Showing posts with label Penulis Tamu. Show all posts
Showing posts with label Penulis Tamu. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Andainya Ust Fadhil Noor masih ada.. apa jawapan yang anaknya akan jawab jika ditanya sebegini..??

oleh Bang Mat Kobah


Setelah sekian lama tak dengar khabar berita akan keluarga arwah Almarhum Ust Fadhil Noor tetiba timbul anak arwah dan bercakap bab politik negara terutama parti PAS yang diperjuangkan oleh bapanya dahulu...

Bila dilihat kebelakang saudara Ahmad Fauwaz ini bukanlah aktivis yang terlibat sepenuh masa atau separuh masa dalam politik negara terutama PAS...

Jadi sekarang mengapakah beliau muncul dikala peperangan akan bermula... siapakah beliau ini hendak bercakap bab penyatuan PAS-UMNO.... adakah kerana beliau anak Ust Fadhil Noor jadi kita harus terima apa yang dikatakan itu...

Maaf Ahmad Fauwaz.. kehadiran mu di kala peperangan akan bermula dan dikala suku sakat PERPADUAN sudah diterajang dan dibekukan dalam PAS... Anda jangan ingat kami akan lupa lagu dendangan perpaduan ini adalah merupakan lagu terakhir UMNO untuk bernafas dan dipersilakan jika anda sanggup menjadi pemberi nyawa disaat akhir kepada UMNO dan apabila UMNO kembali bernafas berdoalah semoga bapa anda berbangga dengan apa yang anda lakukan....

Itu jika belia berbangga tetapi apa akan jadi jika bapa anda menyanggah apa yang anda lakukan sekarang ini.... dan apa jawapan anda apabila bapa anda bertanyakan soalan sebegini:
  1. Lupakah kau anakku dengan kejadian MEMALI
  2. Lupakah kau anakku dengan kezaliman mereka menggangu gugat pentadbiran KELANTAN
  3. Lupakah kau anakku dengan mereka menukar ROYALTY jadi EHSAN di TERENGGANU 
  4. Lupakah kau anakku mereka menyekat bantuan SAR
  5. Lupakah kau anakku mereka menghina hukum hakam Allah
  6. Lupakah kau anakku apa perlembagaan parti mereka
  7. Lupakah kau anakku sejarah kita pernah bersatu dengan mereka dahulu
  8. Lupakah kau anakku yang lagi PERPADUAN ini di dendangkan dikala mereka lemah
Ini baru 8..jika lagi banyak soalan ditanya apakah jawapan yang akan diberikan oleh anda wahai Ahmad Fauwaz.... Jadi berfikirlah dan renungkanlah satu video klip ini untuk enda lihat sendiri siapa yang khianat siapa dalam isu perpaduan ini....

Selamat maju jaya... 

p/s - nak joint POLITIK ayuh masuk mai dalam gelanggang baru kita tahu siapa jaguh..!!!

Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno, didakwa demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.
Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.

Wednesday, December 19, 2012

Membongkar di sebalik isu AMANAT HAJI HADI - Rupanya dalangnya ialah UMNO & BEKAS AHLI PAS sendiri..!!!

oleh CheguDin Al-Yani
 
OIC patutlah mereka semangat sangat nak mainkan ISU AMANAT HAJI HADI... rupanya-rupanya mereka telah siap sedia segala BAHAN untuk di lepaskan.... Mula ULAMAK MUDA selepas itu 2 orang MUFTI sambil di tumpang oleh Ust Asri....

Kini penulis buku TABUNG MEMALI yang mencanang seluruh pelusuk negara mengatakan ada penyelewengan TABUNG MEMALI yang hakikatnya TABUNG tersebut sudah pun disiasat oleh SPRM dengan memanggil Pak Cop Usin sebagai bendahari ketika itu untuk menyisat dan akhirnya keputusan di keluarkan oleh SPRM tiada penyelewengan..Jika masih tak percaya lagi bab TABUNG tu tak tahulah... takan SPRM cari tak jumpa kot.. nak siasat keburukan PAS kompom dia akan korek sampai jumpa...namun akhirnya tak jumpa apa...

Sekarang beliau kembali dengan BUKU BAB AMANAT HAJI HADI PULAK... mamat yang sudah di pecat oleh PAS nie sekarang berewang dengan anak PAK YA iaitu Hj Najib dan LAH 46.. depa nie boleh dikatakan Geng Yang Sudah Mufarakah dengan PAS disebabkan ada dendam kesumat dengan UST Azizan... dan kalau hangpa nak tahu 20hb nanti TPM Muhyidin nak mai Pondok Pak Ya... dok tengok kerja buat puak-puak nie sekarang bukan nak bagi elok perjuangan tetapi macam nak jatuhkan Azizan dan waktu yang sama akan jatuhkan juga PAS itu...


Antara isu mereka mainkan ialah Azizan tak bantu SAR... iaitu Sek Pondok Pak Ya.. namun yg sebenarnya Pondok Pak Ya ia sudah mendapat bantuan dari MAIK dan juga harta peninggalan Arwah seperti Kebun Kepala sawit dan Sarang Burung Walit yg dibina di blok sekolah.... Jadi disini dilihat Pondok Pak Ya sudah ada incomenya setiap bulan, oleh itu kerajaan negeri sekarang menumpukan kepada sekolah SAR yang tidak mendapat apa bantuan...ini ceritanya...

Disini dilihat kumpulan ini seperti sudah bersengkongkol dengan MUSUH kita... Jadi anda fikirkanlah apa patut dilakukan terhadap golongan ini..... Jika ada dendam kesumat tidakkah boleh diselesaikan secara musyawarah sedangkan semua nie orang belajar agama...

Kami yang ada di sekeliling nie pun lihat sedih atas kelakuan mereka ini... Adakah kerana dendam kesumat sanggup di pergunakan oleh musuh untuk menjatuhkan rakan taulan dalam perjuangan....   

Gagal memujuk.. Buku memburukkan Presiden PAS 'Kafirkah Aku?' pula diedar UMNO...


Setelah berbagai pendekatan memujuk PAS agar bersama mereka dalam agenda memperbodohkan rakyat dan menjarah harta negara digunakan mereka menemui jalan buntu, UMNO mememburuk-burukkan PAS.

Sebelum ini kita telah menyaksikan beberapa lukisan mural yang terpampang di PWTC yang cuba mengaitkan PAS dengan A-Maunah ( lihat di SINI ).. kini buku yang memburuk-burukkan Presiden PAS pula diedarkan..

Buku setebal 85 muka surat dengan judul 'Kafirkah Aku' yang harga jualannya RM10 telah diedar secara percuma di beberapa buah Sekolah menurut seorang sahabat yang bertugas di salah sebuah Sekolah yang telah diedarkan buku tersebut.

Sasarannya ialah semua Guru-guru dan juga Kakitangan Sekolah..

Berikut adalah ulasan mengenai buku tersebut oleh wartawan UTUSAN..

Dalam buku setebal 85 muka surat itu, Al-Afghani yang pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan mendedahkan bagaimana ahli-ahli Pas seperti dirinya begitu taksub dengan perjuangan Pas.

''Tidak keterlaluan kalau dikatakan waktu itu, masing-masing sanggup berkorban apa sahaja demi kawan atau istilah 'orang kita'. Lingkungan orang kita ini hanyalah terdiri daripada ahli Pas. Walaupun ahli keluarga, tetapi masih UMNO tidak diiktiraf sebagai orang kita. Lebih dahsyat lagi hingga ada yang memutuskan hubungan keluarga. Pendirian ini diambil sebenarnya bukanlah mengikut nafsu tetapi ada dalil-dalil yang disampaikan oleh pimpinan Pas."

Demikian coret Al-Aghani dalam muka surat 7 buku berkenaan yang memaparkan bagaimana demi perjuangan Pas, ahli-ahli parti itu sanggup melakukan apa sahaja hatta menjatuhkan hukum kafir kepada mereka yang tidak sehaluan politik.

Keadaan itu menjadi bertambah parah dengan lahirkan Amanat Haji Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Sehingga hari ini amanat yang dianggap mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan umat Islam khususnya antara pengikut UMNO dan Pas tidak ditarik balik oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menjadi Presiden Pas.

Sebab itulah dalam buku itu, Al-Afghani mencoretkan sebuah 'Warkah Buat Datuk Seri Haji Hadi' yang antara lain meminta Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir di sisi Islam.

''Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam dilema ini berlepas diri daripada ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja juga pimpinan UMNO yang pernah dikafirkan satu masa dulu. Selagi mana Datuk Seri tidak mahu mengisytiharkan begitu, selagi itulah persoalan yang sering menghantui 'Kafirkah aku jika bersama UMNO, Kafirkah aku setelah dipecat dari Pas' tetap mencengkam saya. Datuk Seri harus bertanggungjawab di atas keresahan ini, bebaskanlah kami dari ikatan amanat Datuk Seri itu," tulis Al-Afghani.

Hakikatnya, buku 'Kafirkan Aku?', bukan sekadar berlegar kepada kesan amanat Abdul Hadi sahaja tetapi jauh daripada itu satu renungan dan iktibar serta peringatan kepada ahli-ahli Pas yang masih taksub dengan perjuangan parti itu untuk memahami hala tuju parti tersebut yang semakin bercelaru.

Ia kerana seperti mana dipaparkan Al-Afghani terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Pas sekarang bertentangan dengan prinsip perjuangan asal parti itu dan segala-galanya berlaku kerana keterujaan Pas untuk mengejar kuasa ke Putrajaya bersama rakan-rakan sekutunya.

Malahan apa yang paling mengecewakan insan-insan perjuang tegar Pas seperti Al-Afghani, pemimpin-pemimpin parti itu bersedia melakukan apa sahaja kerana 'dalam mencapai matlamat (ke Putrajaya), pedulikan dulu apa juga yang ada di kiri kanan lebuh raya ke Putrajaya.'

Sebab itulah prinsip dan dasar sedia ada dikorbankan, tiada lagi ayat-ayat al-Quran atau dalil-dalil yang dibacakan oleh alim ulama Pas berhubung kerjasama dengan bukan Islam seperti mana dahulu mereka sering membaca surah al-Nisa ayat 144 yang bermaksud;

''Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang dan nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu."

Al-Alfghani juga dalam bukunya itu turut mempersoalkan mengenai tindak-tanduk kepimpinan Pas terutamanya dalam perjuangan melaksanakan hukum hudud yang kini semakin dipinggirkan sedangkan perjuangan itulah yang mengakibatkan ahli-ahli Pas sanggup melakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah negara ini, menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO.

''Sering kali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah negara pada 12 jam tengah malam, maka undang-undang Islam akan dilaksanakan pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang-undang Lord Reid. Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud dilaksanakan. Selagi hudud tidak dilaksanakan, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makan tidak bergaram, minuman tidak bergula," hujah Al-Afghani.

Apa yang menarik Al-Afghani turut menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negeri di bawah Pas yang disimpulkan oleh beliau, ''Pada saya, Pas belum boleh diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara berdasarkan beberapa perkara. Biarlah rakyat dan ahli Pas Kedah tertipu, jangan pula seluruh rakyat Malaysia turut terpedaya. Slogan Kerajaan kebajikan, Kedah sejahtera dan Serambi Mekah masih jauh tersasar.''

Mungkin bagi mereka yang taksub kepada perjuangan Pas, seperti biasa mereka akan menuduh Al-Afghani sudah 'dibeli' oleh puak-puak tertentu, Al-Afghani adalah tali barut UMNO dan Barisan Nasional, Al-Afghani adalah pengkhianat kepada Pas.

Tetapi sebelum mereka membuat tafsiran dan tuduhan sedemikian, baca dan kajilah segala hujah dan fakta yang dipaparkan oleh Al-Afghani dalam buku berkenaan, kemudian bandingkanlah dengan situasi Pas sekarang, sudah pasti mereka akan menemui kebenarannya.

Bak kata, Al-Afghani dalam buku itu, ''Tujuan saya tidak lain, semata-mata menyelamatkan ummah yang sedang hanyut dibawa gelombang hijau, biru, merah dan kuning. Atas nawaitu ini, saya terpaksa membelakangkan segala tohmahan, Lontarkan rasa takut terhadap makhluk dan menelan segala kepahitan.

Arus yang dibawa oleh gelombang hijau ini, nampaknya begitu besar. Bagaikan tsunami yang melanda semua tumbuhan dan bangunan di tepi pantai. Saya tampil di suasana begini untuk berteriak, agar insan yang di tepi pantai segera menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Kembali ke landasan perjuangan sebenar berpandukan al-Quran dan sunnah.''

Oleh Zulkiflee Bakar, Utusan Malaysia 

Wednesday, December 5, 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat = Himpunan Rosak Akhlak


oleh TAUFIK


Prologue

"Dengan rasa takjub dan bangga diri aku ingin menyeru, kepada segenap susuk dan se-angkasa jiwa penyokong-penyokong UMNO, baik yang tegar mahupun longgar, WAJIB-kan diri anda menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat yang amat keji ini.

Datanglah wahai pemuda pemudi, putera puteri, makcik pakcik yang mendokong Parti UMNO ini ke majlis yang bakal menghidangkan anda dengan keserakahan nafsu manusia yang bernanah hatinya.

Lihatlah, dengan mata kepala anda, kemaksiatan yang dilaungkan bahkan penzinaan nilai kemanusiaan yang bakal dilakukan oleh pencacai parti PAS, PKR dan DAP. Saksikanlah sendiri gadis-gadis seksi yang bakal menyerikan majlis berhawa syaitan ini.

Ketahuilah wahai jiwa-jiwa yang tenang, betapa bobroknya Pakatan Rakyat menternak haiwan yang kerjanya hanya menganjing-anjing isu, menggonggong cebisan-cebisan kepala lembu ke sana ke mari.

Lihatlah, bagaimana pemuda pemudi menyembah pemimpin-pemimpin dewata mereka yang berbinikan ratu cincin, handbag, rantai yang berjuta ringgit tanda harganya.

Saksikanlah, muslimah-muslimah yang berjoget kaget bertepuk tampar menghilai tawa di simpang dan kaki lima jalanan bersama yang bukan mahramnya."


Keterbukaan

Intro yang pedas lagi kejang sebagai pemula bicara. Terasa lama sudah aku tinggalkan penulisan politik.

Food for thought, berdosakah hadir ke ceramah dan aktiviti parti lawan?

Apa yang kita jangkakan dari layanan dan akhlak penyokong parti, jika mereka dapat tahu kita (dari parti lawan) datang ke majlis-majlis mereka?

Inilah yang cuba dianjurkan. Penyokong atau pemimpin UMNO hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat tanpa sebarang anonymity (bukan sebagai anon) dan membawa imej/label UMNO.

Ketidak-mampu-an mana-mana penyokong/pemimpin menghadirkan diri ke majlis parti lawan akan menyumbang kepada ke-tidak-ketahu-an yang mendalam terhadap parti ingin ditentang.

Macam mana nak lawan PAS? Kalau tak kenal PAS dari dalam? Tak kenal PAS/PKR/DAP dari dalam majlis mereka sendiri. Bagaimana akhlak mereka, akhlak pemimpin mereka, apa yang pemuda pemudi mereka mahukan, apa yang membuatkan majlis mereka "kerusi lagi ramai dari orang".

Membawa masuk label UMNO ke dalam ceramah/majlis PAS secara tidak langsung turut mengiklankan parti sendiri. Sebagai penyokong UMNO yang matang dan berkarisma, pasti ramai muslimah tudung labuh PAS akan terpikat oleh keterampilan anda.

Begitu juga PAS, ketawadhukan dan kesolehan yang dipancarkan oleh pemuda PAS secara tidak langsung mencairkan hati gadis-gadis puteri UMNO yang dilayan dengan penuh hemah dan kehormatan.

Kejadian ganas serangan semalam itu mohon jangan dijadikan teladan. Itu bukan salah UMNO gagal memberi makanan yang punyai vitamin otak kepada haiwan ternakan, tetapi salah penyokong pembangkang yang terlalu rendah diri dan bertoleransi hingga berlaku pertumpahan darah.

Ceramah Syaitan

Pemimpin politik sekarang amat rakus berbicara di pentas ceramah. Syaitan sana, syaitan sini, murtad sana murtad sini. Rakus kerana hadirin mereka sekadar satu warna sahaja.

Cuba bayangkan, barisan kerusi yang paling depan menghadap pentas ceramah PAS itu dihuni oleh majoriti penyokong UMNO. Takkan mungkin terkeluar syaitan sana sini itu.

Bahkan ayat berbunga, berbau teh herba diungkap menghujani kehormatan hadirin yang datang dari berlainan parti. Jaga hati, takkan nak tunjuk kelaku tak elok depan mata mereka?

Barisan parti lawan ini sebagai duta. Mereka akan bawa balik segala macam rencah yang berlaku di majlis/aktiviti parti untuk dijadikan habuan putar belit media.

Jangan pandang UMNO sahaja, PAS pun serupa. Mudahnya berpolitik dengan akhlak. Bukan setakat politik, itu dakwah namanya. Serampang dua mata.

Memberi penerangan tentang perjuangan parti sambil menghormati/menghargai kehadiran penyokong parti lawan. Hati mana yang tak tertawan? Jiwa mana yang tak terasa?

Kalau mereka tak convert masuk PAS sekalipun, paling kurang mereka akan hormati dan hargai penghormatan yang diberi. Hormatilah orang lain jika mahukan diri sendiri dihormati.

Kontradiksi Politik

Berlawanan dengan teori tahyul politik Malaysia, seseorang penyokong/pemimpin parti akan mendapat dosa besar jika menghadirkan diri ke majlis parti lawan. Dosa yang tertulis di dalam buku log kepartian.

Ringkasnya mudah sahaja, hadirkanlah diri ke majlis dan aktiviti parti lawan. Bawa bersama brand dan label kepartian. Turut serta menjunjung adap dan ketertiban sebagai seorang penggiat politik yang matang. Tak akan rugi walau se-saat.

Tak kira siapa kamu, penyokong tegar, penyokong liplap, ketua cawangan, ketua bahagian, bendahari peringkat negeri, setiausaha kehormat, pengerusi atau apa sekalipun, berlumba-lumbalah hadirkan diri ke majlis dan keramaian parti lawan.

Tak akan sia-sia kehadiran-mu itu walaupun ianya menggenapkan jumlah kehadiran yang ke-sejuta orang. Lagi ramai lagi bagus. Lagi nampak betapa terbukanya parti itu.

Kepada tuan punya majlis, anggaplah kehadiran segerombolan mahupun sehelai jiwa dari parti lawan itu sebagai satu bonus. Bonus untuk mempamerkan keberadaban parti dan ketamadunan penyokong anda. Sekaligus meruntun jiwanya untuk cenderung ke parti anda.

Politik Malaysia perlukan perubahan, bukan sekadar perubahan kerajaan semata-mata. Sekian mohon mencadang.

http://www.taufiking.com/2012/12/himpunan-kebangkitan-rakyat-himpunan.html

Tuesday, December 4, 2012

Buat macai setia Umno APCO..!!!

Asal berhujah saja, kalau nak kalah mulalah komen liwat sana, liwat sini, Anwar peliwat... itu saja point bingai mereka.
Kalau macai-macai Umno semua nak tau, kes liwat II adalah konspirasi Umno yang tidak menjadi. Sebab tu lah Mahathir marah sangat kat Najib sebab tak bijak mengatur. Kes liwat Saipul hanya tipudaya untuk menjatuh karier politik Anwar Ibrahim.

Tahukah anda bahawa dubur si pengadu yang mendakwa dia diliwat telah didapati tiada kesan koyak? Mula-mula di check di Hospital KL dan doktor telah mengesahkan tiada kesan diliwat, tiada kesan luka dan kemutannya normal. Di mana pulak timbulnya Anwar liwat Saiful Bukhari?
Hakim yang mengendali kes liwat II Anwar Ibrahim tidak dapat memutuskan yang Anwar bersalah kerana kekurangan bukti yang kukuh untuk mensabitkan Anwar. Dan beliau juga tidak boleh berpandukan pada DNA yang ada pada dubur si Saiful semata-mata. Ini kerana dubur si Saiful disahkan tiada kesan koyaknya yakni luka yang seperti lazimnya dialami oleh individu yang diliwat. Oleh itu disebabkan tiada bukti yang konkrit bahawa si Saiful diliwat maka hakim melepaskan Anwar dari disabitkan kes meliwat Saiful Bukhari, bekas pembantunya itu.
Adakah dengan DNA saja boleh dituduh meliwat? Kalau begitu senang lah orang nak pedajal kita! Ambik rambut kita, berus gigi kita dan seangkatan dengannya untuk mendapatkan DNA kita, kemudian dimasukkan kedalam punggung lembu ke, kambing ke... lepas tu tuduh kita liwat. Padahal tiada kean luka pun pada punggung kambing dan lembu tersebut seperti yang disahkan pakar.
Oleh itu, buat pencacai dan penyokong kerajaan setan Umno BN sekalian... tolong lah cerdik sikit. Jangan ambil fakta hanya dari blogger upahan Umno APCO ataupun bekas katak-katak belaan Anwar dulu tuh. Ambil fakta bukannya auta.
Auta pihak tertentu yang hanya pandai nak mengampu para pemimpin Umno demi perut busuk diaorang. Kalau kes liwat I Anwar, boleh lah pemimpin Umno nak temberang rakyat sebab masa tu negara kelam kabut sebab pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet kerajaan oleh Mahathir dan media terus menerus memainkan isu konspirasi Mahathir untuk rakyat percaya tuduhan liwat i beliau.
Tetapi rakayt sekarang dah semakin bijak menilai kerana teknologi dah canggih. Semua fakta kes boleh dicari dihujung jari, so susah untuk korang menipu lagi... OK!!!
Seperkara lagi, disebabkan Anwar terlepas maka Peguam Negara membuat rayuan kononnya untuk mendapatkan keadilan untuk si Saiful Bukhari yang diliwat Anwar! Tapi yang majoriti rakyat pelik sangat tuh, masa kes pembunuhan Altantuya yang mana si pengarahnya terlepas iaitu Razak Baginda, tetiba kambing hitam dua ekor dari Unit Tindakan Khas (UTK) pulak yang dihukum. Dimana Peguam Negara ketika itu? Dimana keadilan untuk simangsa yang dibunuh dan diletupkan menggunakan bom terkawal jenis C4? Mengapa tidak pula gatai nak membuat rayuan?
Yang itu korang fikir la sendiri!!!
Tumbangnya Umno BN pada PRU13 nanti, akan lebih banyak skandal yang akan terbongkar! Undi anda nanti amat berharga buat mangsa fitnahan si pemerintah yang zalim!!!
KO BN, KO Umno...
Reformasi!!
Reformasi!!
Reformasi!!
Kuburkan Umno/BN pada PRU13 nanti!!
Say No to Umno/Barisan Nasional...

nukilan Shalehudin
http://shalehudin.blogspot.com/2012/12/surat-terbuka-buat-macai-setia-ameno.html

Jangan tertipu dengan air mata Umno

oleh Tok Janggut,

Akhirnya Perhimpunan Agung Umno tamat juga setelah, serentak dengan berakhirnya monopoli saluran TV yang menyiarkan cerita perhimpunan tersebut. Ada yang terpaksa mencari saluran lain walaupun hanya menayangkan cerita kartun.

Kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan umno tidak lena tidur. Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunnya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan sama ada peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya menyerang pembangkang.

Yang agak pelik ialah apabila golongan yang sering membuat fitnah berdoa agar Umno dilindungi dari fitnah. Kenyataan lain yang ganjil ialah mengatakan Umno adalah pilihan Tuhan kerana berjaya memerintah negara lebih 50 tahun. Jika kita belajar agama kita akan faham bahawa sememangnya Allah juga akan memanjangkan kuasa pemerintahan golongan yang zalim, ahli maksiat, jaguh fitnah, penipu, perosak agama dan penindas kerana golongan ini diistilah kan termasuk dalam golongan yang “istidroj”, iaitu golongan yang Allah sesatkan setelah berbagai peringatan daripada ayat-ayat Allah dan ajaran nabi diberikan tetapi mereka masih berdegil dan pekakkan telinga, maka Allah biarkan mereka terus dalam kesesatan, kezaliman dan kekufuran.

Najib mengajak semua ahli Umno bersatu padu, mengapa? Kerana sejak dulu perpaduan dalam Umno hanya kepura-puraan. Matlamat mereka ialah berebut projek, berebut jawatan dan pangkat dalam parti dan dalam kerajaan. Untuk mendapatkanya mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa menghancurkan sesama mereka.

Ingatlah wahai rakyat semua, janganlah kamu terpedaya dengan lakonan Umno yang sebak dan menangis ketika berucap dalam perhimpunan mereka baru-baru ini. Mereka sebenarnya menangis kerana bimbang jika kalah dalam PRU13 nanti, semua tembelang dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Mereka menangis sebab jika kalah, mereka tidak dapat projek dan ambil wang rakyat lagi. Jangan percaya dengan lakonan golongan seperti ini.

Di depan rakyat mereka pura-pura sebak dan menangis tetapi apabila di belakang rakyat mereka bersorak gembira kerana berjaya menipu dan memperdayakan rakyat. Yang datang sebagai perwakilan itu sebahagian besarlah adalah golongan yang sudah kaya, banyak kumpul harta, puak kroni yang selalu dapat projek. Manakala yang duduk depan TV di rumah, kebanyakan adalah penyokong Umno yang dhaif.

Orang Melayu yang masih menyokong Umno hanya bernilai RM300 dan RM500 sahaja. Umno lebih suka tengok orang Melayu hidup merempat di tanah air sendiri kerana dengan cara itu mudah untuk memancing dan mempergunakan mereka untuk mendapatkan undi. Inilah nasib bangsaku yang terus-terusan ditipu oleh Umno.

Saturday, November 24, 2012

Inilah dia manusia yang layak di gelar "BAPA BATU API NEGARA"

Mahathir Layak Dinobatkan Batu Ronson Negara
Oleh Shahbudin Husin

Komen terbaru Mahathir mengenai siapa yang layak menjadi PM jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya akan datang mengesahkan lagi kedudukan Mahathir sebagai batu api dalam politik negara atau "batu ronson" dalam istilah orang kebanyakan. Beliau nampaknya bekerja siang malam memikirkan bagaimana untuk melaga-lagakan penyokong Pas, PKR dan DAP serta rakyat seluruhnya sebelum Najib membubarkan Parlimen.

Hari ini bekas PM itu berkata, Haji Hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar jika PR menang pilihanraya akan datang kerana menurutnya Presiden Pas itu tiada bebanan sejarah berbanding Anwar.

Sehari sebelum itu, dalam isu yang sama beliau berkata, PR sepatutnya memilih Karpal Singh menjadi PM jika pakatan pembangkang itu memenangi piliharaya kerana katanya, Pengerusi DAP itu sudah lama berjuang dan sudah sewajarnya diberikan jawatan itu.

Hanya dalam dua hari, pandangannya tidak konsisten. Kalau esok ada yang bertanya lagi tentang isu yang sama, mungkin jawapannya berbeza lagi. Mungkin Mahfuz, Mat Sabu atau Lim Guan Eng pula yang disebutnya lebih layak menjadi PM.

Dengan menyebut dua nama berbeza yang layak untuk menjadi PM mewakili pembangkang, selain Anwar yang sudah dipersetujui secara konsensus oleh PR, ini secara jelas menggambarkan Mahathir juga seperti majoriti rakyat lain tidak lagi menaruh harapan PM akan datang datangnya daripada UMNO.


Dalam masa yang sama juga, meskipun Mahathir diketahui mahukan UMNO menang pilihanraya akan datang ini, tetapi beliau tidak pula pernah menyebut Najib perlu terus dikekalkan sebagai PM.

Walaupun difahami bahawa tujuan Mahathir menyebut Karpal dan Haji Hadi sebagai bakal PM berbanding Anwar bagi mewakili PR adalah bertujuan menyakitkan hati Anwar serta melaga-lagakan penyokong pembangkang serta menimbulkan kesangsian kepada pengundi atas pagar terhadap PR, hakikatnya isu ini difahami dengan jelas oleh sesiapa juga yang berakal waras.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapha Ali bahawa isu Haji Hadi sebagai bakal PM hanyalah saranan perwakilan Pas saja dan bukannya usul, maka ianya tidak perlu dijadikan bahan lagaan yang berlebih-lebihan.

Dalam perhimpunan UMNO juga, bermacam-macam saranan, gesaan dan pandangan pernah dilahirkan mengenai pemimpin yang patut diberikan jawatan, dinaikkan pangkat dan digugurkan tetapi akhirnya semua memahami ianya hanyalah saranan seronok perwakilan ketika berpeluang mendapat mikrofon saja.

Dalam PR, walaupun Anwar diketahui dan sudah dipersetujui sebagai bakal PM jika PR memenangi pilihanraya, namun sebenarnya apa yang rakyat mahukan juga ialah perubahan. Anwar atau sesiapa saja hanyalah alat, yang penting perubahan mesti berlaku.

Dengan menyebut nama selain daripada Anwar, Mahathir juga menyerlahkan kebimbangannya jika bekas timbalannya itu akhirnya berjaya juga menjadi PM suatu hari nanti.

Setelah memecat dan memenjarakan Anwar, Mahathir mungkin merasakan beliau dapat bersara dengan aman apabila mengumumkan perletakan jawatan pada 2003 lalu. Apa yang berlaku selepas itu di mana Anwar dibebaskan, beliau bermusuh dengan Pak Lah, BN hilang majoriti dua pertiga dan kebangkitan rakyat makin membara, jelas merupakan sesuatu yang diluar jangkaan Mahathir sendiri.

Hari ini dengan kedudukan BN makin goyah manakala rakyat pula semakin dahagakan perubahan, Mahathir terpaksa memilih untuk menjadi "batu ronson". Bukan saja komennya mengenai bakal PM daripada PR ini yang bertujuan melaga dan menghasut rakyat tetapi jika diimbas kembali kebanyakan komen serta pandangannya dalam banyak perkara sebelum ini pun adalah bertujuan menimbulkan kesangsian serta curiga antara satu sama lain.

Beliau sering melaga-lagakan Islam sesama Islam, Islam dengan bukan Islam, Melayu dengan bukan Melayu dan sebagainya lagi. Pelbagai logik dan helah akal digunakan untuk mewajarkan apa yang dikatakannya.

Perbuatannya melaga-lagakan Pas dengan DAP, Pas dengan PKR dan PKR dengan DAP, lagilah tak terhitung banyaknya.

Sebagai bekas PM yang masih ada ada pengaruh, beliau tahu pandangannya tetap akan diterima oleh kelompok-kelompok tertentu dan "batu ronsonnya" akan tetap memercikkan api. Cuma sebesar mana percikan api yang mampu dinyalakannya yang menjadi persoalan.

Ketika memempgang jawatan PM juga, Mahathir terkenal dengan amalan laga-melaga dan pecah perintah dalan politik hariannya. Di awal menjadi PM, beliau melaga-lagakan Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh. Kedua-duanya akhirnya berebut pengaruh dan jawatan, tetapi hasilnya Mahathir tetap kekal sebagai PM.

Selepas itu, beliau melaga-lagakan pula Tun Ghafar dengan Anwar dengan memberi komen seolah-olah Tun Ghafar tidak diperlukan lagi apabila kebangkitan Anwar pada 1993 tidak mampu ditahannya. Tun Ghafar merajuk dan berkecil hati ketika itu dan sumbangannya terhadap Mahathir dan UMNO selepas pertandingan 1987 bagai tidak dihargai.

Di zaman Pak Lah pula, Mahathir melaga-lagakan ahli UMNO supaya menolak kepimpinan Pak Lah yang tidak disukainya. Beliau berhujah bahawa kemenangan terlalu cemerlang pada 2004 adalah tidak baik bagi rakyat kerana tiada "check and balance". Disebabkan ahli UMNO terpedaya dan rakyat termakan hasutannya, selepas pilihanraya 2008 Pak Lah tersingkir akhirnya.

Menjadi "batu ronson" nampaknya sudah sebati dengan Mahathir sejak dulu lagi.

Kini dengan PR semakin hampir menawan Putrajaya, Mahathir terus tiada hentinya menjadi "batu ronson" dan melaga-lagakan rakyat supaya PR gagal berkuasa dan Anwar tidak menjadi PM.

Selalunya orang yang suka menjadi "batu ronson" ini mengharapkan sesuatu habuan daripada perbuatannya itu, mungkin dalam bentuk wang ringgit, makan minum percuma, anugerah jawatan, pangkat dan sebagainya. Dalam masyarakat seharian, watak "batu ronson" ini ada di mana-mana dan boleh ditemui di mana saja.

Jika "batu ronson" tahap pencacai, habuan yang menunggu hanyalah sekadar makan percuma, wang ringgit dan seumpamanya tetapi "batu ronson" tahap nasional ini tentulah habuannya lebih berganda.

Dengan UMNO dan BN terus kekal berkuasa, habuan yang mennunggu Mahathir ialah legasi beliau akan terus kekal dan kepentingan anak-anak serta keluarganya dalam politik dan perniagaan yang bernilai berbilion ringgit juga akan kekal sama.

Itulah yang dipertahakan Mahathir dan ini memungkinkan beliau akan menjadi "batu ronson" sampai ke akhir hayatnya.

Tuesday, October 30, 2012

DATO MUKHRIZ TAK LAYAK JADI TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

oleh Peter Sondokon

Yang Berhormat Dato,

Kisah di antara dua peristiwa dalam Kedah Corporation Berhad (KCB) ia itu Pelaburan di Papua dan 99East adalah dua senario yang berbeza antara langit dan bumi. Dalam kisah pelaburan di Papua, KCB ingin memperkayakan negeri Kedah dengan mencari peluang di luar negeri untuk membangunkan Kedah kerana kerajaan Pusat tidak pernah menyalurkan wang pada kerajaan negeri seperti yang sepatutnya. 


Malah mengikut Menteri Besar, Pusat masih berhutang kepada kerajaan Kedah sebanyak RM 200 juta. Tetapi malangnya, oleh kerana sebab-sebab tertentu ianya tidak diteruskan. Sebaliknya dalam kisah 99East ini, KCB menganugerahkan tanah seluas 379 ekar yang bernilai lebih satu billion kepada Terra Monda dan KCB diberi pegangan saham hanya 20%.


Yang anehnya tanah, tanah yang dinugerah itu bukan sahaja tanah kerajaan negeri tetapi tanah kepunyaan Permodalan Kedah Berhad (PKB), tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), tanah PKNK dan juga tanah perseorangan. Dan mereka mengharapkan KCB menyelesaikan semua isu-isu itu.


Berapa peratus rakyat Langkawi mampu mengunjungi tempat sebegini? Atau pun rakyat Kedah ? Atau pun rakyat Malaysia?

Ooohh! Mungkin Dato akan kata ia member peluang pekerjaan kepada rakyat Langkawi. Apakah setimpal dengan member tanah nilai berbillion ringgit hanya untuk memberi peluang rakyat Langkawi menjadi abdi?

INILAH BEZANYA DATO, PROJEK PAPUA UNTUK MENJADIKAN RAKYAT KEDAH KAYA PROJEK 99 East MEMPAPAKAN RAKYAT KEDAH.

Sanggupkah pemimpin yang waras membuat sebegini? Itulah UMNO. Ikut kata orang tua-tua, “kalau tidak apa-apa tak kan tempua bersarang rendah.”

Tuesday, October 23, 2012

WARKAH TERBUKA KEPADA PEMIMPIN DARI RAKYAT YANG "LEMAIH PERUT"

WARKAH TERBUKA KEPADA PEMIMPIN

Kemajlis Yang Dihormati
Dato’ Seri / Dato’ (termasuk wanita)
Ustaz / Ustazah / Tuan / Puan

Para pemimpin yang dihormati – Semoga anda kalian dijaga oleh Allah dan masih mengharapkan redha Allah SWT.

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh

Saya layangkan warkah terbuka ini dengan harapan Tuan/Puan (maaf takut panjang sangat kalau guna gelaran lain) berada dalam keadaan sehat wal afiat serta diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjalankan amanah “kepimpinan” dengan rasa yang insaf bahawa amanah itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Saya layangkan warkah ini dengan kesedaran yang penuh bahawa Tuan/Puan semua adalah golongan terpilih dikalangan jutaan para pendokong, Tuan/Puan Allah sempatkan untuk memengang teraju “kepimpinan”, ertinya Tuan/Puan telah mempunyai laluan “Smart Tag” untuk ke syurga Allah sekiranya amanah “kepimpinan” itu Tuan/Puan tunaikan dengan jayanya. Sekiranya tidak! Saya sebagai ahli bawahan dan rakyat marhaen ingin ingatkan Tuan/Puan bahawa masa masih ada untuk tujuan Islah.

Tujuan surat ini dilayangkan kepada Tuan/Puan untuk memberitahu kepada Tuan/Puan bahawa kami orang bawahan ini berasa “lemaih perut” (perasaan ini dikongsi bersama dengan rakan2 yang bersembang di kedai2 kopi pagi ini) apabila tengok lenggok gaya sebahagian Tuan/Puan, kami juga naik “lemaih perut” apabila membaca dan cuba memahami “apa sebenaqnya” kehendak Tuan/Puan dalam memberi kenyataan. Kadang-kadang kami rasa bertambah keliru apabila baca kenyataan Tuan/Puan berbanding dengan dengan arahan dari pemimpin kecil di bawah yang suruh kami buat perkara sebaliknya.


Tuan/Puan, Kami sebagai rakyat bawahan bukan mengharapkan kilauan bintang, angka gaji yang lumayan dan keistimewaan yang sama dengan Tuan/Puan, kami semua faham Tuan/Puan layak untuk mendapat semua itu kerana Tuan/Puan adalah “pemimpin”, lalu yang kami harapkan dari Tuan/Puan adalah “pimpinan / bimbingan”, Tuan/Puan kami nobatkan sebagai “pemimpin”, bukan “pemerintah”. Pimpinlah kami dengan bimbingan dan pimpinan yang betul. Jangan perintah kami “semata”, beza antara membimbing dan memimpin dengan memerintah itu luas. Kalau memimpin sudah tentulah unsur “qudwah dan uswah” (Tuan/Puan lebih faham, tak perlu syarah panjang2), adapun kalau “perintah”, Tuan/Puan hanya perlu untuk memerintah sesuatu dan “ hangpa semua jangan Tanya apa, pasai aku lebih tau”. Sekali lagi rayuan saya bagi pihak geng “lemaih perut”, pimpinlah kami! Wahai ‘PEMIMPIN”.

Akhirnya, rakyat marhaen ini ingin ingatkan Tuan/Puan tentang ibrah dari peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Selepas semua perjanjian dipersetujui dan ditandatangani, baginda ar Rasul telah “memerintah” para sahabat untuk bertahallul kerana mereka terpaksa membatalkan hasrat melaksanakan ibadah Umrah, kebanyakan sahabat buat “dek” saja, ar Rasul berasa kecewa dan baginda pun masuk ke dalam khemahnya, ketika itulah salah seorang isteri baginda memberi pandangan, “alangkah baiknya kalau ar Rasul sendiri “memimpin dan membimbing” dengan baginda sendiri mencukurkan rambut untuk bertahallul. Baginda menerima “pandangan” dari isteri baginda (yang hanyalah seorang wanita suri rumah tangga). Baginda keluar dari khemahnya, dan memanggil tukang cukur untuk membotakkan kepada mulia baginda ar Rasul. Para sahabat terkedu sebaik melihat qudwah “pemimpin” yang sekarang datang dengan watak “memimpin” bukan “memerintah”. Wahai PEMIMPIN ! kami lebih suka untuk dipimpin bukan untuk diperintah yang akhirnya kami takut2 Tuan/Puan sendiri tidak melaksanakan “perintah” Tuan/Puan.

Saya akan coretkan lebih panjang lagi “lemaih perut” masyarakat kalau ada manfaatnya untuk ummat. Kami geng “lemaih perut” tidak akan membiarkan pemimpin terkontang kanting kalau PEMIMPIN itu MEMIMPIN.

Selamat menjalankan tugas
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
KEDAH SEJAHTERA : RAKYAT DIBELA, AMANAH DIJAGA
7 Zulhijjah 1433 H / 11:15 pagi
Lembah Barakah, Derang Permai, Kedah Sejahtera
https://www.facebook.com/ridzwan.abubakar/posts/398201586917246

Saturday, October 20, 2012

Memang DAP lebih baik dari Umno


Setiap ucapan punya konteks dan latar-belakangnya tersendiri termasuklah apa yang diucapkan oleh Datuk Husam dalam perbahasannya dalam penggulungan Belanjawaan Kelantan baru-baru ini.

Ketika menyebutkan tentang DAP lebih baik dari Umno, konteksnya adalah tindakan Umno yang menggunakan  peruntukan Akta Kuasa Darurat Kelantan, yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Tun Hussein Onn di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 1977 untuk 'memagerankan' Kelantan.

Saya difahamkan masa itu Akta itu masih dalam  yang pada masa itu masih lagi dalam bentuk rang undang-undang Kuasa Darurat Kelantan.

Usul yang dibawa oleh TPM itu disokong MCA.

Akibatnya sistem pemerintahan demokrasi digantung dan Kelantan ditadbir secara 'de facto’ oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.

MeMAGERANkan Kelantan sebenarnya merupakan satu senjata politik untuk membolehkan UMNO menang di Kelantan pada PRU Mac 1978 berikutnya.
Datuk Husam seterusnya mengingatkan Dewan bahawa ketika itu yang menentang penggunaan akta itu ialah Lim Kit Siang.  "Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.

Jelasnya apa yang dimaksudkan oleh ADUN Salor ini yang juga Naib Presiden PAS adalah kritikan terhadap Umno tentang hal amalan 'demokrasi' dan kalau dibawa lebih luas lagi dalam konteks hari ini adalah perkara yang bersabitan "Tabdir-Urus' atau "Governance".

Dan perkara "Governance" menyangkut perkara "Keadilan, Keamanahan, Pertanggungjawaban, Ketelusan, 'Rule of Law' (Kedaulatan Undang-undang) dan integriti atau bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Tajuknya dan pertikaiannya tidak menyangkut hal aqidah dan keimanan atau siapa Islam atau bukan Islam. Sebaliknya, tajuk utamanya bersangkutan dan tadbir-Urus yang seharusnya bagi orang Islam adalah hasil natijah iman dan komitmen kepada prinsip-prinsip penting dalam akhlak dan muamalat Islam.

Di sini, perbezaan dan ukuran yang dimaksudkan oleh beliau tentang DAP nyata lebih baik dari Umno disegi amalan demokrasi dan tadbir-urus yang baik atau 'good governance'.

Sehubungan perkara ini saya suka mengungkapkan apa yang disebutkan oleh Imam Ibn Taimiyymah: (InnalLaha yansuru daulatun ‘Adilah, walau kaanat Kafirah, wa inkaanat Kafirah, wa La yansuru daulatun Zolimah, wa lau kanat Mukminah) “Allah membantu negara Adil, walaupun Kafir, dan Allah tidak membantu negara zalim walaupun mukmin”.

Mafhum kalam Ibn Taimiyyah ini cukup jelas tentang persoalan pemerintahan dan tadbir-urus yang mendukungi keadilan dan keamanahan yang diberi Allah bantuan dan pertolongan dengan sifat Ar-RahmanNya ke atas semua mahklukNya.

Dalam sebuah hadith Qudsi "RahmahKu mengatasi KemarahanKu".

Saya kira Datuk Husam tidak perlu apologetik tentang apa yang beliau sebutkan dalam DUN Kelantan itu serta takut dengan ugutan oleh seorang Adun BN bahawa kenyataan ini mahu disebarkan seluas-luasnya.

Biar sahaja ia diberikan liputan luas, kelak rakyat seluruhnya akan Faham maksud sebenarnya!

Kalau kita panjangkan lagi segala kezaliman dan kebobrokan Umno khasnya dekad-dekad mutakhir ini maka akan lebih menyerlah bagaimana parti politik Melayu yang tidak komited untuk berpegang dengan prinsip-prinsip Islam akan akhirnya 'menjulang ketuanan bangsa-parti'nya dan sanggup berlaku zalim kepada pihak lain.

Ambil sahaja bagaimana Umno menafi dan merampas hak rakyat Kelantan dalam hal royalti minyak Kelantan. Bagaimana Umno menafikan peruntukan per kapita hak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sebenarnya termaktub dalam peruntukan PerlembagaanPersekutuan.

Senarainya terlalu panjang samada yang bersangkutan dengan hal urusan ekonomi dan pembangunan termasuklah 'penswastaan' dan 'monopoli' untuk kroni dan mengorbankan kemaslahatan awam dan rakyat.

Tidak kurang zalimnya adalah dalam 'mencekik' dan ‘menjerut’ sistem kehakiman dan badan-badan penguatkuasa seperti SPR, SPRM, Suhakam dll sekaligus menghilangkan unsur 'Semak-Imbang' sebenarnya yang diperlukan untuk menjaga kewibawaan dan kebebasan semua institusi-institusi penting dalam negara.

Tidak termasuk hal yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat amnya termasuklah dalam isu Lynas di Gebeng dan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan mengutamakan kepentingan komersial dan elit bisnes-kroni.

Ini konteksnya yang dimaksudkan beliau bahawa DAP lebih baik dari Umno. Testimoni dan prestasi pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang hari ini di bawah DAP lebih menyerlah lagi di segi prinsip Kompetensi, Pertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT) untuk membangunkan 'Good Governance'. Ketirisan berbilion RM dalam Laporan Ketua Audit 2011 cukup sebagai bukti dan testimoni.

Sayugia saya sebutkan, pada akhirnya bahawa aqidah dan Keimanan yang kuat dan mantap akan melahirkan pentadbiran yang bertanggungjawab dan amanah kepada Allah.

Ketika pentadbiran itu sarat dengan rasuah, salah guna kuasa serta membolot kekayaan Negara, saya berani menegaskan, berdasarkan pelbagai ayat-ayat Allah khasnya mesej dari Surah Mutaffifin, bahawa aqidah dan keimanan penguasa politik itu adalah sangat dipertikaian bahkan sangat rapuh justeru kerana tidak takut kepada Allah SWT dan Amanah Allah pastinya akan menuntut pertanggungjawaban di mahkamah Rabbul Jalil di Yaumul Hisab - Hari Pembalasan!
------------------------------------------
Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Sunday, September 9, 2012

Polis bersetuju dengan lagak ganas samseng yang menyerang bas Anwar

Seorang pengawal keselamatan Anwar terpaksa mengeluarkan pistolnya ketika bas Anwar ditahan oleh sekumpulan samseng upahan Umno di pertengahan jalan.

Tindakan nekad tersebut berlaku memandangkan serangan ganas oleh samseng upahan Umno kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.

Ini adalah kali kedua bas tersebut diserang.Tetapi kali kedua ini bas tersebut diserang secara terang-terang dengan lagak seolah-olah negara sudah tidak ada undang-undang.

Detik cemas takala bas itu ditahan dalam perjalanan oleh sekumpulan samseng seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam kerajaan yang bertamadun seperti Malaysia ini. Apakah budaya samseng sebegini mahu diserapkan sebagai budaya kita yang baru sahaja menyambut hari ulangtahun ke 55 tahun kemerdekaannya?

Amat pilu sekali, kerana ketika kejadian itu, dilaporkan telah sedia ada beberapa polis berpakian awam bersama di situ. Apakah tugas mereka hanya lihat dan menunggu hingga saat-saat cemas baru mahu bertindak?

Kenapa polis berpakaian awam ini hanya muncul dan bertindak untuk menangkap Pengawal Anwar yang terpaksa mengeluarkan senjata pistolnya ketika keadaan begitu gawat?

Sepatutnya polis bertindak lebih awal lagi daripada itu. Mengapa polis boleh membiarkan samseng-samseng itu bertindak ganas menahan bas Anwar?

Seperti kata Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, terlalu awal untuk menentukan sama ada lelaki itu sebenarnya telah menghalakan senjata kepada orang awam, atau dia hanya mempamerkannya sebagai perbuatan bagi melindungi seseorang. Dia mungkin hanya mengeluarkan senjata itu dan secara tidak sengaja menunjukkan ke arah rakyat berkumpul di sana.Lihat di sini

Walau apa pun yang pastinya, keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya polis tidak membiarkan samseng-samseng tersebut bertindak ganas dan liar dengan menyerang dan menahan bas tersebut di tengah perjalanannya.

Sehingga kini, Polis tidak ada menahan seorang pun dari samseng-samseng atas kelakuan ganas tersebut selain menahan Pengawal Anwar untuk disoal siasat. Apakah keterlaluan kalau saya katakan bahawa polis bersetuju dengan lagak ganas samseng yang menyerang bas Anwar itu?

Update terbaru : Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka. Baca di sini
 

Wednesday, September 5, 2012

LAJIM AGEN UMNO? [ #UMNO #ABU #Janji ditepati ]


Sebuah teka teki, ada berlagak Tuhan maha tahu segala.....


Ada yang mengatakan yang Lajim Agen UMNO dan selalu berhubung dengan PM dan kemudian saya diminta memberikan pandangan dan memang soalan begitu sukar dijawab kala dalam dunia ini tiada siapa tahu apa yang tersimpan dalam hati manusia lain.

Ya, memang nama saya disebut untuk memberikan pencerahan dan itu sewajarnya. yang ditulis sekadar andaian politik dan semua bisa buat andaian dan jauh ke dalam hati sesiapapun hanya Tuhan sahaja yang tahu, malah kekadang diri kita sendiri tidak tahu masa depan kita.

Nah, kerana itu mari kita bermain teka teki dan melalui teka teki ini kita guna minda/akal dan otak kita kerana kita ini dicipta sebagai manusia tentunya akal itu lebih kita gunakan setelah otak berfikir. Kita lihat dulu sejarah luka bermula lajim meninggalkan PBS dan yang paling berjasa tentunya Lajim dan Rubin yang menyebabkan PBS tumbang dan UMNO menjadi pemerintah.

Jadi, siapa yang untung besar? pernahkah lajim duduki kerusi Ketua Menteri. Itu tidak mengapa, tetapi MUSA jenis pendendam, sesiapa saja beriya2 mahu jadi CM maka manusia itu akan dia tekan dan ini berlaku sama Lajim dan Datuk Rahim Ismail sendiri.


Apa kamu tidak baca dan kaji keadaan ini?

kedua Anifah memang memusuh Lajim kala pemilihan ketua bahagian Beaufort dulu yang menyebabkan Anipah terlontar ke Kimanis dan dendam itu masih ada. Jelas di sini Lajim memang didendam oleh kerabat dari Bingkol ini dan kesan Lajim mahu jadi CM, lalu Musa tendang ke parlimen dan jadi timbalan Menteri di persekutuan dan di situ sebagai timbalan menteri memang kurang kuasa kala kuasa di tangan menteri sendiri.

istilahnya Lajim hanya buangan dan jadi mainan sepak bola musa aman. Lajim memang mahu Musa disingkir kesan rasuah yang berlebih2an, tetapi itu tidak mungkin kala Musa bijak bermain layang2 di Malaya dan hakikatnya Musa memusuhi Lajim terus menerus.

dalam kabinet persekutuan tentu saja Lajim bersahabat dengan Safiee afdal dan dia sorong safiee afdal agar jadi CM dan singkir Musa dan kesannya berkelahian secara diam2/ada api di dalam hati masing2 dan safiee tidak mungkin pula jadi CM lantaran ada kes dengan artis dan safiee bukan YB ADUN kecuali digunakan kuasa DUN melantik dia sebagai adun dillantik.

Nah, keadaan ini antara sebab Lajim goyah dan meninggalkan UMN/BN dan paling penting lajim sendiri mengatakan yang UMNO/BN di Malaya tumbang dan laporan sebelum bersih PAKATAN bisa dapatkan kerusi MP sekitar 107mp dan itu hanya diperlukan 5 kerusi MP lagi, tetapi setelah BERSIH03 imej pakatan melonjat dan apa lagi bila daim berkata yang BN hanya bisa selamatakan 3 buah negeri dan ini menjelaskan PAKATAN bisa mendapat kerusi MP lebih 112MP/bermakna Anwar sudah bisa jadi PM.

Lajim bijak membaca dan dia lihat di Sarawak last election hanya 55% mengundi BN dan kesan beberapa DUN dipecat di Sarawak, maka itu cukup memburukkan keadaan dan di sana PAKATAN bisa dapat 15 kerusi MP banding 31mp yang ada di sana.

Lalu, kita lihat di Sabah dan di Sabah awalnya memang payah tetapi kesan penyatuan DAP dan PKR, lalu disokong sikit oleh SAPP, maka kawasan bandar pasti akan dikuasai oleh PAKATAN dan tidak kurang 10-15MP dan ini belum dikira kalau STAR bergabung dan BN dilawan secara satu sama satu dan itu akan mencerahkan pakatan untuk mendapat majoriti di Parlimen.

Nah, selebihnya Lajim sebenarnya marah sama PM kala di Beaufort dulu dia memuji Azizah dan azizah gengnya Musa untuk menjatuh Lajim. Jadi, berdasarkan keadaan ini Lajim tiada peluang lagi di BN dan dia sedar lama kelamaan dia akan disingkirkan sebab pemilihan calon kuasa MUSA dan PM dan tambah remuk hati Lajim bila Musa beriya2 mahu meletakkan anak buah dan mungkin anaknya sendiri bertanding di Beaufort dan Sipitang.

Memang Lajim bijak membaca yang BN di Malaya akan tersungkur dan keadaan di Sarawak dia sudahm tahu dan yang ada di Sabah sekadar melebihkan cukup majoriti di Parlimen dan bila saja PAKATAN berkuasa di peringat persekutuan, maka dia sudah ramal akan beramai2 orang BN hijrah ke Pakatan bukan kerana kena offer, tetapi kerana menyelamat diri masing kala semuanya ada kes rasuah yang harus mereka hadapi nanti.

Apa yang saya katakan ini kemungkinan2 sahaja dan itu sudah dia baca dan sekali lagi saya katakan ini juga teka teki kala yang terjadi di masa depan hanya Allah sahaja yang tahu. Nah, soal teka teki ini saya tak bisa jawab sebab ianya bukan menjawab soalan angka dan jawabannya subjektif tak seorangpun tahu kecuali Tuhan yang satu.

ISMAILY BUNGSU
Likas
5/9/2012
2:45pm

Saturday, August 4, 2012

Di Malaysia betulkah Pelacur setaraf dengan mercun?

Pelacur setaraf dengan mercun?
ABD JALIL ALI

Walaupun amat berbeza dari segi bentuk dan rupa, ada satu persamaan antara pelacur dengan mercun, iaitu keduanya haram, tetapi dibiarkan berleluasa macam benda halal.

Mula-mula, sempena Ramadan al-Mubarak, kita bercakap mengenai mercun. Dulu, kini – mungkin selamanya! – bulan puasa dan raya telah diterima sebagai musim mercun. Sepatah kata Saloma: “Dam, dam, dum, mercun berdentum...”

Sebenarnya lirik lagu itu sudah tidak relevan, sebab sejak lebih sedekad lalu mercun telah diharamkan di negara kita. Adalah menjadi kesalahan – boleh dihukum denda dan penjara – bagi siapa sahaja yang menjual, menyimpan atau bermain mercun.

Mengimport mercun dan bunga api adalah dilarang di bawah Butiran 34, Jadual Keempat, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, kecuali dengan permit import yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, itu pula hanya untuk dua jenis mercun iaitu PoP PoP dan Happy Boom.

Bukan tidak ada usaha menyekat mercun masuk ke negara ini. Polis Kelantan menubuhkan skuad khas bagi memantau kegiatan penyeludupan mercun. Minggu lalu mercun bernilai hampir RM180,000 yang cuba diseludupkan masuk berjaya dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan.

Di Ipoh, Kastam merampas 1,190 karton mercun dan bunga api bernilai RM744,315, dipercayai rampasan terbesar tahun ini. Tetapi nampaknya si penyeludup lebih cekap berbanding pihak berkuasa. Jumlah yang berjaya diseludupkan  jauh lebih besar daripada yang dirampas.

Buktinya mercun meletup berdentum-dentam sana-sini setiap kali musim raya.Nyata sekali pengedar dan penjual mercun tidak takut pada undang-undang. Benda haram itu dijual secara terbuka di pasar malam dan bazar Ramadan,  sama seperti menjual ayam percik atau air tebu.

Mereka berani, sebab tidak ada tindakan pihak berkuasa. Siapa sahaja boleh main mercun, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, termasuk di kawasan perumahan polis. Maknanya, anak dan suku-sakat polis pun main mercun!

Sebab itu penjual mercun naik lemak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, puasa kali ini pun banyak kecederaan dan kecacatan akibat mercun. Beberapa jari sudah bercerai dari tangan, banyak juga muka lebam. Minggu lalu seorang pekerja kilang lelaki dan anak jirannya cedera parah di muka dan mata akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup sekali gus.

Walaupun haram, mercun dijual tanpa sekatan. Kita gagal menyekat yang haram. Maka ada baiknya mercun dihalalkan sahaja. Biar banyak lagi jari-jemari putus, baru meriah beraya di hospital!

Pelacur pun sama macam mercun, diisytiharkan haram tetapi dibiarkan macam halal. Bukan rahsia lagi, semua orang tahu menjual seks sudah menjadi satu industri di tempat kita.

Mungkin belum ke tahap korporat atau industri berat, tetapi yang pasti boleh masuk dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS), dan kini berkembang pesat dengan penyertaan dari luar termasuk dari Indonesia, Thailand, China  dan negara-negara bekas USSR. Hebat!

Pusat-pusat hiburan, rumah urut, spa tumbuh macam cendawan, semua menawarkan seks. Seperti yang dilaporkan media, di Selangor sahaja ada 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen didaftarkan; yang  beroperasi secara haram lagi banyak.

Entah kenapa hanya Selangor menjadi tumpuan, sedangkan di negeri-negeri lain pun tempat maksiat tumbuh melata. Buktinya selalu kita lihat di TV pihak berkuasa menangkap GRO, termasuk dari luar negara.

Ada pun GRO, atau pegawai perhubungan pelanggan, adalah nama glamor sesuai dengan industri yang semakin berkembang. Dulu-dulu dipanggil pelayan atau kupu-kupu malam. Apa pun nama dan gelaran, bisnesnya hanya satu:  seks.

Pusat maksiat diserbu, GRO ditangkap dan digari kemudian dimasukkan dalam lori. Tidaklah diketahui apa jadi pada mereka selepas itu. Apa yang pasti esok atau lusa pusat maksiat itu beroperasi seperti biasa.

Ada pusat maksiat yang telah diserbu sebanyak enam kali, masih tidak serik-serik berniaga seks. Ini bukti kita tidak tegas memerangi pelacuran. Kita banyak cakap, tetapi tidak ada tindakan, dan pelacuran terus membiak.

Maka ada baiknya pelacur-pelacur haram itu dilesenkan – sama seperti permit judi – boleh juga kerajaan memungut cukai.

Malah, silap-silap gaya kita boleh dicatat dalam Guinness World Records sebagai negara Islam pertama menghalalkan pelacuran!

PAS KEDAH - Tenang Di Luar Tsunami Di Dalam..!!!

oleh Mat Alishah

Jika sesiapa ada mengikuti perjalanan urusan gerak kerja PAS Kedah sejak beberapa menjak ini sudah tentu anda akan merasa ada satu pertembungan yang bisa mengjadi Tsunami jika tidak di bendungnya... Bermula dari kisah EXCO menolak jawatan sehingga tiba ke budaya cantas mencantas Timb Presiden PAS bertanding di Parlimen Pendang yang dikatakan wujud bebarapa hari lepas.

Dalam waktu yang sama ada satu pertembungan ideologi dan pendedahan masalah dalaman ke alam maya oleh beberapa orang facebooker untuk menegak hujah masing-masing bagi membuktikan mereka di pihak yang benar.

Tidak perlu di senaraikan siapakah mereka-mereka itu tetapi jika anda ada facebook dan bersahabat dengan pimpinan serta yb-yb insya'allah sudah tentu anda dapat follow tag yang mereka letakan di wall-wall facebook mereka....
Walaupun beberapa hari lepas s/u PAS Pusat ada membuat kenyataan bahawa semua itu berita alam maya sahaja namun di sebaliknya ia dilihat seperti ada benda tak kena dalam susun atur pentadbiran PAS Kedah... pihak ini cakap lain pihak satu lagi cakap lain...tetapi semua ini hanya berlegar di alam maya facebook sahaja....pertembungan kedua pihak ini dengan hujah masing-masing dengan pakat-pakat mengeluarkan hujah jika dilihat hari demi hari ia semakin melondehkan kehuduhan budi dan tatasusila kelaku insan-insan yang berjuang di atas nama PAS...

Penuh dengan ayat maki hamun dan sumpah seranah sampai ada yang keluar bahasa dalam kain untuk menunjukan hujah mereka itu betul untuk audion sekeling memikirkan siapa betul siapa salah.....

Jika dahulu masalah EXCO & MB di selesaikan secara dalaman dan tiada siapa yang tahu nampaknya isu 'cantas' yang dikatakan ini semakin hari semakin mendedahkan apa yang berada di sebaliknya itu....ia terdedah kerana masih2 berhujah menggunakan wall facebook masing-masing dimana semua orang bola baca dan print screen isu yang didedahkan itu....sudah menjadi tatapan umum biarpun kawan atau lawan

Sinopsis isu cantas ini wujud apabila satu pihak menyatakan ada satu pihak lagi cuba menolak keputusan yang di keluarkan oleh PAS Kwsn Pendang untuk memilih Timb Presiden sebagai calon PAS di Parlimen Pendang. Golongan yang menolak Timb Presiden telah dikatakan ada membuat surat sokongan dan menyuruh setiausaha kawasan menandatangani surat tersebut untuk menolak Timb Presiden bertanding untuk di bawa ke pusat bagi menyatakan bahawa majority penduduk Pendang menolak usul tersebut. Sedangkan keputusan untuk memberi Timb. Presiden bertanding adalah sebulat suara datang dari 'Mesyuarat PAS Kwsn Pendang'.

Bermula detik isu tersebut terdedah di Malaysiakini nampaknya peperangan di wall facebook semakin panas dan melalut kerana hujah sudah tak ada tetapi maki hamun yang keluarnya...yang nie deje yang nu haram jadah yang nie pelaq yang nu butoh... budaya apa ini..adakah ini budaya dan cermin budi pekerti pejuang-pejuang yang dikatakan berjuang atas nama ISLAM. Masalah sekarang dari kelakuan segelintir golongan-golongan ini kami yang berada dalam perjuangan merasa tempiasnya...

Jangan ingat apa yang di katakan dan ditulis itu semua rakyat tak follow.. Jika ada pihak mengatakan sudah ada bukti atas golongan Pengkhianat ini ayuh tunggu apa lagi bawa sahaja isu ini ke pengetahuan PAS PUSAT untuk di hadap ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin, kita kasi tendang keluar sahaja tak usah di maki hamun di facebook kerana persepsi yang dilihat sekarang bukannya Isu pengkhianat tetapi isu tatasusila kita yang berdiri atas nama PAS... orang luar akan lihat kehudohan kita dalam menyelesaikan masalah.... Bekas Naib Presiden merangkap EXCO pun boleh di tendang keluar jika melakukan kesalahan inikan pula golongan yang kecil-kecilan dalam parti..jadi jika anda yakin sudah ada bukti akan yg di katakan PENGKHIANAT itu ayuh bawa ke lembaga disiplin parti... begitu jugak pada golongan yang di katakan pengkhianat itu jika anda ada bukti dalam isu maka dedahkanlah kepada lembaga disiplin..

Oleh itu di harap kepada dua-dua pihak ini supaya menegakkan hujah anda di atas saluran yang sebenarnya iaitu bawalah ke AJK Disiplin PAS PUSAT.. ini kerana masing-masing mengaku ada bukti maka bawalah bukti tersebut dan londehkan semuanya di channel yang betul bukannya di alam maya aka facebook...

Kami letih lihat kelaku hangpa dalam facebook nie....biarlah NAJIB sahaja menggunakan budaya maki hamun seprti ayat HARAM JADAH nie... Jika kita pun dok sebut ayat yang sama maka kita pun boleh dikatakan 2X5 dengan NAJIB sahaja.... biarlah post dan tag kita di facebook nie adalah kena pada sasarannya.. ....iaitu sasaran menjatuhkan UMNO BN untuk pru13 nanti......

Tuesday, July 24, 2012

Isu Komunis Akhirnya Jadi Senjata Makan Tuan Bagi UMNO

Oleh Shahbudin Husin

Dalam usahanya untuk memenangi pilihanraya, UMNO sekali lagi mengggunakan isu menakut-nakutkan rakyat. Kali ini dakwaan yang dilemparkan tetapi tanpa sebarang bukti ialah pendedahan Cawangan Khas PDRM bahawa Pas dan DAP telah diserapi fahaman JI dan komunis.

Dengan mengaitkan PAS dengan JI yang sering digambarkan bercirikan keganasan serta DAP pula dengan komunis, juga bercirikan keganasan, muslihatnya cukup jelas iaitu mahukan rakyat terus menyokong UMNO dan kerajaan BN meskipun bagaimana buruk sekalipun perlakuan para pemimpinnya selama ini.

Taktik menakutkan rakyat ini sebenarnya adalah ulangan taktik lama yang dikitar semula beberapa kali. Sebelum ini DAP juga digambarkan sebagai anti Melayu, anti Islam, ekstremis Cina dan sebagainya. Ternampak bahawa UMNO mulai bimbang dengan penerimaan masyarakat berbilang kaum, termasuk Melayu sendiri terhadap DAP kebelakangan ini.

Apabila taktik itu dilihat tidak cukup berkesan, isu komunis pula cuba ditimbulkan. Isunya cukup jelas iaitu untuk mengajak rakyat menolak DAP. Jika rakyat terutamanya Melayu menolak DAP, maka gabungan Pakatan Rakyat secara automatik menjadi tempang dan lebih mudah ditewaskan.

Namun demikian, jika dilihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, pentadbiran kerajaan negeri yang ditunjangi DAP nampaknya lebih mesra Melayu dan Islam berbanding kerajaan BN dahulu. Kemudahan untuk orang Islam beribadah ditambah, malahan peruntukan untuk Majlis Agama Islam juga bertambah berkali tanda setiap tahun. Dengan ini semua dakwaan anti Melayu dan anti Islam terhapus secara sendirinya.

Dalam masa yang sama, rakan karib UMNO iaitu MCA melalaui beberapa tuntutannya seperti persamaan hak dan kouta sama rata serta secara terang mengugut UMNO berkaitan hudud, dilihat lebih ekstrem berbanding DAP. Beberapa isu melibatkan MCA akhir-akhir ini juga menjadikan DAP lebih disenangi berbanding MCA.

Selain itu kemasukan beberapa individu Melayu ke dalam DAP seperti yang berlaku di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan juga berjaya memadam tanggapan parti itu anti Melayu dan anti Islam, jauh sekali ekstremis China.

Langkah terbaru yang dibuat oleh UMNO melalui cawangan khas PDRM yang mengaitkan DAP dengan komunis tidak lain adalah adalah ulangan taktik yang sama. Ini kerana selepas melemparkan dakwaan itu, tiada bukti yang dapat disertakan selain melalui melalui andaian kekerapan kononnya beberapa pemimpin parti itu berulang alik ke Thailand.

Jika kekerapan pergi ke Thailand dijadikan ukuran, tentunya pemimpin UMNO juga kerap ke sana. Bolehkah mereka juga dikaitkan dengan komunis?

Dalam isu komunis yang dikaitkan dengan DAP, Menteri KDN, Hishammuddin Hussein sendiri tidak dapat memberikan sebarang bukti atas dakwaan Cawangan Khas PDRM itu, malah baru mahu mendapatkan maklumat daripada Cawangan Khas mengenainya. Soalnya apakah wajar Cawangan Khas mendedahkan sesuatu isu yang melibatkan kepentingan negara tanpa pengetahuan Menteri KDN?

Ternampak ada sesuatu yang janggal di sini. Mungkinkah Cawangan Khas sengaja diarah mendedahkan perkara itu sekadar untuk melihat respon rakyat?

Dalam isu komunis yang dikaitkan dengan DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu, secara umumnya ia tidak memberi kesan ketara kepada rakyat. Ini kerana sepanjang sejarah tidak ada pemimpin DAP yang ditangkap kerana komunis. Berbanding UMNO dan mereka yang dekat dengan UMNO, sejarah telah menyaksikan beberapa daripada mereka pernah ditangkap kerana kaitannya dengan komunis, antaranya mereka yang dikenali dengan Tiga Abdul dan salah seorang pegawai ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri iaitu Sidek Ghouse juga pernah ditahan kerana kaitan dengan komunis.

Lebih dari itu, pendedahan Lim Guan Eng bahawa Pemuda BN juga pernah menubuhkan seketariat tetap dengan Liga Pemuda Komunis China pada 2009 bagi tujuan mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak, sekaligus meletakkan UMNO dalam situasi pernah bekerjasama secara rasmi dengan komunis.

Selain itu dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO juga, jika diperhatikan delegasi Parti Komunis China juga adalah antara yang kerap dijemput sebagai tetamu.

Faktor ini sekaligus menafikan tanggapan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi bahawa UMNO tidak pernah bekerjasama dengan komunis. Hakikatnya UMNO bukan saja pernah bekerjasama dengan komuns tetapi telah terbukti beberapa pemimpinnya juga pernah ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan yang rapat dengan komunis.

Dalam usaha UMNO menjadikan isu komunis ini sebagai senjata untuk menakut-nakutkan rakyat agar menolak DAP, akhirnya ia telah menjadi senjata yang menikam dirinya sendiri. Kegagalan menjadikan isu komunis sebagai tsunami untuk menenggelamkan DAP, setelah isu anti Melayu, anti Islam dan ekstremis Cina juga menemui kegagalan, UMNO mungkin sedang memerah otak mencari isu lain untuk diketengahkan pula.

Atau setidak-tidaknya tarikh pilihanraya mungkin ditangguhkan lagi sehingga jerat yang dipasang benar-benar mengena!!(

Tuesday, July 17, 2012

Adakah Jawatan Kuasa Disiplin parti PAS takut nak panggil Azizan..???

oleh Raja Jembal


Adakah Azizan sudah melanggar dasar Parti PAS..??
  • Azizan sokong AUKU sedangkan PAS pusat menolak AUKU..
  • Azizan beri permit kelab malam sedangkan PAS pusat menolak premis kelab malam yang melampau
  • Azizan ugut hendak ambil tindakan OSA kepada pembangkang sedangkan undang-undang tersebut ditentang oleh PAS pusat
  • Azizan iktiraf PTPTN sedangkan di PAS pusat menjanjikan pendidikan percuma
  • Azizan beli saham FGVH sedangkan perjuangan PAS pusat menolak penyeneraian saham tersebut
Daripada penyeneraian perkara-perkara diatas adakah Azizan masih lagi tidak layak di adap kepada JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI...

Jika perkara seperti ini masih lagi tidak layak adakah nak tunggu senarai macam Hasan Ali baru nak panggil beliau mengadap.

Sebenarnya isu yang ditimbul de Kedah sana telah mengakibatkan kami di negeri lain penat untuk membalas hujah dengan pihak lawan... cuba bayangkan... dalam kita melawan nak tolak AUKU tetiba beliau sebagai PENGERUSI KUIN telah menggunakan AUKU mendakwa pelajar KUIN.

Begitu juga dengan isu pembelian saham FGVH oleh PKNK.. dilihat seperti tiada peranan apa beliau memegang jawatan PENGERUSI.. dilihat seperti dipermain-mainkan pun ada. 

Sekarang kami yang dibawah ini hadapi masalah untuk berhujah dengan pihak musuh. Oleh itu diharap pihak JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI bolehlah melihat akan isu ini.. jangan kerana kita hendak mempertahankan sebuah negeri lalu perkara mungkar dan salah kita pertahankan...

Firman Allah yang bermaksud, "Jangan kamu cenderung pada orang-orang yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka..." [Surah Hud: 113]

Friday, July 13, 2012

Mahathir punja Najib lingkup...!!!

Mahathirisme Pembunuh Masa Depan Najib
Oleh Shahbudin Husin

Setelah lebih 10 tahun bersara sebagai Perdana Menteri paling berkuasa, Mahathir kini seakan memperlihatkan kerancakannya semula dalam politik Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari beliau bercakap dan memberi pandangan mengenai pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara.

Serentak dengan keaktifan Mahathir ini, isu Mahathirisme yang sekian lama tenggelam kini muncul kembali dan mula diperbincangkan. Mahathir kini melalui pelbagai kemunculannya seperti mahu menyuburkan semula Mahathirisme di sebalik kepimpinan Najib yang dilihat lemah serta lesu.

Mahathirisme sering dianggap sebagai fahaman yang dipupuk oleh pentadbiran Mahathir selama 22 tahun yang mementingkan nepotisme dan kronisme melalui dasar penswastaan dan mewujudkan projek mega, pemusatan kuasa yang terlampau, cengkaman yang keras terhadap puak yang menentang sehingga wujud budaya takut di kalangan rakyat dan lain-lain elemen yang dianggap tidak demokratik.
Sepanjang 22 tahun berkuasa, Mahathirisme berkembang dengan subur dan kejayaan beliau mempertahankan kuasa dalam tempoh yang lama sebahagiannya adalah disumbangkan oleh kejayaannya meyakinkan rakyat untuk menerima fahaman itu di samping memberikan rakyat ganjaran materialistik yang lumayan.

Mahathir kini cuba menguasai Najib secara halus dan sekaligus mengembangkan semula Mahathirisme itu. Dalam keadaan Najib terlalu lemah dan amat memerlukan kemenangan dalam pilihanraya, kehadiran Mahathir seperti mahu menyelamatkan Najib walaupun sebenarnya faktor Najib adalah perkara kedua berbanding Mahathirisme yang diagungkannya itu.

Melalui Mahathirisme, beliau berjaya menempatkan anak-anaknya dalam dunia perniagaan yang berjaya. Salah seorang anaknya, Mokhzani menguasai sebahagian besar kontrak minyak dan gas Petronas di mana Mahathir adalah penasihatnya. Beliau kini berada dalam kelompok 30 rakyat Malaysia terkaya.

Anaknya yang lain, Mirzan pula menguasai saham besar dalam San Miguel, pengeluar arak terbesar di Filipina dan kemudian membeli Esso (kini dikenali sebagai Petron). Petron pula kini memperolehi kontrak membekal minyak kepada MAS, walaupun sebelum ini kontrak itu diperolehi oleh Petronas.

Anak Mahathir yang seorang lagi, Mukhriz pula menceburi dunia politik dengan memegang jawatan Timbalan Menteri MITI di bawah pentadbiran Najib. Beliau diuar-uarkan sama ada akan dijadikan Menteri Besar Kedah atau menteri penuh selepas pilihanraya ini kiranya rahmat Tuhan masih membenarkan BN terus berkuasa.

Rakan-rakan perniagaan yang meningkat maju di zaman Mahathir juga terus berkembang pesat di zaman pentadbiran Najib ini. Dan inilah antara tuaian lumayan yang dikecapi oleh Mahathir atas kejayaannya menyuburkan Mahathirisme.

Sebab itu apabila seorang lagi anaknya iaitu Marina terlibat dengan Perhimpunan Bersih yang mahu menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, Mahathir tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senangnya terhadap penglibatan anak perempuannya itu yang dilihat boleh meruntuhkan kepentingan anak-anaknya yang lain.

Ketika sedang berkuasa, dalam usaha mempertahankan pemberian kontrak kerajaan kepada salah seorang anaknya, Mahathir dengan berani mengatakan, "kalau bukan dengan pemberian kontrak oleh kerajaan, anak saya nak makan apa?"

Itulah Mahathir dan Mahathirisme. Tetapi dunia kini sedang berubah. Mahathirisme tidak selamanya boleh diterima oleh rakyat. Generasi muda yang sentiasa sarat dengan maklumat, menolak mentah-mentah Mahatirisme ini kerana mereka sedar ianya faktor yang merosakkan negara dalam jangka panjang dan menyebabkan mereka yang berada di luar lingkungan kronisme dan nepotisme tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Oleh kerana lebih 60 peratus daripada pengundi yang akan menentukan kerajaan dalam pilihanraya akan datang adalah terdiri daripada pengundi muda, keakraban Najib dengan Mahathirisme tentunya boleh mengundang bahaya.

Matlamat tersirat Mahathir bersungguh-sungguh memastikan kemenangan Najib, UMNO dan BN dalam piliharaya akan datang tentunya tidak terkeluar daripada landasan untuk memastikan kepentingan anak-anak dan kroninya yang lahir hasil daripada Mahathirisme terus dapat bernafas dengan segar selepas itu.

Hanya dengan Najib atau BN terus berkuasa saja yang mampu menjamin Mahathirisme terus subur. Jika Pakatan Rakyat dan Anwar pula yang menguasai Putrajaya, Mahathirisme bukan saja menjadi malap malahan mungkin menjadi penghuni tetap tempat pelupusan sampah.

Tetapi hubungan yang terlampau akrab dan terlalu bergantung kepada Mahathir, tidak mustahil juga boleh membawa kemusnahan kepada masa depan Najib sendiri. Selain pengundi muda, golongan profesional dan terpelajar yang rata-rata menolak Mahathirisme, generasi pertengahan yang berpegang kepada agama juga tidak dapat menerima Mahathirisme kerana dalam keghairahan mengejar kekayaan ianya rupanya telah menjadi tanpa batasan sehingga menjerumuskan anaknya sendiri dalam perniagaan arak yang jelas dicegah oleh agama.

Jika ini ditambah dengan majoriti pengundi bukan Melayu yang sudah sedia menolak BN, saham Mahathirime dalam menyumbang kepada kemusnahan masa depan Najib amatlah besar sebenarnya

Thursday, June 28, 2012

UMNO sedang belajar ceramah di Kampung manakala PR akan haramkan ceramah bila ke Putrajaya..!!!

oleh Pemuda Bebas

 

Umno BN sedang belajar cara-cara nak jadi pembangkang.. dahulu kita jangan bermimpi nak tengok depa dok mai buat ceramah dengan dok pie tampal poster merata pokok... Nampaknya skrg mereka terpaksa menggunakan tektik seperti mana Pakatan Rakyat dok buat selalu...

Adakah ini sebagai salah satu persedian untuk mereka belajar menjadi pembangkang bila kita berjaya ke Putrajaya nanti....

Saya mintak budaya ceramah merata tempat malam2 nie kta berhentikanlah dan selepas ini apa kata kita bagi ruang satu siaran TV untuk semua parti politik di malaysia.. selepas tu pakat2 ceramah la kat depan TV tuuu.... Skrg bukan zaman dulu kala dah... teknologi semakin canggih.. gunalah kemudahan tersebut...

Tuesday, June 26, 2012

Politik Kebencian merugikan PAS dan Islam secara keseluruhannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Sekali lagi, sebelum saya mula merungkai kata dengan lebih jauh, inginku mohon sejuta kemaafan andai penulisan ini bakal mengusik hati meresak jiwa kalian semua. Sila teruskan pembacaan ini di atas risiko anda sendiri.
 
Sejujurnya, tajuk sedemikian rupa adalah hasil cerna jari-jemari nakalku untuk menarik minat pembaca, baik dari golongan PAS mahupun UMNO (bukan mencari hits, tetapi ingin mendidik). Pada pengakhiran tajuk itu saya sertakan tanda soal, sebagai penafian simbolik penambah rencah rasa ingin tahu anda semua.

Saya pasti, para ustaz dan ustazah sekalian akan bertempiaran kehairanan mengapa ditonjolkan PAS sebagai teraju utama. Pembawaan watak PAS ini sebenarnya mewakili mana-mana parti politik tempatan yang memperjuangkan dan melaksanakan tuntutan Islam yang agung. Sekiranya saudara sekalian memerlukan penerangan khusus penonjolan PAS di sini, dengan rendah diri saya mempersilakan membaca penulisan sebelumnya.

Definisi politik kebencian secara umum pada hematku adalah berupa politik yang disirami oleh jalinan permusuhan, dendam kesumat, keji-mengeji, hina-menghina, ketidakmatangan, kebudak-budakkan, hasad dengki dan sebagaimana yang sewaktu dengannya.
Lebih menakutkan, situasi ini dilihat sebagai suatu yang normal dan menjadi rutin di hati kebanyakkan penggiat dunia politik tanah air. Saya melihat simptom ini dengan penuh gelisah, kerana diri ini merasakan betapa ruginya Islam itu sendiri, apabila landasan dakwah ini dicemari kotoran yang kian menebal.

Politik dan dakwah? Di mana celahnya? Sebenarnya politik itu sendiri merangkumi pelbagai jurusan kehidupan. Semestinya sebagai muslim, politik anda perlulah bertunas dari Islam yang syumul. Politik melibatkan pelbagai acara jalinan sosial serta perhubungan dua hala antara pelbagai pihak.

Jalinan inilah yang sepatutnya digunakan muslimin dan muslimat sekalian untuk mendidik dan berdakwah sesama mereka. Bayangkan betapa perkasanya Islam masakini sekiranya seluruh saluran dakwah ini dapat digembleng untuk memasyhurkan keagungan Islam justeru ia dapat berkembang pesat serta harum mewangi di setiap hasta bumi ini.

Malangnya, apa yang terjadi hari ini adalah sebaliknya. Medium saluran politik bertatahkan dakwah ini dicemari oleh ketidakmatangan hamburan kata. Caci cerca menjadi makanan ruji sebahagian besar penggiat tegar politik tanah air.

Dalam situasi inilah saya melihat PAS agak terkebelakang sebagai sebuah parti yang ingin menegakkan Islam. Perjuangan mereka pada pandagan saya tiada celanya, tetapi respons mereka terhadap pergeseran ideologi pengikut parti lain yang menjadi masalah.

Lentingan penyokong PAS sering disulami caci cerca yang mengguris jiwa. Saya tidak salahkan guru mereka yang ajarkan. Malahan, mungkin tiada salahnya mereka mengherdik saudara mereka yang diseberang parti sana. Tetapi amat rugi mereka tidak mempergunakan saluran ini untuk berdakwah.

Penyokong PAS tidak mengambil kira potensi pengundi parti lawan dan pengundi atas pagar. Mereka lebih selesa menyedapkan hati dengan melontar bara api ke dalam hati saudara mereka. Mereka rela mencemarkan warkah perjuangan Islam yang didukung parti dengan mempersembahkan diri mereka dengan nada yang keji lagi jijik.

Tiada langsung segan silu adat Melayu, mereka melabel saudara mereka sendiri dengan samaran yang jelik. Media berita mereka turut sama berganding bahu mengusung bau hancing ini ke merata ceruk paparan cetak mahupun elektronik.

Api hati mereka disemarakkan bahan bakar tajaan iblis untuk mereka terus menerus berbalah. Dari mulut itu jugalah dia berzikir, bertasbih dan dari situlah juga meletusnya puaka kata kepada saudara se-Islam mereka sebagai habuan penyedap emosi luka.

Pernahkah mereka terfikir apa perasaan saudara mereka yang dicela itu? Apa rasanya menelan kejian yang bertali arus ini? Saya pasti, mereka tahu, kerana mereka sendiri pernah disumpah seranah sedemikian rupa oleh penyokong parti lawan yang lain. Menjadi lumrah manusia untuk mempertahankan pegangan, walaupun bukan dengan fakta, cerca pun tidak mengapa.

Nanti dahulu, betulkah ini PAS yang saya maksudkan? Atau ini lawannya? Jika begini timbang taranya penyokong PAS dan lawannya, amat kesal saya katakan, tiada bezanya. Saling tidak tumpah persamaan perilaku tidak matang ini sama-sama merugikan parti, atau secara keseluruhannya Islam itu sendiri.

Asbab celaan ini memulas-mulas urat nadi pemilik telinga panas yang dicaci. Setiap bait bernanah ini menjauhkan lagi mereka daripada perjuangan Islam yang disanjung PAS sendiri. Jauh di dasar kalbunya, berakar tunjang dengan dendam dan kesumat. Kenapa perlu mereka mendekati kamu?

Perlukah saudara-saudara kamu ini bingkas bangun dan mengundi untuk PAS setelah dihamburkan caci maki kepadanya? Berapa ramai di antara mereka telahpun berpaling dari parti sana untuk menyertai PAS? Kamu mengatakan mereka tidak matang, namun kamu sendiri bertindak kebudak-budakkan.

Menjengah dari satu penjuru, golongan bukan Islam terkebil-kebil melihat telahan muslim yang bersaudara ini. Ada di antara mereka yang telah diberi suntikan doktrin persaudaraan sesama Islam. Namun, dengan mata kepala mereka sendiri, melihat muslim saling bercakaran. Inikah agama agung kamu? Inikah cara dakwahmu?

Golongan yang berpotensi untuk mendekati Islam akan mula dipatuk soalan sangsi. Di mana letakkannya kiasan murni agama yang dimomokkan kepada mereka dahulu? Apa yang terjadi dengan gema santun Melayu kamu?

Apakah berbaloi sekalian muslimin dan muslimat ini bertelagah? Berapa tinggikah maruah yang kamu semua beroleh dari mengherdik saudara kamu sendiri ini? Sejauh manakah kesinambungan syariat Allah dapat kamu tegakkan? Dapatkah kamu memberi jaminan bahawa Islam akan kembali menguasai dunia dengan perilaku sebegini rupa?

Namun begitu, di sebalik kelemahan rantaian etika golongan ekstrimis ini, saya yakin dan percaya mereka tetap inginkan Islam itu ditegakkan. Mereka tetap mahu sama-sama berjihad ke jalan Allah. Saya pasti, jauh di sudut hati mereka, membuak-buak keinginan untuk satu solusi mutlak bagi menangani krisis kendiri ini.

Tahukah anda apakah kesan politik sebegini rupa pada institusi Islam seluruh dunia? Mengapa berlakunya perang saudara, penghapusan etnik, rampasan kuasa dan pemberontakkan, tidak ketinggalan perbalahan turun temurun Syiah dan Sunni. Bagaimana saluran dakwah ini dapat mempengaruhi semua ini? Mungkinkah Ikhwan Muslimin menggemakan saluran dakwah ini sehinggakan mereka beroleh kemenangan?

Sesungguhnya, tinda ini tidak akan berhenti menulis, cuma mungkin akan ditangguhkan kerana dihambat komitmen dunia bagi membolehkan kudrat ini terus lantang bercerita, dengan izinNya. Akan saya terjemahkan solusi krisis ini di pertemuan kita yang seterusnya, InsyaAllah.

Sengaja saya benihkan pelbagai pertanyaan di dalam penulisan ini, dengan harapan dapat mencambahkan kejatian minda muslim kudus. Semoga ianya membuahkan hamparan idea untuk sama-sama kita manfaatkan bagi meredah rasukan dunia. Wallahualam.

Jazakallah.