Showing posts with label UMNO Kedah. Show all posts
Showing posts with label UMNO Kedah. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Umno Kedah seperti anak ayam kehilangan ibu


Written by Editor Warta

BERCEMPERA. Kelam kabut dan hilang arah. Umno Kedah, sudah terang lagi bersuluh Umpama 'anak ayam kehilangan ibu'.Ia bukan lagi mitos dan sudah menjadi pengetahuan umum. Bukan sekarang tetapi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri lima tahun yang lalu.

Sekurang-kurangnya, BN telah berusaha menampakkkan 'kegelojohan' pemimpin tertentu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Malangnya, tidak di Kedah. Sama ada tiada yang layak untuk menyaingi Ustaz Azizan dan pasukannya ataupun masing-masing berebut tempat sama untuk menjadi hero.

Tiga watak utama yang menjadikan Umno Kedah umpama retak menanti belah ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, bekas MB Kedah Dato' Seri Mahazdir Khalid dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Mukhriz Mahathir.

Yang lainnya semua sibuk menjaga kawasan sendiri. Sukar untuk bagi mereka menyatakan sokongan yang 'bulat' antara ketiganya apatah lagi tiada dasar termasuk gerak kerja untuk membela nasib rakyat Kedah kononnya menderita di bawah kerjaan pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.


Khabarnya, Mahazdir Khalid sedang bersiap-siap membungkus kain baju untuk ke Pusat. Kerusi yang ditewaskan sudah pasti tidak akan kembali kepadanya. Secara tradisi yang kalah, sudah pasti tidak diberi muka, jauh sekali untuk menjadi pemimpin negeri.

Mahazdir sudah tidak dapat menahan bahangnya lagi, selain isu skandal yang tidak pernah dijawab, bekas MB Kedah ini telah meninggalkan jasa penyelewengan BN kepada Pakatan Rakyat Kedah sehingga terpaksa melunaskan tuntutan atas 11 projek sakit BN sejumlah RM403 juta serta lebih 10 mercu tanda 'gajah putih' yang menyakitkan mata.

Awalnya Mahadzir dan Umno Kedah mendapat tamparan hebat, apabila Presiden Umno melantik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Shafie Apdal dari Sabah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang secara tidak langsung membukti tiada pemimpin Umno Kedah yang layak dan wujud perpecahan dalaman Umno kerana merebutkan jawatan.

Setelah sedikit reda jawatan itu diserahkan kepada Bashah yang merupakan Adun Bakar Bata dan dalam masa yang sama Ketua Pembangkang di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ialah Mahadzir. Pertembungan diantara keduanya tidak dapat dielakkan lagi.

Di beberapa sesi sidang Dun, kelihatan keduanya tidak mesra dan tidak bersama dalam membangkitkan sesuatu isu malah tumpuan lensa dan liputan media lebih tertumpu kepada Mahazdir meskipun Bashah, sudah mula bersedia mengukur langsir baru di Seri Mentaloon.

Laporan kajian oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun lalu juga menambah cuka kepada Bashah apabila menunjukkan Mukhriz lebih popular sebagai bakal MB Kedah berbanding dua pemimpin BN lain iaitu Ketua Penerangan, Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) dan Mahadzir.

Mukhriz merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan jalannya penuh liku untuk kedepan memandangkan ada 15 ketua bahagian di Kedah yang berhasrat menjadi MB jika BN menang.

Manakala Mahdzir pula didakwa memainkan peranan sehingga bapa Mukhriz, Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno suatu ketika dulu.

Hebahan tentang kajian itu oleh media dilihat sebagai usaha menyingkirkan saingan yang lain dan dalam masa yang sama untuk mempromosi anak bekas Perdana Menteri, yang latar belakangnya kurang disenangi khususnya bagi masyarakat setempat di Parlimen Jerlun.

Ini kerana rakyat Kedah hampir sama seperti orang Kelantan yang lebih mementing latar belakang agama dan mahukan pemimpin yang dekat dengan rakyat pada setiap ketika. Tambahan pula lagi dengan Keluarga Tun Mahathir terlibat dengan Syarikat Arak terbesar di Asia Tenggara dengan harga RM2.9 bilion, dipengerusikan oleh Mirzan Mahathir.

"Susah nak kempen. Mukhriz jenis elit. Sukar dekati orang kampung. Tambahan pula kena tempias, keluarganya terlibat dengan syarikat arak. Orang Kedah tak mahu orang macam ni jadi pemimpin," kata seorang aktivis Umno.

Sungguhpun imej Mukhriz tercalar, Bashah sukar untuk berceramah dan berkempen di kawasan Jerlun dan Kubang Pasu walaupun beliau seorang pemimpin negeri. Menurut sumber sudah ada rombongan yang bertemu dengan Perdana Menteri yang tidak mahu Bashah menjadi MB Kedah sekiranya BN menang dan juga usaha seorang pemimpin Umno Kedah bahagian Selatan bertemu Timbalan Perdana Menteri yang mencalonkkan dirinya sendiri.

Basha kelihatan tiada sokongan akar umbi dan rakan sendiri. Dalam beberapa siri ceramah yang rata-ratanya di kawasannya sendiri, beliau terpaksa mengimport penceramah luar sebagai tarikan antaranya Abdullah Saamah dari Kelantan Kamal Saidin yang dikatakan pegawai khas MB Terengganu dan Ummi Hafilda. Seperti dijangka, tidak mendapat sambutan.

Kamal dalam ceramahnya menikam Basha secara berdepan apabila secara tidak langsung membuka pekung di dada tentang perpecahan dalaman Umno Kedah.

"Saya tak larat nak cakap dah...sudahlah...jangan bergaduh dan sibuk nak berebut jawatan. Umno kalau nak menang, janganlah berpecah," katanya.

Sayap penting, Wanita Umno Kedah juga sudah patah dan tidak berfungsi lagi.Semaklah di dada akhbar atau media, tiada sebarang aktiviti atau program demi membela nasib kaum wanita di negeri ini. Ketua Wanitanya Dato' Maznah Abdul Hamid, terkenal sebagai 'Iron Lady' tidak mampu menggerakkan jentera. Bisanya hilang entah ke mana.

Umno Kedah sudah tidak mampu mengangkat muka. Semua sibuk dengan urusan mempertahan atau merebut jawatan. Rakyat, sekeliling tidak pernah dipedulikan. Untuk menjawab penyelewengan BN Kedah lalu, jauh sekali. Akibat malu yang amat, mereka kini terpaksa berpaut kepada NGO khususnya Perkasa bagi membantah segala usaha murni kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekali Umno Kedah bangkitkan isu dan melempar tohmah,umpama ayam bertempiaran lari, tatkala disergah dengan jawapan tegas dan telus kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Mereka handal berkokok panjang namun ekor penuh 'saki baki'. [Warta Utara]

Tuesday, February 12, 2013

Jom Sekolahkan ADUN BN KEDAH Antara hormat dan biadap

Written by Editor Warta 

APABILA Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih, antara pesanan awal Mneteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan kepada kerajaan negeri ialah supaya bekerja dengan penuh amanah dan beliau sama sekali tidak menghalang sesiapa pun untuk mempunyai ideologi politik yang berbeza dengan beliau.

Beliau tetap menghormati hak dan tidak berlaku, pemecatan tugas kakitangannya kerana berfahaman politik berbeza. Ustaz Azizan cukup arif antara tugas kerajaan negeri dan parti.Itu semua diterapkan kepada pasukan pimpinannya.

Ustaz Azizan juga menghormati Kedaulatan Raja dan tidak pernah berlaku sengketa antara beliau dengan pihak istana. Setiap kali Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Kedah berangkat pergi atau kembali, beliau akan setia menanti di lapangan terbang untuk menyambut baginda.

Setiap hari Rabu, sama ada di Kuala Lumpur atau di Kedah, Ustaz Azizan akan bertemu dengan Tuanku untuk memaklumkan perjalanan dan keadaan negeri.

Begitu juga tahap menghormati tinggi kepada Perdana Menteri yang sudah berulang kali datang ke Kedah sama ada bagi tujuan rasmi ataupun parti, Ustaz Azizan akan tetap menyambut kehadiran pemimpin negara itu.


Namun berlainan pula dengan sikap yang ditunjukkan oleh BN Kedah khususnya wakil-wakil rakyat yang adakalanya dilihat biadap kerana sentimen politik yang kesumat dan mempunyai agenda kepentingan tersendiri.

Kemuncak kebiadapan mereka ialah ketika Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada 29 Januari lalu yang mana Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Permaisuri Haminah.

Apa yang berlaku, kerana sentimen politik kesumat, tiada seorang wakil rakyat BN Kedah yang hadir kerana tidak mahu dilihat menunjukkan sokongan di atas kejayaan Pakatan Rakyat membina KUIN demi pendidikan masa depan generasi akan datang.

Lebih mendukacitakan media milik BN, cuba 'menggelapkan' majlis rasmi itu berbanding liputan meluas dan secara langsung program yang melibatkan BN sendiri.

Dalam konteks Kedah, ini bukan kali pertama BN Kedah menunjukkan keangkuhan dan kebiadapan mereka.

BN Kedah sebelum ini mempertikaikan Pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 dilihat seolah mahu mencabar kuasa Sultan yang merupakan Ketua Agama Islam Negeri Kedah.

Ini kerana setiap pindaan berkaitan isu agama Islam perlu mendapat perkenan Tuanku.

"Setakat ini baru lulus pindaan belum warta lagi. Tugas saya hanya bentang usul pindaan itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) dan setelah tiada bantahan, usul diluluskan. Ia juga perlu perkenan Sultan," kata Ustaz Azizan.

Ustaz Azizan pernah mengingatkan pihak luar supaya tidak mempertikai pindaan yang dibuat dan membezakan bidang kuasa kehakiman dengan Jabatan Mufti.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, antara tujuan pindaan dibuat ialah supaya fatwa yang diputuskan tidak diseret ke mahkamah bagi membolehkan hukum itu ditarik balik.

"Kita juga mahu pandangan jawatankuasa fatwa dan mufti, yang diberi autoriti oleh Sultan Kedah, selaku Ketua Agama Islam Negeri Kedah dihormati,"katanya.

Kerajaan Pusat dilihat tidak menghormati bidang kuasa Sultan Kedah sebagai ketua agama Islam apabila melalui JAKIM telah memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah dalam satu majlis 4 April 2010 yang di rasmikan oleh Dato' Seri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Kerajaan Pusat.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak pernah dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai masjid hanya kerana sebab politik kepartian, seperti tuduhan yang dibuat oleh Adun Bakar Bata, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini.

Adun Bakar Bata dalam laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 April 2010 bertajuk 'Pegawai Masjid Dipaksa Bersara' telah menghasut pegawai-pegawai masjid tertentu supaya tidak mengisi borang M4 seperti yang diminta oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Tindakan ini terang-terangan telah mencampuri bidang kuasa KDYMM Sultan.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedar bahawa pentadbiran agama adalah di bawah bidang kuasa Sultan, sebab itu mengambil sikap tidak campur tangan.

Dengan itu tuduhan bahawa pelantikan dan pemecatan imam adalah kerana 'arahan politik' Kerajaan Negeri adalah tidak benar dan berniat jahat.

Sebenarnya, sikap, watak dan tindakan BN Kedah ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana mereka sudah mempunyai sejarah 'terdidik' dalam soal mempertikaikan dan mengaibkan Raja-Raja Melayu pada 18 Januari 1993.

Thursday, February 7, 2013

UMNO Kedah pie tengok konsert separuh bogel tu buat apa..!!!

oleh AnakKedah007

Ha Ha Ha..aduhai Mat Bashah.. nampaknya pakat kantoi macam tu ja hangpa kena putaq dengan geng pakatan rakyat..itu la buat kerja apa satu study dulu baru tembak...nie dak main cakap je walaupun isu tu nak kena balik kat batang tubuh hangpa....

Antara sebab-sebab inilah Najib dah tak bagi gerak kerja kempen nak tawan Kedah nie kat hangpa dah....dia serahkan semuanya kat geng third party..... cuba hangpa tengok apa Soo Nee jawab pasai konsert nie..

"dia kata konsert nie untuk geng MCA & GERAKAN..seba depa nie bantah sangat garis panduan persembahan di tempat awam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri...yang mana suruh pengajur memastikan artis yang buat persembahan kena berpakaian sopan..konsert nie sebenarnya dibuat secara tertutup dan hanya masyarakat cina saja yang terlibat..."... Sebelum ini MCA & GERAKAN begitu lantang kata Kerajaan Negeri hendak menyekat persembahan untuk masyarakat cina...


tetapi kerajaan negeri kata itu untuk persembahan ditempat terbuka yang mana ada orang Islam boleh pie tengok..benda nie tak boleh sebab orang Islam tak boleh terlibat dengan persembahan sebegini...jika orang cina nak buat ianya kena buat tertutup....

Tetapi jenis basa nak bantah dan bangkang nie....hangpa kira nak bangkang saja...last bila Soo Nee nie buat lagu nie..nah ambik semua pakat melenting...baru ada akai...hari tu hangpa bantah kata Kerajaan Negeri zalim tapi bila orang buat konsert nie nak kata hangpa boleh..tup tup hangpa suruh ambil tindakan pulak...eishh eishh letih tengok kelaku hangpa berpolitik...

Monday, February 4, 2013

Puteri UMNO Merbok tercengang tengok Sahabat pergi ambil BRIM pakai baju "BERSIH"

Pakai baju bersih ambil BR1M - Terpesona puteri umno dibuatnya... wakaka

"Saya belum kahwin LAGII...... sekali" 

Peristiwa berlaku ketika pengagihan wang BR1M di UITM Kedah. Seorang lelaki dengan bersahaja memakai baju BERSIH semasa menerima wang bantuan rakyat 1 Malaysia kurniaan kerajaan (bukan kurniaan BN).

Gadis dalam gambar kelihatan bersahaja menjalankan tugasnya walau berdepan dengan seorang yang berlawanan pegangan politik. Walau di dalam hatinya tidak siapa tahu. Mungkin pelbagai sumpah seranah bermain dalam benak fikirannya... wakaka

Walaupun pihak polis diberitakan telah mewartakan akan menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju BERSIH semasa mengambil BR1M 2.0, namun lelaki ini masih memakainya pada hari tersebut.

Tidak diketahui sama ada lelaki berkenaan ditangkap atau sebaliknya.

Sunday, February 3, 2013

Gambar yang tak disiarkan dlm Program HIMPUN BN di Std. Suka Menanti tempohari...

Patutlah wartawan kami dok search di blog2 Media Tempur Kedah berkenaan gambar-gambar sambutan program HIMPUN nie.. nak kata puak BN tak ada kamera dan hp canggih mustahil la pulak... nak kata tak ada line coverage 3G di kawasan stadium nie dah masuk 4,5 hari dah boleh upload di rumah...tapi tak ada dan tak jumpa.....

Alhamdulillah ada sahabat telah berikan kami gambar sambutan masyarakat pada hari tersebut...dan gambar itu di waktu memuncak dimana gambar atas padang tu ialah sewaktu lagu negaraku di mainkan dan PM berada dalam khemah utama.....jadi hangpa sendiri pun bolehlah memikirkan apa sebenarnya yg telah berlaku...

kesian tengok makcik2 yang pi sambut najib ni. depa di kerah julang bendera bn tinggi2. tgk ja la umoq depa mcm mana...nak berdiri pon x larat...time pagi tu 'org muda' mana ada. semua tua2 yg main jauh2 dari kola ketil, kulim, baling, sik....makan nasik bungkus atas bas masa program petang tu. makcik tu kata depa tak bagi turun makan kat luaq kena makan dlm bas. kesian betoi.... 

puak2 negrito baling pon ada depa bawak....puak2 ni bukan penah kluaq pekan. dipergunakan la. saya nak share gambaq sebab nak tunjuk kat org gambaq yg tak kluaq media....suasana sebenaq yg tak guna kamera trick. org ramai boleh tengok penerimaan masyarakat golong yang mana yang sokong najib. tu masej dia....

  


 

 
 
 
 
 
 

Contoh Politik BN & PR di Kedah amatlah berbeza dan patut di contohi oleh NAJIB di Putrajaya..!!!

Gotong royong peringkat Negeri Kedah..YAB Dato' Seri Diraja Ust Azizan bersama YB Dato' wira chor menteri perumahan dan kerajaan tempatan..Tahniah

Ini menjadi teladan kpd DS Najib kalau nk mai Kedah kena jumpa MB selaku tuan rumah. Baru orang respek PM. Ini mai dok kutuk pemerintah negeri. Bukan nk tanya habaq MB, atau dapatkan taklimat pentadbiran,nak bantuan apa,peruntukan apa dsbnya. Barulah nama pentadbir bertemu pentadbir.

ini menunjukkan Ust Azizan tak bermusuh dengan mana 2 parti...parti parti punya hal... rakyat di utama kan...semoga Kedah Terus Sejahtera...



Ayat popular UMNO Kedah...Jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti...

Dok ulang ayat tu lima tahun dahhh... bukti UMNO Kedah sedang nazak

Jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti,  jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti,  jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti,  jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti, jangan sabotaj parti....

Oleh: Dr Azman Tempur

"Jangan sabotaj parti"... Kalau nak kata 5 ribu kali banyak sangat kot, tapi kalau 5,6 ratus kali adalah aku dok dengaq ayat tu yang keluar dari mulut pemimpin UMNO. Apa maksudnya kalau bukan memang itulah masalah besar dalam UMNO bukan setakat di Malaysia tapi di seluruh negara. 

Yang syoknyer antara pemimpin UMNO yang dok pesan benda tu... depa pun sabotaj jugak bila calon dari kem lain naik. Di Bukit Lada hari tu, bukankah Datuk Ahmad Lebai Sudin yang turun kempen 16 cawangan UMNO suruh pangkah Ustaz Izat. Di Baling bukankah Dr. Mashitah yang sok sek sok sek minta wanita UMNO pastikan Datuk Aziz kalah. Di Alor Mengkudu bukankah Ustaz Fadzil Hanafi yang bagi arahan 'salam kalih' untuk semua penyokongnya untuk kalahkan Mazlan.


Di Padang Terap bukankah geng Datuk Li dan Datuk Syed Sobri yang saling mensabotaj, sampai sorang kalah dan sorang hampir kalah. Di Kola Kedah bukankah ketiga-tiga calon DUN menerima sabotaj masing2. Begitu juga di semua bahagian semua DUN mokalau nak cerita tak habih...

Awat laa ni selesai dah kaa masalah tu? Phuu aku tabik spring kalau isu sabotaj calon ni tak berlaku... aku yakin lebih teruk tiga kali ganda haritu!!! Tak percaya tunggu Parlimen  bubar. 

Cuma tak perlu rasanya aku nak detailkan cerita perbalahan calon UMNO ni... sebabnya aku suka kalau calon2 yang tersenarai tu naik, aku dah tengok pun senarai tu. Kalaulah senarai tu diterima bujug-bujug oleh Najib... insyaAllah Pakatan tak payah kempen teruk2 untuk PRU kali ni. Aku nak anjur Pakatan cuma kempen 'urut belakang' saja cukup!

"DEMI UMNO" TOLONG TOLAK INDIVIDU SABOTAJ PARTI - TUN MAHATHIR 


Sungai Petani - Dalam sidang media di Majlis Himpunan Rakyat Parlimen Merbok bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang di adakan di dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) Sungai Petani, beliau meminta penyokong BN agar tidak menyokong individu yang cuba sabotaj calon yang telah di pilih Presiden parti, YAB DS Najib Razak.

Selain dari itu Tun Dr Mahathir juga mengesa agar penyokong BN jangan menyokong BN hanya kerana individu tertentu, sebaliknya menyokong BN kerana parti dan kerana perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air
Apabila di tanya pemberita tentang pandangan Tun Dr Mahathir berkenaan persiapan Barisan Nasional menghadapi PRU 13, beliau berkata.

"Pimpinan parti kini di lihat giat berkerja, Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu rajin membuat lawatan untuk berjumpa dengan rakyat sehingga rakyat memberi sokongan baik, parti-parti komponen BN di lihat lebih aktif untuk menghadapi PRU 13" katanya.

Dalam sidang media tersebut, Tun Dr Mahathir juga menyatakan, beliau melihat BN di Kedah boleh mengambil alih kembali kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat kerana masalah BN ketika menghadapi PRU 12 yang lalu sudah dapat BN Kedah atasi. - Media Kedah

Friday, February 1, 2013

Calon BN Parlimen & DUN Merbok Bocoq...!!!

Oleh AnakKedah007

Ketua UMNO Merbok taja 10,000 naskhah Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia

Tajul Urus Md. Zain (dua, dari kiri) bersama ahli jawatankuasanya menerima replika tajaan
kempen 1Rumah 1Utusan daripada Mohd. Firdaus Ahmad Sabli (kanan) sambil diperhatikan
oleh Opat Rattanachot (tengah) di Sungai Petani, semalam.

Assalamualaikum....

Apa habaq hangpa semua...lama kami tak update blog nie.... bukan apa dok pikiaq jugak nak update natang pa...nak belasah MB rasanya sehari dua nie kerja buat dia OK tak ada yang nampak lari dari landasan dia.... nak belasah NASA..rasanya biaq la dia meroyan seorang diri macam tu ja kot.... nak belasah UMNO BN..yang tu tak payah habaq laa...kami tak belasah pon hangpa dah tentu laksanakan tugas tersebut....

Psssssssssttttttttttttt... hari nie kami nak cerita bab pertarungaan tenaga batin di Parlimen Merbok...nampak nya sudah ada jurus santau menyantau antara orang-orang kuat merbok... semuanya ini bermula dengan senarai nama calon2 bagi parlimen dan dun di Merbok...
Hangpa nak tau sapa calon merbok..nie dia...depa dah mai lunggok adik tokey arak san miguel mai kat Merbok....nah hangpa tengok la senarai calon-calon depa...
parlimen:- y.bhg.dato' mokhzani tun dr mahathir
dun tg.dawai:- ir romli ishak
dun bkt.selambau:- dgr kata subra...


Jadi kepadakawang-kawan kat MERBOK rasanya hangpa tau la kot nak cari peluru lagu mana....

Thursday, January 31, 2013

#SAVEKEDAH - Mat Bashah Bohong ka Azizan yang Bohong..??

oooo inilah sebab dia puak BN ponteng masa perasmian tempohari...nak gelak dak nie....

nie hangpa tengok kawan kata pakat Mat Bashah nie...


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151255436927157&set=a.419746832156.193536.319981142156&type=1

[Berita Mohong] Tu dia 500 ribu sambut Najib di Std Suka Menanti Kedah

BN Kedah terima pukulan maut... hanya 2,000 (anggaran maksimum) anak muda hadir bertemu PM  

Oleh: Sudin Ishak

BN angkut budak2 sekali..tak pa BOLEH..polis benarkan
BN menggunakan pertubuhan belia untuk menghimpunkan anak-anak muda di Stadium Suka Menanti bagi menggambarkan sokongan besar untuk seorang Perdana Menteri kononnya. Dengan menggunakan bajet kerajaan Pusat para pelajar sekolah dari tingkatan 5 dan 6, serta institusi pengajian yang lain dikerah hadir dengan bas percuma. Para Mat Rempit diberi sedikit duit poket untuk mengisi minyak dan rokok, di samping ramai juga yang datang kerana dijanjikan lesen motor terbang secara percuma.
 
Pun begitu BN Kedah hanya mampu menghimpunkan kira-kira 2,000 (anggaran paling maksimum) anak muda untuk mengangkat kain tertera 'I love PM' sebagai satu cara untuk menghiburkan hati Najib yang gundah gulana akhir-akhir ini. Sokongan palsu untuk menipu seorang pemimpin adalah cara biasa yang dihidangkan kepada semua para diktator dunia oleh para pengampunya.
Tidak ada perkara besar dalam ucapan Najib... mungkin kerana sudah terlalau banyak berjanji tapi jarang tertunai, kali ini Najib menjanjikan sebuah litar lumba untuk mat rempit apabila mendapati ramai yang hadir terdiri dari mat rempit. Biasalah tu cara Najib tagih sokongan... kalau yang datang tu ramai peminat rock mungkin Najib akan janjikan pentas rock percuma di setiap daerah. Beliau akan buat apa saja untuk membeli undi... di saat nazaknya BN.
BN semakin gelabah dengan kebangkitan anak-anak muda menolak BN. Ia adalah fenomena biasa bagi golongan muda di seluruh dunia.. iatu menolak sebuah kerajaan yang terlalu tua, tidak pernah bertukar sejak merdeka.
(Bosan menunggu pelanggan yang tak kunjung tiba)
(Ramai yang hadir ialah bakal anak muda dan bekas anak muda)
(Para peniaga tiada mendapat manfaat)
(Ramai peniaga mengeluh.. pelanggan kurang)
(Suasana macam dilanggar geruda)
(Waktu PM sampai agak ramai sedikit... itupun tak sampai 1000 yang berada bawah khemah, yang lain berlegar di luar khemah mungkin bosan menatap wajah PM)
 
http://kedahla.blogspot.com/2013/02/bn-kedah-terima-pukulan-maut-hanya-2000.html

Wednesday, January 30, 2013

Blogger UMNO Kedah pon dah naik pening dengan kelaku cakaq mengcakaq sekarang nie..!!!

KEMELUT UMNO KEDAH - NAJIB USAH BUTA DAN TULI

Oleh: Mummy Rokiah (blogger pro UMNO)

Datuk Ahmad Bashah               Fail - MI
PRU 13 sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.

Pengerusi BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri. 

Semua ini jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat. 

Mereka dibuai mabuk untuk berkuasa kerana ‘over confident’ bahawa PAS akan kalah dalam PRU13 nanti. Apa yang sedang berlaku cuba ditutup dari pegetahuan Presiden Parti DS Najib. Mereka akan berasak-asak mencium tangan DS Najib setiap kali lawatan DS Najib ke Kedah konon untuk tunjuk ‘everything is OK boss’. Tetapi semuanya ibarat bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditudung lagi. Tudung kepala nampak kaki,tudung kaki nampak gigi. 

Menurut maklumat sahih masih terdapat bahagian UMNO di Kedah di mana perbalahan di antara Ketua Bahagian dengan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Penerangan, Ketua Wanita, Ketua Puteri begitu parah sekali ‘bagai tongkang nak pecah’. Masing-masing mengheret penyokong masing-masing ke majlis anjuran masing-masing. Masing-masing mendabik dada masing-masing konon namanya akan diumum menjadi calun dan tidak dapat tidak semua mesti sokong beliau dari sekarang. 

Malah ada yang mendabik dada konon dialah yang bakal menjadi calun kerana kawan rapatnya adalah menteri kabinet yang disayangi presiden parti dan setiap majlis beliau dihurung seperti semut menghurung gula. Malah yang mengharubirukan lagi kedengaran kata-kata di belakang bahawa akan ada segelintir penyokong si anu bin si anu akan melancarkan boikot secara halus jika ketua mereka yang mereka tatang bagai ‘tokong hindu’ itu tidak disenarai sebagai calun PRU13 yang akan datang. Mereka lupa bila tongkang pecah kata Yus Jambu Maharajalawak Mega ‘apa pun tak dapat’. Ibarat peribahasa Melayu ‘Jong Pecah Yu Kenyang’.

Sinario hari ini, hakikatnya banyak aktiviti dan program yang dianjur oleh Bahagian-Bahagian UMNO di Kedah tidak mendapat sambutan langsung dan keseluruhan yang hadir hanyalah muka yang sama, kumpulan yang sama dan kelompok yang sama, bertepuk sorak syok sesama mereka sahaja. 

Menurut maklumat lagi untuk mengumpul 300 orang pun susah di dalam program ceramah yang dianjur UMNO. Malah di kalangan mereka sendiri pun ada yang tidak hadir kerana boikot dan tidak sebulu dengan jawatankuasa yang menganjurkan. Hanya apabila ada aktiviti yang melibatkan Presiden parti dan Timbalan Presiden parti maka berduyun-duyunlah rakyat hadir untuk mendengar apa pula pengumuman bantuan baru yang bakal digula-gulakan. 

Berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NGO yang lebih mendapat sambutan dan ikhlas berjuang untuk agama Islam dan bangsa tanpa mengharapkan habuan. Tetapi yang menyedihkan aktiviti-aktiviti NGO ini seringkali dijauhi oleh kumpulan-kumpulan UMNO ini malah aktiviti mantan PM Tun Mahathir di Kedah pun mereka tidak hadir kerana Tun sudah tidak berkuasa lagi untuk mengumumkan gula-gula. Sebaiknya UMNO yang mendapat agihan peruntukkan yang banyak bagi menjalankan aktiviti harus menyokong usaha NGO-NGO ini. Mereka harus sedar segala aktiviti-aktiviti NGO yang mendedahkan kepincangan pembangkang ‘milage’ politik itu akhirnya adalah kepada parti UMNO dan memenangan untuk parti mereka juga.

Ramai yang meluahkan komen kata meraka kalau mengharapkan UMNO bergerak 'habuk pun tak ada', mereka masih tak habis-habis bertokak sesama sendiri. Sehinggakan isu kalimah Allah yang diperolok-olokkan dan dimanipulasikan oleh DAP pun mereka gagal menjadi juara untuk mempertahankannya. 

Yang sebenarnya hampir 80 peratus Bahagian UMNO di Kedah tidak membuat kerja hanya gila mengejar kuasa. Jika DS Najib hanya melihat pimpinan bahagian sebagai ‘winnable candidate’ bermakna DS Najib juga buta dan tuli.

Tuesday, January 29, 2013

Isu Mohon Tanah Gunung Inas : Akibat takut kena saman...terus puak buat kona baring 180'....

Akhirnya blog UMNO ni menjelaskan cerita sebenar... Terima Kasih! Lain kali jangan dok bahong dah....



Oleh: Kamera Kampung

(Baca link ini dulu bagi faham jalan cerita)

Akibat takut kena saman, akhirnya sebuah blog UMporNO dari Baling membuat pengakuan bahawa laporan yang dibuat oleh akhbar BN bahawa Tahak Lahamad memohon tanah di Gunung Inas adalah bohong. Macamtulah baru jadi Lelaki Gentel! Jelas blog tersebut, anak-anak Tahak yang sebenarnya memohon bukannya Tahak. Padanlah depa pi cari nama Tahak dekat Pusat Khidmat Cikgu Joe tak jumpa... lepas tu buat fitnah kata, orang pejabat pusat khidmat ADUN Kupang curi duit, buat magic 'hilangkan dokumen'... Syok sangat buat fitnah, akhirnya kantoi.

Bila Pusat khidmat acah nak saman... mulalah terketag-ketag. Tau pun takut... sebab dah terbukti ADUN Kubang Rotan YB Nasir dah saman dua orang penyokong UMNO yang buat buat fitnah melalui RTM kononnya beliau tak pernah turun padang... dah bicara pun tunggu nak jatuh hukum saja.

Isu tanah di Gunung Inas tu dah hampir selesai pun bila.. PTG bila-bila masa saja akan keluar geran. Tanah tu sudah diusahakan sejak 50 tahun tapi 50 tahun di zaman BN juga... permohonan depa tak pernah dilayan. mai masa Pakatan barulah permohonan dilayan... nak dapat geran kena ukur dulu tanah oleh jabatan ukur bertauliah, itu prosesnya... nak mudahkan urusan orang kampung YB Cikgu Joe cari juruukur yang tawar harga lebih rendah, letak kat Pusat Khidmatnya yang dekat dengan kawasan penduduk... tak payah depa pi Sungai Petani atau Alog Setaq. 

Sebab takut para pemohon tanah tu 'terasa' akan budi Cikgu Joe.. tuu yang naik meroyan habih puak2 tu... mulalah guna pihak media untuk reka fitnah.

Hai politik UMNO BN makin hari makin hudoh!!!

Saturday, January 26, 2013

Nampaknya dalam UMNO KEDAH..hanyalah Dato' Mat Bashah sahaja yang berani pun..!!!

Hanya Dato' Bashah Yg Berani...?

Dato' Bashah tidak pernah menjadi Menteri Besar, tetapi lama di dalam DUN, sama dengan MB Ustaz Azizan dan Abu Hasan Sharif. Dia tidak pernah menjadi nombor satu dalam kerajaan, tetapi kini menjadi nombor satu dalam UMNO/BN Kedah. Dia dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah selepas Shafie Afdhal menggalas jawatan itu untuk meredakan kekalutan keranan tewas dalam PRU-12.

Dia jarang terpalit dengan skandal sepanjang menjadi exco di bawah beberapa Menteri Besar, hanya dalam pengambilan tanah Kg Batin dan pembinaan Tesco Mergong namanya disebut orang. Itupun mungkin kerana dia adalah Adun di kawasan itu dan Exco Kerajaan Tempatan.

Saingannya dalam politik UMNO untuk memimpin Kedah ialah Timbalannya Dato' Mukhriz Tun Mahadhir, bekas MB Dato' Mahdzir Khalid dan seorang muka baru yang masih 'bersih' dari sebarang isu di Kedah.
Antara cubaan yang GAGAL untuk mencalarkan PAS/PR di Kedah...Demo isu rumah
Dalam tempoh memegang jawatan nombor satu dalam UMNO Kedah, Dato' Bashah tidak banyak mempamerkan gerakan politik berprofil tinggi untuk menumbangkan PAS/PR. Dia tidak memberikan sebarang kekalutan kepada PAS/PR. Sementara PAS/PR menumpukan perhatian kepada tugasan baru sebagai kerajaan, Bashah dan UMNO Kedah kelu dan pasif. Hanya sesekali membuat kenyataan di Media bila timbul isu-isu politik, namun komennya dalam nada UMNO lama tahun 80-an. Tiada apa yang baru.


Sebahagian senarai salah laku kewangan GLC oleh pemimpin UMNO sewaktu memerintah Kedah...
Saya percaya, dia tidak punya banyak masa. Selain berusaha membetulkan koyak rabak dalam UMNO, dia menyimpan kebimbangan. Bimbang PAS/PR di bawah pimpinan Ust Azizan berupaya menyaingi pencapaian UMNO/BN di Kedah. Takut pencapaian sepanjang 50 tahun UMNO berjaya dipadamkan oleh PAS. Yang paling mengusik dirinya dan UMNO Kedah ialah apa akan jadi kalau semua kudis buta yang bertapuk akhirnya terdedah. Kebimbangan ini yang mengkelukan lidah dan mengunci mulut. Langkah menjadi sumbang pandangan kadang kala menjadi kelam.
Gelak sementara boleh...lepas ni jawab!!
Kebimbangan itu akhirnya menjelma juga menjadi nyata. Pencapaian PAS/PR dalam tempoh 4 tahun 8 bulan hampir menjadikan pemerintahan UMNO/BN satu kesilapan sejarah. Rupa-rupanya Kedah boleh dipacu lebih laju dan dinamik. Lihat sektor-sektor penting seperti pendidikan, kewangan, ekonomi, pertanian, institusi agama dan sosial, semuanya menjadi semakin baik dan menyerlah. Tak perlu ditulis panjang tentang perakuan Laporan Ketua Audit Negara dalam pengurusan kewangan dan peningkatan hasil selama 3 tahun, semua positif.

Sejarah Insaniah bagaikan ditulis semula di buku baru. Kampus baru di Kuala Ketil membuatkan kepala pemimpin UMNO tergeleng-geleng tanpa disedari sambil hati bertanya...Kenapa bukan kita yang buat? Pembalakan menjadi duri yang tertanam di tapak kaki pemimpin UMNO. Kenapa kita dulu tidak mengkayakan negeri, tetapi mengkayakan diri? Kenapa PAS boleh melonjakkan pembalakan hingga melondehkan kebobrokan UMNO? Ini semua pemimpin bawah punya pasal, depa minta duit dan kita perlukan duit untuk mengekalkan kedudukan dalam parti. Duit itulah penyambung hayat semua peringkat kepimpinan UMNO.

Sesekali UMNO melontar bom di daerah pencapaian cemerlang PAS/PR. Insaniah, Aman Central, keharmonian dengan pegawai dan ketelusan pemimpin. Ada riak-riak yang berkocak, tetapi tiada yang tumpah. Insaniah terjawab mudah dengan pengiktirafan 4 bintang oleh MQA dua hari lalu. Aman Central yang disekat dengan Solahiah akan selesai menjelang 19 November nanti.
MB Ustaz Azizan menjawab mudah isu UUM yang digunakan untuk menghodohkan PAS/PR

Pukulan paling sakit ialah pendedahan projek sakit dan salah laku kewangan. Muncul satu demi satu calar yang kian menjadi kudis dan bisul, merebak dan menunggu pecah. Laporan pertama kes udang kerpan mengunci mulut beberapa pemimpin. Ada sembilan lagi yang akan dilaporkan, tiap-tiap laporan akan menikam seluruh tubuh UMNO/BN. Paling terdedah untuk tikaman ialah bekas pemimpin nombor satu kerajaan. Paling pedih untuk menghadapinya ialah pemimpin nombor satu UMNO sekarang.

Secara jujur semua itu harus dihadapi oleh UMNO/BN sebagai sebuah pasukan, untuk membuktikan kesatuan mereka sebagai sebuah parti dan pakatan paling ampuh. Hakikatnya tidak! Siapa yang buat dia kena tanggung, kalau tak mahu dibelasah terok, kepala jangan panggong.

Sunyi sepi cyber trooper dan facebooker UMNO yang sekian lama menyerang PAS/PR dengan caki  maki dan rekayasa. Hanya isu-isu luar Kedah dibawa masuk untuk menutup satu kudis yang terdedah.

Sebagai ketua, Bashah punya tanggungjawab berat. Dia muncul juga menawarkan kerjasama untuk disiasat, dan di siat-siat. Dia bersedia sebab dia tahu siapa yang akan disiat-siat...bukan aku! Bila dimaklumkan PAS akan buat road show mendedahkan kepincangan itu, dia tidak mampu menjawab isu, tetapi mengalih arah mengatakan PAS hanya tahu berceramah. 


Memang PAS mahir menganjurkan ceramah, atas dorongan dan 'sokongan' UMNO juga. Kalaulah media arus perdana memberi ruang yang sama rata kepada PAS, senarionya tentu berubah. PAS tak akan pandai berceramah, tapi UMNO sudah lama masuk kubur.

BN sedia disiasat, katanya. Bashah menyandarkan semua salah silap itu kepada BN, walaupun dia sangat mengerti bahawa pelaku utama adalah pemimpin UMNO. Dia menumpang umbi besar BN untuk mengelak calar besar pada batang UMNO. Apa kata Gerakan, apa reaksi MCA, MIC pula bagaimana? 
 

Baguih Puteri UMNO Kedah edar portawifi... semoga depa buka blog KedahLanie..!!!

Puteri Umno Kedah agih 672 portawifi
Ini Gambar Penyerahan Untuk Puteri Umno Negeri 9

26 Januari 2013
ALOR SETAR - Pergerakan Puteri Umno Kedah hari ini mengagihkan 672 portawifi kepada semua daerah mengundi dalam 15 bahagian di negeri ini bagi membolehkan setiap daerah mengundi menerima maklumat mengenai pilihan raya dengan cepat.

Ketuanya Datin Norasimah Md Nowar berkata, maklumat yang akan disampaikan melalui portawifi adalah mengenai sistem maklumat data pengundi pilihan raya dan perkara berkaitan pilihan raya.

"Portawifi ini adalah kemudahan untuk semua tempat mengundi yang menjadi platform sistem komunikasi antara kita dan tempat mengundi. Ia bukan sahaja komunikasi antara petugas malah digunakan sebagai komunikasi ruang siber. 

"Contohnya blog kita dapat dikemaskinikan sentiasa sebelum dan semasa pilihan raya berlangsung supaya setiap pengundi mengetahui apa yang kita buat dan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sistem portawifi kepada petugas ICT Puteri Umno Kedah di Bangunan Tunku di sini.

Norashimah berkata di Kedah masih ada bahagian belum mempunyai talian internet antaranya Baling dan Sik.

"Portawifi ini membantu kita terutamanya membabitkan kawasan yang tiada kemudahan internet supaya maklumat dapat disalurkan lebih cepat," katanya.- Bernama

Wednesday, January 23, 2013

Walaupun Adun BN kondem pembinaan KUIN...namun akhirnya tersergam indah di Kuala Ketil..!!

 Opssss... Sebelum baca cerita kat bawah nie..hangpa dengaq dulu video nie dimana ADUN UNMO BN Kedah mengondem usaha membina KUIN di Kuala Ketil yang mana beliau mengatakan pembinaan itu merupakan langkah yang tidak baik disebabkan ia akan memberikan BEBAN jangkamasa pangjang pada Kerajaan Negeri..... walaubagaimana pun baik tak baik ALHAMDULILLAH dah tersergam KUIN tersebut..


Kampus induk KUIN: Dulu ‘angan-angan’, kini jadi kenyataan

ALOR SETAR – ‘Angan-angan kosong’, itulah perkataan yang sering didengari apabila kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil empat tahun lalu.

Tiada siapa yang menyangka, empat tahun berlalu, kini KUIN telah siap dibina dan tersergam indah bagaikan unversiti ‘lima bintang’.

Siapapun pasti akan kagum apabila menjengok ke kolej ini kerana di hadapannya terdapat tasik buatan yang sangat cantik sepanjang 1.2 km dan tidak lama lagi ianya akan menjadi tempat kejohanan perahu panjang dan perahu naga di rantau ini.

Dewan utamanya merupakan dewan terbesar di utara tanah air dan mampu memuatkan kira-kira 5,500 hadirin dengan panggung eksperimen dengan kapasiti 1500 orang pada satu-satu masa. Dewan kuliahnya pula menepati cirri-ciri terkini dengan senibina yang mengagumkan.

Ianya dapat disiapkan dalam masa hanya empat tahun pemerintahan kerajaan negeri kini dan lebih menakjubkan ianya adalah tanpa sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Pusat.
Sementara itu, Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Canselor KUIN.

Baru-baru ini, Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian tersebut.
YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN.

Dalam majlis perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.