Showing posts with label Isu Negeri. Show all posts
Showing posts with label Isu Negeri. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Pertahan Kedah pemangkin perubahan ke Putrajaya

ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat kebangsaan di sini, malam tadi. 

Karnival anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS itu mendapat sambutan hangat kalangan masyarakat Tionghua Kedah.

Kira-kira 2,000 kaum Cina sekitar Alor Setar menghadiri sambutan itu yang turut dimeriahkan dengan kehadiran treler Jelajah Negara Berkebajikan

Turut serta dalam majlis yang bermula jam 9.00 malam itu ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Exco Kerajaan Negeri antaranya, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Md Taulan Rasul, Datuk Dr Ismail Salleh dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
Selain itu Pengerusi DHPP Pusat, Hu Phang Chow, Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya dan pimpinan lain.

Dalam majlis tersebut, Ustaz Hadi diberi penghormatan untuk bersama-sama beberapa tetamu VIP bagi menggaul yee sang, selain menyaksikan persembahan kebuadayaan di akhir karnival itu.

Presiden PAS pada awal perasmian sempat berucap dalam bahasa Mandrin yang disambut dengan tepukan dari kaum Cina.

Beliau turut memberitahu atas sikap persefahaman dan kerjasama antara perlbagai kaum menjadikan PAS bersama-sama PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan kaum Cina merupakan undi penentu pada pilihanraya nanti dan ia perlu digunakan sepenuhnya.

Malah beliau juga berharap Kedah dapat dipertahankan agar ia menjadi pemangkin kepada perubahan di Putrajaya.

Beliau juga sempat beramah mesra dengan pada hadirin di sini yang mahu mengenali Presiden PAS itu.

Di akhir program, seluruh pemimpin bergambar di atas pentas treler Jelajah Negara Kebajikan yang diletakkan di sebelah pentas utama program bagi tujuan pameran.

Treler tersebut telah menjelajah Kedah bermula di Jerai sejak 21 Februari selepas dilancarkan Presiden PAS di Kuala Lumpur pada hari yang sama.



[WartaUtara]

Wednesday, February 13, 2013

Cina Kedah lebih selesa bersama Pakatan

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Sokongan masyarakat Cina Kedah terhadap kerajaan negeri mengalami sedikit kecederaan dalam isu garis panduan persembahan terbuka yang membabitkan masyarakat non Muslim.Reaksi yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina sebaik isu tersebut disensasikan, melalui provokasi MCA dan Gerakan, kelihatan sangat membimbangkan Pakatan. Seolah-olah majoriti Cina telah telah berpaling tadah menyokong BN dalam kempen 'Negeri untuk BN, Pusat untuk Pakatan'. Namun akhirnya barulah diketahui bahawa isu tersebut hanyalah sementara. Masyarakat Cina memberi reaksi kemarahan terhadap kerajaan PAS Kedah bukan kerana kebencian tetapi kekhuatiran jika isu tersebut boleh menyebabkan Pakatan kalah di Kedah kerana undi Cina dianggap penentu di banyak kawasan.

ADUN KeADILan, Lim Soo Nee mengambil langkah agresif untuk memberitahu masyarakat Cina non Muslim bahawa hak mereka untuk menikmati hiburan tidak tergugat dengan menganjurkan tarian separa lucah kepada MCA dan Gerakan. Perbuatan itu keterlaluan sehingga dikutuk oleh masyarakat Cina sendiri yang berfikir secara rasional. Chua Soi Lek yang mungkin terbeliak biji mata, tidak terkata apa-apa lagi selepas itu.

Masyarakat Cina yang lebih rasional menganjurkan sambutan tahun baru dengan mengundang penyanyi wanita berpakaian sopan. Tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa negeri. Maka isu itu pun lupus begitu sahaja yang menyebabkan MCA dan Gerakan terlopong lagi.

Untuk sambutan tahun baru kali ini, masyarakat Cina terus disantuni oleh YB PAS dan kerajaan negeri. Mereka turun bertemu masyarakat Cina dalam pelbagai program, semuanya memberi isyarat yang sangat jelas - masyarakat Cina akan terus mengundi Pakatan untuk PRU kali ini.

Seorang pemimpin Umno Kedah termenung panjang apabila diberitahu oleh pemimpin MCA bawahan, "Minta maaf Dato' tahun ini kami tak boleh beri undi untuk BN, itu arahan dari atas.."

Dalam sambutan tahun baru Cina yang diadakan di Seri Mentaloon, Persatuan Lembaga-lembaga Pengurus Sekolah Cina Kedah menyambut baik pengumuman kerajaan negeri untuk memajak tanah pertanian kepada persatuan-persatuan sekolah Cina, India dan agama lain untuk dibangunkan bersama anak syarikat milik kerajaan.

Pengerusi Persatuan Lembaga-lembaga Pengurus Sekolah Cina Kedah berkata, usaha ini belum pernah dilakukan sebelum ini bagi membantu sekolah-sekolah tersebut.

“Saya menyambut baik pengumuman kerajaan negeri untuk beri tanah untuk diusahakan, yang mana sebelum ini tidak pernah dengar, dan saya harap ianya dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

“Lebih 50 tahun masalah pendidikan masih mengganggu gugat masyarakat Tiong Hua," ujarnya.

Untuk memahami kehendak masyarakat Cina bukanlah susah sangat. Tiga perkara yang mereka pantang untuk diganggu gugat iaitu perniagaan, pendidikan dan kebudayaan. Orang Cina menyukai Ustaz Azizan yang berlatarbelakangkan pendidikan.

Masyarakat Cina melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan tahunan yang diperuntukkan kepada tiga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (Persendirian) iaitu Sekolah Menengah Sin Min Alor Setar dan Sungai Petani serta Sekolah Menengah Keat Hwa Alor Setar. Bagi tahun 2012, sebanyak RM70 ribu diperuntukkan kepada setiap sekolah, berbanding 2011 sebanyak RM60 ribu.

Orang Cina tahu negeri Kedah tidaklah sekaya mana tetapi berbesar hati dengan bantuan yang tidak besar itu.

Masyarakat Cina menyambut tahun baru kali ini tidak sampai sebulan sebelum Parlimen dibubarkan. Mereka tahu apa yang terbaik untuk mereka dan tahu juga parti mana yang lebih baik untuk menerajui kerajaan. Kesedaran tinggi masyarakat Cina inilah yang sangat menakutkan BN, kerana di Malaysia walaupun masyarakat Cina adalah minoriti tetapi undi mereka jadi penentu.

Wednesday, December 5, 2012

Amacam KEDAH..ada harapan Pakatan boleh menang lagi kaa PRU13 nanti..????

Mampukan Pakatan terus bertahan di Kedah? 

BAHANG PRU 13 semakin terasa.  Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak menyatakan PRU 13 tidak  mungkin diadakan pada bulan disember ini.

Jawapan ini diberikan berikutan terdapat ramai pemerhati politik meramalkannya. Namun begitu  PRU13 memang sudah dekat dan  akan diadakan kerana tempuh kerajaan yang ada sekarang hanya sehingga April 2013 sahaja.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan banyak membicarakan soal pilihanraya. Dirasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  akan mengadakan pilihanraya pada bulan Februari ini  ketika cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.

Diyakini  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengharapkan pengeluaran BRIM kepada rakyat yang berkelayakan akan memberikan impak terhadap keputusan PRU 13 ini.

Adakah pemberian BRIM akan dapat membantu BN/UMNO terus menerajui pentadbiran negara ini? Sama-sama kita lihat.

Namun kalau kita tinjau pendapat orang yang berada disekeliling kita dan orang yang membicarakan soal ini di kedai-kedai kopi impaknya tidak sebesar mana. Ini kerana rata-rata mereka mengatakan orang bagi kita ambil undi adalah hak kita, berdasarkan kenyataan ini kita dah dapat menangkap arah mana sokongan orang ini.
Biarpun bila PRU 13 akan diadakan parti-parti politik yang terlibat harus bersedia dari sekarang kerana paling lewat pada bulan April jadi masanya sudah tidak lama.

Jadi bagaimanakah nasib Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS di Kedah? Mampukah Kerajaan PR yang diterajui oleh PAS di Kedah terus berkuasa? Adakah PAS Kedah dapat mengikuti Kerajaan PAS Kelantan yang mampu menguasai Kelantan begitu lama, lebih 20 tahun?

Pada mulanya pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah oleh PAS tidak nampak cacat celanya. Kerajaan PAS Kedah telah melaksanakan  beberapa perubahan yang positif yang mampu menarik sokongan rakyat Kedah,  misalnya penurunan cukai tanah. Kerajaan PAS Kedah juga berjaya menambah pendapatan kerajaan negeri dan mengurangkan hutang kerajaan negeri.

Di samping itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga tidak banyak menimbulkan kontroversi dan pastinya akan memberikan kelebihan kepada Kerajaan PAS Kedah untuk meneruskan penguasaan selepas PRU 13 ini.

Namun ia sedikit berserabut apabila berlaku kekecohan perlantikan Exco di negeri itu. Walau apa pun senario politik dalaman PR tidak kira samada PAS, PKR mahupun DAP yang lebih penting kita kena melihat geo-politik negeri itu, bagi mengkaji siapakah yang bakal menerajui kerajaan negeri selepas PRU 13. Mampukah Kerajaan PAS Kedah  bertahan atau tidak selepas PRU 13 ini?  

Tiga kawasan


Kedudukan negeri jelapang padi di utara semenanjung Malaysia ini boleh dibahagikan kepada tiga kawasan utama untuk melihat keputusan pengundian nanti.

Kawasan itu ialah kawasan bandar, kawasan kampung dan kawasan yang mempunyai banyak sekolah-sekolah agama dan sekolah pondok.
Faktor ini penting kerana perbedaan cara berfikir dan pendedahan tentang maklumat yang diterima jauh berbeda.

Orang melayu yang tinggal di kawasan bandar yang terdedah dengan pelbagai maklumat melalui sesawang rata-ratanya tidak menyokong BN/UMNO.
Sebaliknya  orang Melayu yang tinggal di kampung yang semata-mata mengharapkan maklumat daripada media elektronik dan media arus perdana akan menyokong BN/Umno.

Sementara kawasan yang mempunyai banyak pondok dan sekolah agama juga tidak akan memberikan sokongan kepada BN/Umno. Ini adalah reality yang perlu dihadapi oleh parti-parti politik yang bertanding.

Kawasan bandar seperti  parlimen Alor Setar, Sungai Petani, Kubang Pasu, Merbok, Pokok Sena, Langkawi dan Kulim Bandar Baharu. Berdasarkan kajian mendapati hanya Langkawi dan Kubang Pasu yang selamat boleh memberikan kemenangan kepada BN/Umno.

Langkawi walaupun boleh diketogori kawasan bandar namun masih menjadi kubu kuat BN/Umno di Kedah,  mungkin masyarakat Melayu di sana merasa terhutang budi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadikan pulau itu sebagai pelabuhan bebas. Sementera Kubang Pasu adalah  kawasan yang diwakili oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lain-lain kawasan Bandar pastinya menjadi milik PR.

Manakala kawasan kampung pula seperti Padang Terap, Kuala Kedah dan Sik. Walaupun kawasan ini boleh dianggap kawasan kampung namun Kuala Kedah yang mempunyai komposisi kaum Cina  19.61% tetap menjadi kubu kuat PR. Hanya Sik dan Padang Terap  boleh dianggap kawasan selamat BN/Umno di Kedah.

Namun begitu buat masa ini kawasan parlimen Padang Terap kini menjadi milik PAS yang diwakili oleh Mohd Nasir Zakaria yang berjaya mengalahkan Datuk Paduka Ghazali Ibrahim dengan majoriti 369 undi.

Sementara dua DUN dalam parlimen ini iaitu Kuala Nerang dan Pedu menjadi milik BN/Umno. Akan tetapi majority yang dimiliki oleh DUN Kuala Nerang yang dimenangi BN/Umno melalui calon mereka Datuk Syed Sobri Hashim tidak menyakinkan hanya 805 undi.

Begitu juga parlimen Sik juga menjadi milik PAS dimana PAS yang diwakili oleh Che Uda Cek Nik telah berjaya mengalahkan calon BN/Umno, Datuk Osman Desa dengan majority 481 undi. Parlimen ini mempunyai dua DUN iaitu DUN Belatek dan DUN Jeneri.

DUN Belatek menjadi milik BN/UMNO dimana calonnya Mohd Tajudin Abdullah hanya menang dengan majority 252 undi. Manakala DUN Jeneri  menjadi milik PAS yang diwakili oleh Yahya Abdullah dan menang  dengan  majoritinya amat tipis 167 undi.

Sementara Baling, Pendang dan Jerai pula  kawasan yang banyak mempunyai Sekolah pondok dan sekolah agama. Namun begitu kawasan ini tetap memberikan harapan kepada BN/Umno di DUN yang merupakan kawasan kampung. Misalnya Sungai Tiang di Pendang dan Bayu di kawasan parlimen Baling.

Parlimen Pendang menjadi milik PAS dalam PRU yang lalu melalui calonnya Dr. Mohd Hayati Othman yang memenangi dengan majority 4073 undi. DUN Tokai juga menjadi milik PAS melalui calonnya Mohd Taulan Rasul yang menang dengan mojoriti yang selesa sebanyak 6538 undi. Manakala Dun Sungai Tiang yang merupakan kawasan kampong menjadi milik BN/UMNO melalui calonnya Suraya Yaakob juga menang dengan majority yang agak selesa 3006 undi.

Bagi Parlimen Baling juga hakikatnya PR agak kuat dimana kerusi parlimen telah dimenangi oleh bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamudin dengan majoriti yang selesa 7613 undi.

Parlimen Baling yang mempunyai tiga kerusi DUN dan dua daripadanya menjadi milik PAS iaitu DUN Kupang dan Kuala Ketil. Hanya DUN Bayu berjaya menjadimilik BN/UMNO itu pun dengan majority yang kurang menyakinkan iaitu sebanyak 984 undi.

Disamping itu faktor komposisi kaum juga memainkan peranan penting. Kawasan yang bermajoriti kaum Cina juga akan memberikan masalah kepada BN/UMNO  kerana majoriti masyarakat Cina diyakini tidak akan menyokong BN/UMNO dalam PRU 13 setelah mereka menyaksikan Kerajaan PR yang telah berjaya mentadbir beberapa negeri tanpa menghadapi apa-apa masalah.

Di Kedah tidak ada kawasan yang bermajoriti masyarakat Cina namun kawasan yang mempunyai masyarakat Cina lebih ima belas hingga tiga puluh peratus pasti akan mengugat kemenangan  BN/UMNO dikawasan tersebut.

Kawasan yang mempunyai kawasan yang pengundi keturunan Cina dua puluh hingga tiga puluh peratus seperti parlimen Pokok Sena 18.36%, Alor Setar 32.95%, Kuala Kedah 19.61%, Merbok 16.06%, Sungai Petani 29.03%, Padang Serai 22.64% dan kulim Bandar Baharu  18.60%.

Sementara DUN yang mempunyai kawasan seperti ini Gurun 26.83%, Derga 40.07%, Bakar Bata 26.59%, Alor Mengkudu 22.48%, Kubang Rotan 26.92%, Pengkalan Kundur 21.08%, Tokai 27.81%, Bukit Selambau 19.25% dan  Sidam 39.97%. Manakala kawasan DUN di Kedah yang majority masyarakat Cina seperti Kota Darulaman 59.72% dan Bakar Arang 48.06%.  

BN Menang
Berdasarkan analisa yang dibuat mendapati BN hanya mampu menguasai tiga daripada 15 kawasan parlimen. Tiga kawasan parlimen itu ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Padang Terap.  Manakala PR dijangka akan menguasai lapan kawasan parlimen.

Lapan kawasan parlimen yang diramal bakal menjadi milik PR ialah Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Sik, Merbok, Baling, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu.

Baki tiga kawasan parlimen merupakan  kawasan yang seimbang di mana BN dan PR sama-sama berpeluang untuk menguasainya ialah Jerlun, Pendang dan Jerai.

Manakala kawasan DUN yang berjumlah 36 kerusi pula diramalkan PR akan memenangi 20 kawasan Dun dengan agak mudah. DUN-DUN tersebut ialah Sungai Limau, Jitra, Derga, Bakar Bata, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Pengkalan Kundur, Tokai, Bukit Selambau, Bakar Arang, Sidam, Kupang, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Lunas, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara DUN yang bakal menjadi milik BN/UMNO hanya  enam kerusi daripada 36 kerusi. DUN-DUN yang dijangka menjadi milik BN/UMNO ialah Guar Cempedak, Ayer Hangat, Kuah, Bukit Kayu Hitam, Pedu dan Sungai Tiang.

Baki 10 kawasan DUN adalah kawasan seimbang munkin dimenangi oleh mana-mana pihak baik PR mahupun BN/UMNO.  Kawasan yang akan menjadi medan pertempuran hangat ialah Belatek, Jeneri, Kota Seputeh, Ayer Hitam, Kuala Nerang, Bukit Lada, Kubang Rotan, Tanjong Dawai, Pantai Merdeka dan Bayu.

PAS kekal


Berdasarkan analisa ini diramalkan PR khususnya PAS tidak menghadapi masalah untuk terus berkuasa di Kedah. Kerajaan PR sudah mempunyai 20 kerusi yang cukup kuat dan agak sukar digugat sedangkan BN/Umno hanya mempunyai 6 kerusi.

Baki 10 kerusi yang dijangka boleh dimenangi oleh mana-mana pihak itu jatuh ketangan BN/UMNO sekali pun PR sudah mampu menguasai negeri Kedah.

Namun begitu 10 kerusi ini pun PR tetap mempunyai peluang untuk menang. Kemenangan mana-mana kerusi DUN ini merupakan bonus kepada kerajaan PR di kedah.


* Penulis boleh dihubungi melalui nurzaman20@gmail.com

Sunday, November 25, 2012

Isu air: Umno persoal langkah MB Kedah

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
25 November 2012
Datuk Mukhriz Dr Mahathir
Datuk Mukhriz Dr Mahathir
 
ALOR SETAR – Umno Kedah mempersoal tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang memasukan nilai keuntungan RM20 juta dari hasil jualan air kepada Negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2013 walhal belum ada rundingan dibuat bersama negeri itu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Mukhriz Dr Mahathir berkata, bagaimana Azizan boleh mengumumkan  dalam Bajet 2013 bahawa tahun hadapan RM640 juta pendapatan bagi Negeri Kedah dan didalam jumlah tersebut termasuklah keuntungan daripada hasil jualan sumber air mentah dari Negeri Pulau Pinang.

Katanya, tindakan ini adalah tidak benar sebab Pulau Pinang mendakwa langsung tidak dibawa berunding mengenai bayaran yang perlu dibuat, jauh sekali jumlah yang dikenakan.

“Jadi, bagaimana jumlah itu boleh dimasukkan dalam Bajet 2013 sebagai pendapatan Kerajaan Negeri.

“Kalau RM20 juta dah kita ragu-ragu mengenai kesahihannya, apatah lagi dengan RM640 juta yang dimaksudkan dalam Bajet 2013,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Mukhriz berkata, beliau khuatir ini sebagai satu usaha Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengaburi penglihatan rakyat kerana jumlah yang begitu besar.

“Zaman kami (Barisan Nasional) dulu pun tak pernah sampai RM600 juta, paling hebat pun RM500 juta lebih kurang. Tiba-tiba dalam tak seberapa, malah tak runding dengan siapa pun angka RM640 juta diletakkan dalam Bajet 2013 sebagai pendapatan Negeri Kedah.

“Ini belum tentu selepas ini dibawa berita itu untuk seluruh negeri mengatakan kononnya di bawah mereka ini pendapatan mereka lebih baik dari zaman dulu.
 
“Tiba-tiba rakan dia sendiri dari DAP menempelak dakwaan itu kerana mereka pun tak pernah dibawa runding pasal pembayaran RM20 juta untuk pembekalan air mentah kepada Pulau Pinang,” katanya.

Reality politiknya rakyat kat bawah nie hidup aman damai tapi masalah sekarang pimpinan kat atas sahaja yang duduk bubuh 'api'..!!

Pas-Umno kongsi pelamin
MOHD RIZAL ABDULLAH
25 November 2012
Pas-Umno kongsi pelamin
Khemah biru hijau yang melambangkan dua parti politik berbeza turut digunakan pada majlis persandingan.
 
Pas-Umno kongsi pelamin
Abdul Azeez menepung tawar setiap pasangan pengantin.
 
BALING - Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam.

Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; Zulkifli
Ahmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling.

Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza.

“Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali.

“Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan.

“Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya.

Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin.

“Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

Monday, October 29, 2012

Mahathir Khalid mula kona sana kona sini bila jawab 'isu projek sakit'

Mahdzir Khalid hang jangan dok kona banyak sangat, mai jawab soalan2 ni...!!!

"Jawapan Mahdzir sekadar melepas batuk di tangga.."
-YB Abd Ghani Ahmad
 

Alor Setar - Jawapan yang diberikan oleh Bekas MB, Dato' Seri Mahdzir Khalid berhubung isu 'projek sakit' seperti yang didedahkan oleh Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak adalah tidak meyakinkan rakyat dan sekadar 'melepas batuk di tangga'.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad sebagai mengulas kenyataan Mahdzir seperti yang disiarkan oleh agensi berita Bernama.

Berikut adalah kenyataan penuh Abdul Ghani yang diedarkan kepada wartawan:
 
1.     Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid serta kerajaan BN terdahulu diminta memberi penjelasan lengkap berhubung empat ‘projek sakit’ yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Rakyat kini terpaksa menanggung beban angkara kerja mereka dahulu.

2.      Jawapan yang berikan oleh Mahdzir Khalid seperti dilaporkan oleh Bernama, bagi mengulas kenyataan YAB Dato Seri DiRaja berhubung empat ‘projek sakit’ itu umpama melepas batuk ditangga. Ia juga menggambarkan seolah-olah pihak BN tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah yang mereka cetuskan.
3.     Mengenai Yayasan Islam Kedah (YIKed) yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir Khalid berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan. Saya minta beliau terangkan jalan penyelesaiannya, sedangkan bayaran RM11 juta itu adalah perintah mahkamah setelah YIKed kalah dalam kes saman di mahkamah.

4.     Kalau Mahdzir Khalid kata ada jalan penyelesaiannya, maka mengapa penyelesaian itu tidak dibuat semasa beliau jadi Menteri Besar? RM11 juta duit rakyat terpaksa dibazirkan untuk membayar tuntutan adalah jumlah yang sangat besar.

5.     Mengenai Projek 99 East Langkawi, Mahdzir mengakui tanah terbabit milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja. Kenyataan tersebut selari dengan dakwaan Ustaz Azizan Razak bahawa KCB telah menjanjikan tanah (dalam terma perjanjian) yang bukan miliknya. Mahdzir kena jelaskan, bukankah tindakan ini mengundang risiko kerana proses pemilikan tanah dan bayaran premium melibatkan kos yang besar? Bukankah nisbah pemilikan saham 20:80, iaitu hanya 20 peratus untuk KCB adalah sangat kecil? Mengapa pihak asing dibenarkan membuat pemilikan hingga 80 peratus, seolah-olah tindakan mahu menjual negeri?

6.   Mahdzir mendakwa, projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar. Persoalannya bukankah perjanjian pengurusan projek yang memperuntuk nisbah keuntungan 40:60 ditandatangani pada 27 Disember 2007 semasa Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar? Kedah Agro (pihak Negeri) mendapat 40 peratus, manakala Kedah Aquaculture (Kementerian Kewangan Diperbadankan) mendapat 60 peratus. Mahdzir kena jelaskan mengapa keuntungan RM6.15 juta pada tahun 2007 tidak dimasukkan ke dalam akaun bersama yang diwujudkan? Ke mana perginya wang tersebut? Perkara ini disahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membuat keputusan pada 5 Jun 2012 bahawa Kedah Agro tidak mengagihkan keuntungan dan memerintah Kedah Agro membayar RM2.16 juta kepada Kedah Aquaculture. Kedah Agro di bawah pengurusan sekarang terpaksa membayar RM2.16 juta sedangkan duit keuntungan RM6.15 juta itu sudah lesap di zaman BN dulu. Mahdzir tolong jelaskan, adilkah ini?

7.    Dalam Projek Jerai International Park pula Mahdzir berkata, projek telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan. Soalnya mengapa perbincangan tidak dibuat semasa zaman BN di bawah empat menteri besar (Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi Junid, Dato’ Seri Syed Razak dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid)? Sekarang syarikat dari Qatar itu mahu menyaman kerajaan negeri sebanyak RM22 juta, Mahdzir tolong jelaskan ini salah kerajaan BN dahulu atau sekarang? Jika BN yang salah, Mahdzir kena akuinya dan meminta maaf dari rakyat Kedah, jangan berdolak dalik.

Bertarikh: 29 Oktober 2011

keratan BERNAMA:
Serangan oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid di Bernama
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara sembrono.

Katanya, projek 99 East di Langkawi bermula 2007 bernilai RM1.2 bilion yang didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai merugikan kerajaan negeri dirancang menjadi padang golf bertaraf antarabangsa.

"Projek itu telah separuh siap. Kerajaan negeri sepatutnya meneruskannya, (tetapi) menghentikannya dan menimbulkan banyak masalah setelah memenangi pilihan raya umum 2008," kata Mahdzir.

Beliau mengulas dakwaan Azizan bahawa empat projek sakit dilaksanakan kerajaan BN semasa memerintah, memaksa kerajaan Pas Kedah menanggung beban hutang.

Mahdzir ditemui pemberita pada majlis korban perdana di Felda Lubuk Merbau kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini.Sebanyak lapan ekor lembu dikorbankan dalam program tahunan Umno Padang Terap dan dagingnya diagihkan kepada peneroka.

Dalam sidang medianya semalam, Azizan berkata, beliau dan pegawai kerajaan negeri asyik diserang konon kerajaan Pas Kedah dan beliau menyeleweng banyak projek serta letih menanggung beban hutang atas kesilapan kerajaan BN terdahulu.

Mahdzir berkata, projek itu dijalankan secara usahasama antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd bagi membangunkan kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut.

Tanah itu milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja seperti didakwa Azizan, katanya.

Mahdzir, yang juga Adun Pedu berkata, projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Mengenai Yayasan Islam Kedah yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan.

Projek Jerai International Park pula telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan, katanya.

Mahdzir mempersoal tindakan Azizan memberhentikan projek usaha sama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya kerana persepsi semua yang BN buat tidak elok dan betul.

Katanya, Azizan juga gagal melaksana projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub di Yan walaupun pernah memberikan tarikh pecah tanah projek dan projek Keli-K di Sungai Pau, Sik serta kilang mengetin buah rambutan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan.

"Azizan pernah berkata dalam perniagaan ada untung rugi. Kita akui perkara ini. Jadi dia kena bertanggungjawab kerugian KCB di Papua New Guinea tetapi bila dah silap dia salahkan orang lain dan kata saya tak tau.

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata pelaburan KCB di Papua New Guinea rugi besar, dia kena mengakulah. Lagipun Menteri Besar adalah pengerusi KCB dan dia juga yang membawa masuk CEO," kata Mahdzir.

Mengenai pembalakan di Tasik Pedu, Mahdzir mahu Azizan bertanggungjawab kerana membenarkan penebangan balak di kawasan tadahan hujan tanpa melalui Jawatankuasa Teknikal.

Menurut Mahdzir, hanya setelah separuh kawasan ditebang, surat pemberhentian kepada kontraktor dikeluarkan. - Bernama

Sunday, October 28, 2012

Malang Orang Langkawi tak dapat main "Golf Free" sebab Azizan batal projek BN..!!!

 Projek sakit BN: Mahdzir jawab MB Kedah

28 Oktober 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara sembrono.
  
Katanya, projek 99 East di Langkawi bermula 2007 bernilai RM1.2 bilion yang didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai merugikan kerajaan negeri dirancang menjadi padang golf bertaraf antarabangsa.
  
"Projek itu telah separuh siap. Kerajaan negeri sepatutnya meneruskannya, (tetapi) menghentikannya dan menimbulkan banyak masalah setelah memenangi pilihan raya umum 2008," kata Mahdzir.
  
Beliau mengulas dakwaan Azizan bahawa empat projek sakit dilaksanakan kerajaan BN semasa memerintah, memaksa kerajaan Pas Kedah menanggung beban hutang.
  
Mahdzir ditemui pemberita pada majlis korban perdana di Felda Lubuk Merbau kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini.
 
 
Sebanyak lapan ekor lembu dikorbankan dalam program tahunan Umno Padang Terap dan dagingnya diagihkan kepada peneroka.
  
Dalam sidang medianya semalam, Azizan berkata, beliau dan pegawai kerajaan negeri asyik diserang konon kerajaan Pas Kedah dan beliau menyeleweng banyak projek serta letih menanggung beban hutang atas kesilapan kerajaan BN terdahulu.

Mahdzir berkata, projek itu dijalankan secara usahasama antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd bagi membangunkan kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut.
  
Tanah itu milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja seperti didakwa Azizan, katanya.
  
Mahdzir, yang juga Adun Pedu berkata, projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.
  
Mengenai Yayasan Islam Kedah yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan.
  
Projek Jerai International Park pula telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan, katanya.
  
Mahdzir mempersoal tindakan Azizan memberhentikan projek usaha sama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya kerana persepsi semua yang BN buat tidak elok dan betul. 

Katanya, Azizan juga gagal melaksana projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub di Yan walaupun pernah memberikan tarikh pecah tanah projek dan projek Keli-K di Sungai Pau, Sik serta kilang mengetin buah rambutan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan.
  
"Azizan pernah berkata dalam perniagaan ada untung rugi. Kita akui perkara ini. Jadi dia kena bertanggungjawab kerugian KCB di Papua New Guinea tetapi bila dah silap dia salahkan orang lain dan kata saya tak tau.
  
"Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata pelaburan KCB di Papua New Guinea rugi besar, dia kena mengakulah. Lagipun Menteri Besar adalah pengerusi KCB dan dia juga yang membawa masuk CEO," kata Mahdzir.
  
Mengenai pembalakan di Tasik Pedu, Mahdzir mahu Azizan bertanggungjawab kerana membenarkan penebangan balak di kawasan tadahan hujan tanpa melalui Jawatankuasa Teknikal.
  
Menurut Mahdzir, hanya setelah separuh kawasan ditebang, surat pemberhentian kepada kontraktor dikeluarkan. - Bernama

Komen Sahabat :

Mohd Aizat Kamal
betul..setuju dengan kerajaan kedah skang.....apa keuntungan rakyat kalau diterus kan padang golf tu? tak berbaloi langsung untuk rakyat.........keje bn nak abis kan wang rakyat je....kerajaan bn wat masa 2007 tu....1.2 billion..baru untuk padang golf je? padang golf masuk percuma ka? rakyat bawahan ni semua diorang main golf ke..nak masuk padang golf kene bayar..wat gune duit rakyat.....tp rasa ya memang dia wat kerja bodoh yg tk dpt membantu rakyat..cuma untuk tempat lending2 puak2 diorang je yg time tu dia pikir kan..nyaris rakyat dah tau sapa itu bn......pengkianat bangsa & negara.

Saturday, October 27, 2012

MB Kedah pertahan tindakan SUK Kedah

Rasli Basir
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir
 
ALOR SETAR - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir tidak mengamalkan nepotisme berkaitan projek di Pulau Bumbun Besar, Langkawi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia bukan bermaksud mempertahan Rasli, sebaliknya maklumat yang tidak tepat disebarkan hingga menjadi bualan panas dalam blog tempatan kebelakangan ini.

“Tak betul, saya bukan nak bela dia dalam perkara ini, tetapi ramai yang mendapat maklumat salah. Tambahan pula, Rasli tiada kuasa untuk luluskan perkara itu kerana ia perlu dibuat melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen),” katanya.

Beliau berkata, permohonan kelulusan tanah dan membangunkan projek di pulau itu dibuat oleh sebuah syarikat milik penuh Bumiputera beribu pejabat di Kuala Lumpur.

“Setiap pelabur di Kedah yang ingin membuat pelaburan hendaklah membuat permohonan melalui Upen, yang seterusnya membawa cadangan itu ke State Planning Comittee (SPC), di mana saya adalah pengerusinya,” katanya.

Menurutnya, secara kebetulan salah seorang anak saudara Rasli bekerja di syarikat terbabit menyebabkan tuduhan dilemparkan kononnya dia mengamalkan nepotisme.

“Jika begitu susahlah, ada sahaja pertalian saudara, dianggap amal nepotisme. Contohnya saya dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali, dia adik sepupu saya, takkan dia perlu berhenti kerja kerana dia naik pangkat sebelum saya jadi Menteri Besar lagi. Itu tanggapan yang tidak adil,” katanya.

Azizan berkata, semua pihak perlu bersikap adil dalam perkara ini dan beliau sudah pun membuat penjelasan kepada Ahli Majlis (Pas) berhubung perkara itu.

Isu mengenai Pulau Bumbun Besar mula diperkatakan apabila blogger tempatan mendedahkan penglibatan saudara Rasli dalam cadangan projek pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa terkemuka di Asia.

Berdasarkan dakwaan itu, Rasli berhasrat memiliki pulau itu bagi membangunkan projek mega bernilai RM1.2 bilion, melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik Kerajaan Negeri berkeluasan 64 hektar.

Bagaimana pun, difahamkan projek itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan ditolak Kerajaan Negeri. Ini menyebabkan pihak berkepentingan kecewa dan marah, khususnya terhadap Azizan sehingga timbul isu mengaitkan Rasli dan kroninya membuat onar dalam pentadbiran sebagai membalas dendam.

Laporan dari Pejabat Tanah Langkawi mendapati, sebelum permohonan syarikat terbabit, sudah ada pihak lain berminat ke atas tanah di pulau itu sejak 1991.

Pihak terbabit turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi namun tidak diproses kecuali diluluskan sebidang tanah (geran individu) berkeluasan antara 6.7-6.8  hektar di tengah-tengah pulau itu.

Mengulas kemungkinan satu lagi demonstrasi aman diadakan dalam masa terdekat bagi mendesak Rasli meletak jawatan, Azizan berkata, itu hak masing-masing untuk menyatakan pandangan mereka.

“Itu hak mereka, saya tak boleh halang. Masing-masing ada hujah tersendiri, saya bukan mahu pertahan Rasli tapi kedua-dua pihak ada alasan masing-masing kenapa mereka bertindak begitu,” katanya.

Monday, October 22, 2012

Tu dia aihh rupanya ada musang berbulu ayam dalam Wisma Darul Aman..!!!

DATUK RASLI PERKAKAS UMNO/BN (PENDEDAHAN SIRI 2.0)
Oleh : MATA KCS

Pendedahan paling panas!!! Bilik Mesyuarat Pejabat SUK jadi bilik gerakan untuk serang Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah

Kira-kira seminggu lalu berlaku pertemuan sulit empat orang pemimpin tertinggi UMNO/BN Kedah (Kecuali Datuk Johari Baharom) dengan kroni datuk Rasli iaitu orang kuat SADA serta beberapa orang lain.

Pertemuan diadakan di rumah milik mantan pemimpin UMNO di sekitar Titi Gajah, Alor Setar. Antara isu dibincangkan ialah kebimbangan UMNO/BN kesan dari tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah yang bergabung tenaga mendesak Datuk Rasli meletakkan jawatan serta usaha ahli-ahli majlis membongkar penyelewengan wang GLC yang dilakukan oleh kroni-kroni datuk Rasli. Di mana sebahagian wang tersebut disalurkan kepada UMNO/BN untuk kerja-kerja awal menghadapi PRU 13.

Tentang butiran GLC manakah dan siapakah kroni Datuk Rasli yang terlibat dalam penyelewengan tersebut akan didedahkan kemudian. Harap rakyat Kedah dan para pembaca bersabar kerana penulis ingin memfokus isu berkaitan tajuk di atas terlebih dahulu.

Apa yang penulis mahu dedahkan ialah perancangan Datuk Rasli dan kroninya menggunakan kedudukan masing-masing bagi menjayakan Program Kasih Sayang Perdana Menteri (KSPM), Najib Tun Razak di Kedah. Di mana, matlamat program KSPM adalah (1)mensabotaj program E-Sinar dan Skim Kafalah yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah (2) meraih sokongan rakyat miskin kepada Perdana Menteri dan UMNO/BN dalam PRU 13 (3) menghasut rakyat miskin bahawa kerajaan UMNO/BN sahaja yang mampu memberi bantuan di Kedah (4) membina hubungan dengan Perdana Menteri dengan harapan beberapa pegawai KCS akan menjadi calon UMNO/BN, sekaligus dilantik sebagai MB bila UMNO/BN menang PRU 13 (5) barangkali ada agenda peribadi untuk mengisi poket melalui peruntukkan yang diberikan.

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Darul Aman yang dipengerusikan oleh Datuk Adzmi Bin Din, CEO SADA.

Di antara pegawai daerah dan pegawai tadbir negeri yang hadir ialah Datuk Abdul Aziz Bin Abdul Ghani, Nordin Bin Yahya dan Abdul Bari Bin Abdullah.

Melalui program KSPM tersebut, sejumlah dana disalurkan oleh Perdana Menteri terus kepada mereka yang berkenaan. Perbelanjaan ataupun penggunaan wang tersebut tidak perlu mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang biasa diamalkan. Difahamkan, wang yang disalurkan oleh Perdana Menteri berjumlah melebihi RM 400 ribu. Ke manakah wang itu dibelanjakan, bagaimanakah ia dibelanjakan tidak ada siapa yang tahu.

Ada pihak mengatakan, tidak mustahil wang tersebut akan masuk poket individu tertentu, sebahagian sahaja akan dibelanjakan untuk program KSPM.

Persoalannya ialah, adakah wang itu milik peribadi Perdana Menteri ? Jika bukan milik peribadi Najib Tun Razak, maka ia milik siapa ? Sekiranya wang tersebut adalah wang negara, mengapa ia tidak disalurkan melalui kerajaan negeri ? Bagaimana wang milik negara boleh disalurkan kepada pegawai tadbir negeri tidak mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan ?

Hubungan rapat Najib Tun Razak @ UMNO/BN dengan datuk Rasli serta kroni-kroninya umpama kentut dan tahi. Kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain. Datuk Rasli dan kroni seperti nama yang didedahkan adalah perkakas UMNO/BN yang berada di dalam kerajaan Kedah. Peranan mereka ialah menggunakan kedudukan masing-masing untuk menghura-hara dan mensabotaj pentadbiran dan kerajaan negeri Kedah.

Sesungguhnya, pengkhianatan datuk Rasli dan kroninya tidak boleh dimaafkan serta perlu ditentang habis-habisan. Kini bukan masanya buat pendukung Pakatan Rakyat menoleh ke belakang atau menuding jari kepada mana-mana kepimpinan parti maupun kerajaan di atas kemelut yang berlaku. Kita perlu bersatu melanyak dan menyingkirkan Datuk Rasli dan kroni-kroninya.

Percayalah, tindakan mereka adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi yang bersifat gila kuasa dan tamak harta benda serta mahu menjadi maharaja lela di Kedah. Pengkhianatan yang dilakukan akan membawa malapetaka bukan sahaja kepada kerajaan negeri, malah keseluruhan rakyat Kedah.

Kalau selama ini, mereka berjaya merahsiakan dari pengetahuan umum tentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, amalan kronisme, tetapi sekarang ia sukar untuk menutupnya. Pengkhianatan mereka (Datuk Rasli dan kroninya) kepada kerajaan negeri Kedah mula terbongkar satu persatu. Di antara pihak membantu membongkarkan pengkhianatan mereka ialah kakitangan di Wisma Darul Aman (KCS) sendiri yang sudah muak dan meluat dengan tingkah laku mereka.

Umum tahu bahawa ramai pegawai tadbir (KCS) yang bukan kroni telah diinayai di bawah pentadbiran datuk Rasli. Ada pegawai tadbir negeri yang dihalangkan kenaikan pangkat, anak kesayangannya dinaik pangkat dengan cara memintas lebih 38 orang pegawai tadbir negeri yang lebih senior, ada kes pegawai tadbir negeri di tukar tempat kerja kerana tidak bersetuju menjadi alat konspirasi denganya dan macam-macam lagi. Pendek kata, sokongan pegawai tadbir negeri kepada Datuk Rasli sudah merudum iaitu tidak sampai 20 peratus.

Diberi tahu, jamuan makan malam anjuran Datuk Rasli kepada kontinjen KCS di Temasya Sukan di Kuala Terengganu telah diboikot. Banyak makanan yang tidak habis dan kerusi kosong. Ia mesej jelas bahawa pegawai tadbir negeri (bukan kroni) datuk Rasli semakin berani menunjukkan sikap mereka. Ia adalah petanda baik buat sistem pentadbiran awam Kedah di masa depan. Harapan Datuk Rasli untuk mencucuk hidung pegawai tadbir negeri seperti kerbau tidak berjaya kecuali beberapa kerat (pegawai tadbir negeri) yang bersedia menjadi budak suruhannya dengan harapan mendapat keistimewaan dalam pentadbiran.

Pekung jahat datuk Rasli yang semakin membusuk dan bernanah tidak boleh dibendung lagi. Kekuatannya hanya bergantung kepada belas ehsan Al Sultan Negeri Kedah. Tanpa Al- Sultan Kedah, riwayatnya akan dikuburkan, bukan oleh ahli-ahli majlis tetapi pegawai tadbir negeri (KCS) sendiri. Namun, dipercayai Al Sultan Kedah sudah mengetahui tentang hal ini, barangkali mengambil sikap tunggu dan lihat sejauh mana isu ini akan berlaku.

Seorang pegawai (KCS) berkata, dia (Datuk Rasli) sepatutnya menjalankan tugas secara profesional….. pegawai kerajaan tidak boleh bertindak bagi pihak musuh parti memerintah kerana ia perbuatan mensabotaj dari dalam.

Katanya lagi, kalau dia nak berkonspirasi dengan parti (UMNO), elok letak jawatan dan bertanding dalam PRU 13. Lawan secara demokratik?”.

“Dia tunjukkan contoh tidak baik kepada orang bawahannya, kroni-kroninya yang masuk lokap (ditangkap) SPRM masih boleh duduk senang lenang. Tapi, jika KCS bukan kroninya, pasti dia kurung dalam peti ais atau kenakan tindakan tata tertib”, merungutnya lagi.

Hujahnya lagi, “pengamatnya datuk Rasli manusia pendendam, pentingkan kaum keluarga serta pandai menyembunyikan kesalahan yang dilakukan. Kebiasaannya orang lain akan menjadi kambing hitam bagi pihaknya”.

Muda-mudahan pendedahan ini akan membuka mata rakyat Kedah dan pendukong Pakatan Rakyat bahawa tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah melanyak dan ingin mengusir Datuk Rasli dari pentadbiran negeri adalah tindakan tepat dan berasas.

Sunday, October 21, 2012

Betulkah Kerajaan Negeri Kedah tidak telus dan takut dengan kakitangan UMNO dalam wisma. ???

oleh BANG MAT KOLA


Betulkah Kerajaan Negeri Kedah tidak telus dan takut dengan kakitangan UMNO dalam wisma. Sebab apa bila dilihat sebarang isu yang timbul sejak dua menjak nie banyak yang menyalahkan golongan-golongan UMNO yang masih berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

SUK dengan cara SUK nya..KCS dengan isu KCS nya... DO dengan isu DO nya..Penghulu dengan isu Penghulunya.. nampaknya semua golongan ini Kerajaan Negeri seolah-olah tidak dapat mengawal kerja buat  mereka.... Ataupun ianya dilihat seperti Kerajaan Negeri memberi muka dan berlembut dengan mereka.

Cuba lihat isu SUK Datuk Rasli... sudah berbakul-bakul rupanya kesalahan yang di bongkar sejak dua menjak nie...kenapa benda ini didiamkan..jika dah ada orang salahgunakuasa... menyeleweng... songlap duit rakyat kenapa harus didiamkan sahaja kesalahan tersebut.... laporkanlah kepada pihak berkuasa supaya mereka ambil tindakan... nie tidak ianya diperamkan sahaja...


Lihat pula isu KCS Perumahan yang buat tuntutan melampau berjuta-juta nilainya sampai didedahkan oleh Jab. Audit Negera. Bila didedahkan barulah ianya menjadi time bom dan pengetahuan rakyat semua.. kes ini sama macam NFC dulu jika tak keluar dalam Laporan Audit tentu kita tak akan tahu begitulah dengan kes tuntutan ini... bila didedahkan lalu kita sebok kilas berhujah mengatakan ianya dilakukan olehorang itu orang ini...

Itu belum lagi DO dan Penghulu yang duduk berkempen untuk UMNO BN siang dan malam tak kira waktu bekerja atau pun tidak...

Jika dah tahu mereka buat salah dengan harta rakyat kenapa harus disimpan lagi dedahkan sahaja tak pun bagi pihak terbabit tidak panggung kepala lagi untuk buat benda salahguna kuasa ini... tapi semua ini tak berlaku... golongan-golongan ini dilihat seolah-olah lebih berkuasa dan bermaharajalela dalam kerajaan negeri walaupun hakikatnya kita yang memerintah negeri ini..

Diharap selepas ini bangunlah wahai semua...jangan ingat rakyat akan angguk sahaja apa yang anda lakukan sekarang ini..nampaknya ada benda tak kena yang harus dibetulkan..jadi betulkan lah sekarang sebelum semua sudah terlambat....

Tuesday, September 25, 2012

TERKIAL-KIAL LIDAH umNO(Baru) KEDAH, AUTA MEREKA DISIRAMI TITAH TUANKU SULTAN.

AHAD: 7 ZULKAEDAH, 1433 / 23 SEPTEMBER, 2012
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

Sebelum saya lanjutkan rencana ini, disini saya lontarkan satu soalan cepu emas kepada pembaca, pembaca sendirilah berusaha mendapatkan jawapannya, "Diantara titah resmi Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah pada Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH ke-14 adalah benar lagi benar, atau tohmohan dendam kesumat lidah pemimpin umNO(Baru)Kedah, kepada Kerajaan PR dan pemimpinya. Siapa yang benar dan siapa yang dusta?".

Saya terpanggil kali ini dan saya kemukakan soalan diatas untuk menyingkap tabir, agar dapat melihat tingkah laku pesilat dan gelagat mereka mengikut puak dan penyokong umNO(Baru) Kedah yang tak kesudah. Mereka bertelagah dalam banyak pekara, menanti masa sahaja untuk pecah. Jadi untuk palam kambus membendong fenomina tersebut, mereka cetusan dan gempaq mengubah padang bersekali pintu goal mensasar arah dekat kerajaan PR Kedah. Supaya reda mengabui mata pengikut penyokong umNO(Baru) tak perasan terhadap pergeseran pertembungan jawatan, kuasa dan pemegang dana sekali sekali gugur dari sumber Putrajaya. Jadi puak-puak pemimpin umNO(Baru)bN Kedah, tak kesudah berentak berebut untuk ditabal mertabatkan sebagai juara didepan mata ahli penyokong mereka. Walau formula auta propoganda diguna.


Masing-masing petah dengan lidah yang gatal manakala giginya goyang, sejak akhir-akhir ini mencari mangsa. Kenapa? Mereka agak melampau menerjah kepimpinan Kerajaan PR diterajui oleh PAS, membabi buta mamai dan mamun sejak umNO(Baru) Kedah menjadi aruah kerajaan dah hampir 5 tahun, tetapi masih buta maklumat dan pengetahuan. Terdapat penyokong umNO(Baru) Kedah baru sedar dan yang engkar-enggan sedar, memperakui umNO(Baru) Kedah kini adalah PEMBANGKANG di Kedah selepas kalah ditolak rakyat pengundi di PRU12 pada 8 Mac, 2008 yang lalu. Pembangkang Kedah @ umNO(Baru)bN cuma membuat kalut macam ribut, untuk muslihat lapangkan dada pengikut ahli, yang terhakis ketirisan usang projek dan seumpamanya terhenti dibagi untuk menampung lubang memelihara periuk hidup.

Untuk menghibur dan mengambil hati penyokong pegikut, makanya pemimpin umNO(Baru) Kedah berebut peluang dekat RTM, MediaPrima dan akhbar perdana nak tunjuk muka dekat rakyat supaya kerja olok-olak itu macam sungguh-sungguh. Supaya penilian gred tahap perdana dicapai digenggam dapat disaksi pentadbiran di PWTC serta diangkat disahkan oleh penguasa di Putrajaya dan pemutusnya dari DS Dr RM WPN, hhhhaaa!!! Hebatnya umNO(Baru) lanie. Sebab itulah sejak penghujung tahun 2010 aku dan hampa mula dah, buat-buat kalut mencari sedikit sebanyak kekurangan dan kelemahan kerajaan PR Kedah dan menjadi gah dikaca tv dan akhbar perdana, samada ianya realiti dan pasti apa aku peduli, janji muka aku masuk tv kecam PR, kecam MB Kedah Kerajaan Pembangkang. Sah haramjadah sebenar mu.

Jaadi!!! Jadi!!! Jadi!!! Akulah layak kerana aku berani lanyak PR, hampa pun dah tengok kelih terpapar wajah aku diTV, Utusan Meloya dan Berita Heran. Jadi hampa tolonglah jolok ampu angkatlah kepercayaan sekali lagi dekat aku, di PRU13 sebagai pupoh balun Kapar - Kadun di kawasan aku idam dok putar keliling kampung jaja umNO(Baru) sambil merendahkan PR dan Negeri Kedah pimpinan YAB DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Sepenggal lagi baru dapat linggok harta untuk 7 keturunan nak senag. Allah Tuhan semesta 'alam yang sifatnya Al Kabir Ar Rafiq; seringkali terpaculnya propoganda dari pemuka puak umNO(Baru) itu diterjah kepada kerajaan PR Kedah pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak. Ketika pemuka-pemuka pelakun pelaku didepan wartawan tv RTM, MediaPrima dan akhbar perdana menjawab solan wartawan, maka jawajabnya sentiasa berligar masa dan tempoh berikut;

Ditahun pertama dan kedua, sentiasa wartawan RTM, MediaPrima dan akhbar perdana dilembukan oleh pemuka-pemuka umNO(Baru) Kedah yang keciwa hancur luluh umNO(Baru) kalah di PRU13, ketka itu mereka terdesak dan mengasak. Mereka tak dapat tidor pejam mata, macam kelawaq dan buru hantu. Sampaikan rakyat menyampah untuk tengok TV1&2 dan TV3, 7, 8 dan 9 apalagi Utusan Meloya. Kerana hidangan dan sajian berita mereka banyak dan besarnya adalah propoganda auta. 'Seingat Pak Long bila jalan ni terok macam ni, macam kerajaan la tak peduli?' Pak Long pun jawab. "Tak tau la nak kata apa dah la ni sebaik lepas PRU12 baru-baru ni, Pak Long dah 11 kali mengundi. 2 X pangkah kapai layar, selebihnya pangkah dacing dan sedas saja pangkah bulan purnama, jalan dok macam tu juga". Pak Long selamba gelek kepala, wartawan pecacai umNO(Baru) menyacak suka dah dapat berita.

'Mak Lang awat malang nasib Mak Lang jadi macam ni? Dah merdeka 52 tahun, kerajaan tak ambik peduli tentang nasib Mak Lang dan penduduk yang lain? "Tak tau la cik ooooooiiiiiiii nak kata apa lagi, nasiq dah jadi buboq sebulan dua ni, jaman mak dan pak Mak Lang dulu jaman Tenku Draman, tak pernah tukar pangkah yang lain, dok pangkah dacing. Mengundi baru pinta JKKK tulong pangkah kerana mana kelabu. Tapi Mak lang pesan bebuih mulut, jangan silap tulong pangkah tau. Tolong pangkah tang calun dacing di 2 lai kertas, ini amanah tau". Setianya Mak Lang selama-lama pangkah undi dacing, kenapa Mak Lang tak dapat pembelaan nasib hidup Mak Lang?'.

Aissss, jangan kata macam tu, "Setiap kali nak mengundi depa mai jengok dangau Mak Lang. Baik sangat hati depa, bagi kain batik cap katak puru selai, baju kurong kedah salai, roti manyat kalau dulu 2 kati la ni bagi sekilo macam tu depa habaq, gula sumpit, beras cap andoq sebag kecik larat angkat. Dulu depa huloq not merah cap kerbau mengala sekeping la duit merah cap Agong 2 lai, tahan belanja kalau duit tu simpan dalam upih mai nak mengundi pulak".

Tak sampai hajat jawab dekat wartawan, dilanjut bual Mak Lang. "Pasai jadi macam ni, susah mentah kedarah macam dulu, kerana Kedah lani umNO(Baru) kalah. Tak perentah dahhh!!! Sebab tulah punya susah memanjang. Kerajaan baru tak ambil peduli, baru 3 bulan jadi kerajaan". Tersengeh banga pemuka umNO(Baru) Kedah dan wartarotan dah pungut berita sensasi. Macamtu jawapan orang tua kampong, itu cuma 2 kesah dikalangan ratusan cerita. Semuanya berkisar kerajaan yang memerentah sejak merdeka sampai 50 tahun merdeka mengabaikan rakyat jelata. Disinilah etika melapor berita diletak dipungkoq oleh wartawan. Mereka bukan nak dapatkan kebenaran yang hakiki, tetapi sensasi berita untuk kalut, akhirnya jawapan sensara rakyat kembali menikam menusuk kepada aruah kerajaan umNO(Baru)bN Kedah. Itulah hakikatnya.

Disudut inilah saya bersimpati dengan perubahan perasaan dan tekanan rakyat pengikut umNO(Baru)bN kampong, dan peneroka bandar yang mendesak kepada pemimpin mereka. Dahulunya diperengkat JKKK atau paling bawah pemimpin umNO(Baru) Kedah dikampong-kampong mau pun dimana-mana. Ketika ada kerajaan negeri: bersin, batok, kentut, tulong bayar fee dan apa-apa permohonan, dah dalam rengkong masing-masing dapat habuan ikut jelujor kedudukan. Songkok tinggi dapat nilainya. Selipar sendal murah berpada cekahnya. Kasut domoi boya, baju koprat padan dapatnya dana, putar di Alor Setar Kota Darul Aman, ligan ke Putrajaya besembang di PWTC masuk hotel gebang. Tak taulah nak kata dapat banyak mana mereka. Ini adalah colsultant tak bertauliah umNO(Baru)bN. Orang kampong panggil orang tengah/broker.

Abah saya kata tula barua cari mentah kedarah atas belakang orang, pantang minta tulong depa mesti gulong tak kera orang susah papa kedana. Janji hun depa tak keleceh kelincaq. "Tak uloq macamana nak jalan kalau suroh dengan air lioq, salam kosong dan doa". Ini adalah unggapan popular dikalangan umNO(Baru)bN dimana-mana Mereka terpaksa lakukan sebagai kerja rutin untuk menutup panau dan korap yang memenuhi badan mereka. Mencari dosa basah dan dosa kering, menabor fitnah dan mengadu dumba. Mereka berusaha bersungguh kebukit, kerimba daratan dan lautan mencari keburukan kerajaan.

Kesian tengok orang kampong yang dalam hidup mereka dalam lengkongan budaya umNO(Baru) yang serba serbi berjangkit dengan rasuah dan mehong. Kadang-kadang sesetengah JKKK juga Ketua umNO(Baru) cawangan. Cop mereka cukup beharga untuk mencari makan. Pantang minta terjun cop, tak uloq ka sikit? Mereka pemuka-pemuka ni beharap sangat kalau orang kampong nak minta tulong dekatnya. Seperti nak jumpa wakil rakyat, nak pi jumpa exco atau pegawai kanan di Kota Darul Aman semasa umNO(Baru) merentah dulu. Orang kampong kena boh minyak kereta, belanja makan. Lepas jumpa pegawai dapat borang, suroh orang kampong dibawa kerjit mata keluar dulu dari bilik pegawai, bincang tak habis lagi. Lepas 3 minit keluar dapatkan Mamat Minah tadi, "Pegawai tadi tanya kalau nak cepat lulus kena........". Macam peham-peham adat tu, susahlah kalau kita nak minta tulong berurusan "Seratus cukuplah". Tak jalan banyak tu, aku taulah aku lama kenai dan kawan dengan dia. "Tak pa 200 lagi aku tambah jadi 300". Uloq mai aku nak pi bagi dekat pegawai tu.

Sama bejalan telindung sikit dia pederas masuk jamban, 5 minit lepas tu mai jumpa Mamat Minah balik. OK!! Beres, dia ok. Pegawai tu haram tak tau apa-apa barua broker tadi dapat 300 ringgit. Begitulah sentiasa berulang mereka broker-broker umNO(Baru)bN menipu hidup orang kampong. Minta ambil borang, pinta tolong tukar anak sekolah dan apa-apa jua urusan, semuanya menghasilkan wang rasuah dari akar umi dah menjalar kerana dimulakan pihak atas membayar yuran menjadi ahli dan yuran tahunan, disitulah mulanya rasuah bila ikatkan diri menjadi ahli dibayar oleh pemuka-pemuka yang berkepentingan sampailah kesudahan menjadi ngor pecacai pemimpin.

Takdir bejaya sungguh bila Mamat Minah bagi tau dekat broker tadi, sedangkan broker power tak tau apa-apa langsung. Sambil hempas tangan! Tu la aku kal dari KL hang tak dapat nak bagi tau pasai tu. Aku tok wakil ajak pi Putrajaya, Siberjaya PWTC. Jumpa pegawai tu disana dia bagi tau dah lulus permintaan tu. Dia terus kelentong, pegawai tu kata kat aku, tak boleh ka pecukup jadi RM500. Ikut suka hang la Mamat Minah nak bagi tak bagi, nanti lain masa kalau lekat sangkut hampa jangan minta tulong kat aku lagi. Beres kalau nak 200 lagi, pasai kerja jadi. RM200 lagi broker umNO(Baru) sebat, kesian dekat orang kampong. Itu dalam kadar nisbah kecil. Hatta sampai ribu, puloh ribu dan ratus ribu menjadi rasuah broker dkalangan pemuka umNO(Baru)bN betakah-takah tidak menjadi bisul barah dan nanah. Semuanya jalan halal dalam hukum umNO(Baru)bN. Di Kedah kurang sikit kerja macam tu bila umNO(Baru) Kedah tak dak lagi kerajaan, tunjuk megah samseng di luar kota Darul Aman saja.

Akhirnya mereka pemimpin-pemimpin umNO(Baru)bN dari puak yang berbalah itu berebut sakan mendapatkan peluang untuk mencipta masalah untuk dibawa ketengah. Mencipta helah dijadi bokti dokumen yang sah dalam misi propoganda murah. Mereka menghala kepada MB dan kerajaan PR menuntut menangani dan membuat penyelesaian berita sensasi yang mereka propoganda, hingut pagar pejabat Kota Darul Aman. Kebanyakkannya adalah makan upah untuk berhimpun kecil buat satu sepanduk kecil lompat kinja Kadangkala pekara yang sama diulangi dalam berbagai bentuk dan arca dipertunjukkan. Bertujuan menganggu mengugat kerajaan. Yang mana masa untuk merealisasi kelicinan perjalanan pentadbiran kerajaan, terpaksa masa diagih pula untuk menjawab tohmoh dan fitnah dari pembangkang umNO(Baru) tersebut. Kalau tidak, pasti rakyat keliru.

Sampai saat ini penguasa umNO(Baru) Kedah terus menipu dan bohong kepada pengikut pecacai mereka, sentiasa lidah bercabang dan berlapis itu menyebut Kerajaan Pembangkang Kedah, haramjadah, sadik hati mendengar. Malu dekat dunia luar pemimpin kerajaan bN dan komponan parti dalam bN tidak mengaku kalah dalam PRU12 di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tidak memperakui kemenangan PR dan penubuhan kerajaan PR dinegeri tersebut, sampailah parlimen hampir nak dibubar walau DS Najib Al Haj bermain lawan tarik rambut kembang dengan bini ke2nya menjadi kecut dan licin meminyak. Oooooiiiiii!!!!! Pemimpin umNO(Baru) dah buta perut jangan butakan sama dekat pengikut dibawah. Dekat kampong, pelida di Keda maupun di Felda. Mana ada dalam dunia Kerajaan Pembangkang? Kecuali dalam kamus umNO(Baru) di muka surat C4 dapatlah dibaca kot.

Disaat saat mereka menuding jari menghala ke Kota Darul Aman, membuat tohmohan bersiri, kadang-kadang kitar semula. Dah beberapa kali hakikatnya mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengali dan terjun ketelaga tahi yang mereka berak sejak merdeka sampai pada 8 Mac, 2008. Mereka, pemimpin pemuka umNO(Baru) Kedah dari beberapa puak berpecah, sebenarnya mereka bangkit dan rangi menonjolkan diri macam timbulnya pelampong plastik dipukat hanyut, mencanangkan mereka bekerja sungguh-sunguh untuk bangunkan umNO(Baru) Kedah. Jadinya akulah layaknya penguasa di PWTC tengok kelih diangkat ditaulihkan sebagai balun Kapar atau Kadun. Bukan itu sahaja, perut hijau pedai pun dikeluarkan yang mana perbalahan rebut jawatan MB diluar PRU13. Jenis apa menesia ini?

Memang saya membela kerajaan PR Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan Abdul Razak tetapi diatas kebenaran, ketelusan, keiklasan dan kejujurannya dalam mentadbirurus perjalanan pengurusan dan pelaksanaan kerajaan dan jentera kerajaan. Kewibawaan YAB MB Kedah sekarang dan saf exconya yang semuanya profesional mengikut kepakaran masing-masing yang cukup lengkap asam garamnya. Sekiranya tidak salah ingatan dan fakta, sejak merdeka hingga 8 Mac 2008, selepas tarikh itu makanya inilah rekod terbaik saf exco kerajaan negeri Kedah Darul Aman yang profesional, memiliki sahsiah yang unggul, bebas dari rasuah menipu rakyat dan sebagainya khususnya datang exco itu dari komponan mewakili PAS, ini adalah realiti. Mereka berpengalaman lama selama perkhidmatan penting dalam kerajaan, perkhidmatan swasta dan menubuh firma sendiri mengikut kepakaran pro masing-masing. Barisan exco dari umNO(Baru)bN dulu-dulu tidak dapat mengatasi rekod exco dilahirkan dipersembahkan oleh PAS dan PR dalam merealisasi pelaksanaan memerentah Negeri Kedah sesi 2008 - sekarang sebelum parlimen dibubar.

Tuduhan buruk khusus kepada kerajaan PR Kedah, khasnya kepada YAB MB adalah diatas sifat cemburu dan khianat semata-mata dari pemimpin umNO(Baru)bN yang dendam kesumat dan keciwa rakyat pengundi menolak mereka di PRU12 dulu. Diatas faktor bersih kerajaan dalam mengurus tadbir serta bebas dari rasuah dalam menjalankan projek pembangunan langsung untuk rakay dan pemimpin umNO(Baru dan gengnya tengok mata putih, tak dapat karau kaut habuan macam dulu-dulu ketikamana lama mereka memerentah. Mereka kesal dan mereka dukacita. Hakikatnya, bila mereka babap, anak cucu bergelomang dengan rasuah, jadi mereka fikirkan PAS PR dalam menjalankan projek pembangunan samalah tutuh sebahagian kos bajet kepada pimpinan PAS PR, sama semacam seperti mereka.

Tentang pasai ini umNO(Baru)bN Kedah dan jong-jong usung broker power mereka ini silap sakan berpendapat sedemikian. Saya boktikan kesilapan umNO(Baru) Kedah menafikan tuduhan mereka keatas pimpinan PAS PR Kedah:

1. Sehingga kini tidak terdapat seorang pun Adun/Exco dari PAS-PR ditangkap polis dibawa ke mahkamah.

2. SPRM sehingga kini dalam penyiasatan dijalankan disebabkan laporan dari umNO(Baru) Kedah, yang dipaparkan dimedia. Semuanya ditutup kes kerana bebas dari rasuah dan sumber rasuah.

3. Paling ditakuti digeruni adalah report tahunan pendapatan perbelanjaan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB DS Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat sanjungan penghargaan dan kepujian tinggi diatas telus lagi berhemah dan berhemat pengurusan kerajaan negeri dibandingkan dengan kerajaan dahulu dari Ketua Odit Negara JON. Pembaziran dapat dihapuskan. Pembaziran dinafikan dalam urus tadbir berkaitan tuntutan perbelanjaan MB dan Exco. Khususnya hasil kutipan hutan/balak ditingkatan ratus ganda dikutib.

Ini-ini semualah menyebabkan pemimpin umNO(Baru)bN Kedah berpendapat, kalau rakyat terus memberi kepercayaan kepada kerajaan PAS-PR untuk terus memerentah selepas PRU13 ini, pasti nasib umNO(Baru) bN Kedah, akan senasib terpinggir, disudut penolakkan rakyat berterusaan tak kesudhan dengan menjeja tapak dan langkah sifu mereka umNO(Baru) Kelantan yang. Yang bertukar ganti , diangkat semula duduk Pengerusi Badan Perhubungan umNO(Baru) terkial-kial lebih 20 tahun.

Sekian tahun detik menjelang PRU pemimpin perdana dari PWTC bersekali dana gempar dari Putrajaya, turun ke Kelantan tabor dan peroi janji demi janji. Sedangkan jajnji dulu dimungkiri dikhianati, diukir ulang janji baru diatas janji lama. Semuanya auta belaka nak majukan Kelantan. Sedangkan negeri bN selama 55 tahun masih separoh negeri kebelakang dari Kelantan dibawah TOk Guru. Kini mimpi ngeri siang hari untuk menawan kembali Kelantan dibawah umNO(Baru).

Apa yang ada kelebihan keutamaan special pemimpin PAS tidak terikut oleh pemimpin umNO(Baru) terutama dalam ilmu ugama dan amalinya. Tetapi kekurangan pemimpin umNO(Baru) dalam pengetahuan pemimpin PAS dan pengikutnya. Jadi mereka bangun bertindak membuat fitnah langsung kepada pemimpin kerajaan PR Kedah sekarang. Kini rakyat dah sedar dan faham. Rakyat dah mengerti memilih diantara dacing senget dengan bulan purnama. Ibu segala ketakutan pemimpin umNO(Baru) Kedah dan umNO(Baru) PWTC adalah setahun jagung memegang tampok Kerajaan Negeri Kedah, mereka berpendapat bahaya dari Kota Darul aman sekarang untuk umNO(Baru)bN Kedah hampa jangan buat-buat mudah.

Penguasa kerajaan pusat di Putrajaya, pengendali umNO(Baru) di PWTC terkejut berok, diluar kepercayaan yang mana Kerajaan Kedah PR pimpinan YAB DS Ustaz Azizan Abdul Razak, tanpa mengharapkan bantuan kerajaan pusat (memang tak akan bagi pun) mampu mendirikan sebuah kampus universiti di Kuala Ketil, kini dah 85 peratus siap dengan perbelanjaan yang limited, projek bersaiz mega.

Tegak berdirinya kampus Kolej Universiti Insaniah Kampus Induk di Kuala Ketil

(Sejujurnya, maafkanlah saya kerana tekanan emosi disini, untuk saya memperkatakan yang keluar dari dzamir saya. Sebaik saya keluar pembedahan jantung kali ke2 dari GH Pulau Pinang. Tarikhnya dalam pengetahuan isteri dan anak-anak walau mereka enggan benarkan saya. Pemutusnya adalah saya. Saya pohon ditemankan seorang sahabat pada 22 Ramadan, 1432 bersamaan 28 August, 2011 selepas solat Asar saya sampai kepekarangan kampus Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil, saya menyandar siperdu kelapa sawit ditepi tasik baru.

Mata saya terus memerhati kerja-kerja tapak pembinaan, asas bangunan rancak diselenggarakan. Samada kesakitan saya air mata saya mengalir deras melihatkan projek mega dengan azam yang tinggi, keluhuran memerentah mampu seorang ustaz ulama' yang seketika kuasa dalam genggaman, ia tidak mencengkam tetapi rakyat dah saksikan projek mega diluar manifesto megah berdiri ditahun ke2 menjawat kerusi MB Kedah. Hebat anda wahai temanku Ustaz Azizan.

Ketika mana pemusatan mata dan minda fokas kepada Kolej Induk Universiti Insaniah sedang dibina, tiba-tiba minda saya terbias ke Pokok Sena. Disitu pemecah kepercayaan rakyat kepada pemimpin PAS berterusan bersambungan. Disitu tertegak lebih awal diluar nama kerajaan Kampus Darul Ulum. Dibena dari kerengat dana titik peluh umat-umat Islam, ahli PAS dan penyokong PAS diatas pengurbanan besar dan usaha yang tidak ada tandingnya oleh pencetus pengerak dan pemikir sebagai akitek Komplek Darul Ulum Almarhum Ustaz Fadzil mohd Noor, jasadnya juga dimakam disitu, Subhanallah.

Terbayang dimata saya Almarhum Ustaz Othman Marzuki dan teman-teman yang lain yang mewakafkan diri mereka dalam pembinaan penyiapan Komplek Darul Ulum, isak dan sedu membuatkan sahabat memapah saya meninggalkan kampus Kolej Induk Universiti Insaniah Kuala Ketil. Sahabat membawa terus saya dapatkan rawatan di Klinik SP, dan terus saya dirujuk ke GH PP. Bermalamlah saya disana 3 malam. Isteri dan anak dukacita dengan saya bila berkunjung menziarahi saya) maaf pada slot ini.

Sesungguhnya diatas kewibawan dan kebijaksanaan Kerajaan PR dikemudi PAS dibawah pimpinan unggul YAB DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Patentnya, rekod diri pribadinya seorang ulama', pendidik, pensyarah, profesor tamu di Philipina, dekan di UKM, diatas paksi inilah beliau mengikat perut, memerah minda membuat keputusan, makanya kini dah 85 peratus siap kampus Induk Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil. Pembinaan, penyiapan kampus Induk Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil ini dijangkakan siap sepenuhnya diawal tahun 2013, InshaAllah.

InshaAllah sesi 3013 setidak-tidaknya kampus baru dapatlah menerima pelajar sulung kampus baru, dengan penuh kesyukuran tunduk kepada kehendak dan keputusan Allah dalam satu-satu pekara, walau dimata lenndir mannusia mustahil apalagi dikacamata pemimpin umNO(Baru) Kedah dan pusat. Mana boleh tanpa peruntukkan dimasukkan dalam plan-plan Malaysia yang ke (tak tau) dengan bajet peruntukkan mega mampu dilaksanakan oleh sebuah kerajaan negeri yang miskin. Itu pendapat umNO(Baru) semua.

Kerana yang dah termaktub dalam Plan-plan tertentu, universiti menjadi kepala titi, lebuh raya menjadi heboh saja tak dapat dilaksanakan disebabkan tidak kemampuan kewangan kerajaan umNO(Baru)bN pusat.

Ada kampus Kerajaan bN di negeri lain yang 5-6 tahun dulu pembinaan dari Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil, terkial-kial dalam pembinaan, disebabkan dana keluar yang besar, hasil projek mengecil. Bertukar ganti kontraktor macam tukar salin bra, cincin beg tangan WPN. Diatas hebat dan tertegaknya Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil, natijah besarnya pemimpin umNO(Baru)bN kedah jadi tak ketahuan. Tak tahan dengan projek besar mampu diaplikasi oleh MB seorang Ustaz bertolak dari PONDOK. Mampu, berjaya mentadbir urus negeri dengan mendapat pengiiktirafan dari Ketua Odit Negara.

Diatas bijaksana mentadbir, mengurus melaksanakan pembangunan untuk rakyat secara langsung. 51 tahun memerentah UMNO-Perikatan, umNO(Baru)bN tak mampu mendirikan kampus sehebat kampus kolej universiti seperti di Kuala Ketil. Inilah hakikat dan realiti.

Seiring dengan bangun pembinaan siap dengan megah Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil, disaat inilah Allah taqdirkan, kerajaan Ustaz Azizan akan kembali berdepan dengan rakyat untuk mendapatkan mandat kedua dalam PRU13 pada bila-bila.

Rakyat sendiri dapat melihat dengan mata lendir kampus tersebut, gunakanlah minda yang sehat dengan iman yang kental, disudut membuat keputusan ketika kita mengundi untuk memilih kerajaan pada PRU13 ini. Jadi wujudlah cemburu dan dendam tak kesudah dengan akan bila-bila kampus kolej universit tersebut akan siap dan berpenghuni. Gegaja dengki inilah mengundang pemimpin umNO(Baru) menjadi ahli sokan, sakan dalam lompat tinggi dan jagoh pidato.

Sedikit sebanyak kekurangan didapati pada Kolej Universiti Insaniah diumpamakan macam seekor kijang, makanya pemimpin umNO(Baru)bN yang keciwa dendam kesumat, angkat julang kijang menjadi sebesar gajah sepanjang naga. Itula mereka kenalilah pemimpin umNO(Baru) Kedah. Dah bermadah dua tiga tahun yang lepas TDM umNO(Baru) diasasnya itu BUSUKNYA SAMPAI KEUSUS. Ianya segala buruk, tahi shit sampai keusus itu kembali sampai kepada jahat buruknya kepada aruah kerajaan UMNO/Perikatan, umNO(Baru)bN yang memerentah selama 51 tahun sebelum PR mengambil alih kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Hampir sepanjang tahun 2012, mantan MB Kedah terakhir, tampil mengadu pengaroh dan untuk mendapat sokongan lokal dan dari PWTC beradu dengan Pengerusi BPU Negeri Kedah pegantinya dan TM anak TDM. Makanya, menyerang dia tak habis-habis disemua sudut dekat Kolej Universiti Insaniah. Kalau dipadang bola, beliau menjadi pengurus, jurulatih, pengadil, penyerang, pertahanan dan penjaga gol. Semua perananbeliau gunakan untuk meruntuh Kolej Universiti Insaniah, beliau gagal dan terus gagal. Serangan tanpa gol dikaki dan tidak mendapat latihan dan dari penasihat yang adil, beliau kandas untuk memburukan kepimpinan dan pengurusan Kolej Universiti Insaniah. Kesian usahanya tak berbaloi dan mengundang padah.

Saya ingin sungguh melihat keberanian mantan MB mantan Pengerusi Badang Perhubungan umNO(Baru) Kedah anak emas Tun Lah Bedawi itu, untuk terus mempertikai Kolej Universiti Insaniah, diatas kejayaan pentadbiran pengurusan dan pertambahan akademik hatta kampus induk bila-bila akan siap sebagaimana titah Tuanku Al Sultan Kedah juga DYMSPB YDA di Konvokesyen Ke14 baru-baru ini.

Wednesday, September 19, 2012

KUIN tangkis dakwaan bahawa pembinaan kampus induk cuma angan-angan

ALOR SETAR – Perkembangan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil yang pesat dan membanggakan sejak permulaanya hinggalah ke hari ini telah menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyangka bahawa pembinaan kampus tersebut hanyalah angan-angan kosong dan pelaburan yang membazir sahaja.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, sebelum ini, ada pihak yang menyangka bahawa usaha penubuhan KUIN ini hanyalah sebuah angan-angan sahaja. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Konvokesyen KUIN ke -14 di sini.

“Pembinaan kampus tetap Insaniah di Kuala Ketil telah siap 82 peratus dan ianya dijangka siap hujung tahun ini serta mula beroperasi pada Mac 2013. Ianya merupakan usaha kerajaan negeri sendiri tanpa bantuan pusat.

“Ada pihak yang telah cuba mempertikai pelaburan besar kerajaan negeri dalam pembinaan kampus ini. Peruntukan sebanyak kira-kira RM40 juta setahun untuk membayar pinjaman bank bagi membiayai kampus tersebut dianggap pelaburan yang tidak menguntungkan berbanding pelaburan ke dalam projek-projek industri dan komersial,” katanya.

Terangnya lagi, semua perlu sedar bahawa keuntungan tidak seharusnya diukur dengan kebendaan dan wang ringgit semata-mata kerana pelaburan infrastruktur pendidikan hakikatnya adalah pelaburan ke arah pembentukan aqliyyah manusia dan rakyat. Sumber manusia atau modal insan akan menjadi tenaga kerja yang berkualiti dan berdaya saing. Pemimpin masyarakatlah yang akan mencorak atau merubah rakyat negeri Kedah ini ke arah yang lebih baik.

Graduan dari institusi pendidikan inilah merupakan komponen utama yang akan menyumbang kepada pembangunan dan penentu kepada kesejahteraan sesebuah negeri.

Pepatah Melayu ada menyebut “Hanya jauhari yang mengenal manikam”, maka hanya mereka yang terlibat dan arif dalam dunia pendidikan tinggi sahajalah yang dapat melihat serta menyedari keuntungan serta kejayaan besar KUIN pada hari ini.

Dalam majlis konvokesyen tersebut Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda kepada kira-kira 300 graduan.

Posted by Kedah Lanie at 8:51 AM

INSANIAH, 17 Sept. – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyeru graduan supaya memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari ke jalan yang diredhai dan diberkati Allah S.W.T.

Bertitah pada Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH ke-14 hari ini, baginda juga Canselor INSANIAH berharap graduan bukan sahaja perlu menjadi profesional yang cekap dan berkebolehan dalam menjalankan urusan duniawi semata-mata malah perlu diseimbangkan dengan ilmu akhirat.

Titah baginda, ini sekaligus dapat membawa kemajuan dan perkembangan yang lebih dinamik kepada diri, negara, agama dan bangsa pada masa hadapan. Baginda bertitah, graduan INSANIAH sangat bertuah kerana bukan dapat menimba ilmu di sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa ditunjangi cerdik pandai dan ulama terkemuka dari dalam dan luar negara.

“Beta juga merasa gembira kerana KUIN yang dahulunya hanya mempunyai kurikulum dan bidang ilmu yang kecil dan terbatas serta tumpuan hanya diberikan kepada pengajian Islam, kini telah berkembang menjadi IPT yang menyediakan program profesional seperti perubatan, kejuruteraan, multimedia, hospitaliti, kaunseling, perbankan dan kewangan Islam," titah baginda.

Terdahulu keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Kampus INSANIAH Mergong buat kali pertama sejak ditabalkan sebagai Agong XIV disambut Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Setia DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak juga Pengerusi Lembaga Pengarah INSANIAH, Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Mufti Negeri Kedah Dato’ Paduka Sheikh Baderuddin Hj. Ahmad dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Dato’ Wira Sheikh Yahya Jusoh.

Hadir sama Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar Dato’ Zakiah Kassim, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah INSANIAH, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Seraja Setia Dato’ Rasli Basir di samping Pengurusan Tertinggi INSANIAH.

Pada istiadat konvokesyen kali ini seramai 940 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam pelbagai bidang.

Mudah-mudahan dengan bangunnya intitusi ini dapatlah kita megah dan tawaduk berdiri, kita tidak malu disisi Allah, dan kita tidak malu dengan mahluk, kerana kerajaan setahun jagung usianya kira-kira 5 tahun, mampu wujudkan kampus kolej universiti. 51 tahun memerentah umNO(Baru)bn enteng dan sepi disudut pasarana ilmu, cuma mereka berlumba projek yang berkepentingan untung RM dari masa kesemasa.


AHAD: 7 ZULKAEDAH, 1433 / 23 SEPTEMBER, 2012
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB