Showing posts with label Hulurkan Bantuan. Show all posts
Showing posts with label Hulurkan Bantuan. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Kebakaran Ruamah Tuan Guru Wan Izuddin Gajah Mati Pendang

RUMAH PUSAKA ALLAHYARHAM PAK CHU HIM 
GAJAH MATI PENDANG HANGUS KEBAKARAN
Semalam jam 3 pagi , Isnin 24 Feb 2013
BANTUAN MASYARAKAT DIPERLUKAN !!!
Rumah Allahyarham Pak Chu Him Gajah Mati kini 
milik Tuan Guru Hj Wan Izuddin hangus dijilat api dalam kebakaran pada jam 3 pagi semalam . 
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semasa Tuan Guru Wan Izuddin dan isteri beliau baru pulang dari ceramah yang dianjurkan oleh pihak kawasan Pendang . 
Rumah Tuan Guru Hj Wan Izuddin habis hangus dijilat api . Kitab pusaka peninggalan Allahyarham Pak Chu Him juga turut dijilat api . 
Tuan Guru Hj Izuddin tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana pada masa itu beliau hanya bersama isteri sahaja dirumah , kereta beliau juga hangus .
Beliau bersama isteri dan anak-anak dalam keadaan sehelai sepinggang , kini mereka tinggal di surau . 
Masyarakat yang ingin menghulurkan bantuan sangat sangat dialu alukan .
Sumbangan dalam bentuk wang boleh disalurkan terus kepada Tuan Guru Wan Izuddin di Pondok Gajah Mati Pendang atau 
melalui Akaun Bank 
BANK ISLAM 
diatas nama
WAN MD  IZUDDIN B HJ WAN IBRAHIM 
NO AKAUN : 2011020710577 
atau hubungi pembantu beliau 
MAULANA ditalian 019 4315721
Selaian wang makanan , perkakas dapur , pakaian , selimut , bantal juga boleh disalurkan kepada keluarga Tuan Guru Hj Wan Izuddin Wan Ibrahim
TOLONG SEBAR SEGERA DALAM BLOG DAN FACEBOOK 
 

Thursday, January 31, 2013

Kerajaan Negeri lulus bantuan Ibu tunggal RM12 ribu untuk baiki rumah



ALOR SETAR - Bukan saja tinggal di kediaman usang, malah seorang ibu tunggal terpaksa menjaga dua daripada 10 anaknya di mana seorang menghidap penyakit jantung manakala seorang lagi orang kurang upaya (OKU).

Begitulah kesusahan yang dialami Fatimah Lad, 50-an di mana dia tiada tempat bergantung melainkan hanya anak-anak menjadi penguat semangat.

Menurutnya, kediaman yang diduduki sekarang mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung selain dinding yang makin reput.

“Lebih memburukkan nasib kami sekeluarga, apabila berlakunya musim tengkujuh, bumbungrumah pula bocor dan kami terpaksa berteduh sekitar kawasan dapur sahaja. Nak baiki sendiri memang tak mampulah, saya bergantung harap kepada dua anak yang bekerja sambilan sahaja untuk menyara kehidupan kami,” katanya yang tinggal di Kampung Pegawai, Seberang Jalan Keretapi, Sungai Korok, di sini.
Alhamdulillah, nasib yang menimpa Fatimah mendapat perhatian Pengerusi Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) Kampung Pegawai, Zainol Endut.


Zainol mengambil inisiatif membuat permohonan membaiki rumah daripada Pejabat Menteri Besar dan juga Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Darul Aman.

Mungkin sudah rezeki Fatimah, perkara itu mendapat maklum balas Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak yang bersimpati dan kemudiannya meluluskan permohonan itu yang bernilai kira-kira RM12,000.

Penyerahan wang sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, YB. Lee Guan Aik (DAP) kepada Fatimah di kediamannya baru-baru ini.

Sementara itu, YB. Lee Guan Aik berkata, beliau menyeru agar semua Pengerusi MKK dapat memberi perhatian kepada masalah yang dialami oleh masyarakat setempat. Jika mereka menghadapi kesusahan, maka segala maklumat harus disampaikan kepada pejabatnya dengan kadar segera.

Beliau menjelaskan, semua MKK dinasihatkan agar lebih berusaha membantu Kerajaan Negeri supaya rakyat yang sebenar-benarnya mengalami masalah kemiskinan mendapat perhatian dan bantuan.

Malah, beliau turut memuji tindakan Pengerusi MKK Kampung Pegawai yang menjadi mata dan telinga mereka dalam memberi khidmat dan maklumat kepada masyarakat.

Friday, December 28, 2012

Mana MKK, JKKKP, AHLI MAJLIS, ADUN, AHLI PARLIMEN...kawasan belah ALOQ SETAQ nie..hangpa tengok sat Mak Cik nie..!!!

Mengemis untuk sara dua anak
Mengemis untuk sara dua anak
Siti Ani Syafinas bersama dua anaknya menunjukkan keadaan dalam rumah yang berselerak.
 
ALOR SETAR - Seorang ibu tunggal terpaksa hidup mengemis demi menyara dua anak perempuannya kerana kesempitan hidup selepas ditinggalkan suaminya beberapa bulan lalu.

Siti Ani Syafinas Mat Saad, 30, berkata, demi mencari sesuap nasi bagi diri dan anak-anaknya, dia terpaksa ketepikan perasaan malu agar anak-anaknya, Siti Syazwani Athirah Abdul Murah, 5, dan Nurul Zulaikha Amirah, 3, tidak kelaparan.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di bandaraya Alor Setar, namun terpaksa berhenti september lalu, kerana terpaksa menjaga Syazwani yang dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.

“Memandangkan sudah tidak bekerja dan bercerai, saya kehilangan sumber pendapatan untuk menyara hidup kami anak-beranak,” katanya.

Katanya, walaupun ada mencari kerja lain, namun sukar buat dirinya untuk diterima bekerja disebabkan masalah kesihatan dan tiada siapa menjaga anaknya.

Menurutnya, jika diterima bekerja pun, pekerjaan itu tidak akan bertahan lama disebabkan dia tidak mampu berdiri lama dan memegang benda berat hingga terpaksa diberhentikan oleh majikannya.

“Saya tidak boleh melakukan kerja berat kerana kesihatan saya terjejas dan keadaan saya yang tidak mengizinkan, malah lidah juga menjadi keras dan sukar untuk berkata-kata, akibat terlibat kemalangan ngeri sewaktu tingkatan lima dahulu, yang membuatkan saya koma beberapa bulan,” katanya.

Siti Ani Syafinas berkata, akibat buntu dan tiada jalan lain, dia akhirnya mengambil tindakan untuk mengemis supaya anak-anaknya tidak kebuluran lagi.

Kini, dia dan dua anaknya hanya mampu berteduh di sebuah rumah kecil, manakala anak sulungnya Muhammad Akmal Affendi, 10, dijaga oleh kedua orang tuanya.

Walaupun tidak berkemampuan, namun dia terpaksa menyewa rumah RM80 sebulan kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapanya yang juga kurang berkemampuan.

Katanya, dia ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun, permohonan itu ditolak atas alasan dirinya masih muda dan mampu bekerja.

“Saya bukan tidak ingin bekerja, cuma sampai sekarang masih tidak ada pekerjaan yang sesuai dengan keadaan dan kemampuan diri saya,” katanya.

Dia merayu kepada mana-mana pihak yang prihatin agar dapat memberi pekerjaan atau bantuan kewangan kepadanya  bagi mengurangkan beban hidup yang terpaksa ditanggungnya.

Sunday, November 18, 2012

Siapa orang PAS kawasan nie.. benda macam nie hangpa tak boleh bantu kaa..???

Lima beranak mohon simpati
Wartawan Sinar Harian
18 November 2012
Lima beranak mohon simpati
Siti Narimah membersihkan kaki salah seorang anaknya, Mohd Fairus Danish, 4.
Lima beranak mohon simpati
Keadaan bilik air yang digunakan oleh keluarga itu.
 
BALING - Sebuah keluarga di Kampung Padang terpaksa menggunakan bilik air yang terdedah akibat tidak berkemampuan menambahbaikkan kediaman mereka.

Bilik air tidak mempunyai bumbung, selain menggunakan langsir sebagai pintu oleh lima beranak terbabit termasuk anak gadis mereka.

Siti Narimah Muhammad, 35, bersama empat anaknya mengharungi keadaan itu sejak beberapa tahun lalu disebabkan kurang berkemampuan.

Menurutnya, pendapatannya sebagai pembantu kedai pemprosesan makanan tradisional hanya sekadar menampung keperluan keluarga.

“Kini, saya yang menjadi ketua keluarga. Tiga anak masih bersekolah.
"Manakala seorang lagi baru berusia empat tahun. Saya terpaksa berjimat bagi memastikan anak-anak mendapat keperluan secukupnya,” katanya.

Katanya, dia kasihan melihat anak-anaknya yang semakin membesar menggunakan bilik air yang tidak sempurna itu.

“Tambahan pula saya ada dua anak perempuan. Mereka memang tidak selesa,” katanya.

Siti Narimah berkata, dia tetap bersyukur kerana dua daripada anaknya itu mendapat bantuan persekolahan yang ternyata meringankan bebannya.

“Anak-anak pun tidak pernah merungut, malah sentiasa bersyukur dengan kehidupan mereka. Mereka amat memahami tambahan selepas saya menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga,” katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa pihak yang tampil membantu, tetapi ia hanya sekadar lawatan tanpa sebarang tindakan.

“Mereka datang dan mengambil beberapa keping gambar dan berjanji akan membantu. Tetapi tiada tindakan sehingga kini. Ada juga yang meminta bayaran setiap gambar yang mereka ambil.

“Walaupun kami orang susah, tidak bermakna kami boleh dipermainkan. Saya berharap ada pihak yang benar-benar ikhlas dapat membantu kami,” katanya.

Tuesday, October 9, 2012

ROHINGYA: Perjuangan Seorang Mudir Pondok

Barangkali kerana berkat keikhlasan rakan-rakan yang sering bersama-sama kami di NGO WARGAKILANG dlm expedisi Jln-Jln Masuk Kg memberi sumbangan kpd orang-orang miskin agaknya, maka dalam suatu expedisi masuk kg dua tiga tahun yang lepas, Tuhan mentakdirkan kami untuk singgah dan berkenalan dengan Mudir sebuah pondok di pedalaman Sik Kedah.

Nama beliau ialah Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah.

Kisah perjuangan beliau bersama beberapa orang lagi rakan Ustaznya mengorbankan kepentingan duniawi, mengasingkan diri tinggal di pondok pedalaman bersama-sama lebih drpd 300 orang anak muridnya ini, demi mempastikan kesinambungan system pengajian pondok tradisional yang diasaskan oleh para Sahabat (yang dikenali sebagai Ahli Suffah) di masjid Nabawi di zaman awal Hijrah Nabi SAW ini ada saya catatkan di bawah tajuk “Selangkah ke Alam Pondok” – ada melekat di google.com.

Sekali tu dalam satu program Jln-Jln Masuk Kg di daerah Sik, kami ajak Ustaz Ismail join sekali. Bila dia tengok sendiri macam mana modus operandi kami yang pastikan sumbangan beras, gula kopi dan barangan keperluan harian yg kawan-kawan bagi tu sampai terus ke sasaran – terus ke pelantar rumah org2 miskin dan susah itu, beliau terus jadi berminat dengan aktiviti kami. Lalu, pada tahun lepas, dengan kerjasama rakan-rakan di NGO Wargakilang, kami telah berjaya menyempurnakan aktiviti gotong royong di Pondok berkenaan, dan diikuti dengan majlis korban perdana pada tahun 2011 melibatkan 15 ekor lembu.

Setakat itu sajalah aktiviti kami bersama Ustaz Ismail ini, hinggalah baru-baru ini bila timbul isu penyembelihan ummat Islam di bumi Rohingnya.
Kami dapat panggilan dari Ustaz Ismail, dia minta nak pinjam baju NGO WARGAKILANG. Dia kata dia nak pi Rohingya, nak pi survey tengok apa yang boleh dibantu. Dia cakap, dia tak tau nak pi atas nama NGO apa, sebab WARGAKILANG antara dia kenal, dia minta kebenaran nak pi atas nama WARGAKILANG.

Kami yang memang berminat nak pi, tapi ikhlas habag memang tak berani nak pi ini rasa berbesar hati yang amat sangat bila beliau nak pi mewakili kami.

Lalu, pada bulan September 2012 yang lalu, Ustaz Ismail bertolak keluar dari Pondok beliau di pedalaman Sik Kedah itu terus ke Hadnyai, naik kapalterbang ke Chiangmai di Utara Thailand. Dari Chiangmai, bersama-sama dengan Ustaz Tarmizi dari MAPIM (TERAS) dengan dibantu oleh Ustaz Amin dari Pattani (Pengerusi Majlis Syura Thailand), depa naik Van perjalanan sejauh 500km ke kem pelarian Rohingya tidak jauh dari sempadan Thailand/Myammar di sebuah pekan kecil bernama Mesot.

Mesot adalah sebuah pekan kecil yang menempatkan ramai pelarian dari Rohingya, tapi kebanyakannya adalah pelarian yang terdahulu, bukan dari kumpulan yang kena sembelih baru-baru ini.
(Ustaz Ismail baju oren dan Ustaz Amin berbaju Melayu bersama wakil penduduk Islam Rohingya di Mesot)

Dalam taklimat yang disampaikan oleh penduduk Islam di Pusat Pendidikan Islam Rohingya di pekan Mesot ini, Ustaz Ismail dimaklumkan bahawa setiap hari dan hampir setiap jam ada ummat Islam Rohingya yang menjadi mangsa ethnic cleansing (pembunuhan kaum) di bumi Arakan di sebelah sempadan sana.
(Salah seorang pengiring Ustaz Ismail, orang Islam Rohingya sedang bercakap dengan ayahnya dari Arakan yang menalipon secara sembunyi-sembunyi memaklumkan sanak saudara mereka yang terkorban)

Tak puas hati agaknya sebab tak dapat lihat sendiri mangsa kekejaman Mymmar ini, lalu Ustaz Ismail dan kawan-kawannya terus himpit ke pintu sempadan Myammar yang menempatkan kumpulan pelarian Rohingya yang terbaru, iaitu kira-kira 100 km jauhnya dari pekan Mesot.

Dalam perjalanan ke sana, ada pick up truck yang dipercayai SB Myammar memantau pergerakan mereka. Berani depa ni, silap-silap kena tembak macam tu saja!

Tapi Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang berlaku kpd Ustaz Ismail dan rakan-rakannya. Namun begitu, misi Ustaz Ismail untuk melihat sendiri suasana kem pelarian di sebelah sempadan Myammar sana terbantut apabila mereka ditahan oleh beberapa orang anggota Polis  berhampiran pintu sempadan.

(Ustaz Amin, Ustaz Ismail dan Ustaz Tarmizi (MAPIM/TERAS) ditahan oleh sepasukan Polis sewaktu mereka cuba menghampiri pintu sempadan)

Lalu, perjalanan Perjalanan Ustaz Ismail dan rakan-rakannya berakhir di sini.

Bila balik mai ke Malaysia, Ustaz Ismail mai jumpa kami:
(Ustaz Ismail berserban - sedang memberi taklimat kpd AJK Wargakilang)

Ustaz habag kalau tak boleh masuk ikut sempadan Thailand, dia nak cuba pi ikut Bangladesh pula. Dia kata, dia dapat maklumat sahih bahawa di sebuah tempat bernama TEKNAF, di sempadan Bangladesh/Myammar terdapat ribuan pelarian terbaru Rohingya dari Arakan yang sedang diancam kebuluran. Dalam keadaan kekurangan khemah tempat tinggal, makanan dan perubatan ini, dimaklumkan setiap hari ada 20 orang MATI.

Kata Ustaz Ismail:

“Monier, ana rasa kita kena bantu depa ni, yang dah mati di bumi Arakan itu biaq lah depa mati, ini yang masih hidup ini, kita kena bantu dan selamatkan mereka. Ini tugas kita sebagai seorang Islam ini!!”

Semangat sungguh Ustaz Ismail ini, sajalah saya tanya dia, saya kata:

“Ustaz, saya duk dengar ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid-masjid itu, depa cakap kalau berlaku peperangan bukan di Negara kita , tugas mempertahankan ummat Islam adalah FARDU AIN untuk orang-orang Islam di sana saja, sedangkan ke atas kita hukumnya cumalah FARDU KIFAYAH. Jadi, dalam kes Rohingya ini, kenapa kita nak kena pulun sangat? – fardu kifayah saja, biaq depa saja lah buat”

Ustaz cakap:

“FARDU KIFAYAH itu kalau orang-orang Islam di sana masih mampu berjuang seperti di Palestine dan sebagainya, tapi di Rohingya ini senjata apa pun tak ada, hatta kalau nak sembelih lembu pun kena pi BALAI POLIS, isi borang ambik Pisau, lepas sembelih kena serah balik.”

Ustaz kata: Kita bukan nak pi perang, nak pi bagi bantuan kemanusian di kem pelarian itu saja, tak kan tak boleh kot.

Lagi pun, kata Ustaz Ismail, Ulamak Muktabar Dunia, Al-Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili telah pun mengeluarkan Fatwa Terkini yang mengatakan bahawa HUKUM membantu ummat Islam Rohingya adalah FARDU AIN ke atas setiap ummat Islam di muka bumi ini.

Dalam Hadith Nabi SAW pun ada kata:

“Sesiapa yang tidak mengambil berat berkenaan urusan Ummat, maka dia bukanlah di kalangan ummatku”

Ha teruk tu kalau di Akhirat nanti Nabi tak mengaku ummat, jenuh duk sesat di Padang Masyar.

Penutup:
Seperti yang saya tulis di awal cerita tadi, Ustaz Ismail adalah seorang Mudir dari sebuah pondok tradisional yang warisannya berakar umbi ke zaman Ahli Suffah di zaman awal Hijrah Nabi SAW dan para sahabat.

Kisah Ahli Suffah (para sahabat yang meninggalkan kesenangan hidup di Mekah berhijrah ke Madinah, hidup dalam kemiskinan, tinggal di pinggir masjid berjihad menjaga dan mengawal rumah-rumah Nabi SAW, menuntut ilmu terus dari Nabi dan menjadi penghafal hadith Nabi SAW) ini ada disebutkan di dalam Al-Quran, firmah Allah SWT yang bermaksud:

(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh Jihad) di Jalan Allah.; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang dengan secara mendesak; dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui “ – [Al-Baqarah ayat 273]

Pada 23 hb October 2012 ini, Ustaz Ismail nak pi bantu Rohingya lagi. Kali ini beliau akan bertolak ke Teknaf, kem pelarian Rohingnya di sempadan Bangladesh/Myammar iaitu kem yang terdekat dengan bumi Arakan. Misi Ustaz Ismail bukanlah hendak turun berperang tetapi untuk menghulurkan bantuan kemanusian kepada mereka yang masih bernafas di kem pelarian sana, yang kini sedang diancam wabak kebuluran.

Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 273 di atas, Ustaz Ismail tidak meminta-minta kerana ianya bukanlah sifat pewaris Ahli Suffah seperti beliau, cuma sanya kami di NGO Wargakilang saja yang teringin nak bantu beliau, tapi kami pun tak ada dana, lalu berkesempatan di sini kami ingin memohon jasa baik sesiapa yang ingin membantu misi Ustaz Ismail ini, bolehlah hubungi beliau sendiri di talian 013-4884814. Kami dimaklumkan beliau akan ke sana bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya dari NGO MAPIM/TERAS. Boleh hubungi beliau untuk maklumat akaun dan sebagainya.

Moga sedikit bantuan kita ini akan dicatat sebagai balasan PAHALA yang berkekalan di SANA kelak, di hari yang tiada apa yang mampu membantu kita melainkan amal kerja baik kita di muka bumi ini.

Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
9.10.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com

Tuesday, September 25, 2012

Hulurkan Sumbangan untuk adik Helme


Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yg Memikul.... Yang Berat sama dipikul... Yg Ringan Sama Dijinjing....

Kawan-kawan sekalian, yang mengenali atau tidak... ini anak kpd Sdr Mohamad Helmi client aku dlm kes Demonstrasi GMI .....

Sesiapa ingin membantu boleh disalurkan ke akaun Maybank beliau, Mohamad Helme bin Hassan, 104021106698 (MAYBANK)
 

Saturday, September 15, 2012

Marilah kita pakat bantu adik nie seorang sedikit...!!

Nur Amira disahkan buta
Nur Amira disahkan buta
Beginilah keadaan Nur Amira Umairah yang disahkan buta pada mata sebelah kirinya.
 
PENDANG – Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak menderita menghidap pelbagai penyakit, apatah lagi jika anak itu masih kecil.

Kesedihan itu dirasakan sepasang suami isteri di Kampung Sungai Baru Mukim Air Puteh dekat sini, apabila anak sulung mereka Nur Amira Umairah Mohd Akbal berusia 10 bulan telah disahkan buta pada mata kiri manakala mata kanan mengalami rabun tahap serius selepas menghidap penyakit glaucoma apabila kedua matanya terbonjol sejak dilahirkan.

Nur Amira Umairah dikenal pasti menghidap penyakit itu sejak lahir pada 24 November 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar apabila matanya terbonjol dan semakin membengkak.

Mohd Akbal Baharuddin, 23, dan isteri, Zainon Mohd Tajuddin, 20, memaklumkan  berikutan penyakit anaknya itu mereka kini buntu untuk menjelaskan bayaran wad dan cermin mata anak yang masih tertunggak selain kos pengangkutan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap kali mendapatkan rawatan.

Mohd Akbal berkata, setiap bulan dia perlu membawa anaknya itu ke HSB dua kali dan ke HKL sebanyak tiga kali.

“Pendapatan saya sebagai pembantu kedai runcit hanya RM20 sehari, itu pun bukan hari-hari saya bekerja. Nak bawa anak ke hospital lagi.

"Zaman sekarang gaji sebanyak itu mana cukup, nak makan hari-hari pun susah, apatah lagi nak tanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.

“Saya ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang sebanyak RM300 sebulan.

"Ia juga tidak cukup kerana kos pengangkutan ke HKL saja dah cecah RM1,000 sebulan sehingga saya terpaksa juga berhutang untuk membeli lampin pakai buang untuk anak,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan derita yang dialami Nur Amira Umairah ketika dia baru berusia empat bulan berkaitan penyakit yang dihadapinya itu pada peringkat permulaan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi keluarga terbabit di talian 013-4756126 atau menyumbang melalui akaun Maybank di nombor 152125198708.

Tuesday, August 28, 2012

Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah di Jalan Kuala Kedah

28 Ogos 2012

ALOR SETAR - Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini.

Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega.

Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak... prak...'

"Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang.

Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000.

Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu.

Sementara itu, taksiran awal oleh Umno bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian termasuk kerosakan perkakas rumah berjumlah hampir RM200,000.

Naib ketuanya Datuk Abdul Mutholib Harun bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu.

"Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tempat kejadian.

Saturday, July 14, 2012

Ini dinamakan Bapa Mithali....

Berhenti berniaga jaga anak leukimia
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Berhenti berniaga jaga anak leukimia
Erman disamping isteri dan anak sulungnya, menunjukkan dada Qysstina yang ditebuk semasa menjalani rawatan.
 
KUALA KETIL - Seorang bapa terpaksa berhenti berniaga bagi memberi tumpuan kepada anak perempuannya yang berhadapan masalah jantung berlubang dan leukimia sejak tiga bulan lalu.

Erman Shah Yahya, 30, dari Taman Permai, Kuala Ketil yang merupakan peniaga kuih muih di pasar malam dekat sini sanggup berjaga siang dan malam bagi memberikan perhatian penuh kepada Qysstina Syafieka, 5.

Isterinya, Norhasyimah Abu Hasan, 26, yang sedang mengandungkan anak ketiga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat bagi mengelak kesihatannya dan anak yang dikandung terjejas.

Keadaan itu mengakibatkan Erman tepaksa memikul tanggungjawab yang lebih demi kebaikan anak-anaknya.

Menurutnya, Qysstina terpaksa diletakkan di dalam wad Hospital Sungai Petani dalam jangka masa yang lama bagi memastikan keadaan kesihatannya terkawal.

“Kadang kala, saya tidur di Hospital kerana tidak larat untuk pulang ke rumah. Saya juga perlu memberikan perhatian kepada isteri yang sedang sarat mengandung.

“Sehubungan itu, saya terpaksa kuatkan semangat demi memastikan kebajikan dan kasih sayang dalam keluarga ini tidak terabai,” katanya semasa ditemui di kediamannya, semalam.

Walaupun Qysstina semakin hilang selera makan, tubuh badan yang lemah selain keadaaan fizikal yang pucat, Erman tetap tabah dan cekal dalam memberikan penjagaan terbaik kepada anaknya itu.

Erman berkata, dia redha dengan segala ketentuan mahu pun ujian yang diberikan.

Erman yang tekad memberikan tumpuan penuh kepada keluarganya itu tidak menafikan berhadapan dengan masalah kewangan berikutan tidak lagi mempunyai punca pendapatan.

“Bila saya berniaga, saya teringatkan anak dan isteri. Saya tidak dapat fokus. Jadi, lebih baik saya tumpukan kepada keluarga.

“Setiap hari saya tidak pernah lupa berdoa agar dipermudahkan setiap urusan saya selain diperkuatkan semangat,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, dia akan meneruskan perniagaan selepas isterinya selamat melahirkan anak ketiganya itu.

“Setakat ini, biarlah saya yang berikan tumpuan kepada anak. Lagipun, doktor tidak menyarankan isteri bersama anak semasa dia mendapatkan rawatan.

“Rawatan kimoterapi ini boleh memberi kesan kepada ibu yang mengandung termasuk bayi di dalam kandungan,” katanya.

Katanya, dia bercadang ingin mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anaknya itu.

“Sedikit sebanyak bantuan ini dapat mengurangkan beban saya kelak. Justeru, saya berharap pihak JKM dapat mempertimbangkan permohonan saya ini kelak,” katanya.

Thursday, July 12, 2012

Tazkirah Menjelang Ramadhan - P'Chin perlukan kita semua..!!!

oleh Monier Mat Din

 
Baru-baru ini, waktu tengah bersiap nak hantar anak saya balik ke MRSM Baling, Kedah saya dapat call daripada seorang sahabat, juga dari Baling. Dia kata ada satu keluarga miskin yang dia nak sangat-sangat saya mai tengok kalau boleh.

Kata dia, naik kesian sungguh dia tengok keluarga 4 beranak ini; yang si anak kadang-kadang balik sekolah tak ada benda nak makan.

Biaq betoi – zaman orang Melayu dah naik Angkasa dah ni, masih ada lagi anak bangsa yang tak dak beras nak makan?

Lepas hantaq anak ke MRSM Baling, lebih kurang jam 6:30 petang saya suami isteri dan anak-anak tiba di rumah yang dimaksudkan. Panjat saja tangga kayu masuk ke dalam dan duduk bersimpuh dalam rumah kayu yang sempit ini, boleh nampak warna kemiskinan terbentang di mana-mana.

Dalam waktu yang agak singkat menjelang maghrib itu, saya cuba selami kisah hidup keluarga ini. Menurut Pak Chin (lupa tanya nama penuh dia, mungkin hashim, usin dsg nya), beliau asal keluarga miskin, berbangsat (merantau) dari daerah Pendang ke daerah Baling, mencari rezeki bekerja sebagai NGO (Noreh Getah Orang).
Setelah berkahwin dan bekeluarga, badi kemiskinan masih terus menghantui beliau; tidak mampu membeli tanah mahu pun membina rumah. Rumah kayu ini pun hanyalah rumah sewa dengan ihsan tuan tanah, sewa RM40 sebulan sudah 10 bulan tertunggak. Pak Chin sentiasa hidup dalam kebimbangan kerana bila-bila masa tuan rumah boleh mengusir mereka keluar; jika itu berlaku Pak Chin sendiri tak pasti ke mana harus dituju.

Lampu rumah hanya ihsan sambungan wayar letrik direct dari Dewan Orang Ramai bersebelahan. Air minum pula menurut kata isteri Pak Chin, mereka pergi tadah rumah ke rumah, tumpang paip rumah-rumah jiran yang punya bekalan air. Untuk mandi dan basuh kain baju pula, guna air telaga dari perigi berdekatan.

Apa masalah Pak Chin, walapun berusia 50an tapi nampak macam masih gagah dan sihat. Ya, raut badan Pak Chin memang tampak tegap dan gagah, hasil memanjat bukit dan kebun saban hari menoreh getah. Tapi, kali ini takdir mengatasi segala; mata kanan Pak Chin sudah lama rabun, yang kiri pula kini mulai jadi kelam, jam 10 pagi ke atas bila mentari mula memancar, pandangan mata Pak Chin mula jadi tak ketahuan.

Kecacatan penglihatan ini menyebabkan tak ada Tuan Pokok Getah yang sanggup bagi Pak Chin menoreh, tambah-tambah sekarang ini Getah di Tanah Felda berdekatan yang Pak Chin ambik upah menoreh sudah ditanam semula; pokok getahnya muda-muda, kalau silap toreh boleh rosak kulit pokok getah berkenaan. Diringkaskan cerita, Pak Chin kini kehilangan kerja.

Isterinya pula – saya lihat kurus kedengkiang – sedikit uzur dengan sakit di tekak yang berpanjangan; tak mampu buat kerja-kerja berat. Mungkin kerana kekurangan zat makanan agaknya.

Bila saya tanya Pak Chin, tanpa punca rezeki ini, macam mana dengan makan minum hari-hari, dan macam mana pula dengan persekolahan anak perempuannya yang 2 orang itu; seorang tingkatan 2 dan seorang lagi di darjah 4 – Pak Chin tengok sahabat saya tadi, kemudian pandang isterinya, dan kemudian pandang saya, macam agak keberatan nak bercerita.

Bila sahabat saya ni cakap kat Pak Chin suruh cerita aje kisah hidupnya yang sebenar-benarnya, kot-kot ada orang sudi membantu; dalam nada yang penuh segan Pak Chin habag:

1) Baru-baru ini DUA hari depa sekeluarga tak makan – lapaq tak tau nak habag.
2) Nak makan apanya, beras habis semua habis, DUIT tak ada.
3) Anak-anaknya tak pergi sekolah, bukan sebab tak ada duit belanja (memang tak ada duit belanja pun), tapi sebab LAPAR tak makan.
4) Bila anak-anaknya dok mai merengek cakap “Ayah, Mak, kami lapaq!!” – Pak Chin tak sampai hati, dia gagahkan juga diri dia, pi cari kawan-kawan, dapat RM10.
5) Dengan wang RM10 itu, Pak Chin habag dia pi beli BERAS 2 kilo (Harga RM1.90 sekilo). Selebihnya beli sedikit ikan masin dan lauk pauk.
6) Balik-balik saja, masak nasi dan terus makan – Pak Chin kata sedap tak terkira.
7) Pak Chin makan NASIK bergaul GARAM saja – lauk pauk Pak Chin bagi anak-anaknya makan sepuas hati.
8) Kemiskinan hidup tahap gaban ini menyebabkan Pak Chin dan isteri sedang menimbang dengan serius untuk menghentikan persekolahan anak-anaknya yang dua orang ini.

Bila dengar Pak Chin kata nak berhenti sekolah anak-anaknya ini, saya jadi terkedu - tak tau nak kata apa.

Saya jadi lagi terkedu bila dengar keluhan isteri Pak Chin. Dia kata:

“Bulan Puasa ini tak tau lah macam mana?”

(Mungkin maksud beliau, bulan puasa nanti anak-anak nak sahur dan buka puasa nak makan apa?)

Maka itu, sahabat-sahabat sekelian: di kala kita semua sedang mengadap makanan, tengah tahan lapar nak buka puasa nanti, atau pun di waktu kita tengah berebut-rebut membeli makanan di bazar ramadhan atau pun sedang beratur menahan selera melihat juadah enak buffet ramadhan di hotel-hotel nanti; INGATLAH bahawa di suatu sudut perkampungan sana, ada satu keluarga bernama Pak Chin yang tidak punya peluang menikmati juadah ramadhan seperti ini; Puasa mereka bukan setakat sebulan Ramadhan, tapi ianya berlanjutan sepanjang masa. Sekian.

Saya tulis cerita ini bukan nak minta sumbangan, tapi sebagai iktibar untuk kita semua menjelang Ramadhan yang penuh barakah ini. Moga ianya mampu menjadi tazkirah untuk semua.

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan Buat Semua.


moniermatdin@yahoo.com
12.7.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com/

Mana pie YB, mana pie Pusat Khidmat, Mana pie MKK, Mana pie JKKKP..hangpa tak mau ntolong makcik nie kaa..??

Terpaksa diami rumah terbakar
Wartawan Sinar Harian
12 Julai 2012
Terpaksa diami rumah terbakar
Zawiyah bersama dua anaknya di bahagian belakang rumah yang masih boleh diduduki
 
KUALA MUDA – Lapan sekeluarga di Kampung Charuk Kelubi dekat sini terpaksa berteduh di rumah yang hampir musnah dalam kejadian kebakaran kerana rumah sewa yang diduduki kini perlu dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Siti Zawiyah Omar, 38, berkata, rumah yang dibina sendiri bersama suami hasil titik peluh menjalankan perniagaan musnah dalam kebakaran pada Jun lalu akibat litar pintas.

Menurutnya, menceritakan kejadian 6 Jun lalu, rumah itu didirikan secara berperingkat sejak 2000 sehinggalah lengkap mempunyai ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air.

“Kami bangunkan sedikit demi sedikit sehingga sebelum kejadian pun, suami baru selesai memasang mozek di bahagian hadapan beberapa bulan sebelumnya dan tengah selesaikan kerja-kerja mengecat,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, ketika kejadian, semua ahli keluarga sibuk membuat persiapan mengadakan majlis perkahwinan adik ipar di rumah ibu mertua (bersebelahan rumahnya) dan tiada sesiapa di rumah ketika itu.

“Anak lelaki berusia 12 tahun yang pulang dari bermain ternampak kepulan asap dari udara lalu memberitahu keluarga.

“Selepas meninjau dalam rumah, barulah tahu rumah kami terbakar,” katanya.

Zawiyah berkata, akibat kebakaran , bilik tidur utama yang dipenuhi dengan pakaian, buku-buku sekolah, tilam dan perkakasan rumah lain musnah termasuk bahagian ruang tamu yang hangus terbakar.

Katanya, walaupun sisa kebakaran belum dibersihkan tetapi dia bersama suami, Muhaidin Hassan, 40, dan lima anak berusia dua hingga 15 tahun menetap semula dalam rumah berkenaan sejak sebulan lalu kecuali seorang anak berusia 13 tahun tinggal di asrama.

"Ini kerana rumah sewa yang diduduki sebelum ini terpaksa dipulangkan kepada pemiliknya.

"Kami sekeluarga masih menunggu janji beberapa pihak bahawa bakal menerima rumah baru atau sebarang bentuk bantuan baik pulih sejurus selepas kejadian," katanya.

Zawiyah dan suami yang menjalankan perniagaan ayam goreng di sebuah sekolah di sini berkata, mereka terpaksa menggunakan semula ruang dapur, bilik air dan baki ruang yang tinggal sementara bahagian lainnya hangus terbakar.

Sebarang maklumat atau bantuan boleh menghubungi Zawiyah di talian 013-4163941 atau 018-4746011

Tuesday, July 10, 2012

Kisah Mistik Dari Pondok - Duit dari RM0 tetiba jadi RM130,000...!!!


Sedar tak sedar sudah hampir satu dekad saya dan rakan-rakan di NGO Wargakilang masuk kampung keluar kampung dan sesekali menjengah masyarakat marhain di pinggir kota, mencari keluarga susah dan daif untuk dibantu.

Mungkin kerana berada di landasan ikhlas yang betul-betul benar gamaknya, maka sepanjang satu dekad perjalanan kami ini, berbagai pintu hijab dan kisah-kisah mistik yang tak pernah difikir dek akal dibuka luas di hadapan mata.

Kali ini, sempena bulan Ramadhan ini saya nak tulis di sini dua tiga cerita untuk perkongsian bersama.
Tahun lepas, NGO Wargakilang pernah buat projek gotong royong di Pondok Bandar Hilir Sik Kedah dan diikuti dengan majlis Korban Perdana pada tahun yang sama. Di situ kami mula mengenali 2 orang Ustaz Muda; Ustaz Ismail dan Ustaz Lias yang kisah perjuangan mereka meneruskan kesimbungan system pendidikan Pondok tradisional ini ada saya catatkan di link berikut:

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/01/ngo-wargakilang-selangkah-ke-alam.html

Depa dua orang ini gaji bulanan depa – bila saya tanya Ustaz Ismail, dia kata ada la dlm empat lima ratus sebulan – selebihnya bergantung kepada envelope surat yang org hulur kat dia waktu dia dok pi bagi kuliah merata masjid itu. Macam itu juga dengan Ustaz Lias; cukup sekadar untuk lepas makan hari-hari dan habuan boh minyak kereta.

Keutamaan mereka berdua ini ialah untuk mempastikan sistem Pondok sistem pendidikan secara Islam yang berakar umbi dari Masjid Nabawi di zaman Rasulullah SAW terus hidup subur ke akhir zaman. Depa 2 orang ini cumalah KHUWAIDIN (Khadam/Hamba) yang TAKDIR hidup mereka adalah  untuk menjadi HAMBA kepada Pondok ini. Hari-hari dok fikir macam mana nak pastikan Pondok Bandar Hilir boleh terus hidup dan anak-anak murid kat situ dapat terus menadah ilmu sehingga khatam dan menjadi insan-insan kamil yang bertakwa. Itu saja matlamat depa, selain dari itu depa tak fikir apa-apa dah.

Sehinggalah pada suatu hari, ada seorang Makcik menalipon Ustaz Lias. Makcik itu tanya: “Ustaz, hari itu kakak singgah di sebuah masjid solat Zohor, kebetulan waktu itu ada seorang Ustaz buat kursus Haji. Selepas solat, kakak tumpang dengar ceramah tu. Ustaz ini kata, barangsiapa yang ada kemampuan nak pi HAJI tapi dia tak ada cita-cita nak pi buat HAJI, maka mati dia adalah mati dalam keadaan JAHILIAH. Betoi ka Ustaz?”

Ustaz Lias jawab: “Betoi la, awatnya?”

Makcik itu jadi terkejut, dia kata dia ada duit berlambak-lambak tapi tak terfikir lagi nak pi buat Haji. Maka tahun itu juga, Makcik ini dengan anak-anak, suami dan kaum keluarga dia, depa pi Mekah ambik Haji ikut pakej.

Bila balik dari Haji, Makcik ini talipon Ustaz Lias lagi, dia kata: “Ustaz, best sungguh pi Mekah ini Ustaz, pi sekali rasa macam nak pi sekali lagi. Ustaz tak teringin nak pi ambik Haji ka Ustaz?”

Ustaz Lias jawab: “Teringin, siapa tak teringin, tapi bekalan (RM) tak cukup”
(Ustaz Lias habag kat kami, dia cuma ada RM15 aje dalam buku Tabung Haji dia waktu tu)

Makcik tu kata, tak apa, nah ambik RM1000 dulu Ustaz pi register dengan Tabung Haji. Diringkas cerita, tahun itu dua-dua orang Ustaz Lias dan Ustaz Ismail dapat pi ambik Haji – Makcik itu sponsor, guna pakej RM25,000 seorang. Kata Ustaz Lias, kalau ikut logik akal, dengan cuma berbekalkan RM15 dalam buku Tabung Haji itu, tak logik aih boleh pi Mekah ambik Haji.

Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah balasan cash dari Tuhan di atas dunia ini lagi di atas keikhlasan mereka berdua membantu di Jalan Tuhan; seperti kata orang alim, kalau kita ikhlas membantu di Jalan Tuhan, insyaallah Tuhan akan membantu kita dari sumber rezeki yang tak disangka-sangka.

Agak jauh sikit dari Pondok Bandar Hilir ini pula, ada sebuah Pondok lain yang dipanggil orang sebagai Pondok Mat Nahu yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Mat Nahu. Pondok ini memang agak ke pedalaman, kisah Pondok ini ada saya catatkan di link berikut:

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/04/bukan-semua-org-belajar-sebab-nak-dpt.html

Di sini tidak ada Wilayah CELCOM, Menara MAXIS mahu pun Orang Kunin DIGI; memang agak ke dalam sikit Pondok ini. Dalam banyak-banyak Pondok yang pernah team NGO WARGAKILANG kunjungi, Pondok inilah yang teramat daif sekali.

Di sini juga ada seorang Ustaz Muda; Ustaz Kamil, merangkap MUDIR Pondok Mat Nahu ini.. Berbeza dengan Ustaz-Ustaz Pondok yang lain yang mungkin sering memberi kuliah di luar kawasan, lalu mampu mendapat sedikit pendapatan extra untuk kesinambungan hidup seharian mahu pun untuk mencari dana bagi membaik pulih pondok masing-masing. Ustaz Kamil, mungkin kerana tidak ada liputan talipon bimbit agaknya, maka beliau dan pondok ini bagaikan terperosok di penjuru masa di pedalaman Kuala Beris ini.

Tahun lepas kalau tak silap, waktu lawatan kami di sana, waktu saya memberi sedikit ceramah motivasi Jati Diri untuk anak-anak muda berserban dan berjubah putih ini, memang jelas kelihatan dinding-dinding yang sedang mereput dimakan anai-anai dan atap zink berkarat berlubang sini sana dan juga lantai papan lama yang berkeriak-keriuk sewaktu kami tumpang berjemaah zohor bersama-sama mereka di situ.
(Penulis sedang menyampaikan ceramah motivasi Jati Diri)
(Sewaktu solat zohor, panas atap zink begitu cengkam merasa)

Lalu kami memutuskan untuk membantu setakat yang mampu. Sembang pi sembang mai, Ustaz Kamil bersetuju untuk kami melancarkan tabung membaik pulih Pondok Mat Nahu ini – menggunakan akaun Pondok (Agrobank) dan juga akaun beliau sendiri (Maybank). Kami Cuma tukang canang, memwar-warkan seantero internet, dan duitnya terus masuk ke akaun berkenaan.

Weekend baru ini, waktu kami ke sana lagi bertemu dengan Ustaz Kamil dan juga Tuan Haji Rozali (Penasihat Pondok); sewaktu menyaksikan kerja-kerja perobohan bangunan lama untuk digantikan dengan sebuah Dewan Solat yang lebih sempurna, saya ada ajukan satu pertanyaan kepada Ustaz Kamil.

Saya tanya: “Ustaz, saya nak tahu satu benda saja Ustaz, doa apakah yang Ustaz guna agaknya dan Ratib apakah yang Ustaz amalkan hinggakan daripada KOSONG RINGGIT dalam tabung itu, hari ini lebih kurang setahun saja dah mencecah RM130,000 lebih?”

Ustaz Kamil hanya ketawa kecil, dia macam segan nak cerita, cumanya dalam nada melawak dia kata, janganlah dok tanya sangat, nanti saya minta doa tiap-tiap minggu NGO WARGAKILANG kena turun sini, teruklah pulak!!. Ya lah, memang agak teruk buat kami, 3 jam perjalanan dari Pulau Pinang ke sini.
(Kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama sedang dijalankan)
(Dewan solat tempat kami solat zohor tempoh hari sudah pun diratakan)
(Mudah-mudahan Dewan Solat ini dapat dibina semula seberapa segera)
Walau doa apa pun yang Ustaz Kamil pakai, kami yakin dengan cerita-cerita mistik yang pernah kami dengar kisah Tok Guru lama-lama yang meratib di tikar sejadah minta turun DUIT dari LANGIT. Ya lah, bukannya duit itu turun dari langit, tapi hasil Ratib dan Doa beliau itu, Allah SWT telah menggerakkan hati-hati kami yang tidak dikenali beliau ini, mai jauh dari kilang2 di Penang/Kedah untuk turun membantu. Inilah yang saya katakan sebagai mistik ini; macam mana kami boleh tergerak untuk turun mai melawat Pondok ini hari itu, kami pun tak tahu.

Terima kasih kepada yang menyumbang walau pun sekadar RM20 cuma, moga sumbangan kita semua yang tak seberapa ini akan digantikan Allah SWT dengan bangunan berteduh yang kekal abadi buat kita semua di Akhirat nanti, mudah-mudahan insyaallah.

Menurut Kontraktor (adik ipar arwah TG Hj Mat Nahu – yg tidak mengambil untung, hanya upah untuk pekerjanya), untuk bangunan yang sempurna perlu dalam RM220,000. Macam ini rasanya, Ustaz Kamil kena giat berdoa dan meratib lagi…:-))

Mungkin selepas ini giliran dinding hati tuan-tuan dan puan-puan pula yang bakal diketuknya. Apa-apa pun, tidak rugi melabur untuk Akhirat; after all, kata orang ALIM harta kita cuma sah jadi Harta kita sekiranya boleh dibawa ke SANA, kalau setakat di dunia ini, ada berjuta dalam bank pun, belum tentu hak kita lagi, bila meninggal nanti, belum sempat kain kafan ditutup orang, anak beranak dah mula kira berapa duit wang simpanan/epf/pencen/insuran yang boleh dikongsi. Mailah kita buat kerja amal dan kebajikan sementara nafas masih ada.

Sekian, mudah-mudahan bermanafaat buat semua.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com/

Sunday, April 29, 2012

Baling - Derita buah pinggang bocor

Derita buah pinggang bocor
Bersama anak-anak dan isteri. Yusri memangku Mohd Faiz mengharapkan anaknya itu pulih walaupun dalam jangka masa yang lama.
BALING - Seorang kanak-kanak terpaksa menderita setelah kedua-dua buah pinggangnya disahkan bocor dua tahun lalu.

Mohd Faiz Haikal Yusri, 3, dari Kampung Selorong turut menderita masalah mata lebam dan kemaluan membengkak kesan kebocoran buah pinggang itu.

Ayahnya, Yusri Sahak, 41, berkata, dia buntu kerana menghadapi masalah kewangan bagi menanggung kos rawatan anaknya itu.

“Seminggu lalu anak saya ditahan di Hospital Sungai Petani dan seminggu lagi di Hospital Baling.

“Kadang-kadang saya terpaksa berulang alik ke Hospital Sungai Petani sekiranya kesihatan Mohd Faiz terganggu,” katanya kepada Sinar Harian.
Yusri yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu juga menyara lima lagi anaknya yang masih kecil.

“Paling sulung berumur 12 tahun, yang bongsu pula berusia setahun. Isteri hanya seorang suri rumah.

“Pendapatan saya memang tidak mencukupi, tetapi saya akan pastikan makan minum anak terjaga disamping rawatan sempurna untuk Mohd Faiz.

“Biarlah saya berlapar, asalkan kebajikan anak-anak tidak terabai,” katanya.

Menurutnya, doktor mengesahkan masalah anaknya mungkin dapat dipulihkan tetapi dalam jangka masa yang lama.

“Kemungkinan mengambil masa lima sehingga enam tahun dengan mematuhi setiap temujanji mahupan pengambilan ubat dari hospital.

“Namun begitu, ia bukanlah jaminan kerana sebarang keberangkalian boleh berlaku bergantung kepada daya tahan Mohd Faiz,” katanya.

Katanya, dia amat berharap anaknya itu dapat bertahan seterusnya pulih walaupun mengambil masa yang lama.

“Saya tidak berhenti berdoa agar dikuatkan semangat saya untuk menempuh segala dugaan ini selain dipermudahkan kehidupan saya dan keluarga,” katanya.

Sesiapa yang ingin membantu Mohd Faiz Haikal boleh menghubungi Yusri di talian 013-4682287. [SinarHarian]

Saturday, April 14, 2012

Jom Pakat Hulurkan Sumbangan Sekupang Dua Untuk Adik Ini..!!

Keluarga bayi hidap masalah paru-paru mohon bantuan


AHMAD Sufi Romi Agus Syumadi yang berusia 28 hari menjalani rawatan di Hospital Kanak-Kanak Westmead Sydney dengan kos RM9,000 sehari.


KUALA LUMPUR 12 April - Seorang chef warga Malaysia di Sydney, Australia, Romi Agus Syumadi Suhaimi, 34, berdepan dugaan hidup apabila bayi pertamanya, Ahmad Sufi yang baru berusia 28 hari mengalami masalah paru-paru yang kritikal.

Apa yang membimbangkan, walaupun doktor pakar sudah melakukan ujian biopsi terhadap paru-paru bayi itu, tidak banyak maklumat yang diperolehi kerana ia tergolong dalam kes terpencil.

Ahmad Sufi yang dilahirkan pada 12 Mac lalu, kini ditempatkan di Hospital Kanak-kanak Westmead Sydney dan terpaksa bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan dengan kos mencecah RM9,000 (AUS$3,000) sehari.

Ibu saudaranya, Juli Yanti Lidia Suhaimi, 31, yang mewakili keluarga Ahmad Sufi berkata, dia mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menderma untuk membolehkan anak saudaranya menjalani hidup dengan selesa.

"Saya meminta orang ramai supaya membantu anak saudara saya mendapatkan rawatan dengan sempurna serta menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Katanya, pendapatan Romi Agus di sana tidak mampu menampung kos tersebut malah penyakit dihidapi bayi ini tidak ditanggung oleh mana-mana syarikat insurans.

Juli Yanti memberitahu, doktor juga tidak membenarkan Ahmad Sufi dibawa pulang ke tanah air disebabkan keadaannya yang sangat lemah serta risiko ketika berada dalam penerbangan.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada pasangan tersebut boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Juli Yanti Lidia Suhaimi 14133-41-00000395-4 atau Maybank 152107010378 serta akaun CIMB Maya Syuhada Suhaimi 14100000462201.

Maklumat mengenai Ahmad Sufi juga boleh diperolehi di laman 'Tabung Ahmad Sufi' di Facebook.

Tuesday, April 10, 2012

Mari kita pakat tolong sahabat kita untuk bayaran rawatan di Hospital Kerajaan ini

Mata bayi terbonjol, bengkak
Wartawan Sinar Harian
10 April 2012
Mohd Akbal (kiri) bersama isteri (tengah) memangku Nur Amira Umairah. Gambar kanan: Mata bayi terbon
Gambar kanan: Mata bayi terbon PENDANG – Sepasang suami isteri di Kampung Sungai Baru mukim Air Puteh dekat sini, hanya mampu menanggung kesedihan apabila mengenang nasib anak mereka yang menghidap penyakit Glaucoma apabila kedua matanya terbonjol.

Nur Amira Umairah Mohd Akbal berusia empat bulan dikenal pasti menghidap penyakit itu sejak lahir pada 24 November 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar apabila matanya terbonjol dan semakin membengkak.

Ibunya, Zainon Mohd Tajuddin, 20, berkata, kedua mata anaknya terbonjol namun mata kanan anaknya itu dilihat begitu serius apabila mata hitam di bahagian itu bersaiz besar daripada mata kiri.

“Ketika umur tiga bulan, doktor membuat pembedahan, namun ia tidak mampu menstabilkan keadaan bayi apabila tekanan pada kedua mata semakin tinggi sehingga menyebabkan doktor cuba memasang tiup pada mata kanan.

“Keadaan mata kiri selepas pembedahan itu masih lagi tidak diketahui keputusannya sama ada anak saya mampu melihat atau tidak kerana buat masa ini, keadaannya tidak menunjukkan ke arah perubahan positif,” katanya kepada Sinar Harian.

Zinon berkata, penyakit itu menyebabkan anaknya itu sukar untuk membuka mata, terutamanya waktu siang dan keadaan itu turut menyebabkannya sering menangis.

“Saya kasihan dan sedih melihat keadaan bayi saya yang sukar membuka matanya dan terpaksa menanggung kesakitan bonjol mata itu.
Nasibnya belum diketahui lagi sama ada dia mampu melihat atau tidak.

“Bukan sahaja keadaan mata terbonjol, malah saya dimaklumkan telinga kirinya juga mengalami masalah kurang pendengaran dan terdapat ketulan di ovari anak saya,” katanya.

Bapa bayi itu, Mohd Akbal Baharuddin, 23, berkata, disebabkan penyakit itu, dia merayu bantuan daripada mana-mana pihak supaya dapat membantu kos rawatan anaknya yang tinggi kerana perlu mendapatkan rawatan tiga kali setiap bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, penyakit serius dihadapi anaknya itu menyebabkan dia perlu sentiasa mendapatkan rawatan di hospital terbabit memandangkan tekanan pada mata itu semakin tinggi.

“Doktor kata saya perlu berulang untuk mendapatkan rawatan selalu sehingga anak saya besar menyebabkan saya buntu untuk mendapatkan bantuan rawatan anak saya.

“Setiap kali pembedahan mata, pihak hospital meminta RM100 untuk kos pembedahan sebelah mata, namun kos pemasangan tiup yang dilakukan itu, pihak hospital belum lagi memberitahu bayaran dan saya bimbang bayaran yang dikenakan tinggi.

“Malah, kos tambang dan makan di sana juga tinggi sehingga menyebabkan kami terpaksa berkongsi makan kerana tidak mampu,” katanya.

Mohd Akbal berkata, dia tidak mampu menampung kos rawatan anaknya kerana hanya memperoleh pendapatan sebagai pembantu kedai runcit kurang RM400 sebulan Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi keluarga ini menerusi talian 017-7509123 atau 013-4756126.

Sunday, March 11, 2012

Tinggal dalam bangsal usang

Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Usang

SUNGAI DUA - Sejak lima tahun lalu, kehidupan Mohd Ali Hassan, 74, yang tinggal di Kampung Tok Adam di sini, bersama isteri dan seorang anak lelaki yang mengalami masalah mental tidak seperti orang lain.

Dengan pendapatan RM15 sehari sebagai tukang sapu sampah di sebuah stesen minyak di pekan ini, dia tidak mampu untuk menyara keluarga malah terpaksa tinggal dalam rumah usang.

Mujur, melalui belas ihsan dan bantuan berterusan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed dan jiran tetangga, tiga beranak itu dapat merasai nikmat hidup.

Rumah yang didiami Mohd Ali bersama isteri, Siti Zubaidah Sirat, 72, dan seorang anak lelaki yang berusia 21, itu seperti bangsal dan menunggu masa untuk roboh.

Tanpa wang simpanan, Mohd Ali tidak mampu mengurus kawasan persekitaran rumah termasuk membaiki kerosakan bumbung, dinding dan lantai rumahnya.

Namun, Mohd Ali tabah menjalani kehidupan bersama keluarganya secara ala kadar tanpa mengharapkan sebarang bantuan selama ini.

“Saya sebenarnya malu untuk memohon bantuan, kerana sebelum ini pernah berbuat demikian tetapi sehingga sekarang tidak pernah mendapat maklum balas positif mengenainya.

“Selagi terdaya saya akan terus berusaha menggunakan kudrat sendiri menyara keluarga,” katanya.

Semalam, sekali lagi Mohd Ali dan keluarganya gembira kerana dikunjungi Jasmin yang menziarahinya untuk menghulurkan bantuan.

Lawatan ziarah itu turut disertai Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara, Abdul Rahim Mohd Aliff yang turun padang untuk mengambil maklumat bagi menyalurkan bantuan tetap bulanan.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan prihatin dengan nasib kami sekeluarga,” katanya.

Wednesday, February 15, 2012

Berlinang air mata lihat derita anak

15 Februari 2012
Kesian

KANGAR - Seorang penjawat awam, Rosmizan Rosla, 33, dan isteri Norhasazliza Abu Hasin, 30, dari Kampung Batu 5, Kayang dekat sini, hanya mampu menangis melihat penderitaan dialami anak sulung mereka, Nurin Zuhaira, 5, berikutan penyakit barah otak yang dihidapinya sejak tiga setengah tahun lalu.

Rosmizan yang mempunyai dua anak sering menangis bersama isteri setelah tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang kini terpaksa menjalani pelbagai pembedahan termasuk rawatan pemeriksaan susulan kimoterapi sebanyak enam kali.

Menurutnya, Nurin Zuhaira sebelum ini pernah menjalani pembedahan bagi membuang biji mata kiri setelah didapati menghidap penyakit retina blasptoma atau pun kanser mata pada usia satu tahun enam bulan.
“Setelah pembedahan itu berjaya, Nurin Zuhaira kembali menjalani kehidupan dengan ceria sehinggalah kami mendapat tahu kanser yang dihidapi Nurin sebelum ini merebak ke bahagian otak pada tiga tahun lalu.
“Satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan di kepala Nurin dijalankan pada 5 April tahun lalu disusuli dengan rawatan radioterapi sebanyak 30 kali selain rawatan kimoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebanyak tiga kali daripada lapan kali proses rawatan yang sepatutnya diadakan.
“Bagaimanapun, keadaan Nurin menjadi semakin kritikal sejak minggu lalu apabila dia mengalami sawan sewaktu pulang dari HPP dan kini hanya mampu terlantar di atas katil tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian selepas dikunjungi Ketua Pemuda Umno Bahagian Kangar, Abdul Aziz Abdul Majid di kediamannya di Kampung Batu 5, Kayang, di sini semalam.
Bagi Norhasazliza pula, dia amat bimbang memikirkan nasib Nurin Zuhaira yang semakin malap saban hari.
“Saya sedih setiap kali melihat Nurin kerana dia sebelum ini boleh berkata-kata dan aktif seperti kanak-kanak lain, malah sempat menghadiri kelas taman asuhan kanak-kanak (Taska) di kawasan berdekatan selama dua hari.
“Selepas itu, dia secara tiba-tiba enggan ke sekolah dan saya tidak menyangka perubahan tingkah-lakunya itu seolah-olah petanda keadaan kesihatannya semakin teruk,” katanya.
Norhasazliza turut menjelaskan anak sulungnya perlu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut dan berharap masih ada harapan untuk Nurin sembuh dan menikmati kehidupan riang seperti kanak-kanak lain.
Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditemui menegaskan pihaknya bersama Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kangar telah membuat kutipan amal sesama mereka untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Rosmizan termasuklah pemberian lampin pakai buang untuk kegunaan Nurin Zuhaira.
“Pemuda Umno Bahagian Kangar akan bersedia menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa kepada keluarga Rosmizan bagi meringankan penderitaan dihadapi adik Nurin Zuhaira dan sebenarnya keadaannya sudah mendapat perhatian Kerajaan Negeri sejak dahulu lagi.
‘’Di samping itu, saya juga berharap kes ini dapat dipanjangkan kepada pihak Majlis Kanser Negara (Makna) untuk tindakan lanjut,’’ katanya.
Orang ramai yang ingin membantu Nurin Zuhaira boleh menghantarkan sumbangan mereka melalui Maybank Berhad menggunakan akaun Rosmizan Rosla iaitu 159012708424.

Sunday, October 16, 2011

Tiga lubang di jantung Nuraina

KAMPUNG PISANG – Nasib pasangan suami isteri umpama jatuh ditimpa tangga apabila anak bongsu mereka yang berusia dua tahun menghidap jantung berlubang.

Nooraini Salleh, 33, berkata, setelah melahirkan Nuraina Adila Nur Azirwan, 2 bulan, pihak hospital memaklumkan bahawa terdapat kuman di dalam paru-paru anaknya itu.

“Saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar penyakitnya, mungkin ini dugaan buat kami suami isteri, semasa mengandungkan Nuraina selama 16 minggu, saya pernah menjalani pembedahan apendiks.

“Setelah anak bongsu saya mengalami masalah penat dan sukar untuk bernafas, saya dan suami membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan didapati anak kami mengalami masalah jantung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pisang, Sungai Dedap.

Menurutnya, dia dan suami membawa Nuraina ke Institut Jantung Negara (IJN) dan setelah pemeriksaan dijalankan doktor memaklumkan bahawa terdapat tiga lubang di jantung anaknya.

“Semasa anak saya ditahan di IJN saya yang menjaganya ketika itu saya masih dalam pantang 36 hari, dengan pendapatan kami yang tidak seberapa, saya terpaksa makan mi segera walaupun masih dalam tempoh berpantang.

“Selama saya melahirkan lima anak, tidak pernah saya makan mi segera semasa berpantang, dengan kewangan yang ketika itu hanya ada RM300 saya gagahkan juga, mana ada ibu yang sanggup membiarkan anak keseorangan,” katanya.

Nooraini berkata, dengan pendapatan suaminya sebagai petani mereka tidak mampu untuk menanggung kos perubatan anak bongsu mereka.

“Di bawah jagaan kami, saya masih ada tiga anak yang bersekolah, pada 13 September lalu anak saya telah menjalani satu pembedahan yang menelan belanja RM43,000 di mana doktor mengikat lubang terbabit bagi mengelak darah naik ke paru-paru.

“Jumaat depan kami terpaksa membawa Nuraina ke IJN sekali lagi untuk melihat kesan pembedahan yang dilakukan sebelum ini, kami terpaksa menyewa teksi untuk ke sana. Pergi dan balik saja menelan belanja RM1,200. Kos itu belum lagi dicampur dengan kos perubatan lagi,” katanya.

Dia berkata, dia dan suaminya hilang punca dan tidak tahu di mana mereka harus memohon bantuan untuk merawat anaknya.

“Kadang-kadang apabila dia minum susu, dia akan muntahkan kembali susu yang diminumnya, memang Nuraina memerlukan penjagaan yang rapi,”katanya.

Sementara itu, suaminya Nor Azirwan Saad, 30, berkata, Nuraina bernafas lebih cepat.

“Nasib baiklah dia tidak pernah meragam, kalau menangis pun hanya ketika dia lapar,” katanya.

Sesiapa yang ingin menghulur bantuan bolehlah menghubungi Nooraini di talian 012-4373656 atau melalui akaun simpanan Tabung Haji di atas nama Muhammad Mustaqim Iqmal Nor Azirwan atau Nor Azirwan Saad bernombor 030602000083776.

Selain itu boleh berkunjung ke rumah mereka di alamat;

Kampung Pisang, Sungai Dedap, Mukim Sala Besar, Kota Sarang Semut, 06800, Alor Setar. [Sinar Harian]

Saturday, September 17, 2011

Nelayan mohon bantuan rumah


DULANG BESAR – Enam beranak terpaksa tinggal di sebuah rumah yang hanya menunggu masa untuk roboh berikutan kemiskinan hidup.

Muhammad Subri Manaf, 37, berkata, dia yang hanya bekerja sebagai nelayan tidak mempunyai kewangan yang cukup bagi membina mahupun membaiki rumah yang didiami mereka sekeluarga.

“Rumah ini pun kami bina di atas tanah peninggalan arwah nenek, tetapi memandangkan kami tidak mempunyai tanah sendiri kami membina rumah ini, rumah ini pun saya yang bina sendiri.

“Kalau hujan ataupun ribut sahaja, bumbung rumah pasti di angkat angin, hujan pun akan masuk ke rumah, bukan itu sahaja, dinding pula semakin hari semakin besar rekahannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, dengan pendapatan yang tidak menentu dan RM400 sebulan, dia tidak mampu untuk memberikan sebuah rumah yang selesa untuk isteri dan anak-anaknya.

“Saya hanya nelayan, jika hujan ribut memang tidak ke laut, tetapi kadang-kadang memandangkan kami perlukan duit saya turun juga ke laut untuk mencari rezeki buat isteri dan anak-anak, kalau nak tambah rumah lagi tidak mampu.

“Makin lama, dinding makin turun maklum lah rumah dibina hanya sekadar yang kami mampu, kadangkala timbul kebimbangan kalau rumah ini runtuh, di mana lagi kami nak tinggal, dengan anak-anak yang masih kecil kami tidak tahu ke mana lagi nak tinggal,” katanya.

Subri berkata, dia yang juga menghidap penyakit asma tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain bekerja sebagai nelayan dan terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah.

“Dulunya saya pernah menghantar permohonan untuk membaiki dan membina rumah baru, tetapi sehingga sekarang saya masih belum menerima sebarang jawapan.

“Bukannya apa, makin lama anak-anak semakin membesar dengan keluasan rumah ini ia tidak dapat menampung kami enam beranak,” katanya.

Menurutnya, setakat ini dia hanya menerima bantuan daripada pejabat zakat pada setiap bulan berupa barang keperluan harian seperti beras, sardin dan makanan lain.

“Saya berterima kasih kepada pejabat zakat yang membantu kami dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan berupa peruntukkan untuk membina rumah dan bantuan lain boleh menghubungi Muhammad Subri menerusi talian 019-5549736.