Showing posts with label Ustaz Idris Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Idris Ahmad. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Ustaz UMNO ibarat "Roti 4 Segi" saja diguna ketika makan di majlis orang mati..!!

PRU13: Ustaz upahan jadi talian hayat Umno

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kebiasaan hampir pilihan raya akan muncul ustaz-ustaz upahan untuk mencari dalil supaya menghalalkan tindakan Umno di negara ini, lebih-lebih lagi ketika Umno nazak untuk menghadapi PRU13.

"Umno hanya bergantung kepada undi Melayu.

“Memang kita sedia maklum bahawa Melayu begitu intim dengan agama. Oleh itu peranan golongan ini amat diperlukan untuk mempengaruhi pengundi Melayu talian hayat Umno dilanjutkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Maka, katanya sudah kedengaran haram mengundi PAS kerana ia bersama dengan DAP yang menolak hudud.

“Apabila membaca kenyataan ini kita boleh buat dua andaian, pertama mereka buat tidak tahu kenyataan pemimpin MCA dan Umno yang begitu biadab dengan Islam,” katanya.


Tambahnya, adakah mereka tidak tahu kenyataan biadab pemimpin MCA seperti Chua Soi Lek yang menghina Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki sewaktu pilihan raya kecil Tenang.

Katanya lagi, Presiden MCA itu juga yang mengatakan Datuk Ayub, Adun Kemelah Johor hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud.

Tetapi, ujarnya ustaz Umno membisu dan kaku ketika Islam dihina oleh rakan sekutu Umno dan juga penghinaan hukum Islam oleh pemimpin Umno.

“Apakah ustaz ini kurang vitamin  sehingga rabun mata sehingga tidak nampak kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan sejawat Umno?” tanya beliau.

Andaian kedua, ujarnya mereka itu golongan yang telah memalingkan diri  daripada Allah sehingga Allah memalingkan hati mereka.

Menurutnya, walaupun mereka ada ilmu tetapi ilmu yang tidak menyuluh kebenaran hidup sehingga mengeluarkan kenyataan yang tersasar jauh daripada disiplin ilmu.

“Mereka sanggup membeli dunia dengan menjual agama dan maruah untuk keuntungan sementara,” katanya.

Friday, February 1, 2013

Putar belit perencah kempen BN menghadapi PRU13

KUALA LUMPUR: Pemimpin BN Umno masih lagi bermain taktik lama untuk menghadapi PRU13 dengan memutar belit fakta demi mencapai matlamat kemenangan BN terutama dengan pengundi Melayu.


Contohnya, kata Idris Ahmad isu pengguguran Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Januari lalu tetapi pemimpin Umno yang kebuluran isu menipu rakyat kononnya beliau dipecat kerana mengiringi Datuk Seri Najib ke Gaza sedangkan pemergian beliau ke Ghaza pada 23 Januari 2013.

“Umno sudah rabun angka, sehingga tidak tahu beza mana tarikh yang terdahulu. Begitu juga mengenai isu penggunaan nama Allah, dan terjemahan Bible.

“Pemimpin Umno cuba menjadi hero mempertahan nama Allah, dan memfitnah PAS bersetuju nama Allah diterjemah,” ujar AJK PAS Pusat itu dalam satu kenyataan.


Pada hal, katanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri telah menyatakan kerajaan akan menarik balik kebenaran mencetak terjemahan Bible, jika langgar syarat pada 20 Januari 2013, ertinya kerajaan pimpinan Umno sudah pun meluluskan.

Beliau juga bertanya di mana pula fatwa ulama pengampu yang menuduh siapa yang mengatakan nama Allah diterjemahkan hukumnya kafir.

Begitu juga, ujarnya pemimpin dan media Umno mengatakan jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri ialah orang Cina.

“Macam mana Cina hendak menjadi Perdana Menteri, majoriti kerusi bukan Islam seluruh Malaysia ialah 69 kerusi sahaja, masih memerlukan 53 kerusi supaya mendapat  112 kerusi.

“Inilah hujah yang diputar di kampung-kampung. Konco-konco Umno juga menipu rakyat mengatakan, agama Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan Rakyat menang,” katanya lagi.

Justeru, katanya tidak masuk akal langsung kerana penganut Kristian di negara ini hanya 9 peratus sahaja sedangkan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 telah menetapkan bahawa Islam, Melayu, Raja dan Bahasa Melayu akan terpelihara.

Tambahnya, mereka juga membohongi rakyat bahawa Raja-Raja Melayu akan dihapuskan jika Pakatan Rakyat menang. Hakikat yang mengaibkan Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993 ialah Umno.

Sehubungan itu, kata beliau rakyat perlu faham bahawa menurut Perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu tidak boleh dihapuskan dengan apa cara sekalipun, kecuali persetujuan persidangan Raja-Raja Melayu sendiri yang menghapuskannya.

Tuesday, January 15, 2013

ada TPM pon setaraf otak BLOGGER UMNO & UTUSAN jeee

HKR112: Muhyiddin pun macam blogger Umno


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajar rakyat berbohong kerana masih mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu sebagai Himpunan Shamsidar.

“Rakyat tidak hairan jika yang bercakap itu blogger upahan Umno yang tidak takut dosa dan pahala sedangkan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno merangkap Menteri Pelajaran,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, katanya tidak hairan jika murid sekolah bercakap bohong kerana menterinya seorang pembohong dan lebih memalukan lagi Muhyiddin adalah anak seorang tuan guru.

“Adakah layak seorang menteri terikut-ikut rentak Utusan Malaysia dan akhbar pro Umno yang menamakan Himpunan Shamsidar?

“Apakah otak seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri boleh berbohong walaupun satu dunia sudah maklum ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat, tidak ada kaitan langsung dengan Himpunan Shamsidar?


“Apakah pemimpin yang pembohong seperti ini boleh dipercayai untuk menjaga harta rakyat,” tanya Idris.

Baginya, jika perkara yang jelas seperti itu pun Muhyiddin boleh berbohong, cuba bayangkan perkara yang rakyat tidak mengetahuinya.

Katanya, patutlah nasib Melayu di Johor tidak terbela semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor.

“Pemimpin yang pembohong ini mesti dinyahkan daripada terus memegang kuasa, kerana ia amat merbahaya kepada negara,” ujarnya.

Saturday, December 22, 2012

Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno

Oleh Idris Ahmad

Pemalas ialah sifat mazmumah (keji), yang tidak patut ada di dalam diri orang Islam, lebih lagi kepada ahli Pas yang memikul risalah perjuangan yang besar. Nabi SAW telah mengajar kita berdoa kepada Allah supaya penyakit ini tidak melekat di batang tubuh kita.

Sebagaimana doanya "Ya Allah jauhkan aku daripada ditimpa penyakit lemah dan malas, dan jauhkan aku dari kalangan orag yang dibeban hutang".

Islam tidak akan berkembang jika mereka yang terdahulu merupakan orang yang malas. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah seorang yang rajin dan tekun di dalam kerja mereka. Pas juga tidak berkembang pesat sehingga hai ini jika orang yang terdahulu dari kalangan mereka yamg malas.

Tidak ada istilah menganggur dalam menjalankan tugas perjuangan. Malahan mereka bekerja siang malam untuk menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini.

Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi Noh AS yang dicatat di dalam al-Quran "Aku berdakwah kaum aku siang malam, tetapi tidak bertambah malahan mereka lari daripada aku". (Nuh 71:5)

Qudwah kita ialah para Rasul, kerana mereka merupakan ikon yang palng unggul dan paling rajin di kalangan manusia.

Kita jangan jadi penganggur dan pemalas di dalam parti. Sebenarnya banyak kerja yang boleh kita lakukan. Jangan apabila sebut kerja di dalam parti hanya ceramah sahaja atau perlu berada di saf hadapan sahaja. Buatlah kerja asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada parti dan jamaah. Apa yang penting ikatan kita dengan jamaah. Duduklah di dalam apa posisi sekali pun. Jangan menjadi manusia yang rajin mencari kesalahn parti, tetapi malas bekerja.

Pemikiran yang silap, jika ada di kalangan kita yang dimaksudkan terlibat dengan parti ialah mereka berceramah dan hanya memegang jawatan penting di dalam parti sahaja. Ada setengah di kalangan kita yang berkemampuan hanya menggerakkan Pas di peringkat cawangan sahaja. Sebenarnya kekuatan Pas ialah berada di peringkat cawangan. Cawangan sahaja yang ada ahli. Mereka yang berada di cawangan boleh membuat culaan yan paling tepat kerana mereka kenal siapa yan berada di dalam daftar pemilih.

Setengah dari kalanga mereka yang hanya mampu memberi wang kerana tidak berani menunjulkan diri atas sebab-sebab yang tertentu.Ada yang terlibat untuk urus PASTI di peringkat cawangan sahaja.Ertinya apa sahaja tugas yang boleh menguntungkan parti maka bererti kita tergolong dari kalangan orang yang rajin, bukan seorang yang malas. Jangan kita menjadi manusia yang tidak memberi sumbangan kepada parti, lebih malang membuat masalah kepada parti.

Mereka ini rajin juga, tetapi rajin menghentam pimpinan yang bekerja. Tidak ada langsung simpati dan kasihan kepada mereka yang bekerja. Seolah-olah di dunia ini, mereka seorang sahaja yang betul.

Pemerhatian saya di dalam parti, seorang yang rajin walaupun pada peringakat awal dia kurang cerdik, akhirnya ia menjadi seorang yang cerdik dalam jamaah. Tetapi seorang yang malas, walaupun seorang yang cerdik, lama kelamaan beliau menjadi seorang bodoh di dalam parti. Kunci kepada kejayaan seorang ialah rajin. Sifat malas membunuh benih kecerdikan, seperti pepatah Melayu menyebut "Belakang parang, jika diasah lama kelamaan ia menjadi tajam".

Walaupun perjuangan Pas ini benar kerana berpegang kepada dasar yang tidak pernah diubah samaada sewaktu menang atau kalah, samaada keseorangan atau berkawan. Seperti di dalam Perlembagaan Pas Fasa 3 "Dasar Pas ialah Islam". namun jika ahli dan pimpinannya malas ia tidak akan mendatangkan kejayaan. Sebaliknya Umno yang dasar perjuangannya hanya untuk kepentingan duniawi sahaja, jikalau ahlinya rajin, maka Allah akan beri kejayaan kepada parti mereka. Sebagaimana Firman Allah SWT "Allah tidak menukarkan sunnah peraturannya". (Fatir 35:43). Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan kemenangan tanpa berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Sepatutnya kita kena insaf, jika kita malas secara tidak langsung kita telah membantu menguatkan Umno. Mereka suka jika kita malas bekerja. Mereka resah apabila melihat ahli Pas agresif dan tekun ketika bekerja. Pemimpin Umno tidak lena idur jika di setiap cawangan mempunayai seorang dua ahli Pas yang bekerja dengan agresif. Jangan kita berdegar-degar marah kepada Umno. Kadang-kadang marah kepada Umno sehingga tidak boleh bertindih bayang. Malangnya dari segi gerak kekrja parti " zero"

Sebab Seorang Itu Pemalas

@Seorang mejadi pemalas berpunca dariapa sikap sendiri. Tabiat pemalas yang sudah bersarang di dalam sanubari sehingga menjadi darah daging dan tidak berusaha untuk berubah.

@Sikap mengharapkan orang lain yang buat. Dia menganggap orang lain sudah buat, maka tidak perlu dia menyibukkan diri untuk buat kerja jamaah. Beliau boleh berpeluk tubuh sahaja.

@Berkawan dengan orang yang malas.Banyak sifat manusia dibentuk oleh kawan. Sifat ini menyebabkan manusia menjadi pemalas kerana dipengaruhi oleh kawan. Sebab itu nabi SAW menginngatkan kepada kita supaya pilih kawan yang baik kerana ia banyak membentuk watak kita. Sabda Rasulullah SAW "Manusia bersama dengan rakannya, perhatikan siapa rakannya".

@Tidak rasa bersalah sedangkan beliau beristirehat di rumah dan berborak kosong di kedai kopi. Kita minta berlindung daripada Allah menjadikan hati kita mati dan tidak sensitif sehingga merasa tidak bersalah apabila malas buat kerja. Sebenarnya orang yang malas kerana hatinya sudah mati dan tidak ada perasaan untuk membantu parti.

@Tidak mahu menurunkan status kedudukan kerana anggapannya beliau hanya layak berada di tahap yang tinggi sahaja. Kerja kecil-kecilan ini bukan taraf beliau. Apabila tidak dapat berada di tahap ini maka ia menjadi penganggur di dalam parti.

@Kurang mengingati mati dan mengabaikan akhirat. Apabila unsur ini tidak ada menyebabkan hatinya mati dan tidak bermaya. Memang kerja buat di dalam jamaah ialah sebagai bekalan kita selepas mati. Nasib malang akan menimpa kepada kita jika unsur ini sudah hilang dariapda sanubari dan kalbu kita.

@Bergaul denga orang yang berjiwa kecil. Orang malas ialah mereka yang berjiwa kecil. Anggapan mereka Pas tidak mampu melawan kekuatan musuh yang mempunyai kelengkapan. Apabila kita rapat dengan mereka secara tidak langsung akan mengurangkan semangat untuk berjuang.memberi semangat berjuang. Banyak aktivis parti yang kecundang setelah berkawan dengan orang yang berjiwa kecil. Sedangkan Nabi SAW bersabda "bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya jiwa"

Monday, November 19, 2012

Membisu Ketika. Program Wacana " Pas Ajaran Sesat"

Idris Hj Ahmad


Kenapa Umno bising dengan doa untuk hancurkan Umno, tetapi diam membisu ketika Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said mengadakan Wacana Pas Parti Ajaran Sesat, pada 11 April 2012 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu.

Atas asas apa Pas dituduh ajaran sesat. Ayat al-Quran mana yang Pas menyelewing? Layakkah Pas dilebel sebagai menganut ajaran sesat, semata-mata kerana hendak memperjuangkan Islam di negara ini. Cabaran untuk debat atau muzakarah sampai hari ini tidak bersahut. Jika program ini berjalan maka tidak timbul lagi tohmohan ini terhadap Pas

Mana suara ulamak pengampu Umno yang kelu dan bisu ketika Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Sedangkan Malaikat makhluk yang tidak pernah melakukan kesalahan. Apakah mereka hanya menjadi jantan ketika berhadapan dengan Pas, tetapi menjadi pondan apabila pemimpin Umno menghina Islam secara jelas.

Pas hanya menggunakan doa sebagai senjata, kerana bertepatan dengan maksud Hadis nabi SAW "Doa ialah senjata orang mukmin". Pas dipukul daripada berbagai sudut tanpa belas kasihan. Kerajaan BN tidak pernah menghormati hak federalisma yang sepatut diperoleh oleh Kelantan sejak 1990. Pencabulan hak demokrasi yang semakin parah melalui SPR. Maka senjata yang ada kepada Pas ialah memohon doa kepada Allah supaya Allah membalas dengan setimpal atas kejahatan mereka.

Monday, October 29, 2012

Akai UMNO & MCA tu orang dah baca dah laa.. tektik lama dah pun...!!!

Terbukti Islam tergugat bukan kerana DAP 

KUALA LUMPUR: Episod penghinaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuktikan tohmahan Umno selama ini bahawa DAP bahaya kepada Islam terbukti silap.

"Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Namun, katanya, senjata Umno untuk membiarkan  MCA yang diketuai oleh Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memperlekehkan Islam telah mengakibatkan senjata makan tuan.

Isu ini, katanya,  telah menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika  Pakatan Rakyat memerintah.

Bagi beliau, tindakan pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata.

Pertama hendak melihat supaya DAP melatah dan keluar PR.

Kedua untuk menarik sokongan orang Cina kepada MCA, kerana sokongan orang Cina kepada MCA dan Gerakan hampir sudah tidak ada.

"Pada mulanya pemimpin Umno mampu senyum walaupun penghinaan di hadapan pemimpin Umno kerana  demi kuasa dan sokongan undi orang bukan Islam.

"Sekarang pemimpin Umno sudah resah tektik ini tidak menjadi. Harapan untuk melihat DAP melatah tidak berlaku," katanya.

Manakala itu, tambah beliau, usaha untuk mendapatkan sokongan orang Cina masih tidak berhasil.

"Orang bukan Islam sudah memahami bahawa isu ini dibangkitkan untuk memancing undi dan memecahkan sokongan kepada PR," katanya.

Bagi Idris, semua fitnah ini dijawab dengan amalan bukan dengan ucapan oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.

Mereka sudah melihat keharmonian yang begitu terjalin sehingga tidak ada sikap prajudis dan penindasan atas nama agama dan kaum  selama 22 tahun di Kelantan.
Umno dan MCA hanya mampu gigit jari sahaja, kerana strategi  ini tidak menjadi.

Manakala imej Umno semakin tercalar di hadapan pengundi Melayu, seolah-olah Umno hanya seperti singa tua yng tidak ada gusi ketika MCA memperlekehkan Islam, sehingga Umno sudah berada di zon yang kurang oksigen untuk bernafas, tegas beliau.

Sunday, October 14, 2012

Langat 2: Pusat kena hormat hak negeri

Idris Ahmad
TINDAKAN Kerajaan Pusat hendak membina loji  Rawatan Air Langat 2 adalah tindakan biadab yang tidak menghormati hak negeri yang jelas terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.  Tanah, air, hasil hutan,  adalah hak negeri. Ini satu pencerobohan.

Kenapa projek ini hendak diteruskan juga? Bukankah Kerajaan Selangor sudah membuktikan dengan fakta, Selangor sudah cukup air melalui kajian pasukan khas yang terdiri daripada pakar. Masalah yang berlaku ialah kegagalan Syabas merawat air dan mengurangkan masalah kebocoran  ‘non revenue water’  daripada 30 peratus kepada 15 peratus sehingga tidak sampai kepada pengguna.

Kerajaan Selangor yang prorakyat tidak mahu membazir wang rakyat sebanyak RM12 bilion untuk Langat 2 sedangkan jika masalah ini diselesaikan dengan baik hanya memerlukan RM225 juta sahaja dengan membaik pulih pasarana yang sedia ada.

Sebelum ini pun pemimpin Kerajaan BN yang tidak boleh menerima kekalahan di peringkat negeri telah  menubuhkan pejabat Persekutuan untuk memastikan jerong-jerong BN tidak kelaparan di negeri Pakatan Rakyat. Ini semua membazir jutaan ringgit setiap bulan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Semua maklum bagaimana kerajaan pusat mengarahkan agensi pusat jangan bagi kerjasama dengan kerajaan PR. Royalti di Kelantan  dirompak.

Pembinaan Loji Langat 2 satu perkara yang tidak boleh diterima oleh kerajaan yang bertamadun tanpa restu daripada kerajaan negeri.  Ini adalah undang-undang rimba. Perbadanan Aset Air Berhad telah menjual 15 naskhah dokumen tender dengan harga RM10,000 satu walaupun tanpa restu kerajaan negeri.

Jika berlaku masalah nanti ketika hendak masuk ke tapak projek yang dikuasai oleh pihak berkuasa negeri maka mereka akan menuduh kerajaan negeri kianat kepada rakyat. Pada hal Kerajaan Pusat yang ceroboh hak negeri.

Pemimpin BN jangan marah kalau rakyat melanggar undang-undang kerana gurunya ialah Umno. Umno belajarlah jadi orang kalah, hormatlah undang-undang.

Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat

Friday, September 14, 2012

Langat 2: Biadab tidak hormat hak negeri


Tindakan kerajaan Pusat hendak membina loji  Rawatan Air Langat 2 adalah tindakan biadab yang tidak menghormati hak negeri yang jelas terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Ini kerana Tanah, air, hasil hutan,  adalah hak negeri, ini satu pencerobohan.

Kenapa projek ini hendak diteruskan juga? Bukankah kerajaan Selangor sudah membuktikan dengan fakta, Selangor sudah cukup air melalui kajian pasukan khas yang terdiri daripada pakar.

Masalah yang berlaku ialah kegagalan Syabas merawat air dan mengurangkan masalah kebocoran  ‘non revenue water’  daripada 30 peratus kepada 15 peratus sehingga tidak sampai kepada pengguna.

Kerajaan Selangor yang pro rakyat tidak mahu membazir wang rakyat sebanyak RM12 bilion untuk Langat 2, sedangkan jika masalah ini diselesaikan dengan baik hanya memerlukan RM225 juta sahaja dengan membaik pulih pasarana yang sedia ada.
Sebelum ini pun pemimpin Kerajaan BN yang tidak boleh menerima kekalahan di peringkat negeri telah  menubuhkan pejabat Persekutuan untuk memastikan jerong-jerong BN tidak kelaparan di negeri Pakatan Rakyat.

Ini semua membazir jutaan ringgit setiap bulan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Semua maklum bagaimana kerajaan pusat mengarahkan agensi pusat jangan bagi kerjasama dengan kerajaan PR. Royalti di Kelantan  dirompak.

Pembinaan Loji Langat 2 satu perkara yang tidak boleh diterima oleh kerajaan yang bertamaddun tanpa restu daripada kerajaan negeri.  Ini adalah undang-undang rimba.

Perbadanan Aset Air Berhad telah menjual 15 naskhah dokumen tender dengan harga RM10,000 satu, walaupun tanpa restu kerajaan negeri.

Jika berlaku masalah nanti ketika hendak masuk ke tapak projek yang dikuasai oleh pihak berkuasa negeri maka mereka akan menuduh kerajaan negeri kianat kepada rakyat. Pada hal kerajaan pusat yang ceroboh hak negeri.

Pemimpin BN jangan marah kalau rakyat melanggar undang-undang kerana gurunya ialah Umno. Umno belajarlah jadi orang kalah, hormatlah undang-undang.

Friday, August 3, 2012

Siapa ada RAHSIA pemimpin negara tidak kira BN @ PR jom kita dedah disini..!!!

Pusat 'whistle blowers' politik alaf baru
Idris Ahmad,

Penubuhan Pusat Lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan satu usaha yang baik. Pejabat yang akan dilengkapi koordinator dan pendaftaran.

Ini satu cadangan yang akan membentuk satu pemikiran politik alaf baru yang berani demi kepentingan rakyat di negara ini.

Sesuai dengan cara politik di milinium baru yang perlu dengan maklumat dan berfakta.

Selama ini mungkin rakyat yang mempunyai maklumat takut mendedahkan untuk kepentingan awam kerana mungkin tidak ada pembelaan daripada mana-mana pihak.

Penubuhan pusat ini memberi tamparan kepada pihak kerajaan BN yang telah terhakis keyakinan. Kadang-kadang suatu isu boleh diselesaikan dengan tindakan politik.

Isu NFC akan mati begitu sahaja kalau dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

TIndakan berani dengan fakta menyebabkan isu ini telah menggegarkan politik negara, Datuk Seri Shahrizat Jalil terpaksa melepaskan kerusi menteri.

Rakyat bertambah keliru apabila Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Persoalannya jika Rafizi mendakwa tanpa bukti ia akan didakwa sebagai membawa fitnah kepada NFC. Apabila membawa bukti dengan fakta beliau didakwa di bawah Akta Bafia.

Sepatutnya akta ini jangan sewenang-wenang digunakan terutama melibatkan dana awam. Rakyat perlu mengetahui isu ini kerana melibatkan wang mereka sebagai rakyat negara ini.

Tindakan yang diambil kepada Rafizi akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terutama generasi muda. Cara politik kuno yang dimainkan oleh pemimpin BN untuk memaksa rakyat mengikut telunjuk mereka sudah ketinggalan keretapi. Pemimpin BN perlu sedar zaman perhambaan sudah berlalu.

Monday, June 18, 2012

Adakah ulama luar tahu kepincangan negara?

KUALA LUMPUR: “Umno BN yang lemas untuk mendapat sokongan terpaksa menggunakan khidmat ‘bomoh’ (ulama)  luar setelah ‘bomoh’ dalam tidak boleh pakai,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya seperti yang dijangka, ‘Seminar Feqh Mentaati Pemimpin’ telah merumuskan wajib rakyat negara ini mentaati dan menyokong kerajaan BN pada hari ini.

Pembentang yang dijemput kebanyakan  daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini.

“Pemimpin Umno tahu bahawa  orang Melayu begitu kagum dengan orang Arab, maka mereka bawa tokoh-tokoh ulama daripada Timur Tengah untuk menghalalkan tindakan kerajaan BN,” katanya.

Menurutnya, mungkin mereka sendiri tidak tahu kerajaan  BN adalah kerajaan yang khianat amanah rakyat, buktinya daripada laporan Ketua Audit Negara.


“Apakah ulama  ini mengetahui kepincangan dalam pilihan raya di negara ini?” soalnya dalam satu kenyataan.

Satu lagi persoalan yang timbul, ujarnya ulama yang datang ke seminar itu adakah mereka berperanan menasihat pemimpin negara mereka yang tidak demokratik.

“Apakah peranan mereka ketika pemimpin Jordan, Mesir, Saudi yang menjadi tali barut kepada Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan kepada negara Palestin?” soalnya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah nasihat mereka kepada pemimpin negara mereka yang menjadi tali barut kepada Amerika Syarikat.

“Kita mengharapkan kepada ulama ini jangan dikatakan orang kuman seberang laut nampak gajah depan mata tidak nampak,” katanya lagi.

Friday, June 8, 2012

UMNO bila semakin TUA umurnya semakin NYANYUK Jadinya..!!

Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN

Harakahdaily, 07 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi tidak faham konsep federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa.


“Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Katanya, alasan dangkal menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat selepas PRU13, bukan sekarang ini.

“Semua ini gara-gara politik diktator yang memperalat demokrasi tetapi bertindak ala kuku besi,” ujarnya kepada Harakahdaily.



Jelasnya, Kerajaan Negeri Selangor mampu berbuat demikian jika segala hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat di Selangor dimasukkan kepada perbendaharaan negeri seperti cukai lapangan terbang, cukai pelabuhan, saman trafik, saman JPJ, bayaran pasport antarabangsa, cukai ke atas restoran.


Masalahnya sekarang, kata beliau semua hasil itu diambil oleh kerajaan Pusat walaupun dipungut di Selangor.


Beliau menambah, nampaknya semangat federalisme pemimpin BN hanya tahu mengambil hak orang tetapi tidak tahu memberi kepada yang berhak.


Tambahnya, jika sebelum ini arahan diberi kepada agensi kerajaan pusat jangan memberi kerjasama kepada kerajaan PR, sekarang tindakan yang lebih melampau dengan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.


“Semua tindakan ini penanda aras kerajaan BN berada di penghujung hayat, insya Allah tindakan terbaru ini mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN.

“Sepatutnya setelah 55 tahun merdeka politik semakin matang, bukan tindakan terkebelakang,” katanya.

Thursday, June 7, 2012

Tujuh Sebab Mengapa Umno Tidak Layak Memerintah Negara:

UMNO BARU HILANG KELAYAKAN UNTUK MEMERINTAH

Ini ialah tujuh sebab merupakan jawapan balas kepada Ucapan Presden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang di lafazkan di Stadium Bukit Jalil  kononnya sempena sambutan ke-66 Umno pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama: apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan... pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. 
 
Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah. Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu .
Kedua;parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Ketiga; apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar. Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat; Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011. Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima; parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Keenam; transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh; BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.


***

Tulisan Ustaz Idris Ahmad

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,

merangkap Pengerusi Lujnah Tarbiah

Tuesday, May 29, 2012

Ulamak dalam negara rakyat dah mula tolak lalu UMNO guna Ulamak Import..!!!

Umno BN guna ulama luar untuk terus berkuasa

KUALA LUMPUR: Umno BN terpaksa mengguna khidmat ulama luar negara memastikan terus mereka berkuasa di negara ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN.

Sebelum ini, katanya Umno BN telah berjaya menggunakan ulama rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram.

Terbaru, ujarnya kenyataan  dikeluarkan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Persoalannya, kata Idris adakah Sheikh Dr Sulaiman mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini.

“Beliau memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi.

“Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan di negara ini.


“Betulkah disiplin seorang ulama yang memberi fatwa sedangkan beliau tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai suatu perkara yang hendak difatwakan?” soalnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya lagi kerajaan juga akan menganjurkan seminar Feqh Mentaati Pemimpin pada 15 Jun ini.

Di antara yang akan membentang ialah bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim, Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly.

“Seminar ini sudah kita boleh buat rumusan bahawa semua rakyat wajib sokong BN dan tolak PR. Inilah sebenarnya tujuan seminar ini dibuat,” ujarnya.

Friday, May 11, 2012

Awas ulama jahat yang bijak bermadah

Oleh Ustaz Idris Ahmad

ULAMA adalah pewaris nabi dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para rasul. Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh para ulama.

Ulama adalah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah, ilmu balaghah dan memahami isu semasa.

Seorang ulama wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulama.

Ulama mesti beramal dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi.
Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan.

Manakala ulama al-su’ (jahat) ialah ulama yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.

Nabi s.a.w. mengingatkan tentang bahayanya ulama jahat melalui sabdanya yang bermaksud: “Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat daripada dajjal.

Apabila ditanya: siapa mereka itu? Jawab Baginda: ulama su’.”

Ulama jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain. Awas! kita hendaklah membezakan antara ulama jahat dengan ulama akhirat.

Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah. Merekalah virus perosak yang paling bahaya untuk membinasakan iman umat.

Kejahatan orang awam kesannya tidak seteruk kejahatan orang alim, kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain. Jika seorang doktor silap memberi ubat maka ia hanya boleh mematikan seorang pesakit sahaja.

Sebenarnya ulama jahat ia telah dilantik oleh syaitan menjadi wakil mereka untuk menyesatkan mereka dan memudah kerja syaitan untuk menyesatkan orang ramai. Ulama jahat ini dipandang dan oleh Allah seperti keldai dan anjing. Firman Allah SWT bermaksud: “Perumpamaan orang yang dipikulkan kepadanya kitab Taurat, tetapi mereka tiada memikulnya, bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab. Amatlah buruk kaum yang mendustkan keterangan-keterangan Allah, dan Allah tidak al- Jumaah:5)

Firman Allah SWT, bermaksud: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kami berikan keterangan-keterangan kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu mereka didatangi syaitan dan syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat.” (al-Araf 175)

Allah mengibaratkan ulama yang jahat seperti anjing. “Perumpa maannya sebagai anjing, kalau engkau menghalaunya dihulurkan lidahnya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya.” (Al-Araf 176)

Ulama jahat ini muncul; sepanjang zaman kerana mereka ini akan hidup sama hayat dengan kehidupan manusia untuk menyesatkan manusia. Kita mudah untuk berhadapan dengan syaitan, sudah cukup dengan membaca ayat Kursi dan Auzubillah. Tetapi syaitan manusia yang bertopengkan agama ini agak sukar untuk kita menghadapinya, kerana mereka juga boleh membaca al-Quran.

Ulama jahat ini mereka berbicara seolah-olah mereka tidak takut kepada pembalasan Allah SWT. Mereka boleh mempermainkan ayat dan hadis tanpa sandaran yang kukuh.

Mereka akan cuba mencara dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia walaupun hati kecil mereka tidak boleh menerima apa yang mereka memberi pandangan tersebut kerana ia bertentangan dengan disiplin ilmunya.

Tetapi oleh kerana dunia dan kedudukan mengatasi segala-galanya maka kesemua itu diketepikan.

Realitinya, kehidupan ulama jahat ini akan dihina ketika berada di dunia lagi. Pihak pemerintah hanya menyanjung mereka ketika mereka mampu mencari ayat yang menghalalkan tindakan mereka.

Tetapi apabila mereka sudah tidak mampu mengeluarkan ayat-ayat yang menyenangkan pemimpin yang zalim mereka juga akan diketepikan.

Akhirnya hidup mereka berada di dalam keadaan yang hina sehingga akhir hayat mereka. Apa makna kehidupan sebegitu rupa, jika di dunia sudah tidak mampu mendapat darjat kedudukan yang baik maka di akhirat nanti akan menerima pembalasan daripada Allah SWT.

Antara ciri-ciri ulama jahat ialah takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum. Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat.

Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT. Tamak kepada dunia dan pangkat.

Pengampu kepada pemerintah yang zalim. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim.

Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewengan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan.

Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca.

Bijak bermadah bak pujangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta. Bercakap tidak serupa bikin. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada kepada seorang yang ada ilmu agama. Keluarganya tidak menunjuk suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.

Saturday, May 5, 2012

Tanah Melayu tergadai dek kerana Di mana Umno kuat di situ Melayu merempat..!!

Tanah Melayu terhakis angkara Umno
Written by Idris Ahmad

Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.

Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno.

Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.

Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.

217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Thursday, March 22, 2012

Salah satu kerja UMNO selama 50 thn lebih berkuasa...'jual tanah Melayu'..

Siang 'hidup Melayu', malam 'jual tanah Melayu'

Idris Hj Ahmad

Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.

Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.

Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu.

Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.

Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar. Persoalannya siapa punya angkara?

Buktinya 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.).

Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang.

Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega.

Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Monday, January 23, 2012

UMNO perasan duit RM500 mai dari kocek depa...

Oleh Ustaz Idris Ahmad

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdjbXI6BtETfVnqhyCKB5TuWj9T8JOjytDDEAB5X4D_FdHwYsV2gUk09V889pGM8Tqri1f_Mna1lFGdjksDRHQdLGn_nmbBMCUPM9fzMaHVDBp-RTwu0ipZfw2P7ppgckKyvfB-9rYxfc/s1600/semak+keputusan+br1m.jpgUmno jangan “perasan” Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN. Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara. Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno.

Pemimpin Umno bising dan menjadi modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya mengenai pemberian BR1M..

Maklumlah pemberian yang diberi 55 tahun setahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk. Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno Bn untuk memberinya.

Keadaan yang sama juga berlaku di Trengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila Pas memerintah Terengganu 1999.

Percayalah Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan PR, walaupun mengalami kekangan kewangan. Kerajaan PR mampu laksanakan, kerana dasar penjimatan dan memerangi rasuah.
Umno terpaksa ikut, jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN. Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurang generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500.00 setelah 55 tahun merdeka

Friday, December 30, 2011

ISU MADRASAH SALIHIAH - Sejak Bila Umno Juara Agama


Oleh Ustaz Idris Ahmad

Rakyat terkejut apabila Umno marah kepada kerajaan Kedah kerana hendak merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar. Walaupun berkali-kali telah dijelaskan bahawa Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah membenarkan, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Namun pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen. Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau?.

Kenapa pemimpin Umno seperti Datok Ahmad Bashah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau d Puchong Perdana dan meruntuhkan surau kampung Berembang Ampang.

Oleh kerana Umno Kedah sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapok sebanyak RM2.3 bilion.

Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.

Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada

Sunday, December 25, 2011

Patuhilah keputusan mesyuarat....PAS bukan sebuah ‘syarikat Sendirian Berhad’

Oleh Ustaz Idris Ahmad

SATU daripada perkara yang perlu ada kepada suatu jemaah dan anggota ialah menjalankan kerja melalui permesyuaratan. Jangan sama sekali membuat keputusan tanpa melalui mesyuarat. Atau jangan buat keputusan seorang diri tanpa persetujuan daripada jemaah.

Jemaah PAS bukan sebuah ‘syarikat Sendirian Berhad’, tetapi ia adalah hak ahli yang menganggotainya dan mempunyai disiplin organisasi.

PAS mempunyai Majlis Syura, Muktamar Tahunan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Perhubungan Negeri, Kawasan dan Cawangan.

Semua peringkat organisasi ini mempunyai ahli untuk memutus suatu keputusan.

Tidak ada siapa yang berhak monopoli jemaah tanpa persetujuan di kalangan ahli mesyuarat yang lain.

Suatu kerja yang berkesan hanya berjaya dicapai melalui musyawarah sahaja.

Allah SWT mengarahkan: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah.” (QS Ali Imran: 159)

Baginda Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling banyak melakukan mesyuarat. Pada hal baginda sudah memiliki wahyu daripada Allah SWT tanpa perlu pandangan orang lain. Rasulullah s.a.w. pernah berbincang dengan sahabat ketika dalam peperangan Badar dan menerima pandangan Al-Hubab bin Al-Munzir yang mencadangkan penukaran tempat pertempuran.

Baginda melakukan demikian untuk mendidik umatnya supaya bertindak seperti apa yang banginda lakukan.

Baginda berbincang dalam urusan yang kecil atau besar. Semasa aman atau peperangan. Tidak kira dengan lelaki atau wanita dan menerima pendapat mereka secara individu atau beramai-ramai.

Kebaikan musyawarah Pertama, kerana semua pendapat yang diberi akan dipertimbangkan dan rumusan dibuat dengan melihat maslahat perjuangan secara keseluruhannya.

Kedua, seluruh jentera akan melaksanakan segala keputusan dengan bersungguh-sungguh kerana ini adalah keputusan bersama, bukan keputusan perseorangan.

Ketiga membuka peluang agar pelbagai aspek yang terdapat berbagai-bagai masalah akan dikaji dengan lebih terperinci.

Al-Maududi berkata jika sebuah gerakan yang terdiri daripada orang-orang yang degil (keras kepala) yang bertindak mengikut pendapat masingmasing, maka orang ini hanya layak berada di dalam kumpulan gotong royong, bukan sebagai anggota sebuah jemaah Islam.

Jemaah akan menemui kegagalan jika ada ahli yang berpengaruh telah membentuk “jemaah dalam jemaah” kemudian mengarahkan orang lain menjalankan perintah peribadi mereka.

Antara peraturan-peraturan musyawarah

1. Setiap orang sepatutnya memberi pendapatnya dengan ikhlas.

2.Janganlah hendaknya ia menyembunyikan apa-apa di dalam dirinya.

3.Tidak perlu timbul di dalam dirinya sifat kedegilan

4.Apabila suatu keputusan telah diambil siapa sahaja yang mempunyai pendapat yang bertentangan hendaklah menerima keputusan tadi dengan hati yang terbuka

5.Mereka tidak sepatutnya terus mendesak supaya pendapat mereka diterima

6.Mereka akan bertindak menurut keputusan mesyuarat bukan sebaliknya.

Jika ahli dan pimpinan tidak mengikut peraturan dan disiplin mesyuarat ia akan menimbulkan pertelingkahan di dalam parti.

Sekiranya ahli PAS yang suka bertindak luar daripada keputusan jemaah dan bertindak secara sendirian ini merupakan perkara yang akan meruntuhkan jemaah, lebih-lebih lagi mereka yang bertaraf pimpinan.

Walaupun tujuannya baik, ia tidak betul dari segi tuntutan jemaah dan maslahah jemaah. Ini sudah keluar dariapda apa yang Nabi s.a.w. ajar kepada kita. Kerana ini tidak mendatangkan rahmat daripada Allah SWT.

Pengusaha kemungkaran pun tidak bertindak secara bersendirian sebaliknya mereka melakukan suatu tindakan secara bermesyuarat bagi mencapai citacita perjuangan mereka, walaupun perjuangan mereka batil.

Setiap anggota patut sedar di mana batasan mereka untuk bertindak dan menyatakan pandangan, bukan sahaja apabila media bertanya terus memberi pandangan, walaupun ia mendedahkan kelemahan jemaah dan bukan keputusan mesyuarat.

Kita boleh berbeza pandangan apabila belum membuat keputusan, tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia wajib mematuhi keputusan mesyuarat.

Di dalam mesyuarat kita boleh memberi teguran yang membina. Cara-cara untuk menyuarakan teguran perlulah diketahui.

Jangan sama sekali wujudnya mesyuarat dalam mesyuarat. Ertinya apabila keputusan sudah dibuat di dalam mesyuarat maka ia mengadakan keputusan yang lain di luar mesyuarat pula.

Tindakan ini akan meruntuhkan jemaah, kerana sudah keluar daripada landasan dan disiplin dalam jemaah.

Wednesday, December 21, 2011

Dap Ganti Pas, Muhyiddin Pening Lalat

Oleh Ustaz Idris Ahmad

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2010/04/mahyuddin_tpm.jpgTan Seri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC pada 29 november 2011 telah menyatakan Dap ganti Pas, bukan Pas ganti Umno. Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar. Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan Pas yang menang sudah tentu antara Umno atau Pas.

Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chaw Sow Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung. Kalau inilah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia. Lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.

Timbalan Presiden Umno menyebut Dap ganti Pas sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih Pas dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.

Rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat. Ini adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara. Parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.

Walaupun Tan Seri Muhyiddiin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada menyokong Pas, kononnya Dap yang mengganti Pas. Tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno. Jika inilah yang berlaku maka MCA ganti Umno?.