Showing posts with label Zunar. Show all posts
Showing posts with label Zunar. Show all posts

Monday, February 4, 2013

#TumbangBn #Listen 4 #savekedah - Bila BIK Mama Pakai Celana..... ok sambung.....


Klip ini dibuat dengan menggunakan modal dan tenaga sukarela sendiri.
Jika anda suka video ini boleh menderma/menyumbang di zunarcartoonist.com

Monday, July 30, 2012

Kerajaan Malaysia tewas lagi bila masuk mahkamah..kali ini Zunar pula menang saman..!!!

Kartunis Zunar menang kes saman kerajaan
Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Zunar menang kes saman kerajaan
Zunar
 
KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.


Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.

Thursday, July 12, 2012

Kenyataan Media Zunar pasal apa dia tak mahu terima anugerah kartun yang dibeikan padanya..!!

Zunar: Anugerah tunai hanya "gula pelembut"

Saya merujuk laporan akhbar Sinar Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai yang menyiarkan artikel bertajuk "Kartunis Zunar didakwa Keliru" serta "Kartun bukan Platform Kutuk Pemimpin".

Dalam laporan tersebut, kartunis-kartunis tempatan mengkritik saya, antara lain kerana menolak anugerah yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri serta pendirian politik dalam karya saya.

Sejak mula berkarya, saya tidak pernah berhasrat untuk mengkritik karya atau pendirian sesama kartunis kerana itu bagi saya tidak wajar.  Namun kerana ia dibangkitkan, saya perlu memberi penjelasan.

Pada 20 Jun lepas, Kelab Putra Malaysia bersama beberapa pertubuhan menganjurkan program "Anda, PM & Kartunis" di Pasar Seni.  Bebarapa kartunis tempatan, termasuk saya ditawarkan anugerah berupa trofi dan wang tunai RM10,000.
Anugerah ini bakal disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.  Memang saya menolak anugerah ini, tetapi saya tidak keliru malah penolakan ini atas soal prinsip berdasarkan fakta-fakta seperti berikut.

Bagaimana mungkin saya menerima anugerah dari Perdana Menteri sedangkan di bawah pemerintahan beliau hak dan kebebasan saya sebagai kartunis dinafikan.  Pada September 2010, saya ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap beberapa jam sebelum pelancaran buku "Cartoon-O-Phobia".  Saya disiasat di bawah Akta Hasutan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun jika disabit kesalahan.

Pejabat saya di Brickfields telah dua kali diserbu, manakala lebih 500 buah buku saya dirampas ketika serbuan tersebut.

Selain itu, enam buah buku-buku kartun saya diharamkan sejak 2009, iaitu Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun edisi 1, 2 dan 3 serta 1Funny Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, kilang-kilang pencetak yang mencetak buku saya diugut penarikan lesen, begitu juga kedai-kedai yang menjual buku saya di seluruh Malaysia.

Saya mahu kerajaan mengembalikan hak-hak saya sebagai kartunis.  Tanpa mengembalikan hak-hak saya, anugerah dan wang tunai tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai, malah tidak keterlaluan kalau saya anggap itu sebagai "gula-gula pelembut".

Kedua, mengenai kenyataan sebahagian kartunis bahawa saya tidak wajar berat sebelah dan sepatutnya berkecuali dalam berkarya.

Ingin saya jelaskan pendirian bahawa apabila kezaliman berlaku, kita wajar memihak dan membela pihak yang dizalimi.  Berkecuali bererti menyokong pihak yang zalim.

Ingin saya jelaskan juga, konflik yang berlaku bukan soal pertembungan politik antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, tetapi jauh lebih besar.  Ia itu antara rakyat menentang pemerintah yang zalim.  Dalam konteks saya, kartunis menentang pemerintah zalim.

*Kenyataan media oleh Zunar (gambar kanan), salah seorang kartunis politik di Malaysia.  Tahun 2011 beliau dianugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa, Washington.  Beliau juga mengadakan pameran kartun di Bilbao, Sepanyol dan di London hujung tahun lepas dan awal tahun ini.

Tuesday, June 21, 2011

Kisah kartun ZUNAR dengan kartun yang di UTUSAN...!!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4wWVk3E2rtyWWC5aDtP_ej00fxuRr4g7gywD76pEQG4zxof7jBrDsnP5qNUFQEkJrOaFcy5xEhCne4_tAD-x3gRElVjN2hY33pueLdyQjMD6B6NdWUPXBL7qYRFXPnL0AD_0V1EhhZ8gq/s1600/Kartun+qazaf.jpg

Kritik orang Islam, bukan ajaran Islam

Saya merujuk sebuah artikel yang disiarkan Utusan Online dan juga disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia edisi cetak 5 Jun lepas yang menyentuh kartun karya saya.

Artikel bertajuk "Penghinaan Kartunis" itu ditulis oleh seorang bernama "Malim".

Dalam artikel itu, kartun-kartun saya dituduh sebagai "menghina dan fitnah orang Islam lain".

Artikel ini terbit selepas tercetusnya kontroversi sebuah kartun yang disiarkan oleh akhbar Utusan sendiri.

Turut disiarkan ialah dua karya saya:
  1. Kritikan terhadap ulama yang tidak mengikut ajaran Islam.
  2. Kritikan saya terhadap orang Islam yang mempersenda Al-Quran dengan menjunjung kitab suci itu dan bersumpah bagi membuktikan tuduhan jenayah sedangkan perbuatan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Ingin saya tekankan di sini:
  1. Saya mempunyai pendirian yang jelas dalam soal ini; mesej dalam sesebuah lukisan kartun bebas mengritik orang Islam, tetapi tidak wajar mengkritik atau mempertikai ajaran Islam.
  2. Ajaran Islam, termasuk kitab-kitab suci serta Nabi Muhammad yang menjadi pembawa. Konsep ini juga terpakai untuk semua agama di dunia ini.
  3. Kedua-dua kartun saya yang disiarkan oleh Utusan itu jelas mengkritik perlakuan orang Islam dan bukannya ajaran Islam itu sendiri.
  4. Sungguh dangkal, Utusan melalui artikel ini tidak dapat membezakan antara mengkritik orang Islam dan mengritik ajaran Islam.
  5. Utusan boleh siar dan kritik sebanyak mana pun kartun-kartun saya, tetapi saya tetap bertanggungjawab dan sedia mempertahankan kartun-kartun saya.
  6. Saya sarankan Utusan untuk bertanggngjawab terhadap kartun mereka yang mempertikai ajaran Islam yang kini dikritik oleh masyarakat Islam termasuk oleh PAS.
  7. Dan saya rasa adalah satu perbuatan terhormat bagi Utusan atau kartunis berkenaan untuk meminta maaf sekiranya terlanjur.