Showing posts with label Ummi Hafilda Ali. Show all posts
Showing posts with label Ummi Hafilda Ali. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Bukti Baru...Hebatnya Ummi Hafilda ini ya… apa saja isu pasal Anwar dia tahu

Habislah Anwar.. Ummi Hafilda kata dia ada 'Bukti Baru' kaitkan Anwar dengan RM3 Billion...


Masa negara kecoh dengan video sex terbitan Datuk ‘T’ dulu.. si Ummi Hafilda ini juga tumpang menyibuk untuk mencari populariti..

Datuk ‘T’ siarkan satu klip video sek seorang lelaki yang difitnah sebagai Anwar Ibrahim, Perempuan ni kata dia tahu ada 18 rakaman video seperti itu yang disimpan oleh seseorang.

Bila negara kecoh pula dengan siapa dalang Video itu.. Perempuan ni kata dia tahu siapa yang menjadi dalang sebabnya dia dah dengar perkara ini 13 tahun lalu.. padahal tarikh pada video itu ialah tahun 2011.

Kata dia.. “Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Tapi sampai sekarang tak didedah lagipun…

Bila tak ada isu di jaja pula cerita kononnya Kakak ipar dia iaitu Shamsidar ada scandal dengan Anwar hingga dapat anak.. padahal bukti DNA yang dibuat Azmin 99.9% DNA anak tu sama dengan DNA Azmin..

Sekarang.. kerana Muhyiddin dah singkap semula cerita lama iaitu kononnya Anwar ada aset bernilai RM3 Billion, Ummi Hafilda menyibuk lagi..

Walaupun bekas Pengarah Siasatan BPR dah kata siasatan yang dia buat sampai keluar negara membuktikan tiada perkara yang boleh mengaitkan Anwar untuk dijadikan kes dan kes ditutup.. Ummi Hafilda kata dia ada bukti baru..

Bekas Pengarah Siasatan BPR dah sebut dalam Mahkamah Tinggi dan juga melalui Akuan Bersumpahnya.. sila lihat di SINI dan juga di SINI.

Hebatnya Ummi Hafilda ini ya… apa saja isu pasal Anwar dia tahu semuanya.. tapi satu pun tak betul..

Dengan hanya menganga di Malaysia dia ada bukti baru kes RM3 Billion ni.. kalau betul… kenapa tidak diserahkan kepada BPR dulu?

Tak salah ke sorok bukti ni?


Ummi Hafilda dakwa ada 'bukti baru'

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali mendakwa telah menyerahkan "bukti baru" berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan edisi hujung minggu
Utusan Malaysia hari ini, Ummi mendakwa bukti tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu pertemuan Rabu lalu.

Ummi berkata, beliau menyerahkan dokumen tersebut susulan dakwaan bahawa beliau menyimpan bukti tersebut, seperti dilaporkan.

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga.

"Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu," katanya seperti dipetik.

Selain itu,
Mingguan Malaysia melalui rencana bertajuk "Mencari relevan isu RM3 bilion" hari ini turut membangkitkan semula akuan bersumpah oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengenai 20 akaun tersebut.

"Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu, Abdul Murad menyatakan kaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

"Isu saham ini biarpun sudah lebih 13 tahunh berlalu sangat mustahak untuk dibangkitkan semula kerana shingga kini tiada jawapan kukuh diberikan mengenai status kesnya.

"Baik dari segi siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atau jawapan daripada Anwar sendiri, tidak ada sesuatu yang meyakinkan yang membolehkan rakyat membuat kesimpulan ia adalah dakwaan tidak berasas atau sengaja direka-reka," rencana itu dipetik.

Dakwaan berkenaan didapati "tidak berasas" apabila dibawa ke mahkamah pada 11 November 2011.

Bekas pengarah siasatan BPR Abdul Razak Idrus menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan pada November 2011 dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya pada masa itu, Datuk Abdullah Ahmad.

Abdul Razak dalam perbicaraan tersebut berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah Abdul Murad.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya seperti dilaporkan.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan. - Malaysiakini

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/06/habislah-anwar-ummi-hafilda-kata-dia.html

Monday, April 4, 2011

Kemunculan semula Ummi dan Rahim TC kebetulan atau dirancang?

Adakah kemunculan semula Ummi Hafilda Ali dan Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kancah politik untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku secara kebetulan atau sebahagian daripada perancangan licik untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu ?

Selepas menyisihkan diri dari arus politik tanah air untuk lebih 10 tahun Ummi Hafilda muncul semula dalam “road show” tajaan Umno untuk mengitar sekali lagi pelbagai tuduhan terhadap Anwar.

Setelah dipaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 dan gagal kembali ke persada utama Umno, kerana tuduhan merogol gadis bawah umur dan dibelit dengan dakwaan rasuah, Rahim ‘mengaum” semula dengan mengibarkan video seks lucah Anwar.

Kedua- duanya memberi amaran bahawa kononnya mereka mempunyai banyak pendedahan seks lain, seks yang akan terus mengaibkan Anwar. Malah, Rahim berkata Anwar tidak harus terkejut jika secara tiba- tiba lebih ramai lagi “Eskay” muncul membuat pendedahan.

Ummi pun tidak mahu ketinggalan. Beliau mendakwa ada 18 video seks membabitkan Anwar.

Ugutan mereka mirip kepada Senator Ezam Mohd Noor dan Datuk S.Nalakaruppan yang juga mendakwa menyimpan pelbagai bukti mengenai salah laku Anwar ketika beliau Timbalan Perdana Menteri.

Apakah semua perkembangan ini hanya secara kebetulan, bahawa individu bernama Ummi Hafilda dan Rahim Thamby Chik tidak mengenali satu sama lain, malah Umno langsung tidak terlibat dalam segala fitnah dan ugutan yang dibawa oleh mereka berdua ?

Bolehkah rakyat menerima bahawa Ummi dan Rahim melakukan serang hendap terhadap Anwar semata- mata sebagaimana yang didakwa mereka – untuk agama, bangsa dan negara dan bukan didorong kebencian untuk Ketua Pembangkang itu ? Dan, atau adakah imbuhan yang menanti jika misi mereka berjaya terlalu lumayan untuk ditolak?

Kebetulan atau sebahagian dari perancangan?

Jika kebetulan, maka adakah satu “kebetulan’ juga Ummi Hafilda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik berjumpa dengan Pengerusi Malaysia Airports Berhad Tan Sri Basir Ismail pada tahun 1998 untuk Ummi mendapatkan sebuah kontrak pengiklanan pada awal tahun 1998 ?

Berikut adalah keterangan yang diberikan oleh Ummi Hafilda kepada Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 1998 apabila beliau disoal oleh peguam Anwar ketika itu, Christopher Fernando.

Fernando: Berhubung projek KLIA, adakah kamu ada berjumpa Tan Sri Basir? (Pengerusi MAB).

Ummi Hafilda: Berkenaan kontrak pengiklanan itu, saya ada bertemu dengan Tan Sri Basir di pejabatnya.

Fernando: Pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim Zainuddin dan kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik ?

Ummi Hafilda: Saya tidak bersetuju bahawa pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim.

Fernando: Adakah kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik?

Ummi Hafilda: Saya tidak ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik tetapi saya telah berjumpa dengannya di pejabat Tan Sri Basir.

Fernando: Apa maksud berjumpa Tan Sri Rahim di sana?

Ummi Hafilda: Saya tidak pergi bersamanya, tetapi saya berjumpa dengannya di sana.

Ketika ditanya apakah peranan Rahim dalam pertemuan di KLIA itu, Ummi Hafilda berkata Rahim tidak memainkan apa-apa peranan, selain bercerita hal-hal politik dengan Basir. -Berita Harian

Beranjak ke 10 tahun kemudian: Rahim dan Ummi sekali lagi muncul bersama – ‘secara kebetulan' untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar. Rahim menggunakan fitnah video lucah yang dipertontonkan kepada wartawan sebelum diserah kepada polis.

Manakala Ummi memakai gincu di bibir dan membetulkan tudung yang sentiasa tergelincir dari kepalanya sebelum memaki hamun Anwar dengan ayat- ayat kesat lagi fitnah.

Adakah secara kebetulan ceramah- ceramah Ummi diperhebatkan, menggunakan wang ringgit dan tenaga kerja Umno manakala Rahim dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak setelah Anwar membuat laporan polis mengenai video lucah itu.

Adakah satu “kebetulan” atau disengajakan, Ketua Polis Negara menambah keaiban Anwar dengan mengesahkan video itu adalah tulen tetapi berdiam diri mengenai identiti pelakon dalam rakaman itu.

Nampaknya kilang mereka-cipta fitnah seks terhadap Anwar kini beroperasi mengikut waktu kerja kedai Seven Eleven – tidak tutup malah rancak mengitarkan pembohongan dan rekayasa.

Penampilan “secara kebetulan’ Ummi Hafilda dan Rahim dalam melaksanakan tanggungjawab “mempertahankan maruah orang Melayu” pastinya menimbulkan hanya kecurigaan dan kesangsian berasaskan rekod lampau mereka.

Persoalan yang tentunya timbul adalah kenapa dilakukan semua ini semata-mata untuk menjatuhkan Anwar? Apakah keperluan mengheret kewibawaan Umno, polis, badan kehakiman sekali lagi semata-mata untuk menjerat Anwar ?

Sebagaimana yang disedari oleh Mahathir pada tahun 1998, apabila mendalangi kejatuhan Anwar ketika itu, kepemimpinan Umno sekarang yakin Anwar tidak akan luntur dalam perjuangannya untuk menamatkan pemerintahan Barisan Nasional.

Justeru dua pendekatan diambil untuk menghancurkan karisma Anwar dan sekali gus melemahkan cabaran Pakatan Rakyat supaya BN kembali menang selesa pada pilihanraya umum akan datang.

Satu, ialah menghumban kembali Ketua Pembangkang itu ke dalam penjara atas tuduhan liwat – seperti mana yang dilakukan di bawah pemerintahan Mahathir.

Namun, Umno kali ini tidak mahu pemenjaraan Anwar mengangkat martabatnya sebagai seorang “mujahid”, sebagaimana yang berlaku pada pusingan pertama.

Maka, atas kesedaran itu, kilang mereka-cipta fitnah terhadap Anwar memperhebatkan pengeluaran mereka – dalam bentuk maki hamun oleh Ummi Halfilda, Mohamad Ezam dan lain- lain serta video lucah Datuk T.

Segala petanda (seperti pengumuman Ketua Polis Negara mengenai “ketulenan” video lucah) menunjukkan asakan- asakan terhadap Ketua Pembangkang itu akan bertambah kuat pada hari- hari mendatang.

Yang jelas kepemimpinan Umno dan aparatus mereka termasuk akhbar Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain akan terus mengitar dan memberi ruang utama kepada sebarang fitnah melibatkan Anwar. Ini kerana kelangsungan politik Umno bergantung kepada kejayaannya memadamkan nama Anwar Ibrahim dari persada politik tanah air dengan apa cara sekali pun.

Wira Arjuna - TVSelangor

Tuesday, March 15, 2011

Ummi Hafilda tanya di mana terletaknya ‘birth mark’ yang ada di tubuh dia..

http://mynewshub.my/bm/files/2011/03/YUM_0147-565x378.jpg
”Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya ‘birth mark’ yang ada di tubuh ini!”

Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu.

Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

” Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan.

” Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan.

” Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya,” tegas Ummi Hafilda

Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa “menjaja” isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu.

” Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan.

” Saya harap dia boleh berbangga bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini.

” Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini,” tegasnya.

Oleh SYAHRIL A. KADIR