Showing posts with label RM3Billion. Show all posts
Showing posts with label RM3Billion. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

BN dah terdesak cari isu...Benda andaian pun dah bising macam rugi beratus juta dah..!!!

Transformasi politik BN: mengkritik perkara andaian

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


Isu dan pilihanraya akan bergerak seiring kerana pilihanraya adalah medan untuk meraih sokongan rakyat di mana isu sangat berperanan. Apabila tempoh kehangatan pilihanraya terlalu panjang, maka ada parti politik yang kekeringan isu sehingga terpaksa mengitar semula isu atau mengandaikan sesuatu perkara lalu menangani isu yang diandaikan isu.

Itulah yang berlaku kepada BN. Parti tua itu meneroka satu perkembangan baru politik iaitu mengutarakan, membahas dan bertindak terhadap isu andaian. Ia  menjadi satu lagi koleksi lawak jenaka politik yang terdapat di Malaysia.

Rakyat Malaysia diingatkan semula mengenai isu yang berbangkit 13 tahun lalu iaitu akuan bersumpah bekas Gabenor Bank Negara bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk yang berjumlah RM3 billion.
Kreatifnya isu tersebut dimanipulasi oleh BN ialah apabila berjaya menggerakkan bantahan di kalangan pecacai bawahan BN mendesak Anwar memulangkan wang rakyat RM3 billion. Akuan bersumpah hanya menyebut beliau (sebagai Menteri Kewangan) mengawal akaun tetapi transformasi dibuat sehingga anwar memiliki wang tersebut. Mengawal dan memiliki membawa dua maksud yang berbeza.

Polis Malaysia yang paling cekap di dunia tidak mampu mencari bukti bahawa Anwar mencuri duit rakyat walaupun siasatan dibuat selama 13 tahun tetapi tiba-tiba UMNO mendesak duit itu dikembalikan.

Saya tertarik menyaksikan satu forum anjuran TV3 yang mengundang tiga panelis, kesemuanya penyokong BN untuk berbincang mengenai 'kabinet bayangan Pakatan Rakyat'. Mereka berbincang mengenai kabinet bayangan Pakatan tanpa mengundang wakil Pakatan. Mereka berbincang mengenai kabinet Pakatan yang mengandungi 49 menteri, di mana setiap kementerian mempunyai tiga orang menteri dari tiga parti. Dalam barisan kabinet itu DAP mempunyai kerusi terbanyak berbanding PAS dan KeADILan.

Banyak perkara yang dipertikaikan mengenai kabinet bayangan tersebut. Antaranya ialah mengapa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak tersenarai dalam kabinet bayangan itu. Berbahaslah mereka selama sejam perihal keburukan kabinet bayangan tersebut.

Pengerusi forum bertanyakan seorang panelis dari mana senarai kabinet bayangan itu diperolehi? Beliau menjawab, cadangan oleh sebuah portal berita internet! Aduh, bangangnya sebuah forum membincangkan sebuah andaian yang bukan pula datang secara rasmi dari Pakatan Rakyat. Seorang panelis yang berbincang itu ialah Dr. Chandra Muzaffar. Bangkrap sungguh nilai akademik di Malaysia.

BN di Pusat sama saja dengan perangai BN di Kedah. Bezanya di sana mereka kerajaan, di sini pembangkang. Parti Gerakan mengadakan sidang media mengecam kerajaan negeri kerana kononnya memperkenalkan dasar baru perumahan.

Antara yang dikritik ialah kononnya dasar baru tersebut tidak membenarkan penduduk yang bukan rakyat Kedah membeli rumah di Daerah Kuala Muda dan Kulim. Ia akan membantutkan industri hartanah di negeri ini.

Dalam satu sidang media, Menteri Besar Dato' Seri Azizan terpinga-pinga apabila ditanya wartawan perihal cadangan dasar perumahan baru yang disebut oleh Parti Gerakan itu. Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak pernah berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai dasar perumahan baru tersebut.

Ertinya, kritikan BN terhadap isu tersebut adalah berdasarkan kertas cadangan rekaan yang entah dikutip dari tong sampah mana.

Setiap perkara yang mahu dijadikan dasar negeri secara formalitinya akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas. Cadangan boleh datang dari pelbagai pihak dan pelbagai perkara. Selepas itu cadangan yang telah dimantapkan itu dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tetap potfolio tertentu. Kemudian, barulah masuk mesyuarat Exco untuk dibincang dan diputuskan secara rasmi.

Serangan Parti Gerakan terhadap dasar baru perumahan yang belum pernah diputuskan itu bukanlah insiden kali pertama parti pembangkang itu terbabas dalam serangan membabi buta. Acapkali benar Gerakan mengkritik berasaskan andaian.

Hebat transformasi politik di Malaysia yang dicetuskan BN; mengkritik anak nakal yang masih berada dalam perut ibu, belum tahu pun anak itu akan dilahirkan atau tidak.


Zulkifli bin yahaya

Sunday, June 24, 2012

Isu RM3Bil : UMNO kona kanan pulak selepas Anwar bersedia disiasat...!!

Ini namanya POLITIK bangang.. Tempohari hangpa kalut nak Siasat...bila dah kawan tu bersedia nak siasat.. dia dok kona kot lain pulak.. 

Pie la siasat dok keluaq isu saman apa kejadahnya lagi.... Bila dah siasat dia salah ka tak salah lepas tu baru kita Saman ka tak saman puak2 nangoi dua tiga ekoq tuuu...

RM3b: Umno cabar Anwar saman

24 Jun 2012
Ahmad Maslan gesa Anwar saman jika dakwaan terhadapnya tidak benar
Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman pihak yang mendakwa Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion jika tuduhan mereka tidak benar.
  
"Yang amat saya hairan mengapa sehingga hari ini Anwar tidak saman Ummi Hafilda, Anuar Shaari dan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang membuat kenyataan berani itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Anwar perlu menjelaskan jika benar akuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid dan Ummi Hafilda mengenai wang RM3 bilion itu.
   
Khamis lepas, sebuah akhbar harian melaporkan pendedahan Abdul Razak bahawa beliau telah membuat akuan bersumpah untuk membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaan Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.
  
Ahmad berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia segera menyiasat kes tersebut agar kebenaran dapat diperoleh. - Bernama

Wednesday, June 20, 2012

Isu RM3Billion : MP Permatang Pauh sedang menunggu MP Kuantan & MP Pagoh menyahut seruan..!!


Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion.

“Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi…Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut…Kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.

“Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih…Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN (MP BN)) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.


“Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini? soal Saifuddin.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.

Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.