Showing posts with label Pak Tam Kob. Show all posts
Showing posts with label Pak Tam Kob. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Adakah anda perasan - fesyen anak gadis hari ini...??

Adakah anda perasan,

pakaian anak muda sekarang menyerupai patung Barbie? Ketat sana, kecik sini, bukak sana, nampak sini, rambut biru hitam dan kelabu, seolah-olah sudah menjadi lumrah cara berpakai masa kini. Ikut trend kata mereka. Tutup aurat (pakai tudung seluaq ketat tangan pendek) katanya. Nak berkain baju kurung? Susah nak bergerak katanya, pakai seluar la senang. Ya memang betul, tapi pakai la mengikut syaratnya.

Waima kita tahu bahawa cara sebenar berpakaian, iaitu menutup aurat bukan "membungkus" aurat. Tudung, yang tidak berbonggol seperti pundak unta, menutup bahagian dada, seluar boleh, tetapi yang agak longgar, bukan "legging". Baju jangan pakai "baju adik", pakai la baju sendiri punya, dan tidak nipis. Menutup kepala apabila nak keluar rumah, "free hair" bila di rumah menyidai baju. Ini lagi satu pemahaman yang salah. Banyak kes yang kita jumpa sebegini, seolah-olah bertudung ketika nak keluar ke mana-mana,di kawasan rumah boleh membuka aurat ikut suka hati, tak boleh tu. So, apa yang boleh kita buat? marilah kita sama-sama menasihati anak-anak kita, kawan-kawan kita, anak-anak kawan-kawan kita, supaya sama-sama mengamalkan cara berpakaian yang betul dan selari dengan kehendak Pencipta kita.

Adakah anda perasan,

banyak program TV amat melaghokan, banyak ketawa, dan banyak eksploitasi wanita (seks). Seronok, memang seronok, siapa tak seronok bergelak ketawa dengan raja lawak, siapa tak seronok tengok artis wanita yang mengiurkan, siapa tak seronok menonton gosip liar yang semestinya tak betul tetapi mungkin benar. Dari anak kecil, TV mendedahkan cara bercakap, contoh, "Tak Guna!", "Mati Kau!", dll. Dewasa pula, cara bercakap, "Bro, u cannot go in, big2 size, only small can go in" (Songlap). Orang tua? masuk sekali dalam jerat TV tu, kerana rasa masih laku. Kita pun tengok dan kritik.

Waima kita tahu bahawa amat sedikit majlis ilmu (dunia dan akhirat) di dalamnya. Nak cover line, buat AQ, buat Ustazah Pilihan, buat Ustaz Muda. Pernah teliti tak taraf masing-masing. Contoh nak bagi, mudah, Akademia Fantasia (mesti tau), berapa hadiah diberi kepada pemenang no. wahid? Tetapi AQ (ok la), berapa pula? (Kerja rumah, cuba cari...) Itupun dah cukup memberi peringatan kepada orang yang mau beringat. So, pandai-pandailah kita memilih rancangan yang kita dan keluarga nak tonton, atau baca Quran ja lagi baik.

Adakah anda perasan,

setiap hari kita berbuat perkara yang sama. Masuk kerja pukul 8, balik kerja jam 5. Pi mai pi mai, dah hari Khamis. Seronok? Ya memang seronok, kerana apa, kerana esok cuti, boleh rehat. Boleh buat macam-macam, tetapi apa yang kita buat. Setiap minggu sama ja. Tup tap tup tap...hari Ahad, keja pulak. Begitulah kita seharian, semingguan, sebulanan, setahunan, dan sehinnga mati.

Waima kita tahu bahawa orang cemerlang ialah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam. Apa yang kita lakukan untuk menyahut seruan itu? Solat? Puasa? Sedekah jariah? Setiap hari sama ja, solat 5 waktu sehari, itupun kekadang hujung2 tanduk jer. Puasa, tunggu bulan Ramadhan. Sedekah, mana ada duit. 1001 alasan (excuse), bukan sebab (reason) diberikan bagi tujuan helah bela diri. So, why not start hari ini kita cuba biasakan diri kita, solat wajib ditambah solat sunat. Puasa sunat ikut kemampuan. Sedekah ikhlas RM1/hari, dan amalan-amalan sunat yang lain (tanpa meninggalkan yang wajib.). Macamana? meh kita sama-sama cuba.

Adakah anda perasan, kita bercakap pasal diri kita, tetapi amat sedikit bercakap tentang Penciptanya. Kita beritahu orang, kitalah yang buat itu, kitalah yang buat ini, kitalah yang apa-apa lagi laa. Tetapi perasan tak, kita buat tu pun dengan hanya izin Pencipta kita. So, pernah tak kita beritahu orang lain tentang betapa besarnya kurniaan Pencipta kepada kita yang membolehkan kita buat apa-apa selama ini? Dan tahukah anda bahawa, setiap apa yang kita dapat, 2.5% adalah untuk diperuntuk orang lain? Mengapa perlu begitu? Itulah caranya kita membersihkan harta dan wang ringgit kita. Ingat, "harta dan wang ringgit yang berguna ialah harta dan wang ringgit kita yang diberikan kepada orang lain". Yang ada pada kita akan habis, manakala yang ada diberikan kepada orang lain akan berganda pahalanya.

Adakah anda perasan, sudah banyak yang kita tahu, tetapi amat sedikit yang kita amalkan. Contoh, kita tahu bahwa sedeqah itu menggandakan rezqi kita, tetapi berapa kerap kita bersedekah, dan berapa banyak kita menginfakkan untuk ke jalan-Nya? Saya tak mampu? Ingat, sedekah ikhlas RM1 dari seorang pekerja bergaji RM786 sebulan, adalah lebih baik dari sedekah RM100 000 000 dari seorang billionaire. So, marilah sama-sama kita mulakan kempen bersedekah sehari seringgit.

Kesimpulannya, apa tugas dan peranan kita? So marilah kita sama-sama saling nasihat menasihati kerana saling menasihati itu memberi manfaat kepada orang yang beriman. Ingatlah, selemah-lemah iman ialah orang yang menegur dengan hatinya, sekiranya tidak mampu menegur dengan perbuatan dan lisan.

Nukilan,
Pak Tam Kob

Tuesday, January 31, 2012

Kalau aku seorang ADUN, akanku...

oleh PAK TAM KOB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1b2NRc14x2vuDKY_6bkD8MjQNge7DnzDPks07ieSntnFFIK2xM5_JPe7otEQlXSQDGjhHIaLuaXnffAuk3dIoJVQGpyfKnrOJel8S_pxD6XV6NHwioPWdLzIR4rU-OSdkXGc82JkBL07h/s400/saas.jpg

Aku tak tahu bagaimana menjadi seorang ADUN. Aku tak tahu apa kerja seorang ADUN. Aku tak tahu apa mereka buat. Aku tak tahu apa mereka dapat. Tapi, yang aku tahu, ADUN dipilih oleh rakyat. Rakyat yang memilih ADUN. Sebelum pilihanraya, "dia" orang biasa, macam aku, macam mereka, macam kita, macam orang lain. Namun selepas pilihanraya, "dia" ialah ADUN. Bagaimana ADUN dipilih? Rakyat memilih atas dasar kepercayaan dan kebertanggungjawaban "dia" sebelum ini. Namun selepas bergelar "YB", "dia" menjadi tumpuan. Tanggungjawabnya makin besar, kerjanya makin berat, masanya makin singkat, waktunya makin cepat, fikirannya makin ligat, dan "dia" makin hebat.

Kalau aku seorang ADUN, akanku jaga dan ambil berat hal rakyat marhean yang telah aku mereka undi. Apa dia? Contohnya, suasana yang dihadapi sekarang di negeri Kedah especially kekurangan minyak masak yang melampau. Walau apa jua alasan yang diberi, itu hanya alasan semata-mata. Yang penting bagaimana aku menggunakan ruang dan peluang yang ada ini untuk membantu rakyat seterusnya mengekalkan status aku sebagai YB. Apa nak buat? Mudah saja, deal dengan pengeluar minyak masak (x kira la cap kasawari ka, cap buroh kasar ka, cap lembing ka, asalkan minya masak laa), order 1000 paket (1000 paket x RM2.50), invest RM2500, dan edarkan kepada golongan faqir dan miskin di kawasan masing-masing. Ingat, waima hanya dengan 1 paket minyak masak atau 250 sen, tetapi sekiranya diberikan kena dan tepat pada masanya, amat besar pengertiannya kepada orang yang amat memerlukannya. "Air kosong amat bererti kepada orang yang haus, berbanding erti sepinggan nasi kandaq 1Malaysia kepada orang yang kenyang".

Kalau aku seorang ADUN, akanku "turun padang" setiap Jumaat. Kenapa Jumaat? Sebab hari lain bz? Maybe, tapi semua orang tahu akan kelebihan dan kemuliaan hari Jumaat. Salah satunya ialah hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Setiap Jumaat, akanku jelajah sebanyak mungkin masjid surau yang ada di sekitar DUNku. Sibuk? Bz? Dah lupakah, sebelum ini, "dia" orang biasa, macam aku, macam mereka, macam kita, macam... Inilah tanggungjawab sebenar, iaitu rapat dan ambil tahu seramai mungkin rakyat di DUNku, di samping mesyuarat-mesyuarat yang lain. Ingat, "mesyuarat" dengan rakyat juga tak kurang pentingnya.

Kalau aku seorang ADUN, akanku... ceritakan banyak lagi selepas ini, kerana sudah cukup untuk kali ini. Semoga bertemu di lain lembaran. "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, menabung dari kecil lama-lama boleh beli barang kemas".