Showing posts with label Malaysia Chronicle. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Chronicle. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Skandal seks Zahida-Shafie menjelma kembali....

Skandal seks Zahida-Shafie menjelma kembali sejak pertelingkahan dlm Umno Sabah meningkat menjelang PRU

Kekecohan telah berkaku di kalangan pemimpin Umno Sabah dengan pesaing politik Zuhairie DaEngine disyaki membongkar semula skandal seks melibatkan pelakon jelita Zahida Rafik untuk memalukan menteri persekutuan bahagian pembangunan luar bandar dan wilayah.

"Kami terkejut mendengar bahawa SPRM telah akhirnya bersetuju untuk menyiasat tuduhan pemandu Zahida. Mengapa sekarang?" soal Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dari PKR, yang telah mendedahkan skandal itu tahun lepas.

"Dulu, kita telah membuat begitu banyak laporan tetapi ia telah diabaikan dan disapu di bawah permaidani oleh pihak berkuasa, jadi persoalannya - kenapa sekarang? Siapakah begitu berkuasa di sebalik keputusan mengejut SPRM untuk mengambil tindakan? Siapakah yang begitu kuat sehinggakan SPRM bertindak balas begitu cepat dengan secara tiba-tiba. "

Ahli parlimen pembangkang telah merujuk kepada berita bahawa pemandu Zahida, Noor Azman Azemi, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi kenyataannya berikutan skandal itu hari ini.

RM1.5 juta dalam 4 bulan, perkahwinan di London & sebuah banglo RM3 juta di Ampang


Tahun lepas, Azman telah membuat laporan polis bahawa Zuhairie telah mengupah dirinya sebagai pemandu untuk Zahida, dan juga mendedahkan bahawa menteri dan pelakon muda itu telah mengadakan hubungan intim selama 3 tahun.

Lebih mengejutkan, Azman mendedahkan bahawa Zuhairie dalam tempoh 4 bulan menyuruhnya untuk mendepositkan wang bernilai lebih kurang RM1.5 juta ke dalam akaun bank Zahida. Berita itu telah mencetuskan kemarahan rakyat dan kebimbangan rasuah kerana wang sejumlah itu melampaui pendapatan Zuhairie sebagai Menteri Kabinet.

Walaupun Azman telah memberikan beberapa bukti dalam bentuk dokumen, polis dan SPRM tidak mempedulikan laporan itu manakala Zahida menuduhnya cuba untuk mencemarkan reputasi dirinya kerana dia telah dipecat kerana melarikan diri dengan RM200, 000 daripada

jumlah wang itu. Kedua-dua Zahida dan Zuhairie telah menafikan mempunyai apa-apa hubungan.

Walau bagaimanapun, spekulasi tidak berhenti disitu sahaja dan Zuhairie telah dituduh berkahwin dengan Zahida di London sebagai isteri keduanya (poligami dibenarkan di bawah undang-undang Islam) dan juga membeli sebuah banglo mewah di Ampang bernilai lebih kurang RM3 juta.

Semua mata kini tertumpu pada apa yang disoal SPRM pada Azman, dan jika dia mempunyai pendedahan-pendedahan baru untuk dibuat.

Menyukarkan Najib menempatkan Zuhairie di kerusi DUN?

Selain dari skandal seks, terdapat juga persaingan sengit kerana hubungan Zuhairie di Sabah.

Semua tahu bahawa dia merupakan kesayangan Perdana Menteri Najib Razak, yang mahu Zuhairie mengambil alih sebagai menteri ketua negeri dan adalah dipercayai sedang memikirkan dia sebagai calon di kerusi Negeri untuk menggantikan Musa Aman, menteri ketua semasa .

Musa Aman telah didakwa terlibat dalam rasuah secara besar-besaran dan kebimbangan semakin meningkat bahawa keadaan dirinya yang tidak popular akan merugikan parti Najib, BN untuk memerintah kerajaan negeri.

Bagi pemerhati politik, ia bukanlah kebetulan bahawa Musa menjadi perhatian dan dijadikan seperti penjahat dalam penyiasatan Suruhanjaya Diraja dalam kes penipuan kewarganegaraan untuk undi.

Musa telah dipersalahkan kerana tidak menghalang kerajaan persekutuan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad daripada memberi kerakyatan kepada beratus-ratus ribu pekerja haram pada tahun 1990-an, kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia, dalam pertukaran atas persetujuan mereka mengundi BN dalam pilihan raya.

Ada ubi ada batas

Pembocoran berita misteri bahawa penyangak nombor satu Filipina, yang mendakwa Manuel Karingal Amalilio merupakan anak saudara Musa juga telah menggemparkan rakyat Sabah, mencetuskan satu lagi rantaian spekulasi bahawa ini adalah serangan terbaru terhadap Musa daripada pesaing-pesaingnya dalam Umno seperti Zuhairie.

"Ia kelihatan seperti perbalahan dalaman benar-benar sedang panas dan ada ubi ada batas akan menjadi nama permainan kerana

setiap seorang cuba mendapatkan kelebihan. Kita sekarang ada isu Manuel dan Musa untuk disembunyikan. Sekarang, Zuhairie mendapat balasan dengan pembongkaran semula skandal Zahida," bekas pemimpin Umno Sabah berkata kepada Malaysia Chronicle.

Manuel dipercayai sedang bersembunyi di Sabah dan menyamar menggunakan nama Mohammad Sufian Said untuk bergerak kesegenap pelusuk negeri.

"Ini bukan isu kecil kerana dia dikatakan telah menipu lebih 15,000 orang sejumlah 12 bilion peso atau kira-kira RM900 juta! Musa mesti membersihkan namanya daripada dakwaan ini," Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam satu kenyataan.

Anwar telah membuat komen selepas Setiausaha dalam Negara Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat penghantaran pulang Manuel ke Filipina.

"Ini begitu mengejutkan dan kami menuntut penjelasan lanjut," kata Anwar dalam menyeru pemimpin di Malaysia itu untuk membersihkan nama dari dakwaan.

Malaysia Chronicle

Saturday, December 22, 2012

[BONGKAR] Rupa-rupanya ada cerita tersirat antara UMNO & KULIM Hi-Tech..

ORANG MELAYU DIDUNGUKAN : Kisah Kejayaan Kulim dan NUR sebenarnya KEGAGALAN UMNO

Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle
 
ORANG MELAYU DIDUNGUKAN: Kisah Kejayaan Kulim dan NUR sebenarnya KEGAGALAN UMNO
Kulim Hi-Tech Park (KHTP), yang telah dibuka secara rasminya pada tahun 1996, merupakan hartanah komersial yang pertama menempatkan industry berteknologi tinggi di Malaysia. Taman ini dikhaskan untuk menempatkan perindustrian yang memerlukan bekalan kuasa tanpa gangguan. Terdapat banyak perindustrian beroprasi secara canggih yang tidak boleh menerima gangguan kuasa walaupun sekelip mata kerana ia mungkin mengakibatkan gangguan dalam proses pembuatan yang mahal. Jadi, apabila ada sebarang masalah dalam bekalan kuasa, syarikat-syarikat yang telah komited untuk menubuhkan kilang disitu berisiko kehilangan jutaan ringgit kerana ia akan memakan masa untuk memulihkan sistem yang kompleks dan memulakan pengeluaran semula.

Kulim, yang merupakan satu lagi 'ilham' bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, telah dilanda masalah sejak dari mula. Hanya beberapa syarikat sahaja yang telah mengambil tempat di 31 lot perindustrian untuk memberi pulangan ekonomi yang memuaskan kepada pemaju 5 loji janakuasa mini ini. 5 loji janakuasa yang diperlukan untuk memberikan kuasa kecemasan yang mencukupi tidak dibekalkan TNB tidak boleh berikan melalui grid talian kuasa utama. Dan 5 loji ini, walau pun tidak mampu membekalkan kuasa secara serentak, akan bersiap sedia 24 jam sehari. Oleh itu, ia adalah kos operasi menjadi sangat tinggi jika semua 5 sistem beroperasi tetapi tiada pulangan atau ianya tidak mencukupi kerana kuasa yang dijana akan menjadi sia-sia sahaja.

Jadi, selama bertahun-tahun, keadaan di Kulim adalah jenaka ayam dan telur, yang mana wujud dahulu? Tanpa loji janakuasa, tidak akan ada kilang pembuatan berteknologi tinggi. Namun tanpa kilang pembuatan berteknologi tinggi, 5 loji janakuasa tidak boleh dibina kerana kos akan menjadi terlalu mahal.
Kemudian, seperti kebiasaan di Malaysia, apabila terdapat peluang untuk menjana wang yang banyak, UMNO akan biasanya terlibat. Dan selalunya, wang akan lenyap begitu sahaja, meninggalkan gajah putih yang akan perlu dibayar berkali-kali oleh rakyat.

Ketamakan yang tidak kenal sempadan
Kulim telah menjadi mangsa ketamakan ‘panglima Umno’ yang tidak hanya mahu memonopoli industry janakuasa TNB, malah mahukan projek seperti Kulim dimana 5 loji janakuasa berjalan tanpa campur tangan TNB. Kulim bukan sahaja mampu menjanakuasa secara berasingan tetapi yang lebih penting akan menjadikan mereka berada dalam senarai orang yang terkaya dalam Majalah Forbes untuk beberapa kali dengan pertalian rapat dengan Mahathir.

Untuk memendekkan cerita panjang, akhirnya bukan 5 tetapi hanya satu loji janakuasa telah dibina dengan menghasilkan kira-kira 228 mega-Watt kuasa elektrik (berbanding 1,500 MW yang boleh dijana oleh loji jana kuasa biasa) . Kontrak itu telah diberikan kepada Northern Utility Resources Sdn Bhd (NUR). Ini bukanlah firma yang dikenali tetapi telah diberikonsesi selama 30 tahun mula tahun 1997. Namun, akhirnya mereka hanya membina satu loji janakuasa dan bukannya 5, tidak banyak syarikat berteknologi tinggi yang berminat untuk melabur di sana. Oleh itu para pelabur tidak mahu mengambil risiko jika berlaku gangguan bekalan elektrik.

Selepas beberapa ketika, setelah melakukan banyak tawar-menawar dan juga dengan tindakan samseng mereka yang menjadi kebiasaan UMNO, Mahathir berjaya menarik 25 buah syarikat, kebanyakannya syarikat 'kroni' dan GLC – untuk membuka perusahaan di sana. Seperti mengikut sahaja telunjuk, firma-firma ini bersetuju untuk ke sana bagi menyelamatkan keseluruhan projek 'Hi-Tech' Kulim ini dari menjadi gajah putih yang memalukan. Tetapi mereka telah dipaksa untuk melakukan pengorbanan besar sekiranya berlaku gangguan dalam bekalan kuasa. Namun begitu, NUR masih mengalami kerugian besar dengan hutang yang menjangkau RM1.5 bilion.

Bekas menteri

Apa yang berlaku selepas itu agak memeranjatkan tetapi juga amat menyedihkan kerana sememangnya begitulah cara kerja UMNO-BN bagi semua projek-projek mega yang gagal. Selepas ‘menyelamatkan’ Kulim, pentadbiran BN bertindak ‘menyelamatkan’ NUR pula!
Kerajaan BN pimpinan UMNO melakukan ini dengan menukar lesen NUR yang membenarkan ia untuk menjual kuasa kepada syarikat nasional. Walau bagaimanapun, firma itu gagal untuk menandatangani perjanjian penjualan kuasa dengan TNB walaupun telah berbincang lebih dari 2 tahun.

Sesetengah pihak mendakwa ini adalah kerja seorang pemimpin UMNO keras kepala yang mahu menguasai NUR dan cuba untuk menggunakan kerajaan untuk menyelamatkan NUR seperti yang telah dilakukan Kementerian Kewangan terhadap syarikat penerbangan MAS yang kerugian teruk. Bagi pemimpin UMNO ini, yang sudah semestinya sangat berpengaruh, ia adalah kes 'jika kau boleh buat, kenapa aku tak boleh?'

Berita dari blog UMNO yang berpaling tadah memberi bayangan bahawa NUR sekarang dikawal oleh seorang bekas menteri yang agak berkuasa dan sudah pasti dia orang UMNO! Seperti pengambil alihan berani Proton oleh DRB-Hicom tanpa menggunakan wang yang Nampak atau mempunyia apa-apa kepakaran dalam pembuatan kereta. Bekas menteri ini begitu pasti akan dijamin oleh kerajaan UMNO-BN.

Yang nyata, dia mahu terlibat dari mula kerana dia tahu bahawa kerajaan akan bermurah hati menjaminnya keluar dari masalah.

Kisah kejayaan Melayu atau MEROMPAK BANGSA SENDIRI DENGAN RAKUS?
 
Walaupun demikian, media UMNO dan laman bloggernya memutar belit cerita ini sebagai satu kejayaan utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program ETP dan NKEA ekonomi. Mereka mencanangkan kegagalan Kulim dan penjaminan NUR sebagai kisah kejayaan ekonomi orang Melayu. Dan kita harus berterima kasih kepada Najib yang 'berpandangan jauh' dan juga 'kecintaannya' kepada bangsa, tegas mereka.

Tetapi pada hakikatnya, ini hanya RM1.5 bilion lagi yang dibuang ke dalam longkang. Mungkin jika dibandingkan ia bukanlah sebesar skandal RM12.5 bilion PKFZ, tetapi ia cukup memeranjatkan apabila wang negara dibazirkan lagi dan sekaligus menambah hutang negara yang telah mencecah had 55%.

Jika inilah kisah kejayaan orang Melayu, mereka sepatutnya risau akan masa hadapan mereka dengan UMNO sendiri yang menjadi ketua perompak dan perampas.

Friday, November 9, 2012

PEMBERONTAKAN TERBUKA: Panglima Umno beri notis pada Najib- KEMAS BARANG



Akhirnya umum sudah mengetahui. Pergelutan antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin semakin memuncak sedang negara semakin hampir kepada pilihan raya umum ke-13 di mana parti pemerintah BN dijangka kehilangan penguasaan selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan.

"Saya tidak terkejut dengan perkembangan terkini. Terdapat cakap - cakap perebutan kuasa semenjak kebelakangan ini. Pengikut Muhyiddin boleh menghidu peluang dan mereka mahu memastikan dia mendapat giliran di kerusi PM manakala mereka akan mendapat bahagian gula-gula mereka yang sewajarnya," naib presiden PKR dan ketua bahagian Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Mereka menyalahkan Najib kerana melambatkan pilihan raya umum sehingga kini apabila ia sudah jelas BN telah hilang kelebihan mereka dan mereka semua terpaksa berjuang untuk mempertahankan kerusi mereka."

JuiMeng telah bertindak balas terhadap laporan berita poster misteri yang terdapat di bahagian-bahagian strategik Johor, yang juga merupakan tempat kelahiran Muhyiddin, menggesa agar ahli parlimen Pagoh itu menggantikan Najib sebagai Presiden Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.Poster menunjukkan gambar Muhyiddin berlatarkan bendera Malaysia dengan kata-kata 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU ke-13' serta 'Selamatkan Barisan Nasional'.

Master of procrastination, worsening the BN's chances
Imej poster, yang menggunakan logo BN dan Umno yang juga diterbitkan oleh BN Johor, telah  ersebar dengan meluas di Facebook. Pemuda Melayu yang mengedarkan poster di kawasan yang sibuk dan pusat membeli-belah di pusat-pusat bandar seperti Skudai Johor juga telah dikesan. Poster pertama yang dijumpai dalam kuantiti yang banyak pada Hari Merdeka Jumaat lepas.

Mungkin ia adalah kebetulan tetapi Najib yang tidak tahu menahu memberi kejutan besar kepada negara pada hari Ahad apabila dia membayangkan bahawa PRU ke- 13 akan diadakan pada bulan November, bulan ke-11 dalam kalendar. 11 adalah nombor kegemaran beliau.

Pemerhati Umno tidak fikir Najib ikhlas. Mereka percaya Najib yang berusia 58 tahun itu akhirnya mengalah kepada tekanan daripada rakan-rakan dalam parti untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini. Antaranya adalah Muhyiddin, yang telah dengan secara terbuka mendesak pilihan raya untuk diadakan pada bulan September.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga telah mendesak agar PRU diadakan pada tahun ini, tetapi mereka yang rapat dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah memberitahu bahawa pasangan pertama ini lebih suka jika pilihanraya diadakan pada tahun depan selepas reaksi terhadap Bajet 2013 diketahui

"Ia sememangnya satu rahsia terbuka bahawa ramai panglima UMNO sudah bosan akan penangguhan ini. Mereka percaya Najib memburukkan peluang BN dengan membenarkan ia untuk meleret. Ia memberikan Pakatan peluang untuk memainkan isu terhadap mereka dan banyak juga yang talah didedahkan oleh PKR, PAS dan DAP sudah mengena sasaran," kata Jui Meng.

"Poster Muhyiddin adalah mesej yang jelas kepada Najib. Lebih baik berhenti untuk cuba menjadi  enyeleweng dan mendengar hasrat majoriti panglima Umno atau mereka akan memberontak secara terbuka terhadapnya. Mereka juga boleh campakkan dia keluar sebelum PRU ke-13, itulah yang mereka beritahu kepadanya. perkara yang sama telah berlaku kepada Badawi dan Mahathirlah orang yang dipercayai bertanggungjawab. Mahathir yang kini nampak tenang tetapi kem Muhyiddin tidak akan bertindak tanpa izin orang tua itu. Mahathir masih kuat di dalam Umno kerana kuasa wang "

Walaupun Jui Meng tidak menolak kemungkinan bahawa saingan Najib dalam Umno mungkin akan cuba membuang dirinya sebelum PRU ke-13, beliau percaya ada kemungkinan Najib akan dibenarkan untuk membawa obor Umno BN dalam pilihanraya penting di mana Pakatan bakal meraih kemenangan jika tiada terdapat "penipuan di peti undi".

"Jika BN kalah, Najib akan dipecat atau terpaksa berhenti serta-merta. Jika BN menang, dia akan diberi masa sedikit lebih namun masih perlu berundur pada pemilihan parti Umno yang mesti diadakan menjelang bulan Oktober 2013. Apa pun keputusannya , giliran Najib sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri sudah tamat. Sedihnya, sejak 4 tahun yang lalu, dia telah menunjukkan dia tidak boleh melakukan melaksanakan tanggungjawab itu," kata JuiMeng.

Johor merupakan salah satu daripada beberapa negeri dimana Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menangi di dalam pilihan raya 2008. Walau bagaimanapun, keadaan adalah tidak menentu pada PRU yang akan datang yang dijangka akan diadakan pada bulan November, dengan Pakatan dijangka memenangi semua kawasan bukan Melayu serta beberapa kawasan teras Melayu.
Sambutan yang positif dari tanah Johor telah meyakinkan PAS untuk memutuskan memberi  alahudin Ayob, naib presiden untuk bertanding sebuah kerusi disana. Jika Salahudin dan Pakatan menang di negeri itu, Salahudin dijangka akan dinamakan sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Bukan kami Umno  Johor, betul ?

Sementara itu, Umno Johor telah menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti dan telah  embuat laporan polis berhubung perkara itu. Mereka mendakwa poster adalah taktik terdesak Pembangkang bertujuan menyebabkan perselisihan faham di antara pemimpin-pemimpin Umno.

"Ia adalah provokasi oleh pihak-pihak yang cuba untuk melemahkan perpaduan Umno Johor dan BN, yang kini memberi tumpuan kepada penyediaan jentera parti."Ia tidak boleh diterima untuk mengaitkan BN Johor sebagai pihak yang bertanggungjawab menerbitkan poster, "ketua Pemuda Umno Johor Zulkurnain Kamisan dilaporkan berkata kepada media.

"Bagi saya, ini merupakan satu strategi orang terdesak yang ingin Umno Johor dan BN bergaduh dan berpecah-belah. Walau bagaimanapun ia tidak akan melembabkan semangat Umno Johor dan semangat serta keazaman BN

Malaysia Chronicle

Thursday, September 13, 2012

Kuliah Maghrib - MUFTI Bekerja untuk Umno atau Tuhan?

Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan?

Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan?
Mendiamkan diri dan tidak ambil peduli bagi mufti UMNO-BN adalah suatu kebiasaan di negara ini. Mereka hanya akan menerima arahan dari ketua politik sahaja.
Namun, merekalah yang arif dan sepatutnya menegakkan apa yang hak dan memainkan peranan dalam menjauhi kemungkaran dalam masyarakat. Tetapi, hanya segelintir sahaja yang pernah meluahkan kebimbangan terhadap masalah sosial dan rasuah yang berlaku di depan mata mereka. Setiap hari, penipuan dilaporkan dalam berita. Kes-kes yang melibatkan menteri tertinggi telah dibongkar dan menjadi rahsia yang terbuka.
Walaupun begitu, mufti yang dilantik UMNO ini tetap berdiam diri. Mereka malah menahan diri dari menegur. Namun, mereka tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan yang diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan korup dan kesalahan ketua mereka.
Kehilangan penghormatan dan kredibiliti
Contohnya, dalam kes dimana Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom kerana meggunakan wang zakat yang disepatutnya diberi kepada golongan miskin untuk membayar yuran guamannya. Ketua ulama UMNO Ustaz Mohd. Fathul Bari merupakan satu contoh ulama yang sering mempertahankan bos-bosnya walaupun sebenarnya dia perlu menegur mereka.
Tidak hairanlah jika orang Islam di Negara ini marah dan berpaling kepada PAS dan PKR untuk mencari penyelesaian yang lebih bersih. Setelah 5 dekad mendiamkan diri, Mufti yang dilantik oleh UMNO tidak pernah menyerlah. Masa hadapannya tidak menentu dan mungkin juga akan menjadi seperti Greece jika UMNO-BN masih membazirkan dana Negara dengan projek mega yang terlampau mahal.
Islam tidak menganjurkan kesombongan
Satu lagi contoh diman UMNO-BN telah menggunakan alim ulama adalah dalam kes terbaru melibatkan Mufti Kedah Muhamad Baderudin Ahmad. Setelah beberapa tahun mendiamkan diri, dia telah membuka mulutnya baru-baru ini dengan bercakap demi Islam, dia telah meminta Karpal Singh untuk “memberhentikan semua kritikan dan fitnah” terhadap implimentasi hudud “kerana ini telah menyebabkan kekeliruan terhadap beberapa parti.”
Betapa bodohnya Baderudin? Karpal berhak untuk mengkritik dan menyuarakan pendapatnya terhadap Islam kerana dia prihatin akan kebajikan orang bukan Islam. Bolehkah Baderudin mengemukakan bukti bahawa Islam tidak membenarkan bukan Islam mengkritik Islam? Baderudin sebagai seorang tokoh agama sudah pasti tahu bahawa Islam adalah untuk semua dan semua berhak untuk menyoal, mendapat tahu, memberi pendapat dan mengkritik kerana ia adalah hak mereka dan ini mencerminkan diri mereka yang tidak tahu dan mahukan pemahaman.
Ia adalah tanggungjawab ilmuwan Agama seperti Baderudin untuk menerangkan dan tidak meminta orang bukan Islam untuk menutup mulut mereka! Islam tidak memerintahkan umatnya untuk menjadi sombong, jadi, janganlah memberi malu kepada Islam.
Pengkritik bertanya dengan menyuruh Karpal diam, Baderudin telah mengambil jalan mudah keluar. Ia, memang ia berkaitan dengan wang. Bilakah sikap ini dikalangan alim ulama dan mufti akan berubah? Dimanakah keikhlasan dan iman mereka? Mereka patut berubah sebelum rakyat mengubah mereka.
PAS tidak mampu lakukan seorang diri
Baderudin juga berkata Karpal mesti menghormati Islam sebagai agama rasmi. Dia berkata hanya Sultan Melayu sahaja yang mempunyai hak keatas hal berkaitan Islam.
Namun, Baderudin juga mesti sedar bahawa Sultan juga memberi kenyataan dan titah berdasarkan nasihat mufti. Dengan adanya orang seperti Baderudin, yang takut untuk menjalankan tugas dengan tekun dan bertanggungjawab, tidak hairanlah kebanyakkan orang Islam di Malaysia tidak mengamalkan Islam dengan sepenuh hati.
Patutlah pemimpin UMNO yang mengaku melakukan sesuatu untuk “Ugama, Bangsa dan Negara” begitu korup dan berterusan begitu.
Bagi hukum hudud pula, Baderudin harus faham bahawa ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempertahankan Islam dan PAS tidak boleh melakukannya sendirian. Seperti yang dikatakan oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri, enakmen hudud Kelantan juga tidak komprehensif dan perlu penambahbaikan.
Malah, ia akan memakan masa bertahun-tahun dan melibatkan ramai lagi untuk betul-betul mengimplimentasikan hudud- jika ia akan dapat dilaksanakan. Dengan ketakutan yang sedia ada pada hukum hudud seperti pancung dan pemotongan tangan dan kaki, sikap sombong alim ulama seperti Baderudin tidak akan membantu orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri untuk memahami hukum yang kontroversi ini.
Rahmat pada semua
Hudud tidak sepatutnya dilaksanakan ke atas bukan Islam dan tidak patut mempunyai implikasi negatif terhadap hidup mereka. Hudud sepatutnya menjadi rahmat kepada semua- dan bukan untuk orang Islam yang alim sahaja. Bagaimanakah kita sebagai Negara pelbagai agama dan bangsa mencapai matlamat dimana semua pihak boleh berpuas hati dan kemahuan mereka dituruti.
Sudah pasti, ia akan dapat dicapai melalui kebijaksanaan dan perbincangan yang jujur. Dan bagi itu, mereka yang tidak mahukan hudud sepatutnya faham dan turun ke bawah untuk memahami dengan lanjut. Kita semua mempunyai hak-begitu juga dengan sayap agama- mereka juga berhak.
Kerana ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam untuk amal maaruf nahi mungkar, mereka seperti Baderudin- kerana dia tidak ada memberi sumbangan agar persefahaman diantara orang Islam dan bukan Islam wujud, sepatutnya menutup mulut sahaja. Jangan bangga akan kelayakan agama anda jika tidak boleh mengikut ajaran Islam yang mahukan umatnya berani, adil dan menentang korupsi.
Mufti dan ulama patut ingat bahawa mereka bekerja kerana Tuhan dan bukan UMNO-BN.

Friday, August 3, 2012

Skim politik UMNO berterusan menipu orang Melayu


Tiada cara lain, Umno yang parah cuba eksploitasi isu PM bukan Melayu untuk cemaskan orang MelayuPersoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu telah dieksploitasi oleh UMNO untuk mencemaskan orang Melayu yang naif.

Karpal Singh menyatakan bahawa Malaysia boleh mempunyai seorang Perdana Menteri bukan Melayu atau bukan Islam dengan sah.Dari sudut perlembagaan pandangan beliau adalah betul.Dia mungkin melampu dari segi politik dalam konteks Malaysia tetapi dia tidak melakukan sebarang kekhilafan dari segi perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas menetapkan bahawa bangsa dan agama Perdana Menteri bukanlah kriteria di sini. Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan hanya semata-mata menetapkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri daripada kalangan Ahli Dewan (dipilih Ahli Parlimen) yang mendapat sokongan majoriti dewan.


Tiada seorang pun dari kaum Cina atau India yang bercita-cita menjadi PM

Perlembagaan tidak memberitahu tentang bangsa atau agama seorang Perdana Menteri.Mana-mana ahli Parlimen yang dipilih, yang pada hemat YDP Agong boleh mendapat kepercayaan majoriti, di sisi undang-undang boleh menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, bagi rakyat Malaysia yang berpendidikan selagi seseorang adalah kompeten, tidak terlibat dalam rasuah dan mempunyai integriti sebagai seorang ahli politik boleh dipilih untuk menerajui negara.Singapura mempunyai perdana menteri Cina yang telah memacu negara itu menjadi negara maju dan progresif.

Orang-orang Cina telah dilantik sebagai perdana menteri Negara itu kerana keupayaan mereka dan bukan semata-mata berdasarkan mereka adalah kaum majoriti negeri itu.

Realiti di Malaysia adalah Perdana Menteri akan dilantik dari kaum majoriti iaitu Melayu. Rakyat Malaysia tidak akan membantah norma yang tidak bertulis ini selama pemimpin itu cekap, jujur dan adil kepada semua. Ini juga telah diterima oleh pihak pembangkang.

Isu ini hanya akan timbul apabila Perdana Menteri yang dilantik merupakanseorang yang tidakefektif dan mempunyai banyak isu. Tetapi masih ada cara yang demokratik bagi menggantikan pemimpin iaitu melalui pilihanraya yang adil dan bebas.

Melihat kepada realiti di negara ini, tiada seorangpun Cina atau India yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.Sesungguhnya ramai orang Melayu yang berkebolehan dalam kedua-dua bahagian politik yang boleh memegang jawatan ini.

Sejarah dan tradisi sejak 55 tahun yang lalu sejak Merdeka, Malaysia telah sentiasa mengikut konvensyen atau tradisi. Dan norma bahawa Perdana Menteri semestinya Melayu-Islam dari parti dengan bilangan kerusi terbanyak di Parlimen dan datangnya dari kaum majoriti.

Malaysia yang majoritinya Melayu

Pembangkang, nampaknya, sependapat dalam hal pelantikan seorang Perdana Menteri.Demi kepentingan politik, sekurang-kurangnya padamasa ini, ia mungkin sukar bagi bukan Melayu atau bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri jika mengambil kira Malaysia yang majoritinya adalah orang Melayu. Rakyat Malaysia semuanya boleh menerima realiti ini.

Sebenarnya tiada isu mengenai perkara ini bagi parti-parti politik berkenaan.UMNO mengetahui keadaan sebenar tetapi hanya mengeksploitasi isu yang dibangkitkan oleh Karpal untuk membohongi pengundi Melayu.Agenda perkauman UMNO adalah untuk melagakan orang Melayu terhadap bukan Melayu dengan harapan mengampu sokongan orang Melayu kepada UMNO yang semakin berkurangan.

UMNO dengan sengaja memanipulasi isu ini supaya orang Melayu akan menjadi curiga terhadap bukan Melayu – Cina khususnya. Skim politik mereka adalah untuk menipu orang Melayu – bahawa ‘orang Cina akan menghalang mereka daripada mendapat hak-hak dan kuasa mereka ‘.

Walau apa pun yang berlaku, ia adalah satu fakta sosiologi bahawa rakyat Malaysia tidak berjaya menjadi satu Bangsa Malaysia bertahun-tahun selepas Kemerdekaan. 1Malaysia UMNO adalah penipuan politik semata-mata.Tiadaseorang pun ahli politik yang ikhlas dalam UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk melihat Bangsa Malaysia menjadi kenyataan.

Dasar pecah dan perintah UMNO telah mencipta sebuah masyarakat Malaysia yang polarisasi.

Asimilisasi budaya

Keadaan di India, contohnya, di mana Perdana Menteri datang daripada kumpulan minoriti dilihat dari sudut pandangan budaya. Secara amnya, orang-orang India bukan dari keturunan yang sama. Mereka secara relatif telah menjadi satu bangsa walaupun mereka dikenal pasti oleh perbezaan agama dan asal usul.

Dari segi sejarah, rakyatnya adalah berketurunan dari negara itu dengan kumpulan yang besar di bahagian utara mempunyai DNA Aryan-India.Namun begitu, dari segi budaya mereka orang India. Walaupun dengan pencerobohan Aryan dan pengaruh di beberapa bahagian negara itu pada masa lalu namun orang India pada dasarnya sama.

Terdapat asimilasi budaya yang dilihat di kalangan rakyat di India. Agama telah membezakan mereka tetapi budaya yang wujud menjadikan merekasama sahaja. Rakyat dapat menerima seorang Hindu, Sikh atau pun Islam sebagai Perdana Menteri atau Presiden negara ituasalkandia mendapat sokongan majoriti.

Ia telah mengambil kira-kira 250 tahun selepas Merdeka (1776) bagi Amerika Syarikat untuk bersedia menerima seorang berkulit hitam sebagai Presiden. Seperti yang didakwa, AS telah menjadi wadah bagi penduduk yang mempunyai DNA yang berbeza. Bagaimanapun, ia adalah sebuah negara maju dan mempunyai tahap celik huruf yang tinggi. Hari ini, rakyat tidak keberatan untuk melantik seorang yang bukan berkulit putih untuk menerajui negara.

“Bagi Malaysia, janganlah terlalu optimis atau terlalu pesimis.Biarlahkita sedikit realistik. Bagi Malaysia untuk mencontohi trend ini mungkin akanmengambil masa bertahun-tahun lagi. Tetapi ini tidak mustahil akan berlaku, “kata seorang pensyarah universiti tempatan dalam bidang sains politik.

Politik perkauman

Dalam situasi tempatan, hubungan kaum sentiasa menjadi satu perkara yang sensitif.Parti-parti politik adalah berasaskan kaum majoriti. Ia adalah kepentingan kaum atau agama seperti yang sentiasa digesa oleh ahli-ahli politik. Rakyat Malaysia hakikinya dibahagikan oleh bangsa dan agama. Melainkan jika ini boleh terpadam dari minda rakyat, rakyat Malaysia selama-lamanya akan tenggelam dengan politik pecah-belah dan bersifat membezakan.

“Bangsa telah menjadi satu perkara yang rumit untuk ditentukan di negara ini sekarang.Malah maksud Melayu itu sendiri hanya ditakrifkan dari sudut sosiologi oleh ahli-ahli politik.Kita tidak boleh benar-benar mendapati mereka yang mempunyai DNA tulen Melayu di negara ini, “komen seorang ahli sejarah tempatan.
“Persoalannya sekarang ialah adakah kita rakyat Malaysia yang sudah boleh dikenali sebagai Bangsa Malaysia dan tidak lagioleh DNA kaum etnik kita?Malangnya, kita tidak dan ini telah membawa kepada banyak syak wasangka apabila berbicara tentang hubungan kaum di negara ini, “katanya.

Perlembagaan negara telah ditulis dengan prospek jangka panjang bagi rakyat Malaysia.Pemimpin-pemimpin British dahulu mempunyai wawasan bagi negara ini. Dengan rakyat yang berbilang kaum di negara ini, mereka yang merangka perlembagaan yang akanmengasimilasi budaya dan melalui perkahwinan campur, zuriat pada masa akan datang tidak lagi akan menjadi orang-orang Melayu, Cina, India tulen lagi dengan DNA asli.

“Walaupun Perdana Menteri pertama kitaberketurunan Melayu Siam. Kemudian negara ini sekali lagimempunyai Perdana Menteri dengan DNA Melayu dan Turki. Ini diikuti oleh seorang Perdana Menteri dengan DNA Melayu dan India, “kata seorang ahli sosiologi yang bekerjadengan sebuah universiti tempatan.

Bumiputera

Tetapi negara masih lagi menunggu seorang Perdana Menteri dengan DNA tulen Melayu setakat ini walaupun keturunan bumiputera adalah kriteria yang diterima untuk jawatan ini.

Tetapi, bukan Melayu sahaja ynag diklasifikasikan sebagai bumiputera di negara ini.Terdapat Orang Asli dan pribumi di Sabah dan Sarawak yang bukan Melayu atau orang Islam tetapi juga diklasifikasikan sebagai bumiputera.Jika bumiputera adalah kriteria yang dianggap logik, maka, mana-mana bumiputera boleh menjadi Perdana Menteri negara ini.

Walau bagaimanapun, mengikut peraturan yang tidak dinyatakan, faktor bukan Islam akan menafikan peluang mereka memimpin negara.

Beberapa Orang Asli (Proto-Melayu atau orang asli Melayu) kini pantas tersedar dan sudah terdapat di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Nenek moyang mereka dikesan berasal dari Mongoloid dan bertutur Austronesia dari tanah besar Asia yang berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu dalam siri migrasi antara 2500 dan 1500 SM.

Terdapat Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak yang telah hidup di atas tanah ini lebih awal dengan DNA bukan Melayu dalam diri mereka.Mereka juga mungkin ingin untuk menerajui negara ini kerana nenek moyang mereka yang mempunyai sejarah yang lebih lama di atas tanah ini.

Deutero-Melayu dianggap sebagai nenek moyang Melayu pada hari ini, yang berhijrah ke tanah ini yang boleh disusur kembali kepada sekitar 300 SM.

Dari sudut pandangan sejarah orang-orang dengan DNA Melayu memulakan sistem Kesultanan di negara ini sejak abad ke-15 dan mereka kini terdiri daripada kaum majoriti negara ini.Bersama-sama itu datang faktor agama.Mereka yang mempunyai DNA Deutero-Melayu hampir semua menganut agama Islam.Ini bermula kira-kira 600 tahun lalu.Oleh itu, peraturan yang tidak dinyatakan di sini sekarang – budaya dan tradisi – bahawa untuk menjadi Perdana Menteri, orang itu mestilah mempunyai DNA Deutero-Melayu dan Islam.
Malaysian

Tiada seorang pun dari kaum Cina atau India yang berhijrah ke tanah ini lebih lewat daripada kumpulan yang lebih awal akan membantah peraturan ini walaupun sebahagian besar daripada mereka adalah sebenarnya ‘pribumi’ tanah ini oleh kerana mereka dilahirkan di sini. Bagaimanapun, mereka tergolong dalam kumpulan minoriti.Mereka juga bercita-cita untuk mempunyai pemimpin yang jujur danakan berlaku adil kepada semua kaum di negara ini.

Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung tidak lama lagi. Taktik UMNO sekarang adalah untuk menyemai mentaliti di kalangan rakyat bahawa kaum-kaum lain akan menghalang mereka daripada berkuasa jika mereka boleh menjadi Perdana Menteri. Tetapi propaganda ini tidak akanberkesan. Rakyat Malaysia menyedari bahawa Cina atau India tidak berebut untuk jawatan Perdana Menteri dalam keadaan sekarang.

Golongan muda dan orang Melayu yang berpendidikan tidak begitu naif untuk jatuh kedalam perangkap Machiavelli UMNO ini.

Ia adalah suatu isyarat yang kuat kepada negara bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai kecenderungan untuk melantik seorang Menteri Perdana Menteri bukan Melayu. Selain ini, tiada Cina atau India yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Walau bagaimanapun, dalam demokrasi kita, sokongan sahaja tidak mencukupi untuk Melayu semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.Beliau memerlukan sokongan orang Cina, India, dan orang-orang Asli. Dalam erti kata lain, tanpa sokongan majoriti, seorang Melayu sekalipun tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Perlembagaan mencadangkan bahawa pemimpin yang boleh mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen boleh dilantik sebagai Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, akan datang suatu masa kelak hari apabila rakyat benar-benar bersatu dan sedar untuk mempertimbangkan kompetensi bukan Melayu untuk memimpin majoriti ahli-ahli parlimen, sama ada dia adalah Melayu, Cina, India atau Orang Asli.

Mesej Karpal kepada semua

Untuk ini berlaku, tiada parti politik perlu menggambarkan bahawa mereka adalah juara satu- satu kaum.Tumpuan mereka sepatutnya lebihkepada semua rakyat Malaysia.Sehingga itu rakyat Malaysia secara umumnya selesa dengan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kaum majoriti Melayu.

Amerika Syarikat telah mengambil lebih daripada 250 tahun untuk memilih seorang berkulit hitam sebagai presiden.Ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk Perdana Menteri bukan Melayu untuk menjadi realiti di Malaysia. Akan tiba masanya setiap kaum di negara ini tidak akan berfikir tentang bangsa mereka tetapi lebih sebagai rakyat Malaysia. Orang Melayu, Cina, India, kaum di Sabah dan Sarawak akankurang berfikir tentang apa kaum mereka tetapi merasakan diri mereka lebih sebagai rakyat Malaysia.

Dia mesti orang Malaysia- bukan mengikut bangsa

Pada masa itu, bangsa Perdana Menteri tidak menjadikeutamaan rakyat lagi.Apa yang penting adalah Perdana Menteri mestilah cekap dan adil untuk semua rakyat Malaysia. Beliau mestilah dapat menggunakan pilihan raya yang adil dan bebas untuk memenangi mandat daripada rakyat. Dia tidak akan terlibat dalam rasuah atau terlibat dalam apa-apa skandal.

Rakyat Malaysia perlu berusaha untuk membolehkan ini berlaku.Mungkin inilah mesej Karpal kepada rakyat apabila beliau menyebut bahawa bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.