Showing posts with label Zamri Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Zamri Yusuf. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

PRU13 Mungkin JUN 2013

Oleh IR Zamri Yusuf

PRU13 sentiasa menjadi soalan paling popular kepada teman-teman yang dianggap pimpinan politik dari kalangan warga Malaysia (FQA no.1).
Jawapan setiap daripada kita, boleh dikatakan betul semuanya melainkan setelah tibanya tarikh yang dijangkakan. Bagi yang membuat telahan bahawa ianya akan berlaku pada 11-11-12, kini telah meleset. Bagi yang menjangkakan ianya akan berlaku pada 12-12-12, masih boleh diterima pakai, tetapi hampir pasti juga tidak tepat kerana tempoh pembubaran, writ pilihanraya, penamaan calon, tempoh kempen, dan hari mengundi tidak memungkinkan ianya berlaku.

Apakah ianya akan diadakan pada akhirrrrr 2012 ? masih berkemungkinan, tetapi sangat tipissss kerana suasana percutian akhir tahun yang menjadikan pemilih tarikh tersebut bukan sahaja tidak diminati, malah dibenci oleh kebanyakan.

Bagaimana dengan Januari 2013 ? permulaan baru, dan kesegaran minda berfikir ? agak mustahil kerana Januari adalah bulan yang kebanyakan keluarga mengeluarkan paling banyak perbelanjaan, malah Januari merupakan bulan yang paling sedikit simpanan. Jika ingin mengambil kesempatan Januari, pemerintah perlu menggembirakan keluarga Malaysia dengan pengumuman turun harga petrol ! turun TOL ! hapus segala bayaran pendaftaran persekolahan ! malah mungkin perlu bagi beg dan kasut sekolah (selain beberapa buah basikal kepada pelajar sekolah rendah). Tidak mustahil Najib mengambil pendekatan ini, jika itu merupakan faktor utama dan mampu buat rakyat berubah fikir kepada kebajikan BN. Namun ianya sangat tipisss untuk berlaku.

Bagaimana dengan Februari 2013 ? kesan Januari masih terasa. Namun faktor paling besar adalah sambutan Tahun Baru Cina. BN tak akan mengambil risiko kehilangan terus sokongan sebahagian kecil pengundi cina, dengan membubarkan parlimen ketika masyarakat tionghwa sedang meraikan hari besar mereka. Kehadiran tahun baru cina sangat dinantikan masyarakat tionghwa, malah merupakan tempoh yang dilupakan urusan perniagaan dan perdagangan.
MAC 2013 ? itulah tarikh yang menjadi telahan ramai. Kebanyakan akan memilih MAC 2013 sebagai tarikh keramat PRU13. Ini disebabkan MAC 2013 adakah tarikh terakhir yang memberikan peluang kepada Najib selaku PM Malaysia untuk membubarkan Parlimen menggunakan kuasa PM. Paling tidaknya, pembubaran pada MAC 2013 menunjukkan Najib mempunyai sedikit keberanian untuk buat keputusan, walaupun ianya berada sisa yang paling kecil. Malah pemilihan MAC 2013 akan menjadikan Najib sebagai PM yang paling takut dalam sejarah untuk membubarkan Parlimen. Namun, harus diingat, beberapa negeri, khususnya yang diurus-tadbir oleh Pakatan Rakyat masih punya masa sekitar 3 bulan sebelum ianya terbubar dengan sendiri. Justeru, jika Najib menginginkan PRU13 diadakan serentak untuk Parlimen dan semua negeri (kecuali Sarawak) secara paksa, maka beliau harus tunggu semua DUN terbubar menjelang akhir Mei 2013.

Sebab itu, beberapa pemikir yang sempat diadakan perbincangan bebas, menjangkakan PRU13 hanya akan diadakan pada
JUN 2013 !

Tuesday, November 6, 2012

Melayu, Muslim, dan Melayu Muslim....Apa perbezaannya...!!!

Surah Al Baqarah, Ayat 256, Allah SWT berfirman;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ
“Tidak ada paksaaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kebatilan”

Ayat ini, memperlihatkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yg memaksa. Seseorang yg tidak beragama Islam, kita tidak boleh paksa mereka agar menerima Islam, tetapi tugas yg Allah berikan kepada kita adalah, berbincang, berwacana, menyeru dan mengajak mereka kepada islam dengan kebijaksanaan yg ada atas nama dakwah islamiyyah.

Sekiranya mereka menerima Islam, maka itu merupakan kejayaan yg gemilang. Adapun jika mereka tidak mahu menerima, maka ia merupakan ujian dari Allah, agar kita meningkatkan lagi usaha & kebijaksanaan dlm menerang & menyampaikan islam.
Perbincangan isu ini, yg pada asasnya merupakan pokok utama dalam Islam telah diputar-belit oleh musuh politik Keadilan, sehingga membawa kepada perbincangan di luar konteks asal.
 
Utusan Malaysia umpamanya, atas kejahilan dalam memahami konsep asas Islam, telah membicara ucapan Nurul Izzah di luar maksud asas ayat ini. Dengan sikap perkauman sempit Utusan, mereka menyamakan kebebasan beragama dengan definasi melayu Malaysia. Sedangkan mereka hanya perlu buka minda lebih sedikit, disamping mohon hidayah dari Allah SWT, akan dapat melihat keindahan Islam yang terbentang luas untuk semua ummat manusia tanpa sempadan bangsa dan keturunan.
 
Malah Islam tidak mengiktiraf keyakinan beragama semata-mata berteraskan keturunan, sebaliknya ianya mestilah bermula dari keyakinan kepada Islam dan menghayati konsep menyuluruh sehingga mampu menjadi rahmatan lil alamin. Keyakinan dan beramal dengan Islam mestilah berdasarkan pilihan.
 
Kita cukup kesal dengan sesetengah pihak yg gagal untuk memahami konsep asas ini, lalu menterjemah Islam mengikut budaya dan tradisi sempit lokaliti sendiri. Sepertimana MAIS yg membawa tafsiran kepada ucapan Nurul Izzah luar dari batasan kebebasan beragama. Malah MAIS juga gagal membezakan erti sebenar antara MELAYU dan MUSLIM, sehingga mengheret Istana Selangor untuk memberi kenyataan seolah-olah Nurul Izzah membenarkan murtad, dari kalangan Melayu Muslim.
 
Walhal, Melayu, Muslim, dan Melayu Muslim, adalah tiga (3) komponen yg berbeza.
 
Islam Itu Indah.  Islam Itu Sempurna.  Islam Itu Fitrah.
 
Ibadat Haji, himpunan tahunan di Mekah, Arafah, Muzdalifah, dan Mina, seharusnya menyedarkan kita bahawa Islam itu menyeluruh, terbuka untuk semua bangsa, dan dianuti oleh pelbagai keturunan yang berbeza bahasa pertuturannya. Malah tiada perbezaan tingkatan ketaqwaan dikalangan Muslim berdasarkan perbezaan bangsa, keturunan, dan bahasa pertuturan.
Berilah peluang kepada diri sendiri untuk memahami dan mendalami konsep asas Islam, InsyaAllah ianya akan benar-benar membantu untuk menjalani kehidupan sebagai hambaNya yang diberkati.
 
Kenyataan wakil JATI dan MP Pasir Mas tentang Nurul Izzah dan tafsiran ucapan beliau menunjukkan kejahilan dan kegagalan mereka memahami konsep asas Islam.

Mereka mengikuti kupasan Prof Madya Dr Asri tentang konsep kebebasan beragama dan tafsir ayat 256 di atas dalam konsep Islam sejagat.
 
Marilah kita doakan agar mereka ini diberikan hidayah
untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran,
dan melihat kebathilan sebagai kebathilan,
supaya mereka mampu mengelak dari terus menjadi agen fitnah....amin.
 
http://irzamriyusuf.blogspot.com/2012/11/melayu-muslim-tiada-paksaaan-beragama.html

Wednesday, September 5, 2012

ISA ZALIM : Status OKT di Kem Tahanan Kamunting..apa crita?

oleh

Regim Pemerintah masih meneruskan kezaliman yang nyata, dengan terus menahan OKT (orang kena tahan) melalui AKTA ZALIM ISA di Kem Tahanan Kamunting.
 
Kezaliman juga berganda keatas 12 OKT yang dibebaskan baru-baru ini, bila mereka difitnah kononnya telah INSAF dan mengaku untuk tidak mengulangi perbuatan lampau. Sedangkan tidak pernah dibuktikan apa sebenarnya kesalahan yang mereka lakukan. Malah tiada pernyatakaan atau pengakuan yang menunjukkan mereka mengaku kesalahan dan bersedia INSAF.

Fitnah kononnya INSAF juga merupakan penyiksaan berterusan, walaupun mereka dibebaskan dari KEMTA.

Masyarakat akan memandang dengan pandangan serong angkara fitnah yang dilemparkan oleh Pemerintah. Derita FITNAH ini bukan sahaja ditanggung oleh OKT, malah keluarga mereka, lebih-lebih lagi anak-anak yang belum mampu berhujah dengan teman-teman.

Berdasarkan mesej yang diterima dari GMI (Gerakan Mansuh ISA) ;
 
Seramai 12 orang yang dibebaskan itu terdiri daripada tujuh warga tempatan, tiga Indonesia dan dua Pakistan.

Manakala tahanan masih berbaki seramai 30 orang iaitu 12 warga tempatan, Indonesia (tiga), Sri Lanka (enam), Pakistan (satu), India (dua), Bangladesh (satu), Iraq (dua) dan Filipina (tiga).
 
Sukarnya Najib untuk buat keputusan membebaskan mereka, seperti sukarnya untuk membubarkan Parlimen.
 
Maka OKT dan Keluarga terus menanggung kezaliman yang tertimpa keatas mereka.

Tuesday, May 17, 2011

14 kerusi PR belum diagih

ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) Kedah masih belum menemui formula terbaik untuk pengagihan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu, kerana belum dibincangkan dalam Jawatankuasa Rundingan PR.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Senator Zamri Yusuf berkata, setiap parti akan mengemukakan cadangan sebelum dipersetujui di peringkat Majlis Presiden Pusat (MPP) sekiranya wujud pertindihan tuntutan terhadap mana-mana 14 kerusi terbabit.

“Beberapa siri rundingan dibuat namun, belum mencapai kata putus dalam agihan 14 kerusi itu. Yang pasti, kerusi yang dimenangi oleh parti bertanding sebelum ini kekal pada parti berkenaan dan tidak wujud pertikaian,” katanya.

Pada PRU-12 lalu, PR menang 22 kerusi DUN, iaitu Pas (16), PKR (5) dan DAP (1). Manakala 14 kerusi menjadi milik BN (12) dan bebas (2).

Zamri berkata, PR akan mencari formula terbaik bagi memastikan kemenangan berpihak pada PR pada PRU-13 kelak, berikutan itu 14 kerusi DUN terbabit masih dalam peringkat perbincangan bagi memilih calon wakil PR.

“Kita akan bincang siapa layak menjadi wakil PR dalam PRU-13 sebab tidak dinafikan wujud pertindihan tuntutan terhadap beberapa kerusi, antaranya Derga dan Bakar Bata. Setelah persefahaman peringkat negeri dicapai, cadangan itu akan dikemukakan pada MPP untuk diputuskan,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran PKR untuk bertanding dalam PRU-13, Zamri berkata, pihaknya menyasarkan untuk mengekalkan kemenangan di lima kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen, di mana pada PRU-12 lalu, PKR meletakkan calonnya di 11 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen.

“PKR menang di Padang Serai, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani dan Kulim Bandar Baharu bagi kerusi Parlimen, tetapi tewas di Langkawi dan Alor Setar. Manakala kerusi DUN pula menang di Kulim, Sidam, Bukit Selambau, Lunas dan Bakar Arang,” katanya.

Enam kawasan DUN yang menyaksikan PKR tewas pada PRU-12 lalu ialah Bukit Kayu Hitam, Bakar Bata, Gurun, Pedu, Kuah dan Derga. Sebanyak 16 kawasan DUN yang diwakili Pas ialah, Bandar Baharu, Kuala Ketil, Kupang, Jeneri, Kubang Rotan, Bukit Lada, Bukit Pinang, Ayer Hitam, Alor Mengkudu, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Merbau Pulas, Anak Bukit, Tokai, Pengkalan Kundor dan Sungai Limau.

Mengulas mengenai kerusi yang disandang PKR yang menyaksikan wakil rakyatnya lompat parti, Zamri berkata, PKR tetap akan bertanding di kawasan berkenaan kerana ia kuota PKR, dan menyifatkan insiden itu adalah berpunca daripada sikap wakil rakyat dan bukannya parti.

“DUN Lunas dan Bakar Arang tetap akan diwakili PKR walaupun kedua-dua wakil rakyat berkenaan, Mohamad Radzhi Salleh dan Tan Wei Shu kini bebas,” katanya.

Menurutnya, bukan agihan kerusi yang perlu diberi keutamaan, tetapi yang paling utama ialah memastikan 22 kerusi DUN kekal milik PR bagi kelangsungan politik PR di Kedah.

“Jika semua ahli PKR, DAP dan Pas beri komitmen pasti Kerajaan PR mampu kekal di Kedah," katanya.