabitkan pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada syarikat anak beranak Menteri Pembangunan Masyarakat, Wanita dan Keluarga, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang juga Ketua Wanita Umno.
Skandal ini mula menarik perhatian umum apabila kegagalan NFC didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Maklumat dalaman yang diterima KeADILan menunjukkan bagaimana di sebalik kegagalan itu, NFC didapati berbelanja mewah menggunakan dana diperolehi dari kerajaan.
Ini termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, tiga lagi unit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah serta pakej percutian untuk keluarga Shahrizat, tidak terkecuali belanja untuk melakukan ibadah umrah!
Walaupun dikecam hebat oleh pihak luar dan dalam parti, Shahrizat masih bertegas mengatakan dirinya tidak bersalah. Dengan menyingsing lengan, beliau mencabar dua pemimpin KeADILan yang mendedahkan skandal lembu fidlot itu sambil menerima sorakan sokongan para perwakilan Wanita Umno, November tahun lalu.
Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu dan terbang ke Makkah untuk menunaikan umrah; satu lagi amalan biasa ahli politik Umno yang ditimpa masalah.
Sekembalinya daripada bercuti, Shahrizat dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan disoalsiasat selama dua jam di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Namun dia terus berpendirian bahawa NFC adalah urusan suami dan anak-anaknya dan tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Bagaimanapun silat pencak Shahrizat mengelak diri daripada skandal penyelewengan NFC itu dipayahkan lagi oleh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.
Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kerajaan jika tidak mahu isu ini berlarutan.
Tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya dipetik akhbar Sinar Harian, 13 Fabruari lalu.
Nampaknya dengan syarat mengembalikan wang RM250 juta kepada kerajaan, Shahrizat dan keluarganya diberi jaminan oleh menteri yang menjaga SPRM akan bebas daripada segala dakwaan penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa.
Maksudnya, yang penting bagi Nazri adalah duit dan bukannya intergriti, kredibiliti, sikap amanah dan kejujuran menteri terbabit dan ahli keluarganya.
Sifir Nazri ini juga mungkin boleh digunakan kepada sarjan polis dan bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos yang dinyatakan di atas.
Tapi adakah pelawaan Nazri itu turut terpakai kepada para penerima rasuah berskala kecil yang berita pendakwaan mereka menghiasi dada-dada akhbar saban hari dan saban minggu.
Atau ia hanya terpakai kepada Shahrizat kerana statusnya umpama wanita Bani Makhzum yang dinyatakan dalam hadis riwayat Muslim di atas. Jika Nazri boleh diibaratkan wakil Bani Quraisy untuk bertemu Rasulullah s.a.w. bagi meminta hukuman hudud tidak dilaksanakan, masih adakah pemimpin Umno yang akan bangun mencontohi sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud; "Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya."
Monday, February 13, 2012
Shahrizat senasib dengan Najib
Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa.
Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan.
Sekembalinya ke tengah masyarakat Shahrizat mengaku tidak bersalah atas kekecohan perniagaan suami dan anak-anaknya, bahkan dia semua pihak dikira menuding jari terhadapnya, iaitu pembangkang yang mendakwanya melanggar adab anggota kabinet dan orang-orang UMNO yang mintanya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kabinetnya.
Dia dalam kesusahan gara-gara kesan penternakan besar suami, sepatutnya disokong bulat oleh gerakan wanita yang dipimpinnya, tetapi ada yang tidak membantunya, mencabarnya melepaskan pimpinan Wanita UMNO.
Itulah senario reaksi Shahrizat atas masalah yang dihadapinya gara-gara penglibatan suaminya mendapat kemudahan tidak terhingga dari kerajaan.
Biar kita lupakan orang lain yang terlibat dalam pemberian lesen dan pinjaman dari kerajaan kepada suaminya dalam penggembalaan itu. Kita tumpukan kepada suaminya saja.
Suaminya baik betul mahu pun tidak cara memperoleh persetujuan dari kerajaan, dikira oleh semua telah mendapat sesuatu dari kedudukannya sebagai seorang menteri yang berpengaruh.
Shahrizat memimpin sayap Wanita UMNO yang anggotanya 1.3 juta orang dan menjadikannya menteri yang berpengaruh.
Suaminya mendapat kemudahan dari kedudukannya yang berpengaruh itu. Semua merasakan, seorang yang tiada pengalaman dalam gembalaan besar sukar memperoleh anugerah dari kerajaan. Maka orang terasa dia dapat kemudahan dari kedudukan isterinya. Mungkin orang boleh menyangka dia dapat kesempatan atas kedudukan isterinya.
Masalah yang Shahrizat hadapi mungkin sama dengan Perdana Menteri Najib hadapi. Suami Shahrizat mudah dapat sesuatu dari kedudukan Shahrizat manakala isteri Najib pula mudah dapat apa saja dari kedudukan dan pengaruh suaminya.
Suami Shahrizat dikira bertuah kerana beristerinya seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh, manakala isteri Najib pula bertuah kepada dapat bersuaminya seorang Perdana Menteri yang amat berpengaruh.
Semua kata isteri Najib seolah-olah lebih berkuasa dari suaminya. Apa dia mahu semua dapat dan dia minta dari kerajaan sama ada Najib tahu atau tidak tahu, payah kerajaan tidak meluluskannya.
Kalau adab, tingkah laku dan perbuatan isteri itu menjadi masalah kepada Najib sebagai suami dan Perdana Meneri, maka masalah yang sama terpaksa dihadapi oleh Shahrizat atas suaminya.
Akan kelangsungan isteri Najib ke atas kerajaan dan suaminya telah diketahui oleh semua dan bising semua kerananya. Macam-macam orang kata tentangnya dan kerana itulah ramai mahu Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi.
Kalau orang yang tidak senang dengan suami Shahrizat mahu Shahrizat berhenti dari menteri dan pimpinan Wanita UMNO, orang yang tidak senang dengan isteri Najib mahu Najib meninggalkan kuasa. Sekurang-kurangnya dua bekas ADUN UMNO menyertai DAP kerana tidak percaya kepada Najib dan UMNO.
Maka kira-kira sama masalah yang Shahrizat hadapi dengan Najib. Tetapi Shahrizat tidak secerdik Najib. Apa yang isteri Najib buat itu tidak sekencang yang dibuat oleh suami Shahrizat. Tetapi Shahrizat menghadapi masalahnya seperti ibu ayam bertelur. Riuh sekampung.
Shahrizat hentam orang itu dan orang ini yang bising atas suaminya. Tetapi Najib diam seribu bahasa atas apa saja orang kata pada isterinya. Najib sama seperti tembok. Katuklah tembok semahunya tembok tetap membisu.
Oleh itu Najib tidak berbalah dengan sesiapa yang mengata isterinya begitu dan begini. Tetapi Shahrizat mengamuk bila suaminya disentuh.
Najib tidak ada reaksi atas nasib Shahrizat kerana dia juga menghadapi nasib yang sama.
Nukilan@Subky Latif







