Showing posts with label Blog Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Blog Sahabat. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Kalau Azizan terus tidur ...apa masalahnya?


Sekalipun Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berdepan dengan masalah kesihatan berterusan, PAS memutuskan tetap mencalonkan pesuruhjaya PAS negeri itu bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

"Dalam senarai (nama Azizan) ada," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi mengesahkan kedudukan Azizan dalam sidang media di sini
Ha! ha! ha! Korang marah? Apa masalahnya ? Kalau pun Azizan akan sambung lagi tidurnya tu, PAS Pusat boleh tubuh satu lagi Jawatankuasa Pemandu ke-2 disamping Jawatankuasa Pemandu Pertama yang sudah ada (tapi tak berfungsi!)
Kalau masih lena juga lagi , kita tubuh lagi Jawatankuasa Pemandu ke-3, kan? kan? ke-4 atau ke-5.... apa masalahnya?
 

Thursday, February 14, 2013

Apa itu BONGKAR 403 juta?

Grafik ringkas menerangkan BONGKAR 403 yang sedang dijalankan di Kedah. Mohon sebarkan.



Mulanya aku tak berapa nak sokong benda ni, sebab ada unsur-unsur partisan. Tapi bila difikirkan balik interest rakyat, rasanya perlu juga aku bantu mana yang patut. Partisan untuk rakyat takpa kot, jangan partisan meng-ular-sawa-kan hak rakyat haha

BONGKAR 403 ni nak persembahkan kepada rakyat tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di Kedah sahaja. Dari zaman Osman Aroff sampai ke hari ni (zaman PAS?).

Diketuai oleh YB Firdaus Jaafar dengan kerjasama rakan-rakan seperjuangan PR. Memang nampak macam agak kepartian sikit gerakan ni. Tapi sekali lagi, atas dasar the interest of rakyat, aku tolong bantu.



Gambar sekitar fenomena BONGKAR 403 kat Alor Setar. Gerakan ni akan berjalan sampai PRU nanti.









Link-link berkaitan BONGKAR 403

Harakah Daily
Sedaka Sejahtera
Facebook Page BONGKAR 403
Kedahlanie.info
MyKedah2u
Warga Marhaen
Blog MP Firdaus Jaafar

Untuk info semasa buleh dapatkan kat fanpage facebook, ataupun google search BONGKAR 403


http://www.taufiking.com/2013/02/apa-itu-bongkar-403-juta.html

Tuesday, February 12, 2013

Isu Kedah: Baru 4 -1

Oleh Kapten Power

Amboi..depa dok serang kami saja noo...baru 1 penggal dan 1 projek yang dihebohkan gagal..hangpa hingaq bagai nak runtuh Wisma Darul Aman..Biasa la..niaga..ada untung ada rugi..kadangkala kena tipu..meniaga teloq ayam pun ada yg kena tipu..tambah pula meniaga dengan nilai juta-juta RM.

Dalam hidup ni mana ada yg sempurna..tambah pula kalau masih baru memerintah..ada la yang ambil kesempatan..apa pun yg berlaku ia masih baik dari dok buat 1 lagi projek kerajaan barisan nasional...gah bagaikan depa saja yang pandai dan boleh..sebaliknya..harga projek berlipat kali ganda..tak rugi kan..pandai sungguh depa..rakyat dok tengok nganga saja depa pun nganga juga tapi masyukkkk..
Oghang tak mau nak dedah sangat bab buruk hangpa tu..tapi kalau gini punya gaya, elok le didedahkan juga tentang kerugian yg depa buat dulu..
Akhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.
“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.


Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

“Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda (51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd.

“Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan biayai kos dan pelaksanaan pembangunan,” katanya.

Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya.

“Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu,” katanya.

Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid.

“Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable,” katanya.

Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih oleh SKS Reality Sdn Bhd ).

“Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta (2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu,” katanya.

Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu.

“Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan. Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat, sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar sebelum ini.

“Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan. KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB,” katanya.

Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri Kedah.

“Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan syarikat itu. Kita terpaksa tebang balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development, atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan.

“Cayman gagal laksana dan ketika itu Syed Razak arahkan projek diserah kepada pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah itu masih hak dia,” katanya.

Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di mana dua geran untuk satu tapak.

Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan PKB.

“Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan,” katanya.

http://wwwkaptenpower.blogspot.com

Tuesday, January 29, 2013

Datuk Fauzi cakap kat blogger UMNO jika tak puas hati pie report SPRM siasat harta saya..!!!

Banglo: Fauzi telus, sedia disiasat SPRM

 KUALA LUMPUR: bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari hari ini menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung banglo miliknya yang dimainkan bloger Umno.

Katanya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan banglo dua tingkat setengah miliknya di Seksyen 10, Shah Alam itu dibelinya pada 2004 dengan harga RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.


“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya dipetik Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.

“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.

Pendedahan itu juga jelasnya tidak sedikitpun menjejaskan reputasinya kerana beliau mendakwa telus dalam perkara itu.

“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya.

Thursday, January 17, 2013

Ambik ko @AnwarIbrahim... percaya sangat dengan budak KJ tuu..!!!

Memang padan ngan muka Pakatan, percaya sangat ngan orang Barisan... 

Padan ngan muka korang, ngan budak berhingus ni pun korang dah kena kencing... Camana nak menang bila berjumpak dengan si Madey, BAPAK segala tipu helah tuh...

Sampai bila korang nak belajar supaya tak kena kencing ngan puak-puak biru karat neh...

Chitt...!! Memalukan betoi laa...


Ini yang gua TAK FAHAM dengan PEMIMPIN PR yang selalu SUKA bagi BOLA TANGGUNG kat UMNO dan ISI PERUT nya neh...
Lu orang bukanya TAK TAHU yang UMNO dan ISI PERUT tu sudah BUSUK SAMPAI KE USUS beb, tapi masih nak buat KERJA BANGANG BIN BAHLUL neh...
Kalau dah SAMAN teruskan aje SAMAN tersebut... yang GATAL-GATAL nak TARIK balik tu apa hal beb... KECUALI lah TARIK balik dengan PERMOHONANAN MAAF dan GANTI RUGI baru lah boleh ditarik balik saman tersebut...
Ini tidak, saman hanya DITARIK dengan PENGAKUAN tidak MMENGUCAPKAN KATA-KATA yang diucapkan... Pelik beb, SEPANDAI-PANDAI PIMPINAN PR tapi masih boleh TERTIPU dengan KETUA PEMUDA UMNO iaitu YB Khairy Jamaluddin (KJ)...
Kahkahkah..!! ~ Idea asal - ISP

Friday, December 14, 2012

Yang rosakkan nama Negara di mata dunia ialah pemimpin Umno, bukan rakyat

Umno seringkali menuduh rakyat merosakkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam isu himpunan rakyat Bersih bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Demi menutup kerosakan yang telah dibuat kepada Negara, pemimpin Umno cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu rakyat.
 
Keratan akhbar di bawah ini jelas menunjukkan bagaimana pemimpin Umno bertaraf Menteri lah yang sebenarnya merosakkan dan mencemarkan imej Negara. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada kebodohan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Malaysian Insider
 
Dalam isu logo dan lagu sambutan Kemerdekaan ke-55, hanya kerana kepentingan politik dan kerja bodek ampu orang atas, Negara menanggung malu dan menjadi bahan hinaan di seluruh dunia dengan kualiti sambutan kemerdekaan Negara yang hambar. Pertama kali dalam sejarah Negara, seluruh rakyat mengutuk kerajaan dalam sambutan kemerdekaan. Pakatan Rakyat dengan bantuan Sasterawan Rakyat, A. Samad Said terpaksa mengambil peranan menghasilkan tema dan logo berkualiti serta lagu yang memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kerja siapa lagi jika bukan kerja Menteri Rais Yatim.
 
Siapakah yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Defense Industry Daily
 
Sejak memegang jawatan Perdana Menteri, Najib sudah menghancurkan imej Negara di mata dunia. Dikelilingi oleh skandal masa lampau, terpalit dengan isu 'Queen Control' Rosmah Mansur, terkini beliau terkial-kial untuk menyelesaikan skandal pembunuhan Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene. Seluruh dunia memandang hina Negara Malaysia kerana dipimpin oleh Perdana Menteri yang korup. Berita korupsi Najib dilaporkan dalam akhbar-akhbar utama di seluruh dunia.
 
Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Malaysian Insider

Isu yang sedang hangat diperkatakan. Zainuddin Maidin yang suatu ketika dahulu pernah meracau kepada wartawan Al-Jazeera dalam isu Bersih, sehingga beliau menyalahkan media antarabangsa itu. Terkini, Zainuddin Maidin sekali lagi memalukan Negara apabila beliau menghina bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie. Malang sekali Umno memiliki pemimpin dan bekas Menteri yang singkat akal dan tidak mampu menjernihkan hubungan antarabangsa Negara kita dengan Negara lain.

Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?


Malaysiakini


Di Sabah, Ketua Menteri Musa Aman didakwa terpalit dengan skandal penyeludupan wang haram RM40 juta yang melibatkan pihak berkuasa Hong Kong. Kemungkinan besar, Hong Kong akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Musa Aman kerana terdapat unsur-unsur korupsi. Malangnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia belum mengambil apa-apa tindakan dan membiarkan sahaja penyelewengan yang boleh menggugat masa depan Negara ini berlaku.
 
Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?
 
Rakyat sentiasa mahukan Negara ini aman dan diberikan hak mereka. Malangnya Umno menuduh rakyat mencemarkan nama Negara. Walhal, pemimpin Umno lah yang korup dan merosakkan nama Negara di mata dunia!
 
http://pemudatitiwangsa.blogspot.com

Wednesday, December 5, 2012

Pencipta lagu "ANAK KECIL MAIN API" disahkan mahkamah tinggi melakukan konspirasi jahat..!!!

PENCIPTA LAGU "ANAK KECIL MAIN API" DISAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI MELAKUKAN KONSPIRASI JAHAT TERHADAP SEORANG PENSYARAH KANAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA!!!!!


Pencipta lagu yang membuat ramai Mak Cik- Mak Cik ,Pak Cik- Pak Cik UMNO termasuk anak-anak muda di PWTC menangis teresak-esak, "ANAK KECIL MAIN API"  telah didapati menjalankan konspirasi terhadap seorang pensyarah kanan UUM sehingga terbantut dan menyekat kenaikkan pangkatnya.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi membayar ganti rugi kepada plaintif, Dr Abdul Halim Mohamed, 46, kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya sehingga menyebabkan dia tidak dinaikkan pangkat.

Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, satu deklarasi oleh mahkamah mengisytiharkan bahawa plaintif memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan sejak Jun 2008 dan berhak untuk memegang jawatan Profesor Madya berkuat kuasa tiga tahun lalu dari tarikh pelantikan seperti yang ditetapkan kriteria kenaikan pangkat.

“Defendan hendaklah membayar tunggakan gaji dan lain-lain bayaran yang berkaitan kepada plaintif mulai Jun 2008 sehingga sekarang mengikut skala gaji pensyarah kanan dan apa-apa bayaran yang layak plaintif terima berikutan kenaikan pangkat selanjutnya,” katanya.

Peguam, Rahimah Bee yang mewakili Abdul Halim berkata, mahkamah berpuas hati dengan surat kenaikan pangkat plaintif kerana memenuhi syarat yang ditetapkan.

Terdahulu, Abdul Halim memfailkan saman terhadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya.

Pada 2007, plaintif yang ketika itu berkhidmat di UUM sebagai seorang pensyarah di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan mengemukakan permohonan kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan kepada Majlis Eksekutif Universiti (MEU).

KALAU PADA SEORANG PENSYARAH KANAN YANG MEMPUNYAI MASA DEPAN CERAH PUN DIA SANGGUP LAKUKAN PERKARA YANG JAHAT DAN JIJIK... APALAH SANGAT SEKADAR MENCIPTA LAGU YANG LIRIKNYA SEBAGAI PENGABUR JIWA PARA PENGKAGUM UMNO UNTUK MELIHAT REALITI.
http://omakkau.blogspot.com/2012/12/pencipta-lagu-anak-kecil-main-api.html

Monday, December 3, 2012

Tu dia aihh Sampin Pemimpin UMNO harga sampai RM5000...???

SAMPIN PEMIMPIN UMNO BERNILAI RM5,000 PERSEPSI ATAU REALITI?
 Oleh Mummy Rokiah


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.

UMNO dilabelkan sebagai parti kronisme, elitis, ‘lavish’, sudah tidak mesra rakyat, egois dan korup. Golongan muda di luar melihat UMNO sebagai parti yang ada peluang.
Ada peluang masuk U walaupun result tidak seberapa, ada peluang dapat kerja, ada peluang dapat projek melalui kontek, ada peluang naik pangkat malah ada peluang jadi YB.

Di sekitar perhimpunan agung UMNO 2012 baru-baru ini wakil-wakil mereka mempamirkan wajah-wajah yang berseri yakin menang PRU13 kerana buat masa dan ketika ini Presiden mereka di dalam suhu yang kuat.

Ada wajah yang sudah nampak kecut tetapi dibotokkan atau paling tidak diinjek vitamin C supaya cekang dan merinin untuk memudakan wajah yang sudah tua.

Sampin dan songket berbenang emas berbagai warna tidak kurang bernilai di antara RM3 ribu sehelai malah ada yang RM8ribu.

Pemimpin utama mereka bergentanyangan dengan kereta mewah dan motor besar tergolong di dalam kelab ‘the big boys toys’.

Paling ketara ialah Pak Menteri-Pak Menteri sentiasa dipagari ‘bodyguard’-‘bodyguard’ berwajah bengis mungkin dibimbangi sukar dikawal apabila didekati ramai rakyat kerana ramai rakyat sudah mula terpengaruh dengan ucapan semangat mereka ‘UMNO mesra rakyat’.

Paling tidak pun mereka bimbang diserbu rakyat untuk bersalaman kerana rakyat ingin merasa denyut nadi tangan Pak Menteri yang lembut seperti baldu. Di dalam bas semasa balik dari persidangan tidak kering air lior bercerita kerana dapat bersalaman dengan Pak Menteri.

Di penjuru luar dewan perhimpunan duduk sekumpulan Mak Cik-Mak Cik pemerhati yang datang dari Johor tumpang di meja bulat kami kerana lenguh badan bersimpuh mendengar Ucapan Perasmian Presiden UMNO di laluan pejalan kaki luar dewan persidangan.

Apabila diprovok mereka mula membuka cerita tentang perjuangan UMNO sambil menjamah nasi lemak dan teh tarik PWTC yang berharga RM4/.

Wajah-wajah Mak Cik yang putih berseri bertepung disapu bedak buku nampak seperti sudah berumur dalam lingkungan 60an atau mencecah awal 70an. Katanya biar ditoreh tangan yang berdarah menyokong lain daripada UMNO tidak sekali. Ekpresi wajah Mak Cik yang kedut otomatik menjadi tegang tanpa botok apabila bercakap tentang perjuangan beliau dahulu dan dalam masa yang sama menghentam PAS.

Konklusinya, bukan darjat dan rupa untuk diperkata. Tetapi itulah yang berlaku di depan mata. Bukan UMNO yang berdosa. Tetapi pemimpinnya yang alpa dan leka.

Meminjam kata nasihat Tun M “Pemimpin bukan setakat mesti bersih tetapi mesti dilihat bersih”. 

http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/12/sampin-pemimpin-umno-bernilai-rm5000.html

Wednesday, November 14, 2012

Penerbit Drama TV saman TV3 10juta yang pimpinan PR dok tunggu buat apa tak tau..???

Padan muka,media pemfitnah tv3 kena saman 10 juta!!

Best Blogger Tips
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penerbit drama televisyen, Jurey Latiff Mohd Rosli dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berkemungkinan menyelesaikan kes saman fitnah berjumlah RM10 juta di luar mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dimaklumkan perkara itu di dalam kamar oleh peguam Norafzaniza Samsi yang mewakili Jurey Latiff, dan Jason Wee bagi pihak TV3.
Norafzaniza memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak sedang cuba membuat penyelesaian di luar mahkamah dan hakim menetapkan 30 Nov untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan daripada hasil perbincangan bagaimanapun sekiranya gagal, mahkamah menetapkan perbicaraan pada 13 dan 14 Mei tahun depan.
Pada 13 Januari 2009, Jurey Latiff memfail saman itu terhadap TV3 berhubung dakwaan menyiarkan perkataan fitnah mengenainya dalam rancangan hiburan “Melodi” pada 21 September 2008 dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasinya sebagai penerbit.
Beliau memohon ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, kos dan relif lain.
TV3 dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Februari 2009 berkata perkataan itu disiarkan dalam keadaan perlindungan bersyarat dan sebagai penyiar awam, ia mempunyai kewajipan sosial dan moral untuk menerbitkan apa sahaja pengetahuan mengenai penerbit yang tidak jujur dan tidak bermoral bagi membolehkan orang awam mendapat pengetahuan. – BERNAMA
P/s : Bila la pemimpin2 PR nak mula saman buletin utama tv3 suku yang suka SPIN cerita ikot scrip umno nih!!!
http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/11/padan-mukamedia-pemfitnah-tv3-kena.html

Sunday, November 11, 2012

PANAS! BN Makin Terdesak, Artis Pula Diheret!


Pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) yang disempurnakan oleh perdana menteri Najib Altantuya malam tadi disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno dan Barisan Nasional (BN) meraih sokongan rakyat di saat rejim pemerintah semakin hilang cengkaman rakyat terhadap keboleh percayaan rejim itu memerintah negara ini lagi.

Dalam majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib Altantuya juga berjanji kepada para penggiat seni tanah air yang menyokong rejimnya, akan mendapat bantuan lebih banyak jika BN meraih kemenangan dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.

Idea cetusan menteri yang terkenal dengan kontroversi berhubung skandal seksnya dengan bekas pembantu rumah Indonesianya, Robengah, turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh artis tempatan sebagai tanda terima kasih terhadap keputusan Najib Altantuya memberi dana permulaan RM2 juta buat yayasan tersebut tahun ini selain berjanji akan menyumbang RM3 juta lagi tahun hadapan (selepas pilihanraya umum).
Diketuai penyanyi Irwan Shah atau lebih dikenali dengan nama artisnya DJ Dave, yayasan ini turut mempunyai penasihatnya sendiri iaitu pengerusi Kelab Putra Umno, Abdul Azzez Abdul Rahim yang bertindak membawa masuk beberapa artis seperti Amy Search, Ibnor Riza, Mus dari kumpulan May dan Jamal Abdillah menyertai parti reput itu beberapa bulan lalu.

Persoalannya, mengapa baru sekarang Najib Altantuya baru tersedar pengaruh artis juga turut mampu memberi imbuhan politik terhadap BN?

Apakah dengan kemasukan artis terkenal seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Hairie Othman dan Dayangku Intan (sekadar menyebut beberapa nama) ke dalam parti dalam Pakatan Rakyat menyebabkan Rais Yatim dan Najib Altantuya mula terasa bahang penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat hingga sanggup menubuhkan YA1M yang sememangnya berbau politik?

Wajarkah Najib Altantuya mengheret penggiat seni tanah air berkecimpung dalam bidang politik dan meminggirkan katak-katak lompat yang pernah dibelinya semasa rampasan kuasa di Perak pada 2009?

Walaupun artis tidak dihalang dari berpolitik mengikut fahaman masing-masing, jelas dengan tindakan Najib Atantuya ini membuktikan bahawa BN sememangnya terdesak hingga mengetepikan pemimpin parti komponennya sendiri yang tidak lagi dianggap membawa faedah terhadap kelangsungan BN untuk terus berkuasa di Putrajaya.

Apa saja dahan yang dianggap boleh dipaut akan terus dipegang Najib Altantuya bagi mengelakkan dirinya dan BN ditumbangkan Pakatan Rakyat menerusi pilihanraya hatta berkorban harta dan nyawa sekalipun!

JALAN PULANG
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/panas-bn-makin-terdesak-artis-pula.html

Friday, November 9, 2012

UTUSAN jadi pencaci lagi - Isu Majlis Perbandaran roboh rumah tanpa notis dan zalim Melayu.. ini penjelasannya..!!

Kantoi - Bukan Utusan Meloya kalau bukan menipu


Hari ini Utusan Meloya dengan tajuk provokasi : Melayu Pulau Pinang semakin dizalimi - cuba buat putar belit mengenai perobohan sebuah rumah kononnya di punyai oleh seorang warga emas yang tinggal bersama dengan anaknya yang OKU (Orang Kuat Umno?) tanpa sebarang notis. Laporannya di sini
 
Puak-puak Umno dan Barisan Nasional Penang memang dah lama cuba memburuk-burukan dan menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.

Wanita warga emas itu (gambar sebelah) bukanlah pemilik sebenar bangunan tersebut.

Pemiliknya, adalah En.Md.Noor bin Tahir. Beliau telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/= atas kesalahan  dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 bila kes tersebut di bawa ke mahkamah.

Dakwaan Utusan Meloya kononnya tindakan dilakukan tanpa sebarang notis adalah pembohongan yang disengajakan dan sangat menjijikan.Bukan Utusan Meloya kalau tak menipu!

Tuan punya premis pun sudah akui kesalahannya dan telah didenda oleh mahkamah.

Namun dia terus engkar dengan arahan merobohkan bangunan tambahan yang dilakukan tanpa sebarang pelan dan kelulusan dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.

Menurut sumber, pihak Majlis telah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.

Pada 8 Nov. 2012, Jam 10.00 pagi , Petugas-petugas pihak penguatkuasa telah tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah.


Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit (lihat gambar atas) – bukan keseluruhan premis tersebut sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Meloya.Lagi-lagi menipu kerja puak-puak nih!

Namun pada jam 11.30 pagi operasi tersebut terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak bilamana 10 samseng Melayu tiba dan membuat kecoh di situ.

Siapakah samseng Melayu itu? Siapa lagi kalau bukan puak-puak dari Umno! Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada, kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal. Sila baca kronologi kes ini di sini
 
---------------------------------
 Kronologi: Roboh binaan 'haram' di Sg.Gelugor selepas 5 tahun jiran adu
BiNAAN 'haram' pada rumah pusaka ini undang rasa tidak selesa serta mengganggu kediaman jiran-jran sejak lima tahun lepas.
 
SEKUMPULAN Direktorat Penguatkuasaan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) semalam menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno - gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tanpa kebenaran membabitkan sebuah rumah milik Melayu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.
 
Seorang pemandu jentera turut dikasari selain cermin jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.
 
Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehingga jam 11.30 pagi sebelum menerima campur tangan polis.
 
Dilaporkan, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tertangguh sungguhpun aduan penduduk setempat kepada Majlis dilakukan sejak lima tahun lepas lagi.
 
Ekoran itu, beberapa blog serta Facebook mesra pembangkang Pulau Pinang - Umno dan Barisan Nasional - mula menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.
 
PenangInsight.com pagi tadi cuba mendapatkan maklum balas Jabatan Pembangunan MPPP mengenai insiden yang dikatakan membabitkan rumah pusaka seorang warga emas (kiri) berbangsa Melayu bersama anaknya.
 
Sumber memberitahu, langkah penguatkuasaan itu sebenarnya adalah hasil aduan jiran setempat sendiri sejak lima tahun lepas dan MPPP telahpun melaksanakan prosedur berwajib sebelum langkah akhir merobohkan binaan tanpa kebenaran itu cuba dilakukan semalam.
 
Malah kata sumber lagi, Majlis pernah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.
 
Berikut adalah kronologi kes bagi membuktikan MPPP mengikut prosedur sebelum langkah meruntuhkan binaan haram itu cuba dilakukan semalam.
 
2007, 1 Oktober – Satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah dijalankan tanpa kebenaran. 
 
Majlis juga telah menerima aduan berhubung pembinaan ini.  
 
Tambahan adalah dari jenis tiang dan konkrit bertetulang berukuran 10' 0'' x 80' 0'' dan juga pada bahagian depan 20' 0'' x 10' 0''. 
 
Tiada sebarang pelan dan kelulusan diperolehi dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.
 
2007, 11 Oktober – Notis susulan dibawah Sek.72(6) Akta Jalan Parit dan bangunan dikeluarkan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk meroboh dan mengosongkan premis terbabit .
 
2008, 2 Januari – Notis 24 jam Sek.97 dikeluarkan meminta pemilik mematuhi arahan notis sebelum ini dan juga notis untuk memberi MPPP kuasa untuk memasuki bangunan bagi tujuan penguatkuasaan.
 
2008, 21 Julai – Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk kesalahan dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 En.Md.Noor bin Tahir pemilik premis  telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/=.
 
2008, 4 November - Kes ini kemudiannya dibentang ke mesyuarat JPO pada untuk tindakan perobohan.
 
2009, 19 Januari - Penguatkuasa telah memberikan amaran lisan kepada pemilik premis.
 
2009, 17 Februari - Satu surat rayuan daripada YB Koid Teng Guan telah diterima meminta Majlis menangguhkan tindakan perobohan dan beri tempoh masa kepada pemilik untuk mematuhi notis. 
 
Rayuan ini telah dipanjangkan kepada Tuan SU utk pertimbangan dan pemilik diberikan tempoh 3 bulan untuk patuhi undang-undang.
 
2009, 12 Mac - Surat makluman kepada YB Koid Teng Guan dan pemilik berkenaan lanjutan tempoh 3 bulan telah dikeluarkan pada 12/3/2009. 
 
Untuk makluman pemilik tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan kepada majlis sehingga kini dan struktur haram di tapak juga dibiarkan terbengkalai dan tidak dirobohkan. 
 
Tempoh lanjutan juga telah tamat dan tiada sebarang permohonan dikemukakan.
 
2012, 7 Disember – Pengadu En.Zulkifly menghantar emel kepada Majlis menyatakan kelewatan Majlis mengambil tindakan ke atas aduan yang beliau yang telah berlarutan selama 5 tahun.
 
2012, 25 Julai – Memo jabatan kepada Penguatkuasa minta tindakan penguatkuasaan dijadualkan.
 
2012, 28 Ogos – Surat pemberitahuan kepada YB Kawasan Tuan S.N Rayer dan juga kepada YB Exco dikeluarkan untuk memaklumkan  tindakan penguatkuasaan yang akan diambil ke atas premis ini.
 
2012, 4 Oktober – Surat maklumbalas dari YB kawasan Tuan S.N.Rayer diterima memaklumkan yang pihak YB tiada bantahan ke atas tindakan penguatkuasaan.
 
2012, 7 November – Memo diterima dari Pejabat Penguatkuasa memaklumkan yang perobohan akan dilaksanakan pada 8.11.2012 ke atas premis tersebut.
 
2012, 8 November – Jam 10.00 pagi tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah. 
 
Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit, bermula jam  lebih kurang 10.00 pagi dan pada jam 11.30 pagi operasi terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak.
 
Di mana pada jam lebih kurang 11.15 pagi terdapat sekumpulan ( 10 orang ) pemuda melayu tiba dan membuat kecoh ditapak.
 
Pemandu jentera berantai telah dikasari oleh pemuda-pemuda terbabit dan cermin kaca jentera tersebut telah ditendang hingga pecah oleh salah seorang daripada mereka. 
 
Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal.
 
"Kronologi kes ini akan dibentangkan kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat, mungkin minggu depan untuk menolak fitnah pihak-pihak tertentu," ujar sumber kepada PenangInsight.com.
  
INFO DARI :
http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/11/kantoi-bukan-utusan-meloya-kalau-bukan.html
http://penanginsight.com/artikel/kronologi-roboh-binaan-haram-di-sggelugor-selepas-5-tahun-jiran-adu

Tuesday, November 6, 2012

Utusan Malaysia, akhbar paling banyak bayar saman…




RASA kasihan juga bila baru-baru ini Utusan Malaysia membebel bila dilarang masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk membuat liputan. Maka, bila tidak puas hati dengan larangan itu, dituduhnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng fobia. Mana tidaknya, kalaulah kita dikejar orang gila, pun akan fobia juga.

Maka berkokoklah Awang Selamat memperli Ketua Menteri, Lim Guan Eng, “berani kerana benar, takut mungkin kerana salah”. Senang cerita beginilah, kalau nak jadi akhbar rasmi UMNO, ishtihar sajalah. Tak payah nak berselindung lagi dengan lesen akhbar harian, pembaca pun dah naik muak dan meluat.

Guan Eng bukan takut kerana salah atau berani kerana benar. Masalahnya, bila diberi muka kepada Utusan Malaysia masuk membuat liputan, silap gaya; kalaulah yang dicakap  itu emas, dilaporkannya pula sebagai besi buruk. Kan hodoh benar bunyinya tu1.

Utusan Malaysia ‘raja spin’

Bukannya kita tidak tahu, sebelum ini pun bos Utusan Malaysia pernah ajar blogger UMNO untuk  spin-putar belit berita. Kata Zaini Hassan Ketua Pengarang Utusan Malaysia tersohor itu, “Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta supaya memihak kepada kita, itu okay.”

Maka sebab itulah tidak hairan kalau Utusan Malaysia kalah banyak saman. Baru-baru ini Utusan Malaysia kalah kepada Lim Guan Eng sendiri, kenalah bayar RM200,000. Sebelum itu juga pernah cuba membatalkan saman mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syad Hussin Ali yang menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta tetapi gagal. Utusan Malaysia juga pernah kalah saman dengan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pada 2009 pula, Utusan kalah saman kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu “Pak Janggut”.
Suka Cabai Burung memetik kata-kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, “Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya,” katanya berseloka.

Banyak kali kalah saman tapi tak serik dan tak sedar diri

Bayangkan, siapa saja yang tak pernah kena fitnah dengan Utusan Malaysia, hampir kebanyakan pimpinan Top 10 Pakatan Rakyat biasa difitnah malahan sezuhud-zuhud Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang duduk di rumah papan buruk itu pun pernah dituduh ‘makan suap.’ Tidak serik dengan saman, bermula semalam, mereka keluar lagi fitnah baru ke atas Ahli Pafrlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa, Nurul Izzah kata; Melayu bebas pilih agama?

Utusan cipta rekod

Adegan kalah saman Utusan Malaysia itu menyimpulkan kepada kita beberapa pencapaian utama akhbar propaganda UMNO itu sekitar sedekad ini.

Pertama, Utusan Malaysia menjadi akhbar pertama di Malaysia yang paling banyak disaman, kedua Utusan Malaysia paling banyak kalah dalam kes tuntutan saman dan ketiga, berjaya menjadi akhbar paling banyak kena minta maaf untuk mengelak bayar tuntutan saman.

Kita tunggu dan lihat saja nanti. Utusan Malaysia kena ingat, bab tabur fitnah ini bukanlah kebebasan bersuara yang wajar. PR perjuangkan kebebasan menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan dengan cara yang demokratik. Bukannya kebebasan bersuara untuk membuat fitnah sana-sini. Utusan Malaysia agaknya kena masuk balik sekolah wartawan kot.
 
 http://www.pencacai-semalaysia.com/2012/11/utusan-malaysia-akhbar-paling-banyak.html

Sunday, November 4, 2012

Dayus betul Ulama Umno di permainkan oleh Apek Porno nih!


Pelik atau gila babi jenis apa Apek Porno ini? Bila Jamil Khir kata, Hukum Hudud PAS tidak akan memberi kesan kepada orang bukan Islam, dia kata Khir tidak cukup mendalam buat kajian mengenainya (Hudud PAS) dan cabar untuk berdebat. 
Bila orang PAS tuduh dia dan MCA menentang Hudud, Apek porno ni kata MCA hanya tentang Hudud PAS . Bohong murakkab betul apek Porno nih! 
Bukankah Apek Porno ini yang marah-marah bila ADUN Umno Kemelah , Ayub Rahmat, pada 20 Jun lalu cadangkan Umno supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di Johor? 
Hudud PAS pun dia tentang, Hudud Umno pun dia tentang. Walhalnya, Hudud Allah yang dia tentang itu. Mana ada Hudud PAS atau Umno? Hudud hanyalah kepunyaan Allah - bukan hak PAS atau Umno.
Apek Porno ini yang naik berang terus tuduh Ayub sebagai "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut . Dia menulis dalam tweeternya : "ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam. 
Umno masih tak kata apa-apa pun mengenai Apek Porno ini. PM Najib atau Muhyiddin memanglah sengkek pasal ugama. Korang masih pilih orang jahil ugama jadi pemimpin, nak kata apa? 
Tapi bagaimana pula penasihat-penasihat agama Umno macam Tok-Tok Mufti yang makan gaji berstatus exco? Masih tidur kekenyangan kah? Dayus betul ulama-ulama yang ada dalam Umno, termasuklah Noh Gadut, Kazim , Fathul Bahri …. 
 
http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/11/dayus-betul-ulama-umno-di-permainkan.html

Saturday, November 3, 2012

Mejer Bersara yang hendak tumpah darah di Negeri 9 malam tadi lari pie mana tak tau..??

Kain rentang ugutan, himpunan rakyat di Seremban hambar?

KAIN RENTANG DAN UGUTAN MEJER PENCEN, MENYEBABKAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DISEREMBAN MENJADI HAMBAR, SUNYI SEPI DAN GAGAL MENARIK PARA PENDENGAR??????



Admin agak terkejut bila ada kain rentang yang dipasang dijejantas jalan kaki bagi menunjukkan bantahan "rakyat" Negeri Sembilan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan semalam di Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Kain rentang dipasang ekoran ugutan pertumpahan darah bakal berlaku jika penganjur enggan membatalkan himpunan tersebut. Ugutan pertumpahan darah ini dikeluarkan oleh seorang askar pencen yang pernah menyandang pangkat Mejer, Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria

Mungkin rakyat terus gentar, terketar-ketar kepala lutut ketakutan menyebabkan Himpunan Kebangkitan Rakyat terus lengang, sunyi sepi, hambar dan tiada sambutan langsung.

DSAI, TGHA dan LKS terpaksa berceramah didepan khalayak kosong.

Disitulah hebatnya NGO berdarah dan berjiwa pekat UMNO kalau mengeluarkan ugutan dan amaran.

Sebelum ini Jamal Sekinchan Ikan Bakar keluar ugutan dan amaran serupa kepada para peserta himpunan aman ambang merdeka janji bersih diDataran Merdeka.

Memang dasyat impak dan kesan mamat askar pencen ini beb!!!!!

Najib Razak pun tak sehebat beliau dalam memberi gertakkan dan ugutan.

PERGH!!! bertuah betul nasib UMNO memiliki pejuang seperti beliau!!!!..Lain kali kalau nak sekat dan halang rakyat dari datang kesatu-satu perhimpunan anjuran PR, sila gunakan kepakaran mamat askar pencen ini...BERBALOI BEB!!!!

Kata-kata admin ini berpaksikan kepada fakta bergambar beb!!!

Kalau tidak yakin dan percaya... Lihat saja gambar-gambar yang dimuat naikkan..

ALAMAK!!!!!!!.. salah muat naik gambarlah beb!!!!!.. Ingatkan bila kena gertak dan ugut, rakyat tak berani nak turun, tetapi sebaliknya.. LAGI DIGERTAK LAGI RAKYAT TURUN BERDUYUN-DUYUN.

DIA INGAT INI POLITIK ZAMAN BATU KE?

http://omakkau.blogspot.com


Wednesday, October 17, 2012

Ini ada Idea nak bagi NAJIB UMUM pilihanraya awai...!!

oleh: Madie

Wa rasa ramai di kalangan kita yang dah tak sabar2 menanti tarikh pemgumuman pembubaran parlimen yang menjadi hak eksklusif PM Najib@Rosmah Mansor. Semua rakyat ternanti2 dengan penuh debaran siapa yang bakal mendapat mandat untuk ke Putrajaya selepas selesai pembuangan undi.

Tapi ianya masih menjadi misteri kerana tahap keyakinan PM Najib@Rosmah belum mancapai peratusan yang tinggi. Tu pasal la PRU 13 masih tetap menjadi teka teki, isu yang paling membuntukan rakyat demi membuat keputusan yang bijak.

Wa cadangkan kita semua amalkan tips ni jika kita semua mahu PRU 13 di adakan dalam masa terdekat ni.
Memula sekali kita kena puji kepimpinan PM Najib@Rosmah ke tahap yang paling maksimun. Kalau boleh pujian tu bagi nampak real supaya tak kelihatan seperti memperli pulak. Kalau perli, maka makin lambat la PRU 13 akan di adakan.


Member2 yang buat printing T Shirt tu kalau boleh kita print T Shirt muka Najib dengan Rosmah banyak2 dan edarkan bagi semua anak muda pakai. Pakai tau, jangan buat kain lap kaki pulak. Lepas tu kita buat press conference menyatakan sokongan gila babi kepada pimpinan PM Najib@Rosmah. Kalau boleh buat lebih gila dari babi sampai babi pun naik pening dengan sokongan yang di terima PM Najib@Rosmah secara tiba2 tu.

Tips seterusnya, kalau ada ceramah anjuran Umno/BN dan penceramahnya terdiri dari kalangan katak lompat terutama Hasan anak Ali dan Zul Kulim, kita penuhkan kerusi yang selalunya kosong tu. Kesian pulak wa tengok dengan penceramah barua Umno ni bila asyik bercakap dengan kerusi jer setiap kali ceramah.

Kat rumah kita pulak, kita gantung bendera Umno. Paling kurang setiap satu rumah satu bendera. kalau penuh keliling rumah lagi canggih bhai.. Kat kereta pulak, kita tampal stiker Umno. tak kira la macam mana bentuk stiker nya janji mencerminkan penyokong Umno totoks.

Wa cadangkan lagi, paper Utusan yang dah jadi suratkhabar lama, yang dijual untuk buat recycle dan bungkus nasi lemak sebab takdak sapa nak beli tu kita borong bagi habis setiap hari. Kalau boleh elok sampai jer paper tu kat kedai2, kita borong semua sekali.

Ceramah anjuran Pakatan Rakyat pulak jangan kita pergi. Biar penceramah Pakatan Rakyat pulak yang bercakap dengan pokok sebab ceramah PR selalunya tak di sediakan kerusi. Maklum la, dana tak berapa nak cukup untuk sewa dewan. Lagipun kalau apply dewan pun konfom tak dapat punya. Awal2 lagi dah tentu kena reject walaupun sewa yang di kenakan dua kali ganda mahal berbanding Umno/BN yang rasanya tak payah pun bayar sewa.

Lepas tu kita kutuk kaw2 pulak Pakatan Rakyat, tak kira la kat FB ke atau kat mana2 saja. Dalam blog pun boleh, kalau rajin buat fitnah cam PapaGomo buat tu.Tapi dosa lu tanggung sendiri la.

Apa saja isu yang di bangkitkan Pakatan Rakyat kita sanggah, terutama isu Scorpene yang melibatkan nama PM Najib@Rosmah dengan Zahid Hamidi tu. Kalau boleh kita buat demo mendesak Pakatan berhenti mainkan isu tu lagi. Kita pakat ramai2 turun demo ala2 BERSIH. Biar penuh jalanraya. Don’t worry, konfom tak kena tear gas dengan water cannon punya.

Amacam? Ada berani ke geng2 semua nak buat macam tu. Kalau nak tunggu PM Najib@Rosmah nak umumkan tarikh pilihanraya dalam keadaan suasana politik yang dok ada sekarang ni, maka sampai kesudah la PM Najib ni tak berani. Takut kehilangan kuasa yang dah seperti telur di hujung tanduk. Eh!! PM Najib@Rosmah ni ada telur ka??

keh keh keh keh keh keh keh keh keh..