Friday, April 29, 2011

Polis trafik parah


KULIM - Seorang anggota polis trafik, Mohd Izudin Mohd Salleh, 22, cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang menghalang laluannya ketika sedang menjalankan Operasi Ninja di sekitar kawasan pekan Kulim kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Trafik Daerah Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anggota lain sedang membuat rondaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Mangsa menunggang motosikal ketika membuat rondaan di lorong sebelah kiri jalan di Jalan Tungku Abdul Rahman. Apabila tiba di stesen minyak, sebuah kereta memotong dari lorong kanan dan masuk ke stesen minyak itu.

“Mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian hadapan tayar kereta. Akibat rempuhan kuat, mangsa mengalami kecederaan serius. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan, ”katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan patah tulang rusuk, bahu dan tulang belakang. Akibat kecederaan yang serius, mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menjalani pembedahan.

Katanya, kes ini akan di siasat di bawah seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cara merbahaya dan mendatangkan kecederaan parah. Hasil siasatan awal dijalankan mendapati kereta berkenaan menghalang laluan mangsa sehingga mengakibatkan kemalangan.

“Sehingga kini keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih di bawah pengawasan doktor,” katanya kepada Sinar Harian.

Resah hasil tidak dapat dituai


KEPALA BATAS - Kira-kira 100 pesawah di Kampung Naga di sini, berhadapan masalah untuk menuai padi apabila sawah mereka yang melibatkan keluasan kira-kira 300 hektar menghadapi masalah tanah jerlus.

Kebanyakan hasil padi mereka tidak dapat dituai berikutan masalah tanah jerlus yang berlaku sedalam kira-kira 1.5 meter sejak beberapa musim tuaian lalu.

Pesawah, Mohd Yusof Ahmad, 51, yang mengusahakan sawah seluas dua hektar itu mendakwa, mereka mengalami kesukaran menuai padi apabila sawah mereka tidak kering dan tanah semakin jerlus.

Menurutnya, masalah itu mula timbul selepas banjir pada 2005, kerana terpaksa mengubah jadual tanaman yang kebiasaannya pada September kepada November dan sekali gus jadual penuaian juga berubah dari Januari kepada Mac.

“Pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) sudah melepaskan air walaupun kami belum selesai menuai keseluruhannya.

“Saya pernah menghubungi Mada Jitra bagi merayu supaya menghentikan seketika jadual pelepasan air, namun pihak berkenaan memberitahu mereka terpaksa melepaskan air mengikut jadual ditetapkan.

“Bila sawah masih tidak kering dan tanah jerlus, kami pesawah kerugian kerana jentera membajak sukar menuai padi pada kawasan yang tanahnya jerlus,” katanya.

Mohd Yusof berkata, sejak dilanda masalah terbabit, dia menanggung kerugian kerana hasil pendapatan yang diperoleh kurang daripada modal yang dibelanjakan untuk mengusahakan tanaman itu pada setiap musim.

Menurutnya, mereka sangat berharap masalah itu dapat diatasi kerana itu sahaja punca pendapatan mereka dan kebanyakan yang mengusahakan sawah di kawasan itu terdiri daripada warga emas.

Bagi Abd Razak Zain, 38, dia yang mengusahakan lima hektar sawah di situ mengalami kerugian hampir RM9,000.

Menurutnya, daripada keseluruhan keluasan sawah yang diusahakan, hanya separuh daripadanya dapat dituai, manakala selebihnya terpaksa dibiarkan begitu sahaja kerana jentera tidak boleh masuk ke sawah.

Sementara itu, seorang lagi pesawah, Md Isa Rejab, 64, yang mengusahakan sawah seluas dua hektar berkata, dia terpaksa mengupah orang lain untuk menuai hasil memandangkan jentera tidak boleh digunakan.

Menurutnya, dia terpaksa mengeluarkadin kos tambahan pula untuk mengupah orang menuai padi kerana tiada pilihan lain.

“Saya mengalami kerugian kerana terpaksa membelanjakan kos upah orang menuai sebanyak RM300 untuk masa tiga hari, masalah ini amat membimbangkan mereka jika dibiarkan.

“Kami meminta jasa baik Mada supaya dapat mempertimbangkan masalah ini supaya ia tidak mendatangkan masalah kepada pesawah di situ,” katanya.

Bagaimanapun Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas dengan pihak berkenaan untuk mengetahui status sebenar masalah yang timbul dalam kalangan pesawah di kawasan berkenaan.

Jurucakap Mada Wilayah Dua Jitra ketika dihubungi memberitahu bahawa kawasan berkenaan sememangnya berada di kawasan yang dalam dan pihaknya sudah berusaha menghantar pam air untuk mengeluarkan air dalam sawah berkenaan.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya juga dalam proses mendapatkan persetujuan daripada pesawah di situ, bagi membina parit jejari dalam usaha untuk mengurangkan masalah pesawah terbabit.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, ia perlu memakan kos yang tinggi memandangkan Mada perlu membawa masuk tanah dan menambun tanah pada kawasan berkenaan,” katanya.

Kita Semua Sedang Menanti Bala

Sesudah Subuh

(kemaskini) TANPA kita semua menyedari kita semua menanti bala besar yang akan menimpa negara dan rakyat atas kecelakaan yang kita undang sendiri. Bala sedang mara manakala kita semua sedang leka.

Nasib atau keadaan kita persis lembu yang tertambat kejap dengan seutas tali pendek sedang padang di sekelilingnya sedang dibakar api.
Apa pula menyala dan marak menyala dengan ganas dan rakus. Angin pula kian gila bertiup. Begitulah keadaan dan nasib Melayu hari ini.

Tunggulah kita semua akan merasai pedih dan azab atas kecelakaan yang kita tempa. Kalaulah kita tidak sempat menikmati kesakitan itu kerana nyawa dicabut Tuhan di tengah pkerjalanan anak cucu kita akan merasainya sebagai mewakili kita atas kezaliman yang kita sendiri lakukan.

Sebenarnya segala macam kezaliman sudah berlaku di atas bumi kita. Tidak ada satu pun dari sekian banyak tanda tanda kezaliman yang akan membawa kepada kemusnahan yang belum berlaku, semuanya sudah berlaku atau sedang bermula. Zaman jahiliah yang dibenci dan dicemuhi akan menjelma sepenuhnya di tanah air ini.

Bangsa Mekayu tanpa sedar dikifarahkan oleh Allah. Kita sebenarnya sedang menanggung kemusnahan, menanti bumi hancur sahaja lagi.
Agama, budaya, peradabatan kita sudah jahanam. Orang Melayu sudah tidak ada 'basa', akal budi dan maruah lagi. Semuanya sudah ditelanjangkan dan kemaluannya dilihat sendiri. Keaibannya digantung di muka pintu rumahnya.

Kita semua sudah menutup rapat pintu syurga dan membuka pintu neraka. MasyaAllah. Tangan kita semua telah kita satukan untuk membuka penyelak pintu neraka dan sedang membimbing tangan anak beranak menuju ke dalam kilauan apa haram.

Apakah tuhan menyediakan neraka sebahagiannya untuk bangsa Melayu? Kenapa tidak, kita mengaku beriman tetapi tidak berpegang kepada agama. Kita mengakui Islam tetapi tidak mempunyai tingkah laku sebagai orang Mukmim.

Mekayu menjadi bangsa penzalim, pendendam dan pemakan daging sendiri. Melayu rela dan tergamak mengkhinati sesama sendiri. Tidak ada kasih sayang lagi sesamanya. Tidak ada lagi hormat menghormati. Tanpa kita insaf dan sedar kitalah membunuh segala akal budi itu.

Manalah ada maruah lagi, bila kita selek dan tunjukkan semua kejelakan dan kehuduhan diri kita. Kita pertunjukkan sifat buruk bangsa kita kepada dunia.

Orang Melayu sebenarnya sudah dedil, merasa apa yang dilakukannya sudah baik, terhormat dan bijak.Sebenarnya ianya bodoh sebodohnya.
bangsa yang menjadi agen penyebar fitnah.

Menuduh di antara satu sama lain menjadi pembunuh, pengkhianat, pemaksiat dan penggali kubur bangsa sendiri. Melayu tidak tahu malu kepada kawan dari kaum dan keturunan lain. Semuanya kebejatan dan kejekkan bangsa Melayu sudah melakukannya.

Apa yang tidak berlaku lagi? Pembunuh fizikal, pembunuh karektor sudah pun berlaku dan ia akan terus berlaku sampai tertutupnya pintu syurga.

Kenapa ini berlaku kerana tamak haloba. Orang Melayu menjadi temoo kepada kuasa. Melayu yang jahil mengira kuasa dan kedudukan adalah kemuncak pencariannya dalam hidup.

Inilah Melayu yang saya selalu anggap suku manusia di dunia ini yang separuh masak. Bangsa yang cerdik tidak boleh ditunjang dan bodohnya serta bebal tidak boleh diajar.

Duhai orang Melayu semua sedarlah. Kepada yang tidak mahu mengalah dan berdengki, mengalahlah kerana dengan tindakan anda boleh membaiki sedikit maruah Melayu. Sebelum pintu neraka terbuka luas dan ensalnya lokah mari kita berdoa dan memohon keampunanNya.

Tuhan masih ada sisa kemaafan untuk kita, marilah. Jangan khianati amanah Allah kepada kita. Marilah berubah sebelum Tuhan menarik balik atas segalaa nikmat yang kita tidak syukuri kerana kita merasai hebat. Marilah kita semua kembali sedar tanpa membuat sumpah laknat.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersembunyi di lubuk hati setiap hambaNya. Saat memanti kuliah Tok Guru bermula.

Mohd Sayuti Omar,

PAS paling kritikal dalam Pakatan

Ahmad Lutfi Othman

Menjelang pilihan raya umum ke-13, tiada lagi pilihan raya kecil yang boleh dijadikan petunjuk terhadap kemungkinan pola pengundian nanti. Ramalan dan jangkaan politik, selain merujuk siri pilihan raya kecil sebelum ini -- yang kelihatan agak seimbang buat BN mahupun Pakatan Rakyat -- juga tertumpu kepada keputusan pilihan raya negeri Sarawak. Rata-rata beranggapan ada momentum menarik dari Bumi Kenyalang.

Memang kecenderungan mengundi dalam pilihan raya umum mungkin berbeza sama sekali dengan trend yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil sebelumnya, seperti dibuktikan dalam PRU12, namun sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan kayu pengukur kepada semua parti untuk melakukan penilaian kritis, bedah-siasat atau muhasabah. Seterusnya mengatur strategi penambahbaikan dan ada kalanya menuntut keberanian untuk merombak "hal-hal besar".

Mesej yang disampaikan pengundi kadang-kadang sukar untuk diterima tetapi itulah realiti perit yang menagih sikap terbuka pemimpin dan kebijaksanaan menanganinya. Persepsi pengundi tidak semestinya benar tetapi ia tetap faktor terpenting menentukan kalah-menang dalam pilihan raya. Selain berusaha menampilkan hakikat kebenaran dan menjelaskan kekaburan yang boleh mengelirukan, tanggapan masyarakat seringkali payah untuk dipulihkan jika tiada gerakerja serius dan sistematik.

Selain berterusan dan gigih menuntut proses pilihan raya yang bebas dan adil, tentu masih banyak perubahan dalaman yang harus disegerakan. Boleh sahaja kita menuding kesalahan kepada seteru politik yang memperkakaskan segalanya untuk survival kuasa mereka. Bukankah PRU13 menentukan hidup-mati BN dan merupakan pilihan raya pertama dimana pengundi benar-benar mempunyai pilihan?

Rakyat khususnya di negeri-negeri yang diperintah Pakatan begitu arif tentang kecacatan sistem federalisme Malaysia, sekali gus keperluan menubuhkan kerajaan persekutuan tidak dapat ditangguh lagi. Laluan ke Putrajaya yang mencabar itu menagih perancangan rapi dan kesediaan untuk melakukan "penyegaran" bagi menampilkan citra parti yang lebih memikat.

Seperti yang ditegaskan dalam kolum ini minggu lalu, saya lebih suka meletakkan PAS dalam kedudukan paling kritikal berbanding dua parti sekutunya dalam Pakatan. Pertama, saya sendiri merupakan ahli PAS dan petugas sepenuh masa parti. Kedua, trend pengundian pasca PRU13 masih menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Melayu -- terutama di luar bandar, di kampung-kampung tradisi dan tanah rancangan Felda -- belum bersedia beralih sepenuhnya untuk menyokong Pakatan. Ketiga, di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu, kebanyakan calon yang dipilih Pakatan adalah mewakili PAS.

Di luar Kelantan, hatta di negeri-negeri yang dianggap kubu tradisi PAS, seperti Kedah dan Terengganu, PAS masih berdepan cabaran sengit Umno. Ramai melihat prestasi PAS di dua negeri tersebut pada 1999 jauh lebih baik berbanding 2008, sekiranya ditinjau dalam konteks sokongan pengundi Melayu.

Bagaimanapun saya difahamkan, selepas berkuasa, sokongan masyarakat Melayu terhadap PAS di Kedah makin kukuh. Yang menjadi tandatanya adalah usaha mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu. Manakala di Terengganu, pelbagai masalah kronik di pihak Umno-BN belum memadai untuk menjamin PAS mengulangi rekod gemilang 1999. Tidak dipastikan tawaran atau penampilan berbeza yang bakal dikemukakan PAS Terengganu dalam kempen PRU13 nanti.

Melihat trend pengundian masyarakat Tionghuo di Sarawak baru-baru ini, lebih-lebih lagi dengan respons pemimpin Umno dan sikap akhbar harian yang dikuasainya, tidaklah sukar untuk menjangkakan bahawa kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina, yang kebanyakannya ditandingi calon DAP mahupun KeADILan, tetap memihak Pakatan. Malah parti-parti komponen BN sudah saling menyalahkan di antara satu sama lain.

Justeru, saya menyimpulkan bahawa keupayaan Pakatan untuk merealisasikan impian menawan Putrajaya dalam PRU13 lebih bergantung kepada sokongan masyarakat Melayu kepada PAS. Pastinya sokongan itu tidak datang secara mudah terutama bagi memecahkan beberapa halangan psikologi politik Melayu. Segala potensi dan sumber kekuatan mesti digembleng dari sekarang, bukan sahaja melibatkan PAS tetapi juga penggemblengan bersama semua parti dalam Pakatan.

Kita harus mencegah pemisahan politik berdasarkan kaum di negara tercinta ini. Sebarang dakyah untuk membakar sentimen kaum mesti dibanteras. Pengundi Cina yang secara konsisten mutakhir ini menyokong Pakatan tidak bermakna mereka bersikap perkauman, malah ternyata begitu mengambil berat soal integriti, ketelusan, sekali gus menentang korupsi dan monopoli kekayaan oleh segelintir elit penguasa.

PAS yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan mempunyai kemampuan besar bagi menarik sokongan majoriti pengundi Melayu -- agar bersama rakan-rakan bukan Melayu -- untuk menolak pemimpin BN yang terbukti mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, "merompak" khazanah negara untuk suku-sakat dan kroni masing-masing.

Namun begitu, untuk meraih simpati pengundi Melayu bukan terletak kepada "kehodohan" wajah Umno-BN semata-mata. Penampilan citra baru PAS-Pakatan yang lebih segar dan meyakinkan adalah lebih mendesak lagi. Sesungguhnya Pakatan hanya dapat berkuasa di peringkat pusat jika slogan "PAS Ganti Umno" benar-benar menjadi kenyataan, dan bukannya membiarkan parti Islam itu berada pada tempat ketiga dari segi penguasaan kerusi Parlimen.

Punya la kalut nak Sumpah

Eskay pegang Quran terbalik, dilarang fitnah Anwar

SENTUL 29 APRIL : Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay hari ini melafaz sumpah laknat dengan memegang naskah Al-Quran terbalik, sebelum diperbetulkan oleh seorang pendakwah bebas di Masjid Amru Al-As Sentul petang tadi.

Beliau bagaimanapun gagal mencapai hasrat mengambil sumpah bahawa Anwar adalah pelaku dalam video lucah yang ditayangkannya selepas dinasihati oleh pendakwah Firdaus Supri mengenai nas-nas Islam.

"Saya nak beritahu, sumpah ini tidak boleh digunakan dalam menuduh seseorang berzina kerana ia tiada dalam syariat Islam," kata beliau kepada Eskay sebelum menyerahkan senaskah buku mengenai hukum Qazaf kepada ahli perniagaan itu.

Firdaus kemudian membetulkan cara Eskay memegang Al-Quran sebelum ahli perniagaan itu menyempurnakan sumpah laknat bahawa beliau ada dalam rakaman video lucah yang diedarkan menerusi Internet sejak 4 April lalu.

Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim hadir di masjid itu memakai baju kalis peluru seolah-olah keselamatan mereka terancam.

Rahim semalam berkata beliau dan Shuib telah mewakilkan Eskay untuk membuat sumpah laknat itu bagi pihak mereka.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa majlis sumpah laknat itu dibatalkan apabila gandingan Datuk T itu tidak hadir.

Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, tiga Datuk T itu bergegas meninggalkan masjid tanpa menjawab soalan pemberita.

Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi kecoh seketika apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan Eskay kerana menabur fitnah bersabit video lucah itu.

Hadir bersama mereka adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin.

Shamsul Iskandar Md Akin berkata Eskay memperalatkan sumpah laknat dan membelakangkan hukum Qazaf yang jauh lebih sesuai untuk kes-kes fitnah.

AMK telah menfailkan pertuduhan Qazaf terhadap Datuk T, kerana menfitnah Anwar dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Shamsul kesal kerana pihak berkuasa Islam seolah-olah merestui sumpah laknat Eskay.

"Saya hairan dengan kehadiran pegawai Jawi sedangkan penyiasatan dikatakan sedang dilakukan oleh Jawi tentang kes Qazaf saya.

"Ini bukan caranya, kita ada Mahkamah dan (sumpah) ini bukan cara yang betul," kata Shamsul kepada media.

- TVSelangor News

Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONEBeliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

NONEMereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

NONEBagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

Tu dia angkat Sumpah Pon Polis Jaga..hebat depa tuu nooo....

Hanya Eskay lafaz sumpah
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 April: Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah akhirnya melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul sebelum waktu Asar siang tadi.

Bagaimanapun hanya beliau seorang sahaja melafazkan kalimah sumpah itu walaupun uturut ditemani dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Majlis itu dilakukan dalam keadaan semua pintu ke ruang solat masjid itu ditutup dan dikawal ketat pihak polis.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, melalui pintu belakang masjid.