Showing posts with label Pendang. Show all posts
Showing posts with label Pendang. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

KB1M - Kerajaan Bohong 1 Malaysia.... Sampai YDP Agung 'kecewa'.....!!!!

'Hospital tak siap-siap, BN tak tepati janji'



PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya lima buah hospital yang dijanjikan oleh Barisan Nasional di seluruh negara gagal siap seperti yang sepatutnya.

Ketua Biro Kepenggunaan PKR Yahaya Saari berkata, ianya termasuk hospital yang dijanjikan oleh BN sejak 2006 lalu lagi namun tidak siap hingga ke hari ini.

Malah menurutnya, ada projek yang sampai dipecah tanah sebanyak dua kali menjelang pilihan raya 2008 lalu, namun sehingga sekarang tidak nampak sebarang perkembangan.

"Di Tanjung Karang Selangor, hospital telah dijanjikan sebelum pilihan raya ke-10 lagi iaitu pada tahun 1999.

"Tahun 2004 janji lagi, 2008 janji lagi tapi tak siap-siap sampai sekarang. Tapak dah ada sign board dah ada tapi projek tak jalan-jalan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


Projek pembinaan hospital yang turut terbengkalai termasuk Hospital Rembau, Negeri Sembilan, Hospital Dungun, Terengganu dan Hospital Parit Buntar, Perak, Hospital Bera, Pahang dan beberapa hospital di Kedah dan Sarawak.

Menurut beliau lagi, apa yang sedang berlaku ini adalah kegagalan nyata pentadbiran BN di mana sehingga kini dianggarkan RM153,476,989,353 wang negara hilang angkara penyelewengan.

Katanya, jika wang itu diurus dengan betul sudah tentu ianya mampu disalurkan bagi menyiapkan hospital-hospital tersebut bagi kemudahan rakyat di negara ini.

"Lebih 70 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM1500 jadi kalau kerajaan meneruskan cadangan mengasingkan kos konsultansi dan kos perubatan mereka yang berpendapatan rendah akan terbeban.

"Negara kita mampu memberikan perubatan percuma jika kerajaan mengagihkan hasil negara dengan baik," katanya.

Monday, December 17, 2012

BN Pendang jadikan Dewan Orang Ramai Kg Bukit Jenun sebagai harta peribadi mereka..!!

Penduduk kesal dewan jadi bilik gerakan
KU NOOR FAIZAH KU MUSTAFA
17 Disember 2012
Penduduk kesal dewan jadi bilik gerakan
Abu Hassan (empat dari kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
BUKIT JENUN – Penduduk dari Kampung Bukit Jenun dekat sini membantah tindakan BN kawasan itu yang menjadikan dewan orang ramai di pekan Bukit Jenun sebagai bilik gerakan BN daerah mengundi Bukit Jenun P11 N19.

Satu laporan dibuat penduduk kampung yang diwakili Pengerusi Majlis Ketua-ketua (MKK) Bukit Jenun, Abu Hassan Shaari di Balai Polis Bukit Jenun baru-baru ini untuk diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkenaan.

Abu Hassan mendakwa, penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN itu adalah penduduk dari Bukit Jenun, Sungai Baru, Tanjung Radin, Alor Kumbang, Bukit Nibong, Tanjung Setol, Kampung Dohit, Paya Jenun, kampung Sawa dan beberapa penduduk dari Kampung berhampiran.

Katanya, tindakan BN kawasan itu menjadikan bilik gerakan parti itu begitu ditentang kerana dianggap menceroboh kerana dewan itu milik Kerajaan Negeri dan orang ramai untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.


“Penduduk sedar perkara itu hampir satu bulan lalu selepas melihat kain rentang dan bendera dipasang sekitar kawasan dewan termasuk mengubah suai dewan itu,” katanya.

Dakwanya lagi, tindakan BN menjadikan dewan terbabit sebagai bilik gerakan parti itu menyebabkan penduduk kawasan itu tidak dapat menjalankan aktiviti kemasyarakatan kerana dalam dewan itu turut dilonggokkan bendera parti.

“Dewan itu milik orang ramai dan tindakan menjadikan bilik gerakan tanpa berbincang dengan penduduk dianggap menceroboh,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati ketika dihubungi berkata, beliau menyokong penuh tindakan penduduk di situ menghalang BN menggunakan dewan orang ramai untuk aktiviti politik mereka dalam jangka masa lama.

“Dewan itu milik orang ramai di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang dan BN kawasan itu tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan dewan itu untuk aktiviti politik dan saya harap penduduk mengambil tindakan undang-undang jika ia masih tidak selesai,” katanya.

Wednesday, November 28, 2012

Pendang : Rumah dah siap tapi CF tak ada..apasal nie?

Ini apa punya kes nie.. rumah dah siap tapi awat tak ada CF.. YB Pendang tolong tengok sat apa dah jadi dengan projek nie.. kesian kat pembeli pulak yang jadi mangsanya.

Saturday, November 17, 2012

Adakah D.O. Pendang sabotaj tak mau pasang signboard "KEDAH SEJAHTERA"..???

Tuan D.O Pendang, bila nak pasang balik signboard 'Kedah Sejahtera'tu?? Hari tu bagi alasan boh cat bangunan baru.. sejahtera kan doa?? - Fadzil Noor Bin Sahani



Tuesday, October 9, 2012

Telaga Gajah sejarah Pendang..!!

Telaga Gajah sejarah Pendang
Airnya masih diguna segelintir penduduk, dipercayai mampu rawat penyakit.

Setiap kawasan mempunyai sejarahnya tersendiri, begitu juga dengan nama daerah Pendang turut mempunyai kaitan dengan sebuah telaga bersejarah terdapat di pekan ini yang masih wujud sehingga kini.

Telaga sejarah atau lebih dikenali sebagai Telaga Gajah merupakan tempat gajah dijinakkan dimandikan pada masa dahulu. Air di telaga itu turut digunakan untuk kegunaan harian penduduk kawasan Pendang masa itu.

Telaga Gajah yang berada di Laman Warisan Majlis Daerah Pendang (MDP) merupakan telaga asal yang airnya tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.

Sinar Harian difahamkan ia tidak pernah kering kerana terdapat satu lubang menghubungkan air sungai ke perigi itu, namun penduduk tidak pasti sama ada lubang itu masih berfungsi atau tidak.

Telaga itu turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila semua gajah mandi di situ adalah yang balik daripada menghantar ufti (bunga) emas ke negeri Siam memandangkan pada masa itu haiwan itu menjadi kegunaan utama pada zaman pemerintahan.

Mampu merawat penyakit

Beberapa penduduk yang ditemui Sinar Harian memaklumkan, air dari telaga itu masih digunakan segelintir penduduk yang mendakwa ia dapat merawat penyakit.

Zakaria Darus, 51, berkata, dia pernah mengambil air di telaga itu kerana mendengar  ia dipercayai mampu menyembuhkan penyakit terutama bagi rawatan tradisional.

“Air di telaga itu masih jernih namun pada masa ini terdapat banyak ikan dilepaskan di dalamnya dan sukar untuk dicedok kerana kedudukan agak tinggi berbanding keadaan asal.

“Saya tidak tahu sama ada air itu betul-betul dapat menyembuhkan penyakit atau tidak kerana penyakit yang saya mahu ubati menggunakan air itu tidak berhasil, tetapi banyak mendengar bahawa air itu sangat bagus,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Zainol Razak, 77, atau lebih dikenali sebagai Wa berkata, telaga itu dikorek seorang lelaki Cina pada zaman dahulu seluas 4.8 meter.

Ia bagi kegunaan penduduk selain tempat persinggahan gajah dari Titi Akar dan Padang Durian untuk mandi selepas membawa durian bagi menjalankan perniagaan di pekan itu.

Zainol berkata, penduduk akan mandi di situ menggunakan pencedok upih pinang selain menggunakan pam pusing untuk mengangkut air ke rumah.

Menurutnya,  telaga itu satu-satunya tinggalan sejarah yang ada di pekan Pendang, namun keluasannya  semakin bertambah selepas MDP menaik taraf telaga dan kawasan itu.

Penduduk luar tidak tahu

Sinar Harian difahamkan oleh MDP bahawa Telaga Gejarah itu dinaiktarafkan kira-kira penghujung tahun lalu sebagai daya tarikan Pendang yang sinonim dengan sejarah nama daerah itu.

MDP memaklumkan bahawa telaga itu dinaik taraf dengan lebih cantik untuk menarik ramai orang luar datang ke kawasan itu dan dapat mengetahui sejarahnya selain diwujudkan laman warisan bersebelahan telaga tersebut.

Seorang penduduk luar, Faridah Jaafar, 46, yang berasal dari Pokok Sena tidak pernah mengetahui kewujudan telaga sejarah itu walaupun sering datang ke kawasan berkenaan.

“Saya tidak tahu mengenai telaga ini dan pada hari ini baru saya tahu selepas melihat orang ramai mengunjungi kawasan ini,” katanya.

Penduduk Pendang, Siti Munirah Muhammad, 28, berkata, Telaga Gajah itu bukan sahaja tidak diketahui penduduk luar tetapi dia yakin ramai masyarakat setempat tidak menyedari kewujudan telaga itu dan sejarahnya.

Menurutnya, dia berpendapat pihak berkenaan sepatutnya merancang sesuatu atau mempromosikan lagi tempat sejarah itu supaya lebih dikenali kerana ia merupakan satu-satunya tinggalan sejarah masih ada di pekan berkenaan.

Saturday, September 29, 2012

Pendang - 55 mangsa banjir dipindahkan

Wartawan Sinar Harian
29 September 2012
55 mangsa banjir dipindahkan
Anggota JPAM membawa seorang daripada mangsa ke pusat pemindahan.
55 mangsa banjir dipindahkan
Seorang warga emas dibantu anggota JPAM untuk turun daripada kenderaan sebaik saja sampai ke pusat pemindahan.
 
PENDANG - Seramai 55 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kompleks Rakan Sukan Pendang dekat Tanah Merah sejak petang kelmarin berikutan keadaan paras banjir yang semakin meningkat.

Difahamkan pusat pemindahan itu dibuka kira-kira jam 6 petang kelmarin dan pada mulanya menempatkan 23 mangsa melibatkan enam keluarga dari Kampung Hampar Kanan, Pondok Hampar dan Banggol Kambing.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang, Azhar Ismail berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pada jam 3 petang semalam adalah seramai 55 mangsa melibatkan 16 keluarga.

Menurutnya, semua mangsa yang dipindahkan adalah dari Kampung Alor Punti, Sukamari, Banggol Kambing, Batu Hampar, Banggol Besi, Hampar Kanan dan Pondok Hampar.

Mangsa banjir yang akan dipindahkan dijangka akan bertambah berikutan keadaan banjir dilihat bertambah buruk setelah paras air meningkat.

“Bacaan paras air Sungai Pendang semakin meningkat kepada 3 meter daripada bacaan semalam  2.8 meter dan arus air terlalu laju dan di amna ia membahayakan penduduk yang tidak lagi berpindah.

“JKM akan memastikan semua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di sini berada dalam keadaan selesa di mana kami menyediakan keperluan seperti makan dan minum, pakaian, kelengkapan tidur  serta jabatan kesihatan turut menyediakan rawatan  kesihatan dan bekalan ubat kepada mangsa yang kurang sihat,” katanya kepada Sinar Harian.

Azhar berkata, JKM  telah membekukan cuti semua kakitangannya dengan membahagikan tugas kepada tiga syif serta menubuhkan jawatankuasa memasak, keselamatan, kebersihan dan bahagian informasi.

Antara agensi yang turut terlibat adalah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pejabat daerah, jabatan kesihatan, bomba dan beberapa lagi agensi lain.

Katanya, bekalan air terpaksa dihantar oleh pihak Syarikat Bekalan Air Darul Aman (Sada) memandangkan pusat pemindahan itu mengalami masalah bekalan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa agar dapat mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain air banjir kerana keadaan arus air yang laju dan membahayakan.

Saturday, September 15, 2012

Marilah kita pakat bantu adik nie seorang sedikit...!!

Nur Amira disahkan buta
Nur Amira disahkan buta
Beginilah keadaan Nur Amira Umairah yang disahkan buta pada mata sebelah kirinya.
 
PENDANG – Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak menderita menghidap pelbagai penyakit, apatah lagi jika anak itu masih kecil.

Kesedihan itu dirasakan sepasang suami isteri di Kampung Sungai Baru Mukim Air Puteh dekat sini, apabila anak sulung mereka Nur Amira Umairah Mohd Akbal berusia 10 bulan telah disahkan buta pada mata kiri manakala mata kanan mengalami rabun tahap serius selepas menghidap penyakit glaucoma apabila kedua matanya terbonjol sejak dilahirkan.

Nur Amira Umairah dikenal pasti menghidap penyakit itu sejak lahir pada 24 November 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar apabila matanya terbonjol dan semakin membengkak.

Mohd Akbal Baharuddin, 23, dan isteri, Zainon Mohd Tajuddin, 20, memaklumkan  berikutan penyakit anaknya itu mereka kini buntu untuk menjelaskan bayaran wad dan cermin mata anak yang masih tertunggak selain kos pengangkutan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap kali mendapatkan rawatan.

Mohd Akbal berkata, setiap bulan dia perlu membawa anaknya itu ke HSB dua kali dan ke HKL sebanyak tiga kali.

“Pendapatan saya sebagai pembantu kedai runcit hanya RM20 sehari, itu pun bukan hari-hari saya bekerja. Nak bawa anak ke hospital lagi.

"Zaman sekarang gaji sebanyak itu mana cukup, nak makan hari-hari pun susah, apatah lagi nak tanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.

“Saya ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang sebanyak RM300 sebulan.

"Ia juga tidak cukup kerana kos pengangkutan ke HKL saja dah cecah RM1,000 sebulan sehingga saya terpaksa juga berhutang untuk membeli lampin pakai buang untuk anak,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan derita yang dialami Nur Amira Umairah ketika dia baru berusia empat bulan berkaitan penyakit yang dihadapinya itu pada peringkat permulaan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi keluarga terbabit di talian 013-4756126 atau menyumbang melalui akaun Maybank di nombor 152125198708.

Tuesday, September 11, 2012

Tu dia aihh Kaya laa orang TOBIAR macam nie..!!

Tobiar lubuk harta karun?
Tobiar lubuk harta karun?
Mukim Tobiar yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri.
 
PENDANG  –  Bagi yang tidak mengenali Mukim Tobiar, pasti akan beranggapan tiada apa yang istimewa namun sebaliknya mukim itu menyimpan sejarahnya tersendiri satu ketika dahulu.

Sinar Harian difahamkan, tempat itu  dikenali sebagai lubuk harta karun atau sebagai pengkalan duit oleh penduduk kawasan terbabit.

Penduduk, Rozali Zakaria, 78, mendakwa, perkataan Tobiar itu adalah perkataan dari bahasa Siam yang bermaksud pengkalan duit dan lubuk harta karun memandangkan kawasan itu diduduki penduduk berbangsa Melayu
yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Siam.

“Tobiar kini dijadikan salah satu mukim yang terdapat dalam daerah Pendang.

“Nama itu kini begitu terkenal di daerah Pendang, namun bagi penduduk generasi baru mereka tidak mengetahui mengenai sejarah dan asal-usul kampung ini yang boleh dikatakan begitu menarik,” katanya.

Katanya lagi, dia percaya dan yakin dengan sejarah di sebalik nama kampung itu memandangkan Tobiar begitu kaya dengan hasil pertanian sawah padi dan getah.

“Kampung ini begitu kaya dengan hasil tanaman seperti hasil sawah padi dan getah  di kampung ini.

“Susah penduduk kawasan lain adalah tidak sama dengan susah penduduk di kampung ini kerana kebanyakan penduduk di kampung ini mempunyai banyak harta benda seperti sawah padi dan kebun getah,” katanya.

Penduduk Melayu fasih komunikasi bahasa Siam

Sementara itu, Penghulu Mukim Tobiar, Abdul Malik Abdul Manaf berkata, Tobiar wujud lebih kurang 150 tahun yang lalu.

Ia ditadbir oleh beberapa penghulu memandangkan mukim itu mempunyai 22 kampung yang ditadbir oleh pengerusi jawatankuasa kampung.

“Ketika dahulu, penduduk Melayu di sini begitu fasih berkomunikasi dalam bahasa Siam,  namun kefasihan berkomunikasi dalam bahasa siam kini semakin berkurangan.

“Mukim Tobair luasnya 40.4 kilometer persegi bersempadan dengan Mukim Tualang di utara, Mukim Guar Kepayang di Selatan, Mukim Bukit Raya dan Tajar di Barat, Mukim Rambai dan Padang Kerbau di sebelah Timur,” katanya.

Menurutnya, seramai 6,864 penduduk di mukim berkenaan yang berbangsa Melayu hidup dalam keadaan harmoni dan keadaan stabil dari segi pentadbiran dan politik.

“Mukim ini terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Tokai dan perbezaan ideologi politik masih di tahap terkawal, manakala kerjasama dari jabatan kerajaan adalah memastikan keamanan berterusan di samping mengekalkan perpaduan,” katanya.

Penghulu Jusof banyak berjasa

Yusof Ahmad atau lebih dikenali sebagai Penghulu Jusof bukan asing lagi bagi penduduk di Mukim Tobiar walaupun beliau sudah lama meninggal dunia.

Jasa dan pengorbanan yang diberikan beliau kepada mukim itu membuat penduduk sentiasa mengingatinya.

Difahamkan, penghulu Jusof merupakan penghulu mukim itu sebelum zaman kemerdekaan lagi dan banyak jasa dan pengorbanan beliau kepada kawasan itu.

Antara yang diceritakan penduduk, beliau menyediakan jalan utama yang ketika itu hanya jalan tanah merah.

Walaupun beliau meninggal dunia kira-kira tahun 1943, namun nama beliau terus tersemat dan diperkatakan oleh penduduk sekitar kawasan itu.

Thursday, August 16, 2012

Kerajaan Pusat sedang menanggung dosa khianat pada rakyat Pendang..!!!

 Lembaga pelawat HSB mohon Kementerian Kesihatan guna semula Hospital Alor Setar

15 Ogos 2012


ALOR SETAR - Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini memohon agar Kementerian Kesihatan mempertimbang permohonan mereka menggunakan semula hospital lama (Hospital Alor Setar) bagi mengurangkan pesakit di HSB.

Pengerusinya Ramli Mohd Yunus berkata pihaknya dan juga hospital telah membuat permohonan kepada kementerian dan berharap ia diluluskan bagi membolehkan pesakit dapat dibawa ke sana.

"Setiap wad katil tak cukup. Sepatutnya setiap wad ada 28 katil tapi pihak hospital terpaksa menambah antara tiga hingga empat katil kerana katil yang sedia ada tidak cukup," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Raya kepada pesakit di wad kanak-kanak di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Hizam Awang Ahmad serta Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie menyampaikan sumbangan raya berupa kuih dan duit raya kepada 60 kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital itu.

Ramli berkata jika terlalu banyak katil tambahan diletakkan, ia akan melibatkan implikasi rawatan dan perkhidmatan serta pesakit juga akan mengalami suasana tidak menyenangkan.

"Setiap hari pesakit bertambah terutamanya di musim perayaan. Jadi kita merayu kepada Kementerian Kesihatan supaya mempercepatkan permohonan itu," katanya.

Beliau berkata HSB mempunyai 600 katil manakala Hospital Alor Setar boleh diletakkan 800 katil dan jika kementerian menerima permohonan itu, mungkin kedua-dua hospital itu tidak akan mengalami kesesakan pesakit.

Selain itu, beliau juga turut memohon agar kerajaan pusat mempercepat pembinaan Hospital Pendang bagi membolehkan masyarakat di Pendang mendapat perkhidmatan perubatan yang sempurna dan tidak perlu berjalan jauh untukmendapatkan rawatan.

"Sekarang ini, mereka (penduduk Pendang) menerima rawatan di sini (HSB) dan itu merupakan salah satu faktor kesesakan pesakit di hospital ini," katanya. - Bernama

Thursday, April 19, 2012

Pusat belum lulus peruntukan bina hospital Daerah Bandar Baharu dan Pendang

 
ALOR SETAR – Kerajaan negeri masih belum menerima kelulusan peruntukan bagi pembinaan Hospital Daerah Pendang dan Hospital Daerah Bandar Baharu.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah memohon peruntukan bagi melaksanakan projek Hospital Daerah Pendang dan Hospital Daerah Bandar Baharu.

“Projek pembinaan kedua-dua hospital ini merupakan projek keutamaan negeri kepada kerajaan persekutuan dalam Rancangan Malaysia ke-10, namun, hingga kini kerajaan negeri masih belum menerima kelulusan peruntukan bagi kedua-dua projek tersebut,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis yang diajukan oleh YB Yaakub Hussin (PAS – Bandar Baharu) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas.
Dalam Titah Ucapan Perasmian Bajet 2012 yang diadakan November 2011, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah melahirkan kekesalan terhadap perancangan untuk membina hospital bagi daerah Pendang dan Bandar Baharu masih belum dilaksanakan.

“Beta kesal kerana perancangan untuk membina hospital bagi daerah Pendang dan Baharu masih belum dilaksanakan.

“Rakyat beta di dua buah daerah tersebut menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital di luar daerah tersebut.

“Beta berharap tindakan susulan hendaklah diambil bagi menyediakan kemudahan hospital yang beta maksudkan,” titah baginda.

Monday, April 16, 2012

Pendang - Medan selera panas, gelap

Medan selera panas, gelap
PENDANG – Peniaga di Medan Selera Anggerik di sini, menggesa Majlis Daerah Pendang (MDP) segera tampil menyelesaikan masalah bekalan elektrik di situ yang tidak disediakan sejak medan itu dibuka hampir 15 tahun.

Tinjauan mendapati, medan itu kurang mendapat sambutan kerana keadaan panas dan kurang selesa berikutan tiada bekalan elektrik disediakan.

Peniaga, Salmah Che Ismail, yang sudah berniaga di situ lebih 13 tahun, berkata, hasil pendapatan mereka merosot lebih 50 peratus dari tahun sebelum ini.

Menurutnya, dia difahamkan ramai pelanggan yang makan di sini merungut berasa tidak selesa ketika menjamu selera kerana panas dan gelap.

“Saya ada maklumkan kepada pelanggan bahawa pihak MDP tidak membekalkan kemudahan elektrik di medan selera ini. Malah, kami sendiri juga sukar untuk memasak kerana keadaan sangat panas.
“Premis yang berada di sebelah tepi kurang terasa panas berbanding dengan premis yang berada di dalam bangunan, yang lebih terasa bahang panas hingga pelanggan yang makan di situ kelihatan berpeluh,” katanya kepada Sinar Harian.

Salmah berkata, pihak MDP ada memasang pendawaian elektrik dan kotak fius di setiap premis, namun bekalan elektrik masih tidak berfungsi walaupun terdapat beberapa lampu yang dipasang, tetapi lampu itu ibarat pameran sahaja.

Sementara itu, Nasiroh Sahbudin, 47, berkata, pihak MDP tidak memberi apa-apa surat kepada peniaga di sini mengenai pemasangan elektrik di situ sama ada peniaga perlu mendaftar sendiri di Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau diuruskan oleh pihak terbabit.

“Perkara itu sudah dirujuk kepada MDP sejak beberapa bulan lalu dan kami difahamkan tawaran pemasangan elektrik telah tamat, sedangkan kami tidak menerima apa-apa surat sebelum ini.

“Saya harap MDP tampil menemui peniaga di sini bagi menyelesaikan masalah ini demi kebaikan peniaga bukan mendiamkan diri,” katanya.

Namun bagi seorang lagi peniaga, Saodah Hussin, 50, berkata, tidak ramai yang tahu medan itu kerana lokasinya terletak agak dalam dan dikelilingi bangunan.

Katanya, semuanya bergantung kepada penduduk tempatan sebagai petunjuk jalan kerana tiada papan tanda di jalan utama menunjukkan lokasi medan itu.

Monday, April 9, 2012

Mangsa ribut di Pendang dapat bantuan baiki rumah rosak


PENDANG - Empat puluh sukarelawan dari pelbagai agensi bergotong royong memperbaiki 10 rumah di beberapa buah kampung di sini yang rosak selepas dipukul ribut pada 26 Mac lepas.

Bantuan bagi memperbaiki bumbung rosak sebanyak RM10,000 kepada keluarga terbabit disalurkan oleh Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah (YPKPK) dan Bank Rakyat.

Kerja gotong-royong itu dilakukan sukarekawan daripada Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Belia Negeri Kedah.

Setiausaha YPKPK Mohd Nazri Sulaiman berkata bantuan itu diberikan kerana keluarga terbabit tidak mampu untuk memperbaiki semula rumah mereka selepas kebanyakan rumah itu rosak di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin dan dihempap pokok besar.

"Program gotong royong ini kita jalankan selama dua minggu iaitu bermula Isnin lepas bagi membolehkan semua rumah terpilih dapat siap selewat-lewatnya Khamis depan," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat rumah rosak di Kampung Batu 15 1/5 di sini.
Nazri berkata antara kampung yang terlibat adalah Kampung Batu 15 1/5 dan Batu 16 Pendang dan Kampung Lubuk Reba, Paya Mat Insun dekat sini.

Turut hadir pada majlis gotong royong berkenaan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Pendang Zulhan Othman.

Sementara itu, seorang mangsa ribut Hasan Endut, 86, berkata beliau amat berterima kasih kepada YPKPK dan Bank Rakyat kerana turun padang bagi membantu membaiki semula rumahnya yang rosak di bahagian ruang tengah dan dapur akibat ditimpa pokok.

Katanya dengan keadaannya yang uzur, dia tidak mampu untuk mencari wang bagi membaik pulih rumah miliknya yang berusia 50 tahun itu.- Bernama

Saturday, March 10, 2012

Antara punca krisis di Kedah mungkin ini !! CEO SADA nak bertanding di Pendang ke?

oleh Joe Pendang

nampaknya mutakhir ini jumlah calon bagi pihak BN nak bertanding di Pendang khususnya DUN Sg Tiang bertambah seorang lagi. Ni dia, CEO SADA Dato' Adzmi Din, orang Bukit Kechil Carok Kudong la no tak berhenti henti turun padang membawa habuan daripada Dato' Seri Najib PM satu Malaysia masuk keluar kampong dengan bantuan DO Pendang Tuan Haji Nordin sekutu kuat Mahadhir Khalid.

Nampak gayanya peluang Man Bedul dan Shamsudin Tahir nak rebut tempat u agak gelap sikit kot, pasal Mi Din ni ada kabel kuat dengan DS Najib ni. Ikut kata DO Hj Nordin , segala bantuan yang disampaikan kepada orang kampong la ni adalah hasil usaha Dato' Mi Din diusahakan daripada Kuala Lumpur iaitu daripada DS Naji.

Kami hairan kalau macam tu kemana pula peruntukan kepada Ketua UMNO Bahagian Pendang yang berjumlah 2 juta setahun tu. Dato' Rodzai dok tunggu buat apa lagi, tak kan senyap je masuk akaun sendiri kot. tak cukup kaya lagi ka. saja tanya pasai tak nampak muka dia pun , asyik asyik DO Hj Nordin, Pentadbir tanah Tuan Nurizan dan Mi Din aje.

Dari program bulan Ramadhan dimasjid hinggalah program baiki rumah sampailah program pelekat gambar DS Najib dirumah bantuan Mi Din di Paya Mengkuang, semua Mi Din dan Hj Nordin DO Pendang.

Ni kot yang kata KCS Kedah ni dalam usaha nak pejatuh Kerajaan negeri Kedah ni, kerja sebagai DO, kerja sebagai CEO SADA Agensi Kerajaan negeri, tapi buat usaha ikut arahan DS Najib dan pusat. Mungkin kot puak-puak yang macam nie yg IR Pharolrozhi dok tegoq Azizan tuuu supaya jangan bagi muka sangat dengan puak-puak nie.....

Depa nie dilihat macam duri dalam lipatan... kerja dengan Kerajaan Negeri tapi dok buat kerja bagi penaik nama Najib.....Rakyat tolong buka mata sikit la tengok depa ni dok bagi duit tapi sebenarnya duit tu adalah hak rakyat sekelian, tau dak....

satu lagi jangan laa dok marah sangat kat IR Phakrorozhi pasai krisis dengan MB tuuu... so far dua-dua betul jadi bila dah pusat buat keputusan mai lah kita pakat-pakat patuh dah buat kerja perjatuhkan puak-puak nie semua....


Monday, February 27, 2012

UMNO KEDAH jadikan SEKOLAH K'JAAN sebagai harta mak bapak mereka...

oleh Din Pendang

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/423321_337820706260968_100000991251632_881586_1336961531_n.jpg

Inilah salah satu kelaku Hudoh UMNO yang rakyat tak suka... menggunaan premis kerajaan persekutuan sebagai tempat ceramah... Awat dok guna sekolah nie PADANG AWAM dah tak ada dah kaa... DEWAN SERBAGUNA dah tak ada dah ka... MARKAS sendiri macam PAS tu tak ada dah kaaa....

Itu laa dasar menumpang dok berlagak macam negara nie harta dia mak bapak depa punya itu yang main belasah jaa semua.... SEKOLAH tu tempat budak sekolah nak belajaq yang hangpa dok berpolitik dalam tu apa kejadahnya... satu lagi hamgpa boleh dok masuk sekolah mai puak PR tak boleh pulak.. bukan kata puak PR.. MENTERI BESAR kedah pon hangpa tak bagi jugak...

Sudah-sudah laa buat kelaku hudoh nie meluat dah aihh....

Friday, October 7, 2011

Pendang - Padahnya apabila balai bomba terletak berjauhan.

Memo Editor
Penjual kuih hilang punca rezeki

TOBIAR – Sepasang suami isteri di Kampung Balik Bukit di sini hanya mampu menitiskan air mata selepas rumah dua tingkat yang didiami musnah dalam kebakaran pagi, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi itu menyebabkan Kamal Muhammad, 56, juga hilang sumber pendapatan apabila dua motosikal yang digunakan untuk menjual kuih dari rumah ke rumah sekitar kawasan Pendang turut hangus.

Kamal berkata, ketika kejadian dia dan isterinya tiada di rumah manakala semua anak bekerja dan sekolah menyebabkan semua kelengkapan rumah termasuk pakaian, wang simpanan dan dua motosikal tidak dapat diselamatkan.

“Saya pulang dari berniaga kuih kira-kira jam 9.30 pagi dan kemudiannya ibu saya mengajak saya dan isteri membawanya ke Pekan Pendang untuk membuat bayaran daging kerana ibu saya mahu mengadakan kenduri esok (hari ini) sempena ibu ingin menunaikan umrah pada tahun ini.

“Sebelum kami keluar rumah saya dan isteri sudah memeriksa semua suis elektrik dan dapur namun, tidak sampai setengah jam saya sampai ke Pekan Pendang tiba-tiba menerima panggilan daripada jiran memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia kerugian lebih RM40,000.

“Saya sedih apabila duit simpanan saya, isteri dan anak-anak yang dianggarkan lebih RM1,000, telefon bimbit anak dan peti sejuk yang baru sahaja dibeli hampir dua bulan turut hangus.

“Saya kini tiada lagi sumber pendapatan kerana motosikal yang digunakan untuk menjual kuih itu hangus dan tidak tahu bagaimana lagi cara mencari rezeki menanggung keluarga walaupun sumber pendapatan menjual kuih hanya RM20 sehari,” katanya.

Isterinya, Khalijah Abu, 44, berkata, lebih 50 helai baju tempahan jahitan pelanggannya turut musnah.

“Semua baju itu ditempah pelanggan untuk digunakan pada perayaan Aidiladha nanti namun turut musnah kerana baju itu berada di penjuru rumah bahagian atas, “ katanya.

Jiran mangsa, Puteh Airiffin, 62, berkata, dia maklumkan mengenai kebakaran itu oleh cucunya Mohd Amshad Shah Bandar, 6. Ketika itu dia berada di rumahnya dan baru sahaja ingin memasak untuk makan tengah hari.

“Saya keluar dan mendapati asap tebal dari rumah itu.

“Saya segera menjerit meminta pertolongan jiran lain untuk membantu menghubungi bomba dan membantu menyelamatkan beberapa tong gas yang masih berisi gas berada di hadapan rumah namun, gagal menyelamatkan barang dalam rumah itu kerana berkunci,” katanya.

Sinar Harian difahamkan ketika pihak bomba tiba hampir keseluruhan rumah itu sudah terbakar.[SinarHarian]

Friday, September 30, 2011

Laluan kontra Alor Setar Selatan dan Pendang 3 Okt-3 Nov


Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) akan membuka laluan kontra antara Alor Setar Selatan dan Pendang di KM50.83 hingga KM51.13 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) bagi kerja-kerja pembaikan jalan. PLUS Expressways Berhad dalam kenyataan berkata laluan kontra itu selama 24 jam bermula Isnin ini hingga 3 November serta sehingga kerja-kerja baik pulih jalan selesai.

Sehubungan itu Plus menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh Plus ketika melalui laluan tersebut.

Untuk keterangan lanjut pengguna jalan raya boleh menghubungi PLUSLine di 1-800-88-0000. - Bernama

Thursday, September 15, 2011

Hadiah NAJIB untuk Hari Malaysia - Harga ayam terus naik

Harga ayam terus naik

PENDANG – ‘Jualan ayam semakin merosot’. Itulah luahan hati beberapa peniaga di Pasar Pendang kepada Sinar Harian ketika tinjauan di situ berikutan harga ayam mentah terus naik berturut-turut selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Kenaikan harga berterusan selepas sambutan perayaan tidak dijangka peniaga dan pembeli memandangkan harga pelbagai jenis barang lain naik ketika musim perayaan.

Peniaga, Nor Shahidan Mansor, 34, berkata, jualan ayam kini semakin merosot sejak kenaikan harga ayam yang berturut-turut iaitu sebanyak 90 sen selepas sambutan hari raya.

“Peniaga terpaksa menjual ayam dengan harga RM9 sekilo apabila harga ayam terus naik iaitu harga ayam naik selepas raya sebanyak 40 sen dan kelmarin harga ayam naik pula sebanyak 50 sen.

“Kami terpaksa menjual dengan harga tinggi memandangkan harga yang diambil kepada pemborong turut tinggi iaitu RM7.50 sekilo tidak termasuk kos memproses ayam, plastik dan gaji pekerja setiap hari,” katanya.

Menurutnya, selepas ditolak dengan semua kos terbabit keuntungan yang diperoleh peniaga adalah begitu tipis memandangkan dia terpaksa mengurangkan kuantiti jualan sejak jualan ayam merosot kebelakangan ini.

Seorang lagi peniaga, Abdullah Sani Abdul Razak, 44, berkata, peniaga tidak mengambil ayam dengan jumlah yang banyak daripada pemborong kerana sambutan terhadap jualan ayam semakin berkurangan sedangkan peniaga terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi.

“Jumlah ayam yang diambil berkurangan sebanyak 50 peratus menyebabkan keuntungan setiap hari adalah tipis kerana pembeli akan membeli ayam dengan kuantiti yang sedikit contohnya sebelum ini mereka (pembeli) membeli seekor tapi sejak harga naik mereka hanya membeli sebelah ayam sahaja.

“Pengunjung membeli ayam tetapi membeli pada kuantiti yang sedikit sejak harga ayam naik kerana harga ayam yang tinggi bukan sahaja membebankan peniaga untuk mengeluarkan modal tinggi tapi turut membebankan pembeli,” katanya.

Abdullah berkata keuntungan bagi sekilo ayam diperoleh peniaga adalah tidak sampai 70 sen selepas ditolak semua kos dan kenaikan harga ayam ini tidak boleh berterusan memandangkan kenaikan ini turut tidak dimaklumkan kepada peniaga dan orang ramai.

Sementara itu, seorang pembeli, Nor Hasyimah Ibrahim, 33, berkata, kenaikan harga ayam membebankan pengguna kerana ayam merupakan bahan mentah yang sering dibeli.

“Saya tetap juga membeli ayam walaupun mengetahui harganya terlalu tinggi kerana anak-anak gemar makan ayam berbanding ikan namun terpaksa mengehadkan kuantiti pembelian daripada sebelum ini.

“Kenaikan harga ayam tidak sepatutnya berlaku kerana ia turut membebankan golongan berpendapatan rendah dan mungkin mereka terpaksa membeli ikan,” katanya.

Sunday, September 11, 2011

Petani menggesa MADA baiki jalan depa..!!!

Tidak mampu keluar kos sendiri

PENDANG – Sejumlah 400 penduduk kampung Majapahit di sini menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) membaiki kerosakan jalan kampung terbabit.

Sinar Harian difahamkan oleh penduduk kampung itu bahawa jalan utama kira-kira hampir dua kilometer memasuki kampung itu mengalami kerosakan hampir setahun, namun tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan tidak sempurna seperti yang diharapkan penduduk.

Difahamkan lagi jalan itu dibina oleh penduduk kampung kira-kira tahun 50-an lagi dan kemudiannya diturap dengan tanah oleh Pejabat Daerah Pendang seterusnya jalan itu diturap dengan tar sepenuhnya oleh Mada dan kemudiannya mengalami kerosakan.

Penduduk, Mohd Shubri Awang, 47, berkata, jalan itu mula rosak ketika projek Mada iaitu pembinaan ban sungai A3 kawasan itu, namun pihak berkenaan sepatutnya bertanggungjawab mengenai kerosakan berkenaan dengan membaiki sepenuhnya.

“Penduduk di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Mada atas tindakan menurap dengan batu sepanjang laluan yang rosak itu, namun tindakan itu tidak mencukupi dan tidak selesa bagi penduduk di sini.

“Pihak berkenaan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya menurap jalan itu demi keselesaan penduduk kerana keadaan jalan sebelum ini adalah baik,” katanya.

Sementara itu, bagi Hamid Awang, 50, penduduk tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan untuk menurap jalan itu kerana kos penurapan tinggi.

Katanya, laluan itu adalah jalan utama penduduk kampung Majapahit dan juga sering digunakan oleh penduduk dari Kampung Charok Kudung, Kubang Teradih, Lubuk Getah, Paya Sulaiman, Kampung Durian dan Bukit Kechik.

“Setiap hari jalan ini penuh dengan pelbagai kenderaan yang sering melaluinya termasuk guru yang mengajar di sekolah berhampiran kampung ini.

“Keadaan jalan semakin becak dan berlubang teruk terutamanya musim hujan menyukarkan orang ramai terutamanya penduduk kampung,” katanya.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) kawasan terbabit, Yoob Awang berkata, pihaknya meminta Mada dapat mengambil tindakan dengan segera demi kemudahan penduduk kampung ini kerana tidak mahu berlaku sebarang kemalangan.

“Saya pernah jatuh ke dalam tali air pada jam 12 malam akibat jalan ini rosak teruk dan banyak lagi kemalangan yang berlaku terhadap penduduk. Saya tidak mahu perkara ini terus berlaku kepada penduduk,” katanya.

Thursday, August 25, 2011

Warung Hantu : Jual nasi jam 2 petang



PENDANG – Walaupun ada arahan supaya peniaga Islam hanya memulakan perniagaan menjual makanan selepas jam 3 petang, namun ada sesetengah peniaga termasuk di bazar Ramadan yang beroperasi terlebih awal.



Situasi berkenaan menimbulkan syak orang ramai yang kerap menghubungi Sinar Harian memaklumkan perkara berkenaan.



Seorang penduduk berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Hussin berkata, sebuah gerai di bazar Ramadan di Tanah Merah beroperasi lebih awal daripada masa yang ditetapkan Majlis Daerah Pendang (MDP).



“Ramai pelanggan terutamanya golongan lelaki datang membeli nasi di gerai itu menyebabkan penduduk curiga mengenai perkara itu.



“Gerai itu sepatutnya tidak beroperasi lebih awal daripada masa yang ditetapkan MDP iaitu pada jam 3 petang sepanjang Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian.



Bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Sinar Harian menghubungi Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar MDP dan difahamkan bahawa pihak berkenaan belum menerima sebarang aduan mengenai perkara itu menyebabkan mereka sukar mengambil tindakan.



Dimaklumkan pihak berkenaan bahawa MDP memberi kebenaran untuk berniaga di bazar itu pada jam 3 petang namun jika ada peniaga yang berniaga lebih awal, MDP akan memberi amaran terlebih dahulu.



Bahagian itu memaklumkan akan memberi nasihat dan amaran jika mendapati peniaga terbabit tidak mengikut prosedur masa perniagaan yang ditetapkan Kerajaan Negeri.



Selain itu, pihak berkenaan memaklumkan bahawa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedai-kedai yang beroperasi sebelum masa yang ditetapkan boleh menghubungi MDP di bahagian terbabit bagi memudahkan MDP menjalankan siasatan dan tindakan segera.