Monday, May 2, 2011

Apabila Anak buah APCO Berkata-Kata..!!!

Kelahiran Seekor Lagi Ejen Yahudi/Zionis

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Kenyataan Perdana Menteri kepada sebuah Negara Islam Malaysia mengulas berita "kematian Osama bin Laden":
Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.
Memang jelas... sudah terang lagi bersuluh... Dunia akan menjadi lebih aman, selamat dan adil - tanpa perjuangan Islam.

Itu kenyataan berselindung dari seorang Boneka Barat yang juga Ahli Kehormat Gerakan Freemanson di Malaysia.

Tahniah UMNO/APCO/UMPhorNO kerana berjaya melahirkan seekor lagi ejen Yahudi/Zionis.

DIBUNUH ATAU PROPAGANDA

Pegawai-pegawai U.S. memberitahu CNN bahawa tubuh Osama bin Laden telah disemadikan di dalam laut supaya menghalangnya daripada dikuburkan dan menjadi makam untuk pelampau-pelampau Islam.

Lokasi persembunyian Osama Bin Laden, yang juga tempat serangan tentera Amerika Syarikat dan tentera Pakistan.

Bilakah lagi kita semua satu hai, bilakah lagi Islam akan di julang tinggi, bangun wahai umah kita satu hati
marilah bersama bersatu berjihad, oh insan sedarlah pembalasan tuhan pasti akan datang
jangan takut, jangan takut berjuanglah untuk keamanan



CEPAT ARTIS MANA LAGI NAK UMUM

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) mengalu-alukan tindakan segelintir artis yang telah menunjukkan sikap terbukanya untuk mengumumkan parti pilihan mereka.

“Saya berpandangan tindakan ini adalah wajar kerana semua rakyat Malaysia berhak memilih parti yang sesuai dengan selera dan pandangan mereka masing-masing manakah parti yang mereka anggap boleh membawa negara dan negeri kepada arah yang lebih baik,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru itu, katanya tidak boleh pula ada pihak yang menafikan kemajuan kerjaya seseorang artis walaupun dia tidak menyokong parti yang mewakili kerajaan.

Menurutnya, dunia artis adalah satu kerjaya dan ianya tidak boleh diganggu dengan penafian dan peluang untuk terus maju walaupun artis tersebut tidak menyokong kerajaan.

“Kerana itulah saya harapkan pengumuman tersebut bukan sebagai satu ‘lakonan’ serta kerana tawaran dan imbuhan tertentu,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Baginya, kalau mereka masuk sesebuah parti politik terserahlah kepada peminatnya sama ada akan mengikut tindakan itu atau terus meminati artis itu hanya kerana seninya sahaja.

“Harapan saya pada masa akan datang para artis akan lebih matang tanpa ada pengaruh mana-mana pihak atau kerana habuan tertentu untuk mengumumkan parti mana yg mereka pilih.

“Juga saya harapkan mereka lebih berani menunjukkan sikap mereka termasuklah seperti yg ditunjukkan oleh Bob Lokman yang mengumumkan menyertai PAS dan AC Mizal masuk Umno,” katanya.

Ketam apa jenis nie?

Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP

KUALA LUMPUR, 1 Mei: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu.

“Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

“Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami,” ujarnya.

Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

“PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam,” ujarnya.

Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

“Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya lagi.

Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang.

“Siapa punya angkara?” soalnya.

Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

“Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali,” ujarnya.

Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam.

Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.




Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/05/najib-macam-ketam-minta-pas-berpisah.html#ixzz1LGF4CsiE

Ingat...fokus...fokus...fokus ....Pakatan Rakyat......jangan HILANG fokus

Pakatan Rakyat......sudah hilang fokus?

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah menyambut cabaran pimpinan PAS supaya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong melibatkan video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.

[sumber .]

Kenapa kita banyak buang masa layan karenah mereka yang memang desperate ni.

Ingin diingatkan jangan masuk perangkap mereka......rakyat terbanyak memang tidak percaya pada mereka......kenapa kita tolong menggali lubang untuk mereka buang najis mereka?

Terlalu banyak masa...buah fikiran terbuang sia-sia semata-mata untuk menangkis suatu benda yang kita sendiri yakin tidak wujud.

Sekarang fokus kita sudah terpesong......PRU13 bila-bila masa dari sekarang......Buku Jingga bagaimana?

Berapa peratus sudah kumpulan sasar dapat maklumat itu?

Daftar pengundi bagaimana?

Masih banyak lagi isu-isu lain yang rakyat terbanyak perlu tahu.

Kenapa kita teralih dan terpesong sehingga hilang fokus terhadap isu sebenar dan priority kita dek permainan licik mereka?

Ingat fokus kita ialah memasuki PRU13 untuk menumbang keangkuhan Umno/BN bukan menumbangkan 3 Mamat Sesumpah tu.

al-brangionline:

Pakatan Rakyat......jangan lupa.....kita mesti fokus...fokus...fokus.

Ingat...fokus...fokus...fokus

http://al-brangionline.blogspot.com

Kesian Kat Hangpa

Umno terdesak, cuba dapatkan talian hayat dari Pas- Azmin

PETALING JAYA: Sikap Umno-Barisan Nasional yang mengamalkan dasar perkauman sempit dan politik kotor tidak akan memungkinkan penyatuan parti itu dengan Pas mahupun KEADILAN, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Menurutnya, Umno kini semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu dengan cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya antara Pas dan KEADILAN.

“Nampak sangat Umno kelemasan, nazak dan cuba mendapatkan talian hayat dari Pas untuk menerus kesinambungan politik mereka. Agenda mereka bertentangan dengan ajaran agama Islam.

“Tetapi, Pakatan Rakyat tidak naif dalam politik. Apatah lagi Pas, mereka telah berulang kali ditipu. Sehinggakan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat merujuk pesanan Rasulullah, supaya janganlah kita dipatuk oleh ular yang sama, dari lubang yang sama,” kata Azmin ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, di ibu pejabat parti itu semalam .

Beliau memberikan reaksi demikian berhubung rayuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kepada Pas baru-baru ini supaya keluar Pakatan Rakyat, meskipun tidak mahu menyertai Barisan Nasional.

“Bukan setahun dua, tetapi lebih 20 tahun hak rakyat Kelantan yang majoritinya adalah orang Melayu Islam dihina, diketepikan dan dipingiirkan. Kita bukannya nak bersatu padu dengan perompak dan lanun.

“Persoalan yang dibangkitan mutakhir ini oleh Umno bertujuan kononnya menyatupadukan umat Islam dan Melayu, tetapi asasnya tidak jelas. Ketika Najib dan Umno merasa kedudukannya kuat dan selesa, mereka hina pimpinan Melayu dari Pakatan Rakyat.

“Bila Umno merasa lemah dan ketika parti MIC dan MCA menuju kehancuran, barulah mereka teringatkan kepada pemimpin Melayu Pakatan Rakyat,” kata Azmin.

Pendapat tersebut dikongsi bersama Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail yang berkata, masalah dalaman Umno kini cuba diselesaikan dengan cara melibatkan pihak luar.

“Terbaru, Najib terpaksa datang ke Terengganu dan bermesyuarat secara tertutup untuk menyelesaikan masalah mereka. Umno Terengganu kini berpecah kepada tiga,iaitu kumpulan Idris Jusoh, kumpulan Ahmad Said dan terbaru, kumpulan pro-konspirasi.

“Perkara ini bukan lagi rahsia dan orang ramai sudah mengetahuinya. Apatah lagi dalam keadaan bekas Pengerusi Umno Terengganu, Hishamuddin Hussein meninggalkan Umno Terengganu kepada Ahmad Said dalam keadaan yang masih tidak menentu.

“Tidak hairanlah kalau Najib mengambil pendekatan dengan cara mengalihkan permasalahan sebenar kepada perhatian ‘merayu’ dan ‘melamar’ Pas,” kata Azan.

Justeru, beliau mengingatkan kepada seluruh aktivis, penyokong dan jentera Pakatan Rakyat supaya fokus kepada agenda perjuangan.

“Di mana-mana sekarang ini, sentimen untuk berubah itu ada. Kita ada tanggungjawab dan tugasan dan jangan terperangkap denga isu yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional,” kata Azan.

Umno masih cari dana kempen, PRU-13 dijangka lewat

Oleh Jahabar Sadiq
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilWSHUsSyeAyGmivbteykhvn2-Je7kiDa9SKLFz_64ePrPs_M31xlnx5JA3cFz7odL6LFhDgvdl7xkeVKgCOE2L2ACyy7Xlz9iyX0hmPDwgYC-y9sIqq8J3HHY9LC_bJod1aOzsGIy0oY/s320/dato-seri-najib-tun-abdul-razak.jpg
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Datuk Seri Najib Razak dijangka melewatkan pilihan raya umum ke-13 sehingga akhir tahun ini atau awal 2012 memandangkan partinya masih “bekerja keras” mencari dana membiayai kempen bagi memikat sokongan Bumiputera dan kaum India dalam usaha memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

The Malaysian Insider difahamkan perbendaharaan Umno merosot selepas Barisan Nasional (BN) menghabiskan sekitar RM500 juta ketika menghadapi pilihan raya negeri Sarawak, 16 April lalu.

Difahamkan tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah antara beberapa orang yang menyumbang, dengan ada yang mendakwa ia berkaitan dengan usaha konglomerat miliknya menguasai beberapa projek baru.

“Umno sedang mencari sumbangan (yang mencukupi) untuk (memastikan) kempen pilihan raya yang berkesan. Sehingga itu, tidak akan ada pilihan raya umum,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Katanya, aliran tunai yang terlalu kecil ketika pilihan raya umum 2008, dipercayai menyebabkan pekerja-pekerja ‘bersikap dingin’, menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan empat negeri tambahan dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider yang disiarkan pagi tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian ultra Melayu makin ketera yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan video seks yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ketua Pembangkang itu percaya Perdana Menteri akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.

Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri pada awal September.

Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.

Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin BN berkata, Najib sungguh berhati-hati dalam memanggil pilihan raya dalam waktu terdekat memandangkan beliau mahu memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen, yang kini kelihatan mustahil selepas pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan masyarakat Cina masih menjauhi perikatan itu.

Semalam, Najib berkata kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

“BN sedang memberi tumpuan ke atas pengundi Bumiputera dan India sekarang. Pengundi Cina akan menjadi bonus selepas kenyataan beliau semalam,” kata seorang lagi sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Sumber BN juga berkata, perikatan itu juga tidak mendapat sokongan memberangsangkan daripada tokoh dan ahli perniagaan Cina, yang biasanya memberi sumbangan dana ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

“Mereka tidak memberikan (dana) sebagaimana disumbangkan ketika Dr Mahathir memegang kuasa,” katanya lagi.

Katanya, projek yang dikurniakan oleh kerajaan adalah kecil dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu Perkasa menekan pentadbiran Najib agar lebih banyak memihak kepada ahli-ahli perniagaan Melayu dan Bumiputera.

Antara ahli perniagaan yang menjadi tumpuan ialah Syed Mokhtar, yang menguasai projek-projek besar MRT yang bakal dibina, Pos Malaysia Berhad dan lanjutan tempoh kontrak Bernas selama 10 tahun lagi.

Bisnes Melayu yang lain termasuklah kumpulan Naza, Westar dan beberapa konglomerat dikaitkan dengan Umno.

Sumber BN juga berkata, Najib juga akan menuggu kerana Bajet 2011, yang diumumkan tahun lalu, tidak begitu mesra 1.2 juta tenaga kerja awam.

Kakitangan peringkat bawahan hanya menerima bayaran khas RM500 sedangkan mereka mengharapkan bonus satu bulan.

“Beliau akan membentangkan bajet (Belanjawan 2012) pilihan raya yang (akan kelihatan) menark bagi kakitangan awam dan orang ramai,” kata sumber lagi.

Pemimpin-pemimpin Umno juga berkata sikap pengundi Cina juga dijangka akan melewatkan keputusan Najib mendapatkan mandat baru.

“Beliau mahukan mandat sendiri tetapi beliau juga mahu memastikan dua pertiga. Sebarang keputusan kurang daripada apa yang ada sekarang adalah satu kegagalan,” kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider.

Beliau menekankan prestasi BN memperoleh 55 daripada 71 kerusi di Sarawak manakala undi popular yang menurun daripada

62.93 peratus pada 2006 sehingga 55.24 peratus.

“Undi popular juga satu faktor. Kita perlu bekerja keras untuk mendampingi (pengundi) khususnya kaum Cina,” katanya lagi.