Showing posts with label Kerajaan Negeri Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Negeri Kedah. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Azizan, 10 anggota exco Kedah angkat sumpah sessi 2013

Bernama

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta 10 anggota exco kerajaan negeri Kedah, mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Bukit, di Alor Setar hari ini.

Azizan ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pelantikan barisan exco itu dibuat memandangkan tempoh lantikan mereka akan berakhir pada 28 Februari ini dan portfolio masing-masing dikekalkan.

"Lepas 28 Februari ni masa tu kalau berlaku pilihan raya, sementara nak keluar keputusan dah ada pemegang jawatan, portfolio masih berjalan sampai angkat sumpah Menteri Besar dan exco baru (lepas pilihan raya)," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Kedah merupakan satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (exco) perlu diperbaharui setiap tahun.

Menurut senarai exco yang dikeluarkan, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembanguan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.

Datuk Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, manakala Datuk Amiruddin Hamzah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi.

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, manakala Datuk Siti Aishah Ghazali masih menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.

Datuk Dr Ismail Salleh memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, manakala Datuk S Manikumar pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, HalEhwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam.

Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad dan Tan Joon Long @ Tan Chow Kang juga masing-masing menerima tawaran pelantikan semula itu.

Lim kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia; Abd Ghani sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Insan dan Pembangunan Usahawan; manakala portfolio Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan kekal disandang Tan.

Sementara itu, portfolio Azizan turut dikekalkan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan.

-Bernama

Friday, February 8, 2013

Masyarakat Cina terima sumbangan Tahun Baru

ALOR SETAR – Adalah menjadi kelaziman kepada kerajaan negeri menyampaikan sumbangan hari raya kepada rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Bagi sambutan Tahun Baru Cina 2013, seramai 606 kaum Tiong Hua menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul, bagi menggantikan YAB Menetri Besar. Majlis tersebut diadakan di Dewan Seri Mentaloon bagi meraikan masyarakat Tiong Hua menyambut Tahun Baru Cina.


Sumbangan ini diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan, dan diharap dapat meringankan beban mereka serta memberi kegembiraan kepada mereka.

Selain itu, YB Dato’ Mohamed Taulan turut menyampaikan cek bantuan tahunan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (Persendirian) yang diperuntukkan sejak tiga tahun lalu.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negara, Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Thursday, January 31, 2013

Kerajaan Negeri lulus bantuan Ibu tunggal RM12 ribu untuk baiki rumah



ALOR SETAR - Bukan saja tinggal di kediaman usang, malah seorang ibu tunggal terpaksa menjaga dua daripada 10 anaknya di mana seorang menghidap penyakit jantung manakala seorang lagi orang kurang upaya (OKU).

Begitulah kesusahan yang dialami Fatimah Lad, 50-an di mana dia tiada tempat bergantung melainkan hanya anak-anak menjadi penguat semangat.

Menurutnya, kediaman yang diduduki sekarang mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung selain dinding yang makin reput.

“Lebih memburukkan nasib kami sekeluarga, apabila berlakunya musim tengkujuh, bumbungrumah pula bocor dan kami terpaksa berteduh sekitar kawasan dapur sahaja. Nak baiki sendiri memang tak mampulah, saya bergantung harap kepada dua anak yang bekerja sambilan sahaja untuk menyara kehidupan kami,” katanya yang tinggal di Kampung Pegawai, Seberang Jalan Keretapi, Sungai Korok, di sini.
Alhamdulillah, nasib yang menimpa Fatimah mendapat perhatian Pengerusi Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) Kampung Pegawai, Zainol Endut.


Zainol mengambil inisiatif membuat permohonan membaiki rumah daripada Pejabat Menteri Besar dan juga Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman.

Mungkin sudah rezeki Fatimah, perkara itu mendapat maklum balas Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak yang bersimpati dan kemudiannya meluluskan permohonan itu yang bernilai kira-kira RM12,000.

Penyerahan wang sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, YB. Lee Guan Aik (DAP) kepada Fatimah di kediamannya baru-baru ini.

Sementara itu, YB. Lee Guan Aik berkata, beliau menyeru agar semua Pengerusi MKK dapat memberi perhatian kepada masalah yang dialami oleh masyarakat setempat. Jika mereka menghadapi kesusahan, maka segala maklumat harus disampaikan kepada pejabatnya dengan kadar segera.

Beliau menjelaskan, semua MKK dinasihatkan agar lebih berusaha membantu Kerajaan Negeri supaya rakyat yang sebenar-benarnya mengalami masalah kemiskinan mendapat perhatian dan bantuan.

Malah, beliau turut memuji tindakan Pengerusi MKK Kampung Pegawai yang menjadi mata dan telinga mereka dalam memberi khidmat dan maklumat kepada masyarakat.

Tuesday, January 22, 2013

Sepanjang 5 tahun Kedah bawah PR.. inilah hasilnya...!!!

PENCAPAIAN 5 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KEDAH
Oleh:Zairul Jerlun


Bermula 8 Mac 2008, terlakarlah sejarah Negeri Kedah apabila Pakatan Rakyat, dengan diterajui oleh YAB Dato Seri Diraja Ustaz Azizan Bin Abdul Razak ,dari PAS sebagai Menteri Besar.

Diawal pemerintahannya, polisi terbesar yang diubah adalah menurunkan kadar cukai tanah sebanyak 50% di Kedah. Walau pun Kerajaan kehilangan pendapatan sehingga RM 50 Juta setahun, ianya mengurangkan beban rakyat.

Sebelum 2008, kadar elaun Ahli Lembaga Pengarah GLC dikatakan tinggi dan mewah,ada elaun bulanan dan tahunan. Apabila PR memerintah, ALP GLC hanya diberi Elaun kehadiran mesyuarat sebanyak RM 250 sahaja,polisi baru ini menurunkan kos perbelanjaan Syarikat GLC Kedah.

Kedah juga dikembalikan fungsi Ketua Kampung. Melalui Penubuhah MKK banyak projek kecil dapat dilaksanakan, seperti pemberian Jalan Kampung & membaiki jambatan. Semua Kampung juga diberi Alatan Khemah Kenduri, Meja & Kerusi.Projek ini dilaksanakan di seluruh Negeri Kedah.

Fungsi MKK ditambah lagi dengan mencari pelajar yang baru dapat memasuki Universiti untuk diberi sumbangan IPT oleh Kerajaan Negeri melalui Pusat Khidmat Dun(PKWR).

MKK juga berfungsi membuat bancian guru Al Quran dan Bidan Kampung untuk diberi sumbangan pada bulan Ramadhan sebagai tanda ingatan Kerajaan Negeri atas khidmat mereka selama ini.


Kerajaan Negeri pada waktu ini juga melalui MKK memberi sumbangan KAFALAH kepada waris simati sebanyak RM 500 sebagai mengurangkan bebanan kos menguruskan Jenazah.

Menteri Besar telah mengumumkan Tabung Tengku Mahmud, dan menetapkan Pemotongan gaji Menteri Besar dan Exco ke dalam Tabung ini dengan bertujuan untuk membantu rakyat yang susah dalam Negeri Kedah.

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dimajukan dengan Pembinaan Kampus tetap di Kuala Ketil dengan Kos RM 330 Juta. Siap sudah Kampus ini merupakan pencapaian besar Kerajaan Negeri kerana ianya dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan lebih 40 bidang pengajian yang pelbagai untuk anak-anak Kedah.

Penyelesaian masalah kutipan sampah, khususnya di Bandaraya Alor Setar dengan bermulanya operasi E-Idaman amat terkesan sekali, Penduduk Alor Setar sangat gembira kerana pada mereka masalah ini tidak ada penyelesaiannya sebelum ini.


Kerajaan Negeri mengumumkan polisi baru iaitu mengubah kuota pemilikan rumah kepada 50% :50% berbeza 70%:30% sebelum itu. Perubahan polisi ini menunjukkan betapa Adilnya Kerajaan Negeri dalam menjaga kepentingan rakyat yang berbagai kaum.


Aspek Pembangunan Insan menjadi keutamaan yang dititik beratkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Untuk itu diadakan Kem sempena cuti sekolah di seluruh Daerah. Kem Anak Soleh(KAS) untuk pelajar tahun 5 dan 6. Kem Bina Insan(KBI) untuk pelajar tingkatan 1,2,3 dan Kem Bina Sahsiah (KBS) untuk pelajar tingkatan 4 dan 5, Kesemua kem ini diadakan di Maktab Mahmud dan Sekolah Agama Rakyat di seluruh Kedah. Para Ibu/bapa amat menyokong penganjuran kem seumpama ini yang mendidik anak-anak mereka cara Berwudhuk dan Solat serta mentaati Ibu/bapa dan guru.


Atas faktor itu juga, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Latihan Belia Sejahtera dengan kelengkapan latihan yang lebih lengkap iaitu (ILBAS) di Paya Pahlawan, Jitra.


Polisi baru tender terbuka pembalakan telah meningkatkan Hasil balak sehingga mendapat pujian oleh Ketua Audit Negara, dari keluasan yang sama pada zaman BN, hasil hanya sekadar 8 juta setahun meningkat kepada 80 juta setahun sekarang ini. Rakyat perlu persoal kemanakah hilangnya marjin keuntungan perolehan hasil balak sebelum ini kepada Kerajaan Negeri.

Sejarah juga tercipta apabila Menteri Besar membuka kediaman Rasminya kepada rakyat untuk diadakan Kuliyah ILMU pada setiap pagi Jumaat dan Sabtu. Majlis ILMU menjadi satu perkembangan positif bagi Negeri Kedah. Rakyat dapat memanafaatkan waktu terluang ini bersama keluarga pada cuti hujung minggu.


Pentadbiran Kerajaan Negeri Berjaya menyelesaikan Isu lapuk selama 30 tahun iaitu meruntuhkan Plaza Tunku Yaakob yang mencacatkan pemandangan Alor Setar dengan digantikan projek Mega yang Baru iaitu AMANCENTRAL, masyarakat Kedah sangat terkesima atas kebolehan kerja buat Kerajaan Kedah kini kerana berusaha sehingga masalah dapat diselesaikan. Pada waktu ini juga 2 Kondominium sedang di Bina oleh Bina Darul Aman Berhad di hadapan pejabatnya.


Sebenarnya sebagai hanya sebuah Kerajaan Negeri pencapaian ini sangat baik., rakyat memahami Kerajaan Negeri amat terhad ruang lingkup pentadbiran dan kemampuannya, Akan tetapi dengan kerja kuat dan usaha ikhlas semua lapisan pentadbiran, membuahkan pencapaian yang boleh dikatakan cemerlang untuk penggal pertama ini.

Friday, January 18, 2013

Kerajaan Negeri Kedah sedang menjadikan Pulau Payar destinasi agro tourism

PULAU PAYAR – Pulau Payar yang dikenali sebagai taman laut popular di sebelah Utara Malaysia, tidak lama lagi akan dikenali juga sebagai destinasi agro tourism.

Kerajaan negeri Kedah di bawah Exco Perlancongan dan Exco Usahawan kini sedang mengadakan perancangan bagi menambah produk pelancongan di pulau tersebut dengan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Taman Laut Malaysia dan Jabatan Pertanian Kedah.

Lawatan YB Ustaz Abd Ghani Ahmad dan YB Dato’ S. Manikumar bersama pihak Jabatan Pertanian ke pulau tersebut adalah bagi melihat dan berbincang dengan lebih mendalam berkenaan produk-produk yang perlu ditambah seperti penanaman buah-buahan tempatan, jualan jus buah-buahan, kerepek dan pelbagai lagi.

Penanaman buah-buahan tersebut adalah agar pelancong-pelancong yang datang dari luar negara di samping menikmati keindahan terumbu karang dan ikan mereka juga dapat mengenali dan merasai buah-buahan tempatan.

Selain itu, turut dicadangkan untuk dibuka gerai produk-produk tempatan agar pelancong yang datang boleh membeli buah tangan dari Malaysia untuk di bawa pulang negara mereka.


Dalam ucapannya, Exco Perlancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, YB Dato’ S. Manikumar berkata, semua pihak perlu duduk semeja seperti satu keluarga bagi membincangkan perancangan ini.

“Perbincangan untuk menjadikan pulau ini sebagai agro tourism adalah untuk mengangkat martabat Malaysia agar menjadi lebih tinggi,” katanya semasa berucap dalam lawatan kerja bagi melihat kesesuaian Pulau Payar untuk dijadikan sebagai destinasi Agro Tourism.

Selesai majlis rasmi, exco dan pihak Jabatan Pertanian Negeri Kedah mengambil kesempatan melawat tempat-tempat yang menarik di pulau tersebut dan meninjau keadaan keadaan chalet lama yang tidak diusahakan sejak 2006.

Wednesday, January 9, 2013

58 sekolah Tamil seluruh Kedah dibantu


 

ALOR SETAR – Sebanyak RM229 ribu telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk membantu pembangunan sekolah-sekolah Tamil seluruh Negeri Kedah yang melibatkan 49 sekolah bantuan modal dan 9 sekolah bantuan penuh.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, YB Dato’ S. Manikumar, agihan peruntukan berkenaan akan dibahagikan mengikut kapisiti jumlah pelajar dan lain-lain hal berkaitan.

“Bagi sekolah bantuan penuh kita akan sumbang setiap sekolah RM2 ribu manakala sekolah yang mempunyai jumlah pelajar yang ramai, kita akan agihkan RM10 ribu setiap sekolah dan lain-lain sekolah kemungkian dalam RM5 ribu untuk setiap sekolah,” jelasnya ketika ditemui selepas selesai Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Latihan UPSR dan Bantuan Wang PIBG, di sini.

Katanya lagi, keperihatan kerajaan negeri membantu sekolah-sekolah Tamil menunjukkan sikap Menteri Besar itu sendiri yang cintakan pendidikan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Selain bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil, kerajaan negeri juga memperuntukan sebanyak RM500 ribu untuk pembangunan kaum India. Peruntukan demikian yang diwujudkan sejak tahun 2010 tidak pernah berlaku pada masa yang lalu khususnya semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Masyarakat India begitu berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengambil berat hak-hak kaum lain. Dulu tiada sebarang peruntukan yang dikhususkan untuk pembangunan masyarakat India tetapi sekarang ada. Dengan sokongan kerajaan negeri, kita dalam usaha membentuk komuniti masyarakat India baru di Kedah,“ jelas beliau.

Di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India akan diwujudkan Kedah India Development Council (KIDC) yang akan merancang beberapa agenda untuk masyarakat India seperti perundangan, perladangan, ekonomi dan lain dalam corak perbelanjaan yang diatur oleh KIDC sendiri.

S.Manikumar juga mengucapkan terima kasih kepada NGO yang menyahut seruan kerajaan negeri untuk sama-sama membantu dalam urusan kebajikan kepada yang memerlukan.

“Majlis Penyerahan buku latihan UPSR dan Bantuan Wang PIBG ini adalah cetusan idea dari Persatuan Kemajuan Masyarakat Malaysia yang teruja dengan sambutan masyarakat India pada program sambutan Deepavali lalu di Taman Ria, Sungai Petani.

“Program tersebut dihadiri oleh Menteri Besar dan mendapat sambutan lebih 10 ribu hadirin dari masyarakat India. Bagi mereka Menteri Besar adalah seorang pemimpin yang boleh membawa harapan besar kepada masyarakat India dan melengkapkan slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.“ ulas beliau mengakhiri perbualan.

Penduduk Sri Derga berterima kasih kerajaan negeri Kedah

ALOR SETAR – Penduduk Taman Sri Derga memuji usaha dan kesungguhan kerajaan negeri Kedah melalui Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyelesaikan masalah mereka mendapatkan Sijil Menduduki Rumah (CFO) untuk rumah mereka yang tergendala sejak 2008.

Seorang pemilik, Tan Hooi Pin dan isterinya menyatakan bahawa mereka sangat gembira kerana sudah mendapat CFO untuk rumah itu. Dikatakan rumah tersebut sudah boleh diduduki sejak 2008 tetapi pihak pemaju tidak memberikan CFO kepadanya.

“Pada tahun 2010 kami berjumpa dengan Pegawai Khas Menteri Besar, Teh Kok Soo untuk menyelesaikan masalah ini dan sekarang sudah selesai.

“Terima kasih kepada pihak yang membantu bagi menyelesaikan masalah yang menjadi mimpi ngeri bagi kami ini. Kini, mimpi ngeri sudah hilang dan kehidupan sudah kembali cerah. Ianya merupakan hadiah tahun baru bagi kami. Tanpa bantuan kerajaan negeri dan pihak-pihak lain maka susah untuk selesaikan masalah ini,” kata mereka.


Seorang lagi peduduk taman tersebut juga turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan yang diberikan untuk mendapatkan CFO itu. Encik Saiyid Syaifuddin Syed Basri, 55 menyatakan bahawa beliau merupakan orang pertama yang menduduki taman itu dan pada waktu itu tiada bekalan eletrik dan air.

“Dahulu, kami terpaksa menggunakan lilin pada malam hari dan menggunakan paip air milik peniaga berhampiran taman ini.

“Selepas itu, Tenaga Nasional Berhad rasa kasihan dengan kehidupan kami, maka mereka memasang bekalan eletrik untuk kami. Namun, setiap daripada kami semua perlu membayar RM1500 untuk tiang eletrik tersebut,” terangnya ketika ditemuramah selepas Majlis Penyerahan CFO di Taman Sri Derga yang disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah.

Tambahnya, selepas itu, masalah tersebut selesai dan hanya menunggu CFO sahaja. Saya berterima kepada pihak kerajaan negeri dan MBAS kerana membantu menyelesaikan masalah ini. Tanpa bantuan mereka mungkin masalah CFO ini belum selesai.

Wednesday, January 2, 2013

100 unit rumah untuk keluarga miskin di bina di Yan

YAN – 100 unit rumah di Tapak Projek Rumah Sejahtera Rakyat, Mukim Dulang, Daerah Yan akan menjadi kenyataan apabila projek pembinaannya akan dimulakan menjelang Januari 2013.

Rumah mengikut pelan rekabentuk dan konsep pembangunan keluarga miskin itu merupakan Projek Perumahan Rakyat pertama di Yan dan ianya sumbangan dari Yayasan Haji Zainuddin.

“Kita menerima sumbangan RM5 juta dari Yayasan Haji Zainuddin untuk pembinaan Rumah Sejahtera Rakyat ini dan kerajaan negeri menyediakan tapak perumahan,”ucap Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak sempena Majlis Pecah Tanah projek rumah berkenaan.

Tambahnya lagi, beliau bersyukur kerana projek berkenaan akhirnya dapat dilaksanakan walau pun sebelum ini terdapat sedikit kelewatan atas sebab-sebab tertentu.

“Yang jadi lambat itu pasal tapak. Bila tapak ini kawasan bendang, kita perlu timbus tanah dan mantapkan terlebih dahulu. Lagi pun bila kita nak timbus, kena juga tengok masa yang sesuai. Kalau masa padi nak masak, tak boleh juga. Kena tunggu sehingga sesuai,”jelasnya.

Kerajaan negeri telah merancang projek berkenaan yang  sejak tahun 2008 dan pada tahun yang sama kerja-kerja menambun tanah di tapak seluas 15 ekar telah dimulakan. Pembinaan rumah ditangguhkan kerana mematuhi nasihat Jabatan Teknikal supaya pembinaan hanya dibuat selepas enam bulan kerja-kerja menambun tapak selesai bagi tujuan penstabilan.

“Nak buat rumah batu bukan macam nak buat rumah kampung. Ianya mengambil masa. Rakyat kena faham, pembangunan yang dicadangkan tidak akan berlaku dalam sehari semalam dan ianya perlukan masa untuk menyelesaikan perkara-perkara tertentu.

“Tak bolehlah nak banding dengan kerajaan dulu. Mereka dah merancang dua tiga tahun sudah dan selepas itu mereka boleh laksanakan. Sekarang ini kita sudah ada perancangan, sekiranya kita menang lagi, mudahlah bagi saya nak teruskan apa yang telah dirancangkan,“ tambah beliau lagi.

Katanya, pengambilan tanah-tanah sawah untuk dibuat rumah terpaksa dibuat kerana pembangunan yang agak pesat di Sungai Limau. Ini kerana perlunya kembangkan kawasan bandar-bandar kecil di luar kawasan Alor Setar.

“InsyaAllah, kita juga akan bangunkan Pulau Dayang Bunting. Di sana ada perancangan nak bina logi minyak dan pengkalan kapal dan ini secara tidak langsung memerlukan tenaga mahir dan tidak mahir untuk menjayakannya. Dan apabila ramai orang datang bekerja di sini, keperluan untuk tempat tinggal juga akan meningkat.

“Jesteru itu projek ke dua Rumah Sejahtera Rakyat ini akan kita dirikan di Sungai Daun di tanah seluas 30 ekar. Saya berharap ianya berjalan dengan baik,”ujar beliau.

Sambungnya, kerajaan akan memberi pertimbangan yang adil dalam memilih keluarga yang bakal berpindah ke Rumah Sejahtera Rakyat. Syarat-syarat seperti harga rumah dan lain-lain bersangkutan akan diumumkan apabila pembinaan telah mencapai 50 peratus. Pejabat Daerah akan bertindak sebagai jabatan yang mengurus pemilihan peserta.

“Kesempatan ini, saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Haji Zainuddin yang bermurah hati memberi sumbangan membina 100 unit rumah untuk projek ini,”kata Azizan.

Menteri Besar juga menyempurnakan Upacara Pecah Tanah selain menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman Rumah Sejahtera Rakyat antara kerajaan negeri yang diwakili oleh Dato’Khazali Din dan Yayasan Haji Zainuddin yang diwakili oleh Mohd Lutfi Abdul Karim.

Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Yan, Wakil Yayasan Haji Zainuddin dan pimpinan tempatan.

Ladang Sejahtera untuk bantu rakyat bukan projek politik

PADANG TERAP – Ladang Sejahtera yang diilhamkan oleh kerajaan negeri adalah bukan bermotifkan politik seperti yang diwar-warkan.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Ladang Sejahtera diwujudkan bagi memberi peluang pekerjaan dan menambah pendapatan kepada penduduk luar bandar.

“Sesetengah telah salah faham dengan Ladang Sejahtera, ini bukan kepentingan politik, tetapi kita (kerajaan) buat untuk bantu rakyat yang memerlukan.

“Ladang ini adalah hak anak syarikat kerajaan negeri serta mereka yang usahakan, jadi ia beri peluang kepada penduduk setempat, setelah peroleh hasil, ianya diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

“Jika kerajaan mempunyai kepentingan politik, lebih baik kita bagi tanah kepada rakyat, ini baru dinamakan untuk kepentingan politik, tetapi kita cuma bagi hasil ini kepada rakyat,” jelas beliau dalam sidang media pada Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga, di sini.


Ladang Sejahtera dibangunkan oleh Kedah Agro Integrated Plantations Sdn Bhd sebagai agen pelaksana dan merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah.

Sehingga kini, seluas 13,325 hektar telah dikenalpasti dan dimiliki untuk dibangunkan sebagai Ladang Sejahtera.

Kerjasama GLC dengan persatuan sekolah-sekolah agama, Cina dan India.


PADANG TERAP – Kerajaan negeri bersetuju untuk bangunkan tanah menerusi kaedah usaha sama antara syarikat milik kerajaan negeri (GLC) dengan persatuan-persatuan sekolah agama, Cina dan India.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, walaupun kerajaan negeri tidak boleh memberi terus tanah kepada persatuan-persatuan ini, tetapi kerajaan tetap berusaha untuk membantu mereka.

Maka, kerajaan bersetuju untuk memastikan GLC memilih persatuan-persatuan ini bagi sama-sama membangunkan tanah yang diberikan.

“Tanah Kedah cukup kecil, jadi apa yang kita boleh masa kini dalam usaha meningkatkan bantuan kepada persatuan-persatuan sekolah agama, Cina dan India, maka GLC diminta menjalankan usaha sama bersama persatuan-persatuan ini untuk bangunkan tanah.

“Tanah ini milik kerajaan, maka kita beri hak penggunaan, pakat-pakat bangunkannya, pihak GLC akan hubungi mana-mana persatuan untuk tujuan ini,” jelas beliau pada sidang media selepas Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga, di sini.

Kerajaan negeri sentiasa memastikan tiada sekolah di Kedah dipinggirkan daripada menerima bantuan.

Tuesday, January 1, 2013

Calon MB Kedah sudah "KAMCING GIGI" sebab PELABURAH kat Kulim High Tech masuk mencurah-curah..!!!

Lebih RM400 juta pelaburan masuk di penghujung 2012

http://www.wartakedah.net/images/April2011/2012.jpg

KULIM - Di saat tahun 2012 mahu melabuhkan tirai, Taman Berteknologi Tinggi atau Kulim Hi-Tech Park (KHTP) berjaya menarik pelaburan berskala besar di bidang industri perubatan yang bernilai lebih RM400 juta. Sebanyak dua buah syarikat terbabit dalam pelaburan tersebut, manakala dua buah institusi pengajian pula menyewa kemudahan KHTP untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

Aspion Sdn. Bhd. syarikat yang terbabit di bidang membekalkan peralatan perubatan akan membuat pelaburan berjumlah antara RM300-400 juta di atas tapak KHTP fasa 3 yang berkeluasan 51.74 ekar. Syarikat ini terkenal di seluruh dunia sebagai pengeluar sarung tangan yang digunakan dalam pembedahan, namun di KHTP mereka akan memberi tumpuan kepada penghasilan peralatan Peritoneal Dialysis di samping melakukan kerja penyelidikan dan pembangunan di bidang berkaitan.

Sebuah lagi syarikat pelabur ialah CTR Setia (M) Sdn Bhd yang akan melabur kira-kira RM60 juta di bidang penghasilan intravenous catheters yang juga berkaitan dengan peralatan perubatan. Mereka memajak tapak seluas 31.5 ekar juga di fasa 3 KHTP.

Sementara itu Allianze University College of Medicine and Sciene (AUCMS) telah menyewa kemudahan di Pusat Perniagaan 2 KHTP sebagai pusat pengajian pra klinikal di bidang sains perubatan. Program ini difrancaiskan oleh UKM dan mula menerima kemasukan pelajar pada Februari 2013.

Sebuah lagi institusi pengajian yang turut menyewa kemudahan ialah In-Fussion Solutions Sdn Bhd yang menjadikan Bangunan Pusat IT KHTP sebagai tempat operasi. Mereka akan memulakan Voc-Tec College dengan pengambilan pertama pelajar pada 2013 yang dihantar oleh Kementerian Pelajar Malaysia. Para pelajar ini akan mengikuti kursus teknikal dan vokasional selama empat tahun.

Perjanjian pajakan antara keempat buah organisasi ini dengan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) ditandatangi dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' IR Amiruddin Hamzah dan YB Dr Ismail Salleh. KTPC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Muhammad Sobri Osman manakala kesemua organisasi terbabit diwakili oleh pegawai tertinggi masing-masing.

Dengan kemasukan dua pelabur baru ini, KHTP kini mempunyai 33 pelabur dalam industri dari dalam dan luar negeri dengan nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM30 billion. Ia membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 28 ribu pekerja.

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 01 Januari 2013 16:46)

APAMACAM MUKHRIZ.. apa cerita lagi hang nok mohong RAKYAT KEDAH... dulu kata PELABUR tak ada nak masuk KEDAH...nie apa bendanya yang depa dok sain aka tandatangan nie...????

Sunday, December 23, 2012

Pengarah Hutan KEDAH menafikan apa yang di tulis dalam UTUSAN

Tak bohong kalu, bukan Utusex namanya...



Tercatat di muka hadapan Utusex Meloya kenyataan Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang kononnya berkata:

"Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

Kenyataan tersebut tersiar dalam Utusex Meloya 22 Disember 2012. Pada pagi hari 23 Disember 2012, Ku Azmi datang bertemu YAB Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan pendirian sebenarnya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Memang musykil jugaklah macam mana pengarah hutan boleh menghadiri dan memberi pandangan dalam mesyuarat Exco.


Abih tu kenyataan sebenar Pengarah Perhutanan Kedah macam mana. Ini dia surat rasmi yang dikeluarkan dan ditandatanganinya sendiri. Adakah dokumen ini akan disiarkan oleh Utusex Meloya? Mustahil!

(BACA BAGI HABIS... JANGAN MALAS MEMBACA!!!)












Sunday, November 25, 2012

Akhirnya projek SULIHH yang tergendala beberapa seketika akan diteruskan semula.



[KedahLanie.info] Akhirnya projek SULIHH yang tergendala beberapa seketika disebabkan pelabur menarik diri kini nampaknya akan menjadi kenyataan apabila ada pelabur baru masuk untuk melabur.

Sebuah syarikat dari negara China iaitu China City Investment Limited dengan saham 50/50 telah sanggup untuk melabur keatas projek ini dan ianya sama seperti apa yang MB KEDAH umumkan dahulu dimana akan dilaksanakan diatas kawasan laut yang di tambak.

Dengan termetrinya perjanjian antara wakil Sykt Kerajaan Negeri iaitu Merapoh & Syarikat China ini maka projek SULIHH ini kembali meniti perbualan rakyat Kedah dimana sebuah Loji penapisan Minyak akan wujud di bumi Kedah dengan kapasity 400,000 tong sehari. [Video di Bawah]

Wednesday, November 21, 2012

Kedah peruntukan RM8.5juta untuk 'Projek Sawah Gemilang'

Projek Sawah Gemilang


Usaha memajukan sawah padi diluar kawasan MADA telah giat dijalankan. Pada tahun 2012, Kerajaan melancarkan Projek Sawah Gemilang di kawasan seluas 203 hektar yang melibatkan 196 peserta. Jabatan Pertanian dan JPS telah berganding bahu menjayakan projek ini. Projek ini akan diperluaskan lagi pada tahun 2013.

Melalui peruntukkan sebanyak 8.5juta tahun hadapan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan digembeling bersama pesawah-pesawah yang terlibat bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi melebihi 5 tan sehektar. Antara projek yang akan dijalankan ialah:

i. Meningkatkan kemudahan pengairan dan saliran di kawasan sawah terbabit.
ii. Memberi input pertanian kepada pesawah.
iii. Mempelawa usahawan tani melaksanakan projek secara perladangan.

Kerajaan menyeru pemilik sawah agar bekerjasama dengan Jabatan dan Usahawan Tani yang berkenaan untuk menjalankan penanaman secara perladangan.

Ucapan Bajet 2013 Kerajaan Negeri Kedah oleh MB Kedah


UCAPAN BAJET TAHUN 2013


OLEH
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI DIRAJA MENTERI BESAR
KEDAH DARUL AMAN

PADA 20 NOVEMBER, 2012 / 2.30 PETANG

BERTEMPAT Di DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum Warohmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillahirobbil alamin Wassolatuwassalamu ala asyrabil anbiyaiwalmurssalin Waala alihi Wasohbihi ajmain.


Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah rahmatnya dapatlah saya dan semua ahli-ahli Yang Berhormat menghadiri persidangan dewan pada petang ini.

Kita juga bersyukur di atas nikmat keharmonian, kedamaian dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini.

Sesungguhnya nikmat yang kita kecapi adalah terlalu luas dan tidak mampu untuk dihitung.

Firman Allah SWT

Maksudnya:

“Dan dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu berhajat kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat tuhannya.” (Surah Ibrahim Ayat 34)

Semoga dengan nikmat yang kita miliki ini, kita gunakan untuk jalan kebaikan sepertimana perintah Allah Subhanahu Wata’ala di dalam surah al-Hajj ayat 41 seperti berikut:

Maksudnya:

“Iaitu mereka (umat islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan ingatlah Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Pada petang yang berbahagia ini, InsyaAllah saya akan membentangkan Bajet Negeri Kedah tahun 2013. Bajet ini digubal melalui proses perbincangan terperinci dengan semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri. Bajet ini meliputi semua aspek bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Setelah mengkaji agenda dan program-program yang dianjurkan selama ini kerajaan negeri telah mengenalpasti beberapa kelemahan masa lalu sama ada dalam bidang sosial atau ekonomi dan lain-lain yang perlu diberi perhatian. Berdasarkan kepada fakta inilah kerajaan menyediakan bajet untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Kerajaan sedar bahawa sejak tahun 2008 ketika mengambilalih pentadbiran negeri Kedah, kita telah berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan objektif kerajaan untuk menjadikan Kedah sebagai negeri Sejahtera.

Dalam melaksanakan matlamat ini, kita dapati bahawa ada perkara yang dapat dilaksanakan sepenuhnya dan ada juga yang masih dalam proses perlaksanaan.

Ini memerlukan kepada satu penambahbaikkan dan digarapkan melalui bajet serta susunan kerja yang komited dari kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

Sesungguhnya, kerajaan meletakkan kesejahteraan rakyat pada tahap yang paling utama. Kita bekerja dengan bersungguh bagi memenuhi apa yang diperlukan oleh rakyat.

Kerajaan telah berusaha dengan sedaya upaya yang termampu untuk memberi kebaikan kepada rakyat.

Kita mengharapkan bahawa sepanjang lima tahun mentadbir, rakyat berpuashati dengan dasar dan perancangan kerajaan, diharapkan bajet ini akan memberi keselesaan kepada rakyat dan ianya dapat dilaksanakan dengan baik.

Rakyat akan menilai apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kepada mereka.

Lima tahun pentadbiran tentu tidak akan sama dengan 50 tahun pentadbiran sebelumnya, walaupun baru lima tahun memerintah kita dapati banyak program dan perancangan kerajaan yang diperkenalkan dan dilaksanakan.

Kebaikan lima tahun mentadbir dalam perkara tertentu mungkin dapat mengatasi pentadbiran 50 tahun kerajaan terdahulu, jadi biarlah rakyat menilaikannya.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sepanjang lima tahun ini, adalah begitu sedikit bantahan dari rakyat terhadap polisi dan dasar kerajaan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang memahami apa yang telah dirancang untuk kebaikan semua lapisan rakyat.



Ada dasar yang baru diperkenalkan dan ada dasar sedia ada yang telah diberi penambahbaikkan bagi memacu negeri Kedah dalam acuan mensejahterakan rakyat.



Saya juga berterima kasih kepada kakitangan kerajaan Negeri di semua peringkat yang selama ini bekerja dalam ketaqwaan dan iltizam yang tinggi bagi memastikan perpaduan dan keharmonian terus terpelihara jika dibandingkan dengan beberapa negeri lain yang dapat kita ikuti terdapat kacau ganggu di kalangan masyarakat di negeri tersebut.



Kerajaan Negeri tetap meneruskan agenda pembangunan di bawah tema ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ yang dimulakan pada tahun 2008. InsyaAllah, pada tahun hadapan Kerajaan akan terus melaksanakan semua program yang telah dirancangkan di samping memperkenalkan beberapa projek baru bagi memantapkan lagi program-program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ketua Jabatan, pihak GLC, Badan-badan Berkanun, dan NGO  yang telah bertungkus lumus melaksanakan projek atau aktiviti yang ditetapkan oleh kerajan negeri. Kerajaan berpuashati dengan komitmen semua pihak di dalam menjayakan perancangan yang di susun. Semangat kerjasama yang dijalinkan di antara pelbagai pihak telah memudahkan pelaksanaan apa yang dirancang. Semangat ini menepati Firman Allah SWT







Maksudnya :

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah amat berat azab siksaannya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)”. (Surah Al-Maidah Ayat 2)



Dasar ini akan terus digalakkan untuk menjamin kesejahteraan rakyat negeri Kedah.



Saya berdoa jasa baik dan keikhlasan yang telah ditunjukkan oleh semua pihak akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu Wata’ala.



Saya berharap setiap pegawai berasa selesa dalam menjalankan tugas masing-masing, kerajaan memberi hak sepenuhnya kepada penjawat awam seperti yang dijamin oleh perlembagaan.



​Sejak hari pertama mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri saya telah menegaskan kita akan bekerja dengan menghormati amalan demokrasi, justeru saya berharap semua pihak dapat meneruskan komitmen mereka dan meningkatkan mutu kerja masing-masing demi menghormati karier dan jawatan yang disandang.



Kerajaan begitu berharap agar setiap pihak dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang ditetapkan kerana setiap amanah itu akan disoal oleh Allah Subhanahu Wata’ala.



Sabda Rasulullah SAW





maksudnya :

“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap mereka yang bertanggungjawab samada ia menjalankan tugasnya dengan baik atau mengabaikannya”.



Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab Ayat 72





Maksudnya :

“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.



Juga Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 27







maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui (salahnya)”.



Sudah menjadi lumrah dan amalan di negara-negara di dunia , kerajaan datang dan kerajaan pergi, akan tetapi pegawai dan kakitangan kerajaan akan kekal, jadi jika kita gagal menghayati prinsip tugas sebagai seorang penjawat awam, ia sesuatu yang malang kerana kita telah dilatih untuk menghormati perkara tersebut.



Dalam masa yang sama, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama penuh dengan semua pihak bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.



Kerajaan negeri sama sekali tidak mengamalkan sikap pilih kasih atau diskriminasi ketika menghulurkan bakti kepada rakyat dan amalan ini hendaklah diteruskan pada masa-masa yang akan datang.



Di samping itu juga, saya amat berpuashati tentang kerjasama yang telah diberikan oleh jabatan dan agensi kerajaan, namun kita dapati masih terdapat rungutan di sana sini tentang kurangnya kerjasama dari pihak tertentu, akan tetapi perkara itu masih dapat di atasi dan ditingkatkan lagi mutu perkhidmatannya di masa yang akan datang.



Saya turut mengambil kesempatan mengucapkan syabas serta tahniah kepada pihak GLC yang dapat membantu kerajaan selama ini. Dalam masa lima tahun, kesungguhan meraka telah dapat merubah wajah GLC dari negatif kepada positif, walaupun begitu, kita tetap akur dan mengakui ada beberapa GLC yang tidak mencapai apa yang kita sasarkan.



Kita sentiasa memastikan bahawa GLC tidak akan menemui kegagalan. Sungguhpun demikian, kita masih dapati GLC yang gagal dan mengalami kerugian. Kepada GLC yang telah berjaya dan berkembang maju, mereka telah memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dan pembangunan di negeri ini. GLC-GLC berkenaan selayaknya mendapat pujian sewajarnya dari kita semua.



Dalam memastikan rakyat turut mendapat faedah dari pembangunan ekonomi dan nikmat yang ada, adalah menjadi dasar kerajaan negeri menggalakkan setiap pihak berlumba-lumba untuk membuat kebajikan kepada rakyat termasuk GLC.



Prestasi Tahun 2013.



Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,





Alhamdulillah, sepanjang tahun 2012 kerajaan negeri telah berjaya mengekalkan iklim pelaburan dan suasana perniagaan yang memberangsangkan.



Kerajaan sentiasa memantau keadaan ini bagi memastikan semua pihak dapat menjalankan urusan harian dengan aman dan selamat.



Para pelabur dari dalam dan luar negeri semakin meningkat berminat untuk melabur di negeri ini. Namun selain daripada mereka akan berdepan dengan prosedur tertentu dari sudut pentadbiran yang terlibat, kerajaan begitu cermat dalam menerima pelaburan ini demi untuk kepentingan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pelabur. Kerajaan juga mengambil langkah lebih berhati-hati untuk mengelakkan kerugian dan kegagalan yang pernah berlaku sebelum ini. Kerajaan juga telah mengambil langkah perlu untuk memudahkan semua urusan-urusan tertentu dari sudut pentadbiran sehingga tidak menyulitkan pihak pelabur yang ingin melabur di Kedah.



Di samping itu, kerajaan juga memastikan setiap pelaburan yang masuk dapat memanfaatkan setiap lapisan masyarakat di negeri ini. Kita tidak mahu limpahan nikmat dari pelaburan itu hanya berlegar di kelompok masyarakat tertentu sahaja, biarlah ia dapat dirasai bersama oleh rakyat terbanyak demi untuk memastikan kestabilan sosial dan keharmonian rakyat.



Firman Allah SWT











yang bermaksud :

“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasulnya dari harta musuh penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasul) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa juga suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhi larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”. (Surah Al-Hash Ayat 7)



Kerajaan sama sekali tidak membenarkan apa-apa perkara negatif berlaku di negeri ini yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.



Keamanan dan keharmonian penduduk yang berbilang kaum terus dipelihara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan dan ia juga adalah dasar yang dipegang oleh kerajaan Pakatan Rakyat.



Walaupun pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia berada di paras sederhana, Kerajaan Negeri terus berusaha menarik masuk pelaburan swasta sama ada pelaburan asing ataupun pelaburan tempatan. Kemasukan pelaburan di bidang perkilangan sehingga bulan Julai berjumlah 300juta ringgit.



Daripada jumlah ini sebanyak 180juta adalah pelaburan asing. Kesemua pelaburan ini bakal menghasilkan 1500 peluang pekerjaan baru kepada penduduk negeri ini. Kerajaan yakin jumlah pelaburan akan meningkat apabila beberapa syarikat yang berminat memuktamadkan keputusan mereka pada akhir tahun ini.



Bagi menggalakkan kemasukan pelaburan tempatan, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal bagi memproses dan menilai cadangan pelaburan yang melibatkan tanah milik Kerajaan Negeri. Sehingga kini sebanyak 35 projek telah diberi pertimbangan.



Kerajaan menjangkakan senario pertumbuhan ekonomi yang sederhana akan berterusan pada tahun 2013. Keluaran dalam Negeri Kasar diunjurkan berkembang pada paras 5 peratus. Sektor perkhidmatan dijangka memberi sumbangan utama kepada ekonomi negeri ini.



Untuk memastikan arus kemasukan pelabur sentiasa berterusan dan berkembang serta tidak tertangguh, kerajaan akan terus melaksanakan dasar mesra pelabur dalam pentadbiran serta agenda pembangunan ekonominya.



Dalam pada itu kerajaan turut memberi ingatan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan agenda ini, agar tidak mengamalkan amalan yang tidak sihat seperti rasuah dan lain-lain tindakan negatif.



Peruntukan Bajet tahun 2013



Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,



Bajet tahun 2013, akan menyediakan peruntukan berjumlah 1.1bilion ringgit bagi melaksanakan semua program dan projek yang disusun rapi bagi memajukan Negeri Kedah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Jumlah peruntukkan yang dirancangkan ini adalah berasaskan tahap kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.



Daripada jumlah tersebut, 657juta ringgit untuk perbelanjaan mengurus, 369juta  ringgit untuk perbelanjaan pembangunan dan 57.5juta ringgit untuk bekalan air.



Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah 231.5juta ringgit adalah untuk bayaran emolumen, 121.2juta ringgit untuk perkhidmatan dan bekalan, 230.4juta pemberian dan kenaikan tetap, 13.8juta pembekalan aset, dan 6.8juta ringgit untuk lain-lain perbelanjaan.



Bagi peruntukkan pembangunan pula, sebanyak 61.17% atau 225.24juta ringgit untuk sektor infra, 11.65% atau 43juta ringgit untuk pentadbiran, 19.78% atau 73juta ringgit untuk sosial, 6.84% atau 25.24 juta ringgit untuk sektor pertanian, 0.34% atau 1.26juta ringgit untuk sektor pelancongan dan 0.22% atau 0.8juta untuk pembangunan sukan.



Kerajaan menjangkakan kutipan hasil Negeri pada tahun 2013 akan meningkat daripada 550juta ringgit pada tahun 2012 kepada 640juta ringgit pada tahun 2013. Jumlah peningkatan sebanyak 105.6juta ringgit bakal disumbangkan oleh hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu, serta bayaran jualan air mentah kepada SADA dan Kerajaan Pulau Pinang.



Kerajaan yakin kutipan hasil yang dianggarkan akan dapat dicapai berdasarkan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan dan kesungguhan bekerja dikalangan semua kakitangan Kerajaan.



STRATEGI BAJET TAHUN 2013



Yang Berhormat Dato’ Speaker dan ahli-ahli yang berhormat,



Bagi menjayakan hasrat meningkatkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan terus berusaha menggembeling sumber yang ada, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus pentadbiran negeri dan semua GLC. Rakyat di semua peringkat akan diberikan perkhidmatan terbaik melalui strategi-strategi Bajet tahun 2013 seperti berikut:



Strategi Pertama: Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi.

Menjadi Hub Pengeluaran Makanan



Pada bajet yang lalu, Kerajaan merancang untuk melaksanakan pertanian berskala besar demi mencapai hasrat menjadi Jelapang Makanan. Anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kedah Agro Sdn. Bhd telah diberi amanah untuk meneraju perkara ini.



Alhamdulillah, Kedah Agro Sdn. Bhd telah mengusahakan penanaman secara komersial di Bukit Tangga dengan tanaman Nanas seluas 200 ekar, telah menghasilkan 263ribu biji Nanas, tanaman Betik seluas 600 ekar dengan hasil pengeluaran 630ribu kilogram dan Kelapa Pandan seluas 700 ekar.



Usaha-usaha sedang dibuat untuk menanam Pisang Berangan di kawasan seluas 100 ekar di Bukit Perangin. Sebuah GLC iaitu Kedah BioCorporation telah di amanahkan untuk menghasilkan benih tanaman khasnya pisang berangan secara tisu kultur bagi memastikan hasil pengeluaran yang tinggi.



Inisiatif ini telah dimulakan dan Kerajaan yakin peladang dapat manfaat dari segi kualiti benih, tempoh penanaman dan hasil pengeluaran yang lebih singkat.



Kerajaan memberi galakan  kepada usahawan tani untuk mengusahakan tanaman Nanas secara besar-besaran. Sehingga kini, terdapat usahawan tani yang menanam Nanas dengan kaedah kepadatan tinggi yang memberi hasil yang lumayan.



Hasil pengeluaran nanas yang tinggi diperlukan untuk menampung permintaan pasaran tempatan, eksport dan kilang mengetin Nanas di Sungai Petani.



Bagi memajukan pengeluaran seperti Nanas, Jagung, Sayuran dan Buah-buahan, Kerajaan memperuntukkan 12.6 juta untuk projek-projek pembangunan pertanian.



Suka saya nyatakan di sini bahawa pihak PKNK melalui anak syarikatnya Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd., sedang membangunkan tanah seluas 1000 ekar di Genting Bunga bagi tujuan estet buah-buahan.



Semua jenis buah-buahan akan ditanam di situ termasuk buah-buahan tempatan yang hampir pupus. Projek ini adalah merupakan projek Agro Tourism. Adalah diharapkan projek ini akan menarik lebih ramai pelancong ke Kedah apabila ia siap kelak. Di samping itu ia dapat memenuhi pasaran buah-buahan tempatan dan luar negara.



Projek Sawah Gemilang



Usaha memajukan sawah padi diluar kawasan MADA telah giat dijalankan. Pada tahun 2012, Kerajaan melancarkan Projek Sawah Gemilang di kawasan seluas 203 hektar yang melibatkan 196 peserta. Jabatan Pertanian dan JPS telah berganding bahu menjayakan projek ini. Projek ini akan diperluaskan lagi pada tahun 2013.



Melalui peruntukkan sebanyak 8.5juta tahun hadapan, Jabatan Pertanian dan  Jabatan Pengairan dan Saliran akan digembeling bersama pesawah-pesawah yang terlibat bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi melebihi 5 tan sehektar. Antara projek yang akan dijalankan ialah:



i. Meningkatkan kemudahan pengairan dan saliran di kawasan sawah terbabit.

ii. Memberi input pertanian kepada pesawah.

iii. Mempelawa usahawan tani melaksanakan projek secara perladangan.



Kerajaan menyeru pemilik sawah agar bekerjasama dengan Jabatan dan Usahawan Tani yang berkenaan untuk menjalankan penanaman secara perladangan.



Ternakan Ayam Daging



Di bidang ternakan, Kedah telah berjaya menjadi pengeluar utama ayam daging di Utara tanah air. Bilangan penternak semakin bertambah. Kemasukan pelaburan swasta semakin meningkat khasnya dalam perladangan ayam secara tertutup.



Baru-baru ini Kerajaan meluluskan projek  perladangan ayam baka oleh sebuah syarikat swasta dengan nilai pelaburan sebanyak 50juta ringgit di kawasan seluas 47 hektar di Kuala Ketil.



Syarikat ini akan mengeluarkan 100,000 ekor anak ayam sehari. Kerajaan yakin projek seperti ini sangat berpotensi mengembangkan industri ayam daging. Sehubungan itu, Kerajaan memperuntukkan 4.7juta kepada Jabatan Veterinar untuk pembangunan industri ternakan.



Akuakultur



Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan memajukan ternakan ikan dalam sangkar. Kawasan yang sedang dimajukan ialah di Zon Industri Akuakultur di Langkawi yang melibatkan GLC dan beberapa syarikat swasta.



Pada tahun hadapan Kerajaan Negeri akan memperkemaskan industri ini dengan mengambil tindakan seperti berikut:



Memperkemaskan garis panduan ternakan ikan dalam Zon Industri Akuakultur di Langkawi dan kerajaan juga akan kemukakan garis panduan dari segi proses-proses permohonan, kadar bayaran lesen menumpang sementara dan aspek kawalan.

Menarik masuk syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan ternakan ikan dalam sangkar.



Memajukan Industri Pelancongan



​Hutan semulajadi telah memberikan sumber hasil kepada hasil Negeri. Untuk itu, Kerajaan memberi penekanan kepada pengurusan hutan yang baik, sejumlah 7.3juta disediakan kepada Jabatan Perhutanan pada tahun 2013. Selain itu, Kerajaan memutuskan beberapa kawasan hutan dimajukan sebagai kawasan tarikan pelancongan.



InsyaAllah, Negeri Kedah akan mempunyai Taman Negeri yang pertama di Ulu Muda seluas 30ribu hektar bakal digazetkan bagi tujuan pemuliharaan, pelancongan, pendidikan dan penyelidikan flora dan fauna yang sedia ada.



Strategi Kedua: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat



a. Kerajaan Negeri akan melaksanakan  Projek Tebatan Banjir di beberapa kawasan sebagai usaha pencegahan. Peruntukkan sebanyak 3.0juta ringgit disediakan untuk projek seperti berikut:



i. Menaiktaraf peralatan mekanikal di pintu air dan rumah pam.

ii. Projek tebatan banjir di Sungai Air Mendidih, Sungai Petani, Sungai Iboi, Baling dan Alor Merah, Alor Setar.

iii. Program pemuliharaan Sungai dan pengindahan sungai di Sungai Anak Bukit dan sungai-sungai disekitar Alor Setar dengan peruntukkan sebanyak 1.7juta ringgit.



b. Kerajaan menyediakan 2.0juta ringgit bagi membantu keluarga miskin yang berdaftar di bawah e-sinar. Antara projek yang dimaksudkan ialah:



i. Bantuan membina dan membaiki rumah.

ii. Skim latihan kemahiran kepada ahli keluarga miskin iaitu isteri atau anak dalam bidang jahitan, masakan dan pendawaian elektrik.

iii. Bantuan peralatan untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan

iv. Bantuan Skim Kafalah dengan peruntukkan sebanyak 4juta bagi membantu meringankan kos pengurusan jenazah ahli dan ahli keluarga miskin.



c. Kerajaan juga memperuntukkan 2.0juta ringgit iaitu tambahan sebanyak 1.0 juta kepada bayaran rawatan hospital kepada pesara-pesara kakitangan Kerajaan.



d. Kesejahteraan sesebuah keluarga berkaitrapat dengan tahap ilmu, akhlak dan kedudukan pendapatan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan terus berusaha membangunkan keluarga melalui pelbagai program iaitu:



i. Peningkatan ilmu dan kefahaman mengenai undang-undang kekeluargaan.

ii. Keusahawanan.



Pada tahun 2012, Kerajaan telah melaksanakan 17 program yang melibatkan 3000 kaum wanita yang terdiri daripada golongan miskin dan ibu tunggal. Program latihan di bidang jahitan dan masakan bakal membantu mereka menambah pendapatan keluarga. Pada tahun hadapan, program seperti ini akan diteruskan bagi membolehkan mereka yang telah berkursus memasuki sektor perniagaan .



Naiktaraf Rumah Awam Kos Rendah



Kehidupan penghuni di beberapa buah rumah awam kos rendah khususnya rumah pangsa adalah tidak begitu selesa dan menyenangkan kerana kerosakan bangunan dan prasarana seperti sistem bekalan air, sistem kumbahan, kebocoran bumbung dan persekitaran yang tidak bersih. Kerajaan mengambil langkah untuk menaiktaraf rumah pangsa Tongkang Yatt dan Paya Nahu Satu bagi meningkatkan kualiti kehidupan para penghuni. Adalah diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi mengatasi perkara ini.



Menaiktaraf Jalan Raya Negeri



Jalan raya yang berkualiti adalah diperlukan untuk pengangkutan barangan dan pergerakan penduduk. Kerajaan memberi keutamaan kepada aspek ini bagi memastikan jalan-jalan negeri diselenggara secara berkala untuk menyediakan kemudahan awam yang berkualiti kepada rakyat. Pada tahun 2013, Kerajaan menyediakan 128juta ringgit bagi kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih jalan dan jambatan di seluruh negeri. Manakala 14juta ringgit diperuntukkan kepada JKR bagi membina beberapa batang jalan dan jambatan.



Kerja-kerja membina jalanraya ini akan diberi keutamaan kepada GLC Kedah yang berpengalaman dan berkeupayaan untuk mengendalikan pembinaan jalan ini.



Di samping itu kerajaan juga akan mempertimbangkan permohonan dari syarikat-syarikat swasta yang layak dan berpengalaman untuk mengendalikan pembinaan jalan ini.



Strategi Ketiga: Meningkatkan Modal Insan



a. Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil

Kerja-kerja pembinaan Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil telah hampir siap dan bakal dirasmikan pada awal tahun 2013.



Sejak 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, inilah kali pertama kerajaan negeri memiliki sebuah universiti yang tersendiri.



Semestinya ia akan menjadi kebanggaan rakyat, sekalipun KUIN terpaksa menghadapi pelbagai kekangan termasuk kewangan, tetapi akhirnya berjaya biar pun tidak mendapat sebarang bentuk bantuan dari kerajaan Pusat.



Kejayaan ini adalah pertolongan dari Allah SWT kerana KUIN dibina di atas ketaqwaan.







Firman Allah SWT







yang bermaksud :

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan menjauhi segala larangannya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya). Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka Allah cukupilah baginya (untuk) menolong dan menyelamatkannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara-perkara yang dikehendakinya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu)”. (Surah Al-Thalaq Ayat 2 dan 3)



Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi -tinggi terima kasih kepada pihak Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Bank Berhad yang tampil memberikan kemudahan pinjaman kewangan atas prinsip untuk sama-sama melihat kejayaan dalam dunia pendidikan yang seterusnya mampu merangsang perkembangan sosial dan ekonomi negeri Kedah ini.



KUIN lahir di tengah-tengah segitiga strategik di antara bandar Sungai Petani, Baling dan Kulim. Kita bakal melahirkan sebuah pusat pertumbuhan yang baru di Kuala Ketil. Kita menjangkakan, dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang Kuala Ketil akan berubah wajah sepertimana yang berlaku di Bangi, Selangor.



Sebelum wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hanyalah sebuah kampung yang kecil, tetapi sekarang Bangi adalah sebuah bandar ilmu dan bandar industri sederhana yang semakin pesat membangun selain ia terletak berdekatan dengan Putrajaya.



Tempiasan ilmu yang berkembang di KUIN ini insyaAllah akan memanfaatkan rakyat di negeri ini yang selama ini agak tidak diberi perhatian dalam perkembangan dunia pendidikan.



Seperkara yang harus difikir secara lebih jauh adalah, lahirnya kampus KUIN ini, kita telah dapat mengelakkan berlakunya pengaliran wang rakyat Kedah ke negeri-negeri luar.



Selepas ini akan berlaku pengaliran tunai dari luar yang mencurah dan ia secara tidak langsung mewujudkan pelbagai peluang pendapatan bagi rakyat terbanyak.



Turut membanggakan kita adalah kejayaan KUIN memberi kursus Perbankkan Islam kepada hampir 3,000 kakitangan kaunter Islam daripada bank-bank di negara Thailand.



Lebih dari itu, Timbalan Gabenor Bank Negera Nigeria adalah antara individu yang datang belajar di KUIN setelah KUIN memberi khidmatnya kepada Bank Negara Nigeria dalam bidang Perbankkan Islam. Telah ada dua kumpulan lain dari Nigeria yang mengikuti langkah Timbalan Gabenor Bank Negara tersebut.



Suka juga saya maklumkan di sini bahawa Kampus Induk KUIN pada peringkat ini belum didirikan lagi bangunan asrama. Bangunan asrama untuk para pelajar akan dibina pada perancangan fasa ke dua.



Ini tidak bermakna KUIN tidak memikirkan akan keperluan asas kepada pelajar tersebut.



Bagi mengatasinya, kita telah berbincang dengan pihak GLC untuk menggunakan bangunan yang mereka bangunkan sekitar KUIN bagi dijadikan asrama.



Tidak keterlaluan jika saya katakan, Kampus KUIN di Kuala Ketil ini adalah bertaraf lima bintang atau “Five Star University”, .



InsyaAllah, KUIN akan dirasmikan pada awal 2013 yang bakal disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.



KUIN akan berpindah ke kampus ini pada bulan Mac, manakala pelajar akan menggunakan kampus baru untuk sesi pengajian pada Jun 2013. Mulai tahun 2013, Kerajaan perlu membuat bayaran tertangguh kepada kontraktor sebanyak 46juta ringgit setahun.



Dengan berlakunya perpindahan ke kampus baru serta peningkatan mendadak jumlah pelajar, Kerajaan akan menambah pemberian kepada KUIN mengikut keperluan bagi memartabatkan pendidikan kepada anak bangsa ini.



b. Maktab Mahmud.



Kemudahan di Maktab Mahmud yang sedia ada akan ditambahbaik.  Kerajaan Negeri sedang membina bangunan kelas dan Makmal Sains di Maktab Mahmud Kulim. Manakala bangunan asrama pelajar lelaki di Maktab Mahmud Langgar akan dimulakan awal tahun hadapan. Bagi memperkasakan institutsi ini, Kerajaan menyediakan 37 juta ringgit kepada pengurusan Maktab Mahmud.



c. Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba, Langkawi



Pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba, Langkawi bakal dimulakan pada awal tahun hadapan. Pada masa ini, para pelajar sedang mengikuti pengajian di bangunan sementara di Kulim. Kerajaan memperuntukkan sebanyak 20juta ringgit bagi tujuan pembinaan kampus tetap di Pulau Tuba. Kerajaan berharap projek ini bakal mencetus pelbagai projek lain bagi memajukan Pulau Tuba.



Bagi melengkapkan program pendidikan kepada generasi muda, Kerajaan turut memberi sumbangan sebanyak 3.0juta kepada Maahad Tahfiz yang diuruskan oleh Yayasan Islam.



d. Lain-lain projek

i. Sejumlah 1.8juta pula disalurkan kepada Jabatan Agama bagi membiayai pengurusan kelas Taska dan Tadika untuk memajukan pendidikan pra sekolah.



ii. Manakala 1.0juta bakal disalurkan kepada sekolah-sekolah persendirian, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil mengikut keperluan.



iii. Peruntukkan sebanyak 4.0juta ringgit disalurkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti di semua perpustakaan sedia ada. Sejumlah 2.5juta ringgit diperuntukkan kepada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah bagi membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.



Strategi Keempat: Memperkasa Tadbir Urus Kerajaan Negeri



Jentera pentadbiran yang cekap dan amanah sangat penting di dalam menjayakan semua dasar dan program pembangunan yang dirancangkan.



Kakitangan kerajaan perlu memastikan mereka memberikan khidmat bakti dengan ikhlas dan penuh ketaqwaan. Prestasi terbaik dan taat setia yang diberikan selama ini amat-amat dihargai. Mereka hendaklah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan memahami konsep Islam iaitu memberikan ketaatan kepada Gorverment of the day bagi tujuan keselesaan rakyat.



Kerajaan Negeri berpuashati dengan komitmen dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua kakitangan Kerajaan Negeri. Seperti yang di umumkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri turut menerima pakai dasar pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun. Harapan Kerajaan ialah agar semua kakitangan akan meningkatkan prestasi perkhidmatan masing-masing.



Di samping itu juga, kerajaan terus memberi penghargaan kepada kakitangan kerajaan untuk membuat lawatan ke luar negara, sebagai menghargai keringat yang telah mereka curahkan kepada negeri ini.



Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif untuk menyediakan kemudahan yang selesa kepada semua kakitangan jabatan Negeri di dalam menjalankan tugas .



Pada tahun hadapan beberapa projek membina dan menaiktaraf Pejabat seperti Pejabat Tanah Langkawi, Pejabat Tanah Pokok Sena, Pejabat Agama Daerah Pendang dan Padang Terap, Mahkamah Syariah Pendang dan Padang Terap serta beberapa buah Pejabat JKR Daerah akan di laksanakan.



Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak 20juta ringgit bagi tujuan tersebut.



Majlis Ketua Kampung atau MKK merupakan jentera pentadbiran negeri di peringkat akar umbi. Mereka telah memainkan peranan yang penting di dalam memelihara keharmonian dan menerajui aktiviti kemasyarakatan kawasan masing-masing. Untuk itu Kerajaan menyediakan 12.7 juta ringgit sebagai pemberian elaun bulanan kepada semua MKK terlibat.



Kerajaan berharap MKK akan lebih aktif dan cekap dalam melaksanakan dasar dan agenda kerajaan di peringkat akar umbi.



Di dalam mencapai tadbir urus yang baik, Kerajaan menggalakkan setiap Jabatan untuk meningkatkan tahap prestasi agar mencapai standard yang ditetapkan.



Program latihan kepada seluruh kakitangan bagi memastikan semua kakitangan mematuhi peraturan sediada dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.



Tadbir urus yang baik juga dilaksanakan di semua GLC bagi memastikan mereka dapat menerajui bidang-bidang yang ditetapkan di samping mengelakkan daripada terlibat dengan urusniaga yang merugikan di masa hadapan.

Sehingga kini, semua GLC telah menunjukkan kemajuan dan bakal memberi sumbangan kewangan kepada Kerajaan sebanyak 16 juta ringgit pada tahun 2013.

Saya berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’alla memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini agar sentiasa mengutamakan amanah dan tanggungjawab yang perlu di laksanakan dengan jujur dan ikhlas.

Semoga Allah Subhanahu Wata’alla membantu kita semua mengatasi segala masalah yang bakal kita tempuhi.

Firman Allah SWT

maksudnya :

”Wahai Tuhan kami janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan mengampunkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah Ayat 286)



Yang Berhormat Dato' Speaker

Saya mohon mencadangkan.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Tuesday, November 20, 2012

Belanjawan Kedah 2013 RM1.1b....


Kerajaan Kedah hari ini membentangkan belanjawan 2013 defisit berjumlah RM1.1 bilion berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata daripada jumlah itu, RM657 juta ialah bagi perbelanjaan mengurus, RM369 juta perbelanjaan pembangunan dan RM57.5 juta untuk bekalan air.

Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah RM231.5 juta ialah untuk bayaran emolumen; RM121.2 juta bagi perkhidmatan dan bekalan; RM230.4 juta pemberian dan kenaikan tetap; RM13.8 juta pembekalan aset dan RM6.8 juta untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak 61.17 peratus atau RM225.24 juta ialah untuk sektor infra; 11.65 peratus atau RM43 juta bagi pentadbiran; 19.78 peratus atau RM73 juta untuk sosial; 6.84 peratus atau RM25.24 juta sektor pertanian, 0.34 peratus atau RM1.26 juta untuk sektor pelancongan dan 0.22 peratus atau 0.8 juta bagi pembangunan sukan.

Azizan berkata kerajaan negeri menjangkakan kutipan hasil negeri pada 2013 meningkat daripada RM550 juta pada 2012 kepada RM640 juta, dengan jumlah peningkatan sebanyak RM105.6 juta akan disumbang oleh hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada) dan kerajaan Pulau Pinang.
Beliau juga berkata empat strategi akan dilaksana iaitu mempertingkat pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan modal insan serta memperkasa tadbir urus kerajaan negeri.

Menerusi strategi mempertingkat pertumbuhan ekonomi, kerajaan negeri masih bergantung kepada sektor pertanian apabila Menteri Besar mengumumkan perancangan untuk menjadi hab pengeluaran makanan, membangun projek sawah gemilang, menjadi pengeluar utama ayam daging di kawasan utara serta memajukan ternakan ikan dalam sangkar selain industi pelancongan.

Dalam mempertingkat kesejahteraan rakyat, Azizan berkata kerajaan negeri akan melaksanakan projek tebatan banjir di beberapa kawasan melibatkan peruntukan RM3 juta, manakala RM2 juta lagi untuk membantu keluarga miskin.

Menerusi usaha mempertingkat modal insan pula, beliau berkata kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil hampir siap dan akan dirasmikan awal tahun depan.

Menyentuh pentadbiran, katanya, kerajaan negeri menerima pakai dasar kerajaan Persekutuan dalam soal pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada petugas kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun.

Sementara itu, Azizan mengaku ada beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gagal mencapai sasaran dalam tempoh lima tahun kerajaan Kedah diterajui pakatan pembangkang.

"Kita sentiasa memastikan GLC tidak akan menemui kegagalan. Sungguhpun demikian, kita masih dapati GLC yang gagal dan mengalami kerugian," katanya.

Dalam soal pelaburan dari dalam dan luar negeri, Menteri Besar berkata kerajaan negeri mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan kerugian dan kegagalan yang pernah berlaku sebelum ini.

Azizan juga berkata kerajaan negeri telah mengkaji agenda dan program anjurannya selama ini dan mengenal pasti beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian.

- Bernama

NOTE : KERAJAAN NEGERI TAK ADA SALINANKAH BELANJAWAN 2013 UNTUK TATAPAN RAKYAT JELATA SEMUA. TAKKAN NAK AMBIK COPY PASTE DARI SURAT KHABAR PEMERINTAH PULA.