Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Apa bukti DAP tindas agama Islam?

Lim Guan Eng

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.

Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia.

Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berat.

Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.

Lagipun dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN.


Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.

Macam mana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?

Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi.

Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.

Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak Umno memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip, dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang boleh membawa perubahan positif kepada masa depan negara.

LIM GUAN ENG adalah ketua menteri Pulau Pinang

Sunday, February 17, 2013

Takut kalah PRU akan datang, BN mahu haramkan DAP?

 
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Makin lama makin benar kata-kata “kalau tak menipu, maka bukan UMNO namanya”. Pembohongan terbaru datangnya dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Naib Presiden UMNO, yang menuduh DAP tidak menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diarahkan sebelum ini.

Sedangkan laporan yang diperlukan itu sudah pun dihantar oleh DAP kepada ROS pada 8 Februari lalu, sekali gus membuktikan Hishammuddin telah tidak bersikap profesional dan menipu.

Menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai satu pembohongan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, bahawa DAP telah menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada ROS.

“Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan serahkan borang dan dokumen yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia telahpun dicop terima. Kita telah hantar seminggu lebih awal sebelum cuti tahun baru Cina.


“Pihak DAP amat berdukacita dengan kenyataan Hishammuddin ini telah merosakkan imej dan kredibiliti parti di mata umum. Dia adalah menteri yang tidak profesional,” katanya.

Justeru, Loke mempersoalkan sama ada kesungguhan Hishammuddin serta para pecacai UMNO-BN yang sanggup berbohong itu merupakan satu konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP.

 
“Kita ada bukti kita dah hantar. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya?

“Kita tak ada masalah untuk ROS siasat. Tapi bagaimana kita boleh bergantung kepada ROS jika mereka pun tidak profesional? Ini membimbangkan kita sama ada kita akan dilayan dengan adil,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Tambah beliau, sekiranya isu ini timbul akibat kesilapan pegawai ROS, ia adalah urusan dalaman mereka dan menteri perlu bertindak jika pegawai itu bersalah.

Menurut Loke, antara dokumen yang telah diserahkan kepada ROS ialah dua salinan minit mesyuarat agung, dua salinan Borang 9, dua salinan penyata kira-kira parti bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan tiga salinan senarai nama-nama Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi tahun 2012 dan 2015.

Loke juga hairan mengapa Hishammuddin serta UMNO-BN rakus dalam soal teknikal DAP sedangkan bersikap takut-takut apabila Malaysia berada dalam keadaan bahaya di mana segerombolan pendatang asing bersenjata telah menceroboh masuk ke Sabah.

“Beliau (Hishammuddin) patut bagi perhatian kepada isu yang berlaku di Lahad Datu di mana 100 orang pendatang asing menceroboh kedaulatan negara kita. Tapi nampaknya beliau lebih bagi perhatian terhadap pemilihan DAP,” katanya.

Turut bersama beliau dalam sidang media hari ini ialah Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu Him Ven. – Roketkini.com

Monday, January 7, 2013

Antara Lim Guang Eng (DAP) dengan Najib Razak (Umno). Jadi siapa di sini yang lebih berintergriti?

Rasuah: Beza Lim Guang Eng Dengan Najib Razak

Posting ini sekali lagi bakal menimbulkan kemarahan orang Umno kelas tiga di negara ini. Apa yang hendak saya lepaskan disini ialah tentang tindakan segera dan tanpa kompromi Ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng yang mengarahkan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara Jusni Ismail di tukar ke Seberang Perai Tengah.

NONEPegumuman pertukaran itu dibuat ekoran penahanan Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahya oleh SPRM 3 Januari lalu.

Tindakan dilakukan Guan Eng berbeza sekali dengan apa pernah dilakukan Perdana Menteri Najib Razak ketika menghadapi suasana yang hampir sama.

Minggu lepas saya bersembang dengan bekas timbalan menteri, beliau menceritakan bagaimana Najib menjelang pilihan raya 2008 lalu telah memanggil beliau bersama dua lagi orang penting di sebuah negeri di Pantai Timur.

Menurut bekas timbalan menteri itu tujuan Najib berbuat begitu ialah untuk memberi tahu kenapa dia dan dua yang lain kenapa tidak dipilih parti untuk bertanding pada pilihan raya kali ke-12 itu.

Najib memberi tahu seorang demi seorang sebab musababnya. Katanya sampai giliran yang seorang lagi itu,Najib memberi tahu akan sebab musababnya. Katanya mengajuk cakap Najib; you tahu kenapa you tidak diberikan peluang bertanding?" tanya Najib.

"Kenapa?" tanya tokoh itu sambil menggeleng kepala.
"Rasuah," jawab Najib rengkas menyebabkan tokoh itu terkejut dan menggeletar.

"Tetapi Datuk Seri saya bagi tiga," kata tokoh itu menjelaskan kepada Najib wang rasuah itu dibagi tiga kepada dua orang patnernya yang lain.

"Saya tidak kira you bagi berapa, tetapi you tidak boleh bertnding," kiata Najib cerita bekas menteri berkenaan. Tokoh berkenaan terus terdiam dan terkaku.

Suasana diam tidak siapa berani bersuara hinggalah Najib akhirnya berkata; mengenai rasuah you, I akan akan tolong."

Kunci kata dalam cerita benar ini ialah "saya akan tolong you". Ternyata selepas itu ketua bahagian Umno berkenaan yang sudah di dakwa di mahkamah terselamat dari menjalani pendakwaan kes rasuah.

Apa yang anda dapat hadam dari cerita ini? Ia menjelskan akan perbezaan seperti langit dengan bumi di antara Lim Guang Eng (DAP) dengan Najib Razak (Umno). Jadi siapa di sini yang lebih berintergriti? Najib yang beragama Islam kah atau Lim Guan Eng yang tidak bergama Islam? Yang nyatanya soal bangsa dan agama tidak menjamin seseorang itu tidak rasuah dan melakukan penyelewengan. [5:27 pm 07/01/13]
http://msomelayu.blogspot.com/2013/01/rasuah-beza-lim-guang-eng-dengan-najib.html#more

Saturday, January 5, 2013

Isu DAP KIRA SALAH - Nampaknya Mereka Masih Lagi Berintegriti Berbanding Umno

DAP Masih Lagi Berintegriti Berbanding Umno 

Tindakan  Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu perlu dihormati dan diambil iktibar.
Di antara ahli Umno menyertai DAP, Ariff dan Aspan.
Apa yang dilakukan Weng Keong memberi markah besar kepada DAP. Bahawa anggota parti itu bertanggungjawab dan sedia mengambil risiko atas apa yang berlaku, hatta kesalahan teknik.

Apa dilakukan oleh Weng Keong itu tidak wajar diketawakan atau disinis tetapi patut ditiru oleh semua ahli politik tanpa mengira parti. Walaupun pengakuan itu menjejaskan maruah dirinya, dan boleh menjejaskan partinya, tetapi ia adalah tindakan terbaik demi menjaga maruah dan integriti partinya.

Ekoran salah teknik, salah kira itu menyebabkan seorang calon Melayu yang mendapat undi untuk menduduki salah satu 20 kerusi CEC terkeluar. Ketiadaan wakil Melayu menjadi isu dan kritikan oleh pihak musuh DAP terutamnaya MCA, Umno dan Gerakan. Macam-macam dituduhkan terhadap DAP di mana Umno menyifatkan DAP  meminggirkan Melayu.

Kritikan-kritikan seperti itu tidak dapat dihindarkan di dalam dunia politik. Politik itu sendiri tidak sekata dan tidak selari. Semua dilakukan oleh pembangkang tidak betul bagi parti memerintah dan begitu juga sebaliknya. Di sinilah jahat dan jijitnya manusia politik.



Apabila Weng Keong membuat pengakuan dan apolegetik, musuh-musuh DAP membaham parti itu dari sudut lain pula. Direka isu pula isu kononnya ia sengaja dibuat untuk membolehkan wakil Melayu menduduki dalam CEC. Rendah sekali moral mereka yang beranggapan demikian dan tidak dapat menilai diri mereka berbanding dengan DAP.

Tampaknya MCA yang berlebihan mengkritik DAP di dalam isu salah kira ini tetapi tidak Umno. Kenapa? Umno mungkin sedar diri untuk tidak ikut sama mengkritik DAP kerana apa yang berlaku dalam Umno lebih teruk "silap tekniknya" berbanding dengan apa dialami DAP itu. Mungkin Umno dapat menyedari yang dosa mereka dalam proses pemilihan lebih "mukhalazah" dari Umno.

Tahun 1987 semasa berlaku pertandingan merebut jawatan presiden Umno di antara Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah telah berlaku silap teknik, salah kira yang sebenanry tipu kira. Pada mulanya pertandingan itu sudah dimenangi oleh Tengku Razaleigh. Tetapi selepas perkiraan undi dihentikan selama 25 minit, bila dikira semula Mahathir pula yang diistyharkan menang sebanyak 43 undi.

Tragedi ini tercatat dalam sejarah dan minda orang Umno yang lama. Perkiraan itu terus menjadi tanda tanya dan tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli Umno. Namun Umno sampai ke saat ini belum membuat penjelasan terhadap silap teknik itu. Ertinya di sini Umno sedia membungkus "kesalahan"nya sampai ke bila-bila tidak seperti mana DAP yang lebih bertanggunagjawab telus dan berintegriti.

Hal-hal begini walaupun kecil tetapi ia diperhatikan oleh orang ramai. Mungkin disebabkan intgriti atau disiplin DAP lebih mampan berbanding Umnolah maka ada ahli-ahli Umno menyertai parti itu. Antara mereka ialah Aspan Alias, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dan lain-lain. Tunggu ulasan Mat... Mat mana lagi, Mat Maslanlah.[8:53 pm 04/01/13]

Tuesday, December 18, 2012

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umno apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP....

ITU BARU "REAL" PUNYA KERJA KOMUNIS
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umporno terutamanya Timbalannya, Si Lembam apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP. Hujah beliau, ini menunjukkan DAP parti perkauman. Betapa cerdiknya Si Lembam membuat tafsiran sedemikian yang menyebabkan ramai yang bertanya ada berapa orang kaum India atau Cina berada di dalam MT Umporno, kecuali jika ada pun 'separuh india' atau Kutty.

Masalahnya tidak kira berapa orang Cina atau Melayu berada di saf kepimpinan sesebuah parti asalkan mereka bersih dari rasuah. Bagaimana dengan saf utama yang berada di dalam Umporno berbanding dengan DAP? Jauh langit dari bumi. Saf kepimpinan DAP lebih terbukti bersih dari saf Melayu di dalam Umporno.

Ketua Pemuda Umporno pernah terlibat di dalam politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti mereka tetapi sekadar diberi amaran, melainkan si Isa Doraemon sahaja yang digantung. Ali Ketam dari Melaka pun terbabit dengan rasuah politik wang tetapi masih menjadi bos di Melaka. Ketua Wanita? Hah...Kak Ijat lagi dahsyat, sehinggakan satu dunia tahu kisah keluarga Kak Ijat bela lembu dalam kondo. Inilah di antara beberapa contoh saf yang ada di dalam Umporno. Itu belum diambil cerita Khir anak Toyol yang pernah berhajat mahu menjadi Ketua Pemuda Umporno.

Cuba ceritakan apa pula kisah pemimpin di dalam DAP yang melakukan perbuatan seperti yang tokoh-tokoh Umporno telah lakukan. Jawapannya, tiada. Ertinya, walaupun Cina tetapi mereka bersih dari Melayu yang berada di saf kepimpinan Umporno sekarang.

Oleh itu, hujah Si Lembam hanya tinggal sebagai hujah bodoh. Hujah yang menunjukkan betapa takutnya beliau dan parti sekutu Apco itu kepada DAP. Mereka tahu, kekuatan DAP banyak membantu kekuatan PR. Hakikatnya, jika ada pun wakil Melayu di dalam DAP, Si Lembam tetap akan memburukkan DAP juga tetapi hujahnya berbeza. Beliau mungkin akan berhujah pula bahawa masih ada orang-orang Melayu yang sanggup menjadi pemimpin di dalam parti "Komunis DAP". Hujah DAP itu komunis sudah sinonim dengan ahli-ahli Umporno. Tidak mengapa, asalkan 'Komunis' ini tidak membunuh umat-umat Islam di Memali. "Komunis" ini tidak rampas tanah rezab Melayu. "Komunis" ini juga tidak hina Raja-Raja Melayu.

Rakyat sekarang melihat Umporno sudah kekeringan idea untuk menyerang PR. Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Umporno untuk menunjukkan parti mereka masih kuat dan gagah, sedangkan Presiden mereka terkenal dengan gelaran "Roti Canai Kosong tanpa telor"? Akhirnya, mereka terpaksa kembali kepada cara komunis yang sebenar iaitu lakukan keganasan dan baling batu dan cat kepada musuh mereka. Itu baru real punya kerja Komunis!!

http://wfauzdin.blogspot.com/2012/12/itu-baru-real-punya-kerja-komunis.html

Monday, October 22, 2012

Politik Macam nie baru BN pening kepala - DAP bangun pertahan Tok Guru bila MCA hina beliau..!!

Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz

NONEDAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.


"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara
Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

NONEJusteru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.

Saturday, October 20, 2012

Memang DAP lebih baik dari Umno


Setiap ucapan punya konteks dan latar-belakangnya tersendiri termasuklah apa yang diucapkan oleh Datuk Husam dalam perbahasannya dalam penggulungan Belanjawaan Kelantan baru-baru ini.

Ketika menyebutkan tentang DAP lebih baik dari Umno, konteksnya adalah tindakan Umno yang menggunakan  peruntukan Akta Kuasa Darurat Kelantan, yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Tun Hussein Onn di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 1977 untuk 'memagerankan' Kelantan.

Saya difahamkan masa itu Akta itu masih dalam  yang pada masa itu masih lagi dalam bentuk rang undang-undang Kuasa Darurat Kelantan.

Usul yang dibawa oleh TPM itu disokong MCA.

Akibatnya sistem pemerintahan demokrasi digantung dan Kelantan ditadbir secara 'de facto’ oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.

MeMAGERANkan Kelantan sebenarnya merupakan satu senjata politik untuk membolehkan UMNO menang di Kelantan pada PRU Mac 1978 berikutnya.
Datuk Husam seterusnya mengingatkan Dewan bahawa ketika itu yang menentang penggunaan akta itu ialah Lim Kit Siang.  "Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.

Jelasnya apa yang dimaksudkan oleh ADUN Salor ini yang juga Naib Presiden PAS adalah kritikan terhadap Umno tentang hal amalan 'demokrasi' dan kalau dibawa lebih luas lagi dalam konteks hari ini adalah perkara yang bersabitan "Tabdir-Urus' atau "Governance".

Dan perkara "Governance" menyangkut perkara "Keadilan, Keamanahan, Pertanggungjawaban, Ketelusan, 'Rule of Law' (Kedaulatan Undang-undang) dan integriti atau bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Tajuknya dan pertikaiannya tidak menyangkut hal aqidah dan keimanan atau siapa Islam atau bukan Islam. Sebaliknya, tajuk utamanya bersangkutan dan tadbir-Urus yang seharusnya bagi orang Islam adalah hasil natijah iman dan komitmen kepada prinsip-prinsip penting dalam akhlak dan muamalat Islam.

Di sini, perbezaan dan ukuran yang dimaksudkan oleh beliau tentang DAP nyata lebih baik dari Umno disegi amalan demokrasi dan tadbir-urus yang baik atau 'good governance'.

Sehubungan perkara ini saya suka mengungkapkan apa yang disebutkan oleh Imam Ibn Taimiyymah: (InnalLaha yansuru daulatun ‘Adilah, walau kaanat Kafirah, wa inkaanat Kafirah, wa La yansuru daulatun Zolimah, wa lau kanat Mukminah) “Allah membantu negara Adil, walaupun Kafir, dan Allah tidak membantu negara zalim walaupun mukmin”.

Mafhum kalam Ibn Taimiyyah ini cukup jelas tentang persoalan pemerintahan dan tadbir-urus yang mendukungi keadilan dan keamanahan yang diberi Allah bantuan dan pertolongan dengan sifat Ar-RahmanNya ke atas semua mahklukNya.

Dalam sebuah hadith Qudsi "RahmahKu mengatasi KemarahanKu".

Saya kira Datuk Husam tidak perlu apologetik tentang apa yang beliau sebutkan dalam DUN Kelantan itu serta takut dengan ugutan oleh seorang Adun BN bahawa kenyataan ini mahu disebarkan seluas-luasnya.

Biar sahaja ia diberikan liputan luas, kelak rakyat seluruhnya akan Faham maksud sebenarnya!

Kalau kita panjangkan lagi segala kezaliman dan kebobrokan Umno khasnya dekad-dekad mutakhir ini maka akan lebih menyerlah bagaimana parti politik Melayu yang tidak komited untuk berpegang dengan prinsip-prinsip Islam akan akhirnya 'menjulang ketuanan bangsa-parti'nya dan sanggup berlaku zalim kepada pihak lain.

Ambil sahaja bagaimana Umno menafi dan merampas hak rakyat Kelantan dalam hal royalti minyak Kelantan. Bagaimana Umno menafikan peruntukan per kapita hak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sebenarnya termaktub dalam peruntukan PerlembagaanPersekutuan.

Senarainya terlalu panjang samada yang bersangkutan dengan hal urusan ekonomi dan pembangunan termasuklah 'penswastaan' dan 'monopoli' untuk kroni dan mengorbankan kemaslahatan awam dan rakyat.

Tidak kurang zalimnya adalah dalam 'mencekik' dan ‘menjerut’ sistem kehakiman dan badan-badan penguatkuasa seperti SPR, SPRM, Suhakam dll sekaligus menghilangkan unsur 'Semak-Imbang' sebenarnya yang diperlukan untuk menjaga kewibawaan dan kebebasan semua institusi-institusi penting dalam negara.

Tidak termasuk hal yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat amnya termasuklah dalam isu Lynas di Gebeng dan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan mengutamakan kepentingan komersial dan elit bisnes-kroni.

Ini konteksnya yang dimaksudkan beliau bahawa DAP lebih baik dari Umno. Testimoni dan prestasi pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang hari ini di bawah DAP lebih menyerlah lagi di segi prinsip Kompetensi, Pertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT) untuk membangunkan 'Good Governance'. Ketirisan berbilion RM dalam Laporan Ketua Audit 2011 cukup sebagai bukti dan testimoni.

Sayugia saya sebutkan, pada akhirnya bahawa aqidah dan Keimanan yang kuat dan mantap akan melahirkan pentadbiran yang bertanggungjawab dan amanah kepada Allah.

Ketika pentadbiran itu sarat dengan rasuah, salah guna kuasa serta membolot kekayaan Negara, saya berani menegaskan, berdasarkan pelbagai ayat-ayat Allah khasnya mesej dari Surah Mutaffifin, bahawa aqidah dan keimanan penguasa politik itu adalah sangat dipertikaian bahkan sangat rapuh justeru kerana tidak takut kepada Allah SWT dan Amanah Allah pastinya akan menuntut pertanggungjawaban di mahkamah Rabbul Jalil di Yaumul Hisab - Hari Pembalasan!
------------------------------------------
Penulis adalah AJK PAS Pusat.

Friday, October 19, 2012

Menjawab hujah mereng Ahmad Maslan beza antara UMNO & DAP..!!!



Maaf, aku nak komen pasal ketua penerangan umno ni. Aku rasa beliau banyak tertinggal bas. Dibawah ni disenaraikan perbezaan semasa gerakan (umno sebagai tunjangnya) bn memerintah pulau pinang dengan zaman pulau pinang diperintah oleg PR DAP:-

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM.
Tahun 2008 (BN)..............RM25.7 juta.
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta.
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta.
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta.
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta.

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA.
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00.
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00.
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00.
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00.
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00.
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR).
Tahun 2008 (BN).............TIADA.
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta.
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta.
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta.

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ(Penghafal al-Quran).
Tahun 2008 (BN)............TIADA.
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00.
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00.
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00.

5. SUMBANGAN EHYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID).
Tahun 2008 (BN)............TIADA.
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun.
bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri.

Sebenarnya aku bukan nak membela DAP; akan tetapi kebenaran mesti ditegakkan disini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa umno bn banyak membina mesjid2 diseluruh negara. Itu tanggung jawab sebagai pemerintah sebab dana ditangan mereka. Tak kan DAP yg majoritinya terdiri drp bukan (belum) Islam nak bina mesjid? Guna akal lah.

Syiar Islam memang banyak ditonjolkan tetapi dalam waktu yg sama majlis2 maksiat juga bertaburan dianjurkan juga. Mesjid2 dikawal. Pengajian agama dipilih2 tajuknya. Islam bukan sekadar belajar dan ambil tahu bab fardhu ain sahaja. Nikah cerai kahwin haid nifas dan seterusnya.Tetapi bagaimana pula dgn politik Islam, kaedah memilih pemimpin negara dalam Islam? Adakah Islam tidak kisah siapa pemimpin tersebut? Isteri tak menutup aurat dibiarkan? Isteri berlaga pipi dgn bukan mahram dibiarkan? Isteri berpeluk dgn bukan mahram juga dibiarkan? Semua adegan ini terpapar diakhbar2. Dimanakah mufti dan menteri yg menjaga agama? Diam bermakna redha dan bersetuju akan apa yg dilakukan. Ini yg menjadikan anak2 muda bertambah liar dan mudah lakukan lebih dari itu sebab apa yg dilakukan pemimpin akan menjadi ikutan anak2 muda malahan jabatan agama, mufti dan menteri agama membisu seribu bahasa.

Pemimpin sepatutnya yg boleh memimpin isteri, keluarga dan seterusnya rakyat. Adakah Islam memandang remeh akan perlantikan pemimpin2 ni? Islam ini adalah cara hidup, sempurna dan lengkap. Akhlak pemimpin2 Islam sepatutnya lebih baik dari yg bukan Islam. Bagaimana nak berdakwah sekiranya pemimpin tersebut hidup secara lagha manakala rakyatnya terhimpit dgn kenaikan harga barang dan sara hidup yg meningkat?

Wednesday, October 17, 2012

Laporan jahat Utusan, DAP lapor Polis isu putar belit 'Papan Iklan Gambar Pakaian Sopan'


+
Isu iklan: Dakwa kenyataan diputar belit, DAP buat laporan polis
NURUL FATIHAH SULAINI
18 Oktober 2012
Guan Aik (kiri), Mohd Azam dan Chee (dua, kanan)
Guan Aik (kiri), Mohd Azam dan Chee (dua, kanan) menunjukkan laporan polis dan laporan akhbar berkenaan.
ALOR SETAR - DAP Kedah membuat laporan polis mengenai laporan sebuah akhbar yang didakwa memutarbelitkan kenyataan pengerusinya, Lee Guan Aik mengenai isu model bukan Islam berpakaian sopan pada papan tanda iklan.

Guan Aik berkata, laporan tajuk utama dan isi kandungan akhbar berkenaan bercanggah dengan kandungan yang disiarkan dalam media lain dengan tidak melaporkan kenyataan sebenarnya ketika sidang media Ahad lalu.

Beliau berkata, tajuk laporan media berkenaan turut memberi gambaran yang berniat jahat dengan maksud untuk memfitnah seolah-olah DAP dan beliau adalah anti Islam serta membangkitkan isu sentimen kaum termasuk agama.

“Maksud kenyataan yang disiarkan itu bukan sahaja mengelirukan pihak tertentu tetapi orang Melayu dan umat Islam.

“Laporan polis ini untuk menjaga keselamatan saya dan ahli DAP di negeri ini kerana khuatir boleh mendatangkan bahaya jika berlaku sesuatu kerana ia berkaitan dengan isu agama serta kaum,” katanya kepada media di pejabat DAP Kedah di sini, semalam.

Hadir sama, ahli majlis yang juga ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Alor Setar, Vincent Chee dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang.

Menurutnya, perkara itu bukan isu politik tetapi lebih kepada isu moral namun dipolitikkan melalui media.
“Tajuk pada akhbar berkenaan seolah-olah sengaja mahu memburukkan nama DAP dan ada niat tak betul. Namun saya yakin ini tidak akan menjejaskan kesepakatan kami dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Saya nafi apa yang tersiar dalam akhbar berkenaan kerana tidak benar. Mereka perlu tampil mohon maaf terhadap laporan itu,” katanya.

Menurutnya dalam masa yang sama, beliau akan mendapatkan pandangan peguam dari DAP sama ada perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Kelmarin, sebuah akhbar dipetik berkata, DAP tidak sekali-kali membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk garis panduan papan iklan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Guan Aik dilapor berkata, DAP membantah garis panduan itu yang antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.
Pada sidang media itu, DAP menyelar MCA Kedah yang disifatkan sengaja memutar belit kenyataan Datuk Bandar berhubung perkara sama apabila Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew menyindir MBAS yang dikatakan mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan ketetapan berhubung papan iklan.

Tuesday, October 16, 2012

Benarlah DAP KEDAH tidak faham seni berpolitik...!!??!!???

Inilah masalahnya bila nak berpolitik tapi tak faham akan seninya... bab ini selalunya puak BN lagi terra bila dilihatnya... cuba bayangkan GERAKAN YANG HINA UNDANG-UNDANG ini tapi mereka duduk SPIN mengatakan DAP yang halang hajat PAS....

Hakikat dilihat DAP KEDAH masih kurang seninya..dahulu isu MARKET BABI di ALOR SETAR yang di tutup... mereka bukan main melatah sampai nak keluar PR....kini melatah semula dengan PERATURAN ini... cuba lihat huraian TERAS & SALIMAH...

Teras, Salimah sokong iklan wanita tutup aurat

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Negeri Kedah menyokong penuh keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang menetapkan peraturan pakaian model wanita yang menutup aurat dan berpakaian sopan dalam pengiklanan di bandaraya tersebut.

Demikian dinyatakan Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Salimah Negeri Kedah, Rubiyah Haron dalam kenyataan bersama.

Kata mereka, peraturan untuk menetapkan garis panduan mengenai penggunaan model wanita dalam iklan khusus untuk orang Melayu Islam dan umumnya untuk kaum lain adalah munasabah dan sangat dituntut dalam hukum syariat.



Kenyataan penuh mereka sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Negeri Kedah menyokong penuh keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang menetapkan peraturan pakaian model wanita yang menutup aurat dan berpakaian sopan dalam pengiklanan di bandaraya tersebut.

Peraturan untuk menetapkan garis panduan mengenai penggunaan model wanita dalam iklan khusus untuk orang Melayu Islam dan umumnya untuk kaum lain adalah munasabah dan sangat dituntut dalam hukum syariat.

Kami melihat ia bukan suatu yang tidak rasional kerana semua kaum di Malaysia harus menghargai etika dan kehormatan wanita bila menggunakan model wanita dalam iklan seperti dipapan iklan.

Teras dan Salimah tidak nampak kenapa ia harus ditentang kerana ini merupakan suatu yang memberi kesan kepada maruah kaum wanita. Wanita tidak harus menjadi alat yang merendahkan maruah diri dalam industri iklan.

Apakah hanya kerana ia dituntut oleh Islam untuk dikenakan ke atas orang Melayu Islam pihak DAP Kedah tidak bersetuju dengan peraturan  tersebut?

Pihak DAP Kedah perlu faham bahawa mengenakan peraturan wanita yang sesuai dengan kehendak Islam adalah kewajipan agama yang tidak ada kena mengena dengan politik.

Peraturan itu yang juga menetapkan penggunaan model wanita bukan Islam dalam iklan hendaklah mengguna pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata juga sesuai dan perlu.

Kami yakin semua kaum dan agama menghormati kemulian wanita yang tidak harus dihina dan dieksploitasi hanya kerana mahu melariskan penjualan barangan.

Kami percaya bahaya menjadikan tubuh wanita untuk tujuan komersil adalah bertentangan dengan rukun negara yang disepakati semua iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.

Kami menegaskan bahawa ketetapan untuk menguatkuasakan peraturan itu hendaklah dilaksanakan tanpa lengah.

Malah contoh peraturan yang ada di negeri Kelantan dan tidak ditentang oleh mana-mana pihak dari kalangan kaum lain yang bukan Islam sepatutnya di contohi dan diambil pengajaran oleh DAP Kedah.

Kami menggesa agar hak kaum Muslimin untuk menetapkan peraturan yang sesuai dengan tuntutan syariat untuk orang Islam sendiri jangan diganggu oleh kepentingan politik.

Kami juga menuntut supaya maruah wanita hendaklah dipertahankan demi memelihara kemulian mereka. Desakan pasaran untuk mengkomersilkan tubuh wanita adalah suatu penghinaan yang tidak boleh dikompromi.

Adakah DAP KEDAH BODOH berpolitik..???

Apa pandangan anda mengenai DAP KEDAH?


DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka tidak akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam. Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

mai bab etika berpakaian nie...

Iklan sopan adalah satu konsep yang aku setuju. 

Kita nak jual barang. Bukan nak jual tubuh badan wanita. Tiada masalah jika hal tersebut dikuatkuasakan di kedah mahupun di mana2 negeri dalam malaysia neh. Bahkan jika dikuatkuasakan ke seluruh malaysia pun amatlah bagus.

Company2 yang beriklan tue nak jual barang tapi menggunakan tubuh badan wanita sebagai objek / pelaris = seks. Sejauh mana wanita2 seksi tersebut membantu kepada peningkatan jualan product? Aku rasa takde stastistik yang tepat. Product yang bagus akan naik disebabkan strategi marketing dan kualiti product itu sendiri.

Aku tak nafikan wanita2 seksi tersebut mampu membuatkan seseorang menonton iklan yang dipertayangkan menerusi billboard mahupun layar tv. Maybe pengiklan gunakan daya tarikan seksi untuk menarik perhatian2 orang kot. 

Tapi yang heran product yang khusus kepada wanita pun depa guna model2 yang berpakaian seksi. Logik jika mereka sasarkan kaum lelaki tapi pelik kalau sasaran mereka pompuan mereka gunakan model wanita yang seksi. Feel ada ka?

Aku banyak perasan product2 yang khusus untuk wanita lebih banyak gunakan wanita2 seksi berbanding product2 yang bersifat uniseks. Marketing salah neh. Sebab tue iklan2 seperti itu seringkali dikutuk. Lelaki je la best. Dapat jamu mata. Pompuan apa pun tak dapat. Dah la mereka golongan sasaran untuk beli product tersebut..

Wakaka..   

DAP KEDAH bantah iklan sopan 
Walaupun mereka nafi kata tidak akan menentang tetapi kenapa benda asas macam nie nak kena bawa ke mesyuarat ketiga-tiga parti.... benda nak pakai baju sahaja pun....teruk la sampai nak suruh pakai baju pun kita semua nak jadikan satu benda yang rumit dan susah...

cuba kata macam nie... MEMANDANGKAN UNDANG KOD MEMAKAI PAKAIAN INI MERUPAKAN SATU ARAHAN YANG BAIK UNTUK SEMUA KAUM MAKA KAMI BERSETUJU DENGAN PERATURAN INI. TAKANKAH KITA NAK BANTAH BENDA BAIK DAN BAGUS NIE..

Jika keluar staement camnie kompom tersedak UMNO BN nak jadikan isunya....

Ada logiknya majlis perbandaran kedah berbuat demikian ;

1. Model = jual barang, bukan jual tubuh badan.

2. Tak salah berpakaian sopan.. bukan paksa orang2 bukan islam tutup aurat.. bayangkan buah dada anak ko jadi tontonan umum? Aku rasa ko pun malu la dap kedah weh. Ko sembang kencang sebab bukan anak ko bahkan maybe ko tumpang semangkok..

3. Bertudung terpakai untuk muslim jek. Apa isu kat sini?

4. Agama islam neh bukan urusan ko mahupun pr. Ia termaktub dalam perlembagaan. Ko punya tak setuju tu boleh campak kat mana2 selagi majlis perbandaran uphold apa yang ditetapkan dalam perlembagaan. Bercakap pasal undang2 dan penguatkuasaan, adalah amat tidak manis untuk dap kedah mempersoalkan enakmen yang dikhususkan untuk menjaga maruah wanita.

Ingat wanita itu bukan simbol seks meskipun lelaki memerlukan mereka untuk melakukan seks. Kalau lelaki gay tue aku no komen le.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/10/dap-kedah-bantah-iklan-sopan.html#ixzz29QqOTHQs

admin : kami ajust sikit artikal nie memandangkan DAP dah buat penafian di wartakedah.net

Monday, October 15, 2012

“Laporan Utusan berniat jahat!” –YB Lee Guan Aik



ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darul Aman, YB Lee Guan Aik menyelar tindakan Utusan Malaysia menyiarkan berita yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau.

YB Lee Guan Aik yang juga Pengerusi DAP Kedah menegaskan bahawa, berita tersebut adalah berniat jahat bagi melaga-lagakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, mahupun di Malaysia.

“Pada 14 Oktober 2012, iaitu kelmarin, saya ada buat sidang media bagi mengulas pelaksanaan garis panduan papan iklan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Dalam kenyataan tersebut, saya langsung tidak menyatakan DAP menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di sini (Kedah), tetapi saya berkata bahawa apa-apa sahaja undang-undang yang perlu dilaksanakan memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat).


“Ianya perlu dibincang bagi mendapat pandangan semua pihak dahulu, baru boleh dilaksanakan, bukan saya kata PAS perlu restu DAP baru boleh laksana undang-undang berunsurkan Islam.

“Pada hari ini (15 Oktober), saya dapati Utusan Malaysia memutarkan belit kenyataan saya, dengan mengatakan bahawa saya menentang pelaksanaan undang-undang Islam termasuk garis panduan papan iklan, dan PAS perlu restu DAP, ini bertujuan bagi melaga-lagakan kami (Pakatan Rakyat),” jelas beliau ketika dihubungi.

Berita hadapan Utusan Malaysia 15 Oktober (Isnin) menyiarkan bahawa PAS perlu restu DAP bagi melaksanakan undang-undang Islam termasuk garis panduan papan iklan.

Saturday, September 15, 2012

Merah ang-ang!

Oleh Izmil Amri



Saya suka warna merah. Warna ini garang dan agresif. Mungkin sebab itu maka dipilih menjadi warna pergerakan pemuda United Malays National Organisation sebagai warna kemeja-t mereka sewaktu mahu ‘bertembung’ kononnya dengan perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu. Tahun ini kelibat mereka tidak kelihatan pula. Mungkin baju merah mereka itu sudah luntur.

Tetapi pokoknya warna merah ini adalah warna yang memberi seribu makna. Selain UMNO, sebuah partai politik berteraskan kaum, yang turut memilih warna merah sebagai warna pegerakan mereka ialah parti-parti sosialis di seluruh dunia.

Merah sebagai simbol

Bendera berwarna merah adalah lambang pergerakan-pergerakan politik sayap kiri sejak Revolusi Perancis, dan telah menjadi identiti partai politik sosialis sejak sekian lama.

Parti Buruh British menggunakan bendera berwarna merah sebagai lambangnya sejak awal penubuhan parti itu sehinggalah lambang itu digantikan dengan ‘sekuntum mawar merah’ sewaktu persidangan Parti Buruh pada tahun 1986.



Di Itali, bendera berwarna merah menjadi simbol pergerakan buruh Itali, serta simbol pergelutan politik rakyat sehingga diabadikan simbol itu di dalam lagu yang diberi nama Bandiera Rossa. Ya, bunyi macam bendera ros.

Demikian kedudukan warna merah dalam pergerakan politik dunia. Lebih menarik lagi sebenarnya jika kita mengkaji kedudukan warna merah dalam budaya masyarakat Cina. Warna ini digunakan secara meluas oleh orang Cina dalam kehidupan mereka sehari-hari, Dari seawal kelahiran sehinggalah ke upacara perkahwinan dan kematian.

Merah simbol budaya


Warna merah, dikatakan berhubung langsung dengan unsur api, adalah simbol kepada kemakmuran dan kegembiraan. Maka kita lihat dalam setiap keramaian masyarakat Cina, warna merah menjadi warna dominan. Jika kita menghadiri majlis perkahwinan sebagai contoh, tetamu amatlah digalakkan memakai pakaian berwarna merah, dan membawa hadiah dalam bungkusan berwarna merah juga.

Terus, apabila lahir seorang anak daripada perkahwinan itu, orang yang melawat juga disarankan membawa hadiah-hadiah dalam bungkusan merah. Perkara serupa juga kedapatan sewaktu sambutan tahun baru Cina. Mana mungkin kita melupakan sampul berwarna merah berisi wang yang sering diberikan kepada orang ramai oleh para ahli politik.

Mungkin hanya Perkasa yang kurang arif tentang hal ini dan memberi wang dalam sampul berwarna putih sewaktu ia cuba mendekati masyarakat Cina awal tahun ini. Bodoh budaya barangkali, tidak mengetahui yang sampul putih adalah untuk upacara kematian.

Pokoknya, warna merah adalah warna yang membawa tuah. Warna yang menghalau semangat jahat.

Justeru apabila ibu pejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat merah sebanyak enam das, Pusat Khidmat DUN Datuk Keramat kena enam das, DUN Air Putih dapat empat das, Pulau Tikus dapat dua; semua sekali 18 bungkus cat dibaling kepada pejabat-pejabat DAP di Pulau Pinang; tiada lain yang dapat dikatakan selain terima kasih banyak-banyak atas ucap selamat yang diberikan.

Malah tidak hairan jika ada yang pergi membeli nombor 6642 di kedai nombor ekor terdekat di kejiranan masing-masing.

Itu belum kira bas kempen PKR yang dibaling cat merah sampai pecah cermin.

Betul-betul ‘ong’! – Roketkini.com


Print Friendly

Monday, September 10, 2012

Jika DAP Perak tak ambik tindakan segera maka "Say No To DAP & BN Say Yes To PKR & PAS"

Mula2 tergolek. Lepas tue boleh pergi mampos.

Ingat, bloggers dan wartawan tidak patut di ikat dengan propaganda murahan korang iaitu ;


Hanya tulis apa yang kamu mahukan. 

Hanya tulis apa yang editor suruh. 
Hanya tulis sesuatu asalkan ia selari dengan prinsip parti dan pemimpin.
Hanya sebarkan dan edarkan selagi ia tidak menjejaskan kepentingan parti.

Sesungguhnya etika karut marut macam tue tidak patut diamalkan sama sekali. Sebagai pelapor, etika yang harus dipegang oleh setiap mereka2 yang bertugas dan berperanan sebagai pelapor adalah hanya menyebarkan sesuatu yang benar2 berlaku, sesuatu yang benar2 terjadi. Bukan mengikut telunjuk orang sehingga menjejaskan prinsip perjuangan sendiri. Itu salah.


Cukuplah salah sekali. Tetapi mengambarkan kesalahan itu sebagai betul dan cuba menganiaya orang yang betul dengan mengatakan dia salah, itu tidak betul. Orang Perak diseru hanya undi PAS dan PKR tapi jangan undi DAP perak sehingga mereka benar2 bermuhasabah diri dan akui kesalahan diri mereka sendiri yang membela kemungkaran bila ia dilakukan oleh sedara mara dan geng2 sendiri.


Ingat, samseng dalam umno memang kita tolak. Dan samseng dalam dap, kita juga tak pernah terima.


Terima kasih. Saksikan video kat bawah neh dan cerita sepenuhnya disini.


 




Updated ; 

On what grounds and on what power did she held us in the car for almost two hours.Has she forgotten that she had held back to mediaperak editors and on top of that calling us names such as “Indian Pariah” reporter and “Malay Kui!” Imagine leaders treating the media like this!They even threatened to confiscate our video camera and also my hand phone. They were trying to open the car door to snatch away our things. It was a day where I saw mobs or “samsengs” ruling the street of Taman Kaya. I was really taken aback with such abusive and vulgar comments coming from both the former DAP leaders. What kind of a culture is this? Intimidating others with a racist comment. 

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/11/media-attacked-by-former-dap-wanita-secretary-ipoh-barat-and-branch-chairman/

Ini ialah siri artikel mengenai samseng taman kaya. Takde adab dan racist punya orang. 

http://mediaperak.com/2012/07/11/media-attacked-by-former-dap-wanita-secretary-ipoh-barat-and-branch-chairman/

http://mediaperak.com/2012/07/13/reform-you-leaders-practice-that-first/

http://mediaperak.com/2012/07/17/leaders-take-your-stand-for-what-is-right/

Kesilapan pemimpin DAP perak paling besar kat sini ialah dia lupa yang bloggers pakatan rakyat bukan pencacai. Untuk orang yang ada prinsip, kita tak give a damm mengenai parti. Ingat, we stand for what is right. YES, we are not stand for what a party think it's right. Remember that. 

cerita sebenar melalui Media Perak...

Satu lagi isu yang menjadi panas, terutamanya dalam akhbar berbahasa Cina dan The Star ialah mengenai isu Taman Kaya, Ipoh.

Mediaperak tidak pernah menulis atau membuat liputan tentang Taman Kaya kerana menganggapkan ianya hanyalah isu penduduk setempat. Tapi apabila kami diberitahu bahawa projek memagar Taman Kaya sudah menjadi isu perlanggaran hak asasi, maka kami cuba membantu apa yang kami boleh buat.

Sebelum itu,  kami hanya membaca tulisan-tulisan yang ditulis oleh rakan blogger, Simon Thong dalam blognya disini. Sehinggalah satu hari dimana kami membuat keputusan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.

Kami menemui Simon dan juga Augustine Anthony, yang merupakan penduduk di Taman Kaya. Kami telah meminta Augustine membawa kami untuk melawat dan melihat sendiri apakah yang berlaku di Taman Kaya. Augustine bersetuju dan kami menaiki kereta Augustine sementara Simon menaiki keretanya sendiri.

Thursday, August 23, 2012

DAP yakin PR terus perintah Kedah

 
 
 
ALOR SETAR - DAP Kedah yakin Pakatan Rakyat (PR) akan terus memerintah negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, DAP yakin PR akan terus memerintah negeri Kedah selepas PRU-13 nanti berikutan rakyat semakin tidak percaya kepada pimpinan Umno dan BN.

Katanya, rakyat sudah jemu dengan isu perlaksanaan hukum hudud yang cuba dimainkan oleh Umno dan BN.

“Umno dan BN semakin gelabah sebab mereka sudah kekeringan idea untuk menyerang PR yang berjaya memimpin negeri dengan baik.


“Mereka hanya menyerang PR menggunakan isu perkauman dan keagamaan bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan baik PR,” katanya, semalam.

Guan Aik berkata, Umno dan BN cuba mainkan isu perlaksanaan hukum hudud kerana mereka takut tewas kepada PR pada PRU-13 nanti.

Katanya, mereka gunakan isu hukum hudud kerana yakin akan menewaskan PR dalam PRU-13 nanti.

“Namun, serangan demi serangan yang diberikan telah membuatkan PR semakin kuat dan diterima baik oleh rakyat.

“Serangan Umno dan BN terhadap Pas mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dianggap senjata yang telah tumpul,” katanya.

Thursday, August 16, 2012

DAP bodoh dalam berpolitik..!!

oleh AnakKedah007


DAP nie nak kata tak ada pengalaman berpolitik usia dah nak dekat dengan UMNO jugak... tapi masih bodoh nak mencari politikal millage.... Jika mereka nie tak bangang dengan situasi politik dalam negara yang mana nak lihat UMNO jatuh dan jadi selop kera benda nie dah boleh buat lama dah... tapi disebabkan bangang dan al bodohi serta jumud dengan ideologi politik mereka maka sampai sekarang UMNO BN masih dok spin isu NEGARA ISLAM & HUDUD

Jika mereka bijak dan nak tengok mush kita semua jadi kancing gigi apa kata mulai sekarang cuba kata

"KAMI SOKONG NAK BUAT NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD NAMUN UNDANG-UNDANG NEGARA MASIH TIDAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN JADI KITA SEMUA AKAN BERBINCANG DENGAN LEBIH LANJUT BERKENAAN PERKARA INI"

Sudah dok diam-diam dan pie main jauh-jauh dengan berterusan bantai UMNO BN dengan hujah yang anda katakan tadi...MASA nie nak tengok UMNO jadi ulat beluncas boleh la tengok...

Dengan ungkapan seperti itu maka ia boleh dilihat UMNO akan kehabisan modal melalui ULAM-MAK UPAHAN mereka untuk membedal Pakatan Rakyat. maka bila UMNO habis modal jadi indek popularity UMNO boleh jatuh ke tahap dalam mangkok jamban....

TAPI dah nama pun bodoh tak boleh diajaq maka ideologi lama tu masih tertanam laa...itu yang UMNO masih dok guna talian hayat untuk bagi mereka bernafas seketika....

Thursday, August 9, 2012

Dr Asri tegoq ulamak UMNO bab haram halal mengundi DAP..!!

 Dr Asri: Soal haram dosa undi jangan sampai mudarat negara
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap pandangan seperti haram dan berdosa mengundi DAP tidak membawa kemudaratan, dan 'fatwa' sedemikian perlu diteliti semula dalam konteks politik sebenar negara ini.

Mohd Asri berkata, oleh kerana perkara tersebut merujuk kepada DAP, rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN) juga ada parti komponen yang mempunyai pendirian seakan sama dengan DAP.

"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Mohd Asri mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Mohd Asri, Ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia dan baru pulang ke tanah air selepas dilantik sebagai felo di Pusat Pengajian Islam Oxford selama lapan bulan menambah, jika perkara tersebut dilihat secara menyeluruh dan perlu dibincangkan, ia harus dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat keputusan.

"Kita tidak boleh membuat fatwa sendiri, kita kena bincang perkara ini supaya tidak bercelaru," kata beliau sambil berkata, pandangan sedemikian tidak wajar membawa kepada kemudaratan dalam negara yang penduduknya pelbagai kaum dan agama.

Katanya, realiti politik di negara ini berbeza dan ia disedari oleh komponen Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

Sambil menekankan bahawa beliau tidak mahu menyentuh secara mendalam soal fatwa, Mohd Asri berkata, jika DAP dilabel sebagai "kafir harbi", ia akan membawa kesan yang mendalam, seolah-olah meminta orang Islam  berperang.

"Saya tidak kata apa yang diperkatakan itu betul atau salah, tetapi kenyataan dikeluarkan mengenai soal haram dan dosa, perlu diteliti semula, kemudian boleh berbincang. Saya lihat itu hanya pandangan peribadi sahaja," kata beliau lagi.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.

Mohd Asri juga berkata, beliau tidak memihak kepada PR atau BN yang ada parti komponen atau wakil rakyat bukan Islam.

"Juga ada wakil bukan Islam dalam kerajaan. Jadi, kita perlu fikir semula perkara (kenyataan) itu semula," katanya lagi.

"Haram perlu kedua-dua sebelah. Kita tidak boleh memilih, hanya satu parti... jadi kita memerlukan penjelasan, kita kena menjustifikasikan," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, pada 1980-an, Pas sendiri pernah berpendirian sedemikian dengan menggunakan perkataan kafir ke atas penyokong BN.

"Tetapi hari ini mereka sedar bahawa pemerintahan negara ini memerlukan sokongan pelbagai pihak. Pas sudah berubah. Dan, hari ini seolah-olah Umno mengambil pendirian macam Pas tahun 1980-an.

"Esok, keadaan akan berubah. Jadi kita boleh menggunakan agama sebagai panduan berpolitik, tetapi tidak harus menjadikan ia sebagai instrumen politik.

"Agama mengatasi politik. Jadi, kita jangan campur aduk politik dan agama, jangan gunakan agama untuk politik," katanya lagi.

Monday, July 30, 2012

Hudud :Antara dasar bersama' PAS & DAP dalam kontek Perlembagaan Negara.

DAP hormati perjuangan PAS, bekerjasama membanteras rasuah, salahguna kuasa

Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: DAP dan PAS bersatu tenaga untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta melaksanakan amalan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP bersetuju dengan usaha PAS memperjuangkan negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.

“DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecahbelahkan kita.

“Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan.

“Jelas, “dasar bersama” tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan membidas MCA dan Gerakan yang meneruskan serangan tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong PAS dalam pelaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.

“Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS. Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah,” katanya, merujuk kepada penghormatan DAP kepada kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan pelaksanaan hukum jenayah Islam itu serta penubuhan negara agama.

Katanya, MCA dan Gerakan seakan-akan menjadi orang bersalah yang menyerang orang lain terlebih dahulu dengan cubaan mereka untuk menutup kegagalan menuntut tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong pelaksanaan hudud ke atas orang bukan Islam.

Kepimpinan UMNO telah bercelaru apabila pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menolak untuk melaksanakan hudud tetapi beberapa pemimpin UMNO lain mendesak hudud dilaksanakan untuk semua, termasuk orang bukan-Islam.

Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, UMNO Pulau Pinang yang telah menuntut pelaksanaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara.

“Bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dato’ Azhar Ibrahim tetapi Ketua Wanita UMNO Kepala Batas juga telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua,” ujarnya.

Beliau menambah, ADUN UMNO Kemelah di Johor, Ayub Rahmat, pula telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan “undang-undang hudud sebenar”, yang berbeza dengan versi PAS kerana “undang-undang hudud sebenar” UMNO akan merangkumi rakyat bukan Islam juga.

“Dalam erti kata lain, UMNO yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrem berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam.

“Saya tidak dengar pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk UMNO ataupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan kata-kata “sida politik” terhadap UMNO.

“Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap hudud untuk semua? DAP tidak akan menggunakan taktik jijik dan kotor yang digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP,” tambahnya.

Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menyalah gunakan imuniti Parlimen untuk menonjolkan video seks Chua Soi Lek serta tidak menyerang Chua sebagai orang tidak bermoral yang mempimpin parti tidak bermoral.

Menurutnya, DAP juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan lakukan terhadap dirinya dan keluarganya.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin-pemimpin Gerakan terhadap UMNO yang disokong penuh walaupun UMNO bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dikoyakkan.

“Jangan kita lupa bahawa UMNOlah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak.

“Ini berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia,” tambah beliau.

Menurut Guan Eng, jelas terdapat perbezaan di antara kerjasama DAP dan PAS, dengan kerjasama MCA atau Gerakan dan UMNO, apabila PAS dan UMNO dua-dua menyokong hudud dan negara Islam.

“PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam sementara UMNO hanya menyatakan usaha melaksanakan hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris.

“DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup,” tambah beliau. – Roketkini.com

Thursday, June 7, 2012

DAP dari sudut pandang seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa

DAP dari sudut pandang seorang Islamis+

 Dr.Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, adalah pakar dalam bidang politik moen dunia Islam.  Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di Jordan, ijazah sarjana dari Universiti Malaya dan doktor falsafah PhD dari University Durham, UK.  Wartawan Roketkini Hafiz Zainuddin dan Iza Suraiya telah menemu bual tentang Islam, Melayu dan DAP.
Apa pandangan Dr mengenai DAP dalam suasana sekarang?
Mana-mana parti pun mengalami evolusi, contohnya PAS hari ini tidak sama dengan PAS pada 90-an, dan PAS 90-an pula tak sama dengan PAS sebelum tahun 1979 iaitu sebelum kepimpinan ulama.  Dan sebelum kepimpinan ulama pun zaman Dato' Asri Muda tak sama dengan zaman Dr.Burhanuddin al-Helmy.  Dalam UMNO pun begitu juga, begitu juga dengan PKR sebelum Anwar dibebaskan dengan selepas dibebaskan.  Seluruh dunia, mana-mana parti akan mengalami perubahan.
Pada pendapat saya, DAP selepas 2008 nampak banyak perubahan drastik.  Cuma bagi orang luar, pertama kita terpaksa berlawan dengan prejudis. Keduanya ialah propaganda oleh BN, ketiganya dengan tingkah laku pimpinan-pimpinan DAP yang tidak mewakili parti dalam tindakan mereka.  Orang Melayu contohnya, prejudis lebih mudah… tak payah kaji, tak payah pening kepala dan sebagainya.


Adakah perjuangan DAP yang berideologi demokrasi sosial yang meliputi keadilan sejagat boleh dianggap sebagai sebahagian dari konsep perjuangan Islam itu sendiri?
Mungkin kita tidak kata begitu tetapi ada di antara perjuangan tersebut yang tidak bersalahan dengan Islam sebab hukum asal penglibatan politik dalam Islam adalah bersifat "harus".  Halal, kecuali perbuatan itu (berpolitik) bertentangan dengan syariat…. Saya melihat, perjuangan DAP tidak bersalahan dengan Islam tetapi mengatakan segala-galanya (dalam DAP) adalah Islam, itu tidak lagilah, perlu perbincangan lanjut.
Contohnya kalau pun saya mengatakan bahawa agama saya lebih benar dari agama A atau B, tetapi itu bukan bermaksud saya kena mendiskriminasi A atau B.  Atau perlu bermusuhan atau boleh menzalimi mereka.  Itu konsep umum dalam muamalat iaitu keadilan, amanah dan ehsan.
Bagaimana dengan prejudis yang mengatakan menyertai DAP itu tidak sesuai dengan Islam kerana menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin?
Perkara ini perlu kita faham.  Dalam persoalan ini, adakah pemimpin itu pimpinan tertinggi?  Atau pimpinan agama?  Atau pimpinan sebagai wakil untuk perjuangkan hak-hak bersama?  Kalau memilih pemimpin untuk perjuangkan hak bersama, tidak ada salahnya.  Melainkan memilih pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin agama dan pemimpin "tertinggi".  Di Malaysia pemimpin tertinggi kita ialah Yang di-Pertuan Agong.  Perkara ini isu sentimen yang perlu ditangani.
Walau bagaimanapun, masih ramai kalangan ulama yang tidak membezakan apa itu wakil untuk perjuangkan hak bersama, pemimpin tertinggi dan pemimpin agama.  Untuk melantik pemimpin yang bukan Islam, pertama dia tidak boleh memusuhi Islam, keduanya perjuangannya tidak bertentangan dengan syariah.  Semasa kerajaan Islam Andalusia, ada sahaja menteri dan wakil-wakil yang dilantik di kalangan bukan Islam.
Apakah Dr merasakan perjuangan DAP yang berlandaskan demokrasi sosial sesuai untuk semua rakyat Malaysia?
Begini, di dalam melihat kepada ideologi perjuangan (DAP), jika kita ikut kaedah konvensional "Islamis", isme-isme ini tidak diterima.  Tetapi, Islamis generasi baru atau demokrat Islamis seperi Ganushi dan sebagainya, dia kena lihat mengikut kes.
Maksudnya, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.  Contohnya dalam ideologi demokrasi sosial, saya mungkin tidak bersetuju dengan konsep sosialis, tetapi kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan sebagai demokrat kita juga memperjuangkan hak setiap pihak untuk menyuarakan idea mereka.  Yang kita tidak mahu adalah paksaan terhadap ideologi.
Sama ada sesuai atau tidak ia ditentukan oleh kecenderungan individu, hatta kalau kita lihat dalam sebuah negara komunis pun ramai saja yang rasa ideologi komunis tidak sesuai.  Di Amerika pun ramai juga geng-geng komunis.  Dalam kerangka politik demokrasi bukan bermaksud sesuai untuk semua tetapi setiap pihak berhak untuk bersuara dan mengemukakan idea mereka dan bagi demokrat, kita memperjuangkan hak setiap orang untuk diberikan hak mereka untuk bebas menyuarakan idea.  Begitu juga pihak yang menyuarakan idea perlu bersedia untuk menerima kritikan, bangkangan atau pun penolakan terhadap apa yang mereka bawa.
Adakah Dr merasakan kemasukan kalangan Melayu ke dalam DAP bukan sesuatu yang bersifat sementara dan ianya satu perkembangan yang baik?
Saya rasa, kemasukan orang Melayu satu hal tetapi kita perlukan kepimpinan yang berkarisma.  Mungkin ada tapi belum nampak.  Perlu ada kepimpinan yang berkarisma dari kalangan orang Melayu yang dilihat mewakili Melayu Islam.
Saya yakin kalaulah kata pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP itu berasaskan meritokrasi, kita punya ramai orang Melayu yang mempunyai merit tapi orang Melayu tak perlu takut bersainglah.  Banyak saja orang Melayu yang berjaya di luar dan di dalam negara.  Mengapa tidak dalam DAP yang lebih kecil?
Jika kita meneliti situasi sekarang, apa yang berlaku ke atas DAP seperti perkauman dan sentimen agama yang dimainkan UMNO-BN telah menakutkan orang Melayu terhadap DAP. Pandangan Dr?
Saya rasa, isu ketakutan orang Melayu ini benda "real", ini realiti.  Pada saya the way foward ialah pihak media terutamanya mainstream media perlu beri ruang kepada semua untuk mengemukakan idea dan membela diri mereka.  Apa yang diperlukan ialah kebebasan media dan jurnalisme yang beretika.  Jadi setiap pihak boleh kemukakan idea, mempertahankan idea mereka dan juga membela diri mereka di dalam ruang awam.
Contohnya DAP sendiri yang orang berprasangka (buruk) terhadapnya, maka bagi peluang kepada DAP buat dokumentari mengenai parti untuk ditayangkan. Beri peluang untuk berdebat dan mempertahankan. Dan yang lebih penting kadang-kadang saya lihat sikap orang Melayu itu sendiri kena diubah, iaitu perlu lebih (berfikiran) kritikal. Itu masalah utama sebenarnya.
Bila datang sesuatu perkara, kita biasanya terus terima atau terus tolak. Kurang untuk kita bertanya "apa" dan "kenapa" kemudian "so what".  Mungkin kita kata "apa?" kemudian kurang bertanya "kenapa".  Orang Melayu bila dia mula bertanya "kenapa", itu kira dah upgrade dah tu…(ketawa)
Untuk politik baru, kita kena pergi kepada "so what".  Faktor "so what" itu yang kita hilang dan kita kena tanamkan ke dalam masyarakat kita.  Orang Melayu bukan tidak berfikiran kritikal tetapi berfikiran kritikal dalam masyarat Melayu tidak dibudayakan.
Dengan adanya PAS dan PKR, kerajaan UMNO-BN menuduh mereka memecahbelahkan orang Melayu.  Apabila orang Melayu semakin terbuka dan mendampingi DAP pula, ia dimomokkan dengan perpecahan Melayu yang semakin parah. Pandangan Dr?
Kenapa kita tak lihat bahawa orang Melayu semakin mendominasi politik!?  Dahlah ada dua parti, dalam PKR pun dia (Melayu) dominasi, sekarang dalam DAP pun semakin mendapat tempat di hati orang Melayu.  Dan kalau MIC dan MCA buka keahlian pun, orang Melayu akan masuk juga.  Bagi saya ia merupakan perkara natural sebab komposisi orang Melayu dan Bumiputera adalah lebih ramai dari kaum lain.
Saya tidak kata perpercahan tidak wujud.  Perpecahan orang Melayu memang wujud semenjak zaman Hang Tuah lagi.  Persoalannya bagaimana kita nak menangani apa yang dinamakan sebagai "perbezaan pendapat".  Benda tu (perpecahan) benda normal sebab kita manusia.
Persoalannya, apakah yang dinamakan perpecahan itu jikalau apa yang dimaksudkan ialah "UMNO semakin semakin hilang dokongan orang Melayu dan orang Melayu pergi mendokong parti selain bukan UMNO", adakah itu perpecahan?  Bagi saya itu bukan perpecahan.  Itu bermaksud, susutnya sokongan orang Melayu terhadap UMNO, jadi UMNO perlu kreatif dengan cara gentlemen meyakinkan semula orang Melayu dan bukan dengan memainkan gendang perpecahan.
Mampukah UMNO melakukan reformasi?  Jika mampu, mungkinkah Dr akan bersama UMNO?
Keluarga saya keluarga UMNO, datuk nenek saya antara pejuang UMNO; orang Johor menentang Malayan Union.  Bapa saya sehingga meninggal duni dia masih ahli UMNO walaupun di ketika itu sudah tidak menyokong UMNO lagi.  Ibu saya sudah meningglakan UMNO tetapi kemudian dia tidak menjadi ahli mana-mana parti.
Bagi saya, sebagai ahli akademik, kita mempunyai kecenderungan kita masing-masing. Cuma, selepas kepulangan saya dari UK, saya belum nampak lagi mana-mana parti yang menepati aspirasi saya untuk saya dokongi.
Apa aspirasi Dr?
Itu yang menarik.  Politik di Malaysia masih bertunjangkan politik identiti.  Kita lebih nak pergi kepada politik idea.  Walaupun parti seperti Gerakan, DAP, PSM adalah parti yang bertunjangkan idea, tetapi, kerangka politik Malaysia itu tidak menyuburkan mereka untuk membawa idea dan mereka kadang-kadang terheret sama. Bukan salah mereka.
Sebagai orang akademik, lebih baik saya ambil peluang untuk mendidik masyarakat bagai mana mencapai ke arah politik idea.  Jadi, kalau saya sudah mengambil sikap partisan, maka saya rasa saya akan menggagalkan usaha yang saya lakukan.
Cuma, dalam mendidik masyarkat kita perlu "vokal", jadi bila kita vokal, seringkali orang kaitkan ia dengan pembangkang, itu tak betul.  Kita perlu wujudkan bahawa sikap vokal perlu ada kepada semua.  Sikap kritikal juga perlu ada kepada semua, begitu juga sikap analitikal, bukan hanya dalam pembangkang hatta dalam UMNO sendiri.
Ada penyokong UMNO-BN menuduh Dr cendurung kepada pembangkang, benarkah begitu?
Satu masalah persepsi dalam UMNO ini, kalau kritik dia (UMNO) itu dikata pembangkang.  Saya agak berasa bebas kalau saya kritik pembangkang, pembangkang tak pula kata saya UMNO.  Ada juga saya kritik PAS, begitu juga PKR dan DAP dalam sesetengah isu.  Kritikan saya dalam PAS mungkin berkaitan isu-isu konservatisme segelintir ahli atau pimpinan PAS.  Di dalam DAP, ada beberapa kenyataan-kenyataan mungkin kurang menyenangkan yang tidak menjaga sensitiviti, mungkin sekarang dah berubah, wallahualam saya tak tahu…dalam PKR pula kita nampak lebih tertumpu kepada satu keluarga atau kelompok yang membentuk PKR itu sendiri.  Mungkin, semua itu akan berubah, tak ada orang yang akan kekal.
Jadi bagi saya bila kita mengkritik, kita berdasarkan apa yang kita yakini dan bukan untuk kita asosiasikan.  Dan dalam perkara ini kita nampak pembangkang agak rasional; bila apabila dikritik dia tidak kata kita UMNO.  Saya mengharapkan peluang untuk ahli akademik untuk bersuara tanpa mereka dilabel.
Semasa wacana "Melayu, Islam dan DAP" anjuran Roketkini di Shah Alam pada 1 April lalu, Dr menyentuh kemungkinan kemasukan golongan "Islamis" dalam DAP. Apakah Dr merasakan DAP sebagai sebuah parti sekular perlu "bermain" dengan agama?
Ada dua isu di situ. Pertama; isu takrifan sekular dan keduanya isu berkaitan penglibatan golongan Islamis atau pun golongan agama.  Kalau takrifan sekular seperti yang dikatakan oleh Zairil (yakni Zairil Khir Johari yang mewakili DAP dalam wacana tempoh hari), sekular tu bukan yang menentang agama tetapi lebih kepada bahawa agama tidak digunakan sebagai alat diskriminasi dalam pentadbiran.
Bagi sesetengah orang mungkin tak ada masalah tetapi perkataan "sekular" itu sendiri bagi kebanyakan Islamis ia sebagai benda yang taboo.  Jadi, itu sebagai salah satu kekangan untuk golongan "Islamis" masuk.  Pada saya mungkin tak ada masalah tapi ia perlu diperbincangkan lagi adakah sesuai gunakan perkataan "sekular" atau ada perkataan lain yang lebih sesuai misalnya perkataan "neutral", "profesional", tetapi kalau sekular konotasinya orang boleh tafsir pelbagai.
Keduanya isu penglibatan Islamis; Islamis tidak semestinya mereka yang ingin mengembangkan faham agama dalam DAP.  Tak, bukan itu tetapi sebenarnya Islamis yang berfikiran moderat dan demokrat dan boleh memilih bahawa DAP adalah satu platform, mereka memperjuangkan communalities iaitu perkara yang boleh disepakati berkaitan isu pentadbiran, isu ekonomi.
Jika istilah "sekular" dianggap taboo, perlukah label "Islamis" itu digunakan?
Oh ya, kerana mereka mempunyai aspirasi Islam.  Muslim satu hal, Islamis satu hal. Mungkin saja ada Muslim yang sekular, mungkin saja ada Muslim yang komunis, tetapi kalau Islamis ini dia merujuk kepada ideologi Islamis itu sendiri.
Islamis ini dikaitkan dengan orang yang mengamalkan Islam.  Bagi setengah pihak ia secara fundemental.  Maksudnya bukan hanya sekadar sembahyang dalam kehidupan malah ia diterjemahkan kepada identiti mereka, di dalam perkataan yang digunakan, di dalam budaya, di dalam cara mereka berfikir, dia ada kerangka-kerangkanya.
Macam baru-baru ini saya ada berbincang dalam satu kumpulan untuk menggerakkan filem Islam di Malaysia.  Jadi gabungan golongan akademik so called ahli agama ni dengan penggiat filem yang mempercayai di sana adanya genre filem Islam.  Ini Islamis hatta dalam budaya pun mereka ada kerangka dia sendiri.
Jadi sejauh mana golongan Islamis ni boleh bergerak di dalam kerangka DAP di atas dasar communalities tetapi dalam satu waktu, kekal dengan identiti mereka dan beramal dengan apa yang mereka percayai dan cuba berbincang untuk meyakinkan orang dengan identiti mereka atau pun menjual idea mereka.
Adakah ideologi demokrasi sosial DAP tak bertentangan dengan idea Islamis?
Setakat ini demokrasi itu, sikap demokrat dalam DAP sepatutnya mengalu-alukan kehadiran idea yang pelbagai seperti mana kalau kita lihat dalam UMNO pernah mengalu-alukan golongan Islamis seperti Anwar dengan ABIMnya, dalam PKR wujudnya kalangan Islamis tetapi bukan dalam blok seperti Dr Nor Manuty, Fuziah Salleh dari JIM dan Mustafa Kamil Ayub.  Jadi mereka ini Islamis.
Jadi sejauh mana politik ideologi demokrat yang dipegang oleh DAP membenarkan adanya kepelbagaian dan wujudnya perbincangan atau pertandingan idea.  Pertandingan tidak semestinya ada menang ada kalah, kadang-kadang seri.  Tapi yang penting communalities itu disepakati.
Sekarang ni saya lihat, kalaulah ada, bukan seorang bukan dua orang individu, tetapi kelompok Islamis yang boleh melihat peluang ruang dalam DAP untuk mereka isi berdasarkan communalities, ia akan membentuk satu suasana politik baru di Malaysia.  Secara tak langsung ia memperkukuhkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam dan memberikan satu sinar baru bahawa umat Islam adalah umat yang tidak takut kepada idea.
Tapi kita boleh engage, kita boleh bincang dan benda ni bukan baru.  Kalau kita tengok Islamis di Mesir sebelum revolusi, Ikhwanul Muslimin pernah sertai Parti Wafd. Juga Islamis di tempat lain, mereka yang tak ada peluang untuk tubuh parti di atas identiti agama, mereka bergiat dalam parti-parti kebanyakan sosialis.  Macam di Turki agak berbeza, mereka, golongan Islamis membentuk satu parti yang sekular dan rakan kongsi mereka bukan di kalangan golongan Islamis.  Tidak ada masalah dan mereka boleh bawa ekonomi Turki dan Islam sekarang ni lebih bebas di Turki berbanding sebelum ni walhal mereka membawa banner sekular.
Dr rasa demokrasi sosial baik untuk Malaysia?
Saya tak pasti sama ada demokrasi sosial sekarang ini versi rigid kerana DAP sendiri telah berubah dan menerima pasaran bebas yang biasanya ini lebih kepada pentadbiran Jerman yang punya ideologi social market.  Adakah itu yang dimaksudkan demokrasi sosial yang dipegang DAP sebab saya melihat ya memang ada unsur sosialisme dalam DAP tetapi ia tidaklah dalam keadaan sosialisme puritan.  Kalau puritannya sudah ada parti sosialis, sosial demokrasi itu pun ada pelbagai genrenya.  Adakah dia mazhab New Labour, adakah ia bermazhab Scandinavian welfare state atau pun bermazhab social market Jerman atau bagaimana.
Mungkin dalam kerangka menjinakkan kapitalisme?
Ikut trend sekarang semua ideologi bergerak ke tengah, persoalannya versi mana? Kalau New Labour, ia bergerak dari the traditional lefties labour towards the right di bawah Tony Blair.  Bagi golongan liberal, ia bergerak daripada kanan, kapitalis yang totok itu kepada tengah yang dinamakan centre right.
Situasi Dr di mana?
Islam berada di tengah, saya bersama Islam. (ketawa)
Harapan Dr kepada DAP?
Saya berharap akan ada kelompok Islamis yang berani untuk bersama di atas dasar communalities bagi mencorakkan politik baru Malaysia dengan kemasukan dalam DAP. Tapi persoalannya siapa?
Mungkin Dr sendiri?
Saya tak pasti (ketawa) sebab saya tekankan saya sebagai ahli akademik perlu kekal sebagai neutral sebab target nak mendidik masyarakat…
Adakah keputusan (Naib Pengerusi DAP) Tunku Aziz keluar parti memberi kesan kepada sokongan Melayu terhadp DAP?
Tunku Aziz mewakili orang Melayu ke? Itu yang kita kata DAP perlukan "pemimpin yang karismatik"…
*Dipetik dari Roketkini. (http://roketkini.com/2012/06/01/dap-dari-sudut-pandang-seorang-islamis/)