Showing posts with label Blogger BN. Show all posts
Showing posts with label Blogger BN. Show all posts
Sunday, January 20, 2013
Monday, January 14, 2013
Membongkar Fitnah Blogger UMNO di #KL112 - Bendera ISRAEL itu di edit.....!!!
Ini sahabat saya, Ahmad Hafiz Zakaria. Pernah tinggal serumah selama 2 tahun, apa yg dapat saya rumuskan beliau adalah seorang yg berseni, radikal dan lantang bersuara/berkarya. Maka apabila beliau upload gambar memegang bendera Israel BERPANGKAH di Himpunan Rakyat #KL112 semalam, saya tidak hairan kerana itulah Apih yg dikenali.
Namun apabila blog2 pencacai pakat sebar pic beliau dan bendera Israel TANPA PANGKAH, itu ternyata memfitnah dan memberikan tohmahan terang2an melalui skill photoshop picisan. Sila jengah blog yang buat fitnah tersebut :
P/S: Saya tak join sebarang perhimpunan rakyat, tapi saya juga tidak tengok Buletin Utama. Semalam saya balik jenguk Mak Abah lagi bermakna.
Monday, January 7, 2013
Antara Dr.Novandri, Papagomo & Sobri Sudin.....!!!
Maaf: Khalid ucap tahniah kepada Dr Novandri

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti rugi di atas fitnah terhadap beliau.
“Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan,” tulis beliau yang juga AJK PAS Pusat di dalam blognya http://www.khalidsamad.com.
Berikut tulisan penuh beliau.
Kenyataan Maaf Dr Novandri
Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti-rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya. Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.

Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui. Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat. Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ianya budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia.
Saya mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara kita.
Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik UMNO/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Melalui kemenangan PR dalam PRU ke 13 ianya akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insyaAllah.
Berkaitan:
Shah Alam MP Khalid and blogger reach settlement (The Star)
Blogger apologises to Khalid Samad for crucifix caricature (The Malaysian Insider)
Pro-Umno blogger apologises to Khalid Samad (Malaysiakini)
Blogger Umno minta maaf kepada Khalid Samad (HarakahDaily)
Sunday, January 6, 2013
TAHNIAH... sebelum ini UTUSAN asyik KANTOI... Kini tiba masa BLOGGER UMNO pulak menerima nasib yang sama..!!!
Blogger Umno minta maaf kepada Khalid Samad
Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.
Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.
Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.
(Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)
Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.
Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.
Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri.
Berikut adalah permohonan maaf dari Novadri yang mesti disiarkan dalam Harakahdaily dan juga blog beliau, novandri.blogspot.com
Thursday, December 27, 2012
Sedap MULUT DIA kata kat Penyokong PR... MALAYSIAL..!!!
Semuanya bercakap atas dasar tak ada data dan fakta....
Antara Isu yg dikemukakan sekadar berhujah menunjukkan mereka hebat.... UTUSAN yg diagungkan itu sudah KALAH SAMAN beberapa kali... sedangkan HARAKAH yang dikatakan itu tak ada SAMAN yg boleh dikatakan mereka menang.....
Tak kesah nak baca yg mana tapi kena adilllah..compare kedua belah cerita..buat penilaian..jangan dihujah cuma sebelah pihak....
BAB LEMBU.. Apa puncanya..iaitu bagi loan bela lembu pie beli kondo.. dalam UTUSAN tak cerita tapi dalam HARAKAH ada cerita KONDO nie... habis jika fitnah kenapa tak SAMAN...
BAB BALAK.. bukan BALAK tapi TANAH...kan dah kata org PAJAK bukan BAGI TERUS..lepas tu ia diberi atas kapasiti PROPOSAL USAHA LADANG RAKYAT dan JIKA UMNO ada PROPOSAL silakan janji bagi UNTUNG... ini dalam UTUSAN tak cerita...yg ada di SINAR HARIAN & HARAKAH....
BAB HUDUD---takyah sembang la 2x5 ja UMNO dgn CSL tuu..
BAB Kalimah ALLAH...kan KENYATAAN AKHBAR PAS dah tentang guna kat BIBBLE..PAS cuma setuju guna di GEREJA sebab alasan di BIBBLE ia tak boleh guna ALLAH dia kena guna GOD sebab BIBBLE nie akan digunakan untuk depa dakwah kpd org ISLAM nanti org ISLAM kompius... ALLAH SIAPA.. GOD SIAPA.. TUHAN SIAPA...TAPI jika guna di GEREJA yg org KRISTIAN pon tak nak sebab bila nama ALLAH guna di gereja dia akan didengaq pakai oleh puak dia jadi kita biarkan penganut mereka sendiri yg mencari siapa itu ALLAH... habis APA YG TAK KENANYA????
itu SURUH BACA KEDUA BELAH PIHAK... tapi bila dilihat berhujah ANDALAH HEBAT..itulah HUJAH GENG UMNO.... lepas sedap ja kata kat PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.. MALAYSIAL....
Saturday, December 22, 2012
Mamat UMNO panggil NIK AZIZ sebagai GILA BABI..!!
Muhyiddin pun sekadar guna BAHASA KIASAN iaitu CELUPAR tetapi kamu nie apa yang hebatnya menggelarkan orang GILA BABI... sehuduh-huduh NIK AZIZ di mata kamu iai ada anak murid sedang berlajar di Sekolah Agama kendalian beliau di PULAU MELAKA... dia ada KULIAH MINGGUAN di IBU NEGERI KOTA BHARU, dia jadi PEMIMPIN bagi sebuah Parti PAS yang mana berdaftar dan di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia...
Pemimpin atasan pun Main HARAM JADAH anak buah dia bawah patutlah hebiaq mulutnya... BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA...
Monday, December 3, 2012
Tu dia aihh Sampin Pemimpin UMNO harga sampai RM5000...???
SAMPIN PEMIMPIN UMNO BERNILAI RM5,000 PERSEPSI ATAU REALITI?
Oleh Mummy Rokiah
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.
UMNO dilabelkan sebagai parti kronisme, elitis, ‘lavish’, sudah tidak mesra rakyat, egois dan korup. Golongan muda di luar melihat UMNO sebagai parti yang ada peluang.
Ada peluang masuk U walaupun result tidak seberapa, ada peluang dapat kerja, ada peluang dapat projek melalui kontek, ada peluang naik pangkat malah ada peluang jadi YB.
Di sekitar perhimpunan agung UMNO 2012 baru-baru ini wakil-wakil mereka mempamirkan wajah-wajah yang berseri yakin menang PRU13 kerana buat masa dan ketika ini Presiden mereka di dalam suhu yang kuat.
Ada wajah yang sudah nampak kecut tetapi dibotokkan atau paling tidak diinjek vitamin C supaya cekang dan merinin untuk memudakan wajah yang sudah tua.
Sampin dan songket berbenang emas berbagai warna tidak kurang bernilai di antara RM3 ribu sehelai malah ada yang RM8ribu.
Pemimpin utama mereka bergentanyangan dengan kereta mewah dan motor besar tergolong di dalam kelab ‘the big boys toys’.
Paling ketara ialah Pak Menteri-Pak Menteri sentiasa dipagari ‘bodyguard’-‘bodyguard’ berwajah bengis mungkin dibimbangi sukar dikawal apabila didekati ramai rakyat kerana ramai rakyat sudah mula terpengaruh dengan ucapan semangat mereka ‘UMNO mesra rakyat’.
Paling tidak pun mereka bimbang diserbu rakyat untuk bersalaman kerana rakyat ingin merasa denyut nadi tangan Pak Menteri yang lembut seperti baldu. Di dalam bas semasa balik dari persidangan tidak kering air lior bercerita kerana dapat bersalaman dengan Pak Menteri.
Di penjuru luar dewan perhimpunan duduk sekumpulan Mak Cik-Mak Cik pemerhati yang datang dari Johor tumpang di meja bulat kami kerana lenguh badan bersimpuh mendengar Ucapan Perasmian Presiden UMNO di laluan pejalan kaki luar dewan persidangan.
Apabila diprovok mereka mula membuka cerita tentang perjuangan UMNO sambil menjamah nasi lemak dan teh tarik PWTC yang berharga RM4/.
Wajah-wajah Mak Cik yang putih berseri bertepung disapu bedak buku nampak seperti sudah berumur dalam lingkungan 60an atau mencecah awal 70an. Katanya biar ditoreh tangan yang berdarah menyokong lain daripada UMNO tidak sekali. Ekpresi wajah Mak Cik yang kedut otomatik menjadi tegang tanpa botok apabila bercakap tentang perjuangan beliau dahulu dan dalam masa yang sama menghentam PAS.
Konklusinya, bukan darjat dan rupa untuk diperkata. Tetapi itulah yang berlaku di depan mata. Bukan UMNO yang berdosa. Tetapi pemimpinnya yang alpa dan leka.
Meminjam kata nasihat Tun M “Pemimpin bukan setakat mesti bersih tetapi mesti dilihat bersih”.
http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/12/sampin-pemimpin-umno-bernilai-rm5000.html
Sunday, November 18, 2012
Wednesday, November 14, 2012
Tuesday, November 13, 2012
TG Nik Aziz di fitnah lagi oleh facebooker UMNO..!!!
oleh AnakKedah007
Ini fakta sebenarnya.. gambar asal yang mana mamat nie ambik untuk buat fitnah...
+
Sudah-sudahlah POLITIK FITNAH sebegini... Jika TG Nik Aziz ada melakukan kesalahan mencuri duit rakyat, rompak harta rakyat, rasuah, salah guna kuasa maka dedahkanlah... kami pun hendak tahu juga penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan oleh beliau itu...
Adakah disebabkan anda semua sudah putus modal maka POLITIK FITNAH pula anda lakukan dalam hidup anda...
ini pula tulisan SAHABAT SAYA - amenorworld bab fitnah ini...
Hari ini gua terjumpa di fb seorang sahabat telah mengunakan sekeping gambar TG Nik Aziz sedang tidur untuk mengolah satu perbuatan yang mengatakan TG Nik Aziz tidur di Pejabat... sedangkan yg jelas gambar itu menyatakan maksud yg sebaliknya....
Kepada sahabat kita ini di harap anda hentikanlah Politik Fitnah dan adu domba ini..sebanarnya ia tidak menguntungkan diri kita tambahan pula akan timbul isu fitnah dan kita sendiri akan terpalit DOSA...
inlah sahabat tersebut....
Ini fakta sebenarnya.. gambar asal yang mana mamat nie ambik untuk buat fitnah...
+
Jadi gua harap MAMAT nie INSAF lah jangan dek kerana KERATAN GAMBAR FITNAH itu anda terpaksa mintak ampun pada TG Nik Aziz di akhirat kelak...
Kita jika nak berpolitik dan berhujah di persilakanlah.... tak kisah..Pertama sekali bila kita menulis biar menulis dari hati yang tulus ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Lumrahnya manusia akan mendapat hasil apa yang dia semai.
Sudah-sudahlah POLITIK FITNAH sebegini... Jika TG Nik Aziz ada melakukan kesalahan mencuri duit rakyat, rompak harta rakyat, rasuah, salah guna kuasa maka dedahkanlah... kami pun hendak tahu juga penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan oleh beliau itu...
Adakah disebabkan anda semua sudah putus modal maka POLITIK FITNAH pula anda lakukan dalam hidup anda...
Jika kita semaikan kebenaran, fakta, mendedah penyelewengan demi maslahah ummah, membongkar kezaliman untuk menyelamatkan manusia dari dianiayai, melakukan islah maka insyaAllah kita akan memperolehi sokongan, penolakan terhadap kebatilan dan kesedaran untuk melakukan perubahan.
Tetapi jika niat kita berperang di alam maya untuk memuaskan nafsu serakah dengan membelasah musuh, menyindir, menghina apatah lagi memfitnah maka apa yang kita tuai ialah kemarahan dan kebencian yang tiada hujung pangkal.
Mendedahkan kejahatan seseorang atau sesuatu kelompok demi untuk menyelamatkan masyarakat terbesar dari terus tertipu adalah diharuskan tapi ingat, betulkan niat terlebih dahulu dan jangan menyerang mengatasi keperluan.
Jika beginilah kelaku yg di tunjukan tak mustahil semakin hari orang akan semakin jauh dengan politik FITNAH ini dan yang akan rugi PARTI ANDA sendiri...
ini pula tulisan SAHABAT SAYA - amenorworld bab fitnah ini...
Tuan Guru Nik Aziz kena marah sebab tidur kat pejabat.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/tuan-guru-nik-aziz-kena-marah-sebab.html#ixzz2C4WalsFA
Saturday, September 22, 2012
Aduhai blogger UMNO..Orang sembang HUDUD depa pon nak sembang.. mana ada Hudud bicara kes rogol..!!!
Hudud bicara kes rogol pulak dahh? kalau tak reti pasai hudud toksah dok bersembanglah, nampak kata bodo
Oleh TOK SENAPI
Terbaca sebuah artikel dari blog UMNO sukarela ni mengenai hudud. Tengok tang tajuk pun dah merapu tapi saja TS lajak pi baca isi. Ish ish nampaknya jahil murakab sungguh puak-puak yang lebih kenai setan dari malaikat ni mengenai hudud.
Isi yang diulas panjang lebar tu rupanya idea copy paste dari bahan yang cetuskan kira-kira 20 tahun lalu sewaktu DUN Kelantan yang luluskan Enakmen Jenayah Syariah (II) yang mengandungi hukum hudud, iaitu perihal perempuan tak bernikah tau-tau mengandung.
Jawapan yang dibuat secara ilmiah oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ketika itu jelas dan jitu, sehingga tidak dapat dicabar oleh ulamak UMNO, tapi mungkin penulis artikel UMNO masa tu tak masuk jawi (budak kanyag lagi) jadi tak dapatlah penjelasan tu. TS cuba cari tengok kalau jumpa kita siar penjelasan tu... tapi penjelasan sementara bolehlah Tok Senapi bagi untuk clearkan kebengongan penulis blog UMNO tu.
1. Hukum hudud tidak bicara kes rogol tapi bicara kes zina, yakni suka sama suka. Beza rogol dengan zina ialah satu paksa, satu suka sama suka. Zina bicara ikut hudud manakala rogol bicara ikut takzir atau sekarang ni disebut Penal Code.. dah ada pun dang-undang tu.
Berikut adalah kesalahan-kesalahan hudud:
a) Sariqah (mencuri);
b) Hirabah (merompak);
c) Zina (melakukan persetubuhan haram);
d) Qazaf (membuat tuduhan bahawa seseorang itu melakukan zina yang mana tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi);
e) Syurd (meminum arak atau minuman yang memabukkan); dan
f) Irtidad atau riddah (keluar daripada agama Islam).
Semua kesalahan hudud itu adalah berdasarkan nas Al-Quran... jangan dok pertikailah!
2. Apa kes pun yang berlaku, melibatkan jenayah syariah atau sivil ia tidak terus di bawa ke mahkamah tetapi mesti melalui proses siasatan. Kadang-kadang siasatan tu memakan masa yang lama bagi untuk mengumpul bukti. Misalnya kes 'khalwat' Badrul Amin dah berbulan sampai sekarang tak habis lagi siasatan dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lagi baru siap (contoh saja tu). Nak habag kata siasatan untuk kes syariah memang teliti. Selepas siasatan selesai serah pula kat pendakwa untuk dakwa bawah seksyen apa. Kalau pendakwa kata siasatan tak lengkap patah balik kat polis atau pihak berkenaan, kalau tak cukup bukti tak boleh dakwa. Kes rogol, sumbang mahram secara paksa kena masuk Penal Code, tak boleh dakwa bawah hudud. Hanya kes yang jelas berkaitan kesalahan hudud baru bicara ikut hukum hudud.
3. Semua kes jenayah syariah kena dibaca atau dirujuk dengan semua enakmen yang sedia ada. Hudud yang dilulus di Kelantan atau Terengganu tu tak boleh dibaca bersendirian melainkan dengan lain-lain enakmen yang berkaitan. (Nak bincang hak ni kena pakarnya yang ulas) cuma nak habag bagi bukan boleh baca enakmen yg terbabit dengan hudud tu saja macam yang diulas penulis UMNO tu, tak betoi!
4. Kanun jenayah syariah yang mengandungi hudud yang dilulus di Kelantan dan Terengganu tu bukan dibuat oleh ulamak PAS semata-mata dan bukan dibincang sejak PAS menang tapi sebelum itu lagi, dengan perbahasan oleh ulamak-ulamak besar dunia. Antaranya Prof. Dr. Ahmad Ibrahim pakar syariah... ni pun satu masalah jugak, puak2 UMNO tu kenai ka Dr. Ahmad Ibrahim, agaknya depa lebih kenai Siti Nurhaliza berbanding Dr. Ahmad Ibrahim. Kalau setakat Loyar Buruk Zul Nordin ilmu dia taik kuku Dr. Ahmad Ibrahim pun takdak mengenai syariah. Jadi kalau setakat penulis cabok blogger UMNO tu tak payah nak cabarlah para ilmuan besar Islam dunia.
Cukup dulu 4 hujah atau penjelasan tu... nasihat TS pada penulis tu, pi balik mengaji dulu nuu balik mai baru kita boleh berhujah. Nak berhujah dengan orang jahil macam tu la ni buang masa saja...
Tuesday, September 18, 2012
Blogger UMNO lah punca dok pelaga bagi cerita AZIZAN & PHAHROL timbul semula...
oleh depakata.co.cc
Depa kata dok tengok lanie ada puak UMNO yg dok cuba nak pelaga AZIZAN dgn PHAHROL semula... puak2 nie dok bubuh jarum hang aku dok bagi dua-dua ORANG nie bermusuh satu sama lain... jadi kami harap dua-dua org nie tak termakan jarum puak UMNO nie....
Puak UMNO nie lah yg dok jadi dalang semua nie... sampai keluaq cerita merapu PHAHROL santau AZIZAN sampai semalam AZIZAN rebah di KUIN... sedangkan AZIZAN masih dalam pemantaun doktor disebabkan kesihatan beliau baru-baru ini..[ KLIK SINI]
Punca kesihatan begitu pun bukan sebab apa beliau berkerja dengan kuat sikit pada bulan ramadhan tempohari benda nie semua tak sangkut paut dengan benda syirik tuu.... buat tambah dosa jaa dok pikiaq macam tuuu....
Namun disebabkan nak bubuh jarum bagi berkelahi maka depa puak UMNO nie pun mereka-reka cerita sebegini.....
Jadi nasihat kami.. di harap kedua belah pihak AZIZAN dgn PHAHROL teruskanlah berkerja untuk kedah sejahtera dan jangan termakan mainan JARUM puak UMNO ini.... biarkan mereka terjun dengan labu-labu mereka...
Monday, September 10, 2012
Fitnah Terbaru Blogger Upahan UMNO: Ini Jawapannya...
Sebelum itu ini artikal dari blogger UMNO :
EKSKLUSIF TERHANGAT DARI KEDAH..!!! BUKTI KRONI AZIZAN DIBERI PROJEK BALAK JUTAAN RINGGIT..!!!
Fitnah UMNO Kepada MB: Inilah Jawapan Saya Setakat Ini...
Hari ini MBI panggil semua Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang berada di bawahnya, dan dibuat penyusunan semula Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat dari pagi hingga petang. Saya menunggu hingga jam 7 malam untuk mendapat laporan dan maklumat tambahan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh beberapa blog UMNO beberapa hari lalu.
Petang khamis lalu, sewaktu menjanjikan jawapan itu, CEO MBI ada memberi penjelasan ringkas setakat yang berada dalam pengetahuannya daripada maklumat yang digali daripada fail projek itu. Kerana saya sudah berjanji untuk cuba memberikan jawapan selepas Isnin, maka saya perturunkan dulu apa yang saya ada, sebelum MBI memberikan maklumat detail terhadap persoalan itu jika ada!
Polisi Kerajaan PR.
Bagi semua galian yang ditemui, diterokai, dieksploit daripada tanah kerajaan atau hutan simpan, oleh mana- mana pihak sama ada orang perseorangan atau syarikat, kerja-kerja mengusahasil mestilah dibuat kerjasama/usahasama dengan mana- mana GLC dengan pembahagian pulangan yang dipersetujui bersama. Polisi awal kerajaan ialah pembahagiannya mestilah 51-49, di mana GLC mesti memegang 51%.
Oleh kerana polisi peratusan ini (yang bertujuan memaksimakan pendapatan kerajaan melalui GLC) agak berat, ia telah memperlahankan kemasukan pelabur, aktiviti penerokaan hasil-hasil baru dan menurunkan minat pengusaha dalam aktiviti terbabit. Seterusnya ia boleh membantutkan pendapatan hasil royalti, cukai dan premium kepada kerajaan dan pendapatan GLC. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memberikan mandat kepada mana- mana GLC yang menceburi bidang ini untuk mengadakan rundingan tentang pembahagian hasil yang munasabah dengan syarikat atau perseorangan yang meneroka dan menemui apa-apa galian dan mengemukakan permohonan untuk mengadakan usahasama dengan mereka. Amalan kerajaan BN sebelumnya ialah 30-70, GLC makan kuah, pengusaha makan isi.
Bagi GLC yang memiliki tanah sendiri dan galian ditemui sendiri seperti PKNK dan PKB yang menemui deposit batu besi yang banyak dalam tanah mereka, GLC itu sendiri mempunyai mekanisme sendiri untuk melantik operator secara tender atau rundingan. Dalam kes terbaru tanah PKB di Gurun, mereka membuat sendiri kajian harga pasaran dbahan itu dan membuat tawaran kepada mana- mana syarikat untuk membayar RM60 setiap tan metrik batu besi yang dikeluarkan dari tanah mereka. Bagi tanah PKNK di Aman Jaya, PKNK telah membuat tender terbuka dan beberapa syarikat telah dilantik sebagai pengusaha (operator) dengan kadar harga berdasarkan gred galian itu.
Kenali MBI dan Strukturnya di Bawah Kerajaan Baru.
MBI ( Menteri Besar Incoorporated) adalah sebuah syarikat Holding yang wujud sebelum 2008 (tahun berapa saya tak pasti- mungkin sudah berpuluh tahun) dan dibuat penyusunan semula di tahun 2009 dengan melantik CEO dan pegawai-pegawai (Pegawai Operasi, Pegawai Kewangan, Juruaudit Dalam, Pegawai Pemasaran, dan lain-lain) seperti mana syarikat-syarikat holding yang lain di negara ini.
Sebelum kerajaan bertukar tangan, MBI dikawal sendiri oleh Menteri Besar secara langsung. Antara syarikat yang wujud dan ditubuhkan di bawah MBI adalah PKB, Kedah Agro Industries Sdn Bhd, KCE (sudah digulung), Kedah Corp. Berhad (KCB), dan lain-lain. SADA adalah entiti baru yang diletakkan di bawah MBI di zaman PR. CEO pertama MBI ialah Sr. Hj Che Had Dhali (2009-2011), Dato' Bakar Din ( 2011-2012- D.O Kota Setar sekarang) dan Dato' Hj Shabudin Shafie (2012 - sekarang).
MBI dikawal oleh sebuah Lembaga Penasihat (berfungsi seperti Lembaga Pengarah) yang dianggotai oleh YAB MB sebagai Pengerusi, Dato' Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wira Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Penasihat Undang-undang Negeri dan YB Dato' Amiruddin Hamzah dan seorang Setiausaha Syarikat dari firma luar.
Selain berfungsi menyelia anak-anak syarikat dimilikinya, MBI juga menjalankan perniagaannya sendiri melalui kerjasama yang dijalankan dengan syarikat dan perseorangan yang datang mengemukakan proposal perniagaan mereka. MBI kini berjaya melaksanakan projek Ladang Sejahtera di beberapa lokasi dan merancang lebih banyak projek itu di masa depan.
Antara kejayaan besar MBI Di bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra yang mengusahakan tanah milik kerajaan tetapi tidak menyerahkan hasil kepada kerajaan negeri seperti yang dipersetujui dalam perjanjian. Sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan (dipejam mata) oleh kerajaan dulu berjaya dikorek kembali daripada Felcra dan pembayaran sedang dibuat berdasarkan perjanjian.
Kes Yang Dibangkitkan Oleh Blogger Upahan UMNO
Dalam kes galian quartz (apa benda quartz tu saya pun tak tahu) yang diteroka dan ditemui di satu kawasan hutan simpan oleh sebuah syarikat (Quartzcity Global Resources yang dituduh sebagai kroni MB Kedah yang dapat anugerah projek berjuta- juta) yang dimiliki oleh seorang lelaki berketurunan siam dan seorang lelaki melayu bernama Ikram Shafie.
Setelah menemui galian itu atas usaha mereka meneroka, membuat kajian jumlah deposit, lab testing dan kerja-kerja permulaan, mereka telah membawa penemuan ini kepada MBI untuk mengadakan kerjasana berdasarkan polisi semasa kerajaan negeri. Pada masa itu, kawasan itu BUKAN tanah milik MBI dan bukan MBI yang menemui atau memiliki galian itu dan menganugerahkan kawasan itu kepada syarikat Quartzcity Global seperti yang digambarkan oleh blogger UMNO dalam fitnah terbaru mereka itu.
Satu perjanjian usahasama telah dimeterai antara MBI dan syarikat itu untuk mengusahasil galian tersebut. Antara persetujuannya ialah permohonan hak milik tanah dan permit galian dibuat oleh MBI supaya tanah itu terus menjadi milik kerajaan melalui GLC (kerajaan tidak kehilangan tanah kepada pihak swasta) dan urusan pelantikan operator untuk mengeluarkan galian quartz itu adalah urusan Quartzcity Global Recources setelah dipersetujui kedua-dua pihak.
Blogger UMNO membuat tuduhan bahawa MB telah memberi projek tanpa tender ini kepada kroninya, Ikram Shafie. Siapa Ikram Shafie? Saya bertanya MB malam kelmarin, adakah ada pertalian darah atau bau-bau bacang dengan Ikram Shafie.
Katanya dia kenal Ikram Shafie tetapi tiada pertalian darah. Aku kenal dia sebab isteri dia sewaktu zaman kanak-kanak pernah tinggal dengan Sheikh Hamzah, bapa mertua aku. Budak-budak panggil dia Pak Su Am! Dia seorang peniaga, apa dia meniaga aku tak tau, kata MB. MB tanya pasai apa hang tanya. Saya menerangkan kes blogger UMNO membawa fitnah baru bahawa Ustaz bagi projek juta- juta kepada kroni bersangkut dengan galian quartz dan mencuci kawasan yang MBI nak tanam nenas.
Oh! Macam tu! Cuba Hang tanya depa beberapa soalan, katanya.
PKB dok korek batu besi di Gurun, siapa korek aku tak tau, tapi aku juga jadi Penegrusi PKB, adakah aku yang bagi batu besi tu kat depa, dan adakah depa tu juga kroni aku?
Aku juga pengrusi PKNK dan ada banyak syarikat dapat batu besi depa di Aman Jaya, aku bagi juga ka? Kroni aku ka?
Aku juga Pengerusi KUIN dan banyak syarikat dok buat bangunan baru di Kuala Ketil, adakah aku juga bagi projek tu kat depa dan depa tu kroni aku juga ka?
Hang bagitau depa, di semua syarikat kita ada kumpulan pengurusan yang dok buat kerja depa. CEO buat kerja dia, kerani buat kerja dia, kalau semua aku buat, depa nak buat apa? Dalam kes quartz tu, satu hari 'Jan Siam' ada mai jumpa bagitau dia jumpa satu galian yang harga mahal di dalam hutan di Kubang Pasu ka Sintok ka tak ingat dah.
Kalau benda tu berjaya diusahakan, Kedah akan dapat hasil yang baik sebab benda tu tak ada di tempat lain. Aku kata baguih la hang tolong cari benda-benda yang boleh menjadi hasil baru kerajaan negeri. Jadi aku suruh dia pi kat MBI buat urusan dengan depa untuk korek benda tu. Masa tu Dato' Bakaq (Bakar Din) jadi CEO. Apa urusan depa lepas tu aku tak ambik tau sebab aku dan serah kat MBI buat apa yang wajar sebab kita sudah buat polisi tentang galian.
Pasai cuci kawasan nak tanam nenas tu salah tang mana pulak? Tanya MB. Saya terangkan - Blogger UMNO kata kroni MB dapat balak atas tanah tu berjuta-juta. Dalam surat tu MBI minta sejuta sebagai deposit untuk cuci dan bangunkan infra dia atas tanah MBI seluas 200 ekar. Mehat Saari (COO- Ketua Pegawai Operasi) yang sain surat tu. CEO bagitau saya dia tak dimaklumkan apa-apa oleh Mehat tentang kerja-kerja tu. Surat-surat dan fail semua dia pegang sendiri. COO boleh sain surat ka? MB bertanya. Saya jawab sepatutnya semua surat CEO yang sain. Mehat buat hal pulak dah ka? Tanya MB.....
Cuba hang kira berapa harga sehektar kayu atas kawasan tu kalau memang ada kayu balak? Kata MB.
Kalau ikut surat tu, RM1 juta untuk 200 ekar, satu ekar harganya adalah RM5000 dan kalau sehektar darab saja dengan 2.47 (1 ha = 2.47 ekar). Jawabnya RM12,350 sehektar. Maknanya depa membayar lebih daripada itu sebab depa juga diminta membangunkan infra seperti jalan, parit dan kolam air di atas tanah itu untuk tanaman nenas.
Hang tanya depa zaman UMNO dulu berapa depa dapat daripada sehektar kawasan balak?... Hang tolong jawab kat depa!
Jawabnya- Semua orang sudah maklum, di zaman UMNO, kerajaan cuma dapat RM1 ribu bagi hutan dara dan RM500 untuk kawasan sudah kerja seperti kawasan yang depa kerjakan itu. Sebagai perbandingan, pembalakan tebang dan cuci untuk projek ladang rakyat (ladang sejahtera) di lokasi lain yang ditender oleh Jabatan Perhutanan ialah RM11 ribu - RM12 ribu sehektar bagi kawasan dalam kategori seperti itu.
Soalan akhir saya kepada MB... Ustaz!, ada ka tidak Pak Su Am pernah jumpa dan minta apa-apa berkaitan projek ni...MB jawab ringkas...Berani dia nak cakap benda macam tu dengan aku!!!?
Kesimpulan:
1. Dokumen Komunikasi Antara Dua Syarikat Usahasama
Surat yang didedahkan oleh blogger upahan UMNO itu adalah surat biasa yang mengandungi komunikasi antara dua syarikat yang menjalankan usahasama untuk mengeluarkan galian quartz yang ditemui oleh Quartzcity Global dan membawanya kepada MBI untuk mengadakan usahasama seperti yang ditetapkan oleh polisi kerajaan.
2. Pengurusan projek ini dibuat oleh pengurusan MBI.
Seperti projek-projek lain di GLC yang lain, semua urusan dan keputusan operasi seperti ini tidak dibuat oleh MB, malah COO MBI tidak melaporkan kepada CEO MBI, apatah lagi melapor kepada MB.
3. MBI bukan dikawal secara langsung oleh MB seperti di zaman UMNO
Dengan struktur dan pengurusan MBI seperti yang ada sekarang, MBI bukan dikendalikan sewenang-wenangnya seperti zaman BN. Semua polisi dan keputusan dasar diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh wakil-wakil yang berautoriti dalam bidang pentadbiran, kewangan, undang-undang dan pelaburan.
4. Terlalu jauh untuk mengatakan Ikram adalah kroni
Ikram tidak pernah bersuara tentang aktiviti syarikatnya kepada MB, jauh sekali untuk melobi dan mendapat anugerah berjuta-juta. Bersandarkan pemerhatian saya tentang hubungan Ustaz Azizan dengan orang yang dikenalinya, melobi projek kerana kenal secara pribadi, kerana satu parti, kerana mencari duit untuk tolong parti, atau kerana kawan lama - adalah langkah pertama menempa kegagalan. Hal itu yang paling dibencinya. Berniaga kerana hang seorang peniaga, bukan kerana hang kenai aku! UMNO ditolak rakyat kerana tabiiat buruk ini. Itu pegangannya.
Dalam kes ini, Hanya 'Jan Siam' yang memang kerjanya mencari galian sejak zaman BN lagi berjumpa dan dia diminta menguruskan hasrat syarikatnya itu dengan pengurusan MBI. Apa yang dibuatnya dengan pengurusan MBI selepas itu adalah diluar pengetahuan MB dan itu adalah urusan mereka sendiri. Mustahil untuk mengatakan Jan Siam kroni juga.
5. Harga kayu balak dan jaras melebihi harga tender
Daripada kiraan mudah berdasarkan maklumat dalam surat jawapan kepada permohonan Quartzcity Global, dan perbandingan dengan kawasan hutan yang memang kaya dengan balak yang diberi secara tender oleh Jabatan Hutan, harga itu sudah munasabah, malah sudah melepasi harga tender. Secara logik, mana mungkin pengurusan MBI mencari kawasan yang semak yang jauh di tengah hutan belantara dengan pokok dua tiga pemeluk untuk dibangunkan sebagai ladang nanas. Antara kriteria pemilihan tanah untuk bangunkan oleh MBI ialah kawasan yang sudah diceroboh dan diterokai secara haram oleh mana-mana pihak- untuk mengelak aktiviti penerokaan haram terus berleluasa.
Adapun jika ada sebarang perkiraan antara mereka yang mengurusaturkan hal ini diluar pengetahuan, menyalahi dasar, polisi, etika dan arahan yang ditentukan oleh pengurusan tertinggi MBI, dan matlamat serta hala tuju kerajaan Pakatan Rakyat yang terangkum dalam slogan Kedah Sejahtera-Nikmat Untuk Semua... Merekalah yang harus menjawabnya di hadapan Allah swt.
Adapun pihak blogger UMNO yang merencanakan fitnah jahat ini, saya serahkan kepada mereka untuk bertaubat, insaf, sedar dan menoleh sebentar ke belakang, melihat apa yang pimpinan mereka telah laksanakan di zaman mereka diberi kuasa dan mengapa mereka ditolak oleh rakyat. Kami tidak mungkin mengulangi kesilapan dan kebangkrapan amanah dan integriti seperti mereka. Dakwaan, kritikan, serangan pribadi dan pendedahan untuk meraih keuntungan politik dan mendedahkan keburukan parti lawan patut bersandarkan maklumat dan bukti yang lebih kukuh, sahih dan berwibawa. Wallahu a'lam.
Sunday, August 12, 2012
Fitnah Maha Dahsyat blogger UMNO Kedah
Oleh Tok Senapi
Apakah mereka sudah tidak sabar menunggu 'rakan-rakan mereka' yang sedang dirantai dibebaskan menjelang akhir Ramadhan? Maka mereka mengambil alih kerja jahat iblis syaitan untuk terus menyesatkan manusia dengan fitnah yang maha dahsyat ini?
Mereka menyiarkan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah, walhal itu adalah sebesar-besar fitnah dan pembohongan yang diulang-ulang saban waktu. Mereka sangat percaya dengan falsafah Goeble Menteri Propaganda Hitler yang berkata, "Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dipercayai orang." Mereka langsung tidak takut azab Allah terhadap pemfitnah, pembohong, penipu dan penyesat umat manusia.
Mereka menyiarkan foto-foto lucah tanpa memikirkan kesannya terhadap akhlak masyarakat yang melihat foto-foto seperti itu. Dalam kamus hidup mereka tiada halal, haram, dosa, pahala, mereka akan buat apa sahaja kejahatan asal dapat memuaskan kehendak juhalak nafsu para pemimpin atasan mereka yang memberi sedikit upah kepada mereka?
Kepada umat manusia yang membaca pendedahan perihal fitnah jahat blogger UMNO ini fikirkanlah... adakah golongan terkutuk macam UMNO ini layak kita sokong??? Waliyazubillahiminzalikk...
INGAT FITNAH,
INGAT TEAM MEDIA KEDAH!!!
Tuesday, July 31, 2012
Blogger UMNO Fitnah MB Kedah lagi... Bilakah Kerajaan negeri nak saman kaki fitnah ini..??
Fitnah jahat blogger UMNO terkantoi lagi...

(MB Kedah Ditahan Bersama $etiausha Politik & Ketua Eksekutif PKNK oleh $PRM Di Sebuah Hotel)
Foto dan berita di atas Kedah La petik dari sebuah blog UMporNO bodopiang dengan fitnah terbarunya terhadap MB Kedah. Sekali tengok nampak jelas cara buat teknik superimpose langsung tak professional... agaknya masa dia pi kursus dari Yahudi APCO kat Janda Baik dulu dia tak beri perhatian dekat pengajar, asyik dok teringat jandanya.
Dalam alam maya yang ramai orang ada info bahan penipuan bukan boleh bertahan lama, sebaik keluar fitnah tu maka muncullah pembaca mendedahkan foto asalnya.

Kantoi lagi nampaknya anak didik Yahudi APCO ni. Agaknya mungkin kerana tokguru Iblis depa kena rantai laa ni, maka kerja mereka di bulan posa ni semua tak menjadi.
Kesimpulannya... INGAT UMNO, INGAT FITNAH!!!
INGAT FITNAH, INGAT UMNO!!!
UMNO DENGAN FITNAH MACAM
GARAM DENGAN MASIN...
(MB Kedah Ditahan Bersama $etiausha Politik & Ketua Eksekutif PKNK oleh $PRM Di Sebuah Hotel)
Foto dan berita di atas Kedah La petik dari sebuah blog UMporNO bodopiang dengan fitnah terbarunya terhadap MB Kedah. Sekali tengok nampak jelas cara buat teknik superimpose langsung tak professional... agaknya masa dia pi kursus dari Yahudi APCO kat Janda Baik dulu dia tak beri perhatian dekat pengajar, asyik dok teringat jandanya.
Dalam alam maya yang ramai orang ada info bahan penipuan bukan boleh bertahan lama, sebaik keluar fitnah tu maka muncullah pembaca mendedahkan foto asalnya.
Kantoi lagi nampaknya anak didik Yahudi APCO ni. Agaknya mungkin kerana tokguru Iblis depa kena rantai laa ni, maka kerja mereka di bulan posa ni semua tak menjadi.
Kesimpulannya... INGAT UMNO, INGAT FITNAH!!!
INGAT FITNAH, INGAT UMNO!!!
UMNO DENGAN FITNAH MACAM
GARAM DENGAN MASIN...
Wednesday, July 25, 2012
Tuduhan Rasuah RM1.3 Juta, Setiausaha Politik MB Kedah Saman Blogger Umno
ALOR SETAR - Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melantik peguam untuk mengendalikan kes Fitnah mengaitkan dirinya dengan tuduhan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan beberapa hari lalu.
Beliau berkata, sidang media bersama peguam akan diadakan Ahad ini untuk menjelaskan kepada umum perkembangan kes itu.
"Tunggulah dan kami akan memberi maklumat terkini mengenai dakwaan itu," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya menyokong tindakan Muhammad Sanusi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui blog pro-Umno.
“Walau apa jua alasan, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri.
“Tambahan pula beliau (Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah. Kita amat kesal dengan tuduhan berkenaan,” katanya.
Ahmad berkata, budaya fitnah-menfitnah tidak sepatutnya ada dalam mana-mana parti politik.
“Sepatutnya dalam bulan Ramadan, kita seharusnya bertimbang rasa, berkasih sayang serta tidak dicemari dengan unsur fitnah.
“Satu tindakan tegas sepatutnya dikenakan terhadap penfitnah yang menyebarkan perkara ini,” katanya.
Sinar Harian semalam melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menafikan memanggil Muhammad Sanusi untuk siasatan kes rasuah bernilai RM1.3 juta.
Sementara Sinar Harian kelmarin, melaporkan Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia sebagai propaganda murahan d an perangkap politik musuh, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.
Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM.
Beliau berkata, sidang media bersama peguam akan diadakan Ahad ini untuk menjelaskan kepada umum perkembangan kes itu.
"Tunggulah dan kami akan memberi maklumat terkini mengenai dakwaan itu," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya menyokong tindakan Muhammad Sanusi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui blog pro-Umno.
“Walau apa jua alasan, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri.
“Tambahan pula beliau (Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah. Kita amat kesal dengan tuduhan berkenaan,” katanya.
Ahmad berkata, budaya fitnah-menfitnah tidak sepatutnya ada dalam mana-mana parti politik.
“Sepatutnya dalam bulan Ramadan, kita seharusnya bertimbang rasa, berkasih sayang serta tidak dicemari dengan unsur fitnah.
“Satu tindakan tegas sepatutnya dikenakan terhadap penfitnah yang menyebarkan perkara ini,” katanya.
Sinar Harian semalam melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menafikan memanggil Muhammad Sanusi untuk siasatan kes rasuah bernilai RM1.3 juta.
Sementara Sinar Harian kelmarin, melaporkan Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia sebagai propaganda murahan d an perangkap politik musuh, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.
Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM.
Iblis pun ada cuti, puak ni kerja fulltime 12 bulan...!!!
Oleh: Tok Senapi
Isu yang blog Tok Senapi.. opss blog Kedah La fokuskan sejak awai posa ni ialah isu fitnah. Banyak sudah TS postkan bahana memfitnah dan akibat besaq yang terpaksa ditanggung di akhirat, walaupun mungkin terlepas kat dunia ni.
Di Kedah ada satu kumpulan manusia yang kerja mereka memfitnah tak kira waktu. Bukan setakat bahan yang dibawa fitnah tetapi bahasa yang digunakan cukup kotor, menjijikkan, memberi gelaran buruk, mengejek, menghina, memaki hamun, menyemai kebencian, menyemarak permusuhan dan 'paling koman' pun kalau tak fitnah atau bohong depa akan siarkan kenyataan yang diputarbelit atau mencetuskan persoalan berupa suk dzon (jahat sangka) jadi bila pembaca bertanya 'betoi ka ni?' maka ia adalah satu kejayaan bagi mereka.
Semua kerja jahat ini khabarnya dilatih dan diberi elaun. Sedih jugak TS, duit kerja haram itu yang digunakan untuk bela anak bini di rumah.
Semua tahu bahawa Iblis dah dirantai di bulan puasa ni. Kira-kira Iblis pun ada cuti sebulan tapi puak-puak ni kerja jahat full 12 bulan. Agaknya bila Iblis dibebaskan habis Ramadhan nanti, Iblis pun salute dekat puak-puak ni punya kerja.
Walaupun mungkin cakap TS tak akan diendahkan oleh puak-puak tu tapi TS tak akan berputus asa untuk terus beri nasihat sebagai para Sahabat Rasulullah SAW serta para pejuang Islam tidak henti-henti berdakwah... Nasihat TS wahai rakan2 blogger UMNO, hentikanlah kerja-kerja yang mengundang dosa itu.
Selamat mengimarahkan Ramadhan. Tabarokallah.
Di Kedah ada satu kumpulan manusia yang kerja mereka memfitnah tak kira waktu. Bukan setakat bahan yang dibawa fitnah tetapi bahasa yang digunakan cukup kotor, menjijikkan, memberi gelaran buruk, mengejek, menghina, memaki hamun, menyemai kebencian, menyemarak permusuhan dan 'paling koman' pun kalau tak fitnah atau bohong depa akan siarkan kenyataan yang diputarbelit atau mencetuskan persoalan berupa suk dzon (jahat sangka) jadi bila pembaca bertanya 'betoi ka ni?' maka ia adalah satu kejayaan bagi mereka.
Semua kerja jahat ini khabarnya dilatih dan diberi elaun. Sedih jugak TS, duit kerja haram itu yang digunakan untuk bela anak bini di rumah.
Semua tahu bahawa Iblis dah dirantai di bulan puasa ni. Kira-kira Iblis pun ada cuti sebulan tapi puak-puak ni kerja jahat full 12 bulan. Agaknya bila Iblis dibebaskan habis Ramadhan nanti, Iblis pun salute dekat puak-puak ni punya kerja.
Walaupun mungkin cakap TS tak akan diendahkan oleh puak-puak tu tapi TS tak akan berputus asa untuk terus beri nasihat sebagai para Sahabat Rasulullah SAW serta para pejuang Islam tidak henti-henti berdakwah... Nasihat TS wahai rakan2 blogger UMNO, hentikanlah kerja-kerja yang mengundang dosa itu.
Selamat mengimarahkan Ramadhan. Tabarokallah.
UMNO Kedah dah "GHELAI" dah nak habaq kat hangpa...
UMNO Kedah dah ghelai!!!
Oleh: Saiburi Sudin
'Ghelai' adalah istilah orang Kedah yang bermaksud terungkai, hancur atau berpecah. Itulah gambaran UMNO Kedah sekarang. Dailog-dailog kat bawah ni SS kutip dari sebuah blog UMNO pro Mukhriz. Yang komen tu ialah orang UMNO tulen..
tarak superimpose punya. Anda nilailah sendiri nooo. Lepas tu anda pakat azam tak maulah nak sokong parti beserabut @ ghosot macam UMNO ni. Lingkop negeri mokalau bagi depa perintah.
Tanpa Nama berkata... Adakah Pokok Sena merupakan salah satu Bahagian yang terlalu banyak masalah?
Tanpa Nama berkata... Yg dah konpom Padang Serai.Bukan UMNO saja BN pun teruk.Banyak nahoda.
Pengundi Kupang berkata... BALING PUNYA UMNO PUN KALUT. LAGI SERABUT.
Nayan berkata... Aku ingat Sik pun ada masalah. UMNO dah tak wujud. Yang wujud hanya Ketua Bahagian.
Tanpa Nama berkata... Punca paling besaq UMNO berpecah belah satu ja, dalam UMNO terlalu ramai mat terap non graduate pencen dan cikgu non graduate pencen. Depa ni la duri dalam daging paling besaq, majlis umno haram tak penah mai dan tak penah sokong tapi kalau Mokhzani, Mukhriz dan Mahathir mai, depa la yang paling kalut dok jengoi muka kat belakang. Memang haram jadah betoi mat terap dan cikgu pencen ni,gunting dalam lipatan.
1 Melayu berkata... Bahagian Sungai Petani Hancur Lebur,semua nak jadi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat,12 orang AJK mencalonkan nama masing masing untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN.
1 Melayu berkata... Bahagian Merbok nampak tenang tapi kocakan dibawah tunggu hari bom jangka nak meletup,Ketua Bahagian nak semua untuk dia,AJK Bahagian semua half past six,hidup segan mati tak mahu tapi sebut saja nak jadi wakil rakyat,melenting semua bangun dari tidur,semua kata aku layak !
Sri Keledang. berkata... Di Baling sentimen mahu anak watan jati tempatan untuk calon BN cukup panas. Baling untuk Baling.Tak perlu kolonial ala baru.
Seniman Bukit Perak berkata... Mat Sabu sudah hampir pasti akan bertanding di Palrimen Pendang.Siapa tokoh BN yg layak untuk tumbangkan Timabalan Presiden PAS itu. Rozai/Suraya/Osman Bedul/Din Tahir.
Tanpa Nama berkata... Jangan dok mengarut la 1Melayu woii, orang lain semua half past six, kalau hang berani, teloq masih dok ada, mai la bertanding bahagian merbok...Setakat dok melalak kat belakang, dok berlakon depan mokhzani, mukhriz boleh la...mukhriz pun tau hang tara mana... bertanding ajk masjid/surau pun hang tak pernah menang... memang orang tak suka hang, tak payah la hang dok tunjuk samseng taik kucing...memang patut hang dok luaq umno pun... hidup bagaikan bangkai...
Tanpa Nama berkata... Biaq pi la ketua bahagian merbok nak kat dia, kalau hang rasa tak puas hati, hang ja la bertanding ketua bahagian merbok, kami nak tengok hang setara mana... Hang pi kencing umno bahagian-bahagian lain boleh la...kat merbok semua orang kenai hang... hang ni bodoh saja, jenis parasit... selama hang dok dalam umno cuba hang bagitau kami, apa jasa hang kat umno? hang ni kira nak bagi ahli umno pecah belah saja... budak sehari dua dok dalam umno boleh la hang kencing meleleh, kami ni dok dalam umno dulu lagi dari abg hang masuk umno, kami kenai hang luaq dalam... jenis tak kenang dek untung...
Anak Tg. Dawai. berkata... Tanpa Nama Ahad ,Julai 22,2012 12:49:00 AM.Tahniah diatas komen ada yang bernas dan cukup berani,sekurang kurangnya anda berani memaki hamun sesiapa saja yang bertentangan pendapat dengan anda,kalaulah sifat berani ini diterjemahkan dengan menyerang blog blog pembangkang seperti Kedah La, Milo suam,Tukar tiub,Bakaq penarik beca,Malaysia Kini,Malaysian Insider,Free Malaysia,Malaysia Today,Harakah ,Suara Keadilan,Suaram dan Roket,UMNO dan BN pasti menang dengan besarnya dalam PRU 13 nanti dan ianya dikuburkan oleh pejuang pejuang siber yang berani macam tanpa nama.
Malangnya adakah anda bercakap benar atau anda mahu mempertahankan orang orang tertentu,mahukah anda lihat pendedahan sebenar yang melibatkan AJK Bahagian dibongkar didalam media alternatif.Jika anda sanggup ,terdapat ramai orang yang tahu secara detail percakaran yang sedang berlaku antara Ketua Bahagian dengan Ketua Penerangan,Ketua Wanita ,Ketua Puteri,Timb Ketua Bahagian yang gambarnya bersama......di M....telah didedahkan ahli Merbok sendiri,pertelingkahan Ketua Caw dengan Su Bahagian @ Penyelaras DUN Tanjung Dawai dan banyak lagi bukti lengkap dengan gambar ! Berani kerana Benar.
Tanpa Nama berkata... Tu la hang, tak pernah menang jawatan bertanding di peringkat bahagian jadi lagu ni la. Pada pendapat hang, apabila ada perbezaan pendapat di sesuatu bahagian kira depa tu bergaduh la padahal perkara tu semua proses biasa dalam demokrasi. Bukan mcm hang, semua orang hang nak ikut cakap hang. Masalahnya, hang tu sapa? Kalau hang nak taksub kat individu tertentu dalam umno saja, lebih baik hang jangan masuk campuq dalam hal parti umno. Hang pi cari makan kot luaq cukup. Awat hang ingat kalau hang takdak dalam umno,umno akan jadi lemah? Jangan dok perasan la. Hang ni memang haram jadah. Bantu umno bukan dengan cara serang blog pembangkang saja,kalau kita dok dalam umno buat perangai elok2 bagi rakyat suka dah cukup membantu umno...Jangan dok jadi bodoh la woi
Buaian Petang berkata... Padang Serai ada 6 Jahanam.Mereka menjadi perosak dan kehancuran dalam UMNO. Kerana merekalah UMNO Padang Serai terus dilanda kerosakan.
Semoga pucuk pimpinan dapat pilih tokoh yg lebih baik dari agamanya,akhlaknya,kelikhlasannya,budi bahasanya,amanahnya,kesederhanaannya.Rekod yg bersih.
Anak Merbok berkata... Tanpa nama,hujah anda memang cukup hebat,kehebatan hujah beginilah yang akan menyebabkan UMNO dibenci oleh Rakyat dan rakyat akan menghukum UMNO dek kerana perangai ahli UMNO yang sombong lagi angkuh seperti Tanpa Nama.Sedarlah sikit Tanpa nama,ahli UMNO dalam Merbok hanya 19 ribu saja,jumlah pengundi hampir 70 ribu,UMNO tidak akan menang tanpa pengundi atas pagar dan bukan ahli UMNO mengundi UMNO .Jangan terlalu sombong ,angkuh dan terlalu yakin yang rakyat akan mengundi UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.Sepatutnya Tanpa nama kena terima kasih diatas teguran dan pandangan dan cuba menjadi seorang pemimpin dan ahli UMNO yang rendah diri serta sanggup menerima kritikan dan berani berubah.Kalau begini sikap Tanpa nama amat malang bagi UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada bangsa Melayu dimusanhkan oleh Pemimpin UMNO seperti Tanpa Nama.
Pemfitnah akan muflis di akhirat!!!
oleh KedahLa
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























