Showing posts with label BN Kedah. Show all posts
Showing posts with label BN Kedah. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Umno Kedah seperti anak ayam kehilangan ibu


Written by Editor Warta

BERCEMPERA. Kelam kabut dan hilang arah. Umno Kedah, sudah terang lagi bersuluh Umpama 'anak ayam kehilangan ibu'.Ia bukan lagi mitos dan sudah menjadi pengetahuan umum. Bukan sekarang tetapi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri lima tahun yang lalu.

Sekurang-kurangnya, BN telah berusaha menampakkkan 'kegelojohan' pemimpin tertentu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Malangnya, tidak di Kedah. Sama ada tiada yang layak untuk menyaingi Ustaz Azizan dan pasukannya ataupun masing-masing berebut tempat sama untuk menjadi hero.

Tiga watak utama yang menjadikan Umno Kedah umpama retak menanti belah ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, bekas MB Kedah Dato' Seri Mahazdir Khalid dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Mukhriz Mahathir.

Yang lainnya semua sibuk menjaga kawasan sendiri. Sukar untuk bagi mereka menyatakan sokongan yang 'bulat' antara ketiganya apatah lagi tiada dasar termasuk gerak kerja untuk membela nasib rakyat Kedah kononnya menderita di bawah kerjaan pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Razak.


Khabarnya, Mahazdir Khalid sedang bersiap-siap membungkus kain baju untuk ke Pusat. Kerusi yang ditewaskan sudah pasti tidak akan kembali kepadanya. Secara tradisi yang kalah, sudah pasti tidak diberi muka, jauh sekali untuk menjadi pemimpin negeri.

Mahazdir sudah tidak dapat menahan bahangnya lagi, selain isu skandal yang tidak pernah dijawab, bekas MB Kedah ini telah meninggalkan jasa penyelewengan BN kepada Pakatan Rakyat Kedah sehingga terpaksa melunaskan tuntutan atas 11 projek sakit BN sejumlah RM403 juta serta lebih 10 mercu tanda 'gajah putih' yang menyakitkan mata.

Awalnya Mahadzir dan Umno Kedah mendapat tamparan hebat, apabila Presiden Umno melantik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Shafie Apdal dari Sabah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang secara tidak langsung membukti tiada pemimpin Umno Kedah yang layak dan wujud perpecahan dalaman Umno kerana merebutkan jawatan.

Setelah sedikit reda jawatan itu diserahkan kepada Bashah yang merupakan Adun Bakar Bata dan dalam masa yang sama Ketua Pembangkang di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ialah Mahadzir. Pertembungan diantara keduanya tidak dapat dielakkan lagi.

Di beberapa sesi sidang Dun, kelihatan keduanya tidak mesra dan tidak bersama dalam membangkitkan sesuatu isu malah tumpuan lensa dan liputan media lebih tertumpu kepada Mahazdir meskipun Bashah, sudah mula bersedia mengukur langsir baru di Seri Mentaloon.

Laporan kajian oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun lalu juga menambah cuka kepada Bashah apabila menunjukkan Mukhriz lebih popular sebagai bakal MB Kedah berbanding dua pemimpin BN lain iaitu Ketua Penerangan, Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) dan Mahadzir.

Mukhriz merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan jalannya penuh liku untuk kedepan memandangkan ada 15 ketua bahagian di Kedah yang berhasrat menjadi MB jika BN menang.

Manakala Mahdzir pula didakwa memainkan peranan sehingga bapa Mukhriz, Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno suatu ketika dulu.

Hebahan tentang kajian itu oleh media dilihat sebagai usaha menyingkirkan saingan yang lain dan dalam masa yang sama untuk mempromosi anak bekas Perdana Menteri, yang latar belakangnya kurang disenangi khususnya bagi masyarakat setempat di Parlimen Jerlun.

Ini kerana rakyat Kedah hampir sama seperti orang Kelantan yang lebih mementing latar belakang agama dan mahukan pemimpin yang dekat dengan rakyat pada setiap ketika. Tambahan pula lagi dengan Keluarga Tun Mahathir terlibat dengan Syarikat Arak terbesar di Asia Tenggara dengan harga RM2.9 bilion, dipengerusikan oleh Mirzan Mahathir.

"Susah nak kempen. Mukhriz jenis elit. Sukar dekati orang kampung. Tambahan pula kena tempias, keluarganya terlibat dengan syarikat arak. Orang Kedah tak mahu orang macam ni jadi pemimpin," kata seorang aktivis Umno.

Sungguhpun imej Mukhriz tercalar, Bashah sukar untuk berceramah dan berkempen di kawasan Jerlun dan Kubang Pasu walaupun beliau seorang pemimpin negeri. Menurut sumber sudah ada rombongan yang bertemu dengan Perdana Menteri yang tidak mahu Bashah menjadi MB Kedah sekiranya BN menang dan juga usaha seorang pemimpin Umno Kedah bahagian Selatan bertemu Timbalan Perdana Menteri yang mencalonkkan dirinya sendiri.

Basha kelihatan tiada sokongan akar umbi dan rakan sendiri. Dalam beberapa siri ceramah yang rata-ratanya di kawasannya sendiri, beliau terpaksa mengimport penceramah luar sebagai tarikan antaranya Abdullah Saamah dari Kelantan Kamal Saidin yang dikatakan pegawai khas MB Terengganu dan Ummi Hafilda. Seperti dijangka, tidak mendapat sambutan.

Kamal dalam ceramahnya menikam Basha secara berdepan apabila secara tidak langsung membuka pekung di dada tentang perpecahan dalaman Umno Kedah.

"Saya tak larat nak cakap dah...sudahlah...jangan bergaduh dan sibuk nak berebut jawatan. Umno kalau nak menang, janganlah berpecah," katanya.

Sayap penting, Wanita Umno Kedah juga sudah patah dan tidak berfungsi lagi.Semaklah di dada akhbar atau media, tiada sebarang aktiviti atau program demi membela nasib kaum wanita di negeri ini. Ketua Wanitanya Dato' Maznah Abdul Hamid, terkenal sebagai 'Iron Lady' tidak mampu menggerakkan jentera. Bisanya hilang entah ke mana.

Umno Kedah sudah tidak mampu mengangkat muka. Semua sibuk dengan urusan mempertahan atau merebut jawatan. Rakyat, sekeliling tidak pernah dipedulikan. Untuk menjawab penyelewengan BN Kedah lalu, jauh sekali. Akibat malu yang amat, mereka kini terpaksa berpaut kepada NGO khususnya Perkasa bagi membantah segala usaha murni kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekali Umno Kedah bangkitkan isu dan melempar tohmah,umpama ayam bertempiaran lari, tatkala disergah dengan jawapan tegas dan telus kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Mereka handal berkokok panjang namun ekor penuh 'saki baki'. [Warta Utara]

Friday, November 9, 2012

Bekas Menteri Besar Kedah gagal beri jawapan ‘projek sakit’

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid muncul menyerang balas penjelasan Menteri Besar, Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak yang mendakwa bahawa kerugian RM6.4 juta dalam projek balak di Papua New Guinea adalah isu untung rugi dalam perniagaan bukannya kerana rasuah atau penyelewengan.

“Kalau dah rugi sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sajalah. Saya cabar dia mengaku projek itu rugi,” kata Mahdzir. Ustaz Azizan dah berkali-kali mengaku ianya kerugian dalam perniagaan dalam beberapa kali sidang media. Berapa juta kali beliau nak mengaku atas kerugian yang berjuta itu.

Orang yang tidak mahu mengaku akan kerugian dan penyelewengan BN dahulu sebenarnya Mahdzir sendiri selaku bekas Menteri Besar. Seperti dilaporkan oleh Bernama, bagi mengulas kenyataan YAB Dato’ Seri DiRaja berhubung empat ‘projek sakit’ tinggalan BN beliau mengalih kesilapan kepada kerajaan sekarang.

Dalam isu mengenai Yayasan Islam Kedah (YIKed) yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop beliau berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan (oleh kerajaan sekarang). Malangnya bekas Menteri Besar itu tidak menerangkan jalan penyelesaiannya, sedangkan bayaran RM11 juta itu adalah perintah mahkamah setelah YIKed kalah dalam kes saman di mahkamah. Kesalahan dilakukan oleh pemimpin BN di zaman BN. Mengapa Mahdzir tidak mahu mengaku?

Kalau Mahdzir Khalid kata ada ‘jalan penyelesaiannya’, maka mengapa penyelesaian itu tidak dibuat semasa beliau jadi Menteri Besar? RM11 juta duit rakyat terpaksa dibazirkan untuk membayar tuntutan adalah jumlah yang sangat besar.

Mengenai Projek 990 East Langkawi pula, Mahdzir mengakui tanah terbabit milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja. Kenyataan tersebut selari dengan dakwaan Ustaz Azizan Razak bahawa KCB telah menjanjikan tanah (dalam terma perjanjian) yang bukan miliknya. Selepas proses pengambilan tanah dibuat, barulah nilai sebenar hartanah dan pampasan diketahui, jauh dari anggaran asal. Maklumlah tanah yang terbabit bukan tanah kosong, sudah diusahakan dan terdapat premis.

Mahdzir kena jelaskan, bukankah tindakan itu mengundang risiko kerana proses pemilikan tanah dan bayaran premium melibatkan kos yang besar sehingga menampakkan nisbah pemilikan saham 20:80, iaitu hanya 20 peratus untuk KCB adalah tidak seimbang? Mengapa pihak asing dibenarkan membuat pemilikan hingga 80 peratus, seolah-olah tindakan mahu menjual negeri? Amalan kerajaan negeri di bawah PR sekarang, pihak GLC mesti memegang saham yang besar. Paling tinggi agihan saham untuk pihak pengusahasama ialah 60 peratus, itupun bukan pihak asing.

Berhubung isu ternakan udang harimau pula Mahdzir mendakwa, projek ternakan udang adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar. Beliau cuba mengalih kesalahan kepada pihak lain.

Persoalannya bukankah perjanjian pengurusan projek yang memperuntuk nisbah keuntungan 40:60 ditandatangani pada 27 Disember 2007 semasa Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar? Ia berlaku hanya dua bulan sebelum kerajaan BN tumbang di Kedah. Kedah Agro (pihak Negeri) mendapat 40 peratus, manakala Kedah Aquaculture (Kementerian Kewangan Diperbadankan) mendapat 60 peratus.

Mahdzir yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah kena jelaskan mengapa keuntungan projek udang sebanyak RM6.15 juta pada tahun 2007 tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan? Ke mana perginya wang tersebut?

Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membuat keputusan pada 5 Jun 2012 mengesahkan bahawa Kedah Agro tidak mengagihkan keuntungan dan memerintah Kedah Agro membayar RM2.16 juta kepada Kedah Aquaculture. Kedah Agro di bawah pengurusan sekarang terpaksa membayar RM2.16 juta sedangkan duit keuntungan RM6.15 juta itu sudah lesap di zaman BN dulu. Sehingga kini tiada siapa dari kalangan pemimpin BN yang dapat member penjelasan.

Dalam Projek Jerai International Park pula Mahdzir berkata, projek telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan. Soalnya mengapa perbincangan tidak dibuat semasa zaman BN di bawah empat menteri besar (Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi Junid, Dato’ Seri Syed Razak dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid)? Sekarang syarikat terbabit mahu menyaman kerajaan negeri sebanyak RM22 juta, Mahdzir tolong jelaskan ini salah kerajaan BN dahulu atau sekarang? Jika BN yang salah, Mahdzir kena akuinya dan meminta maaf dari rakyat Kedah, jangan berdolak dalik dan jangan cuba mengalih kesalahan kepada pihak lain.

http://www.wartautara.com

Dengaq kata depa sudah nak serang balik lepas kena serang pelari RM350juta...bersedialah semua...

Kalau benarlah berita yang sampai ini....

Gambaq Hiasan Saja Nie...
Selepas BN Kedah diserang dengan isu penyelewengan RM350 juta maka dilaporkan Be End menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak dengan kerjasama pegawai dan kakitangan UMNO kedekiang dalam kerajaan negeri untuk membusukkan nama kerajaan negeri Pakatan Rakyat dari dalam.

Tujuannya ialah untuk divert isu RM350 juta yang merupakan pukulan besar terhadap imej UMNO Be End Kedah. Macam-macamlah cadangan yang dibuat... antaranya ialah mengatur perancangan supaya penguatkuasa pihak berkuasa tempatan bertindak tegas terhadap peniaga sehingga atau orang ramai menimbulkan kemarahan mereka.

Penguatkuasaan juga hendaklah dibuat terhadap premis hiburan non Muslim, pusat judi atau arak bagi menggambarkan bahawa Kedah sedang melaksanakan undang-undang Islam yang menghalang kebebasan bukan Islam.

Bagi semua tindakan yang akan diambil itu, para pemimpin BN dihubungi dari awal untuk bersedia membuat serangan menggunakan Utusan Meloya dan TV3.

Difahamkan bahawa Mesyuarat Exco telah memutuskan bahawa semua tindakan penguatkuasaan secara kekerasan dihentikan sementara sehingga PRU bagi mengelak dieksploit.

JIKA BENARLAH berita ini maka ia adalah satu perancangan BN yang sangat tidak bermoral menjelang pilihanraya.
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/11/kalau-benarlah-berita-yang-sampai-ini.html

Monday, November 5, 2012

BN KEDAH Baru kena RM6.15 juta dah jatuh tersandaq... jawab laa dok diam buat apa..??

  Baru kena RM6.15 juta dah jatuh tersandaq... lagi RM340 juta penyelewengan sedang menunggu untuk dilapor


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Baru kena pukulan RM6.15 juta kes hilang duit udang Kerpan BN Kedah dah jatuh tersandaq. Tak dak sapa pun berani jawab maklumlah kata pepatah Melayu 'Takut Kerana Salah'. Itu baru satu pukulan... 9 pukulan lagi dok menunggu, lagi besaq-besaq punya.

MK ingat, tak sempat nak kena tumbukan ketiga BN Kedah mampoih terus. Maklumlah bukan sikit2 punya penyelewengan... ni MK kira huduh-huduh hak besaq-besaq saja, hak kecik2 tak ambik kira:

Yayasan Islam Kedah disaman RM11 juta, kehilangan RM6.15 juta keuntungan projek udang Kerpan, kegagalan projek 99 East Langkawi dianggarkan RM50 juta, pemaju Taman Antarabangsa Jerai saman kerajaan negeri RM22 juta, kehilangan pendahuluan pembinaan kompleks MPSPK di Sungai Petani sebanyak RM10 juta, perjanjian air Taliworks yang merugikan kerajaan negeri kira-kira RM14 juta setahun (RM70 juta untuk lima tahun), perjanjian kuari Gunung Jerai yang merugikan, salahguna wang sebanyak RM7.5 juta Seri Temin Development Corporation dan bebanan hutang RM14 juta, skandal pembinaan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar dengan anggaran kerugian RM140 juta dan kehilangan duit balak di jalan Baling-Durian Burung kira-kira RM3 juta.
Keseluruhan penyelewengan, songlapan atau apa-apalah zaman BN dulu ... yang ditinggalkan untuk dipikul oleh kerajaan Pakatan Kedah ialah kira-kira RM350 juta! Ulang RM350 juta!! Ulang sekali lagi RM350 juta!!!


Kelmarin Pemuda PAS Kedah buat report SPRM, Pemuda PAS Padang Terap buat report polis. Hari ni Pemuda PAS Pokok Sena, Alor Setar, Sik, Merbok dan Padang Serai buat report. Esok semua kawasan  yang belum buat report akan buat report polis.

Thursday, November 1, 2012

Be End membisu isu penyelewengan RM2.55 juta?

Be End membisu isu penyelewengan RM2.55 juta? Awat berok tiba-tiba berhenti hinggut pokok cermai?


Oleh SAIBURI SUDIN

Mulanya puak2 cai BN bukan main melompat isu penyelewengan RM2.55 juta di Bahagian Perumahan pejabat SUK. Habih dogiang pokok cermai, luruh sekali dengan daun, dengan buah depa hinggut. Tiba-tiba bila Kedah La dedahkan bahawa orang penting di Bahagian Perumahan yang dikaitkan dengan penyelewengan itu ialah:

1) Orang kuat UMNO peringkat Bahagian dan Negeri
2) Sekutu rapat rapat SUK Kedah Dato' Rasli Basir

3) Orang kepercayaan dan kroni kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid

4) Ketua PSU di Bahagian Perumahan.

Maka habih senyap sepi juak-juak Be End yang melompat sakan. Tang Keng Liang yang gila publisiti tu pun hanya berani pi report polis isu balak Papua, isu RM2.55 juta tak masuk report sekali. Ni lah yang dikatakan perjuangan hipokrit. Kena suku sakat sendiri, senyap sepi.

Mereka tahu kalau gagah nak kacau jugak bukan setakat pegawai tu sorang yang kena... mungkin sekali dengan Datuk Rasli SUK dan Dato' Fuad Pegawai Kewangan. BN penin...

Sunday, July 8, 2012

Betoila kat Kedah ni kapiaq harbi MCA dan Gerakan akan ganti UMNO.....

Maluuu... tenyeh muka kat lantai jamban laa UMNO Kedah hoii!!


UMNO jadi pecacai kapiaq harbi MCA dan Gerakan perjuangkan isu racis Cina

Walaupun aku bukan UMNO tapi malu sungguh aku tengok Ketua Pemuda UMNO Kedah jadi Pak Turut @ pecacai kafir harbi MCA dan Gerakan, bersama dalam satu sidang media untuk hentam kerajaan PAS Kedah yang dipimpin Melayu Islam.

Sepatutnya kalau ada apa isu besar, UMNO sebagai pembangkang utama Kedah kena lead, MCA dan Gerakan hanya mengikut. Buatlah di pejabat UMNO, biar nampak logo UMNO kat back drop tu. Ini buat kat pejabat MCA, hanya ketua Pemuda sorang Melayu... yang lain semua Cina. Ihh malunya UMNO, hangpa tenyeh muka kat lantai jambanlah Pemuda UMNO hoi... maluuu.
Isu yang dibangkang pula ialah isu perkauman Cina. Kononnya kerajaan negeri akan perkenal dasar baru supaya orang Cina di Pulau Pinang tak boleh beli rumah di Daerah Kulim dan Kuala Muda, sebab kalau benarkan maka Kulim dan Sungai Petani akan jadi bandar Cina satu dekad lagi. Kalau betoilah itu dasar yang akan diperkenalkan maka aku salute kerajaan negeri. Dari sudut nak pertahan hak Melayu maka PAS 100 kali lebih baik dari UMNO dan Perkasa yang kononnya perjuang hak Melayu tapi tak pertahankan pun Melayu. Yang UMNO dan Perkasa sibuk perjuang ialah sex, sex, sex... Melayu merempat dalam negeri sendiri hangpa tak peduli.

Betoila kat Kedah ni kapiaq harbi MCA dan Gerakan akan ganti UMNO. Awas, bahaya menanti jika biarkan BN berkuasa.

Monday, January 23, 2012

Sedia Kopi Tea Lekaih.... BN Kedah nak pie Ziarah Rakyat Kedah melalui "Program 1Juta Pengundi"

BN Kedah lancar Program 1Juta Pengundi
Wartawan Sinar Harian
January 23, 2012

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah akan melancarkan program turun padang untuk menemui lebih 967,000 pengundi baru di negeri ini melalui Program 1Juta Pengundi bermula Februari ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata melalui program itu BN akan menggerakkan semua jentera parti komponennya terdiri daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap kawasan bagi mengenal pasti tahap sokongan pengundi baru terhadap BN.

Katanya program ini bertujuan mengenal pasti kehendak pengundi baru agar mereka menyokong BN dalam usaha merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus pengundi muda yang dikenal pasti sebagai majoriti senyap menjadi keutamaan selain mendekatkan diri dengan penyokong-penyokong BN.

"Golongan ini memiliki ilmu pengetahuan yang amat luas dan mereka dapat menilai sama ada BN atau pembangkang yang dapat memberi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gerakan negeri di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata beliau yakin masyarakat Cina di negeri ini akan kembali menyokong BN berdasarkan sokongan dan komitmen yang diberikan melalui program-program anjuran BN.

Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai pula berkata Gerakan telah bersedia sepenuhnya dan menguatkan jentera parti di kawasan yang dimenanginya.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew dan turut dihadiri lebih 3,000 tetamu pelbagai kaum. - BERNAMA

Pesanan Admin : Bila depa mai hangpa ambik artikal nie lempaq muka depa suruh depa jawab dulu solan-soalan yang di tanyakan tuuu.....

Wednesday, January 18, 2012

Depa Kata Tektik UMNO & MCA Kedah dah terbongkaq..betoi ka..!!??

oleh depakata

Hari nie kami nak habaq satu tektik yang mana depa-kata dua parti besaq BN kawtim baik punya nak perdeje kerajaan Azizan....

Oleh itu buat kepada pemimpin Parti UMNO Kedah hangpa.........

1. Tolong nasihat kawan-kawan hangpa dari MCA agar tidak membuka pusat-pusat hiburan maksiat secara berleluasa dibandar besar dan kecil seluruh Kedah.

2. Kami tau tujuan pusat-pusat hiburan maksiat itu dibuka bukan sangat untuk keuntungan kewangan tetapi untuk menimbulkan keresahan masyarakat Islam dan kesalahan di letakkan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat yang diterajui Parti Islam SeMalaysia. PBT arah tutup sini buka sana, tutup pula sana buka sinun...cam haremmmmm....

3. Kami juga tau jika tindakan menutup secara drastik diambil oleh pihak PBT, hangpa akan cucuk masyarakat Cina pula bahawa Kerajaan Negeri menzalimi masyarakat Cina.

Oleh itu, kami mengharapkan hangpa pemimpin UMNO janganlah menggunakan taktik kotor ini bersama kawan hangpa MCA tuuu hanya semata untuk meraih undi.

Kepada masyarakat Islam dan Bukan Islam kami harap hangpa faham permainan kotoq yang dilakukan oleh kedua-dua kawan yang menunggu masa untuk di tolak oleh rakyat Malaysia dalam PRU13 akan datang....


Monday, January 9, 2012

30 tahun BN Kedah nak selesai tapi GAGAL... mai PR perintah 3 tahun terus selesai...itu yang jelouse tuu..!!

‘Mereka rasa tamparan bila kita dapat bangun projek terbengkalai 30 tahun’ [kedahLa]


Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Pembangunan semula Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 30 tahun menjadi satu tamparan hebat kepada pembangkang.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat yang baru memerintah empat tahun berjaya membangunkan semula projek Plaza Tunku Yaakob yang selama ini mencacatkan pandangan bandaraya Alor Setar.

Maka, pihak pembangkang merasakan mereka tercabar dengan isu ini kerana gagal memulihkan projek terbengkalai 30 tahun ini.

Jadi, isu merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut dijadikan modal sebagai isu politik.

“Tamparan yang cukup hebat kepada Barisan Nasional kerana masalah Plaza Tunku Yaakob terbengkalai telah berlarutan kira-kira 30 tahun, mereka (kerajaan dahulu) tak boleh selesaikan, tiba-tiba zaman kita jadi kerajaan, dengan izin Allah, boleh selesai,” ujar beliau pada satu ceramah di Batu 2, di sini.

Dalam perbincangan dengan pemaju untuk bangunkan semula projek tersebut, kerajaan negeri memutuskan supaya surau tersebut merupakan bangunan terakhir yang dirobohkan.

Tambah beliau, daripada sumber maklumat yang diperolehi, YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengakui bahawa projek pembangunan semula ini adalah satu langkah yang baik.

“Saya dapat makluman bahawa Dato’ Bashah juga kata projek ini adalah projek yang baik, tetapi dia kena buat juga sebagai isu politik memandangkan beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang perlu mencari kesilapan kerajaan negeri.

“Pada awal dia (Dato’ Bashah) rancak, lepas tu dia pun lepas kepada orang lain, sebab dia tahu lepas ni dia kena berdepan dengan Majlis Fatwa,” jelas beliau.

YB Dato’ Ir Amiruddin turut menyingkap sejarah bagaimana pemaju bersetuju dengan projek ini.

“Projek ini adalah dengan izin Allah, tiba-tiba kita didorong untuk kenal dengan pemaju yang mempunyai track record yang baik, beliau (pemaju) telah datang ke Kedah untuk melihat projek lain, kita (kerajaan) pelawa tengok bangunan yang menyakitkan mata 30 tahun tu, mana tahu ada satu benda baru yang boleh dilakukan untuk manfaat semua.

“Setelah dilihat, Alhamdulillah kita dapat maklum balas positif, beliau kata projek ini ada peluang untuk dibangunkan semula,” jelas beliau.

Sifat tenang PAS Kedah resahkan pembangkang (BN)

oleh KedahLa


Oleh: Che Nad

Nampaknya sifat pemaaf dan tenang PAS meresahkan Barisan Najib yang melabelkan diri sendiri sebagai Barisan Nasional.

Mereka sengaja membuat pelbagai onar agar PAS melenting, apabila PAS melenting maka itu akan dijadikan isu baru bagi mengekalkan populariti BN.

Kita tahu bahawa UMNO hidup dengan isu. Isu adalah satu-satunya sebab mereka wujud. Sementara PAS dan PR menyelesaikan masalah rakyat, isu semakin kurang, maka semakin pendeklah nafas BN.

BN perlu belajar bagaimana untuk hidup secara lebih budiman, secara lebih berorientasikan kesejahteraan rakyat, dan bukan berorientasikan kesusahan rakyat. Bukannya dengan mengadu domba dengan pelbagai isu, sehingga isu seremeh roboh bangunan yang ada surau untuk bina surau lebih besar pun dipolitikkan separuh gila.

Jika BN sebagai pembangkang di Kedah terpaksa hidup atas isu, maka sampai bila pun mereka terpaksa cipta isu dan membuat provokasi agar PAS dan PR turut bergelumang dengan isu yang tidak mensejahterakan rakyat.

Marilah kita berdoa semoa BN insaf dan kembali ke pangkal jalan, bersama PR mensejahterakan Kedah.

Friday, November 4, 2011

Slogan BN Menang Kedah Senang telah membuktikan bahawa 50thn dulu Kedah tak pernah senang..!!

dok pikiaq jugak..jika depa menang nanti maka kedah akan jadi senang jadi bermakna selama dekat 50thn depa perintah kedah sebelum jatuh kat Pakatan Rakyat kira negeri Kedah nie tak senang-senang laa nooo....tak gitu...???

  • Farhan Boyen likes this.
  • 1 share
    • Ahmad Nazmi Hehe..depa2 ja kot senang..rakyat la ni dah senang dah..
      21 hours ago · · 1
    • Wangoth Ravendark Hj Ali nak kuag statement biag pkiag beh2 dulu.....macam bukit gantang dulu depa main isu ayag...padahal masalah tu sebelum nizar amik pun dah 30 tahun.....dah la tu depa jadikan modai plak...apa punya bengonk....huhuhh
      21 hours ago · · 3
    • Kedah Lanie saja ja dok pikiaq slogan depa nie..jika tulis BN menang Kedah Bertambah Senang kira ok la lagi..sebab dulu dah senang dah jadi jika bagi menang semula depa nak bagi 'bertambah senang'...he he he
      21 hours ago · · 1
    • Fiddy Mo senang la kroni2 nak sapu. tu aja tujuan dia... rakyat semua bleh pi mampuih laa
      21 hours ago ·
    • Firdaus Ibrahim depa puak2 UMNO yang tak senang sebenaqnya selama PR perintah ni... 3 tahun dah dok kelupoq kelepiaq tak torah duduk..
      20 hours ago · · 1
    • J-Lan Zailan haha..tepat punya status ni admin. dok 50thn rasanyer Kedah kena jajah kut..hehehhehe
      13 hours ago ·
    • Huang Se' hahaha.....BN kan nak makan hasil bumi kedah.....kaya bertambah kaya
      12 hours ago ·
    • Sujairi 'Jerry' Salleh Bn menang Kedah Senang kena tipu...hehehe
      11 hours ago ·
    • Zainun Ahmad Sablie brebut lobi nk jd mb pulakkkk
      10 hours ago ·
    • J-Lan Zailan Bn menang..kedah bangang...hahahaha
      7 hours ago ·
    • Abd Rahim Zakaria Mantop komen admin yg nie..ha ha
      53 minutes ago ·
    • Hawaii Five-o haaaa....haaa.sapa bangang bro.
      31 minutes ago ·
    • J-Lan Zailan BN la bangang..dn penyokong nyr

Sunday, February 13, 2011

Guna wang rakyat untuk biayai program BN, boleh pula?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Media-media talibarut BN mengeksploit semahunya isu kononnya Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan ADUN Sri Muda, Shuhami Shafiei yang didakwa di mahkamah kerana menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Tujuannya satu, iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat kononnya kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang rakyat. Jika pembelaan kerajaan Negeri Selangor terhadap kes mahkamah Shuhaimi itu dianggap pembaziran wang rakyat, maka Kerajaan BN Pusat juga wajib dipersalahkan. Ini kerana dakwaan yang dibuat di mahkamah turut melibatkan penggunaan wang rakyat. Semua proses mahkamah tidak berlaku dengan percuma.

Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk tidak mendakwa Shuhami. Apa yang ditulis Shuhami dalam blognya jauh lebih lunak dari pemimpin-pemimpin Umno memalukan, menghina dan memberi kata dua kepada Raja-raja Melayu sewaktu isu pindaan Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993. Apa yang diucapkan pemimpin Umno semuanya tercatat dalam laporan media-media utama Negara yang tersimpan hingga kini. Bukti itu tidak pernah hilang. Mengapa seorang pun tidak didakwa? Ertinya Kerajaan Pusatlah yang memulakan tindakan ‘membazirkan wang rakyat’ dalam isu ADUN Sri Muda itu. Mereka melakukan pendakwaan terpilih.

Jika tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu dibantah, bagaimana pula dengan tindakan mereka menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kempen politik BN. Penat rasanya saya menulis beberapa siri penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kedah di zaman BN dulu yang menyapu secara terang-terangan wang anak syarikat kerajaan Negeri untuk kempen politik mereka, tetapi sehingga kini tindakan tidak pernah diambil oleh mana-mana pihak pun. SPRM misalnya boleh bertindak tanpa ada pihak yang membuat laporan pun, tetapi mengapa mereka memilih untuk mendiamkan diri jika pihak yang didakwa terbabit dengan penyelewengan itu adalah pemimpin BN.

Kerana Melayu mudah lupa maka saya ingin menyenaraikan semula penyalahgunaan wang rakyat di zaman BN dulu untuk kepentingan politik parti mereka. Ia sangat relevan untuk diungkitkan di saat BN begitu ‘prihatin’ dengan penyalahgunaan wang rakyat, kononnya.

1. Menjelang Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12) BN Kedah telah menggunakan wang syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) sebanyak RM1.7 juta untuk membiayaan program kempen politik BN yang dibuat atas nama “Pemimpin Bersama Rakyat”. Kesemua 14 bahagian di Kedah mendapat RM120,000.00 setiap bahagian, manakala bahagian Padang terap mendapat RM120,000.00.

2. Menjelang PRU 12, Menteri Besar telah memberi hadiah pen berjenama kepada wartawan yang membuat liputan kempen BN menggunakan wang Permodalan Kedah Berhad. Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar itu telah menggunakan RM66,470.00 untuk membeli 50 batang pen. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Pembelian tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.

3. Menjelang PRU 12, Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membantu kempen politik BN. Perbelanjaan kononnya untuk membantu fakir miskin yang mucul dengan banyak di musim pilihanraya. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk ‘sumbangan politik’ BN menghadapi pilihanraya.

4. Menjelang PRU 12 juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00 oleh PKB. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB. Antara spesifikasi ‘kerja-kerja sosial’ yang tercatat dalam rekod pembayaran itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah.

5. Menjelang PRU 12, STDC telah membelanjakan sebanyak RM78,270 untuk program politik BN di Padang Terap. Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, di mana semua program tersebut diadakan di Padang Terap: 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00. Semuanya berjumlah RM78,270.

6. Menjelang PRU 12, STDC telah menyewa khemah untuk digunakan sebagai program kempen politik BN sebanyak lebih RM300 ribu. Oleh kerana mereka telah berhutang kepada syarikat pembekal, maka pentadbiran STDC kini yang terpaksa menjelaskan hutang tersebut secara beransur-ansur.

7. Menjelang PRU 12 juga, STDC telah membekal kain tudung dengan perbelanjaan sebanyak RM20 ribu. Walaupun tidak dinyatakan kain tudung untuk siapa, tetapi tentulah kain tudung itu bukan untuk Muslimat PAS. Bukan juga untuk Wanita MCA, MIC atau Gerakan, sebab mereka tak pakai tudung. Kalau bukan untuk Wanita arau Puteri Umno, siapa lagi?

Itu cuma senarai penyalahgunaan wang rakyat oleh BN menjelang PRU 12. Hanya di Kedah. Bukan untuk semua waktu. Itu pun terbatas kepada senarai penyalahgunaan yang dibuat secara terang-terangan, tidak termasuk yang program kempen BN yang dibuat menggunakan kos dan jentera kerajaan. Macam Perdana Menteri yang turun ke mana-mana, semuanya menggunakan duit rakyat yang banyak tetapi berkempen terang-terangan supaya rakyat menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat. Halal pula bagi mereka.

Di zaman PR mentadbir Kedah sekarang pun ada program Mesra Rakyat yang telah dibuat di beberapa daerah. Menteri Besar cuma turun mencanang misi, visi, dasar dan program kerajaan Negeri. Tiada bendera PAS yang menyambut kedatangan beliau dan tiada kempen politik Umno, PAS. Sebab itu kakitangan kerajaan Kedah lebih selesa untuk bekerja di bawah pentadbiran kini berbanding lalu kerana mereka bekerja betul-betul untuk rakyat, bukan untuk parti pilitik tertentu.